Selasa, 22 Oktober 2013

JANGAN NAK CANGGIH TAPI MENDATANG BAHAYA KEPADA ORANG LAIN....MUNGKIN JUGA DIRI KITA SENDIRI

Sg Limau: Motivasi berganda petugas pemuda

Harakahdaily, 22 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan Ustaz Mohd Azam Abdul Samat (gambar) sebagai calon bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi.

DPPWP menganggap pengumuman Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai itu sebagai calon PRK Dun Sungai Limau sebagai suatu penghormatan kepada golongan pemuda untuk menggalas tugas sebagai calon bagi PRK tersebut.

“Ia sebagai amanah yang besar kepada golongan pemuda untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan tercapai dalam PRK Dun Sungai Limau,” ujar Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Katanya, DPPWP yakin pengumuman tersebut juga memberi inspirasi kepada petugas PAS seluruh negara bagi bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dalam PRK kali ini.

Dalam pada itu, ujarnya DPPWP telah menggerakkan seluruh jentera dan petugas pemuda PAS WP bagi membantu jentera PRK di Sungai Limau.

“Setakat hari ini, kesemua pemuda kawasan  telah memberikan komitmen yang tinggi dan bersemangat bagi memastikan kemenangan dapat dipertahankan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, beberapa gelombang yang dicetuskan sebagai pemangkin gerak kerja bermula minggu ini sehingga berakhirnya PRK Sungai Limau mampu dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Tegasnya, dengan pengisytiharan pemuda sebagai calon PRK Dun Sungai Limau, ia menaikkan motivasi serta semangat bekerja luar biasa kepada seluruh jentera pemuda khususnya dari WP.

“Insya Allah, dengan kekuatan yang ada, doa, iltizam dan keikhlasan dari semua pihak Dun Sungai Limau akan mampu dipertahankan,” katanya lagi.

Papan tanda digital ganggu pengguna jalan raya

Harakahdaily, 22 Okt 2013
MIRI: Papan tanda digital yang dipasang di jejantas Taman Awam Miri menarik perhatian orang awam yang lalu lalang di situ.

Ini termasuk pemandu yang ingin melihat mesej terpapar pada skrin ketika memandu melalui jejantas tersebut.

Bagi Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee, papan tanda digital iitu boleh menarik perhatian pemandu dengan paparan mesej yang lebih cerah terutama pada waktu malam dan boleh dilihat dari jarak jauh dan memaparkan mesej yang sentiasa berubah-ubah.

Beliau berkata, ia juga boleh mengalih perhatian pemandu ketika memandu melalui jejantas tersebut di samping gangguan cahaya terang yang menyilau terutama pada waktu malam dan juga semasa hujan di malam hari.

“Kita juga menerima aduan dari orang ramai yang mengatakan kecerahan silauan dari cahaya papan tanda digital pada waktu malam boleh mengganggu penglihatan pemandu ketika melalui jejantas tersebut di malam hari,” ujarnya lagi.

Katanya, menurut kajian di negara barat, ia mendapati bahawa pemandu yang melihat papan tanda digital yang berwarna-warni serta mesej bergerak sering menarik perhatian pemandu di jalanraya selama lebih daripada beberapa saat.

Beliau menambah, sekiranya mereka leka atau lalai ketika membaca mesej tersebut ianya boleh mendatangkan risiko kemalangan sama seperti mereka yang melihat atau membaca mesej dalam telefon bimbit.

“Kalau pemandu dilarang mengunakan telefon bimbit semasa memandu, inikan pula pemandu yang membaca mesej yang terpapar bergerak di papan tanda digital melalui jejantas tersebut risikonya serupa bahkan lebih bahaya kepada pemandu dan juga orang lain,” katanya lagi.

Justeru, kata beliau pemandu juga perlu berhati-hati ketika membaca mesej yang terpapar dalam skrin tersebut untuk mengelak kemalangan.

“Kita menggesa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan mereka yang berkenaan perlu meletakkan papan tanda digital tersebut di tempat yang lebih strategik dan selamat untuk para pengguna melihatnya tanpa menggangu tumpuan mereka semasa memandu,” ujarnya.
Menurutnya lagi, walaupun papan tanda digital itu baik untuk mempaparkan mesej kepada orang ramai tetapi ianya tidak begitu sesuai diletakkan di bawah jejantas Taman Awam kerana ianya boleh mengganggu tumpuan pemandu, adalah lebih baik letakkan di kawasan yang mudah dilihat oleh orang ramai.

“Harap pihak yang berkenaan segera mengatasi masalah ini demi keselamatan para pengguna jalanraya yang melalui jejantas tersebut. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai,” katanya lagi.

Modif lampu, jangan ngincer terangnya saja

image
Makin banyak saja penguna motor pake lampu silau dijalanan, apalagi kalau ga HID PNP alias plug aNd Play. Jika ingin mengganti bohlam Lampu dengan HID harusnya juga mengganti Reflektornya. Reflektor untuk HID berbeda dengan lampu pada umumnya. Biasanya sih berjenis projector tujuannya memfokuskan titik jatuhnya cahaya. Alhasil pancaran cahaya makin terang karena terfokus dan ga bikin silau pengendara lawan karena ga menyebar. Bagi SF untuk upgrade sektor lampu  (khusus motor sport berlampu bulat) cukuppasang lampu H4 . Tapi sesuaikan wattnya dengan kapasitas aki dan daya pengisian motor itu sendiri. Jangan maksa pasang lampu dengan Watt gedhe (sampai 90/100 watt) percuma saja jika pembangkit listrik motor ga kuat salah-salah malah aki tekor. Pake 50 watt saja bisa tekor jika ga disertai pengiritan daya dibagian lain yakni penggunaan led untuk lampu speedo, lampu rem dan lampu senja. nah untuk bebek da matic gimana? pasang relay saja untuk mengurangi hambatan (arus langsung ambil dari sumbernya, tanpa cabang-mencabang lagi). Atau pasang saja booster lampu (SF sih belum pernah nyoba, monggo share jika pembaca pernah jajal )
image
Nah sekedar pengakuan dosa , SF muda belasan tahun silam pernah modif GL Max pake H4 50 watt, sedangkan reflektor yang SF gunakan adalah reflektor honda Karisma. bohlam imitasi H4 saya tekuk sana sini dudukannya pokoknya saya paksa nancep di reflektor karisma. hasilnya terang sih. tapi…… ga ada fokusnya alias cahaya menyebar kemana-mana. he3…. cuek sajahhh dipake keliling untuk pengetesan, nah begitu nyampe rumah Reflektor leleh…. :mrgreen: , balik lagi ke lampu orinya deh. nah kasus kaya gini pernah SF denger pada Vixion. karena Vixion sudah menganut H4, gampang untuk upgrade pake bohlam mobil 50 Watt keatas namun jangan kaget jika hasilnya bikin reflektor yang terbuat dari plastik tersebut akhirnya leleh atau buram.
sumber gambar 1 : http://www.saft7.com

Ubahsuaian lampu kereta yang melampau

Assalamualaikum dan salam hujung minggu kepada semua,
sudah lebih 10 hari tiada penulisan yang di coretkan di sini, semuanya kerana kesibukan kerja dan kebetulan cuti sekolah, mengambil peluang untuk pulang ke kampung di Kuala Selangor. Memang sudah menjadi kebiasaan pada suku pertama setiap tahun aku akan sibuk dengan pelbagai perkara untuk program sepanjang tahun. Tahun ini juga tidak terkecuali. Aku ingin berkongsi mengenai ubahsuai kereta yang bagi aku agak mengganggu keselamatan dan keselesaan pemanduan orang lain. Jika ada yang terasa hati atau tidak bersetuju dengan penulisan kali ini, dipersilakan untuk berkongsi pendapat dan buah fikiran anda di ruangan komen. Kita mempunyai pemikiran dan pemahaman yang berbeza-beza.
Apa yang aku ingin kongsikan harini, adalah ubahsuaian lampu kereta yang melampau sehingga seringkali mengganggu pemanduan aku apabila berada di jalanraya. Lampu yang aku katakan ini adalah lampu signal yang kita gunakan semasa ingin membelok ke kiri atau ke kanan, kebiasaannya semua kereta akan di berikan lampu signal berwarna oren kekuningan yang boleh di lihat dari jauh dengan mudah. Memang sudah menjadi kebiasaan, lampu kuning di jalanraya digunakan untuk memberitahu supaya berhati-hati dan bersedia untuk berhenti seperti mana pada lampu isyarat di jalanraya.

Lampu signal smoked
Ini situasi yang sudah acapkali aku temui, mungkin penggunaan lampu yang digelapkan ini tampak menarik jika digunakan dengan betul, tetapi kadar smoked yang melampau akan mengganggu fungsi asal lampu signal tersebut. Sudah seringkali aku terpaksa brek mengejut kerana lampu yang digelapkan secara melampau sehingga sukar untuk melihat sama ada lampu signal dinyatakan ataupun tidak. Mungkin masalah ini dihadapi oleh aku seorang sahaja, tetapi yang pasti, ianya akan membahayakan nyawa ramai orang lain kerana jika aku tidak sempat brek, kereta anda sendiri akan menjadi mangsa hentaman yang tidak sepatutnya.

Lampu signal biru
Satu lagi ubahsuaian yang seringkali aku jumpa adalah menukar lampu kuning kepada lampu biru, dan jika dilihat pada siang hari, lampu biru yang digunakan hampir sama warnanya dengan lampu putih asal sebelum lampu itu terpasang. Aku tidak pasti atas apa sebab ubahsuaian seperti ini dibuat. Sekali lagi ubahsuaian seperti ini walaupun mungkin cantik di mata, tetapi tidak praktikal untuk digunakan di atas jalanraya kerana boleh membahayakan pemandu yang lain.


Kemudian terdapat juga ubahsuaian lain seperti menyalakan lampu putih (yang biasanya digunakan untuk menunjukkan kereta sedang berundur) semasa brek ditekan. Semua ini mendatangkan kekeliruan kepada pemandu lain, dan boleh menyebabkan sesetengah pemandu panik, kerana melihat tiba-tiba lampu putih itu menyala, sedangkan berada di atas lebuhraya atau jalan besar, pasti pemandu lain yang menyangkakan gear undur telah dimasukkan akan cuba mengelak dan sebagainya. Ubahsuaian sebegini memang boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Jika kita ingin mengubahsuai lampu kenderaan kita, pastikan juga ianya tidak mengganggu pemandu yang lain, kerana bukan kita seorang sahaja yang memandu di atas jalanraya tersebut, terdapat berjuta pemandu lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama seperti aku.

Kaukus MP wanita mahu RUU Kanun Keseksaan ditarik

Salmiyah Harun, 22 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Kaukus Ahli Parlimen Wanita sepakat untuk mendesak agar notis pindaan ke atas Rang Undang-undang Kanun Keseksaan Pindaan (2013) yang sedang dibahaskan dalam Dewan Rakyat ditarik balik.

Menurut Timbalan Pengerusi Kaukus, Fuziah Salleh penarikan itu penting bagi membolehkan rang undang-undang yang menyentuh hak dan keganasan terhadap wanita dapat dibuat secara menyeluruh.

Katanya, pindaan ini akan dilihat dalam konteks lebih besar terutama Akta Keganasan Rumah Tangga dan juga mungkin ada akta-akta lain yang boleh diguna bersama.

"Pindaan dalam jawatankuasa sebelum ini tidak akan diteruskan, itu keputusan kami," katanya dalam sidang media di Bilik Taklimat di Parlimen hari ini.

Notis pindaan itu telah dihantar kepada yang di Pertua Dewan Rakyat pada 18 Oktober lalu oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Kaukus sebelum ini bercadang untuk memotong beberapa pengecualian berkenaan definisi rogol, mengikuti pusat pemulihan kaunseling sebagai satu mandatori, serta memasukkan satu fasal tambahan berkenaan 'menghendap' yang dicadangkan sebagai satu kesalahan dalam Kanun Keseksaan.

Keputusan itu dibuat katanya, selepas mengadakan pertemuan dengan wakil NGO wanita dan pihak Peguam Negara.

Bagaimanapun, katanya, mereka akan mengadakan perbincangan bersama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada minggu hadapan bagi memperhalusi akta tersebut untuk dimasukkan dalam akta lain yang lebih relevan.

Tambahnya, mereka amat berbesar hati kerana kesudian Peguam Negara untuk berbincang perkara ini lebih mendalam.

"Kita menerima cadangan Peguam Negara untuk membincangkan ditahap yang lebih holistik, dan bukan setakat pindaan yang dibentangkan dalam Dewan," katanya.

Turut bersama dalam sidang media itu, Pengerusi Kaukus yang juga Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahamud, dan beberapa Ngo Wanita.

Rang Undang-undang Kanun Keseksaan Pindaan (2013) dibahas bagi memperkukuh undang-undang dengan kesalahan baru yang disasarkan pada kumpulan jenayah terancang, menambah kesalahan dalam Bab VI (iaitu kesalahan terhadap negara) dan VI (a) (kesalahan berhubung dengan keganasan),

Turut dibahaskan peruntukan berkenaan kesalahan seksual dan perbuatan keganasan oleh pasangan yang meliputi beberapa kesalahan baru dan juga menaikkan penalti bagi kesalahan sedia ada, menaikkan penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan khianat dan kesalahan baru mengenai vandalisme.

PAS harap media perdana jaga keharmonian Sg Limau

Muhammad Faizal, 22 Okt 2013
JERAI: PAS meminta agar media arus perdana melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih berhemah dan adil menjelang kempen dan pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar yang ketika berucap pada majlis pengumuman calon PAS semalam berharap selain menjaga keharmonian, mereka juga perlu bersikap profesional dalam penyiaran dengan membuat siaran media kepada PAS.

"Saya nak ucap terima kasih kepada semua rakan media yang hadir dan akan hadir terutamanya media arus perdana seperti TV1.

"Apa yang saya harapkan media arus perdana ini melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih profesional dan apa yang penting jangan menggugat keharmonian penduduk Sungai Limau dengan berita-berita yang berunsur fitnah," jelasnya.

Jelasnya, PAS mahupun Pakatan Rakyat mahu meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak yang membawa politik damai di Kedah terutamanya Dun Sungai Limau.

"Kehidupan satu keluarga, kita tidak mahu media arus perdana memperondak peranda kedamaian yang telah dibina oleh Allahyarham selama ini.

"Jika media memberi liputan yang tidak adil, ia akan mengundang kehidupan yang damai ini kepada ketegangan sesama sendiri," ucap beliau.

Penamaan calon bagi PRK Dun Sungai Limau akan berlangsung pada 23 Oktober, manakala hari pengundia pada 4 November.

PAS yang meletakan Ketua Pemuda Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat sebagai calon mereka yang akan berdepan dengan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.

Ustaz Azam dari kacamata seorang sahabat

Muhammad Sanusi Md Nor , 22 Okt 2013



Orangnya santun berbudi bahasa tinggi, tidak pernah bersuara keras, senang ketawa, mudah tersenyum, teratur bahasanya. Mudah ditegur, sering merujuk dan bertanya jika terasa kurang di mana-mana.

Saya mula merasi auranya ketika dia mengimamkan solat Subuh pada pagi jumaat, sewaktu aktiviti tamrin Dewan Pemuda PAS Kedah di Masjid kampung saya sekitar tahun 2006. Suaranya lunak dan ringan membaca surah As-Sajadah dan Surah Al Insan, jarang sekali mendengar bacaan seumpamanya... Tidak terasa panjangnya surah-surah itu, kerana tarikan lunak suara dan kefasihan lafaz-lafaznya.

Ayahnya sudah kembali ke Rahmatullah, meninggalkan dia bersama ibu dan adik-adiknya. Dia penyayang seperti ibunya, yang pernah beberapa kali menyambut panggilan telefon...

"Assaamualaikummm! Nak cakap dengan Azam kaaa?"
"Ya mak cik, Azam ada mak cik"
" Maaf laa nak, Azam tak dakk, dia keluaq sat pi kedai. Nama anak ni sapa? Satgi dia balik mak cik suruh dia telepon balik"
"Saya Sanusi mak cik, kawan dia dalam dewan pemuda"
" Ooo... Sanusi yang telepon hari tuu... Ada hal mutahak ka Sanusi? Tak pa naaa, satgi mak cik bagitau Azam Sanusi telefon"
"Ok mak cik, Assaamualaikum!"
"Waalaikumussalammmm!"

Sebelum meletakkan telepon ibunya siap berpesan " Adik! Sat lagi abang balik bagitau dia Sanusi telepon dia, suruh dia telepon balik.

Telefon saya masih di telinga gara-gara sambutan keibuan yang sangat menarik di talian, sayang untuk ditamatkan.
Demikian ibunya, demikianlah Ustaz Mohd Azam! Maka, sepanjang dalam Dewan Pemuda, dia diamanahkan mengendalikan pengurusan Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) yang melibatkan 12,000 pelajar pra sekolah, ribuan guru dan pengelola Pasti seluruh Kedah. Sekolah-sekolah Pasti berkembang pesat dan teratur dibawah pimpinannya.
Dia mewujudkan koperasi dan pusat jualan untuk menambah dana membantu guru-guru Pasti yang bergaji rendah. Majlis Guru Pasti (MGP) aktif dan cergas merencana berbagai program dibawah kelolaaan Ustaz Azam. Pelajar makin bertambah, guru-guru makin ramai, kokurikulum juga semakin hebat.

Usaha pentingnya ialah membantu menambah pendapatan guru-guru tanpa membebankan waris dengan kenaikan yuran. Setiap kali meneliti dan mendengar laporan tentang Pasti, dada sebak dengan kesungguhannya, dan kepala menjadi berat membayangkan kepayahan yang ditempoh oleh Ustaz Azam dan warga Pasti. Sukar mencari orang yang memiliki kesanggupan bertaraf tinggi seperti Azam!

Ustaz Azam sebelum menjadi Ketua Pemuda Jerai, dia berkhidmat di banyak posisi sama ada dalam pemuda dan MTD. Dia sentiasa ada di markaz. Sepanjang saya berkhidmat dengan Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga ADUN dan YDP PAS Jerai, yang terkenal dengan 'cengey' dan tegas, sukar berkompromi dengan kesilapan dan sentiasa mahukan hasil tugasan yang paling baik....Ustaz Azizan tidak pernah meninggikan suara dengan Ustaz Azam, di depan atau belakangnya.

"Azam tu budak baik tuuu..."
"Azam tu budak betoiii, beraluihh dengan orang tua-tua..."

Pada waktu lain, Ustaz Azizan menzahirkan belas kasihnya kepada Ustaz Azam....

"Kesian Ustaz Azam tuu...ayah dia tak dak dah... Nak urus menikah kahwin nanti tentu susah...nasib dia macam aku la jugak lahh! Untunglah siapa dapat menantu macam dia...orangnya baik sangat-sangat."

Ustaz Azam Samat telahpun dipilih memikul amanah menjadi calon PAS bagi menggantikan Allahyarham Ustaz Azizan. Sg Limau bertuah, dan masyarakatnya bakal beruntung sekali lagi kerana kelahiran susuk-susuk hebat ini dari  buminya, menumpahkan khidmat dan limpahan anugerah Allah kepada watannya. Dialah pengganti Ustaz Azizan yang menghampiri kesempurnaan, dari semua sudut - kecuali Ustaz Azam tidak garang! Dia paling cocok dengan Sg Limau yang pernah mengirimkan TG Hj Yahya Joned, TG Ustaz Azahari dan Ustaz Azizan ke Dewan Undangan Negeri Kedah. Mereka semuanya adalah tokoh ilmuan dan aset besar kepimpinan di Kedah.

Sehingga kini, selepas bersahabat bertahun-tahun, Ustaz Azam masih memanggil saya "Abang Sanusi" walaupun jarak usia kami hanya dua tahun. Bertuahlah ibunya, adik-adiknya, sahabatnya, pimpinannya dan masyarakat yang bakal dipimpin oleh Ustaz Azam....

Calon PAS Dun Sg Limau. Semoga dia tabah dan berupaya mengharungi amanah besar ini untuk ummah. Siiru 'ala barakatillah.

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Kedah.

Kepimpinan PAS kawasan di Perlis 2013-2015

Anis Nazri, 22 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga kawasan di Perlis memilih Yang Dipertua PAS baru bagi sesi 2013 hingga 2015 dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing, yang diadakan sebelum ini.

PAS Perlis juga selesai mengadakan mesyuarat di peringkat dewan-dewan, baru-baru ini.

Berikut senarai penuh jawatan-jawatan utama PAS kawasan-kawasan dan dewan-dewan seluruh Perlis:

PAS kawasan Arau

Yang DiPertua      : Mohd Shukri Ramli
Timb Yang DiPertua : Rus'sele Eizan
Naib Yang DiPertua : Zulmi Sabri

Dewan Pemuda PAS kawasan Arau

Ketua Pemuda      : Ustaz Mohd Fuad Hshim
Timb Ketua Pemuda : Solahuddin Azmi
Naib Ketua Pemuda : Shahrul Mutminin Mat Isa

Dewan Muslimat PAS kawasan Arau

Ketua Muslimt      : Ustazah Latifah Mat
Timb Ketu Muslimt  : Nurseri Osman
Naib Ketua Muslimat: Siti Hajar Yin



PAS kawasan Padang Besar

Yang DiPertua      : Kamis Yub
Timb Yang DiPertua : Wan Kharizal Wan Khazim
Naib Yang DiPertua : Ustaz Yahaya Ahmad

Pemuda PAS kawasan Padang Besar

Ketua Pemuda      : Shuhairi Shamsudin
Timb Ketua Pemuda : Azahari Osman
Naib Ketua Pemuda : Nurdin Isa

Dewan Muslimat PAS kawasan Padang Besar

Ketua Muslimat     : Amanah Abdul Rahman
Timb Ketua Muslimat: Rosnah Derani
Naib Ketua Muslimat: Farishah Ahmad



PAS kawasan Kangar

Yang DiPertua      : Ustaz Ya'kub Abu Seman
Timb Yang DiPertua : Baharuddin Ahmad
Naib Yang DiPertua : Wan Hassan Ismail

Pemuda PAS kawasan Kangar

Ketua Pemuda      : Mior Hassan Sazali
Timb Ketua Pemuda : Asrul Aimran Abdul Jalil
Naib Ketua Pemuda : Mohd Sahir Ab Rahman

Dewan Muslimat PAS kawaasan Kangar

Ketua Muslimat     : Suhanawati Jaafar
Timb Ketua Muslimat: Shahirah Salleh
Naib Ketua Muslimt : Maria Abu Hassan

Tiada ulasan: