Posted on Tuesday, October 22 @ 23:02:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Muhasabah 21 Oktober
16 Dzulhijjah 1434 H | 21 Oktober 2013 adalah tarikh yang member seribu makna buat gerakan Islam PAS dalam siri perjuangannya menempuh cabaran lebih separuh abad. Sebagai pencinta gerakan Islam dan pendokong kepada perjuangan Islam yang suci, hamba rasa terpanggil untuk memusabahkan diri di samping melihat beberapa aspek dalaman parti yang menyarung jersi politik berpilihanraya.
Tarikh ini bermaksud ulangtahun ke-66 Dato Seri Presiden Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang dan ulangtahun 23 pemerintahan kerajaan Negeri Kelantan di bawah kerajaan PAS. Sekalung penghargaan buat Dato Bentara Setia Tn Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh pendokong serta penyokong Islam tanahair. Komentar ini mungkin banyak menyentuh PAS Kelantan sebagai sudut pandang kerana pertamanya, Kerajaan PAS Kelantan tidak banyak influence rival rakan politik PR dan pihak istana (pada masa ini). Keduanya, sebagai KPI kepada PAS keseluruhannya dalam menilai diri-sendiri- maksudnya dalam keupayaan parti sebagai kerajaan- masih banyak yang boleh ditambah nilai walaupun kekangan dari kerajaan BN tetap ada.
Ujian Mendatang
Sesungguhnya cabaran mendatang amat berat dalam konteks dalaman mahupun luaran parti. Cabaran dalaman untuk memakai jubah Tn Guru Nik Abdul Aziz sebagai ketua kerajaan dan murrabi seolah-olah hampir mustahil. Tn Guru telah memulakan dan meneroka tajdid dalam sistem pemerintahan tanpa mengkesampingkan pentarbiyyah rakyat perlu diteruskan dengan pembaikan yang berterusan (continuos improvement). Masih boleh diucapkan syabas kepada PAS Kelantan kerana mengekalkan kemenangan dalam keadaan PAS Kedah menerima kekalahan teruk pada PRU 13 yang lalu. Lantas syukur dirafa’kan kepada Allah yang masih memberi peluang untuk menggalas tanggungkjawab untuk mendakwah rakyat melalui kuasa yang diamanahkan. Barangkali hamba merasa untuk melontarkan cadangan yang membina kepada pemimpin dalam menongkah cabaran berganda kepada Kerajaan PAS Kelantan.
Cabaran Berganda
Seringkali kalau kita bersiar-siar di Bandar Kota Bharu atau pekan-pekan lain di Kelantan,kita dapati poster, kain rentang terpapar para wakil rakyat menjaja aktiviti mereka untuk mewar-warkan apa yang mereka sumbangkan kepada masyarakat. Namun, yang peliknya, agaknya syarikat pencetak sudah maklum setiap poster atau kain rentang yang dicetak mesti di’tempek’kan (disertai) gambar Tn Guru Menteri Besar ketika itu. Hamba membuat kesimpulan ringkas. Peribadi wakil masyakat kita tidak mampu bersendirian dalam menonjolkan keupayaan diri, mesti ada aura Tn Guru juga ke? Lantas hamba bertanya sendirian, kalau Tn Guru berundur atau dijemput Allah lebih awal, gambar siapa pula nak di’tempek’kan bersama? Kenapa kamu (wakil-wakil rakyat PAS) tidak membina kekuatan dalam sendiri untuk persiapan itu. Menumpang tuah tidak selamanya.
‘Takdok Sebab Demo Nak Lawe Kawe’
Setelah 22 tahun sejak 1990 sehingga kini, jatuh bangun graf sehingga ke tahap yang mencemaskan pada Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir 6 Disember 2005 selepas kemenangan 2 kerusi berbanding BN. PAS tewas menjadikan perbezaan 1 kerusi sahaja, itupun katanya kemenangan DUN ‘keramat’ itu disebabkan suami isteri dari Sabah yang balikmengundi pada PRU11, 2004. Slogan seumpama ‘ tak dok sebab demo nak lawe kawe’ – Tiada sebab BN perlu tentang PAS dalam pilihanraya dijaja dengan dengan lunak untuk memberi kelebihan kepada PAS dalam perlumbaan.
Slogan-slogan seumpama ini akan basi dan dimamah zaman seumpama lagu-lagu hit seketika sahaja. Rakyat menolak Barisan Nasional (BN) kerana mahukan perubahan samada dari segi rohani dan pembangunan fizikal. PAS Kelantan tidak boleh hidup atas survival keterukan UMNO dan BN tetapi PAS perlu membina kekuatan dalaman dalam pentadbiran yang telus, cekap dan berwawasan jauh. Kita boleh melaungkan yang PAS mengutamakan pembangunan spiritual berbanding dengan pembangunan material. Tapi lagu ini pun akan dihilangkan dari corong ceramah politik. Alhamdulillah, Tn Guru telah memperkenalkan konsep UMI ( Ubbudiyyah, Masulliyyah dan Itqan). Bagamana pula model kerangka perlaksaannya dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan Agensi Badan Berkanun? Apakah pemimpin hanya sibuk melayani kelasi-kelasi kapal jentera parti kawasan atau negeri untuk dicalonkan pada pemilihan parti dan calon pilihanraya ? Fikir-fikirkan tentang soalan Allah pada hari mahsyar tentang kepimpinan kamu....
Setelah tempoh itu, tahun ini lagu apakah akan kita mainkan lagi. Masalah rakyat rintihan bekalan air, sistem kifalah makin ketandusan sumber kompensasi di samping menurunnya jumlah pampasan kepada keluarga si mati, anak-anak syarikat yang tidak berdaya saing, pengurusan ladang sawit, getah yang tidak efisyen, sistem konsesi balak dan galian yang diurustadbir dengan lemah. Semuanya, tidak kurang kerana sumbangan wakil rakyat (exco) menjadi ahli-ahli lembaga pengarah yang buta halatuju dan gagal memahami keperluan perniagaan. Sekali lagi, kalian dipertanggungjawab kerana bukan ahli yang sepatutnya mengawalselia pengurusan perniagaan dan kewangan.
Rasanya tidak salah untuk kita menyebut bahawa ruang dakwah masakini adalah kepada generasi X dan Y. Persembahan mesti diubah, maklumat terlalu pantas tersebar.Pantang silap, gosip akan ditaburkan. Cuba-cuba fikirkan kesinambungan kepimpinan dengan perkaderan kepada generasi ke pelapis. Kekadang di semua peringkat cuba mengekalkan jawatan parti sehingga ke lubang kubur. Dialah YB DUN/Parlimen, dialah YDP Kawasan dan dialah berjawatan kanan pas negeri. Berapa banyak masa yang dia ada untuk menjenguk cawangan-cawangan, mengisi diri dengan solat dan bacaan al-Quran, menjenguk rakyat yang sakit atau kenduri kendara, nanti banyak pula mesyuarat yang perlu dihadiri. Kita sebenarnya orang yang faham agama atau sebalik. Hamba pelik memikirkan fenomena ini dalam parti.
Faktor Penentu PRU
PRU 13 diriwayatkan antara faktor kemenangan PAS Kelantan adalah kerana sumbangan besar pengundi luar Kelantan (semacam persetujuan dakwaan PAS dan juga BN dalam isu ini). Hamba mengucapkan terima kasih di atas pergorbanan pengundi-pengundi luar biarpun atas nama mana-mana pertubuhan kerana mempertahankan Kelantan.
Mari kita menyingkap ke dalam. Apakah PAS Kelantan sudah ketandusan pengundi dalam untuk menjadi faktor penentu kemenangan Kelantan? Bukankan kita telah melahirkan anak-anak yang berumur 21 tahun(kini 23 tahun). Anak-anak muda itu anak kerajaan PAS. Mereka boleh bersekolah di pra-sekolah PASTI milik PAS. Kemudian, kita pergi tumpang kepada sistem persekolahan milik sistem yang taja oleh BN seusia 7-12 tahun. Kita biarkan mereka mengabaikan solat pada usia yang Nabi sabdakan suruhlah anak kamu bersolat pada usia 7 tahun dan pukul mereka paka usia 10 tahun kalau mereka cuai. Bukankan julat umur ini amat kritikal dalam pendidikan Islam? Sememang kita, memaling mereka pada usia 13 ke sekolah-sekolah milik kita yang cemerlang akedemik sehingga ke peringkat Sijil dan Diploma juga milik Kerajaan Negeri. Sudah cukup untuk dibanggakan kerana mempunyai sistem seumpama itu?
Di Selangor faktor penentu mungkin dibayangi oleh pengundi cina yang melonjakkan undi PR pada PRU yang lepas. Namun, apakah ia akan menjadi faktor constant? Pastinya tidak, ia akan menjadi pembolehubah yang sentiasa turun-naik. Apa strategi jangkapanjang parti ?
Impian Sekolah Rendah Islam Kerajaan Negeri PAS atau PR
Usah berbicara tentang kepincangan institusi pendidikan yang ditaja oleh BN kerana fokus mereka berbeza dengan apa yang jemaah hendak lahirkan. Satu persoalan yang berlegar di kepala hamba sekian lama dan diluahkan kepada rakan-rakan sefikrah. Mengapa Kerajaan PAS Kelantan masih membiarkan anak-anak didik kita dimamah oleh sistem sekular yang diwarisi penjajah. Mengapa tidak sensitif kepada muzik-muzik diajar di sekolah rendah kepada anak-anak mujahadah agama? Mereka menjawab selamba – Tiada kapasiti syeikh? Tiada peruntukan dan sebagainya.....
Persoalannya, tuan dibayar untuk berfikir tentang pendidikan umat ini. Kalau tak mampu tuan boleh mengimport tenaga fikir di kalangan cendikiawan dan pengurusan orang-orang kita. Mengapa tidak dikemukakan kertas putih (kalau boleh diistilahkan begitu). Lihatlah, wahai orang-orang PAS yang berpolitik siang dan malam hasil tangan rakan dari Sek Ren Kiblah. Lihatlah, usaha yang dilakukan oleh individu Abdullah al-Qari. Mereka tidak punya kerajaan, mereka tidak punya exco pendidikan. Sekolah mereka tidak pernah mati kerana gaji guru-guru tidan terbayar. Kesimpulan, dari perspektif perniagaan pun, projek ini menguntungkan atau pulang modal. Apa salahnya kita PAS lakukan biar hanya pulang modal di dunia tapi di akhirat kita mendapat keuntungan. Boleh jadi kita tidak ingin memeningkan kepala dalam memikirkan benda yang besar ini. Kalaulah Kedah dan Terengganu sempat mengadakan sekolah seumpama ini, agak mustahil untuk BN menutupnya.
Bila hamba menyusur sistem pengajian yang diuruskan oleh agensi di Singapura, rasa teruja dalam menghidupkan sistem turath. Apa kurang usaha-usaha yang dilakukan oleh sahabat-sahabat jamaat tabligh di Sri Petaling hingga menjangkau pengajian Dauratul Hadith. Begitu oleh Maulana Muhammad Asri Yusof di Kelantan. Apakah bicara kita politik semata-mata? Apa guna kuasa sehingga pendidikan dan tarbiyyah terabai sehingga terpaksa menagih undi setiap 4 tahun. Kenapa anak didik kita, lahir dalam ‘biah’ kita tidak diyakini menjadi penyokong dan pendokong kita? Siapa salah??? Silibus pengajian sekolah rendah di Yaman, Mesir mungkin boleh diadaptasi kerana anak-anak kita hanya perlu subjek asas mempelajari hafalan al-Quran, matematik, sains, bahasa arab, bahasa melayu dan bahasa inggeris. Bagi mereka yang ingin menerokai lebih subjek silakan...
Wahai pemimpin yang berceramah siang dan malam, di bandar dan di hutan!Sesekali jenguklah apa yang anak-anak muda buat di KB Mall dan KB Plaza. Pakaian mereka macamana? Itu anak-anak kita.... Suraunya sepi dari laungan azan, tak diselia. Kata ramai imam-imam hafiz.. Kenapa tidak salah sebuah anak syarikat GLC menggajikan seorang dua imam untuk menghidupkan cahaya iman dan menegakkan solat sebagai tiangnya? Kesian Tn Guru terkontang kanting seorang diri (waktu itu) mengajar kitab-kitab tasauf dan adab agama. Orang-orang kuatnya di mana ?
Gersang Rohani
Kalau bercakap tentang masyarakat Islam yang solat, kajian menunjukkan tidak mencapai 50% di negeri Kelantan. Selangor bagaimana? Adakah cukup dengan memanjat tiang bendera atau mengarakkannya kesana kemari menjamin kehidupan insan selepas mati? Belum bercakap tentang solat jamaah yang tidak pernah Junjungan SAW tinggal.Para sahabat dan tabien meneruskan kesinambungan sunnah yang agong itu. Kalau kita survey, surau SUK Kerajaan Kelantan dalam tempoh 6 bulan berapa kali dikunjungi oleh pemimpin-peminpin yang berada dikerusi empuk menunaikan waktu zohor dan asar?? Amat mengecewakan...Kemana hendak dibawa agama dan perjuangan, kalau dengan Allah kita tiada kesetiaan? Jangan untuk bercakap tentang solat tahajud, bacaan al-quran 1 juzuk sehari ,zikir ma’thurat seumpama orang-orang ikhwan muslimin di Mesir. Jauhlah panggang dari api.
Kuliah hirarki yang biasanya banyak berorientasikan sirah perjuangan dikategori wajib hararki. Mempelajari al-Quran secara talaqqi dan musyafahah memalukan barangkali. Pelajaran fiqah bagi mereka tidak lebih mempelajari tentang bersuci. Budak malas mengaji dan menjauhkan diri dari majlis-majlis ilmu tetapi menumpukan kepada mesyuarat yang kadang-kala sampai 2 pagi, risiko hanpir terlepas solat subuh berjamaah yang dijanjikan seumpama qiyam sepanjang malam. Solat sunat subuh diumpamakan lebih baik dari dunia dan isinya. Malang sekali kalau bersubuh gajah. Pernah satu masa hamba mengajak sabahat aktif ke daurah tafsir bila menjelang cuti sekolah waktunya setiap lepas solat subuh di masjid. Tanpa rasa bersalah, rakan tadi menyatakan tidak mampu sebab waktunya selepas subuh. Alahai, gersang jiwa pejuang yang melilitkan kain jihad pada demontrasi-demonstasi.. Fikirkan sejenak.
Menongkah Arus
Dalam persada perkembangan politik dunia yang cukup menyayat hati. Himpitan kuasa besar Isarel ke atas palestin dan tekanan pemerintah ke atas rakyat syria. Para asatizah yang alim berbahasa arab dan para pengkaji akedemik tidak mengkaji sejarah dan penulisan ulama’ hadith tentang kewujudan agama Syiah. Mengapa syiah boleh bertapak dalam PAS walaupun perlembangaan PAS hanya membenarkan aqilah ahli sunnah wal jamaah. Kajilah tentang mereka secara serius dalam kitab-kitab muktabar syiah atau panggil pakar-pakar luar untuk mengemukakan pandangan. Barulah kita ketahui apa itu ‘taqiyyah’. Malu juga hamba dekat rakan-rakan yang bukan ahli PAS dengan perli sinis mereka. Politik bukan segalanya.Kalau usaha sebegini yang kerajaan buat apa salahnya sokong untuk kepentingan umat Islam.
Mengapa menongkah arus berbeza pandangan denga ulama’ tersohor dunia Dr Yusuf al-Qardawi yang pernah menghabiskan masa men’taqrib’kan (mendekatkan) perbezaan sunni-syiah. Begitu juga apa yang dilakukan oleh Dr Mustafa as-Sibaie. Cukupkan membuang masa melakukan taqrib dengan orang mencerca para sahabat r.a. Mengubah fakta-fakta yang kontradit dengan riwayat sahih al-bukhory kerana menjunjung serah yang kelabu asap persembagan faktanya. Kalau syiah menyokong perjuang silakan.. Namun,kepada perlu diberi tempat yang begitu selesa dalam manhaj kita..
Kurang Taqwa
Kalau dahulu, guru-guru hirarki dikalangan mereka yang takut dengan jawatan terutama melibatkan rakyat dan masyarakat. Kini, pertandingan jawatan yang dipacu oleh team penyokong. Kenapa tidak membaca serah abu dzar al-ghifari? Barangkali, hadith riwayat nasaie tentang sahabat dihantar ke Yaman boleh mengetuk pintuhati para pencinta jawatan supaya ingat soalan-soalan kepada pemimpin dan kepimpinannya. Ada cerita yang diriwayatkan, calon pemimpin tertinggi menangis kerana kalah-kecewa sungguh. Sepatutnya, menangis kerana dilantik – takut kepada tanggungan.
Dulu, pemimpin datang ceramah pakai Dutsun atau proton sahaja. Sekarang, sakit pinggang kena pakai harrier atau Mercedes. Dulu, kena beri sampul saguhati kerana penceramah sepenuhmasa kerja parti – tiada oendapatan tetap. Sekarang, kena bagi lebih sikit sebab maintenance kereta tinggi, minyak pun mahal. Pun begitu, awak sudah berpendapatan tetap – ahli DUN atau parlimen. Layak ke pejuang agama dan pejuang rakyat berstatus begitu. Kemana hendak dilontarkan sifat-sifat mazmumah- zuhud, qana’ah , sabar dan berkorban. Lalu ada kawan berbisik "pemimpin dulu tak sama dengan sekarang". Hidup macam ahli tidak menurunkan darjat pemimpin. Contohilah akhlaq sahabat r.a.
Harapan
Moga Allah membersihkan jamaah dari anasir perosak dan memandu pemimpin-pemimpin, pendokong dan penyokong. Fahamilah kehidupan beragama yang lurus, memahami fiqh aulawiyyat dan ikhlas dalam gerak kerja dakwah. Politik dan kuasa untuk dakwah ,bukanlah dakwah untuk mendapatkan kuasa hingga lupa diri dan matlamat sebenar. Hidup ini hanya sementara dalam mengharung matahantai pejuangan. Oleh itu tinggallah track record yang baik kepada mereka selepas inidan kepada masyarakat. Kita akan membawa amalan yang ikhlas sahaja diterima.
Selamat Menggalas Perjuangan
Akhukum fil Islam
Abu Faaziddin"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: abufaaiziddin
Posted on Tuesday, October 22 @ 23:02:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Al Quran, Melayu & Dr Zakir Naik
Posted on Tuesday, October 22 @ 22:55:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
"Hebat pakcik dan bapa-bapa kita! Abang-abang kita pun boleh tahan. Berulang kali mereka lakukan di Mekah. Madinah pun sama. Manakala di tanah air, ramai juga yang konsisten dan mampu melakukannya dalam 1 hingga 3 bulan. Kadangkala membawa kepada 6 bulan. Namun pada bulan istimewa, lebih daripada itu.
Ini kisah apa sebenarnya? Ini Kisah katam Quran. Kita diseru katam Quran seberapa banyak yang boleh dalam tempoh seberapa singkat yang boleh.
Kita dikemukakan dengan riwayat tentang kemampuan sahabat yang mampu untuk katam 30 juzuk dalam masa 7 hari, 5 hari, 3 hari bahkan ada yang mendesak mampu melakukan dalam tempoh kurang daripada itu, mungkin dalam 2 hari atau satu hari. Tapi nabi tidak menggalakkan dan akhirnya menghadkan kepada 3 hari, tidak boleh lebih cepat atau laju daripada itu. Jika khatam lebih laju daripada itu maka kesannya tiada penghayatan atau kefahaman yang wajar. Maafkan saya, saya tidak ingat terjemahan perkataan tepat yang digunakan tetapi kesimpulan teguran itu ialah jika mengkatam kurang daripada 3 hari bermakna ia adalah
“satu pembacaan tanpa kefahaman”.
Namun sekalipun begitulah tegahan nabi, Kita dibawakan riwayat akan adanya golongan terkemudian daripada generasi pertama (sahabat) yang mengkhatam al-Quran kurang daripada 3 hari. Ada ustaz terkenal kata .. larangan nabi adalah umum tetapi dalam bulan istimewa seperti ramadan, ia boleh dilakukan dan sebahagian orang yang hebat masih dapat memahami dan menghayati walaupun dilakukan dalam masa 3 hari. Mereka ini tentulah daripada golongan penghafaz quran dan pencinta alQuran. Riwayat kebenaran dakwaan ini adalah kuat kerana dinukilkan oleh ulama terkenal.
Walaupun begitu, oleh kerana ia tidak berstatus hadith kerana itu mungkin tiada kewajipan untuk kita percaya atau mungkin tidak salah jika ada sedikit rasa pelik. Ialah, sekalipun kita menyayangi dan mengkagumi imam syafie, tetapi katam 2 kali sehari selama 60 kali sebulan dalam bulan ramadan adalah begitu luarbiasa mengambil kira hukum logik kerana terdapat pelbagai urusan agama lain dan keperluan peribadi yang perlu dilakukan, apalagi ada yang mengatakan ia dilakukan diluar solat. Maafkan saya, ini sekadar aplikasi penggunaan akal fikiran seperti disaran al Quran dan tidak bermaksud mempertikaikan kredibiti ulama besar itu sekadar tertanya bagaimana ia boleh berlaku?
Sebenarnya bukan itu isu yang saya maksudkan di sini.
Isunya ialah ustaz-ustaz kita menggalakkan kita berusaha mengkhatam al-Quran dalam masa seberapa cepat yg dapat. Ia boleh dilakukan dalam masa 7 hari hatta 3 hari walaupun oleh orang melayu asalkan sanggup berkorban masa dan usaha. Di mana-mana pun ramai orang melayu kita berusaha mengkhatam al-Quran seberapa cepat yang boleh. Ini bagus.
Masalahnya kita terlupa atau terlepas pandang- pesanan nabi iaitu seperti kesimpulan yang saya berikan di atas tadi iaitu jika di khatam dalam 3 hari... bermakna membaca dengan tiada kefahaman.
Bermakna bukan masa atau tempoh yang saya ingin tonjolkan tetapi kefahaman dan penghayatan. Itulah elemen penting yang nabi s.a.w. pertekankan.. dan ia sangat relevan di dalam dunia melayu... kerana apa?
Kerana majoriti orang melayu di bumi melayu ini adalah tidak faham, tidak pandai bahasa arab.
Bermakna kalau kita jenis melayu jahil bahasa arab ini walau sefasih mana pun kita mengaji... selaju mana bacaan kita.... sehingga kita boleh katam dalam 7 hari, 5 hari atau 3 hari... maka kita:
masih gagal memenuhi objektif dan maksud nabi s.a.w. –iaitu adakah setiap khatamnya itu atau setiap bacaan khatam 30 juzuk itu telah dilakukan dengan kefahaman? Jawapannya tidak.
Justeru, maka kita perlu membuat budaya baru khusus bagi orang menzalimi maaf, melazimi diri dalam amalan membaca al Quran agar membaca al Quran berserta terjemahan khususnya bagi orang-orang dewasa. Tidak mengapalah kalau kerana membaca bersekali terjemahan itu menyebabkan kita khatam dalam masa yang lebih lama , daripada 7 hari menjadi 20 hari atau sebulan tetapi apa yang penting, kita telah membaca dengan kefahaman. – seperti diperintah nabi s.a.w. sebagai satu sunnah.
Membaca al Quran dengan terjemahan ini adalah turut disarankan oleh Dr Zakir Naik, seorang pakar perbandingan agama yang begitu cemerlang dalam urusan dakwah kepada non-muslim, seorang daie yang sukar ditemui diera akhir zaman ini.
...Terkecuali bagi anak-anak yang sedang dalam proses hafaz al Quran menurut ustaz Soleh Abd Razak seorang penulis buku “melahirkan anak mencinta al-Quran” (saya lupalak tajuk nya), sahabat saya yang juga merujuk kepada hujah dari Dr. Yusuf Qaradhawi.
Mungkin pada peringkat ini, membaca dan menghafaz tanpa kefahaman adalah lebih baik memandangkan kepentingan untuk mereka fokus dan habis menghafaz dalam usia masih muda ketika tidak diganggu oleh banyak urusan lain seperti orang dewasa. Satu hujah yang baik.
Bagaimana, saya telah membiasakan anak-anak saya dengan al-Quran terjemahan. Saya dapati ada kebaikan yang berbeza yang akhirnya saya kata; biarlah saya teruskan cara ini dulu. Anak saya yang 12 tahun suka membaca terjemahannya dan kadangkala bertanyakan soalan kerana tidak faham apa yang dimaksudkan pada terjemahan itu dan saya cuba mendatangkan jawapan yang sesuai. Jika saya tidak tahu saya kata tak tahu, saya suruh dia tanya ustaz dia. Kalau saya terangkan dia takpuashati, saya pun jadi ‘boring’ lalu saya kata, nak lebih jelas buka kitab tafsir itu ada 2 satu tafsir fizilal satu ibnu kathir. Nampaknya dia belum kuat keinginan untuk buka kitab tafsir itu lagi.
Saya suka dia bertanya soalan-soalan ini atau berfikir tentang maksud ayat al-Quran itu. Saya juga lihat dia menggunakan sedikit ilmu bahasa arabnya untuk memudahkan mengingatkan hafazan dia. Ia secara reciprocal... dengan bahasa arab membantu hafazan dengan hafazan membantu bahasa arab.
Maka buat masa ini, pada fikir dan hemat saya... kebaikan bagi anak-anak melayu didedahkan dengan terjemahan dalam proses membaca dan menghafaz adalah lebih baik dari menghafaz tanpa mengetahui maknanya.
Namun saya benar-benar mengharapkan daripada tuan-tuan dan puan-puan hujah dan pandangan bertentangan yang dapat membuatkan saya menilai semula pandangan saya ini. (Seperti kalau ada kajian saintifik, kajian ilmiah seperti thesis, tinjauan, dapatan statistik , atau keterangan pakar dan lain-lain keterangan).
Wallahu taala alam.
Hisham-ahmad.blogspot.com"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: hishamahmad
Posted on Tuesday, October 22 @ 22:55:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
PRK SG Limau: Catatan Silam Allahyarham Azizi Abdullah Terhadap 4 MB Kedah
Posted on Tuesday, October 22 @ 15:49:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Blog beritaprksglimau
Kedah Dalam Era 4 Menteri Besarnya
Awang Hamad yang tinggal di Kuala Nerang, Mat Kudin di Langkawi, Maniam Cendol di Bandar Baharu, Wan Munah di Baling dan Ah Ming di Alur Setar adalah di antara 1,778,188 juta yang tinggal di Kedah, yang tinggal dalam kepadatan 188.7/km2 di keluasan 9,426 km2. ( Populasi anggaran 2003) Mereka adalah di antara 1,336,352 Melayu, 252,987 Cina, 122,911 India, 35,293 bukan warga negara dan 27,532 lain-lain, yang tidak pernah peduli, siapa naik, siapa turun, siapa lemah, siapa cerdik mentadbir negeri.
Apa yang mereka harap, esok dapat makan. Soal berapa kerajaan belanja, bagi mereka tidak penting. Yang penting, esok mereka mau makan apa, bukan mahu makan siapa.
Mereka juga tidak perduli, sama ada Pas mahu perintah, BN mahu kekal sampai kiamat atau KeAdilan mahu kerusi atau DAP perlu sokongan, itu bukan persoalan mereka. Yang mereka gembira harga getah naik, padi tambah hasil, penangkapan ikan bertambah. Mereka tidak peduli kalau diberitahu kepada mereka tentang menara tinggi, projek mewah, pembaziran, penipuan, kroni dan prestasi pentadbiran sama ada telus atau tidak, mereka tidak tahu apa-apa.
Tapi yang paling mereka tahu dan gah ialah tentang Kedah Maju kemudian di tukar kepada Kedah Gemilang. Dulu mereka diminta kibar bendera Maju 2010 tapi kini bendera itu ditarik balik dan diberi pula bendera Kedah Maju.
Mereka terkerisin terkernyih macam lutung di hujung dahan.
Sangat malang mereka seperti ini. Sudah 8 menteri besar bertukar, mereka masih tidak tahu apa-apa. Mereka tidak ada niat pun hendak menukar menteri besar atau kerajaan yang lebih baik. Bagi mereka tetap sama, sama ada Menteri Besar Hj. Mohamad Sheriff Osman 1948-1954, atau YTM Tunku Ismail Tunku Yahya 1954- 1959, atau Tan Sri Sayed Omar Sayed Abdullah Shahabuddin 1959-1967 atau T.Y.T. Tun Dato’ Utama Sayed Ahmad Sayed Mahmud Shahabuddin 1967-1978, atau Dato’ Seri Sayed Nahar 1978-1985 atau Tan Sri Hj. Osman Aroff 1985-1996 atau Tan Sri Sanusi Junid 1996-1999 atau Dato’ Sayed Razak 1999-2005 atau pun Dato’ Mahdzir Khalid 2005 hingga sekarang.
Selama 9 menteri besar, ada satu era yang mereka cukup bangga ketika mana ada seorang perdana menteri dari Kedah pula. Lama juga anak Kedah jadi Perdana Menteri. Tapi mereka tidak pernah tahu perdana menteri itu buat apa. Sekarang dengar khabar perdana menteri itu tunjuk meluat pada suku sakatnya. Pelik, dulu dia buat itu ini tidak mengapa , sekarang orang buat, dia marah. Pelik juga orang seperti ini.
Alangkah elok dan baiknya, mantan perdana menteri seperti ini, jual rumah di Kuala Lumpur, balik duduk di Kedah sama ada tepi sungai Kedah atau di pinggir hutan Sik atau dekat alur Wan Mat Saman. Dengan tekad yang satu, berazam , tawakkal alAllah, masuklah kampung, masuklah daerah memberi penerangan kepada rakyat bagaimana sudah sampai masanya Kedah ini bertukar teraju pemerintahannya. Sudah sampai arus politik dialih kepada yang lain. Sudah tiba waktu, tukar BN kepada apa-apa parti yang difikir lebih baik. Tetapi di Kedah potensinya tentulah PAS.
Jangan ambil kira fanatik parti. Jangan anggap PAS parti lebai atau jangan anggap parti yang menjurus kepada Islam, tidak sesuai. Ajaklah mereka mengubah bentuk pemerintahan ini kepada yang lebih baik.
Dan masa yang paling sesuai ialah menjelang pilihanraya ke 11 akan datang. Bagaimana pun pakat-pakatlah pula baca Yasin, minta pintu hati Pegawai-pegawai SPR menjadi telus. Berilah tahu dengan keramat mantan perdana bahawa, sudah lama penipuan yang mereka lakukan.
Pertama, beritahu kepada rakyat Kedah tentang Koridor Utara yang baru saja dirasmi oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi pada hujung Julai 2007 lalu. Berilah tahu pada orang Baling, orang Sik, orang Kuala Muda, orang Padang Terap, Langkawi, apa dia Koridor Utara yang membuka laluan masa depan? Apa dia Wilayah Ekonomi Bertaraf Dunia, apa dia Koridor Utara Zon Makanan Moden, apa dia Pusat Pengeluaran Benih Antarabangsa, apa dia Daya Saing Pembuatan, Pelancongan dan Hab itu Hab ini.
Beritahulah juga, projek yang telah diluluskan bagi tempoh RMK-9 itu, bilangan projeknya 1556 dengan peruntukan RMK-9 sebanyak RM 8,117,555,076 manakala projek PFI, 58 (biaya swasta) dengan nilai RM1,241,456,590, agak-agak melepas ke tangan mana nanti?
Jangan cerita pasal sejarah lama. Ambil saja 4 orang menteri besar yang pernah menerajui Kedah, iaitu bermula Tan Sri Osman Aroff (28 Januari 1985-16 Jun 1996), Tan Sri Sanusi Junid (16 Jun 1996- November 1999) Dato Sayed Razak Sayed Zain (12 Disember 1999- 28 Disember 2005) dan Dato’ Mahdzir Khalid (28 Disember 2005- ) kemudian cuba congak dan kira balik, ajak rakyat muhasabah apa yang mereka lakukan, sama ada untung Kedah atau rugi Kedah atau membazir Kedah.
Cuba beritahu tanggung jawab pemimpin tentulah kepada rakyat. Yang utama dalam pemerintahan, kesaksamaan bukan pembaziran, bukan pemborosan. Maka kerana itu jika apa yang dilakukan oleh 4 menteri besar selama mereka mentadbir, alangkah baiknya minta rakyat berfikir. Bukankah di dunia dan di akhirat kita mahu sesuatu yang terbaik?
Tidak teringatkah bagaimana seorang menteri besar di antara 4 yang terakhir ini, memboros dan merampas tanah sawah petani walaupun berbagai pihak menasihati bahawa projek tersebut zalim, tidak berpotensi, membazir, menindas. Tapi malangnya bantahan rakyat, nasihat dari berbagai pihak tenggelam oleh ketamakan pribadi yang kononnya projek itu untuk rakyat.
Tidak teringatkah bagaimana 167 lot atau 1,000 ekar sawah diambil dengan kuasa penguasa mewartakan bahagian tanah yang hendak diambil. Seramai 800 rakyat membantah tapi menteri besar itu tetap berdegil. Dikatakan 60% kepentingan syarikat, 10% kerajaan negeri, dikatakan pelaburan 70% ekuiti (RM35 juta) dan 300 pemilik tanah 30% (RM15 juta) tapi apa yang rakyat dapat? 400 kolam terlungkup begitu saja. Mana dia pusat penetasan?
Inilah yang dikatakan rakyat teraniaya dan ini adalah sebahagian yang telah dilakukan tanpa peduli nasib rakyat, sehingga petak sawah tradisi pupus. Bolehkah menteri itu kembalikan tradisi ini?
Sayang, rakyat tidak pernah berfikir dan apabila tiba kepada menteri besar yang satu lagi, rakyat tetap tidak sedar. Alangkah baiknya mantan perdana ini memberitahu rakyat bahawa: itulah di antara menteri besar yang membazir. Adakah munasabah mengajak rakyat menanam padi atas bumbung? Di korek sebuah paya lalu dikatakan Paya Pahlawan untuk ditumbang sembelih lembu kambing. Mana dia? Berapa belanja dan paling melucukan menteri ini mengajak rakyat cabut uban bini. Kemudian ada lagi projek berjuta-juta, satu pun tidak berfungsi.
Sayang,rakyat masih tidak mahu mengukur sejauh mana Kedah ini dipimpin oleh orang yang berada dalam kelompok BN.
Kemudian tiba pula mantan menteri besar yang kelapan atau ke tiga dari yang keempat terakhir. Rakyat masih juga tidak pandai menilai buruk baik projek, membazir atau menguntungkan. Alangkah baiknya jika mantan perdana ini turun menemui rakyat, memberitahu bahawa setiap sen pembaziran itu adalah wang rakyat. Orang-orang seperti ini perlu ditukar. Bukan orang Pas atau penyokong Pas saja, tetapi biarlah kepada orang Umno, BN dan penyokong.
Perkara di bawah ini sudah banyak didedahkan namun rakyat Kedah masih juga tidak faham-faham tentang pembaziran dari seorang menteri besar yang mereka percaya. Bukankah baik kali ini, seluruh rakyat Kedah ambil iktibar, siapa pun yang naik jadi menteri besar kalau dari komponen BN, macam itu jugalah.
Sekali lagi, cubalah mantan perdana menteri beritahu pembaziran wang rakyat ini; Apabila diberi peruntukan oleh Kementerian Pembangunan sebanyak RM3.8 juta, dibinalah medan ikan bakar. Fuuhhh, selama dua tahun tak siap. Projek apa namanya ini?
Kemudian Projek Marina, kononnya seluruh kapal layar dunia boleh berlabuh. Tup, tup sampan bawa ikan temenung pun tak boleh rapat kerana bertambur dan pasang surutnya tak menentu. Lingkup RM38 juta. Lihat pula infrastruktur, hanya 1,708 unit rumah setahun, ini pun termasuk yang dibina oleh swasta. Tenguk, tahun 2007 dengan RM6.2 juta hanya 223 unit dibina.
Ke mana projek telus dari menteri yang kata mahu membela rakyat?
Muzium Padi, kononnya Kedah adalah jelapang padi. Dibina tahun 1977, terbengkalai. Di Pulau Payar hangus RM6.8 juta. Percayakah rakyat kalau dikatakan RM1 juta untuk satu unit? Mat Derani dari Padang Sanai tentu tak percaya. Masakan RM1 juta?
Kemudian dengan bijaksana memelihara tanah bangsa sendiri, Tanah Rizab Melayu pun dijual dengan harga murah. Hasil pembalakan secara pemberian tahun 2006 sebanyak 5409 hektar kenapa? Yang hilang pula hasil pembalakan 2006 sebanyak RM45,976,500.00 kemana pula perginya?
Malang rakyat Kedah masih tidak mahu faham. Mereka dimomok dengan Kedah Gemilang selepas Kedah Maju 2010.
Kenapa mantan perdana menteri tidak terasa apabila Wawasannya 2020 dipandai-pandai oleh seorang menteri besar, memotong pintas jadi 2010? Bolehkah rakyat tumpang cerdik ini?
Sekarang, timbul pula rancangan yang entah apa nak jadi kepada rakyat bawahan, terutama orang Melayu. Yang peliknya orang Melayu tetap setia menyokong, pada hal sudah banyak kali orang Melayu dirobek dan diperkuda.
Projek PKNK untuk pembangunan industri kecil dan sederhana, sudah berlaku 1400 relung diserah kepada sebuah syarikat bukan bumiputera, mengikut Warta Kerajaan Jilid 49 No 545 9 Nov. 2006.
Dalam hal ini orang Melayu terpecah dua. Satu yang dapat pampasan sokong mati-matian. Dua, rakyat yang ingin melihat martabat bangsa kekal, menentang. Malangnya yang mentadbir tidak pernah memikirkan nasib bangsa.
Bolehkah orang Melayu menumpang kalau 450 relong diserah kepada syarikat bukan Bumiputera kemudian dibuat Hypermarket, hotel,rumah kedai, rumah mewah yang kononnya itulah kemajuan? Demikian menurut Warta Kerajaan Jilid 49 No 396 17 Ogos 2006. Kemudian ada lagi cadangan pengambilan 3150 relong dengan pelaburan RM50 bilion.
Apa nak jadi dengan tanah orang Melayu di Kedah? Malangnya orang Melayu Kedah, terutama Umno tetap bangga dengan kemusnahan ini. Fuhhh!
Dan sekarang hebuh pula dengan Koridor Utara. Kedah pun akan bangkit, kononnya. Pastinya berbilion-bilion akan langsai dan hangus. Apakah dengan keborosan dan pembaziran, kegelojohan para pemimpin Umno Negeri Kedah ini akan terlaksana kebajikan rakyat seperti harapan dalam titah KDYMM Tuanku Sultan Kedah dalam mesyuarat Bajet 2007 di Dewan Undangan Negeri Kedah Yang ke 11? Di mana Tuanku berharap 80 ribu hektar sawah MADA telah berjaya dengan pengeluarannya, dengan 10 tan sehektar. Apakah tidak akan hilang 10,782 pesawah di kawasan 23 ribu hektar milik mereka? Dan dengan perkembangan pembaziran, penyerahan kepada syarikat-syarikat bukan Bumiputera, akan kekalkah pewartaan seluas 2,670 hektar sawah di luar MADA sebagai kawasan MADA? Akan terbuktikah seperti Titah KDYMM tentang 2,000 petani mendapat kemudahan air dan teknologi? Akan terhapuskah 2,000 keluarga miskin tegar pada 2010?
Tapi orang Umno, penyokong Umno tidak pernah kaji selidik, apakah kelemahan pemimpin mereka selama ini. Apa salahnya dengan kelemahan ini, sama-sama tukar kepada satu pemerintahan lain?
Cuba lihat carta Kedah di bawah:
Bil Butiran 2005(RM juta) 1 Aset Pinjaman boleh dituntut 206.91 Pelaburan 29.00 Tunggakan hasil 113.53 Jumlah Aset 349.44 2 Tanggungan Hutang awam 1,797.23 Jumlah Tanggungan 1,797.23
Sumber: Penyata kewangan Negeri Kedah
Mintalah mantan perdana menteri yang tidak berapa setuju dengan Umno sekarang buat congak. Jika rakyat Kedah seramai 1,778,188 dengan hutang awam sebanyak RM1,797.23 juta, bererti setiap rakyat menanggung hutang sebanyak RM1,010.71.
Menurut Audit, kewangan Kerajaan Kedah berdasarkan Lambaran Imbangan tidak kukuh. Mintalah mantan perdana beritahu rakyat dengan wibawa mantannya supaya rakyat Kedah menukar kerajaan kali ini, sebab ada hal-hal yang membazir dilakukan.
Dalam hal Akaun Kena Bayar, mengikut Penyata Kewangan tahun 2005, baki Akaun Kena Bayar berjumlah RM120.17 juta. Ini ketara kerana kena bayar bagi Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Negeri berjumlah RM39.03 juta dan lain-lain jabatan. Tunggakan hasil bagi tahun 2005 sebanyak RM113.53 juta.
Semua ini seluruh rakyat Kedah perlu menilai semula dan perlu bertindak mencari alih sesuatu yang terbaik. Maju mundur Kedah sebenarnya bukan milik Umno/BN tetapi milik rakyatnya.
Catatan Allahyarham Azizi Hj Abdullah
http://beritaprksglimau.blogspot.com
Berita | Isu Semasa Kelantan : Jawapan Dato' Nik Amar
"
http://www.youtube.com/watch?v=DRDJnQtOS78
Isu seputar di Kelantan --- menjawab tuduhan di FB & blog² celupar.. "
Note: Isu ini sebenarnya dah tamat. Rasanya tak payah dibesarkan. Biarlah yang nak besar-besarkan. - PC
1ST Time Dengar Ada Jambatan Bunian Kat Langkawi
Posted on Monday, October 21 @ 14:09:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh Mendan Tempur Kedah
Kita semua sudah maklum bahawa PRK Sg Limau hanya tinggal beberapa hari saja lagi, pelbagai tomahan dan fitnah dibuat oleh pembangkang untuk burukkan kerajaan BN seperti jambatan Pulau Bunting.. Tetapi, dalam keghairahan troopers pakatan menyerang BN mereka pun tak tahu fakta sebenar tentang isu yang dibangkitkan seperti diatas.
Menurut apa yang di tulis oleh macai PR diatas, Kerajaan BN bina jambatan berharga RM250 juta bagi memudahkan penduduk bunian shopping di kompleks Idaman Suri Langkawi.. Hairan, sejak bilalah Langkawi ada jambatan macam ni menghubungkan pulau ke pulau..
Belum ada 1 pun projek jambatan sebegini rupa di Langkawi.. Barang kali macai PR belum buat sedikit homework untuk menyerang BN..
Tapi apa apa pun biar aku jelaskan kat sini.. Bagi sikit penerangan serba ringkas tentang lokasi jambatan ini..
Untuk makluman macai PR, jambatan ini terletak di Sg Limau bukannya Langkawi, jambatan ini dibina oleh Gamuda Berhad peruntukkan dari kerajaan BN pada tahun 2002 hingga ke 2005 menelan belanja RM 150 juta, bukannya seperti apa yang difitnah pembangkang sebanyak RM 250 juta hingga RM7 bilion..
7 bilion ?? Tak agak agak nak fitnah |
semasa dibina |
Pada 2008, Kedah jatuh ke tangan Pas dimana projek Zippy tersebut ditukar menjadi Sulihh, Kerajaan Pas meneruskan juga projek berkenaan tetapi gagal untuk dapatkan pelabur kerana menukar 100% operasi projek berkenaan diatas permukaan laut..
Jambatan ini dikatakan salah satu dari projek 'gajah putih' kerajaan BN di negeri Kedah. Ini bukan soal gajah putih atau projek merugikan, tetapi bila kuasa pemerintah bertukar tangan, apa yang dirancang oleh kerajaan sebelum ini telah bertukar.. Kalau projek Zippy diteruskan seperti apa yang dirancang oleh kerajaan BN sebelum ini, kawasan berkenaan sudah lama berubah wajah..Penduduk juga menikmati kerancakkan ekonomi dikawasan berkenaan..
Walaupun projek ini dikatakan gagal, kawasan jambatan ini menjadi tumpuan bagi kaki kaki pancing di seluruh negeri Kedah.. Pulau Bunting ini juga sememangnya satu tempat menarik untuk dikunjungi kerana pemandangan yang indah..
Pada PRU ke 13, Industri Petroleum di kawasan ini dimasukkan kembali dalam manifesto kerajaan BN.. Ini bermakna, kerajaan BN komited untuk memajukan kawasan ini dengan pembangunnan pada masa yang akan datang.. kemudahan seperti jambatan dan infrastruktur lain sudah ada, cuma mencari pelabur yang sesuai sahaja untuk memajukan kawasan ini...
Artikel berkaitan : Allahyarham Ust Azizan Telah Menyelamatkan Tanah Rakyat Di DUN Sg Limau
Plaza Tunku Yaacob Berpuluh Tahun Terbengkalai Zaman UMNO Memerintah Kedah
Posted on Monday, October 21 @ 16:35:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh Anak Tambang Badak
ALOR SETAR - Sama ada keputusan mahkamah memihak kepada kerajaan dan Majlis Fatwa Kedah atau tidak, projek Aman Central berharga RM500 juta akan dilaksanakan mengikut jadual, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Beliau bagaimanapun yakin Jawatankuasa Madrasah Salihiah, Kancut yang memfailkan writ di Mahkamah Tinggi Alor Setar 9 Januari lepas untuk menghalang madrasah itu dirobohkan akan mengubah pendirian mereka.
Writ saman tersebut akan didengar pada 6 Februari ini.
Beliau
berkata MAIK telah mengenal pasti enam tapak di kawasan berdekatan
untuk dipilih bagi menggantikan wakaf khas madrasah itu.
"Saya
fikir masalah ini akan selesai...projek mercu tanda baru bandar raya
Alor Setar ini akan diteruskan. Kalau mahkamah tahan tidak boleh
roboh tak apalah. Biar surau tu dok di situ. Kita akur keputusan
mahkamah.
"...jika keputusan mahkamah mengendalakan projek ini, saya lawan kerana Aman Central akan memajukan Alor Setar selain menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,000 orang," kata Azizan.
"...jika keputusan mahkamah mengendalakan projek ini, saya lawan kerana Aman Central akan memajukan Alor Setar selain menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,000 orang," kata Azizan.
Beliau yang ditemui pemberita selepas
jamuan dan penyampaian buah limau kepada masyarakat Tionghua yang
bakal menyambut Tahun Baru Cina beberapa hari lagi di sini petang
semalam berkata Aman Central bakal menjadi seperti Orchard Road,
Singapura.
Katanya sebuah hotel lima bintang
jua akan dibina di tapak bertentangan Aman Central untuk merancakkan
pertumbuhan kawasan itu.
Projek tersebut menggantikan kompleks Tunku Yaacob yang terbiar lebih 30 tahun kerana gagal dimajukan sehingga siap selain beberapa kali bertukar pemaju.
Projek tersebut menggantikan kompleks Tunku Yaacob yang terbiar lebih 30 tahun kerana gagal dimajukan sehingga siap selain beberapa kali bertukar pemaju.
Menurut Azizan surau seluas 4,800 kaki akan dibina di tingkat bawah dekat tapak asal oleh pemaju, Bellview Sdn Bhd.
"Jika
dikira sekaki RM1,000 ia bernilai RM4.8 juta yang disumbangkan
Bellview kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan campur RM1.4 juta
yang telah dibayar, kita ada lebih RM6 juta," katanya.
Katanya
MAIK sebagai pemegang amanah wang RM1.4 juta yang dibayar kerajaan
negeri bagi pengambilan tapak madrasah itu akan menggunakannya bagi
membina madrasah baru di tapak baru sekiranya Jawatankuasa Madrasah
Salihiah mengubah fikiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan