Binatang dikorban, apa kaitan pengorbanan manusia
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 15 Okt 2013 |
Engkau pernah bertanya erti pengorbanan. Apa erti pengorbanan sebenarnya pada seseorang manusia terutamanya di Hari Raya Adiladha?
Apakah cukup sekadar menyembelih binatang-binatang ternakan? Yang dikorbankan itu binatang, apa pula kaitannya dengan pengorbanan manusia?
Wahai anakku,
Aktiviti menyembelih haiwan al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) dinamakan Qurban atau Udhiah.
Ia sebenarnya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Antara salah satunya ialah untuk kamu memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
Wahai anakku,
Dalam aktiviti Qurban, kamu juga dapat menghayati nikmat bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah. Malah, kerana banyaknya aktiviti menderma untuk golongan fakir miskin, aktiviti Qurban ini juga dapat menanamkan rasa kasih sayang antara si kaya dengan si miskin.
Wahai anak kesayanganku, fadhilat yang kamu akan dapat daripada ibadah korban amat besar. Kamu akan dapat menambah amal kebajikan:
Seperti Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Wahai anakku,
Ibadah korban ini juga engkau boleh jadikan sebagai penebus dosa sepertimana Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Sayyidatina Fatimah:
"Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban).
Bukan itu sahaja, wahai anak kesayanganku, melalui ibadah korban ini, kamu juga boleh mendapat tempat yang mulia di sisi Allah di mana Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."
Diharap penjelasan aku yang sedikit ini dapat membantumu menghayati ibadah korban.
Selamat Menyambut Aidil Adha.
Senyum
Surendran cuba baju perisai, tapi...
Posted on Wednesday, October 16 @ 22:02:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Naib Presiden PKR, N Surendran hari ini mencuba mengenakan baju perisai polis sebagai persediaan untuk menyertai operasi polis. Bagaimanapun, beliau belum menandatangani perjanjian indemniti yang diperlukan oleh pihak polis.
Surendran, seorang peguam dan ahli parlimen PKR bagi Padang Serai,
berkata terdapat bahagian dalam perjanjian itu yang perlu dibincangkan dengan penasihat undang-undangnya dan pemimpin parti itu.
Menurut penasihat undang-undangnya, R Sivarasa, indemniti itu, antara lain, membebaskan polis daripada tanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian, dan Surendran tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan Malaysia, pihak polis, ketua polis negara, atau mana-mana pegawai yang terlibat dalam operasi itu.
Sivarasa berkata beliau telah menasihatkan Surendran supaya tidak menyertai operasi polis itu, manakala Surendren memberitahu media bahawa beliau masih bersedia untuk meneruskannya, tertakluk kepada perbincangannya dengan pemimpin parti dan penasihat undang-undangnya.
Katanya, beliau tidak meminta jaminan supaya tiada apa yang akan berlaku ke atas dirinya (dalam operasi itu).
Surendran berkata, ini kerana memang akan terdapat risiko apabila terlibat dalam operasi dengan suspek yang bersenjata.
Katanya, beliau tidak meminta sesuatu yang sangat tidak munasabah untuk memastikan supaya beliau tidak cedera, sambil menambah bahawa sedikit keraguan mereka ialah apabila pihak polis berkata mereka (polis) tidak boleh dipertanggungjawabkan jika apa-apa berlaku.
Itu, tegas Surendran, adalah satu cadangan yang berbeza sama sekali.
malaysiakini | 16 Okt 2013
Tawar Ahli Parlimen Sertai Operasi Tunjuk Polis Tidak Matang Posted on Wednesday, October 16 @ 16:48:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo |
Profesionalisme dan ketidakmatangan pasukan polis dikritik berikutan tawaran mereka kepada Ahli Parlimen PKR, N Surendran untuk menyertai operasi bersama-sama pasukan polis baru-baru ini, dan ia membuktikan wujud masalah besar dalam agensi tersebut.
Surendran akan hadir ke Bukit Aman hari ini bagi mengukur saiz badannya untuk pakaian pasukan keselamatan tersebut selepas dijemput Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar), tetapi peguam dan kumpulan hak asasi manusia mengkritiknya kerana Surendran adalah orang awam dan kurang latihan.
"Anggota polis sudah bertahun-tahun berlatih, ini berbeza dengan Surendran, bagaimana beliau akan hadapi keadaan bahaya," kata Koordinator Kempen dan Undang-undang Lawyers For Liberty (LFL), Michelle Yesudas.
Beliau berkata, pihaknya mengkritik Khalid kerana meminta Surendan menandatangani borang tuntutan ganti rugi sebelum menyertai operasi polis.
Sekurang-kurangnya 10 disyaki penjenayah ditembak mati dalam tempoh 10 hari yang lalu, tujuh daripadanya adalah warga Indonesia.
"Polis ditugaskan untuk menjaga keselamatan orang awam dan tidak meminta mereka untuk menandatangani waran kematian mereka sendiri.
“Ini menunjukkan terdapat sesuatu dalam agensi tersebut serta betapa mereka tidak serius dalam menangani jenayah," katanya kepada The Malaysian Insider, sambil menuduh Khalid seolah-olah menjadi seorang hakim, juri, pendakwa raya dan ahli Parlimen.
"Terdapat kemungkinan penyalahgunaan kuasa. Apa yang akan Khalid buat? Ia mungkin berakhir seperti dalam kes Aminulrasyid Amzah," katanya.
Aminulrasyid dibunuh tiga tahun lalu selepas mendakwa pihak polis mendakwa terkeliru dengan penjenayah yang disyaki.
Yesudas juga membidas Khalid sebagai menunjukkan satu contoh tidak baik kerana tidak melihat isu sebenar dalam permasalahan tersebut.
"Tugas beliau adalah untuk melindungi orang awam daripada bahaya, bukan menyebabkan mereka dalam bahaya," katanya.
Ahli Majlis Profesor Negara (MPN)dan profesor jenayah, Datuk Abdul Halim Sidek, berkata Khalid jelas gagal bertindak secara matang dan mengikut kepakarannya dalam menangani isu tersebut apabila membuat tawaran sedemikian kepada Surendran.
Beliau menggesa supaya tawaran tersebut ditarik balik, serta menggesa Bukit Aman sepatutnya mengadakan perbincangan dengan Surendran dan menerangkan bagaimana prosedur tembakan dijalankan.
"Mereka boleh menjemput lebih ramai ahli Parlimen untuk menyertai perbincangan dan menyebarkan maklumat kepada orang ramai.
“Dengan meminta Surendran untuk turut serta dalam operasi dan menyuruhnya menandatangani borang tuntutan kerugian hanya menunjukkan pasukan polis kurang akauntabiliti," kata Abdul Halim, yang juga pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan.
Abdul Halim berkata, permintaan untuk menafikan tuntutan kerugiaan tersebut adalah "permintaan yang tidak masuk akal" pernah dibuat.
"Ini bukan cara untuk mengatasinya. Malah, orang awam pun tidak dibenarkan guna kenderaan polis untuk berjalan inikan pula dibawa bersama dalam operasi.
"Saya tahu KPN kecewa tetapi jemputan itu lebih sukar dibayangkan. Beliau gagal untuk menangani persepsi orang ramai dengan baik sehingga memberi cadangan tidak masuk akal untuk mewajarkan tindakan polis,” katanya.
Beliau berkata, polis di negara asing sering mengadakan 'hari terbuka' untuk membolehkan orang ramai berbincang dan mempersoalkan prosedur polis bertujuan untuk lebih memahami tugas pasukan keselamatan.
"Tetapi di sini, hal polis seolah-olah sangat sulit. Terdapat beberapa rahsia profesional yang tidak boleh didedahkan.
"Tetapi jika tembakan melibatkan nyawa orang awam, maka rakyat mempunyai hak menyoal polis mengena perkara tersebut," katanya.
Khalid menyampaikan tawaran kepada Surendran menerusi komen Twitternya pada 11 Oktober selepas kritikannya terhadap polis dan Kementerian Dalam Negeri kerana menyalahgunakan kuasa apabila melaksanakan polis "tembak dulu" semasa menangkap suspek penjenayah.
"Kami akan menyediakan YB dengan perisai badan.
"Dengan syarat YB akan menandatangani borang tuntutan ganti rugi untuk membebaskan polis dan kerajaan sekiranya berlaku sebarang kemalangan. Beliau boleh melihat dan merasakan pengalaman tersebut secara sendirinya," kata Khalid dalam akaun Twitternya.
Pada Isnin, Surendran berkata beliau dimaklumkan supaya pergi ke Bukit Aman pada hari ini untuk mengukur perisai badan. - 16 Oktober 2013.-TMI
Kenali Mempelas
Posted on Wednesday, October 16 @ 16:34:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Dedaun Alam
Nama Botani : Tetracera Indica Merr. / Tetracera scadens (L) Merr.
Nama Lain : Akar empelas, empelas
Famili : Dilleniaceae
Pengenalan
Mempelas merupakan sejenis tumbuhan jenis memanjat dan mempunyai batang berkayu. Ia tumbuh meliar di kawasan kampung, kebun, ladang, belukar dan hutan di Asia Tenggara. Daun mempelas bersaiz sederhana, berbentuk ringkas, tersusun secara berselang dengan permukaan daun yang kesat (rujuk foto). Batangnya juga bertekstur kesat dan boleh menyebabkan luka jika tersagat pada kulit.
Bunga mempelas berwarna putih dengan kelopak kecil berwarna merah jambu dan berbau sangat wangi. Buah mempelas berbentuk seakan beri dan rasanya masam. Ia berwarna hijau ketika muda dan apabila masak ia berubah menjadi merah.
Kegunaan
Daunnya yang kesat digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai bahan untuk melicinkan ukiran atau hasil kraftangan sebelum kewujudan kertas pasir. Daun ini berfungsi seperti kertas pasir. Ada juga masyarakat zaman dahulu yang menggunakan daun ini untuk melicinkan kuku. Serbuk yang dihasilkan dari daun mempelas kering untuk boleh digunakan untuk merawat radang.
Pokok ini juga boleh menghasilkan salap untuk meredakan selesema. Daunnya yang dilumatkan pula digunakan untuk merawat sengatan serangga berbisa. Air rebusan daripada daun mempelas yang matang/tua boleh merawat darah tinggi. Buah mempelas yang masam boleh dijadikan cuka untuk masakan.
Batangnya yang panjang dan agak kuat juga boleh dijadikan tali. Pada era sebelum adanya dapur gas, kayu api dari dahan pokok getah yang kering sering diikat menggunakan tali daripada pokok mempelas ini kerana kekuatannya.
Sumber: adrydaud.blogspot.com
Use Word 2013 Picture Editing Tools To Edit Images
Posted on Wednesday, October 16 @ 16:12:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Microsoft Word 2013 bears some amazing image editing feats that can light some creative fires.
Of course, it can’t beat giants like Photoshop, but if someone isn’t inclined much to spend a hefty amount and climb the steep learning curve, I advise to switch to Microsoft Word 2013 for basic image editing.
Today, we see how to use Microsoft Word 2013 picture editing tools to correct and improve your pictures.
Word 2013 Picture editing Tools
Open Microsoft Word and switch to ‘Insert’ tab, select a picture or image of your choice and insert it in the document.
Just under the heading ‘Picture Tools’, you will find ‘Format’ tab. Move towards the left ‘Adjust’ Section and select the desired option.
First option that will be visible to you will be
Remove Background
As the name suggests the option will let you selectively remove portions of a picture based on color patterns
Corrections
Adjacent to ‘Remove Background’ option you can find ‘Corrections’. Hit the drop-down and select the option that suits your picture best. You can sharpen, soften, and adjust the brightness of image for better on screen presentation.
Color
You can apply different color effects to make your image/picture look more compelling. Options available are sepia tone, grayscale, and many more.
Artistic Affects
The command located in the ‘Adjust’ group provides 23 special effects, such as pencil sketch, blurring, charcoal sketch, paint strokes, and others making picture appear to have been made from various mediums.
Compress Pictures
Users can manually resize images or pictures in the Word document using Compress feature. When you press the option a dialog box appears displaying the following Compression options:
- Apply only to this picture: Select whether you want to compress or modify selected pictures or all the pictures in document.
- Delete cropped areas of pictures: Removes the areas of images that you have cropped out. Cropped areas once removed cannot be retrieved.
Reset Picture
Click this button to set the image color, brightness, contrast back and another adjust tools.
thewindowsclub.com
'Penganalisis: Tuduhan Indonesia melampau'
Posted on Wednesday, October 16 @ 11:58:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
SHAH ALAM - Penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim tampil mempertahankan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden tembakan yang mengorbankan empat rakyat Indonesia, Jumaat lalu.
Dipetik dari sebuah portal, Kamal Affendi berkata, pihak luar khususnya tidak wajar mempertikaikan tindakan yang diambil atau dilakukan sesebuah kerajaan kerana ia adalah hak negara tersebut yang tertakluk kepada undang-undang negara masing-masing.
Justeru katanya, kenyataan 'pedas' wakil Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat yang menyifatkan PDRM sebagai pengecut kerana menembak mati rakyat mereka amat tidak wajar sama sekali.
Ini kerana katanya, mana-mana individu sekiranya didapati melanggar undang-undang walau di mana sekalipun, maka tindakan yang bersesuaian akan diambil terhadapnya, termasuklah penguatkuasaan undang-undang ataupun tindakan yang lebih ekstrem.
"Yang mustahak di sini juga, soal kedaulatan undang-undang satu negara berkenaan tindakan yang diambil itu ialah prerogatif sesebuah negara.
"Pasukan polis Malaysia bukan satu pasukan yang 'trigger happy', sekiranya penjenayah menyerah diri seperti yang dibuktikan dalam kes Botak Chin, Geng Mamak, maka tidak ada satu tembakan yang dilepaskan.
"Kecuali penjenayah itu yang memulakan serangan terhadap pasukan polis, dan perbuatan itu juga membahayakan kepentingan awam, maka sudah tentulah masa itu tindakan untuk menyekat dilakukan termasuklah pertempuran. Dan penjenayah lazimnya yang mati kerana anggota polis ini terlatih," katanya kepada Antarapos.
Jumhur, yang dipetik dari laman Kompas.com selain itu mempertikaikan kewajaran tindakan PDRM menembak mati keempat-empat rakyat negaranya kerana berpendapat kesemua mereka bukan pengganas.
Keempat-empat mereka yang dikenali sebagai Hafat, pemegang pasport Indonesia bernombor A0649848, Iknoriansyah (U4507980), Hery Setiawan (A4208167) dan Wahyudi (A2640273) ditembak mati Jumaat lalu di Blok B-15-7, Ampang Hilir Pinggiran, Jalan Ampang Putra, Kuala Lumpur.
Kesemua mereka dilaporkan telah merompak sebuah rumah awal pagi sebelum kejadian.
Kamal juga menasihatkan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan polis, perlu mengambil kira akibat yang diterima oleh mangsa yang dianiaya penjenayah.
"Barangkali ada suara minoriti yang melihat tindakan yang diambil itu disangkanya sebagai jalan pertama iaitu menembak mati, walhal, seperti mana negaranya juga ia adalah pilihan terakhir yang terpaksa dilakukan bagi melindungi demi kepentingan awam dan juga mengangkat kedaulatan undang-undang itu.
"Dalam masa yang sama saya pohon kalau ada yang berminat tentang hak asasi ni, harap di hati mereka dapat juga perjuangkan hak asasi mangsa-mangsa penjenayah ini, atau keluarga mereka yang terkorban akibat perbuatan jenayah," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan