Rabu, 23 Oktober 2013

KITA ADAB...MAKA JAGALAH MASING2

Keistimewaan pulut periuk kera
  • Keistimewaan pulut periuk kera Abdullah menunjukkan rupa periuk kera yang tumbuh bergugus.
1 / 2
MASYARAKAT hari ini mungkin hanya mengetahui periuk kera adalah tumbuhan meliar di hutan selain dijadikan tanaman hiasan eksotik oleh penggemar pokok hiasan.

Namun, bagi pasangan Abdullah Kayan, 46, dan isterinya, Norashikin Salimin, 41, yang tinggal di Kampung Tenang, Labis, periuk kera bukan sekadar tumbuhan liar atau tanaman hiasan semata-mata, sebaliknya menjadi sumber rezeki bagi mereka terutama sekali menjelang musim perayaan.

Rasa seperti lemang

Menurut Abdullah, masyarakat Melayu di beberapa kawasan sekitar Johor dan Pahang menjadikan periuk kera sebagai acuan untuk membuat pulut periuk kera yang sering dijadikan juadah pada pagi hari raya.

“Rasa pulut periuk kera tidak banyak beza dengan lemang kerana dua makanan tradisi masyarakat Melayu ini mempunyai banyak persamaan dengan pulut dan santan kelapa sebagai bahan utama untuk membuatnya.

“Perbezaannya hanyalah lemang dimasak di dalam buluh dan dimasak dengan cara dibakar beberapa jam lamanya sementara pulut periuk kera pula dikukus dan memerlukan masa sekitar 15 hingga 20 minit untuk dimasak,” katanya kepada Sinar Harian.

Ini juga telah membuka peluang kepada pasangan suami isteri tersebut untuk membekalkan sama ada periuk kera mahu pun pulut periuk kera yang sudah siap dimasak kepada mana-mana pihak yang berminat menjadikan pulut periuk kera sebagai hidangan sama ada pada musim perayaan ataupun hari biasa.

Pada malam raya tahun lepas, Abdullah dan Norashikin bersengkang mata memasak sebanyak 1,500 biji pulut periuk kera ditempah pelanggan yang dijual dengan  harga RM1 setiap satu.

Bekalan sukar diperoleh

Abdullah berkata, bekalan periuk kera semakin sukar diperoleh sekarang dimana dia terpaksa mengupah Orang Asli untuk mendapatkan periuk kera tersebut dari hutan Bekok dengan kadar upah RM50 sehari bagi setiap orang berbanding 30 tahun lalu yang banyak terdapat di sekitar kampungnya sahaja.

Bagi Norasikin pula, membuat pulut periuk kera tidaklah begitu sukar dan proses bermula dengan membersihkan periuk kera dengan air, kemudian dibiarkan beberapa ketika sehingga air basuhan tadi kering.

“Kemudian, bolehlah masukkan beras pulut yang sudah siap dibasuh sehingga paras tiga perempat penuh, selepas itu masukkan santan kelapa yang sudah dibubuh garam secukup rasa  sehingga tenggelam beras pulut tersebut.

“Selepas proses tersebut selesai, periuk kera yang telah diisi pulut dan santan itu perlu dikukus selama 15 hingga 20 minit dan selepas itu ia  sedia untuk dihidangkan,” katanya yang mempelajari resepi membuat pulut periuk kera daripada arwah neneknya.
Islam Bangkit shared Shamsiah Samsi's photo.
======== WAJIB BACA ======== Hati-hati wahai sahabat wanita!! gambar anda kini boleh dibogelkan... Astagfirullahal'azim... Ini maklumat baru dan sangat berguna. Kepada pengguna-pengguna internet wanita semua terutamanya penggemar facebook, diharap berhati-hatilah agar tidak menjadi mangsa kepada orang yang tidak bertanggung jawab yang boleh memaparkan seluruh tubuh anda! Zaman sekarang kita semua pun sudah tahu memang ramai editor yang mahir dalam menggunakan software Photoshop ini. Tetapi, sekarang ada tools EDITOR X-RAY di dalam Photoshop boleh membuat gambar anda berpakaian akan menjadi bogel atau nampak bertelanjang..... !!! Jadi bagi wanita, dinasihatkan agar janganlah upload gambar anda di facebook atau di mana-mana laman sosial dengan keadaan penuh seperti gambar ini. Ambillah gambar dari atas dada dan ke atas. Dan juga, jangan pakai baju PUTIH kerana editor akan lebih senang untuk edit gambar anda.... **tolong sebarkan.. — with Aishah Shahida and 7 others.

Status FB Terakhir Noreen Noor Sebelum Meninggal Dunia

status-noreen-noorNoreen Noor ada memuat naik status mengenai kisah tentang jenazah disembahyangkan 70,000 malaikat dalam akaun Facebooknya.
Status Noreen itu merujuk kepada kisah bagaimana malaikat memberikan kemuliaan ke atas Muawiyah yang meninggal dunia.
Semasa hidupnya, Jibril memberitahu Rasululllah yang Muawwiyah sering membaca Surah Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan.
Noreen, 54, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan buah pinggang pada jam 5.50 pagi ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri di sini dan meninggalkan seorang anak lelaki berusia 22 tahun dan anak perempuan, 11 tahun.
Jenazahnya dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Km16 Kampung Pulai, Melaka, menurut sumber Terengganu Today.
Filem pertama yang dibintangi Noreen Noor adalah Talak pada tahun 1980, dan antara filem lain yang pernah dibintanginya ialah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam serta pernah popular dengan lagunya, ‘Siang Terbayang, Malam merindu‘.
Empangan Cameron Highlands lepaskan air, dua maut
12:08PM Okt 23 2013  
Seorang individu dipercayai masih hilang manakala dua orang warga asing meninggal dunia selepas selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands Deruan melepaskan air melalui pintu kawalannya.
NONELapor The Star Online menyebut operasi mencari dan menyelamat kini sedang berjalan.

Laporan itu juga menyebut, kejadian itu menyebabkan seramai 80 keluarga terjejas.
Gambar yang diperolehi dari kawasan kejadian antara lainnya menunjukkan kesan limpahan air serta lumpur yang menenggelami kenderaan dan kawasan penduduk.
Kejadian itu berlaku selepas hujan berterusan yang menyebabkan kejadian banjir Perak dan Kedah. Seramai 1,158 orang dilaporkan dipindahkan di daerah Manjung hari ini akibat banjir.
Keadaan banjir di Kedah pula bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 692 orang berbanding 2.176 orang pada hari sebelumnya.
Hadi: Tiada tindakan, teguran Husam perkara biasa
 
PAS tidak akan mengambil tindakan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa yang mengkritik secara terbuka pentadbiran kerajaan PAS Kelantan baru-baru ini.

Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana PAS melihat kritikan Husam itu hanya satu teguran biasa yang turut dibuat oleh orang lain.

Kritikan itu juga tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat dan Lajnah Politik PAS Kelantan, di Kota Bharu semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat itu membincangkan isu Husam yang mengkritik kerajaan Kelantan berhubung beberapa isu dalam persidangan dewan undangan negeri (DUN) baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata PAS Pusat juga tidak menerima permohonan PAS Kelantan agar tindakan diambil terhadap Husam.

Dalam persidangan DUN Kelantan pada 8 Oktober lepas, Husam yang juga naib presiden parti dan bekas exco kanan kerajaan Kelantan, membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan, antaranya isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang diminta mengulas isu berkenaan, berkata mesyuarat turut mendengar penjelasan daripada Husam.

"Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan baik dan kita rasa beruntung kerana dapat penjelasan secara langsung antara Husam dan kerajaan negeri," katanya.

Husam yang turut hadir pula memberitahu pemberita beliau berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan.

-Bernama
Kes ibadah korban, polis cari 'Saravanan'
11:02AM Okt 23 2013  
Polis memulakan siasatan ke atas individu bernama “Saravanan” yang dirakam mengadakan perbualan dengan guru besar SK Puchong Jaya berhubung penyembelihan korban di kawasan sekolah sempena sambutan Aidiladha.

Laporan Sin Chew Daily semalam memetik kenyataan ketua polis daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias, bahawa pasukan itu membuka siasatan ekoran laporan yang dibuat oleh guru besar sekolah tersebut.

Menurut Sin Chew, polis kini sedang mencari “Saravanan” untuk membantu siasatan.

Menurut laporan tersebut, guru besar tersebut, Mohd Amin Bahari, bimbang dengan keselamatan dirinya dan juga keselamatan harta sekolah selepas perbualan dengan “Saravanan”.

Dalam rakaman yang dimuatkan "Saravanan" di Youtube, Mohd Amin mempertahankan ibadah korban yang dijalankan di kawasan sekolah tersebut pada minggu lalu.

Rakaman perbualan tersebut dimuatkan di Youtube sejak lima hari lalu.

Dalam rakaman tersebut, Saravanan menuntut penjelasan berhubung penyembelihan lembu di kawasan sekolah.

Mohd Amin seterusnya menjelaskan bahawa tiada pekeliling yang melarang perbuatan tersebut.

Katanya, penyembelihan korban semasa Aidiladha perlu dianjurkan di kalangan orang Islam, terutama di kalangan pelajar.

"Dalam Islam, penyembelihan hari raya korban ini, memang sepatutnya diuar-uarkan kepada umat Islam, khususnya kepada murid-murid," katanya dalam rakaman itu.

Perkara itu perlu digiatkan agar generasi muda mengetahui bahawa ia adalah tuntutan Islam, katanya lagi dalam rakaman sepanjang lebih 8 minit itu, yang dimuatkan oleh pengguna bernama 'zeeraf87'.

Mohd Amin berkata, ibadah tersebut tidak dijalankan dengan niat untuk menghina penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai makhluk suci.

"Memang kita digalakkan memberitahu murid-murid, kepada anak-anak kita khususnya, bahawa (ibadah) korban ini satu yang disuruh oleh agama Islam. Bukan kita buat penyembelihan ini atas dasar untuk menghina agama lain.

"Sebelum saya menjalankan aktiviti di sekolah, kita telah berbincang dengan semua guru saya. Guru-guru saya ada yang Cina, ada India, yang bukan Islamlah," katanya.

Katanya, pihak sekolah memberitahu guru dan pelajar berbangsa India, serta golongan bukan Islam lain untuk dipisahkan dari upacara tersebut.

“Kami tidak membenarkan mereka melihat,” katanya.

Mohd Amin berkata, beliau mendapatkan pandangan kesemua guru termasuk bukan Islam berhubung aktiviti sekolah seperti itu.
ADUN Pakatan S'gor mahu MB tambah peruntukan
 
Tekanan oleh ADUN PKR ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak bersikap kedekut membelanjakan rizab simpanan negeri kini disahut oleh para wakil rakyat DAP dan PAS yang menguatkan lagi tuntutan melalui satu memorandum.

Memorandum dari Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC) bertarikh 7 Oktober yang diperolehi Malaysiakini itu ditandatangani wakil ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Tuntutan dalam memorandum itu dikemukakan susulan taklimat mengenai Laporan Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri Selangor 2014 pada 3 Oktober lalu yang menimbulkan kejutan di kalangan wakil rakyat berkenaan.

Dalam taklimat tersebut, ADUN berkenaan antara lainnya diberitahu bahawa kerajaan negeri akan mengurangkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM100 juta. Jumlah peruntukan perbelajaan pembangunan sebanyak RM600 juta.

"BBC sepakat menolak cadangan untuk mengurangkan Belanja Pembangunan sebanyak RM100 berikutan kegagalan beberapa agensi kerajaan berbelanja sehingga suku ketiga 2013. Kegagalan agensi kerajaan untuk mencapai matlamat prestasi belanjawan hendaklah diteliti segera.

"Namun kerajaan negeri tidak boleh menjadikan ianya sebagai alasan untuk mengurangkan peruntukan pembangunan kerana tindakan ini hanya akan membebankan rakyat," memorandum itu dipetik.

Dalam memorandum itu juga, BBC menegaskan peruntukan kepada agensi kerajaan wajar diberikan untuk digunakan dengan cekap dan berkesan bagi setiap program pembangunan demi mencapai sasaran yang ditetapkan dalam belanjawan.

Sehubungan, kelab tersebut menggesa kerajaan negeri supaya Belanja Pembangunan ditambah dari RM600 juta kepada RM800 sebagai langkah menjana ekonomi negeri sekaligus meransang pertumbuhan ekonomi yang lestari dan utuh.

Memorandum itu turut menyenaraikan beberapa bidang untuk kerajaan negeri menambah peruntukan antaranya:
  • RM100 juta untuk perumahan rakyat
  • RM50 juta untuk kerja memantau, menyelenggara dan menstabilkan cerun
  • RM50 juta untuk menaiktaraf dan melengkap kemudahan asrama Unisel
  • RM30 juta untuk biasiswa bagi anak Selangor
  • RM10 juta untuk menaiktaraf kemudahan WiFi
  • Perkhidmatan bas percuma pada waktu puncak
  • Menambah peruntukan tahunan ADUN daripada RM500,000 kepada Rm800,000
  • Peruntukan tambahan bagi kawasan yang besar

Tiada ulasan: