Ahad, 13 Oktober 2013

MEMBAZIR SAHABAT SYAITAN....MENIPU PULA AMALAN2 SYAITAN

Jentera PAS bersemangat pertahan Dun Sungai Limau

Sarina Ismail, 12 Okt 2013
ALOR SETAR: PAS tidak mengganggap mempertahankan kemenangan N20 Dun Sungai Limau yang telah dimenangai PAS sejak 1995, satu perkara mudah walau pun banyak pihak melabelkan Dun berkenaan adalah kubu kuat PAS.

"Bagi kami ianya merupakan satu cabaran dan Umno Barisan Nasional juga akan mencuba sedaya upaya untuk menang dalam piliharaya kecil ini. Sejarah telah membuktikan kepada kita, sebelum 1995, kemenangan PAS dan Barisan Nasional silih berganti.

"Oleh itu, kami PAS khususnya dan jentera piliharaya Pakatan Rakyat amnya akan berusaha bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan N20 Dun Sungai Limau tetap menjadi hak milik PAS," ujar Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kepada pemberita dalam sidang media di Kompleks PAS, sejurus selesai mesyuarat AJK Perhubungan PAS negeri, hari ini.

Menurut beliau lagi, persiapan piliharaya kecil berkenaan telah disusun sehari selepas kematian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dan penyusunan telah diatur dengan kemas dan terperinci.

Beliau yang diamanahkan sebagai Pengarah Induk piliharaya kecil itu menjelaskan, jawatankuasa induk telah dibentuk dan sepakat melantik Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Pengarah Operasi, dibantu oleh Datuk Yusuf Husin, Ustaz Ahmad Yahaya sebagai timbalan pengarah 1, Datuk Ashah Ghazali timbalan pengarah 2 dan Azizan Talib (pemangku YDP Jerai) sebagai timbalan pengarah 3. Sementara itu Ustaz Muaz Osman diberi amanah sebagai pengarah piliharan raya kecil berkenaan.

Di samping itu, jelasnya mesyuarat bersama Pakatan Rakyat telah diadakan pada minggu lepas dan satu jawatankuasa operasi penyelaras telah dibentuk.

"Ekoran itu, kita telah mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihanraya di peringkat kawasan dan UPU dan kita dapati mood petugas sangat bersemangat, bersatu hati memikul amanah untuk mempertahankan Dun Sungai Limau.

"Bukan itu sahaja, diperingkat muslimat sendiri, lebih dari 1,000 petugas jentera muslimat hadir dalam Ijtimak Pilihanraya, berikrar akan bekerja bersungguh-sungguh memandangkan pengundi wanita di dun itu menjangkau 52 peratus melebihi pengundi lelaki,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

PRK Dun Subgai Limau diadakan berikutan penyandangnya, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lalu.

Pada PRU13 Mei lepas, Ustaz Azizan yang mendapat 13,294 undi menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali (10,5204 undi) serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad (100) dan Abdullah Hashim (84).

Kata Rosmah anak Permata Negara, beginikah cara digilap?

http://naimnikmat.blogspot.com, 12 Okt 2013

KATA ROSMAH ANAK PERMATA NEGARA, BEGINIKAH CARA PERMATA DIGILAP? (GAMBAR)

Pembaziran RM6.96 juta UTHM, apa tindakan

Harakahdaily, 12 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, terdapat 3 projek yang gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta.

Menurut Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat, berdasarkan kepada semakan Audit terhadap laporan kecacatan dan kerosakan, terdapat 107 daripada 210  kecacatan pada bangunan belum dibaiki setelah akhir tempoh tanggungan kecacatan (DLP).

“UTHM bakal menanggung kos penyelengaraan yang tinggi selepas ini. Ini merupakan kos berpanjangan yang terpaksa ditanggung oleh UTHM,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, anak muda khususnya pelajar-pelajar UTHM adalah pihak yang menerima akibat secara langsung daripada kelemahan ini.

Menurutnya lagi, jika duit RM6.96 juta digunakan untuk menanggung kos pembelajaran pelajar universiti  maka seramai 232 orang dapat dibiayai (andaian RM30,000 bagi setiap pelajar).

Jumlah itu, ujarnya cukup untuk membantu 1,392 pelajar kemahiran dengan andaian kos RM5,000 setiap seorang, juga boleh membantu 696 anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan andaian RM10,000 setiap seorang.

Berikut kenyataan beliau.

Dalam Laporan Audit 2012, terdapat 3 projek yang  gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta. Projek tersebut adalah seperti berikut:
a.       Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3.46 juta atau 13.3%. Kos asal adalah RM25.95 juta meningkat kepada RM29.41 juta.
b.      Projek Fakulti Pengurusan Teknologi  dan Perniagaan(FPTP) melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3 juta atau 9.8%. Kos asal adalah RM30.74 juta meningkat RM33.74 juta.
c.       Projek Kolam Renang  dan Blok Pentadbiran melibatkan peningkatan RM0.5 juta atau 2.3%.  Kos asal RM21.81 juta meningkat kepada RM22.31 juta.

Terdapat dua daripada tiga projek di atas mempunyai kelemahan yang cukup ketara iaitu Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam dan Projek Kolam Renang serta Blok Pentadbiran.

Kelemahan Kontraktor MBN Consortium Sdn Bhd  dalam Projek Pembinaan Masjid & Pusat Islam adalah:

1.       Kelewatan selama 547 hari.
2.       Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 233 hari.
3.       Melibatkan 2 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT).
4.       Pada tarikh asal siap projek hanya siap 45% sahaja iaitu tidak sampai separuh siap.
5.       Berdasarkan  Laporan Prestasi Kontraktor , UTHM mendapati prestasi kemajuan kerja kontraktor  tidak memuaskan.
6.       Lewat mengemukakan permohonan tempoh lanjut masa (EOT) iaitu di antara 18 hingga 75 hari.

Kelemahan kontraktor(namanya tidak dijelaskan dalam laporan audit 2012) dalam Projek Kolam Renang dan Blok Pentadbiran ialah:

1.       Kemudahan kolam renang belum boleh digunakan lagi sehingga sekarang.
2.       Melibatkan kelewatan selama 484 hari.
3.       Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 262 hari.
4.       Melibatkan 3 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT)
5.       Pada tarikh asal siap projek hanya siap 71% sahaja.
6.       Mengemukakan insurans bagi EOT pertama hanya selepas 82 hari dari tarikh Sijil Perakuan EOT.

Kelemahan di pihak UTHM seperti yang dilapor oleh Audit adalah melibatkan masalah teknikal, perubahan kerja, rekabentuk & struktur, kelewatan kelulusan bahan binaan, pengurusan kontrak yang lemah, pemantauan di tapak kurang memuaskan, kekangan staf teknikal dan perancangan pembinaan yang kurang memuaskan.

Projek ini adalah di bawah  Inisiatif Pembiayaan Swasta(PFI) yang diuruskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau namanya sekarang Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Pihak UTHM hanyalah pihak yang menerima manfaat daripada PFI. Urusan penentuan kontraktor ditentukan oleh pihak kementerian.

Persoalannya kenapa pihak kementerian tidak mengenakan tindakan yang tegas terhadap kontraktor kerana kecuaiannya yang akan meny ebabkan pembaziran dana kerajaan? Apakah kerana kontraktor terbabit mungkin kroni kepada pemimpin politik tertentu sehingga kementerian tidak berani mengenakan tindakan tegas?

Apakah kerana kelemahan UTHM  sendiri sehingga kementerian tidak bertindak kepada kontraktor terbabit? Soalan ini perlu dijawab oleh Menteri  di Kementerian Pengajian Tinggi pada waktu itu Y.A.B Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sekarang merupakan Menteri Besar Johor.

Berdasarkan kepada semakan Audit terhadap laporan kecacatan dan kerosakan, terdapat 107 daripada 210  kecacatan pada bangunan belum dibaiki setelah akhir tempoh tanggungan kecacatan (DLP). UTHM bakal menanggung kos penyelengaraan yang tinggi selepas ini. Ini merupakan kos berpanjangan yang terpaksa ditanggung oleh UTHM.

Anak muda khususnya pelajar-pelajar UTHM adalah pihak yang menerima akibat secara langsung daripada kelemahan ini. Jika duit RM6.96 juta digunakan untuk menanggung kos pembelajaran pelajar universiti  maka seramai 232 orang dapat dibiayai (andaian RM30,000 bagi setiap pelajar). Jumlah itu cukup untuk membantu 1,392 pelajar kemahiran dengan andaian kos RM5,000 setiap seorang.  Juga, ia  boleh membantu 696 anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan andaian RM10,000 setiap seorang.

Pemilihan Umno: Pemenang terpaksa bermain wang?

Harakahdaily, 12 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Kita mesti mengakui tiada kelebihan istimewa di antara mereka yang bertanding Naib Presiden Umno pada pemilihan kali ini, tulis Aspan Alias.

Baginya, jika ada unsur permainan wang dalam pemilihan ini Mukhriz mungkin tercicir kerana bermain dengan wang juga memerlukan kemahiran dan pengalaman.

“Saya terlihat yang permainan wang berlaku dalam pemilihan ini seperti juga dalam pemilihan yang lalu-lalu.

“Kita mesti ingat, pemimpin Umno yang menang sejak dua lebih dekad yang lalu terpaksa bermain dengan wang. Itu sudah menjadi budaya dan budaya itulah yang menjahanamkan parti itu,” tulis beliau di dalam blognya.

Menurutnya, mereka pandai menambat hati perwakilan yang ramai itu.

Mereka percaya jika kambing ditambat, kambing-kambing itu mesti diberi makan.

Siapa yang menambat banyak kambing dan pandai pula memberi makan rumput dengan secukupnya, kambing itu tidak akan ke mana-mana.

Baca lagi

Mesir: Penyokong, penentang Mursi bertempur

http://greenboc.blogspot.com, 12 Okt 2013
[TERKINI MESIR] Pertempuran Berlaku Di antara Penyokong Dan Penentang Mursi

Ribuan penyokong presiden Mesir yang digulingkan Muhammad Mursi kembali mengadakan demonstrasi di seluruh negara. Namun, mereka tak berdemonstrasi di wilayah Bulatan Tahrir untuk menghindari sebarang pertempuran, akhbar online, republika dipetik.

Pihak polis telah menembak gas pemedih air mata di kota Iskandariah untuk membubarkan pertempuran yang terjadi di antara pendukung dan penentang Mursi. Namun, mereka menyatakan demonstrasi di wilayah lain berlangsung dengan aman.

Mesir terus dilanda krisis setelah pihak tentera menggulingkan Mursi pada 3 Julai lalu. Ribuan pendukung Mursi berdemo Jumat ini di Kaherah, kota kedua terbesar setelah Iskandariah serta di kota pantai Sungai Nil.

Sumber yang dikutip Al-Jazeera menyatakan, pertempuran terjadi di Iskandariah dan membuatkan pasukan keselamatan menembak gas pemedih air mata kepada kerumumanan massa. Pertempuran yang lebih kecil pecah di Delta Nil dan Damietta di mana seorang pendukung Mursi dilaporkan tercedera.

Sementara itu, islampos.com melaporkan beberapa demonstran Mesir dikhuatiri terbunuh di dalam pemtempuran yang berlaku diantara pasukan keselamatan dan pendukung Mursi.

Seorang demonstran remaja, Belal Ali Jaber, terbunuh dan beberapa lainnya mengalami kecederaan setelah pasukan keselamatan menggunakan peluru hdup untuk membubarkan kerumunan massa di Bandar Nasr Kaherah, sementara beberapa yang lain juga dikhuatirkan terbunuh di dalam pertempuran di Iskandariah.

Pertempuran berlaku setelah pasukan polis cuba menghalang pendukung Mursi dari menghampiri Bulatan Tahrir.

Hal ini terjadi setelah kerumunan besar demonstran pro Mursi berkumpul di ibukota Kaherah dan kota terbesar kedua di negara itu Iskandariah setelah Solat Jumaat untuk memperbaharui panggilan untuk mengembalikan Mursi.

Beberapa pertempuran berdarah dan pertempuran sengit dilaporkan terjadi di Iskandarian dan daerah-daerah yang berdekatan.

Pemerintah yang didukung tentera telah meningkatkan kawalan di sekitar ibukota dan mengugut para demonstran bahawa mereka akan melakukan tindakan keras jika mereka menyerang pejabat-pejabat kerajaan.

Pada 14 Ogos lalu, pasukan keselamatan n Mesir membubarkan dua kemah pendemo pendukung Mursi di Kaherah dan mengorbankan ratusan orang awam. Setelah pertumpahan darah, pemerintah mengumumkan status darurat negara. Ratusan pendukung Ikhwanul Muslimin termasuk Mursi ditangkap.

Tiada ulasan: