Khamis, 17 Oktober 2013

FARDU KIFAYAH PERLU DILAKSANAKAN...BANYAK LAGI FARDU KIFAYAH KITA TERLEPAS PANDANG

Tidak tahu elok bertanya

Ahmad Baei Jaafar, 17 Okt 2013
Dalam satu majlis sambutan hari raya Aidiladha semalam, pengerusi majlis meminta semua jemputan bertakbir raya. Lalu bergemalah suara takbir pada malam itu. Persoalannya, apakah takbir itu masih disunatkan atau dalam kata lain menjadi sunah Rasulullah atau tidak?

Persoalan ini jika diajukan kepada orang ramai, mereka akan mengatakan bahawa, “Takbir itu perkara, baik takkan tidak disunatkan.” Jawapan lain, “Radio dan televesyen sering menyiarkan takbir itu sehingga 13 Zulhijjah.” Jelas daripada jawapan itu, mereka tidak berlandaskan ilmu yang sebenar. Beramal tanpa ilmu tentulah tidak dinilai oleh Allah.

Sebenarnya, ramai yang terkeliru tentang hukum takbir raya. Memang pada dasarkannya sunat bertakbir sebagai tanda syukur. Tetapi untuk melaksanakannya amalan itu tentu terdapat sunnahnya pula, ada kaedah dan ada tata caranya. Maknanya kalau kita tidak ikut garis panduannya, kita tidak dapat pahala walaupun tidak berdosa. Inilah yang selalu disebut sebagai makruh.

Takbir hari raya, sama ada Aidilfitri atau Aidiladha terbahagi kepada dua jenis; takbir mulsal dan takbir muqaiyad. Lihatlah perbezaan kedua-duanya:

Takbir Muqaiyad: Takbir yang mengiringi solat termasuk solat sunat dan jenazah. Takbir ini terikat dan berkait dengan solat yang dilakukan. Waktunya bermula dari waktu Subuh hari Arafah sehingga sebelum terbenam matahari hari ke 13 Zulhijjah. Walaupun waktunya panjang tetapi masa untuk takbir tidak luas. Maka tidak bolehlah kita bertakbir daripada rumah ke rumah sewaktu ziarah selepas solat hari raya. Tidak bolehlah juga takbir sebagai pembukaan sesuatu majlis untuk jamuan hari raya.

Tetapi untuk hari raya Aidilfitri, masanya hanya selepas masuk 1 Syawal hingga imam mulakan solat Aidilfitri. Maknanya takbir ini amat terhad. Sebab itu sesiapa yang terlepas waktu takbir ini amat besar ruginya.

Takbir Mursal: Takbir yang tidak terikat dengan masa dan tempat, boleh dilakukan dalam keadaan apa juga sekalipun kecuali di dalam tandas. Waktu takbir ini bermula daripada terbenam matahari hari raya; Aidilfitri pada satu Syawal dan Aidiladha pada 10 Zulhijjah. Berakhir takbir ini pada sebelum imam takbiratul-ihram solat sunat hari raya.

Takbir ini boleh dialunkan bukan sahaja di rumah-rumah yang kita ziarah pada malam raya itu, malah boleh dibaca dalam kenderaan dan sewaktu membeli belah pada malam raya atau pagi raya. Selepas Solat hari raya tidak ada lagi takbir mursal.

Supaya kita tidak terlepas begitu sahaja amalan sunat dan sunnah ini marilah kita baca takbir ini sendiri sewaktu solat sunat dan ikut imam jika kita solat berjemaah. Rugi kalau tidak takbir kerana ganjarannya amat besar.

Tidak perlu tunggu PRU14 untuk tumbangkan BN

Harakahdaily, 17 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Kita tidak perlu menanti PRU14 untuk tumbangkan kerajaan Najib. Kita boleh lakukannya sekarang.

Demikian tulis Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz di dalam blognya.

Justeru, menurutnya biarkan Umno dan BN merasai penangan sokongan majoriti dan undi popular.

Menurutnya, mereka menang kerana manipulasi persempadanan dan kepadatan pengundi yang tidak adil, masih tidak sedar diri.

Baginya, pemimpin Umno masih angkuh dan membudak-budakkan orang lain.

Di Malaysia Timur, ujarnya BN ada 47 kerusi parlimen dan jumlah yang agak besar dalam tangan komponen bukan Umno.

“Jika parti-parti ini tinggalkan BN, bagaimana?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Raub.

Baca lagi

Memanglah Khairy Jamaluddin menang

Subky Latif, 17 Okt 2013
Memanglah Khairy Jamaluddin menang semula untuk menjadi Ketua Pergeerakan Pemuda Umno dalam pemilihan luar biasa pada 12 Oktober lalu.

Kalau dia tidak menang maka teruk sangatlah dia.

Menangnya semula itu tidaklah sehebat dia mula menjadi Ketua Pemuda Umno dulu. Dengan siapa dia menang  dulu dan dengan siapa pula dia menang sekali ini?

Dulu dia menang, dia sekadar Naib Ketua saja dan dia menang mengalahkan dua gergasi yang setanding dengannya iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khair Toyo.

Sekalipun masa itu Khir Toyo sudah tidak lagi Menteri Besar Selangor, tetapi sebagai Menteri Besar  dulu dia adalah Menteri Besar Selangor. Sebagai Menteri Besar Selangor biasanya terserlah dibandingkan dengan lain-lain Menteri Besar. Itulah aura yang pernah dibawa oleh Datuk Harun Idris dan Tan Sri Mohamad Mohd Taib.

Jika dia tidak lagi jadi Menteri Besar ketika dikalahkan oleh Khairy bukan kerana Khairynya tetapi kalau Najib sendiri jadi Menteri Besar Selangor, dia pun kalah juga kerana masa itu orang Selangor menolak BN.

Khairy juga mengalahkan anak Dr Mahathir, Mukhriz yang dicalonkan oleh banyak bahagian Pemuda Umno. Malah penampilan Mukhriz pada mulanya seolah-olah boleh menggerhanakan  Khairy. Kalau tidak kerana Khairy Naib Ketua masa itu belum tentu nasibnya. Nama Khairy sebagai menantu Perdana Menteri Abdullah Badawi tidak elok sangat. Tempias tsunami yang dihadapi bapa mertuanya itu mengenainya saja.

Dalam keadaan seperti itu Khairy menang. Maka kemenangannya itu hebat dan bandingkan dengan kemenangan semulanya. Memang Khairy pun budaknya hebat.

Dengan dia jadi Ketua Pemuda yang dikira ada otak, sepatutnya dia tidak ditandingi. Mungkin sistem pemilihan baru itu menyebabkan dia ditandingi. Tetapi kalau sistem baru itu hendak disalahkan, mengapa Najib dan Tan Sri Muhyiddin  Yassin boleh menang tanpa bertanding.

Jika Khairy itu hebat sangat maka dia tidak dicabar.

Bagaimanapun kemenangan semulanya adalah kemenangan berlawan. Bukanlah kemenangan percuma. Tetapi perlawanan yang dialaminya bukan hebat. Perlawanannya mungkin boleh dikira pertandingan antara gergasi dengan Awang  Kenit atau perlumbaan antara arnab dengan kura-kura. Tiada  siapa menyangka arnab boleh kalah dan tidak masuk akal gergasi boleh dikalahkan oleh Awang Kenit.

Khailry kali ini ditentng oleh orang yang tidak dikenali. Yang orang hendak tahu sangat ialah anak Tan Sri Sanusi Joned. Saya tidak ingat namanya adakah pernah disiar di media sebelum dia menawar diri untuk jadi calon.

Kalau pun ada sengatnya ialah sengat bapanya, Sanusi Joned dulu. Pernah jadi Setiausaha Agung Umno dan jika tidak silap pernah jadi Naib Presiden. Harapannya sekadar menumpang aura bapanya  dulu. Mungkin sekarang antara perwakilan Pemuda yang mengundi 12 Oktober lalu ada yang tidak tahu siapa Sanusi Joned.

Dan kalau Sanusi sendiri yang bertanding, Sanusi pun bukan tandingannya lagi. Dia pun akan kalah seperti anaknya.

Maka tidak banyaklah yang Khairy dapat banggakan dengan kemenangan semula. Sistem baru itu menyekat Khaiy untuk tidak dicabar. Ia menunjukkan ada juga orang tidak puas hati dengan Khairy.

Tetapi kalau dia menangi lagi dengan Mukhriz atau Menteri Ahmad Maslan atau Ketua Kelab Putera yang jadi pengerusi Tabung Haji, maka boleh dikira satu kemenangan berlawan yang sebenar. Dia menang semula dalam  suasana ramai yang berpendapat sistem itu tidak adil untuk semua calon.

PAS Miri gesa kebumi segera mayat tak dituntut

Harakahdaily, 17 Okt 2013
MIRI: Masalah mayat warga asing yang beragama Islam yang tidak dituntut di rumah mayat hospital Miri berminggu-minggu atau berbulan perlu diuruskan dengan segera oleh pihak hospital dan Jabatan Agama Islam sekiranya tiada waris yang datang menuntut.

“Masalah mayat yang tidak dituntut ini selalunya berlaku ke atas warga asing yang bekerja di Miri, mati akibat kemalangan atau terbunuh dan sebagainya,” ujar Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee.

Katanya, antara sebab lain si mati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap serta keluarga si mati sukar dihubungi.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Masalah mayat warga asing yang beragama Islam yang tidak dituntut di rumah mayat hospital Miri berminggu-minggu atau berbulan perlu diuruskan dengan segera oleh pihak hospital dan Jabatan Agama Islam sekiranya tiada waris yang datang menuntut.

Masalah mayat yang tidak dituntut ini selalunya berlaku ke atas warga asing yang bekerja di Miri, mati akibat kemalangan atau terbunuh dan sebagainya.

Antara sebab lain si mati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap serta keluarga si mati sukar dihubungi.

Perkara ini pernah berlaku beberapa tahun yang lalu tetapi masalah ini sudah diselesaikan kerana ada seorang warga tempatan yang bermurah hati untuk menguruskan mayat yang tidak dituntut itu.

Sekiranya masih lagi terdapat kes semacam itu berlaku, pihak hospital perlu segera memberitahu pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Agama Islam untuk urusan pengkebumian sekiranya tiada waris si mati datang menuntut.

Begitu juga dengan masalah umat Islam dari luar daerah Miri yang meninggal dunia di Miri yang bukan penduduk Miri terpaksa menunggu terlalu lama proses penghantaran jenazah ke rumah si mati yang jauh dari Miri.

Pihak keluarga jenazah terpaksa menunggu doktor dan pihak hospital menandatangani surat dan sebagainya sebelum jenazah mangsa dibenarkan dibawa keluar oleh pihak keluarga si mati.

Masalah akan timbul apabila keluarga si mati miskin yang datang dari jauh terpaksa menggunakan jalan darat dan mengambil masa untuk sampai ke Miri sebelum dapat menuntut mayat seperti kes yang berlaku kepada seorang mangsa kemalangan yang mati di Miri, Sabtu lalu.

Seorang ibu tua yang terpaksa menunggu beberapa hari untuk membawa jenazah anaknya keluar dari Miri.

Perkara ini didedahkan oleh seseorang kepada pihak kami yang tidak mahu namanya didedahkan.

Katanya pihak hospital mengambil terlalu lama untuk menguruskan jenazah mangsa kemalangan sehingga mengambil masa beberapa hari barulah jenazah boleh dihantar balik ke kampung asalnya di Pusak, Saribas dalam bahagian selatan Sarawak.

Perjalanan ke Pusak melalui jalan darat mengambil masa lebih kurang dalam 7 jam dari Miri.

Sekiranya keluarga si mati tidak mampu menguruskan mayat tersebut pihak hospital atau pihak yang berkenaan boleh menghantar mayat tersebut terus ke kampungnya melalui jalan darat atau jika perlu dikebumikan saja di tanah perkuburan Muslim di Miri.

Begitu juga dengan masalah bilik mayat yang terhad di hospital Miri seharusnya diberi perhatian oleh pihak hospital kerana sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan warga asing atau orang luar yang terkorban, sudah tentu sukar bagi pihak hospital hendak meletakkan mayat tersebut sementara menunggu kaum keluarga atau waris mereka datang untuk menuntut.

Kita menggesa pihak Kementerian Kesihatan dan pihak hospital Miri memandang serius perkara ini dengan memberi peruntukan khas dalam pengurusan mangsa kemalangan maut atau yang mati terbunuh yang terpaksa disimpan dalam rumah mayat terlalu lama.

Bagi keluarga si mati yang kurang berkemampuan terutama bagi umat Muslim dan juga bangsa lain sepatutnya urusan pengkebumian dilakukan dengan segera mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Harap perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan.

Lawan TPPA hingga Malaysia tarik diri - SAMM

Harakahdaily, 17 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Walaupun telah berlangsung dua aksi penting, Pentas Perdana Anti-TPPA di Kg Baru dan Demonstrasi Bantah TPPA di hadapan KLCC minggu lalu, ia bukan bermakna penentangan terhadap Perjanjian TPPA sudah berakhir.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru semua pihak agar meneruskan bantahan terhadap Perjanjian TPPA sehingga Malaysia sah menarik diri dari perangkap yang mampu menggadai kedaulatan negara.

“Isu TPPA ini bukanlah satu isu yang mudah untuk disampaikan kepada umum, ia agak teknikal dan tidak terjangkau imiginasi keburukannya kerana TPPA belum menjadi kenyataan,” ujar Pengarah propagandanya, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Walaupun telah berlangsung dua aksi penting, Pentas Perdana Anti-TPPA di Kg Baru dan Demonstrasi Bantah TPPA di hadapan KLCC minggu lalu, ia bukan bermakna penentangan terhadap Perjanjian TPPA sudah berakhir.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru semua pihak agar meneruskan bantahan terhadap Perjanjian TPPA sehingga Malaysia sah menarik diri dari perangkap yang mampu menggadai kedaulatan negara.

Isu TPPA ini bukanlah satu isu yang mudah untuk disampaikan kepada umum, ia agak teknikal dan tidak terjangkau imiginasi keburukannya kerana TPPA belum menjadi kenyataan. Malah pihak kerajaan tidak menjalankan amanah apabila terus berahsia ketika perbincangan TPPA memasuki fasa terakhir sebelum perlaksanaan. Rakyat telah diketepikan dalam soal menentukan masa depan negara.

Justeru itu, sejak dua bulan lalu SAMM menjalankan peranan membangkit kesedaran rakyat betapa isu TPPA perlu dihangatkan merentasi bidang warna politik. Dengan kerjasama sekutu mahasiswa dan Gabungan BantahTPPA, SAMM telah menggerak jentera di seluruh negara dalam aksi Jelajah #TolakTPPA di mana setiap negeri tidak terkecuali menganjur ceramah umum. Penceramah dari pelbagai parti politik dan NGO khususnya dari Bantah telah menyertai jelajah ini. Sebanyak enam puluh ribu risalah kesedaran bahana TPPA telah diedar sepanjang jelajah.

Kemuncak jelajah menyaksikan Pentas Perdana di Kelab Sultan Sulaiman pada 10 Oktober lalu menghimpun tokoh politik dan aktivis, termasuk dua tokoh ternama tanahair telah diundang naik sepentas melawan TPPA, iaitu DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Mohamad. Namun hanya DS Anwar sahaja yang muncul pada malam tersebut manakala Tun Mahathir tidak memberikan jawapan positif.

SAMM menjemput Tun Mahathir kerana kelantangannya menghalang TPPA dimetrai. Namun sejauh mana keikhlasan Tun Mahathir? Apakah hanya demi menyelamatkan perniagaan monopoli anak dan kroni yang bertaraf konglomerat dari jatuh tersungkur di kaki konglomerat antarabangsa? Kerana mahu merungkai persoalan rakyat, SAMM memberi ruang kepada Tun Mahathir bagi menjelaskan sesuatu. Ternyata Tun tidak berani seperti yang dikenali.

Di sebelah pihak lagi, DS Anwar walaupun dituduh ejen Amerika dan didakwa punya hubungan istimewa dengan US namun beliau berani tampil dengan tegas menolak Perjanjian TPPA yang penuh agenda tersembunyi. DS Anwar mengulangi pendiriannya sejak awal menolak TPPA, ketegasan dan keberanian ini wajar diberi pujian.

Malah DS Anwar turut menyuarakan tujuan Mahathir menolak TPPA adalah sebagaimana Mahathir yang sama menolak IMF, demi untuk terus memastikan urusan kewangan negara boleh diperlakukan sesuka hatinya ketika menjadi Perdana Menteri. Ia bukan demi rakyat, tetapi demi kepentingan diri dan kuasa.

Kehadiran orang ramai pada malam Pentas Perdana Anti-TPPA tidaklah mengecewakan walaupun hujan lebat bermula sejak awal petang hingga ke malam. Lebih seribu memenuhi segelinap padang dan juga menerusi siaran langsung yang dibawa oleh TV Selangor menyaksikan lebih 10 ribu audiens.

Tanggal 11 Oktober, sempena kehadiran wakil Presiden Barack Obama ke Malaysia, SAMM bersama Gabungan Bantah TPPA membuka gelanggang demonstrasi di depan KLCC. Berarak dari Masjid As-syakirin terus ke depan KLCC, rakyat khussunya golongan anak muda menyatakan bantahan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian TPPA. Ini jelas.

SAMM dengan pelbagai usaha dan kerjasama, bertekad memastikan tanahair ini tidak dijual melalui skim TPPA. Oleh demikian, proses kesedaran umum amatlah penting. Syukurlah sejak akhir-akhir ini soal TPPA sudah mula dibicarakan di media dan rata-rata rakyat kelas pertengahan telah mula mengambil tahu tentang TPPA, tidak seperti dua bulan yang lalu.

Soal TPPA kini semakin popular memberi tekanan yang besar hingga menyebabkan langkah kerajaan kian kendur, malah Perdana Menteri turut bermain jalan selamat mengutarakan kebimbangan. Kebimbangan Perdana Menteri juga dilihat tidak 'menjamin', dan membimbangkan. Najib Razak sememangnya tidak punya ketegasan.

Ayuh terus lawan, rakyat bersatu pasti tidak akan dikalahkan. Menyelamatkan kedaulatan tanahair harus jadi keutamaan setiap anak bangsa Malaysia!

Tiada ulasan: