Pelajar hilang selepas ke tandas
SUNGAI PETANI – “Pulanglah, ibu tak marah. Kami cukup risaukan keadaan
kakak. Kalau ada dekat sini, baliklah segera. Ibu bimbang sampai tak
dapat nak lelapkan mata," luah Zarina Mohd Noor, 39, yang mencari anak
keduanya, Fatin Afifah Mohd Fazli, 16, sejak disedari hilang, petang
kelmarin.
Zarina berkata, ketika kejadian, Fatin Afifah bersama anak sulung, Mohd Amirul Mukhlis, 17, dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari di mana kedua-duanya belajar di sekolah berkenaan.
“Selalunya mereka letak motosikal di pekarangan masjid berhadapan sekolah, begitu juga semalam (kelmarin). Tetapi, Fatin Afifah memaklumkan dia sakit perut dan singgah di tandas masjid sementara abangnya terus masuk ke kelas,” katanya kepada Sinar Harian.
Zarina berkata, Mohd Amirul berasa hairan apabila rakan adiknya bertanyakan mengapa Fatin Afifah tidak masuk ke kelas ketika mahu pulang dari sekolah, kelmarin.
Menyedari keadaan itu, dia terus memaklumkan keluarga selain mencari adiknya di kawasan sekitar termasuk di rumah rakan serta hospital kerana bimbang sekiranya ditimpa sesuatu.
Menurutnya, anak keduanya cukup rapat dengan Mohd Amirul serta dua adik lain dan kehilangannya adalah satu tamparan buat mereka sekeluarga.
“Adik perempuan yang berusia 10 dan lima tahun asyik menangis dan bertanyakan kakak mereka.
“Saya juga bimbang jika dia terpengaruh dengan rakan luar mahupun mana-mana pihak tetapi sebelum ini kami cukup memantau pergerakannya sehingga ke mana-mana sahaja ditemani tanpa membiarkan dia sendiri,” katanya.
Katanya, dia tidak nampak sebarang perubahan ganjil ke atas anaknya malah mereka bertiga keluar bersama (bersama anak sulung) sehari sebelum kejadian tanpa sebarang masalah.
“Dia anak yang baik, selalunya dia tidak pernah bersikap begini. Saya merayu sangat sekiranya dia ternampak berita ini baliklah segera.
“Saya juga bimbang sekiranya dia diawasi mana-mana pihak, saya minta pulangkan anak saya dalam keadaan selamat,” katanya.
Laporan mengenai kehilangan mangsa dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, kelmarin.
Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Zarina di talian 017-5847659 atau suaminya, Fazli Fisol, 43, di talian 017-5520553.
PARIT BUNTAR - Belum sempat sepasang ibu bapa meraikan hari pertama
anak perempuan mereka bekerja, remaja berkenaan tidak pulang ke rumah
kerana dipercayai mengikut teman lelaki yang dikenali melalui lama
sosial.
Siti Sakira Ahmad, 18 dipercayai hilang pada 8 Julai lalu, iaitu pada hari pertama dia mula bekerja di sebuah kilang di sini.
Bapanya, Ahmad Awang, 75 memaklumkan, sejak hari itu tiada sebarang berita mengenai Siti Sakira diterima oleh keluarganya sehingga ke hari ini.
Menurutnya, Siti Sakira merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik dan pada hari kejadian, dia tidak pulang ke rumah sehingga waktu malam, manakala usaha untuk menghubunginya gagal kerana telefon bimbitnya ditutup.
"Kerana bimbangkan keselamatannya, saya pergi ke rumah salah seorang rakan sekerja Siti Sakira dan terkejut apabila dimaklumkan bahawa anak saya telah keluar dari kilang lebih awal.
"Rakan sekerja Siti Sakira turut memaklumkan bahawa dia (Siti Sakira) telah dijemput oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya ke suatu tempat tidak diketahui," katantya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Kurau, kelmarin.
Sementara itu kakak mangsa, Norizan Ahmad, 22 memaklumkan bahawa dia serta ibunya telah cuba menghubungi Siti Sakira setiap hari, namun telefon bimbitnya sentiasa tertutup.
Menurutnya, usaha tanpa jemu menghubungi Siti Sakirah akhirnya berhasil apabila adiknya membalas panggilan telefon beberapa hari selepas itu.
"Adik maklumkan dia kini berada di Tanjun Bungah, Pulau Pinang dan meminta kami masukkan wang ke dalam akaun banknya untuk membolehkan dia pulang ke rumah.
"Tetapi bila saya cadangkan untuk ambil dia di sana, dia beri pelbagai alasan sebelum talian telefonnya terputus," katanya.
Norizan berkata, sejak dari itu Siti Sakira terus mendiamkan diri sehinggalah tiga hari lalu apabila adiknya itu menghubunginya menggunakan nombor telefon yang tidak dikenali.
Menurutn Norizan, daripada perbualan itu, Siti Sakira memaklumkan bahawa dia telah berada di Perlis dan talian telefon terputus secara tiba-tiba.
"Saya segera hubungi semula nombor telefon berkenaan dan ia dijawab oelh seroang lelaki. Apabila saya tanya tentang Siti Sakira, tiba-tiba lelaku itu tengking saya dan mengatakan dia tidak kenal Siti Sakira lalu meletakkan telefon.
"Kerana peristiwa itu saya bimbang adik saya mungkin sedang disembunyikan seseorang untuk tujuan tidak baik. Mungkin juga dipaksa melakukan sesuatu oleh lelaki itu. Kami buat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Kurau kerana keluarga kami
bimbangkan keselamatan adik.
"Saya minta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai lokasi terkini adik saya berada untuk menghubungi talian 012-523 4872 untuk menyalurkan maklumat itu kepada kami," rayunya.
Zarina berkata, ketika kejadian, Fatin Afifah bersama anak sulung, Mohd Amirul Mukhlis, 17, dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari di mana kedua-duanya belajar di sekolah berkenaan.
“Selalunya mereka letak motosikal di pekarangan masjid berhadapan sekolah, begitu juga semalam (kelmarin). Tetapi, Fatin Afifah memaklumkan dia sakit perut dan singgah di tandas masjid sementara abangnya terus masuk ke kelas,” katanya kepada Sinar Harian.
Zarina berkata, Mohd Amirul berasa hairan apabila rakan adiknya bertanyakan mengapa Fatin Afifah tidak masuk ke kelas ketika mahu pulang dari sekolah, kelmarin.
Menyedari keadaan itu, dia terus memaklumkan keluarga selain mencari adiknya di kawasan sekitar termasuk di rumah rakan serta hospital kerana bimbang sekiranya ditimpa sesuatu.
Menurutnya, anak keduanya cukup rapat dengan Mohd Amirul serta dua adik lain dan kehilangannya adalah satu tamparan buat mereka sekeluarga.
“Adik perempuan yang berusia 10 dan lima tahun asyik menangis dan bertanyakan kakak mereka.
“Saya juga bimbang jika dia terpengaruh dengan rakan luar mahupun mana-mana pihak tetapi sebelum ini kami cukup memantau pergerakannya sehingga ke mana-mana sahaja ditemani tanpa membiarkan dia sendiri,” katanya.
Katanya, dia tidak nampak sebarang perubahan ganjil ke atas anaknya malah mereka bertiga keluar bersama (bersama anak sulung) sehari sebelum kejadian tanpa sebarang masalah.
“Dia anak yang baik, selalunya dia tidak pernah bersikap begini. Saya merayu sangat sekiranya dia ternampak berita ini baliklah segera.
“Saya juga bimbang sekiranya dia diawasi mana-mana pihak, saya minta pulangkan anak saya dalam keadaan selamat,” katanya.
Laporan mengenai kehilangan mangsa dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, kelmarin.
Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Zarina di talian 017-5847659 atau suaminya, Fazli Fisol, 43, di talian 017-5520553.
Setem Besi shared Fakhri Ahmad's photo.
Salam sahabat semua... anak kwn saya Fatin Afiffah pelajar tingkatan 4 di laporkan hilang dlm perjalanan ke Sekolah Men Khir Johari Sg petani pd Ahad 27 Okt 2013... Pohon kpd semua supaya dapat share kan gbr dan posting ini supaya dapat di lihat oleh semua rakyat Malaysia bahawa sesiapa shj bersama pelajar ini mungkin akan berhadapan dgn tuduhan menculik.. dan kpd semua yg mengenali pelajar ini dan mengetahui dimana beliau berada sila pm ke inbox saya dan segala maklumat akan di rahsiakan... pohon share dan tag seramai mungkin....tq — with Missh Norazie and 48 others.
Remaja hilang selepas kerja
- Ahmat(kanan) menunjukkan gambar Siti Sakira dan laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Kurau
Siti Sakira Ahmad, 18 dipercayai hilang pada 8 Julai lalu, iaitu pada hari pertama dia mula bekerja di sebuah kilang di sini.
Bapanya, Ahmad Awang, 75 memaklumkan, sejak hari itu tiada sebarang berita mengenai Siti Sakira diterima oleh keluarganya sehingga ke hari ini.
Menurutnya, Siti Sakira merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik dan pada hari kejadian, dia tidak pulang ke rumah sehingga waktu malam, manakala usaha untuk menghubunginya gagal kerana telefon bimbitnya ditutup.
"Kerana bimbangkan keselamatannya, saya pergi ke rumah salah seorang rakan sekerja Siti Sakira dan terkejut apabila dimaklumkan bahawa anak saya telah keluar dari kilang lebih awal.
"Rakan sekerja Siti Sakira turut memaklumkan bahawa dia (Siti Sakira) telah dijemput oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya ke suatu tempat tidak diketahui," katantya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Kurau, kelmarin.
Sementara itu kakak mangsa, Norizan Ahmad, 22 memaklumkan bahawa dia serta ibunya telah cuba menghubungi Siti Sakira setiap hari, namun telefon bimbitnya sentiasa tertutup.
Menurutnya, usaha tanpa jemu menghubungi Siti Sakirah akhirnya berhasil apabila adiknya membalas panggilan telefon beberapa hari selepas itu.
"Adik maklumkan dia kini berada di Tanjun Bungah, Pulau Pinang dan meminta kami masukkan wang ke dalam akaun banknya untuk membolehkan dia pulang ke rumah.
"Tetapi bila saya cadangkan untuk ambil dia di sana, dia beri pelbagai alasan sebelum talian telefonnya terputus," katanya.
Norizan berkata, sejak dari itu Siti Sakira terus mendiamkan diri sehinggalah tiga hari lalu apabila adiknya itu menghubunginya menggunakan nombor telefon yang tidak dikenali.
Menurutn Norizan, daripada perbualan itu, Siti Sakira memaklumkan bahawa dia telah berada di Perlis dan talian telefon terputus secara tiba-tiba.
"Saya segera hubungi semula nombor telefon berkenaan dan ia dijawab oelh seroang lelaki. Apabila saya tanya tentang Siti Sakira, tiba-tiba lelaku itu tengking saya dan mengatakan dia tidak kenal Siti Sakira lalu meletakkan telefon.
"Kerana peristiwa itu saya bimbang adik saya mungkin sedang disembunyikan seseorang untuk tujuan tidak baik. Mungkin juga dipaksa melakukan sesuatu oleh lelaki itu. Kami buat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Kurau kerana keluarga kami
bimbangkan keselamatan adik.
"Saya minta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai lokasi terkini adik saya berada untuk menghubungi talian 012-523 4872 untuk menyalurkan maklumat itu kepada kami," rayunya.
Rayu anak pulang
TEMERLOH - Pasangan suami isteri Zainal Ismail 66, dan isteri Fuziyah
Mansor 53, merayu anak gadis mereka, Norain, 23, yang menghilangkan diri
lebih sebulan lalu pulang ke pangkuan keluarga bagi menyambut
Aidilfitri bersama.
Fuziah berkata, anak gadisnya yang mesra disapa Ain, keluar rumah 28 Jun lalu untuk memulakan kerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Kuantan dan buat sementara waktu dia tinggal bersama kakak dan abang iparnya.
Menurutnya, Ain anak keempat dari lima beradik itu menghilangkan diri ketika berada di rumah kakaknya di Kuantan, 9 Julai lalu.
"Tanpa sebarang sebab, kami dimaklumkan Ain menghilangkan diri dengan barang peribadi dan dia ada hantar mesej kepada kakaknya memohon maaf serta memaklumkan keluar mahu cari ketenangan.
"Selepas itu langsung tiada khabar berita mengenainya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Tingkat, di sini, semalam.
Fuziyah berkata, tindakan Ain yang bekas pelajar lepasan Kolej Universiti Segi menghilangkan diri sangat mengejutkan keluarga memandangkan dia anak manja dan tidak pernah melakukan perkara sedemikian sebelum ini.
"Kami sekeluarga sangat merindui Ain dan buntu memikirkan nasibnya memandangkan tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku," katanya.
Sementara itu, Zainal berkata, dia berikhtiar mencari di banyak tempat, termasuk di serata Kuala Lumpur, tempat belajar Ain di Damansara dan bertemu rakan-rakan anaknya.
Menurutnya, paling merisaukannya jika anak gadisnya itu terpengaruh dengan keldai dadah atau menjadi mangsa sindiket penipuan black money.
“Saya tahu Ain cerdik, dia tidak akan melakukan benda yang tak patut. Apa yang saya risaukan ialah keselamatannya.
“Jika dia tak selesa tinggal dengan kakaknya, dia boleh beritahu kami, tetapi apabila dia terus menghilangkan diri saya sangat buntu,” katanya.
Sehubungan itu sesiapa yang mengenali atau mengetahui lokasi Norain berada boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Fuziyah menerusi 010-5390383.
KUALA LUMPUR - “Tolonglah pulang ke rumah Rohani. Tiap-tiap hari mak
kamu menangis kerana risaukan kamu,” rintih Muhammad Abdullah, ayah
kepada Rohani Muhammad, 16.
Rohani menghilang ketika ayahnya hendak menjemput selepas tamat waktu persekolahan pada 13 September lalu di Tanjung Malim, Perak.
Muhammad, 46, berkata, kebiasaannya, setiap hari dia menghantar dan menjemput pulang Rohani dari sekolah, namun pada hari kejadian, dia terkejut apabila anaknya tiada ketika mahu menjemputnya.
“Melihat anak saya tiada, saya mencarinya di sekitar Tanjung Malim dan Behrang,” katanya ketika ditemui di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, semalam.
Menurut Muhammad, dia berjumpa guru kelas anaknya dan terkejut apabila mengetahui anaknya kerap kali ponteng sekolah sejak empat bulan yang lalu.
Bimbang anaknya dilarikan, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim hari yang sama.
Muhammad percaya Rohani sudah merancang melarikan diri kerana beberapa pakaian Rohani tiada di biliknya.
“Saya dapati anak saya membawa sehelai T-shirt, sehelai seluar jean dan sebuah komputer riba. Selain itu, Rohani ada mengambil telefon bimbit emaknya,” katanya.
Menurutnya, dia cuba menghubungi telefon bimbit isterinya, Fatimah Abdullah tetapi gagal dihubungi.
Muhammad berkata, Fatimah, 36, ada menghubungi sepupunya di Setiawan, Perak untuk memintanya mencari Rohani dan sepupu Fatimah memberitahu, Rohani ada hubunginya menggunakan nombor baru.
“Anak saya beritahu dia tinggal di rumah kakak rakannya di Putrajaya dan akan pulang ke rumah empat hari lagi,” katanya.
Namun, Muhammad berkata, Rohani tidak pulang ke rumah hingga sekarang dan dia cuba menghubungi anaknya tetapi panggilannya tidak diangkat.
Katanya, dia ada ke sekolah beberapa kali untuk melihat kedatangan rakan Rohani, juga rakan sekelasnya yang dikenali sebagai Divahshini.
“Guru kelasnya memberitahu yang Divashini juga tidak hadir ke sekolah semenjak anak saya lari dari sekolah,” katanya.
Muhammad berharap Rohani berada dalam keadaan selamat dan merayu agar segera pulang ke rumah.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya itu supaya menghubungi pihaknya di 019-3945871 atau balai polis berdekatan.
KUALA SEPETANG - Seorang bapa tidak dapat tidur lena apabila anak
gadisnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) hilang tanpa khabar
berita sejak 12 September lalu.
Tan Ah Lek, 50, berkata, dia amat bimbang kerana anaknya, Tan Mei Theng, 23, tidak mampu menguruskan dirinya sendiri.
Menurutnya, anak ketiga daripada empat beradik itu jarang keluar dari rumah seorang diri.
"Biasanya Mei Theng akan keluar dengan ditemani ahli keluarga tetapi pada hari dia disedari hilang, dia tinggal seorang diri di rumah.
“Ketika ibunya ingin keluar ke gerai, dia masih di rumah, namun apabila isteri saya pulang pada jam 4 petang, Mei Theng sudah tiada," katanya.
Ah Lek berkata, pintu belakang rumah didapati terbuka dan mereka sekeluarga cuba mencari Mei Theng di sekitar rumah namun gadis itu tidak ditemui.
Katanya, susulan kehilangan anaknya itu, dia membuat laporan di Balai Polis Simpang.
“Kami sekeluarga berharap orang ramai dapat membantu dan jika terlihat anak kami di mana-mana, segera hubungi saya,” katanya.
Sementara itu, Adun Kuala Sepetang, Chua Yee Ling berkata, difahamkan sehingga kini masih tiada sebarang tanda untuk menjejak Mei Theng.
“Selain membuat laporan polis, kita juga mohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mencari gadis ini,” katanya.
“Bagaimanapun, kami difahamkan kes terbabit kini telah dipanjangkan ke balai polis seluruh negara dalam usaha menjejak Mei Theng,” katanya.
Menurutnya, pihaknya juga membantu dengan membuat notis bahasa Melayu bagi mengesan gadis itu.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau terserempak dengan Mei Theng diminta menghubungi bapanya di talian 016-5326143 atau Pusat Khidmat Dun Kuala Sepetang di talian 05-8581628.
Fuziah berkata, anak gadisnya yang mesra disapa Ain, keluar rumah 28 Jun lalu untuk memulakan kerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Kuantan dan buat sementara waktu dia tinggal bersama kakak dan abang iparnya.
Menurutnya, Ain anak keempat dari lima beradik itu menghilangkan diri ketika berada di rumah kakaknya di Kuantan, 9 Julai lalu.
"Tanpa sebarang sebab, kami dimaklumkan Ain menghilangkan diri dengan barang peribadi dan dia ada hantar mesej kepada kakaknya memohon maaf serta memaklumkan keluar mahu cari ketenangan.
"Selepas itu langsung tiada khabar berita mengenainya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Tingkat, di sini, semalam.
Fuziyah berkata, tindakan Ain yang bekas pelajar lepasan Kolej Universiti Segi menghilangkan diri sangat mengejutkan keluarga memandangkan dia anak manja dan tidak pernah melakukan perkara sedemikian sebelum ini.
"Kami sekeluarga sangat merindui Ain dan buntu memikirkan nasibnya memandangkan tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku," katanya.
Sementara itu, Zainal berkata, dia berikhtiar mencari di banyak tempat, termasuk di serata Kuala Lumpur, tempat belajar Ain di Damansara dan bertemu rakan-rakan anaknya.
Menurutnya, paling merisaukannya jika anak gadisnya itu terpengaruh dengan keldai dadah atau menjadi mangsa sindiket penipuan black money.
“Saya tahu Ain cerdik, dia tidak akan melakukan benda yang tak patut. Apa yang saya risaukan ialah keselamatannya.
“Jika dia tak selesa tinggal dengan kakaknya, dia boleh beritahu kami, tetapi apabila dia terus menghilangkan diri saya sangat buntu,” katanya.
Sehubungan itu sesiapa yang mengenali atau mengetahui lokasi Norain berada boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Fuziyah menerusi 010-5390383.
'Pulanglah Rohani, mak risau'
- Muhammad menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Tanjung Malim. Gambar kecil : Rohani
Rohani menghilang ketika ayahnya hendak menjemput selepas tamat waktu persekolahan pada 13 September lalu di Tanjung Malim, Perak.
Muhammad, 46, berkata, kebiasaannya, setiap hari dia menghantar dan menjemput pulang Rohani dari sekolah, namun pada hari kejadian, dia terkejut apabila anaknya tiada ketika mahu menjemputnya.
“Melihat anak saya tiada, saya mencarinya di sekitar Tanjung Malim dan Behrang,” katanya ketika ditemui di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, semalam.
Menurut Muhammad, dia berjumpa guru kelas anaknya dan terkejut apabila mengetahui anaknya kerap kali ponteng sekolah sejak empat bulan yang lalu.
Bimbang anaknya dilarikan, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim hari yang sama.
Muhammad percaya Rohani sudah merancang melarikan diri kerana beberapa pakaian Rohani tiada di biliknya.
“Saya dapati anak saya membawa sehelai T-shirt, sehelai seluar jean dan sebuah komputer riba. Selain itu, Rohani ada mengambil telefon bimbit emaknya,” katanya.
Menurutnya, dia cuba menghubungi telefon bimbit isterinya, Fatimah Abdullah tetapi gagal dihubungi.
Muhammad berkata, Fatimah, 36, ada menghubungi sepupunya di Setiawan, Perak untuk memintanya mencari Rohani dan sepupu Fatimah memberitahu, Rohani ada hubunginya menggunakan nombor baru.
“Anak saya beritahu dia tinggal di rumah kakak rakannya di Putrajaya dan akan pulang ke rumah empat hari lagi,” katanya.
Namun, Muhammad berkata, Rohani tidak pulang ke rumah hingga sekarang dan dia cuba menghubungi anaknya tetapi panggilannya tidak diangkat.
Katanya, dia ada ke sekolah beberapa kali untuk melihat kedatangan rakan Rohani, juga rakan sekelasnya yang dikenali sebagai Divahshini.
“Guru kelasnya memberitahu yang Divashini juga tidak hadir ke sekolah semenjak anak saya lari dari sekolah,” katanya.
Muhammad berharap Rohani berada dalam keadaan selamat dan merayu agar segera pulang ke rumah.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya itu supaya menghubungi pihaknya di 019-3945871 atau balai polis berdekatan.
Gadis OKU dilapor hilang
- Ah Lek (kiri) dan Yee Ling menunjukkan gambar Mei Theng yang diedarkan kepada orang ramai bagi mengesan Mei Theng.
Tan Ah Lek, 50, berkata, dia amat bimbang kerana anaknya, Tan Mei Theng, 23, tidak mampu menguruskan dirinya sendiri.
Menurutnya, anak ketiga daripada empat beradik itu jarang keluar dari rumah seorang diri.
"Biasanya Mei Theng akan keluar dengan ditemani ahli keluarga tetapi pada hari dia disedari hilang, dia tinggal seorang diri di rumah.
“Ketika ibunya ingin keluar ke gerai, dia masih di rumah, namun apabila isteri saya pulang pada jam 4 petang, Mei Theng sudah tiada," katanya.
Ah Lek berkata, pintu belakang rumah didapati terbuka dan mereka sekeluarga cuba mencari Mei Theng di sekitar rumah namun gadis itu tidak ditemui.
Katanya, susulan kehilangan anaknya itu, dia membuat laporan di Balai Polis Simpang.
“Kami sekeluarga berharap orang ramai dapat membantu dan jika terlihat anak kami di mana-mana, segera hubungi saya,” katanya.
Sementara itu, Adun Kuala Sepetang, Chua Yee Ling berkata, difahamkan sehingga kini masih tiada sebarang tanda untuk menjejak Mei Theng.
“Selain membuat laporan polis, kita juga mohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mencari gadis ini,” katanya.
“Bagaimanapun, kami difahamkan kes terbabit kini telah dipanjangkan ke balai polis seluruh negara dalam usaha menjejak Mei Theng,” katanya.
Menurutnya, pihaknya juga membantu dengan membuat notis bahasa Melayu bagi mengesan gadis itu.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau terserempak dengan Mei Theng diminta menghubungi bapanya di talian 016-5326143 atau Pusat Khidmat Dun Kuala Sepetang di talian 05-8581628.
'Tolonglah pulang'
IPOH - Seorang penyelia di sebuah firma guaman merayu isteri dan
anaknya yang didakwa tidak pulang ke rumah mereka di Taman Seri Gaya,
sejak Khamis lalu supaya kembali ke pangkuannya.
Cheang Kar Wai, 36, berkata, dia sangat rindu dan bimbangkan keselamatan isterinya, Cheng Yee Yoong, 26, dan anak perempuan mereka, Cheang Wan May yang berusia dua tahun.
Menurutnya, sehari sebelum isterinya menghilangkan diri, terdapat pergaduhan antara mereka.
Katanya, dia menyedari kehilangan mereka berdua selepas anaknya tiada dalam jagaan pengasuh di flat Taman Pakatan, Bercham di sini ketika dia ingin mengambil kanak-kanak itu.
"Sememangnya menjadi rutin harian saya pada jam 8 malam untuk mengambil anak saya dari rumah pengasuh.
"Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di rumah pengasuh, saya diberitahu anak saya sudah dibawa pulang oleh isteri. Saya cuba hubungi isteri tetapi tidak dijawab," katanya pada sidang media di di Pusat Khidmat dan Aduan Dun Bercham, di sini, semalam.
Hadir sama, Adun Bercham, Cheong Chee Khing.
Berasakan sesuatu tidak kena, Kar Wai berkata, dia terus pergi ke rumah ibu mertuanya untuk melihat sama ada mereka berdua ada di situ.
Kar Wai berkata, ternyata isterinya tidak membawa anak mereka ke situ malah ibu mertuanya juga terkejut dan tidak tahu di mana wanita terbabit berada.
Dia kemudiannya bergegas pulang ke rumah dan mendapati semua dokumen penting seperti pasport, MyKad dan sijil kelahiran anak mereka tiada.
Menurutnya, dia membuat laporan mengenai kehilangan anak dan isterinya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada hari sama.
“Jika dia (isteri) ada terguris hati, saya minta maaf dan merayu supaya mereka pulang ke pangkuan saya. Kita boleh selesaikan semua perkara dengan cara baik,” katanya.
Sementara itu, Chee Khing berkata, orang ramai yang mengenali atau terserempak dengan dua beranak terbabit diminta menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi beliau di talian 012-469 2686.
PARIT BUNTAR - Perayaan Aidilfitri pada tahun ini begitu bermakna buat
keluarga Ahmad Awang, 75, setelah anak perempuannya yang dilaporkan
hilang hampir sebulan akibat mengikut kenalan laman sosial baru-baru
ini, kembali ke pangkuan keluarga.
Lebih mengejutkan, remaja berkenaan, Siti Sakira Ahmad,18, mendakwa tindakannya melarikan diri dari rumah tanpa pengetahuan keluarga dibuat atas sebab dipukau.
Menurutnya, dia hanya menyedari keluarganya mencari dirinya setelah terbaca laporan media mengenai kehilangannya sebelum ini.
“Setelah terbaca berita disiarkan dalam media, saya lantas menghubungi keluarga yang sudah mencari saya semenjak hilang pada 8 Julai lalu bagi memaklumkan di mana lokasi saya berada.
“Alhamdulillah kini saya sudah pun pulang ke pangkuan keluarga dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama mereka,” katanya sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Parit Abas, baru-baru ini.
Siti Sakira berkata, sewaktu hari kejadian dia dilaporkan hilang, dia mendakwa dirinya seperti dipukau dan sekadar mampu untuk menuruti arahan seorang teman lelaki yang baru dikenali dalam laman sosial Facebook.
Menurutnya, setelah dia keluar dari tempat kerja dan mengikut lelaki terbabit, Siti Sakira mendakwa dihantar ke sebuah rumah dan dikenalkan dengan seorang rakan perempuan lelaki terbabit.
“Sepanjang tinggal di situ, fikiran saya seolah-olah kosong dan saya tidak mampu untuk mengingati apa-apa termasuk diri sendiri dan ahli keluarga.
“Setelah hampir 20 hari menghilang, saya terbaca berita kehilangan diri saya melalui akhbar dan saya lantas mengingati kembali segala-galanya mengenai diri saya dengan serta-merta,” katanya.
Siti Sakira berkata, setelah menetap di sebuah rumah, dia seterusnya dihantar lelaki berkenaan ke rumah keluarganya sebelum dijaga oleh ibu lelaki terbabit tanpa mengetahui dia sebenarnya sedang dilarikan lelaki itu.
Bagaimanapun, ibu lelaki terbabit hanya menyedari Siti Sakira sebenarnya dilarikan anaknya setelah berita kehilangannya disiarkan media dan segera memaklumkan kepadanya untuk melaporkan lokasi mereka kepada keluarga.
Sementara itu, ibu Siti Sakira, Salmah Sejan, 47, ketika ditemui berasa syukur dan menitiskan air mata apabila dapat bertemu semula dengan anaknya.
“Saya sungguh gembira dia kembali ke pangkuan keluarga dan pastinya Aidilfitri kali ini paling bermakna.
“Saya berharap kejadian ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan dan ianya diharap memberi pengajaran kepada semua remaja lain,” katanya.
Cheang Kar Wai, 36, berkata, dia sangat rindu dan bimbangkan keselamatan isterinya, Cheng Yee Yoong, 26, dan anak perempuan mereka, Cheang Wan May yang berusia dua tahun.
Menurutnya, sehari sebelum isterinya menghilangkan diri, terdapat pergaduhan antara mereka.
Katanya, dia menyedari kehilangan mereka berdua selepas anaknya tiada dalam jagaan pengasuh di flat Taman Pakatan, Bercham di sini ketika dia ingin mengambil kanak-kanak itu.
"Sememangnya menjadi rutin harian saya pada jam 8 malam untuk mengambil anak saya dari rumah pengasuh.
"Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di rumah pengasuh, saya diberitahu anak saya sudah dibawa pulang oleh isteri. Saya cuba hubungi isteri tetapi tidak dijawab," katanya pada sidang media di di Pusat Khidmat dan Aduan Dun Bercham, di sini, semalam.
Hadir sama, Adun Bercham, Cheong Chee Khing.
Berasakan sesuatu tidak kena, Kar Wai berkata, dia terus pergi ke rumah ibu mertuanya untuk melihat sama ada mereka berdua ada di situ.
Kar Wai berkata, ternyata isterinya tidak membawa anak mereka ke situ malah ibu mertuanya juga terkejut dan tidak tahu di mana wanita terbabit berada.
Dia kemudiannya bergegas pulang ke rumah dan mendapati semua dokumen penting seperti pasport, MyKad dan sijil kelahiran anak mereka tiada.
Menurutnya, dia membuat laporan mengenai kehilangan anak dan isterinya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada hari sama.
“Jika dia (isteri) ada terguris hati, saya minta maaf dan merayu supaya mereka pulang ke pangkuan saya. Kita boleh selesaikan semua perkara dengan cara baik,” katanya.
Sementara itu, Chee Khing berkata, orang ramai yang mengenali atau terserempak dengan dua beranak terbabit diminta menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi beliau di talian 012-469 2686.
'Saya macam kena pukau'
- Siti Sakira (tengah) menatap keratan akhbar mengenai berita kehilangannya bersama Salmah (kiri) dan Ahmad.
Lebih mengejutkan, remaja berkenaan, Siti Sakira Ahmad,18, mendakwa tindakannya melarikan diri dari rumah tanpa pengetahuan keluarga dibuat atas sebab dipukau.
Menurutnya, dia hanya menyedari keluarganya mencari dirinya setelah terbaca laporan media mengenai kehilangannya sebelum ini.
“Setelah terbaca berita disiarkan dalam media, saya lantas menghubungi keluarga yang sudah mencari saya semenjak hilang pada 8 Julai lalu bagi memaklumkan di mana lokasi saya berada.
“Alhamdulillah kini saya sudah pun pulang ke pangkuan keluarga dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama mereka,” katanya sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Parit Abas, baru-baru ini.
Siti Sakira berkata, sewaktu hari kejadian dia dilaporkan hilang, dia mendakwa dirinya seperti dipukau dan sekadar mampu untuk menuruti arahan seorang teman lelaki yang baru dikenali dalam laman sosial Facebook.
Menurutnya, setelah dia keluar dari tempat kerja dan mengikut lelaki terbabit, Siti Sakira mendakwa dihantar ke sebuah rumah dan dikenalkan dengan seorang rakan perempuan lelaki terbabit.
“Sepanjang tinggal di situ, fikiran saya seolah-olah kosong dan saya tidak mampu untuk mengingati apa-apa termasuk diri sendiri dan ahli keluarga.
“Setelah hampir 20 hari menghilang, saya terbaca berita kehilangan diri saya melalui akhbar dan saya lantas mengingati kembali segala-galanya mengenai diri saya dengan serta-merta,” katanya.
Siti Sakira berkata, setelah menetap di sebuah rumah, dia seterusnya dihantar lelaki berkenaan ke rumah keluarganya sebelum dijaga oleh ibu lelaki terbabit tanpa mengetahui dia sebenarnya sedang dilarikan lelaki itu.
Bagaimanapun, ibu lelaki terbabit hanya menyedari Siti Sakira sebenarnya dilarikan anaknya setelah berita kehilangannya disiarkan media dan segera memaklumkan kepadanya untuk melaporkan lokasi mereka kepada keluarga.
Sementara itu, ibu Siti Sakira, Salmah Sejan, 47, ketika ditemui berasa syukur dan menitiskan air mata apabila dapat bertemu semula dengan anaknya.
“Saya sungguh gembira dia kembali ke pangkuan keluarga dan pastinya Aidilfitri kali ini paling bermakna.
“Saya berharap kejadian ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan dan ianya diharap memberi pengajaran kepada semua remaja lain,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan