Selasa, 15 Oktober 2013

BILA AGAMA DIABAI DAN BILA UNDANG2 ALLAH DIKETEPIKAN

Bajet 2014: Jangan laksana GST, kata MTUC

  • bajet 2014
1 / 1
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan tiga perkara utama berkaitan kepentingan rakyat untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Belanjawan 2014, termasuk tidak melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 
 
Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata pelaksanaan GST akan memberi impak kepada golongan berpendapatan rendah dengan mengambil kira kos barangan dan perkhidmatan pengguna yang semakin meningkat saban tahun. 
 
"Pengguna perlu menanggung cukai penggunaan jika GST dilaksana dan ia past akan membebankan golongan berpendapatan rendah meskipun bayarannya adalah kecil," katanya ketika dihubungi Bernama. 
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dilapor berkata kerajaan sedang menjalankan kajian berkaitan GST bagi menilai impak terhadap kadar inflasi dan kaedah terbaik pelaksanaannya. 
 
Beliau berkata pelaksanaan GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan merupakan satu daripada pendekatan jangka panjang kerajaan bagi meningkatkan hasil pendapatan negara.
 
 
Sementara itu, Mohd Khalid berkata MTUC turut berharap Belanjawan 2014 yang dijadual dibentang pada 25 Okt ini mempertimbangkan pemberian bantuan Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM300 kepada pekerja sektor swasta yang berdepan tekanan berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. 
 
Beliau juga meminta kerajaan mempertingkat kadar pelepasan cukai pendapatan individu menerusi Belanjawan kali ini selain mempertimbang pelepasan cukai tambahan sebanyak RM1,000 bagi mereka yang mempunyai anak pertama, kedua dan seterusnya. 
 
Katanya, langkah itu bakal merangsang pertumbuhan ekonomi domestik kerana rakyat akan mula berbelanja lebih. 
 
Mohd Khalid juga mengalu-alukan cadangan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia secara dua peringkat mulai tahun depan, yang dilihat sebagai pendekatan baik bagi mengimbangi kadar inflasi. - Bernama
GES: Malaysia tetap tahap lebih tinggi

KUALA LUMPUR - Malaysia telah menetapkan tahap lebih tinggi untuk Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) akan datang di Morocco tahun hadapan, dengan kejayaan edisi keempat persidangan itu yang berakhir di sini Sabtu lepas.
 
Tanpa sebarang sasaran kewangan ditetapkan, persidangan yang diadakan di sini telah berjaya meraih RM12.65 juta urus niaga perniagaan.
 
Kejayaan mengumpulkan sejumlah besar usahawan ini kemungkinan dapat disaksikan lagi kerana Malaysia merancang menganjurkan persidangan serupa setiap tahun.
 
Sidang Kemuncak GES, susulan daripada ketegasan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang menyatakan keusahawanan ialah tonggak penglibatan global AS, menekankan kepentingan keusahawanan sebagai antara paling berkuasa meningkatkan ekonomi negara.
 
Meskipun dengan ketidakhadiran Obama, sidang kemuncak itu telah berjay menarik lebih 4,700 delegasi dari 123 negara. Ia juga merupakan sidang kemuncak
 
GES terbesar sejak sidang kemuncak pertama diadakan di Washington pada 2010.
 
Presiden AS, bagaimanapun, diwakili oleh pegawai peringkat tinggi, diketuai Setiausaha Negara, John Kerry.
 
Kerry telah membuat satu komitmen kukuh ke arah membangunkan semangat keusahawanan dengan mengumumkan beberapa inisiatif yang boleh memberi manfaat dan impak besar dalam memacu keusahawanan sebagai antara penggerak pertumbuhan, terutamanya di rantau ini.
 
Antaranya "Up Global", yang akan menyaksikan setengah juta usahawan muda dilatih dan dipantau oleh ahli perniagaan terkemuka AS, melibatkan 1,000 bandar raya seluruh dunia.
 
Pengumuman itu jelas sekali boleh mewujudkan kesan limpahan keseluruhan industri terutama dengan Malaysia menjadi lokasi dipilih oleh AS untuk mengumumkan inisiatif-inisiatif berkenaan.
 
Ini disokong lagi dengan pengumuman penubuhan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pusat sehenti untuk semua usahawan itu akan bergerak seiring dengan inisiatif "Up Global" AS, yang akan menyediakan satu lagi rentak lebih tinggi dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
 
Pusat ini akan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pinjaman daripada bank atau modal teroka, pendaftaran hak harta intelek untuk kegunaan latihan, bimbingan dan pemantauan.
 
Selain daripada sidang kemuncak itu, terdapat 14 program satelit untuk melengkapinya dan antaranya termasuklah peringkat akhir pembentukan idea untuk mendapatkan geran.
 
Contohnya, Ideas 2 Invest, program sembilan hari, bermula sebelum sidang kemuncak itu telah berjaya menghasilkan banyak idea mantap untuk perniagaan dalam jangkamasa singkat.
 
Acara lain termasuklah inisiatif 1Malaysia Entrepreneur (1Met), menyaksikan 5,000 usahawan muda berpeluang berinteraksi dengan kedua-dua pemimpin Najib dan Kerry.
 
Kehadiran kedua-dua pemimpin itu sudah pastinya dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda ini untuk berusaha lebih gigih dalam usaha mencapai impian masing-masing.
 
Selain daripada itu, kehadiran anak-anak perdana menteri, Nor Ashman dan Nooryana Najwa dalam beberapa sesi sidang kemuncak itu sedikit sebanyak memberikan sokongan secara peribadi yang keusahawanan sememangnya sentiasa dekat di hati perdana menteri.
 
Sebagai tuan rumah, Malaysia berjaya memenangi hati para tetamunya yang rata-rata memuji kemakmuran negara ini.
 
Jonny Finity dari Amerika Syarikat yang datang untuk Global Startup Youth (GSY) berkata sesi "pitching" itu baik dengan ramai belia muda dari 45 negara mengambil bahagian dalam membina dan mendapatkan idea.
 
"Sidang kemuncak ini ialah tempat paling sesuai menghubungkan orang ramai terutama usahawan berbakat dan berpengalaman yang sanggup berkongsi pengalaman mereka," kata beliau kepada Bernama.
 
Sementara itu, usahawan teknologi Bahadir Baran Odevci kagum dengan semangat dan tenaga yang ditunjukkan dalam GSY, sambil menyatakan ia merupakan platform baik untuk usahawan muda bertukar-tukar pendapat meskipun mempunyai latar belakang budaya berbeza.
 
Program GSY, antara program satelit, diadakan pada 8-11 Okt, disasarkan untuk usahawan muda.
 
Pendek kata, edisi keempat sidang kemuncak ini sudah pastinya meninggalkan kesan mendalam dan kenangan manis untuk semua delegasi tempatan dan asing, termasuklah usahawan muda dan wanita.
 
Malaysia, tidak dapat dinafikan berjaya "berdiri tinggi" umpama lagu nyanyian ratu rock Ella "standing tall" dengan bait-bait "standing in the eyes of the world", yang menjadi lagu penutup untuk GES keempat. - Bernama
Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak sulung
  • Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak sulung Bapa kepada lima anak ini mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen semalam, atas dua pertuduhan merogol anak sulungnya.
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada lima anak dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua tuduhan merogol anak sulungnya yang baru berusia 16 tahun.

Bagaimanapun, dia yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa di sebuah bangsal kebun simpang Santong Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, kira-kira jam 3.30 pagi, 16 Ogos lalu.

Dia yang mempunyai dua isteri itu turut didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di alamat sama, kira-kira jam 9.30 malam, pada 12 September lalu.

Bagi setiap pertuduhan itu, lelaki terbabit berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Wan Fadhilah Nor menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah turut membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat dia tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi bagi kes berkenaan.

Sinar Harian keluaran 1 Oktober lalu melaporkan mengenai seorang penjaga dusun yang tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun.

Perbuatan jijik si bapa terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri, serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.
Artikel Berkaitan
Suspek kes rogol, samun bersenjata dicari
  • Suspek kes rogol, samun bersenjata dicari Wan Mohd Samsudin (dua, kanan) ketika memperkenalkan anggota polis yang terlibat dalam penangkapan suspek.
1 / 1
RAUB – Polis kini dalam usaha mengesan seorang suspek dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata dan rogol yang berlaku pada 30 September lalu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.00 pagi di asrama pekerja sebuah pasar raya dekat sini, mangsa berusia 20-an didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau dan terus menarik mangsa ke bilik lain.

Katanya, suspek bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa dengan pita pelekat dan kain.

“Rakan mangsa yang turut berada di bilik itu  turut diikat bahagian tangan, kaki dan mulut.

“Suspek kemudiannya bertindak menggeledah bilik berkenaan dan mengambil telefon bimbit mangsa jenama Sony Ericson Experia dan telefon jenama Alcatel serta wang tunai RM50,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, selepas itu suspek bertindak masuk semula ke tempat mangsa diikat dan kemudian merogolnya sebelum beredar.

Katanya, susulan kejadian itu, polis giat menjejaki suspek yang imejnya direkodkan oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Anthony di talian 017-9060519 atau hotline IPD Raub 09-355 4999 untuk membantu siasatan,” katanya.
Cabul budak sebaya cucu
  • Cabul budak sebaya cucu Sabtu (kanan) bersama pegawai penyiasat kes ketika sidang media dijalankan, semalam.
1 / 1
KANGAR - Ibarat seperti cucu jika dibandingkan usianya, seorang warga emas tergamak mencabul anak saudaranya sendiri yang berusia 11 tahun.

Perbuatan yang tidak perikemanusiaan warga emas berusia 74 tahun itu membuatkan dia ditahan polis.

Kejadian itu terbongkar setelah kakak mangsa yang bekerja di Pulau Pinang balik bercuti di rumah datuk mereka di Simpang Empat, dekat sini kelmarin.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kangar, Asisten Superintendan Sabtu Md Ali berkata, kejadian berlaku ketika datuk mangsa dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan kesempatan itu digunakan bapa saudaranya untuk mencabul mangsa yang tinggal di situ.

“Mangsa dicabul tiga hari berturut-turut pada awal bulan ini iaitu pada sebelah petang ketika nenek mangsa ke hospital untuk menjaga datuknya.

“Setelah kakaknya pulang mangsa terus mengadu dan mereka membuat laporan di IPD Kangar kelmarin. Mangsa kemudiannya dihantar untuk pemeriksaan oleh pakar sakit puan HTF dan doktor mengesahkan wujudnya kejadian tersebut apabila terdapat kesan gigitan di bahagian dada mangsa,” katanya kepada pemberita di IPD Kangar di sini, semalam.

Menurut Sabtu, lelaki yang bekerja sebagai penjual ikan itu ditahan polis di rumahnya yang terletak berhampiran dengan rumah datuk mangsa.

“Polis telah merampas sarung kusyen di rumah berkenaan dan  dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula kelmarin untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan sekiranya sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Berdasarkan rekod polis, suspek mempunyai dua rekod lampau kesalahan sama dan dijatuhkan hukuman.
Rogol anak saudara
  • Rogol anak saudara Tertuduh mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan merogol anak saudaranya, di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada dua anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas enam pertuduhan merogol anak saudaranya yang ketika itu baru berusia 8 tahun.

Bagaimanapun, tertuduh, 45, yang bekerja sebagai tukang rumah, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang ketika itu berusia 8 tahun di sebuah rumah di Kampung Jerong Tuan, Marang, antara jam 4 hingga 5 petang, 8 April 2012.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di alamat dan waktu sama, masing-masing pada 9 April dan 11 April 2012.Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap mangsa sama, sebanyak tiga kali di alamat dan waktu sama masing-masing pada 15 April; 16 April dan 18 April 2012.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang @ Mamat di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, Aslam menetapkan 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
Remaja 16 tahun lapor polis kerana hamil
KULIM - Gara-gara bercinta dengan lelaki berusia 41 tahun dan sudah berumah tangga, seorang remaja berusia 16 tahun yang sudah tidak bersekolah membuat laporan polis kerana mendapati dia hamil.

Menurut mangsa, dia berkedudukan dengan suspek sejak beberapa bulan di rumah kedai di sebuah taman perumahan di sini dan apabila mendapati dirinya hamil, mangsa mengambil keputusan untuk balik ke rumah ibunya di Perak.

Ibu mangsa yang terkejut dengan kejadian menimpa terhadap anaknya membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.

Dalam keterangan dibuat mangsa, dia membuat laporan polis supaya suspek tidak bersikap lepas tangan dan mahu lelaki itu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini banyak kes rogol berlaku dan jumlah mereka terlibat semakin meningkat.

Menurutnya, dari laporan dibuat, kebanyakan mangsa terlibat terdiri dari remaja perempuan bawah umur dan tidak berpendidikan.

“Selain itu faktor kehidupan harian juga memainkan peranan. Kebanyakan mangsa terlibat datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Dalam kes ini, ibu mangsa sebelum ini menikahi seorang lelaki warga asing bagaimanapun setelah tamat tempoh bekerja di negara ini, suaminya meninggalkan mangsa bersama ibunya.

"Apabila berlaku permasalahan keluarga, anak akan mengambil jalan singkat dan mula bergaul bebas. Dalam usia muda mereka mudah terjebak dalam pelbagai kegiatan sosial,” katanya.

Katanya, polis memandang serius terhadap permasalahan ini dan suspek akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol walaupun kekasihnya itu membenarkannya.

Tiada ulasan: