Rabu, 23 Oktober 2013

SOKONG TIADA BANTAHAN ATAS MELAKSANA HUKUM ALLAH SWT....KITA KENA BERIMAN SELURUH QURAN...DAN JANGAN KITA JADI TALI BARUT SYAITAN@KUFFAR DENGAN MENGAMBAR HUKUM ALLAH TAK SESUAI ATAU LAIN2 SEBAB...ALLAH DAH BAGI HIDUP PUN DAH UNTUNG PATUT KENA BERSYUKUR KEPADA ALLAH...APA ADA MANUSIA TAK MATI2 KE....TAK MAU BUAT ....TANGGUNGLAH DIAKHIRAT NANTI...NI BANYAK PULAK CAKAP

Mengapa Tolak Islam..Tidakkah kita sedar siapa kita di atas muka bumi ini ?
Alhamdulillah..AllahuAkbar.

Brunei laksana hukum hudud

Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.
Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.
FotoSULTAN Brunei ketika mengumumkan undang-undang itu, semalam.

Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.

“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.

Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996.

Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka. -AFP

Sultan Brunei perkenal undang-undang syariah


AFP
SULTAN HASSANAL BOLKIAH (kanan) berucap pada pembukaan Majlis Ilmu 2013 di Bandar Seri Begawan semalam.



BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei, semalam memperkenalkan hukuman Islam termasuk merejam sampai mati penzina sekali gus menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama yang melaksanakan undang-undang tersebut di peringkat nasional.
Baginda berkata, Kanun Hukuman Jenayah Syariah yang baru diperkenalkan semalam selepas persediaan selama beberapa tahun itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat enam bulan kemudian.
Undang-undang tersebut akan hanya dilaksanakan terhadap penganut Islam.
Ia merangkumi hukuman Islam termasuk merejam penzina yang sudah berkahwin, memotong tangan pencuri dan hukuman sebat ke atas penganut Islam yang melakukan perlbagai salah seperti minum arak dan menggugurkan anak.
"Dengan ini, Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai," titah baginda dalam satu ucapan.
Sultan Hassanal pertama kali mencadangkan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara yang dihuni oleh 400,000 penduduk itu pada 1996.
"Brunei menonjolkan ciri-ciri sebuah negara feudal pada kurun ke-18 berbanding anggota penting rantau ekonomi dan sosial Asia Tenggara pada kurun ke-21," kata Timbalan Pengarah Asia Pertubuhan Hak Asasi Manusia Human Rights Watch, Phil Robertson ketika mengulas perkembangan itu.
Beliau menyifatkan perubahan kepada undang-undang tersebut sebagai pencabulan hak, dibenci dan tanpa justifikasi.
Brunei telah mengharamkan penjualan dan perbuatan minum arak di tempat awam serta mengehadkan perkembangan ajaran agama lain.
Sultan Brunei sendiri melahirkan kebimbangan berhubung undang-undang syariah beberapa tahun lalu ketika kanun berkenaan dalam proses untuk disiapkan.
Namun, baginda berulang kali menyokong untuk mengukuhkan asas Islam bagi menghadapi pengaruh luar yang merosakkan termasuk internet.
Bagaimanapun, kerajaan Brunei dipercayai akan melaksanakan undang-undang syariah secara peringkat-peringkat seiring dengan cirinya sebagai sebuah negara yang aman, kata seorang felo pelawat di Pusat Pengajian Islam Omar Ali Saifuddien, Gibril Fouad Haddad.
"Adakah ia (undang-undang syariah) hanya simbolik? Saya tidak tahu," katanya. - Agensi


Islam Itu Indah
Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah mula digazetkan 22 Oktober 2013 : Tanggungjawab di hadapan Allah tertunai

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Oktober. - Negara Brunei Darussalam hari ini melakar sejarah besar apabila mengazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.


Dengan izin Allah juga, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.


Baca lagi -> http://www.islamituindah.my/hukuman-jenayah-syariah-mula-digazetkan-di-brunei
Like · · · 9 hours ago ·

1. Kita Menolak ‘al-Hawa’

BAB 1: KITA MENOLAK ‘AL-HAWA’
“Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama Islam.”
Itulah teriakan amaran yang dilaungkan oleh Maimun bin Mahran rahimahullah -seorang ahli hadis yang thiqah- ketika dia merasa takut kita semua akan diperdaya oleh kilauan pelbagai nama-nama. Gema teriakan ini masih terdengar-dengar melangkaui generasi demi generasi.
Beliau mengingatkan kita bahawa setiap perkara yang ‘bukan Islam’ adalah sememangnya salah satu dari al-hawa, biar apa jua bentuknya dan di zaman mana ia muncul.
Itulah yang diambil dari semua Imam-Imam sejak dahulu. Bagi mereka, hanya ada satu sahaja kebenaran iaitu wahyu. Selain dari wahyu adalah al-hawa yang tercela. Tiada satu bahagian pun al-hawa yang dipuji dan al-hawa tiada kaitan langsung dengan al-haq. Seseorang muslim tidak dibolehkan langsung berhukum kepada al-hawa atau merasa senang hati dengan al-hawa.
Wahyu… atau al-hawa
Imam Al-Syatibi telah menegaskan perkara ini dengan padat dan ringkas. Kata beliau di dalam kitab “al-Muwafaqat”: “Sesungguhnya Allah telah menjadikan mengikut al-hawa sebagai bertentang dengan kebenaran, sebagaimana firman Allah S.W.T.:
يَادَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعْ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
“Hai Daud, sesungguhnya Kami jadikan engkau khalifah di muka bumi, maka hukumlah di antara manusia dengan al-haq, dan janganlah engkau turut al-hawa, nanti ia menyesatkan engkau dari jalan (agama) Allah.” (Shaad 38: 26)
Allah berfirman lagi:
فَأَمَّا مَنْ طَغَى (37) وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا (38) فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى
“Maka barangsiapa yang melampau batas, dan mengutamakan hidup di dunia, maka sesungguhnya, nerakalah tempat duduknya.” (An-Nazi’at 79: 37-39)
Allah berfirman pula tentang sifat yang bertentangan selepas ayat tersebut:
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنْ الْهَوَى (40) فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى
“Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, dan menahan dirinya al-hawa, maka sesungguhnya syurgalah tempat duduknya” (An-Nazi’at 79: 40-41)
Firman Allah S.W.T. :
وَمَا يَنْطِقُ عَنْ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى
“Nabi tidak bercakap dari al-hawa. Ia (Quran) tidak lain hanya wahyu yang diwahyukan kepadanya” (An-Najm 53:3-4)
Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa di depan kita hanya ada dua pilihan: Wahyu (syariat), atau al-hawa. Tiada yang ketiga. Oleh itu, kedua-duanya adalah berlawanan. Apabila al-haq hanya terletak pada wahyu, maka kebatilan secara otomatik terletak pada al-hawa. Dan secara langsung, pengikut al-hawa adalah bertentangan dengan al-haq.
Firman Allah lagi :
أَفَرَأَيْتَ مَنْ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ
“Adakah engkau lihat orang yang mengambil al-hawanya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya selepas didatangi ilmu kepadanya.” (Al-Jatsiyah 45: 23)
Firman Allah S.W.T. :
وَلَوْ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتْ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ
“Kalau sekiranya al-haq mengikut al-hawa mereka, nescaya binasalah langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalam keduanya.” (Al-Mukminun 23: 71)
Firman Allah S.W.T. :
أُوْلَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ
“Mereka itu adalah orang-orang yang telah di’cop’Allah pada hati mereka dan mereka mengikut al-hawa mereka.” (Muhammad 47: 16)
Firman Allah S.W.T. :
أَفَمَنْ كَانَ عَلَى بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّهِ كَمَنْ زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ
“Adakah orang yang berada di atas keterangan (dalil) dari Tuhannya sama dengan orang yang diperhiaskan kepadanya amalan jahatnya dan mereka mengikut al-hawa mereka?” (Muhammad 47: 14)
Lihatlah !  Semua ayat yang menyebut al-hawa, ia mesti dicela dan pengikut al-hawa pula pasti pula dikutuk. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa beliau berkata:
“Bila mana Allah menyebut perkataan ‘al-hawa’ di dalam al-Quran, pasti Dia mencelanya. Dari sini jelaslah maqasid dari syariah diturunkan ialah untuk mengeluarkan kita dari menjadi pengikut al-hawa.18
Tiada Jalan Tengah….
Itulah juga perintah Allah kepada Rasulullah s.a.w.. Allah S.W.T. berfirman:
ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِنْ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
“Kemudian Kami jadikan engkau (Ya Muhammad) di atas syariat (peraturan) di antara urusan (agama), maka ikutlah syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa orang-orang yang tidak berilmu.” (Al-Jatsiyah 45 : 18)
Syed Qutb berkata di dalam tafsirnya “Fi Zilal al­-Quran” :
”Sama ada syariat Allah ataupun hawa-hawa orang-orang yang jahil. Tiada andaian yang ketiga dan tidak ada jalan tengah di antara syariat yang lurus dan hawa yang berubah-ubah. Sesiapa sahaja yang meninggalkan syariat Allah sebenarnya secara otomatik telah berhukumkan hawanya. Semua yang lain dari syariat Allah adalah hawa yang terperosok ke dalamnya orang yang jahil.”19
Syariat hanyalah satu iaitu syariat Allah. Selain dari itu hanyalah hawa yang bersumberkan kejahilan. Pendokong dakwah wajib mengikuti syariat Allah sahaja dan meninggalkan segala al-hawa. Mereka sedikitpun tidak boleh lari dari syariat dan cenderung kepada al-hawa.20
Itulah juga perintah Allah sentiasanya kepada orang-orang beriman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.” (Al-Baqarah 2: 208)
“Pilihlah di antara petunjuk Allah ataupun tipu daya syaitan. Penegasan sebegini sepatutnya menjadikan seorang muslim tahu pendiriannya. Dia tak patut berdolak-dalik, ragu-ragu atau termangu-mangu di depan pelbagai jalan dan haluan yang ada dihadapannya.
Tiada manhaj/sistem alternatif bagi orang yang beriman untuk dipilih-pilih. Tiada jalan baginya untuk dicampur adukkan antara satu sama lain.
Tidak sekali-kali. Sesiapa yang tidak masuk Islam secara keseluruhannya, tidak menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada kepimpinan dan syariat Allah dan tidak membebaskan diri dari sebarang tasawwur, konsep, manhaj dan syariat yang lain, MAKA sesungguhnya dia telah mengikut jejak langkah dan sedang berjalan di atas jalan syaitan.” 21
Fitnah dan Kewaspadaan
Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah telah menyatakan bahawa; menolak satu perkara sahaja dari kata-kata Rasulullah s.a.w sudah boleh dianggap sebagai  penyelewengan. Beliau berkata:
“Aku telah melihat di dalam Al-Quran. Ku dapati ada 33 tempat yang menyebut tentang ketaatan kepada Rasulullah saw”.
Beliau membaca sepotong ayat iaitu firman Allah S.W.T. :
فَلْيَحْذَرْ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ
“Sebab itu orang-orang yang menyalahi perintah baginda saw hendaklah merasa takut mereka akan terkena fitnah.” (An-Nur 24: 63)
Imam Ahmad membacanya berulang kali dan kemudian berkata:
“Apakah dia  fitnah? Fitnah adalah syirik. Apabila seseorang itu menolak sebahagian dari kata-kata Nabi s.a.w. maka mungkin akan terpalit penyelewengan ke dalam hatinya dan penyelewengan itu akhirnya akan membinasakannya.”22
Menolak Sebahagian dari Syariat Allah Adalah Kufur
Tetapi penyelewengan itu ada beberapa peringkat:
Antaranya ialah penyelewengan kesesatan kufur ‘pure’ yang mencampakkan pelakunya ke luar dari Islam. Ini berlaku bila seseorang yang telah benar-benar tahu tentang mana-mana hukum aqidah atau syariat dan dia tahu pula adanya ayat-ayat Quran atau hadis yang mutawatir mengenai hukum tersebut tetapi kemudiannya mendakwa dia tidak yakin dengan kesesuaian hukum-hukum itu untuk direalisasikan. Atau juga menyifatkannya sebagai hukum yang sudah tak sesuai dengan maslahah dan tidak relevan dengan perkembangan zaman dan sebagainya.
Itulah orang yang dimaksudkan oleh al-Quran sebagai beriman dengan sebahagian kitab Allah dan kufur dengan sebahagian yang lain. Semua orang muslim telah tidak khilaf lagi kafirnya orang begini.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah contohnya, terang­-terangan mengkafirkan orang yang beriman dengan sebahagian-sebahagian begini. Beliau membawa dalil-dalil dari Al-Quran. Beliau menerangkan bahawa sifat kufur itu tidak hanya terbatas pada golongan atheis dan golongan yang mengengkari seluruh risalah Is­lam sahaja, bahkan golongan yang yakin dengan sebahagian risalah, tetapi tidak yakin dengan sebahagian lagi juga adalah kafir, sebagaimana firman Allah S.W.T.:
إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا (150) أُوْلَئِكَ هُمْ الْكَافِرُونَ حَقًّا وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا (151) وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَلَمْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ أُوْلَئِكَ سَوْفَ يُؤْتِيهِمْ أُجُورَهُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan Rasul-RasulNya dan hendak membezakan antara Allah dan para RasulNya, dan mereka berkata: Kami beriman kepada setengah (Rasul) dan kafir kepada yang lain dan mereka hendak mengambil jalan tengah antara demikian itu (neutral). Mereka itu ialah orang-orang yang benar-benar kafir; dan Kami sediakan untuk orang-orang kafir itu seksaan yang menghinakan. Orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-RasulNya dan tiada membezakan seorangpun di antara Rasul-Rasul itu, nanti Allah akan memberikan pahala kepada mereka. Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.” (An-Nisa’ 4: 150-152)

Allah berfirman kepada ahli kitab:
ثُمَّ أَنْتُمْ هَؤُلَاء تَقْتُلُونَ أَنفُسَكُمْ وَتُخْرِجُونَ فَرِيقًا مِنْكُمْ مِنْ دِيَارِهِمْ تَظَاهَرُونَ عَلَيْهِمْ بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَإِنْ يَأْتُوكُمْ أُسَارَى تُفَادُوهُمْ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ إِخْرَاجُهُمْ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
“Kemudian sebahagian kamu membunuh yang lain, dan kamu usir satu golongan di antaramu dari karnpungnya, kamu tolong-menolong dalam membuat dosa dan aniaya; kalau datang kepadamu orang-orang tawanan, tebus-menebus kamu dengan mereka, sedangkan telah diharamkan atas kamu mengusir mereka. Adakah kamu percaya kepada sebahagian kitab dan engkar akan sebahagiannya? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian di antaramu, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia; dan pada hari kiamat, mereka dimasukkan he dalam seksaan yang keras. Allah tiada lalai dari apa-apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah 2:85)
Firman Allah S.W.T.:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا (60) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا
“Tidakkah engkau ketahui bahawa orang-orang yang mendakwa mereka beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepada engkau dan Kitab-kitab yang diturunkan sebelum engkau; mereka hendak berhukum kepada taghut, sedang mereka disuruh supaya kafir terhadap taghut. Syaitan mahu menyesatkan mereka dengan sesesatnya. Apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu kepada apa yang diturunkan Allah dan kepada Rasul, maka engkau lihat orang-orang munafik berpaling dari engkau dengan sungguh-sungguh.”(An­-Nisa’ 4:60-61)
Firman Allah S.W.T.:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنْ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا هَؤُلَاءِ أَهْدَى مِنْ الَّذِينَ آمَنُوا سَبِيلًا (51) أُوْلَئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمْ اللَّهُ وَمَنْ يَلْعَنْ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ نَصِيرًا
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Mekah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada nabi Muhammad s.a.w.). (Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang­-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.” (An­-Nisa’ 4: 51-52)
Selepas membentangkan ayat-ayat ini, Ibnu Taimiyah menerangkan:
”Allah mencela golongan yang telah menerima kitab, tapi masih lagi beriman kepada sesuatu yang di luar risalah. Mereka lebih mengutamakan ‘orang luar’ risalah berbanding orang-orang yang beriman. Samalah juga keadaannya sebagaimana sebahagian manusia mengutamakan pendapat ahli falsafah dan kerajaan jahiliyah (yang berbangsa Turki, Dailam, Arab, Farsi dan lain-lain) berbanding orang yang beriman kepada Allah, kitab Allah dan RasulNya.
Begitu juga Allah mencela orang yang mengaku beriman dengan seluruh kandungan kitab-kitab Allah tetapi mereka tidak berhukum dengan menggunakan al-Quran dan al-Sunnah. Mereka rela berhukum menurut taghut yang diagungkan selain dari Allah. Perkara ini terkena pada ramai dari orang  yang mengaku Islam tetapi mereka berhukum kepada pendapat dan pandangan ahli falsafah atau memerintah menurut sistem politik bukan syariat Allah samada menurut cara raja-raja Turki dan lainnya. Apabila diajak kepada mereka: “Marilah kembali kepada kitab Allah dan sunnah Rasulnya!”, mereka berpaling dan enggan langsung.”23
Ibnu Taimiyah r.a -sepertimana yang anda dapat lihat- mentafsirkan ‘taghut’ yang terdapat di dalam ayat ini sebagai sesiapa saja yang mempunyai pendapat yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah, tidak kira menamakan dirinya sebagai ahli falsafah, raja atau sebagainya.
Beriman kepada Allah tanpa beriman kepada segala perintah dan ajaran Rasul (pemisahan tersebut) hanya membawa kepada kekufuran. Tidak boleh langsung diakui sesiapa sahaja yang cuba mengambil jalan tengah dengan mencampur-adukkan agama dengan jahiliyah dan ditempel-tempelkan. Itulah orang yang digambarkan oleh al-Quran sebagai golongan yang hendak mengambil jalan tengah di antara Islam dan jahiliyyah, iaitu jalan ketiga di antara Islam dan ideologi ciptaan manusia. Dicampurkan sedikit dari Islam dan sedikit dari jahiliyah lalu diadun untuk dijadikan satu undang-undang bagi mengatur kehidupan manusia.
Banyak dari kerajaan-kerajaan negara Ummat Islam, parti­-parti politik dan badan  sosial pada hari ini tidaklah terang-terang menolak tuhan. Tetapi banyak badan-badan ini mengajak orang ramai kepada manhaj (cara hidup) dan sistem yang bercanggah dengan sebahagian hukum-hukum Islam. Kadangkala menghalalkan banyak perkara yang diharamkan dan kadangkala pula mengharamkan apa yang halal sedangkan mereka mengetahui bahawa perkara itu adalah bertentangan dengan syariat Allah.
Ulama’ dan pemimpin gerakan Islam telah menjelaskan kepada mereka ini betapa silapnya perbuatan mencampur aduk, menampal-nampal, mencantum­-cantumkan dan iman yang separuh-separuh ini. Meskipun demikian, golongan ini terus berdegil dan terus­-menerus mengajak orang ramai kepada al-hawa.
Tidak syak lagi, itu adalah kufur. Wal ‘iya zubillah.
Kita tidak akan Mengkafirkan Seseorang Muslim Tanpa Bukti
Kemudian ada pula penyelewengan yang lebih ringan dan kecil daripada itu.
Ibnu Taimiyyah telah berkata: “Ramai ahli salaf telah berkata: كفر دون كفر Ada satu kufur tidak sampai kepada kekufuran, satu nifaq yang tidak sampai kepada munafiq dan satu syirik tidak sampai kepada syirik.”24
Pelbagai peringkat maksiat. Ada dosa-dosa yang kecil dan ada dosa-dosa besar dan ada juga dosa­-dosa yang terletak antara keduanya. Ia dilakukan oleh seorang muslim kadangkalanya kerana terikut syahwat, atau ketika lemah kekuatan dirinya atau terlupa harga diri. Dia tidak langsung terfikir untuk menentang atau mengingkari syariat tersebut.
Mungkin juga dia melakukannya kerana kejahilannya terhadap hukum-hukum syarak. Dia langsung tidak berusaha untuk bertanya orang yang tahu walaupun usaha tersebut bukanlah berat sangat pun. Atau kemungkinan dia melakukan dosa tersebut dengan kesilapan penafsiran atau takwil sendiri.
Asas kita dalam hal ini ialah kata-kata Imam al-Bukhari rahimullah yang bermaksud:
“Maksiat adalah perkara jahiliyyah tetapi pelaku maksiat tidaklah menjadi kafir dengan melakukannya kecualilah bila berlaku syirik. Ini semua berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya engkau seorang yang ada padamu jahiliyyah.”25
Kamu dapat lihat bahawa kesimpulan yang dibuat oleh Imam Bukhari dari hadis Nabi S.A.W. ini adalah sangat benar. Label ini ditujukan kepada Abu Dzar r.a. tatkala beliau mengejek Bilal dan ibunya yang berkulit hitam, sedangkan beliau memang seorang sahabat yang hebat.
Satu maksiat sahaja adalah satu cabang dari cabang-cabang jahiliyyah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W tersebut.
Oleh kerana itu, bila maksiat seorang muslim itu bertambah, maka bertambahlah kadar jahiliyyah yang ada padanya. Tetapi dia tidaklah menjadi jahiliyyah penuh, kecuali bila dia mensyirikkan Allah di dalam ibadahnya atau dia beriktikad bahawa sebahagian dari perkara yang diharamkan Allah adalah halal atau beriktikad bahawa sebahagian daripada yang dihalalkan Allah adalah haram dan beriman hanya pada sebahagian dari syariat Al­lah dan kufur pada sebahagian yang lain.
Inilah rahsia kenapa Rasulullah S.A.W memberi amaran agar berhati-hati ketika mengkafirkan individu yang zahirnya Islam, sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: “Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya: “Wahai si kafir!” Kembalilah kufur itu kepada salah seorang dari mereka. Jika benar, maka kafirlah orang yang dikatakan. Kalau tidak, kembalilah kufur itu kepadanya 26.” 27
Inilah juga rahsia yang mendorong Imam Hassan Al­-Banna agak ketat dalam masalah ini dan menyebutkan dalam “al-Usul al-’Isyrin” (20 Usul) yang bermaksud:
“Kita tidak akan mengkafirkan seorang Islam yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah dan beramal mengikut tuntutannya dan menyempurnakan apa yang difardhukan kepadanya hanya semata-mata kerana pendapat yang dipegangnya atau satu maksiat yang dilakukannya; kecuali jika dia mengaku dengan kalimah kufur atau menyangkal perkara yang perlu dan sepatutnya diketahui dalam agama, mendustakan keterangan al-Quran, atau mentafsirkannya mengikut satu perspektif yang tidak menepati uslub bahasa Arab tentang sesuatu perkara, atau membuat satu amalan yang tidak membawa pengertian lain selain dari kufur.”
Ini kefahaman yang dapat dilihat di dalam buku “al-Sharh al-’Iraqi li al-Usul al-’Isyrin” (Penjelasan al-Iraqi Terhadap Dua Puluh Usul). Disebutkan:
Mengkafirkan seorang muslim dalam erti mengeluarkannya dari Islam, adalah suatu yang sangat berbahaya. Mesti ada perkara yang membuktikan kekufurannya secara jelas dan terang seperti lahirnya darinya perkataan atau perbuatan yang tidak dapat disangkal lagi kekufurannya. Contohnya ialah menolak suatu yang qat’i (yang pasti) dalam agama, seperti kewajipan solat, pengharaman riba’, perlunya terikat kepada Islam. Atau dia mempersendakan Islam atau al-Quran, mencaci Allah dan RasulNya, sengaja melumurkan Al-Quran dengan kekotoran atau menolak perkara yang terang-terang di dalam Al-Quran, menyangkal hari akhirat atau berkata: “Syariat Islam telah lapuk, ketinggalan zaman, dan tidak layak lagi untuk dilaksanakan dan tidak lagi diperlukan pada masa kini,”. Ini semua menjadikan pengucapnya atau pembuatnya sebagai kafir tanpa ragu-ragu lagi.
Tetapi, jika dia melakukan beberapa maksiat seperti minum arak dalam keadaan dia masih mengakui perkara-perkara asas dalam akidah, maka ketika ini dia hanyalah seorang muslim yang derhaka, bukan kafir. Begitu juga jika dia berkata atau melakukan sesuatu yang masih boleh ditakwilkan lagi, maka tidak boleh dikafirkannya lantaran perkataan dan perbuatannya itu.
Namun, perlu disebut bahawa kita kadangkala menamakan sesetengah perbuatan atau meninggalkan perbuatan tertentu sebagai ‘kufur’ seperti mana terdapat di dalam nas­-nas syara’. Contohnya (hadis): “meninggalkan solat itu kufur”.
Tetapi dalam mengkafirkan seseorang individu tertentu, hendaklah wujud secara yakin perkara-perkara yang menjadikannya kafir, seperti dia  menyangkal bahawa solat itu fardhu atau seseorang yang diminta supaya bertaubat kerana tidak bersolat: “Sekiranya kamu tidak mahu solat, kami akan bunuh kamu.” Dia terus berdegil dan lebih suka dibunuh maka ini menunjukkan hatinya kosong dari iman dan matinya adalah sebagai seorang kafir.
Begitu juga perlu diketahui bahawa kufur ada dua jenis:
  1. Kufur kecil yang tidaklah mengeluarkan penganutnya dari Islam.
  2. Kufur besar yang mengeluarkan penganutnya dari Is­lam.
Berdasarkan pembahagiaan ini dapatlah kita memahami maksud sesetengah nas Quran atau Hadis, antaranya:
“Barangsiapa yang bersumpah dengan yang lain dari Allah, dia telah syirik”
Syirik ini tidaklah mengeluarkannya dari Islam, tetapi dia telah melakukan dosa yang amat besar. Begitulah seterusnya”28
Jiwa yang Beriman Itu Peka dan Sensitif
Sungguhpun begitu, waspadanya kita dalam mengkafirkan seorang muslim ini tidaklah menghalang dari kita melihat betapa teruknya penyelewengan  berleluasa yang telah menimpa sebahagian besar orang-orang Islam di zaman ini. Memang benar… mereka itu orang  Islam, tetapi, mereka telah karam di dalam maksiat dan darjat iman mereka menjunam ke taraf yang paling rendah.. jauh sekali dari tahap mulia !
Latarbelakang keadaan ini ada kisah panjang. Ia bermula dari saat-saat peluasan kuasa dan kesibukan pentadbiran yang secara beransur-ansur mengambil tenaga dan masa sahabat-sahabat Nabi saw yang terbaik. Selepas wafatnya Baginda saw, mereka mara memecut ke tengah-tengah medan meneruskan kerja mengembangkan dakwah dengan cemerlangnya. Bertebaran ke segenap pelusuk bumi laksana sinar matahari, membuka negara-negara baru, menghancurkan segala taghut, membawa rahmat ke seluruh dunia dan memimpin manusia ke syurga.
Di tahun-tahun yang terakhir sebelum abad pertama Islam berlalu, penyelewengan mula menyerap masuk ke dalam generasi baru yang bakal menggantikan generasi pertama Islam yang unik itu. Keazaman di dalam dakwah dan jihad mula kendur sedangkan mereka sepatutnya meneruskan dakwah dan jihad untuk menghapuskan saki baki taghut yang masih ada.
Ketika itulah, muncul Umar bin Abdul Aziz, dilahirkan oleh Allah untuk umat ini. Dengan semangatnya yang sangat tinggi, beliau melihat sedikit saja  penyelewengan dan meninggalkan jihad itu sebagai tanda awal terseleweng dari kebenaran. Beliau memandang berat keadaan umat jihad yang telah kurang rancak juangnya. Beliau berkata dengan nada dukacita :
”Aku ni sedang merawat satu masalah yang tiada siapa dapat menolongnya kecuali Allah. Di atasnya telah mati orang tua, telah membesar orang yang kecil, orang Ajam 29 telah mahir berbahasa Arab dan Arab Badwi telah berhijrah sehingga mereka memandang sesuatu yang bukan agama sebagai agama. Mereka tidak melihat kebenaran selain daripada itu.” 30
Kalimah yang telah diucapkan khalifah Umar Ibnu Aziz dengan rasa dukacita yang sangat-sangat. Sedangkan pada masa itu, beliau mengambil kuasa yang menguasai seluruh bangsa-bangsa, kebaikan tersebar dengan baik dan secara umumnya umat  masih berhukum kepada syariat Allah.
Ianya adalah rasa besar seorang mukmin terhadap dosa-dosa walaupun kecil, sedikit bid’ah, kezaliman yang ringan dan wujudnya petanda gaya hidup mewah.
Itulah jiwa mukmin yang sebenar yang terlalu sensitif  terhadap erti-erti keadilan dan kezaliman, sunnah dan bid’ah, menyumbang dan berada dalam zon selesa.
Kerana itu, seorang mukmin itu sepatutnya sentiasa berusaha mencari yang lebih sempurna. Dia tidak akan memejamkan matanya atau mengelukan lidahnya dari sebarang penyelewengan.
Generasi Kita Yang Terpedaya (Mangsa Keadaan !)
Selepas zaman pemerintahan Umar, berlalulah beberapa generasi. Islam  didokong oleh pahlawan-pahlawan samada pemimpin dan reformis Islam. Tetapi pada waktu lain pula, berlaku juga kelekaan. Hinggalah tiba zaman hari ini kita dapati umat Islam telah dihancurkan oleh perancangan Yahudi dan negara-negara kafir. Kekayaan mereka dirampas, iman mereka lemah, neraca kehidupan mereka bertukar putar dan hukum al-Quran telah ditolak ke tepi. Musuh-musuh juga telah mendidik anak-anak orang Islam dengan pandangan hidup yang bertentangan langsung dengan Islam, berlindungkan pelbagai nama dan kelubung.
Sekiranya masih ada sakibaki iman dalam diri mana-mana muslim atau masih ada rasa sayangkan agama yang menyebabkan dia enggan meninggalkan agamanya, mereka akan menjadi korban pula kepada penipuan dan pelbagai topeng. Musuh berusaha supaya orang muslim ini akan terikut kepada ahli politik, sasterawan dan orientalis yang tidak memahami Islam. Mereka memperalatkan dalil-dalil al-Quran dan hadis yang umum atau kadangkala dengan hadis-hadis maudhu’ yang dimanipulasi untuk mencipta sistem-sistem politik dan ekonomi yang didakwa atau dilabel sebagai sistem Islam tanpa langsung mengikut disiplin kaedah usul fiqh dan memenuhi syarat-syarat ijtihad.
Sebenarnya tribulasi orang Islam pada hari ini tidak hanya terbatas pada penguasaan pemimpin yang sesat sahaja, bahkan menjangkau kepada persoalan pendidikan. Korikulum pendidikan dan pelajaran, jawatan-jawatan di universiti, akhbar­-akhbar, majalah-majalah dan seluruh media massa digunakan untuk menghapuskan pemikiran dan nilai-nilai Islam. Hinggakan mangsa perangkap musuh ini merasa seronok dan merasa bangga kerana menyangka dirinya terlepas dari belenggu kekolotan lama.
Orang Islam yang maksiat pada hari ini sebenarnya adalah mangsa pendidikan tersebut, untuk ditukarkan menjadi fasiq mulanya dan supaya mereka akan mudah dijadikan kuda tunggangan oleh para taghut tersebut akhirnya.
Itu semua adalah style perancangan jahiliyyah sejak dahulu lagi, diwarisi oleh taghut moden dari taghut sebelumnya, berasal usul kepada Firaun.
”Firman Allah S.WT. :
فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ
Lalu Firaun memperbodoh (menyesatkan) kaumnya, lalu mereka mengikutnya. Kerana mereka itu memang kaum yang fasik.” (Az-Zukhruf 43:54)
Inilah tafsir yang betul terhadap sejarah. Hanya orang-orang yang fasik sahaja yang boleh diperdayakan oleh Firaun (lama atau moden). Orang yang beriman kepada Allah tidak akan dapat diperbodohkan oleh taghut dan tidak akan taat kepada perintah taghut.” 31
Begitulah, musuh-musuh Islam telah tahu vital-part yang telah diperkenalkan oleh Firaun. Mereka saling merancang untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yang tenggelam dalam lumpur seks, keji dan maksiat. Menjadikan masyarakat sentiasa sibuk dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akhirnya mereka menjadi penat dan letih dengan perut dan seks dan tiada masa lagi untuk mendengar nasihat atau petunjuk dan kembali kepada agama.” 32
Itulah cara dan taktik mereka. Taktik-taktik kotor, memerangi masjid dengan ballroom, menggantikan isteri-isteri dengar pelacur-pelacur, menyerang akidah menggunakan professor-professor ‘free-thinker’ dan menewaskan seni wira dengan seni hedonisma.33 Melalui pendidikan ini, mereka telah berjaya mengubah helang rajawali menjadi burung puyuh sebagaimana yang dikatakan oleh Iqbal….
“Ianya adalah seni dan proses penjinakan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin sesat tersebut….iaitu seni:
merampas kecantikan lenggok bunga ’sarwa’ 34
menukar helang rajawali menjadi burung puyuh

mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu

lalu membenamkan bahtera ke dasar laut

mereka tidurkan kita dengan iramanya

dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.”
35

manusia pun beransur-ansur diresapi kehinaan.
“Secara fitrahnya, manusia bencikan kehinaan dan tidak suka kezaliman. Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara berangsur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan lalu menjadi seperti singa yang telah dijinakkan. Namun begitu, unsur kemuliaan sebenarnya masih berbaki dijiwa dan masih mengalir bahang panasnya di dalam darah.
Apabila ada sahaja da’i yang menyeru kepada kemuliaan dan kebebasan, membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak, maka kemuliaan di dalam jiwanya itu mula berdenyut. Bara di dalam sekam mula menyala. Sifat kemanusiaan di dalam dirinya mula bangkit, tidak mahu dihina dan bangkit berjihad dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam jihad itu lebih ringan daripada diperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.
Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, ianya akan cepat sembuh dan mudah dihilangkan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.
Kerana itulah, puak taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orangramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa tatasusila. Mereka besarkan para belia atas didikan ini dengan pelbagai sarana. Semuanya bertujuan untuk mematikan himmah dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan terus menerus berada di tangan mereka.”36
Anak Singa Diubah Menjadi Kijang Yang Pengecut
Konspirasi ‘penjinakan’ itu memerlukan usaha menekan kesemua da’i Islam. Ia dibuat agar suara mendidik dan seluruh media massa dikuasai sepenuhnya oleh golongan yang kononnya hebat dari segi akademik dan sastera. Suara mereka disadurkan melalui pelbagai pertubuhan yang kelihatan pada zahirnya berbeza-beza.
Generasi baru keturunan pejuang dan anak-anak singa itu dididik supaya tunduk kepada syahwat dan karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup. Mereka padamkan sejarah kehebatan umat Islam terdahulu serta dihapuskan kisah kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh dan panduan amal untuk generasi baru muslim kini.
Itulah kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal:
Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan or­ang yang arif bijaksana!

Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
tetapi semuanya sependapat dengan satu target:
Mereka ajar anak singa
agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.
37
Ianya telah berlaku.
Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian. Mengasuh anak anak singa Islam supaya menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam samada para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam.
Plan pendidikan mereka ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya….!
Inilah generasi baru dari putera-puteri Islam…!
Anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.
Sebenarnya mereka itu merdeka, lalu diperhambakan, dan mereka bergembira menjadi hamba.
Perancangan mereka telah berjaya. Apa yang kita dapat lihat sekarang terdapat sesetengah orang ikhlas yang lebih cenderung untuk beruz1ah, mengasingkan diri dan takut berganding bahu bersama-sama umat Islam.. tidak lain melainkan kesan daripada pendidikan tersebut dan tanda efektifnya perancangan ini.
Ianya bukanlah suatu yang pelik. Kalaulah mereka telah berjaya menjauhkan ramai orang Islam dari Islam itu sendiri, maka tentu lebih mudah bagi mereka untuk menjauhkan lebih ramai lagi orang Islam dari sebahagian dari Islam. Mereka berjaya meyakinkan majoriti orang Islam bahawa perlunya mengasingkan diri (beruzlah) dan lebih baik berjaga-jaga dari sebarang kerja yang mengundang risiko kepada mereka (jihad dan amal Islam).
Ketika itu, bermulalah fasa kedua musuh-musuh Islam. Berlakulah proses peralihan cepat dari Islam kepada jahiliyyah…!
Perlunya Pertolongan Segera (SOS)
Pada hari ini, da’i Islam perlu berpendirian seperti Umar bin Abdul Aziz. Dia perlu merasai wajibnya di ambil tindakan segera untuk menyelamatkan umat Islam yang tenggelam dalam kesesatan jauh dari Islam. Dia perlu sedar bahawa tiada jalan lain baginya kecuali mara memimpin mereka meskipun mereka enggan. Meskipun tanggungjawab ini amat menyusahkan dan memerlukan pengorbanan.
Tidak syak lagi… majoriti umat Islam hari ini sebenarnya telah terseleweng tanpa sedar dan tanpa niat jahat. Mereka sebenarnya layak untuk bersama-sama para da’i bagi mengembalikan umat ini kepada Islam. Mereka mampu berbuat demikian sekiranya mereka sedar bahawa mereka telah tertipu.
Tetapi da’i Islam dalam masa yang sama melihat.. sama seperti apa yang dikatakan oleh Omar… bahawa ianya amat sukar kerana penyelewengan sudah mendarah daging dalam tubuh generasi ini.
Oleh itu apakah yang mesti dibuat?
Berhenti mencuba? Atau tangguhkan usaha ke suatu masa yang lain?
Tidak sekali-kali..!
Kerja-kerja ini tidak boleh ditinggalkan. Manhaj Islam tidak mempunyai cacat-cela dan tiada kekurangannya. Bukti kemampuannya ialah masih terdapat belia-belia Islam yang bersih jiwanya melagukan ayat-ayat al-Quran di zaman materialisme dan hedonisme ini. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Sabar itu kunci segala pintu yang tertutup.
Kerja-kerja ini juga tidak boleh ditangguhkan. Masa tidak berpihak kepada kita jika ditangguh. Jika ditangguhkan, maka semakin panjang tempoh bermaharajalelanya taghut akan semakin kuat pula cengkamannya di dalam jiwa manusia yang hanyut. Perlu segera membuat usaha menyelamat yang hanyut itu selagi denyutan nadi masih ada dan selagi benih fitrah masih terpendam.
“Sesungguhnya tidak ada kerosakan yang lebih teruk merosakkan fitrah selain dari  kehinaan yang dibentuk oleh taghut yang berpanjangan. Ia memusnahkan segala kemuliaan manusia, meruntuhkan dasar-dasar dan nilai-nilainya dan menanam padanya sifat-sifat hina yang biasanya terdapat pada hamba abdi:
Tunduk di bawah cemeti tukang sebat,
Marah-marah tatkala cemeti itu terangkat daripadanya
sombong tatkala mendapat sesuatu dari nikmat dan kekuatan.” 38
Oleh itu, menunggu dan menangguh bukanlah satu tindakan yang terbaik. Perlu ditambahkan penyertaan baru ke dalam gerombolan kafilah yang merdeka ini.
Bergerak Dalam Pelbagai Pendekatan
Begitulah..
Dengan realiti wujudnya kijang-kijang pengecut dan adanya manusia-manusia yang derhaka dan maksiat; dan realiti kekufuran sebahagian pemerintah, ahli­-ahli politik dan individu-individu Islam hari ini kerana beriman hanya kepada sebahagian dari Islam; Justeru itu semua, maka wajib diwujudkan sebuah gerakan Islam yang menyeru kepada makruf dan membangkitkan semula hemmah. Gerakan Islam yang akan menghalang mereka dari penyelewengan dan berusaha sungguh-sungguh untuk menegakkan pemerintahan Islam.
Kita meleret-leret menjelaskan ini semua untuk membuktikan bahawa kita tidak perlu menghukum keseluruhan masyarakat Islam kini sebagai masyarakat jahiliyyah. Dan da’i boleh memulakan kerja-kerja dakwah secara bebas, serentak dan dengan pelbagai pendekatan yang berbeza.
Da’I melihat kepada kerajaan dan parti politik yang menyeru kepada sistem hidup yang bertentangan dengan syariat Islam, atau kepada individu yang berpegang dengan falsafah jahiliyyah, menghalalkan yang haram, menolak sebahagian dari perkara iman; mereka melihat golongan ini dengan pandangan takfir dan marah, dan mengambil pendekatan menentang mereka dengan tegas dan keras.
Tetapi dalam waktu yang sama, para da’i bergerak dalam bentuk lain terhadap orang-orang Islam ahli maksiat melalui berbagai-bagai cara. Di antaranya:
  • Teguran kasih sayang dan menyedarkan mereka terhadap amal jama’i, jika mereka telah menyempurnakan perkara-perkara fardhu, beriltizam dengan hukum-hukum Islam dan menyuruh manusia kepada ma’ruf, tetapi dilakukan secara fardi.
  • Kadangkala menggunakan intonasi kasih sayang tetapi diiringi gertakan dan tajam terhadap orang-orang yang beriltizam dengan Islam tetapi berdiam diri dari amar ma’ruf dan nahi mungkar.
  • Menggunakan bahasa yang lembut, rasa kasih dan simpati terhadap mereka yang dilalaikan oleh syahwat, tidak mengerjakan amalan fardhu dan karam dalam maksiat.
  • Menggunakan bahasa marah, garang dan keras terhadap mereka yang membuat dosa besar, zalim dan mabuk di dalam kejahatan.
Semua cara di atas boleh digunakan di dalam masa yang sama dan di dalam masyarakat yang sama.

Nota Kaki
  1. Al-Muwafaqat, Juzu’ 6, m.s. 121
  2. Fi Zilal Al-Quran, Juzu’ 25, m.s. 136
  3. Ibid
  4. Fi Zilal Al-Quran, Juzu’ 2, m.s. 142
  5. Ibnu Taimiyah, Al-Sarim al-Maslul ‘ala Syatim al-Rasul, m.s. 56
  6. Ibnu Taimiyah, Majmu’ Fatawa, Juzu’ 12, m.s. 339
  7. Ibid, Juzu’ 11, m.s. 140
  8. Sahih al-Bukhari, Juzu’ 1, m.s. 15.  Hadis ini diucapkan oleh Baginda saw kepada Abu Zar ketika menggelarkan Bilal dengan nama anak perempuan kulit hitam.
  9. Jika saudaranya bukan kafir, maka dialah yang menjadi kafir lantaran kata-katanya itu.
  10. Sahih Muslim, Juzu’ 1, m.s. 57
  11. al-Sharh al-’Iraqi li al-Usul al-’Isyrin” (Penjelasan al-Iraqi Terhadap Dua Puluh Usul) hlm. 55
  12. Selain dari bangsa Arab. (Pnt)
  13. Ibnu Abdul Hakim, Sirah Umar bin Abdul Aziz, m.s. 37
  14. Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 9, m.s. 45
  15. Ibid., m.s. 122
  16. al-Rafi’I, Wahyu al-Kalam, Juzu’ 2, m.s. 258
  17. Sarwa: Sejenis pokok bunga untuk perhiasan di taman bunga dan di kubur yang ditanam untuk melindungi pokok-pokok lain. Pnt)
  18. Abdul Wahab Azam, Buku Muhammad Iqbal, m.s. 162
  19. Abdul Wahab Azam, Al-Shawarid, m.s. 318
  20. Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim, m.s. 102
  21. Al-Zilal, Juzu’ 1, m.s. 90
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH SWT

Setiap umat telah diutus rasul sebagai pembimbing ke jalan yang benar. Rasul dilantik oleh Allah SWT sebagai penyampai kebenaran. Setiap rasul dilengkapi dengan panduan masing-masing bersesuaian dengan keadaan kaum. Panduan tersebut disampaikan oleh malaikat kepada rasul dan dikumpulkan menjadi kitab-kitab dan suhuf-suhuf. Kitab suci mengandungi segala perintah Allah SWT, khabar buruk dan khabar gembira yang disampaikan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul kepada umatnya. Muslim wajib beriman kepada wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan rasul-rasul sebelumnya.

Wahyu tersebut dikumpulkan dalam bentuk suhuf dan kitab-kitab. Ajaran dalam kitab-kitab tersebut sesuai dengan keadaan kaum pada masa tersebut sahaja. Selepas Oleh itu apabila rasul-rasul tersebut telah meninggalkan meraka tiada, ajaran yang dibawa oleh rasul-rasusl tersebut telah dipesongkan dan Allah SWT akan menghantar rasul-rasul lain untuk memperbaiki ajaran-ajaran rasul sebelumnya yang telah dipesongkan oleh kaumnya. Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Pada mulanya manusia adalah umat yang satu mengikut agama Allah SWT yang satu tetapi akhirnya mereka keliru. Maka Allah SWT telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi amaran kepada yang ingkar dengan azab neraka. Allah SWT menurunkan bersama nabi-nabi dengan kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan yang benar untuk melaksanakan undang-undang di antara manusia mengenai pertikaian mereka.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 213)

Ayat di atas menjelaskan tentang utusan Allah SWT yang dihantar kepada setiap kaum supaya menyampaikan berita kebenaran dan memperjelaskan salah faham di antara mereka.
Orang-orang yang beriman akan menerima risalah yang dibawa oleh rasul dengan lapang dada manakala orang-orang yang ingkar akan menolak risalah tersebut dengan pelbagai alasan walaupun telah diterangkan dalam kitab-kitab sebelumnya. Penolakan tersebut disebabkan perasaan hasad dan dengki. Firman Allah SWT,
“Ingatlah ketika Kami turunkan Taurat kepada Musa dan keterangan yang terdapat di dalamnya, pembeza antara yang benar dengan salah, supaya kamu mendapat petunjuk.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 53)

Umat-umat sebelumnya juga telah diberikan petunjuk dengan diutus nabi dan kitab masing-masing. Firman Allah SWT,
“Sesungguhnya kami telah memberikan kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim dan Kami telah memberikan kerajaan yang besar.”
(Surah an-Nisa', ayat: 54)

Allah SWT menghantar Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir dengan membawa al-Quran sebagai petunjuk kepada seluruh alam. Firman Allah SWT,
“Tidak ada sebarang keraguan dalam kitab al-Quran yang datang daripada Allah SWT melainkan menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Surat al-Baqarah, ayat: 2)

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup untuk mencapai keredaan Allah SWT. Namun demikian, orang-orang kafir tetap menolak kebenaran al-Quran dengan mencari pelbagai alasan.
a. Hubungan manusia dengan kitab Allah SWT
Allah SWT akan menghisab setiap amalan manusia yang telah diseru untuk menyembah-Nya. Allah SWT menghantar utusan kepada setiap bangsa yang dilengkapi dengan ajaran masing-masing. Setiap utusan dilengkapi dengan suhuf atau kitab masing-masing, Muslim diwajibkan untuk beriman kepada kitab-kitab terdahulu seperti Zabur, Taurat dan Injil. Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Dan mereka yang beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin kewujudan kehidupan akhirat.”
(Surat Al-Baqarah, ayat: 4)
Muslim diwajibkan beriman kepada kitab-kitab tersebut tetapi tidak diwajibkan untuk mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya kerana ajaran tersebut dikhaskan kepada umat pada masa tersebut sahaja.
Jika Selagi ajaran yang terkandung dalam kitab-kitab tersebut tidak bercanggah dengan kandungan al-Quran, maka ia diterima dan diamalkan oleh Muslim. Jika ajaran tersebut bercanggah dengan al-Quran, ia mesti ditolak dan diabaikan.
b. Setiap nabi dilengkapi dengan kitab suci
Setiap nabi dilengkapi dengan kitab suci sebagai panduan kepada kaumnya.
1. Taurat
Taurat dalam bahasa Ibrani disebut juga sebagai Torah. Torah merupakan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Musa yang mengajar ketauhidan dan undang-undang daripada Allah SWT. Kitab Taurat juga menceritakan tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul terakhir. Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya kami telah menurunkan Taurat yang mengandungi petunjuk kebenaran dan cahaya yang terang. Dengan itu, nabi-nabi yang patuh kepada Allah SWT menetapkan hukum bagi orang Yahudi dan ulama-ulama mereka dan pendeta-pendeta menjalankan hukum Allah SWT kerana mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Taurat dan mereka menjadi penjaga dan pengawal daripada perubahan.”

(Surah Al-Maidah, ayat: 44)

Muslim wajib beriman kepada kewujudan kitab Taurat pada zaman Nabi Musa. Namun begitu, Muslim tidak wajib beriman dan mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam kitab Taurat tersebut kerana,
a. Ajaran dalam Taurat dikhaskan kepada Bani Israel sahaja.
b. Al-Kitab yang didakwa oleh penganut Kristian sebagai Taurah bukanlah Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa berdasarkan ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Kitab sendiri. Antara ayat yang menafikan al-Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa adalah,
“...Musa bercakap-cakap dengan Tuhan...”
Ayat di atas diragui kesahihannya kerana ayat tersebut bukan ditulis oleh Nabi Musa kerana Nabi Musa dalam ayat di atas Nabi Musa merupakan pelaku ketiga. Sepatutnya, jika ayat di atas ditulis oleh Musa maka beliau bertindak sebagai pelaku pertama iaitu “Aku bercakap-cakap dengan Tuhan”.
Dalam ayat di bawah ini lain, Musa ada menceritakan kematiannya seperti berikut,

Jadi, ayat tersebut bukan ditulis oleh Nabi Musa kerana tidak mungkin Nabi Musa dapat menceritakan kematian beliau.
2. Zabur
Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud. Ia mengandungi fatwa-fatwa, zikir dan peringatan yang perlu dilaksanakan oleh Nabi Daud. Kitab Nabi Daud tidak mengandungi hukum-hukum seperti Taurat dan al-Quran. Firman Allah SWT,

“Kami telah memberikan kitab Zabur kepada Nabi Daud.”
(Surah al-Isra, ayat: 55)

Muslim wajib beriman bahawa Allah SWT pernah menghantar kitab Zabur kepada Nabi Daud. Namun begitu, muslim tidak diwajibkan untuk mengamalkan kandungan kitab tersebut nya kerana Allah SWT telah menghantar al-Quran kepada nabi Muhammad sebagai pelengkap kitab tersebut.

3. Injil
Injil adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa yang mengandungi wahyu-wahyu Allah SWT. Kewujudan injil dan Torah disahkan oleh Allah dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, Firman Allah SWT,

“Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia yang hidup kekal dan mentadbir semua ciptaan-Nya. Ia menurunkan al-Quran kepada Muhammad yang mengandungi kebenaran dan mengesahkan kandungan Taurat dan Injil.”

(Surah al-Imran, ayat 2 hingga 3)

Ayat di atas menerangkan bahawa Allah SWT telah menurunkan al-Quran yang mengesahkan ajaran yang terkandung dalam Taurat dan Injil.
Taurat dan Injil juga menerangkan tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir. Sungguhpun demikian, Injil yang dimaksudkan dalam al-Quran bukan al-Kitab yang mengandungi Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas dan Injil Johanes yang digunakan oleh penganut Kristian sekarang.
Kitab-kitab tersebut juga bukan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa kerana ia ditulis oleh pendeta-pendeta Kristian dan penulis yang tidak dikenal pasti. Selain itu, Injil yang diimani oleh penganut kristian masih terdapat sebahagian wahyu Allah yang tidak berjaya diubah suai.
Al-Quran menjelaskan tentang sifat-sifat kaum Nasrani yang menyembunyikan sebahagian kandungan asal Injil seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,. Firman Allah SWT,
“Dan di antara orang-orang yang berkata bahawa kami adalah orang Nasara. Kami telah mengambil sumpah setia mereka. Mereka meninggalkan sebahagian yang diperingatkan kepada-Nya. Lalu Kami tanamkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai pada hari kiamat dan Allah SWT akan memberitahu mereka setiap amalan mereka.”
(Surah al-Maidah, ayat: 14)

Isi kandungan Injil mempunyai lebih paling banyak persamaan dengan al-Quran berbanding kitab-kitab yang lain. Namun, orang Islam tidak diwajibkan untuk mengamalkan ajaran yang terdapat dalam kitab Injil kerana Injil diturunkan khas kepada Bangsa israil seperti diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

Jika ajaran tersebut sama dengan kandungan al-Quran dan hadis maka umat Islam wajib menerimanya. Jika bercanggah dengan al-Quran dan hadis, maka umat Islam wajib menolaknya.

4. Al-Quran
Nabi Muhammad SAW dilengkapi dengan al-Quran seperti mana yang diterangkan dalam ayat di bawah ini.
“Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan setiap yang diturunkan sebelumnya, iaitu kitab-kitab dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain. Maka putuskanlah perkara mereka mengikut panduan yang diturunkan oleh Allah SWT dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. SeUntuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang.”
(Surah al-Maidah, ayat: 48)
Al-Quran merupakan salah satu mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW untuk membuktikan kebenaran beliau sebagai Rasul. Al-Quran dilengkapi dengan pelbagai mukjizat. Antara mukjizat al-Quran ialah:
1. Al-Quran menggunakan bahasa Arab tinggi, struktur ayat yang indah, mempunyai makna yang dalam dan nilai kesusasteraan yang hebat sehingga dapat mengalahkan syair-syair yang pernah diciptakan sebelumnya. Bahasa Arab merupakan bahasa dunia yang ketiga selepas bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Allah berfirman dalam ayat ini yang bermaksud,

2. Al-Quran bersifat universal iaitu sesuai untuk semua bangsa dan sepanjang masa. Allah berfirman dalam ayat ini yang bermaksud,

3. Al-Quran mempunyai bukti sejarah yang jelas dilengkapi dengan peristiwa yang lengkap. Tarikh, masa dan tempat ayat al-Quran diturunkan dapat dibuktikan melalui catatan sejarah yang sahih.
4. Al-Quran merupakan penyempurnaan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Allah berfirman dalam ayat ini yang bermaksud,
“Pada hari ini, telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-nikmat-Ku dan telah Aku redai Islam menjadi agama baginya.”
(Surah al-Maidah, ayat: 3)
5. Allah men-Quran dijamin keaslian al-Quran seperti diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, akan terpelihara keasliannya. Firman Allah SWT,
“Sesungguhnya kamilah yang akan menurunkan al-Quran dan Kami benar-benar menjaganya.”
(Surah Al-Hijr, ayat: 9)
Sehingga kini, tidak ada satu ayat pun dalam al-Quran yang dapat diubah. Walaupun terdapat segelintir manusia yang cuba mengubah al-Quran dengan menambahkan ayat-ayat palsu, namun pemalsuan tersebut dapat dikesan dalam masa yang cukup pantas.
6. Kandungan al-Quran tidak dipengaruhi oleh ajaran manusia termasuk Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT,
“Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang nyata, orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami berkata, ‘Gantilah al-Quran yang lain daripada ini.’ Katakanlah, ‘Tidaklah patut bagiku menggantikannya daripada diriku sendiri. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku...”
(Surah Yunus, ayat: 15)
7. Al-Quran hanya mengajar kebaikan dan merupakan panduan untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT,
“Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada al-Quran ketika al-Quran diturunkan kepada mereka, mereka pasti akan celaka. Sesungguhnya al-Quran adalah kitab yang mulia. Tidak ada kebatilan dalam al-Quran baik daripada depan mahupun belakang. Al-Quran diturunkan daripada Rabb yang Maha bijaksana lagi Maha terpuji.”
(Surah Fushilat, ayat: 41 dan 42)

8. Al-Quran mengandungi kebenaran yang mutlak. Firman Allah SWT,
“Dan sesungguhnya al-Quran benar-benar kebenaran yang diyakini.”
(Surah al-Haqqah, ayat: 51)
9. Ayat-ayat al-Quran sangat agung sehingga tidak ada yang dapat menciptakan ayat seumpama al-Quran. Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini,

“Katakanlah, ‘Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat kitab yang serupa al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan ia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.’ ”
(Surah al-Isra’, ayat: 88)

10. Mengandungi berita ghaib yang telah berlaku dan akan berlaku, salah satu berita yang akan berlaku yang terdapat dalam al-Quran adalah kejadian manusia. Pada masa al-Quran diturunkan, sains belum dapat menerangkan tentang tahap-tahap perkembangan secara detail seperti diterangkan alam al-Quran. Tahap perkembangan bayi seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini.

“Kisah Nabi Nuh adalah berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad), kamu dan kaum kamu tidak mengetahuinya sebelum ini. Sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Hud, ayat: 49)

11. Memberi kesan yang mendalam kepada manusia apabila membacanya.

“Allah SWT telah menurunkan perkataan yang paling baik iaitu al-Quran yang bersamaan kandungannya antara satu dengan yang lain. Kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya akan gementar kerananya. Kemudian kulit dan hati mereka menjadi tenang apabila mengingati Allah SWT. Itulah petunjuk Allah SWT. Melalui kitab tersebut, Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang disesatkan Allah SWT, maka tidak ada seorang pun dapat memberi petunjuk baginya.”

(Surah az-Zumar, ayat: 23)

12. Al-Quran memberikan panduan terbaik sehingga melahirkan umat yang gemilang. Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini,

“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah SWT. Sekiranya ahli kitab beriman, tentu lebih baik bagi mereka kerana di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(Surah Ali-‘Imran, ayat: 110)

13. Mengandungi pengetahuan dan fakta yang dibuktikan oleh sains moden. Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini,

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al Quran adalah benar…”
(Surah Fussilat, ayat: 53)

14. Isi kandungannya meliputi pelbagai bidang, sedangkan al-Quran ianya dibawa oleh Rasulullah SAW yang bersifat ummi (buta huruf) seperti mana yang dilaporkan dalam ayat di bawah ini.

“Dan kamu tidak pernah membaca sesuatu Kitab pun sebelum al-Quran dan kamu tidak pernah menulis suatu kitab dengan tangan kananmu. Jika kamu pernah membaca dan menulis, maka ragulah orang yang mengingkari kamu.
(Surah al-Ankabut, ayat: 48)


SOALAN LAZIM
1. Bolehkah non muslim menyentuh al-Quran?
Sebahagian ulama melarang bukan muslim menyentuh al-Quran kerana mereka menganggap bukan muslim tidak suci sedangkan al-Quran hanya boleh disentuh oleh orang-orang yang suci seperti dilaporkan dalam maksud ayat di bawah.

“Sesungguhnya al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, kitab yang terpelihara (Luh mahfuz), tidak ada yang menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan.”
(Surah al-Waqiah, ayat: 77 hingga 79)
Mengikut sebahagian ulama tafsir, larangan dalam ayat tersebut merujuk kepada mashaf al-Quran asal yang terdapat di Luh Mahfuz. Mashaf tersebut hanya boleh disentuh oleh orang-orang yang suci iaitu malaikat sahaja. Manakala sebahagian Jadi, ulama lain berpendapat menyimpulkan bahawa bukan muslim boleh menyentuh al-Quran kerana al-Quran diturunkan sebagai petunjuk untuk manusia seperti yang diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Maha Suci Allah SWT yang telah menurunkan al-Quran kepada hamba-Nya sebagai pemberi peringatan kepada seluruh alam.”
(Surah al-Furqaan, ayat: 1)
Nabi Muhammad SAW menghantar surat kepada kerajaan bukan muslim dan mengajak mereka untuk memeluk Islam. Setiap surat tersebut, ditulis dengan ‘bismillah’ dan diteruskan dengan . Ia diterangkan sebagaimana dalam ayat di bawah ini.
“Katakanlah, ‘Hai ahli kitab. Marilah berpegang kepada satu kalimat yang tidak ada perselisihan di antara kami dan kamu bahawa kita tidak menyembah kecuali Allah SWT dan kita tidak mempersekutukan Dia dengan sesuatu pun. Dan tidak pula sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah SWT. Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka, ‘Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri kepada Allah SWT (muslim).’ "
(Surah Ali-Imran, ayat: 64)
Rasulullah SAW menghantar surat tersebut kepada raja Heraclius (Byzantin), Negus (Eithiopia), Muqawqas (Mesir), Kisra (Persia atau Iran). Sekiranya bukan muslim tidak boleh menyentuh al-Quran, maka Rasulullah SAW tidak akan menulis ayat-ayat al-Quran dalam surat utusan beliau kepada raja bukan non muslim.
Jika non muslim tidak boleh menyentuh al-Quran, bagaimana mesej daripada al-Quran akan sampai kepada mereka? Sedangkan sebahagian besar muslim tidak menyampaikan Islam kepada non muslim.

2. Kenapa Islam tidak mengiktiraf al-Kitab sebagai Injil?
Beriman kepada kitab-kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada semua rasul merupakan salah satu daripada rukun iman.

1. Walaupun muslim diwajibkan beriman bahawa Allah SWT pernah menurunkan Injil kepada Nabi Isa tetapi umat Islam tidak diwajibkan untuk mengamalkan ajaran yang terdapat di dalam kitab Injil tersebut. Jika al-Kitab merupakan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa sekalipun umat Islam tetap tidak diwajibkan untuk mengamalkannya. Tambahan lagi, kesahihan al-Kitab sebagai Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa adalah diragui.

2. Al-Kitab bukan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa
Al-Kitab juga bukan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa. Ini kerana Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa merupakan panduan hidup yang diberikan khas kepada Nabi Musa seperti bagaimana yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.

“...Katakanlah, ‘Siapakah yang menurunkan kitab Taurat yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia. Kamu jadikan kitab itu sebagai lembaran kertas yang bercerai-berai, kamu memperlihatkan sebahagian dan kamu menyembunyikan sebahagian besarnya. Padahal telah diajarkan kepadamu apa yang kamu dan bapa-bapa kamu tidak mengetahuinya?’ Katakanlah, ‘Allah SWT yang menurunkannya.’ Kemudian, sesudah kamu menyampaikan al-Quran kepada mereka, biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.”
(Surah al-An’am, ayat: 91)

Ayat di atas menerangkan bahawa Taurah adalah kitab panduan yang diturunkan kepada nabi Musa dan kaumnya sedangkan Taurah yang terdapat dalam al-Kitab bukan Taurat yang dimaksudkan oleh al-Quran.

3. Al-Kitab bukan kitab suci
Injil dan Taurat merupakan kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Isa dan Musa sedangkan al-Kitab merupakan kumpulan buku-buku yang ditulis oleh pendeta, sejarawan, pakar-pakar agama Kristian dan penulis yang tidak diketahui. Sebuah kitab suci perlu mengandungi seratus peratus kandungan yang bersumberkan daripada Allah SWT dan bukannya campuran ayat-ayat daripada Allah SWT dan ciptaan-Nya; manusia. Dalam al-Kitab, terdapat sebahagian ayat daripada Allah SWT dan sebahagian besar ayat lagi adalah ciptaan manusia. Antara nas yang membuktikan al-Kitab bukan kitab suci ialah:
• Percanggahan fakta dalam al-Kitab
Kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT tidak mungkin mempunyai percanggahan antara ayat-ayatnya sedangkan al-Kitab mempunyai banyak percanggahan.

a. Manusia tidak pernah melihat Allah SWT
Al-Kitab mengatakan dalam ayat di bawah ini bahawa tidak ada manusia yang dapat melihat Allah SWT seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,.

“Tidak ada seorang pun pernah melihat Allah, anak tunggal Allah yang berada di pangkuan Bapa yang menyatakan-Nya.”

(Buku Johanes, Bab 1, ayat: 18)

Sedangkan dalam ayat yang lain menyatakan bahawa manusia dapat melihat Allah SWT seperti mana yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.

“Kemudian Tuhan menampakkan diri-Nya kepada Abraham di pokok Terbatin di Mamre, sedangkan ia duduk di hadapan khemah semasa matahari panas.”
(Buku Kejadian, Bab 32, ayat: 23)

Kalimah ‘Tidak ada seorangpun pernah melihat Allah’ dan ‘Kemudian Tuhan menampakkan diri-Nya’ Kedua-dua maksud ayat di atas saling bercanggah. Pembaca tidak dapat membezakan ayat yang betul dan salah. dan tidak diketahui mana ayat yang betul dan ayat yang salah. Tidak mungkin kitab suci daripada Allah memberikan dua ayat yang bercanggah sehingga menimbulkan kekeliruan kepada umatnya sehingga perlu memilih ayat yang betul atau yang salah.

b. Bilangan musuh yang dibunuh
Al-Kitab melaporkan tentang Jumlah musuh yang dibunuh oleh Daud dalam ayat di bawah ini seperti berikut. Perkara ini dilaporkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Tetapi orang Aram lari daripada orang Israel dan Daud membunuh 700 ekor kuda orang Aram dan 40 000 orang berpasukan kuda. Sobakh, panglima tentera mereka dilukai sedemikian sehingga ia mati di sana.”

(Buku II Samuel, Bab 10, ayat: 18)

Ayat di atas menyatakan bahawa jumlah kuda yang dibunuh adalah 700 ekor manakala dalam ayat yang lain, jumlah kuda yang dibunuh adalah 700 000 ekor seperti mana yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.

“Tetapi orang Aram lari daripada orang Israel dan Daud membunuh 700 000 ekor kuda orang Aram dan 40 000 orang berpasukan jalan kaki. Juga Sofakh, panglima tentera mereka dibunuhnya.”

(Buku I Tawarikh, Bab 19, ayat: 18)

Kedua-dua maksud ayat di atas merekodkan mpunyai tiga percanggahan yang ketara iaitu bilangan jumlah kuda musuh yang dibunuh oleh Daud adalah bercanggah iaitu 700 ekor dan 700 000 ekor, perlengkapan pasukan dan nama panglima tentera tersebut, Percanggahan tersebut sangat ketara sedangkan kedua-dua ayat ini menceritakan tentang kejadian yang sama.

c. Umur Raja Ahab semasa menjadi raja

“Pada tahun ke-12 zaman Yoram, anak raja Israel iaitu Ahab, Ahazia anak Yoram raja Yehuda menjadi raja. Pada waktu dia menjadi raja, dia berumur 22 tahun dan setahun kemudian dia memerintah Yerusalem.”

(Buku II King, Bab 8, ayat: 25 hingga 26)

Dalam ayat yang lain, al-Kitab menceritakan tentang kejadian yang sama dengan fakta yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam maksud ayat di bawah ini.

“...Dengan demikian Ahazia anak Yoram raja Yehuda menjadi raja. Ahazia berumur 42 tahun pada waktu dia menjadi raja dan setahun kemudian ia memerintah Yerusalem.
(Buku II Tawarikh, Bab 22, ayat 1 hingga 2)

d. Al-Kitab mengandungi ayat-ayat lucah
Al-Kitam mengandungi Terdapat banyak ayat-ayat dalam al-Kitab yang menceritakan tentang perkara lucah seperti yang dinyatakan dalam maksud ayat di bawah ini.

“Semakin lama, semakin sering dia melacur. Dia berperangai seperti masa mudanya di Mesir. Dia penuh berahi terhadap lelaki yang bernafsu kuat seperti keldai atau kuda jantan. Hai Oholiba, engkau ingin mengulangi kecabulanmu pada masa mudamu di Mesir. Di sana, lelaki meraba-raba buah dadamu dan engkau hilang daramu.”
(Buku Yehezkial, Bab 23, ayat: 19 hingga 21)

Kitab suci yang diwahyukan oleh Allah tidak akan mengandungi perkara lucah, sungguhpun perkara tersebut untuk mengajarkan umatnya dan mengambil iktibar daripada perkara tersebut.
Sebahagian manusia lebih suka untuk meniru perkara buruk berbanding mengambil iktibar daripada perkara tersebut. Ayat-ayat lucah dapat menggalakkan manusia yang tidak mempunyai iman yang kuat untuk melakukan zina.
4. Kandungan al-Kitab bercanggah dengan kandungan al-Quran.
Injil dan Taurat merupakan kitab yang mengajar konsep ketuhanan yang sama dengan ajaran agama Islam sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran, sedangkan ajaran yang terdapat dalam al-Kitab bercanggah dengan ajaran agama Islam. Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT untuk melengkapkan kitab-kitab sebelumnya, seperti yang diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.

“Dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu iaitu al-Quran yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya...”
(Surah Fathir, ayat: 31)

Kemunculan kitab yang diturunkan sebelum kedatangan al-Quran diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.

“Dia menurunkan al-Quran kepadamu dengan membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil.”

(Surah Ali-Imran, ayat: 3)

Ayat-ayat di atas membuktikan bahawa al-Quran menjadi pelengkap kepada ajaran yang terdapat dalam Taurat dan Injil. Namun, ajaran yang terdapat dalan al-Kitab pula bercanggah dengan kandungan al-Quran. Ketulenan al-Quran daripada Allah SWT telah dibuktikan dengan nas-nas yang sahih, sedangkan al-Kitab diragui kandungannya dan oleh sebab itu al-Kitab ditolak oleh Islam.

5. Al-Kitab bukan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa
Al-Kitab juga bukan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa. Ini kerana Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa merupakan panduan hidup yang diberikan khas kepada Nabi Musa seperti bagaimana yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.

“...Katakanlah, ‘Siapakah yang menurunkan kitab Taurat yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia. Kamu jadikan kitab itu sebagai lembaran kertas yang bercerai-berai, kamu memperlihatkan sebahagian dan kamu menyembunyikan sebahagian besarnya. Padahal telah diajarkan kepadamu apa yang kamu dan bapa-bapa kamu tidak mengetahuinya?’ Katakanlah, ‘Allah SWT yang menurunkannya.’ Kemudian, sesudah kamu menyampaikan al-Quran kepada mereka, biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.”
(Surah al-An’am, ayat: 91)

Islam menolak al-Kitab sebagai Injil berdasarkan beberapa bukti. Antaranya ialah:

• Al-Kitab merupakan kitab yang ditulis oleh manusia seperti bagaimana yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.

“Maka kecelakaan yang besar bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakan, ‘Ini daripada Allah SWT, dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan yang sedikit daripada amalan itu.’ Maka kecelakaan besar bagi mereka atas setiap yang ditulis oleh tangan mereka sendiri dan kecelakaan besar bagi mereka atas setiap yang mereka kerjakan.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 79)

• Al-Kitab bukan Injil dan Taurat yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Musa dan Isa seperti yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah SWT atau yang berkata, ‘Telah diwahyukan kepada saya’, padahal tidak ada diwahyukan sesuatu pun kepadanya, dan orang yang berkata, ‘Saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah SWT…’ ”
(Surah al-An’am, ayat: 93)

• Penyusun lis al-Kitab telah menyembunyikan sebahagian ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah SWT seperti mana yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan setiap yang diturunkan oleh Allah SWT, iaitu Injil dan menjual dengan harga yang sedikit, maka mereka sebenarnya tidak menelan ke dalam perutnya melainkan api, dan Allah SWT tidak akan bercakap kepada mereka pada hari kiamat dan tidak akan menyucikan mereka dan memberikan mereka seksa yang amat pedih.”

(Surah al-Baqarah, ayat: 174)

• Kitab Taurat dan Injil yang diturunkan kepada Nabi Musa dan Isa telah diubahsuai oleh pengikut mereka seperti yang dinyatakan dalam maksud ayat di bawah ini.

“Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal sebahagian daripada mereka mendengar firman Allah SWT, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedangkan mereka mengetahui?”
(Surah al-Baqarah, ayat: 75)

6. Tidak ada manuskrip asal yang dapat membuktikan kesahihan al-Kitab sebagai Zabur, Taurat dan Injil yang diwahyukan kepada Nabi Mus dan kaumnya. Taurat telah diubah suai oleh pengikutnya seperti dinyatakan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, tulis oleh pengikut-pengikut Nabi Isa, pendeta dan penulis yang tidak dikenali. Firman Allah SWT,
“Ada di antara orang-orang Yahudi yang mengubah Taurat daripada maksud yang sebenar.”
(Surah An-Nisa', ayat: 46)
7. Kitab-kitab terdahulu diturunkan khas kepada umat tersebut pada tempat dan masa yang terhad. Selepas beberapa kurun Allah akan menghantar nabi yang lain untuk menyedarkan manusia yang semakin terpesong. Nab-nabi tersebut dilengkapkan dengan kedatangan nabi Muhammad yang membawa al-Quran. Maka ajaran nabi-nabi sebelumnya telah ditamatkan tempoh penggunaannya.

Kesimpulan
1. Umat Islam wajib beriman kepada al-Quran dan kitab Allah SWT yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi dan rasul sebelumnya. Allah SWT telah menurunkan Suhuf-suhuf dan kitab-kitab tersebut untuk dijadikan sebagai panduan oleh manusia supaya sentiasa berada dalam kebenaran. Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT sebagai kitab terakhir sekaligus penutup dan melengkapi kitab-kitab sebelumnya.
 
BERIMAN KEPADA ALLAH SWT

1. Definisi Iman
Iman berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab iaitu amina bermakna kepercayaan atau membenarkan. Mengikut syarak, iman bermakna membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lidah serta mengamalkan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW seperti di bawah.

Rasulullah SAW bersabda bahawa iman bukan dengan cita-cita dan perhiasan tetapi keyakinan dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.

(Dilaporkan daripada Al-Tarmizi)

Iman adalah mengakui hanya Allah SWT sebagai Tuhan yang menciptakan alam semesta dan menafikan tuhan-tuhan selain Allah. Orang-orang yang beriman menjadikan Allah sebagai keutamaan dalam hidupnya. Oleh itu orang beriman akan melakukan perkara yang diredai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Sekiranya terdapat dua perkara yang perlu dilakukan maka perintah Allah adalah keutamaan baginya.
2. Rukun Iman
Rukun iman merupakan asas keimanan seorang muslim. Setiap muslim wajib beriman kepada semua rukun tersebut supaya iman mereka menjadi sempurna. Orang-orang yang beriman kepada sebahagian rukun iman sahaja, maka orang tersebut tergolong dalam kumpulan orang-orang yang sesat. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman! Kekalkanlah keimananmu kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadanya. Maka, sesiapa yang ingkar kepada Allah SWT dan para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya serta hari akhirat, sesungguhnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang cukup jauh.”
(Surat An-Nisa’, ayat: 136)

Ayat di atas menerangkan tentang kepentingan beriman kepada semua rukun Iman. Perkara tersebut dipertegas dalam hadis di bawah,

Pada suatu hari seseorang yang berpakaian putih bertemu Rasulullah SAW dan bertanya tentang Islam, iman dan ihsan. Rasulullah SAW menjawab, "Iman adalah percaya kepada Allah SWT, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan Qada dan Qadar yang baik dan buruk daripada Allah SWT.
(Dilaporkan daripada Sahih Muslim)

Kesempurnaan iman hanya wujud apabila manusia percaya kepada semua rukun-rukun iman tersebut. Iman merupakan asas yang sangat penting untuk melahirkan muslim yang baik. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Bukanlah suatu kebaikan apabila menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat. Namun kebaikannya adalah beriman kepada Allah SWT, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada saudara mara, anak-anak yatim dan orang-orang miskin.”

(Surat al-Baqarah, ayat: 177)

Ayat di atas menceritakan tentang pentingnya keimanan sebagai asas seorang muslim orang yang mempunyai keimanan yang kuat lebih mudah mengamalkan perintah Allah SWT walaupun menghadapi cabaran yang hebat.
1. Beriman kepada Allah
Beriman kepada Allah SWT bermakna menyakini bahawa,
a. Allah SWT adalah Tuhan yang menjadikan alam semesta. Allah SWT sebagai pencipta dan pentadbir alam semesta mengetahui semua aktiviti di alam semesta. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Dan pada sisi Allah SWT-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia. Dia mengetahui semua yang terdapat di darat dan laut, dan tidak ada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan sebutir biji-pun tidak akan jatuh dalam kegelapan bumi, dan tidak ada sesuatu yang basah atau yang kering melainkan tertulis dalam kitab yang nyata iaitu Luh Mahfud.
(Surat al-An’am, ayat: 59)

Ayat di atas menerangkan bahawa setiap yang berlaku di alam semesta berada di bawah kawalan-Nya. Bahkan sehelai daun pun yang jatuh tetap di bawah pengawalan dan pentadbiran Allah SWT.

b. Allah SWT adalah satu-satunya Tuhan yang Maha Esa dan tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT. Allah berfirman dalam ayat berikut yang bermaksud,

Kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan
(Surah al-Fatihah, ayat 5)

c. Allah SWT mempunyai sifat sempurna dan Maha suci Allah SWT daripada sifat kekurangan. Allah berfirman dalam ayat berikut yang bermaksud,

3. Mengenali Sifat-sifat Allah SWT
Keimanan seseorang dapat ditingkatkan dengan memahami sifat-sifat Allah. Salah satu cara mengetahui sifat-sifat Allah SWT adalah dengan mengkaji makhluk ciptaan-Nya dan ajaran rasul-rasul seperti yang diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah SWT) untuk orang-orang yang beriman. Dan pada penciptaan kamu dan haiwan melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah SWT) untuk kaum yang meyakini.”
(Surah al-Jaathiyah, ayat: 3 hingga 4)

Apabila kita mengkaji ciptaan Allah SWT, maka kita akan mengetahui kesempurnaan ciptaan Allah SWT. Antara sifat-sifat utama Allah SWT dijelaskan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Katakanlah, ‘Dialah Allah SWT, Yang Maha Esa. Allah SWT adalah Tuhan yang tidak bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan; Tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”

(Surat al-Ikhlas, ayat: 1 hingga 4)

Ayat di atas menjelaskan bahawa sifat-sifat Allah SWT merupakan syarat utama pencipta. Sifat-sifat tersebut dijelaskan oleh Allah, sifat-sifat tersebut merupakan piawai untuk mengenali pencipta alam semesta yang sebenar. Jika sifat Tuhan diberikan oleh manusia, maka setiap manusia mendefinasikan sifat tuhan mengikut pengetahuan dan keinginan masing-masing.

Sifat-sifat di atas adalah syarat mutlak bagi pencipta, sungguhpun demikian Allah dilengkapi dengan sifat-sifat kesempurnaan yang lain. Sekiranya sembahan yang disembah tidak dapat menepati syarat di atas maka sembahan tersebut bukan pencipta alam semesta.

a. Allah SWT adalah Maha Esa. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Maka janganlah kamu mengadakan sekutu bagi Allah SWT, padahal kamu semua mengetahui bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa.”

(Surah al-Baqarah, ayat: 22)

b. Allah SWT mempunyai kuasa yang mutlak. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam, yang amat pemurah, lagi amat mengasihani.”

(Surah al-Fatihah, ayat: 1 hingga 3)

c. Allah SWT tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai ibu bapa. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Dan katakanlah, ‘Segala puji bagi Allah SWT yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan Dia tidak memerlukan penolong. Agungkan Dia dengan penghargaan yang sebesar-besarnya.’ ”
(Surah al-Israa', ayat: 111)

d. Hanya Allah SWT layak disembah. Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia, yang kekal hidup dan mentadbir semua makhluk-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 255)

e. Allah SWT tidak dapat dilihat. Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan tersebut dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-An'am, ayat: 103)

f. Tidak ada apapun yang setara dengan Allah SWT. Setiap imej yang difikirkan oleh minda manusia bukanlah Allah kerana Allah tidak serupa dengan makhluk. Oleh itu, manusia tidak dapat membayangkan rupa bentuk Allah. Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Engkaulah Tuhan yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, siang ke dalam malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup daripada benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati daripada benda yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada hisab.”

(Surah Ali-Imran, ayat: 27)

Pandangan al-Kitab tentang Allah SWT
Sebahagian ayat dalam al-Kitab yang masih kekal dengan mengajarkan sifat-sifat Allah SWT sama seperti ajaran Islam. Oleh itu, muslim tidak menolak ayat-ayat al-kitab yang tidak bercanggah al-Quran ataupun hadis .
a. Allah SWT Maha Esa
Yesus memberitahu umatnya bahawa Allah SWT bersifat Maha Esa seperti diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud.

Yesus menjawab, inilah perintah yang paling utama, Shama Israelu adonoi ilahaini adonoi ahud: ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan kita, dialah Tuhan yang esa.
(Buku Markus, Bab 12, ayat: 28 hingga 29)

Ayat di atas membuktikan bahawa Yesus mengajarkan umatnya bahawa Tuhan adalah Esa dan ayat tersebut menafikan Yesus sebagai tuhan seperti dakwaan orang-orang Kristian. Sekiranya Yesus adalah tuhan, maka Yesus akan berkata Tuhan kamu dan aku adalah tuhan yang satu. Namun sebaliknya, beliau berkata tuhan kita adalah tuhan yang Esa. ‘Kita’ dalam ayat di atas merujuk kepada Yesus dan pengikutnya.

b. Allah SWT merupakan pelindung bagi manusia. Al-Kitab melaporkan dalam ayat di bawah ini,

Allah SWT yang kekal menjadi pelindung kamu.
(Buku Deutronomy, Bab 33, ayat: 27)

c. Tuhan tidak dapat dilihat. Al-Kitab melaporkan dalam ayat di bawah ini bahawa,

“Kamu belum pernah mendengar suaranya atau melihat mukanya.”
(Buku Yohanes Bab 5, ayat: 37)

Ayat di atas menerangkan bahawa Tuhan tidak dapat dilihat dan tidak dapat didengar suara-Nya. Ayat ini bersesuaian dengan ayat di bawah ini yag bermaksud,

"Berkata Musa: "Ya Tuhan-ku, nampakkanlah (diri-Mu) kepadaku agar aku dapat melihat-Mu". Allah berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke gunung itu. Jika ia tetap berada di tempatnya nescaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhan-nya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh.."
(Surah al-A’raaf, ayat 143)

d. Jangan mensyirikkan Allah SWT. Al-kitab melaporkan dalam ayat di bawah ini bahawa,

“Akulah Tuhan, Allah SWT yang membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba. Jangan sembah tuhan-tuhan lain, sembahlah aku sahaja.”
(Buku Exodus, Bab 20, ayat: 2 hingga 3)

Ayat di atas menerangkan bahawa al-kitab juga melarang umatnya mensyirikkan Allah. Ayat ini bersesuaian dengan ayat di bawah ini yag bermaksud,

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.
(Surah an-Nisa, ayat 48)

e. Bertaubat untuk menghapuskan dosa
Kebanyakan penganut Kristian beriman bahawa Yesus adalah Tuhan, beliau mati disalib untuk menebus dosa manusia. Namun demikian, Yesus menafikan perkara tersebut dengan mengatakan bahawa dosa hanya diampuni apabila bertaubat. Sila rujuk ayat di bawah.

Sejak itu Yesus mula mengisytiharkan perkhabaran-Nya, "Bertaubatlah daripada dosa kamu, kerana tidak lama lagi Allah SWT akan memerintah!"

(Buku Matius, Bab 4, ayat: 17)

f. Allah SWT Maha Kuasa
Al-Kitab melaporkan dalam ayat di bawah ini,

….Aku akan pergi tetapi aku akan kembali kepada kamu. Jika aku mengasihi kamu, aku akan bersukacita kerana aku pergi kepada Bapa, kerana bapa lebih besar daripada aku.
(Buku Yohanes Bab 14, ayat: 28)

Pandangan Kitab agama Hindu tentang Allah SWT
a. Tuhan itu Esa
Penganut agama Hindu percaya bahawa tuhan adalah Esa. Namun begitu, mereka mengimejkan sifat-sifat tuhan ke dalam pelbagai bentuk imej seperti Brahma, Visnu dan Shiva, sedangkan amalan tersebut bercanggah dengan ayat di bawah ini.

Ekam evadvitiyam maknanya Tuhan adalah satu tidak ada dua.
(Chandogta Upanishad 6:2:1)

Tuhan yang digambarkan dalam kitab Hindu tidak mempunyai imej sebagaimana yang dilaporkan dalam ayat di bawah ini.

Na tasya pratima asti maknanya Ia tidak mempunyai imej.
(Yajurveda 32:3)

Dalam ayat yang lain kitab diterangkan ddi bawah ini yang bermaksud,

Ekam Brahm, divitiya naste neh na saste Kinchan Bhagwan ek hi hai dusara nahu hai, nahi hain nahi hai zara bhi nahi hai dengan makna hanya ada satu Tuhan, tidak ada dua dan dialah yang terakhir.
(Brahma Sutra)

Ayat di atas merupakan zikir-zikir yang diamalkan oleh penganut agama Hindu untuk memuji sifat tuhan. Doa tersebut hamper sama dengan zikir yang dibaca oleh muslim selepas habis solat.

b. Tidak ada yang serupa dengannya
Kitab agama Hindu juga memberitahu bahawa Tuhan tidak mempunyai ibu bapa seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini.

Na casya kascij janita na cadhipah maknanya Tuhan tidak mempunyai ibu bapa atau lebih besar daripadanya.
(Svetasvatara Upanishad 6:9)

Ayat ini selaras dengan ajaran Islam yang diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

Dia tidak melahirkan dan tidak dilahirkan
(Surah al-Ikhlas, ayat 4)

Prinsip ketuhanan dalam Hindu kadangkala disamakan dengan konsep ‘semua yang wujud adalah Tuhan’. Tuhan adalah segala - galanya, hanya sesuatu yang nyata dianggap wujud dan sesuatu yang tidak nyata dianggap tidak wujud. Prinsip ini juga sering disalahertikan dengan beranggapan bahawa alam semesta dan Tuhan adalah identical yang dikenali sebagai konsep Pantheisma iaitu percaya bahawa semua adalah tuhan. Fahaman ini telah meresap secara halus ke dalam kepercayaan umat Islam.

c. Tidak boleh menyekutukan Allah SWT
Agama Hindu juga melarang menyembah selain Allah seperti dilaporkan dalam ayat di bawah yang bermaksud,

Andhatama pravishanti ye asambhuti mupaste membawa maksud sesiapa yang menuju kegelapan adalah mereka yang menyembah asambuthi (alam).

(Yajurveda 40: 9)

Ayat di atas menjelaskan bahawa sesiapa yang menyembah alam atau ciptaan akan menuju kepada kegelapan. Larangan ini selaras dengan larangan dalam agama Islam yang dilaporkan dalam ayat yang bermaksud,

PERBINCANGAN
1. Betulkah Allah SWT itu wujud? Kalau wujud kenapa tidak nampak?
Kewujudan Allah SWT dapat dibuktikan dengan pelbagai cara. Sebahagian manusia memerlukan bukti saintifik dan logik terhadap kewujudan Allah SWT.
a. Kewujudan alam semesta membuktikan wujud pencipta
Pada suatu hari anda bersiar-siar bersama seorang kawan dalam hutan, anda dan kawan tersesat dalam hutan tersebut. Kemudian anda menemui sebuah rumah di tengah-tengah hutan, pintunya terbuka dan tersusun kemas di dalamnya. Lantai bersih, tingkap terbuka dan makanan terhidang di atas meja. Kemudian kawan anda mengatakan bahawa rumah tersebut tidak ada penghuni dan semua itu wujud secara semulajadi.
Anda tidak percaya dan menolak dakwaan tersebut. Sekiranya anda tidak dapat terima kewujudan perkara yang kecil seperti itu secara semula jadi, bagaimana pula anda boleh percaya bahawa dunia ini wujud secara semulajadi? Cakerawala yang tersusun kemas dan tidak pernah berlanggar antara satu dengan yang lainnya, mustahil tidak ada pencipta dan pentadbirnya.
Sedangkan kereta yang mempunyai pemandu sering berlanggar, apatah lagi planet-planet di bumi ini. Tanpa pentadbir planet-planet tersebut, akan berlanggar sesama sendiri. Hal ini membuktikan bahawa alam semesta dicipta dan ditadbir oleh pencipta iaitu Allah SWT.
Kebanyakan orang bukan Islam hanya berpegang kepada logik dan percaya kepada sesuatu yang dapat dilihat sahaja. Mereka tidak akan percaya kepada sesuatu yang tidak wujud atau tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Lebih-lebih lagi apabila perkara itu melibatkan hal yang berkaitan dengan agama. Namun begitu, mereka boleh mempercayai perkara tersebut apabila ia dihubungkaitkan atau dibuktikan dengan sains. Mereka mempercayai kewujudan oksigen walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana ia dapat dibuktikan secara saintifik.
b. Manusia tidak mempunyai kuasa menghalang kehendak pencipta
Setiap manusia mempunyai keinginan yang berbeza, sebahagian manusia lebih menyukai hujan dan sebahagian lagi lebih menyukai cuaca cerah. Namun demikian, tidak ada seorang pun yang dapat memilih keinginan masing-masing iaitu sama ada hujan atau matahari.
Manusia hanya mampu meramalkan cuaca tetapi tidak dapat mengawal fenomena tersebut kerana ia hanya bergantung kepada ketetapan pencipta. Fenomena ini dapat membuktikan bahawa terdapat kuasa tunggal yang mengatur alam semesta iaitu Allah SWT.
c. Manusia hanya berdoa dan mengadu kepada pencipta
Orang-orang yang tidak mempercayai kewujudan pencipta sekalipun akan memohon kepada pencipta semasa menghadapi kesakitan dan mengalami kesedihan, tidak kira sama ada dilakukan sendiri ataupun melalui orang lain. Mungkin orang tersebut tidak akan memohon sendiri kepada pencipta tetapi akan meminta orang lain yang melawatnya untuk mendoakan kesembuhan dan kegembiraan untuk dirinya. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri tetapi selepas Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia kembali ke jalan yang sesat, seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas, memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”
(Surah Yunus, ayat: 12)
Ayat di atas menjelaskan bahawa hanya Allah SWT sahaja tempat manusia bergantung terhadap perkara yang berlaku di bawah pentadbiran-Nya. Orang-orang yang beriman hanya bergantung kepada ketetapan Allah SWT selepas berusaha dengan bersungguh-sungguh. Jika keputusan yang diperolehi adalah buruk, maka ia akan diterima dengan hati yang tulus dan jika keputusan yang diperolehi adalah kejayaan, maka mereka akan mensyukurinya.
d. Manusia tidak dilengkapi dengan deria untuk melihat Allah
Mereka tidak mempercayai Allah SWT kerana Allah SWT tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Walau bagaimanapun, secara realitinya Allah SWT tetap wujud sungguhpun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hal ini bermakna Allah SWT mempunyai sifat yang berbeza dengan manusia. Manusia berada dalam ruang, masa dan jisim sedangkan Allah SWT berada di luar daripada masa, tempat dan jisim. Oleh itu, manusia tidak dapat melihat Allah.
Allah SWT tidak melengkapi manusia dengan deria untuk dapat melihat Allah SWT. Situasi ini juga boleh diibaratkan seperti sebuah pen yang tidak dapat melihat pembuatnya. Kenapa pen tidak dapat melihat orang yang menghasilkannya? Ini kerana pembuat pen itu tidak memberikan deria penglihatan kepada pen tersebut.
Sekiranya pen tersebut dilengkapi dengan deria untuk melihat tuannya, maka pen itu akan dapat melihat tuannya. Begitu juga manusia. Manusia tidak dapat melihat Allah SWT kerana Allah SWT tidak melengkapkan manusia dengan deria untuk melihat-Nya.
2. Kenapa Tuhan hanya satu?
a. Allah Maha Kuasa.
Kekuasaan Allah mencakupi seluruh alam semesta, Allah dapat mentadbir alam semesta tanpa memerlukan bantuan makhluk lain. Jika terdapat tuhan selain Allah maka menunjukkan kekuasaan terhad. Sekiranya pencipta lebih daripada satu, maka kehidupan ini akan menjadi huru-hara.
Setiap Tuhan mempunyai keinginan yang berbeza-beza dan setiap Tuhan berusaha melaksanakan keinginan masing-masing. Percenggahan keinginan akan menyebabkan dunia menjadi hancur. Perkara ini dilaporkan dalam ayat di bawah.
“Sekiranya di langit dan di bumi terdapat tuhan-tuhan selain Allah SWT, tentulah kedua-duanya akan binasa. Maka Maha Suci Allah SWT yang mempunyai Arasy daripada apa yang mereka sifatkan.”

(Surah al-Anbiya, ayat: 22)

Ayat di atas menjelaskan bahawa jika Allah SWT lebih daripada satu, maka setiap Tuhan mempunyai keinginan yang berbeza sehingga akan menimbulkan pergaduhan. Cuba bayangkan sebuah kapal terbang dipandu oleh dua juruterbang, apakah yang akan berlaku? Jawapannya, kapal tersebut akan jatuh.
b. Berlaku perebutan kekuasaan
Perumpamaan tersebut dapat diumpamakan sekiranya dunia ini ditadbir oleh Tuhan yang lebih daripada satu, pasti akan berlaku perbezaan pandangan dan perebutan kekuasaan untuk mentadbir mengikut keinginan masing-masing. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Allah SWT sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) berserta-Nya. Kalau ada tuhan berserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian daripada tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah SWT daripada apa yang mereka sifatkan itu.”
(Surah al-Mukminun, ayat: 91)

3. Adakah Islam melarang bukan Muslim menggunakan kalimah ‘Allah’?
Sebahagian ulama berpendapat bahawa penggunaan kalimah Allah SWT adalah harus dan sebahagian lagi mengatakan haram.
a. Bukan Muslim boleh menggunakan kalimah ‘Allah’
Keharusan penggunaan kalimah Allah SWT bagi orang bukan Islam adalah merujuk kepada ayat al-Quran di bawah ini yang bermaksud,

“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka, ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’ Tentu mereka akan menjawab, ‘Allah SWT.’ Katakanlah, ‘Segala puji bagi Allah SWT’. Namun begitu, kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.”
(Surah Luqman, ayat: 25)

Selain merujuk kepada ayat-ayat al-Quran, sejarah telah menunjukkan bahawa kalimah Allah telahpun wujud sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW. Ia dibuktikan dengan nama bapa Rasulullah iaitu Abdullah yang bermakna hamba Allah. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW juga, orang-orang Yahudi dan Nasrani menggunakan kalimah Allah. Orang Yahudi menyatakan Uzai itu anak Allah, manakala Nasrani menyatakan Jesus adalah anak Allah.

b. Bukan Muslim tidak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’
Kerajaan Malaysia tidak membenarkan bukan Muslim menggunakan kalimah Allah SWT kerana beberapa perkara. Antaranya ialah:

1. Perundangan Malaysia
Melalui sistem perundangan, mahkamah telah menetapkan hukum penggunaan kalimah Allah SWT hanya khas untuk orang muslim sahaja. Pakar dan ulama tidak mempunyai kebenaran untuk menetapkan hukum tentang keputusan tersebut. Walau bagaimanapun, pakar hukum-hakam Islam hanya berperanan sebagai golongan yang dirujuk untuk membuat keputusan tersebut.

2. Salah faham makna Tuhan dan Allah di Malaysia
Orang bukan Islam menganggap Allah dan Tuhan mempunyai makna yang sama, padahal Allah dan Tuhan mempunyai makna yang berbeza. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Tuhan adalah sesuatu yang dipuja oleh manusia yang beragama seperti dewa dan sebagainya.

Manakala Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa atau Tuhan Yang Esa. Kalimah Allah hanya digunakan khas kepada tuhan yang mempunyai sifat-sifat seperti diterangkan dalam ayat di bawah ini.

“Katakanlah Wahai Muhammad, ‘Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan. Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai atau setaranya dengan Dia.’ ”
(Surah al-Ikhlas, ayat: 1 hingga 4)

Jika orang bukan Islam memahami perbezaan di antara Tuhan dengan Allah, maka tidak timbul isu penuntutan penggunaan kalimah Allah dalam al-Kitab dan surat khabar harian Kristian berbahasa melayu Herald Newsweekly. Tidak menjadi permasalahan sekiranya orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam al-Kitab untuk merujuk kepada Allah yang mempunyai sifat seperti yang diterangkan dalam surah al-Ikhlas di atas. Kristian menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Yesus yang tidak mempunyai sifat-sifat Allah seperti diterangkan dalam ayat di atas.

3. Kerajaan Malaysia menyekat penggunaan kalimah Allah dalam al-Kitab dan Herald Newsweekly kerana mereka ingin menjaga keharmonian masyarakat Malaysia masyarakat muslim secara amnya belum bersedia untuk menerima penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam. Kerajaan risau jika diluluskan umat kristian menggunakan kalimah Allah akan berlaku kekacauan di antara muslim dengan kristian.

4. Kerajaan Malaysia mengguna pakai pandangan sebahagian pakar Islam yang mengatakan bahawa bukan Islam haram menggunakan kalimah Allah SWT. Beberapa sebab pengharaman kalimah Allah bagi bukan muslim ialah:
a. Nabi Muhammad SAW membersihkan sifat-sifat Allah daripada tuduhan orang-orang Yahudi dan Nasrani. Sebagaimana firman Allah di dalam al-Quran,

“Orang-orang Yahudi berkata, ‘Uzair itu putera Allah.’ Dan orang Nasrani berkata, ‘Al-Masih itu putra Allah.’ Demikian itulah ucapan yang keluar daripada mulut mereka. Mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu.”
(Surah at-Taubah, ayat: 30)

b. Kalimah Allah tidak pernah wujud dalam bahasa asal penulisan kitab Taurah dan al-Kitab. Kitab Taurah yang asal ditulis dalam bahasa Ibrani (Hebrew) manakala al-Kitab yang asal ditulis dalam bahasa Greek (Yunani). Dalam bahasa Ibrani dan Greek, tidak wujud kalimah Allah.

Dalam bahasa Ibrani, Tuhan ditulis dengan gelaran adalah Yahweh manakala dalam bahasa Greek tuhan digelar sebagai Theos. Tuhan yang sebenar yang disembah oleh orang Greek adalah Hotheos, manakala sembahan selain Allah SWT disebut sebagai Tontheos.

c. Kerajaan Malaysia hanya mengharamkan penggunaan kalimah Allah dalam penulisan rasmi seeprti surat kabar dan buku-buku yang diedarkan secara bebas. Kerajaan tidak melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan orang-orang kristian sendiri seperti di dalam gereja dan kalangan penganut kristian.

Penggunaan kalimah Allah dalam al-Kitab dan Herald Newsweekly dikhuatiri akan mengelirukan umat Islam terutama para remaja dan kanak-kanak Muslim yang belum mempunyai asas pemahaman Islam yang kuat. Sekiranya mereka terbaca kalimah Allah dalam al-Kitab atau Herald Newsweekly berbahasa Melayu, maka mereka akan keliru.

Penganut Kristian perlu membayangkan apa yang akan berlaku sekiranya semua Bible berbahasa Inggeris yang sudah lazim menggunakan God merujuk kepada Yesus ditukar kepada Allah?

Perkara tersebut akan mengelirukan penganut Kristian khasnya kalangan remaja dan kanak-kanak yang belum mempunyai asas Kristianiti yang kuat? Demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia, kerajaan mengambil langkah berhati-hati untuk menjaga kepentingan semua penganut agama dengan menyekat penggunaan kalimah Allah SWT dalam al-Kitab dan Herald Newsweekly.

d. Hujah yang menyatakan bahawa kalimah Allah telah wujud dalam al-Kitab (Bible berbahasa Melayu) dan al-Kitab al-Muqaddas (Bible terjemahan dalam bahasa Arab) sejak zaman dahulu ditolak kerana kalimah Allah yang digunakan dalam kitab tersebut merujuk kepada akidah Triniti (tiga dalam satu) iaitu Tuhan Bapa di syurga (Allah), Tuhan anak (Yesus) dan Ruhul Kudus. Kalimah Allah yang terdapat dalam al-Kitab bercanggah dengan sifat Allah SWT yang sebenar seperti yang diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Katakanlah Wahai Muhammad, ‘Dialah Allah SWT, Yang Maha Esa. Allah SWT adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan. Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai atau setaranya dengan Dia.’ ”
(Surah al-Ikhlas, ayat: 1 hingga 4)

e. Menjaga kesucian kalimah Allah dan sifat-Nya kerana penganut Kristian mempunyai kefahaman tentang kalimah Allah adalah berbeza dengan yang diterangkan oleh Allah dalam al-Quran. Kalimah Allah yang terdapat dalam al-Kitab dan Herald Newsweekly merujuk kepada Yesus sedangkan kalimah Allah yang diterangkan dalam al-Quran merujuk kepada kepada Allah yang mempunyai sifat seperti diterangkan dalam surah al-Ikhlas (ayat: 1 hingga 4).

f. Kalimah Allah mempunyai partikel “al” dan “ilah”, “al-ilah” merujuk kepada “The Only God” iaitu Keesaan Allah. Al-Ilah bermakna menafikan sembahan selain Allah sedangkan Kristian menyembah Tuhan selain Allah seperti Yesus dan Ruhul Kudus. Maka, kalimah Allah tidak layak digunakan dalam al-Kitab kerana telah terpesong daripada sifat Allah yang sebenar.

g. Kerajaan Malaysia merisaukan penganut Kristian akan menyebarkan ajaran Kristian kepada Muslim dengan menggunakan kalimah Allah dalam al-Kitab dan Herald Newsweekly sedangkan perkara ini bertentangan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada penganut Islam.

Kerisauan tersebut disebabkan kerana
a. Al-Kitab berbahasa Inggeris tidak menggunakan kalimah Allah seperti tuntutan dalam bahasa Melayu?
b. Kerajaan mempertikaikan mengapa Kristian menterjemahkan kalimah God dialih bahasa kepada bahasa Melayu menjadi Allah sedangkan kalimah yang patut diguna pakai adalah Tuhan. Penganut kristian mengatakan kalimah Allah adalah alih bahasa kepada God ke dalam bahasa Melayu.

Allah bukan merupakan perkataan dalam bahasa Melayu tetapi bahasa Arab. Allah tidak pernah dialih bahasa ke dalam bahasa apa pun kerana tidak ada kalimah yang layak menggantikan makna yang terkandung dalam kalimah Allah tersebut.

Oleh sebab itu, tidak ada satu bahasa pun yang mengalih bahasa kalimah Allah kepada bahasa selain bahasa Arab. Mengapa tiba-tiba penganut Kristian ingin menggunakan kalimah Allah dalam al-Kitab dan Herald Newsweekly? Jika tidak terdapat niat untuk menyebarkan agama kristian di kalangan Melayu Muslim.

5. Penolakan cendekiawan Kristian dalam penggunaan kalimah Allah.
Penulis buku “The Venture of Islam: Conscience and History in a World Civilization” iaitu Marshall G.S. Hodgson menolak penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian kerana kalimah Allah yang digunakan oleh Muslim merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh Muslim sahaja.

Pada Ogos 2007, Tiny Musken menyeru penganut Kristian untuk menggunakan kalimah Allah tetapi Mendapat bantahan daripada,

a. Penganut Kristian Protestan dan Roman Katolik, Presiden Liga Katolik bagi hak agama dan sivil dengan bunyinya seperti berikut.

“Bishop Martinus Tiny Muskens can pray to Allah all He wants, but only addlepated Catholics will follow his lead. It’s not good sign when members of the Catholics Hirarchy indulge in fawning exchange with Muslims, or those of any others religion.”

b. Pengerusi General Synod of Dutch protestan Church, Gerrit de Fijter juga menolak cadangan Muskens dengan berkata,

“I applaud every attempt to encourage dialogue with Muslim, but I doubt the sense of this Meneuver.”

c. Izzat Andrew (Penganut Kristian Koptik di Mesir) melalui artikel beliau berbahasa Arab yang bermakna Allah bukan Tuhan bagi agama Kristian dan Yahudi berkata,

“Kalimah Allah berasal daripada orang Jahiliah merujuk kepada Tuhan bulan. Ia tidak pernah wujud dalam kitab suci Yahudi dan Nasrani. Tuhan bagi agama Kristian adalah Elohim.”

Kesimpulan
1. Beriman bermakna menyakinkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT akan berusaha mencintai Allah SWT dengan melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
2. Sesiapa yang menyekutukan Allah SWT dengan ciptaan-Nya, bermakna mensyirikkan Allah SWT dan Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik tersebut.
 

Tinggalkan sebahagian ibadat derhakai Allah
    Dalam mengamalkan ajaran Islam, kita perlu melaksanakannya dengan sempurna. Kegagalan berbuat demikian akan dianggap sebagai tidak menghargai nikmat beragama yang paling bernilai dalam kehidupan kita.
    Anjuran kesempurnaan ini kita boleh fahami dalam pelbagai nas termasuklah melalui firman-Nya bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (Surah al-Baqarah, ayat 208)

    Namun, setiap kali datangnya Ramadan, seringkali kita dipaparkan mengenai kes tangkapan segelintir mereka yang tidak berpuasa.

    Misalnya baru-baru ini, seorang warga emas ditangkap kerana tanpa segan-silu bersarapan di khalayak ramai.

    Kita yang menyaksikannya pasti menggelengkan kepala kerana meluat, geram dan jijik dengan perbuatan itu. Mungkin juga kita pelik dan hairan dengan sikap mereka yang mengaku beragama Islam, namun tidak mahu berpuasa.

    Keingkaran menyempurnakan fardu puasa ini seolah-olah berita sensasi yang menjadi rutin biasa Ramadan, terutama apabila adanya tangkapan dibuat pihak berkuasa.

    Bagaimanapun, pelanggaran syariat secara terbuka bukan sahaja berlaku pada Ramadan.

    Orang melakukan maksiat bukan hanya golongan tidak berpuasa tanpa sebarang keuzuran, malah turut membabitkan mereka mengingkari ibadat lain.

    Justeru, kenapa kita hanya mengkhususkan tindakan itu kepada puasa sahaja? Kenapa tidak kepada ibadat lain seperti solat?

    Dewasa ini ada segelintir orang Islam yang sanggup meninggalkan solat secara terbuka. Lihat sahaja mereka yang terus-menerus leka dengan berniaga walaupun jemaah di masjid sedang melakukan solat Jumaat.

    Bahkan, yang menambahkan kehairanan kita ialah terdapatnya yang berpuasa pada Ramadan, tetapi tetap enggan melakukan solat atau sewenang-wenangnya meninggalkan solat ketika sibuk dengan urusan dunianya. Bukankah ini satu kepincangan dalam beragama?

    Antara faktor suasana ini berlaku disebabkan krisis kefahaman mengenai kesyumulan Islam. Kedangkalan ilmu dalam diri ditambah pula dengan sikap ego serta sombong akhirnya menjadikan golongan ini tetap serba salah dalam beragama.

    Faktor lain ialah adanya tanggapan bahawa ibadat tidak ubah seperti adat. Oleh kerana majoriti orang di sekelilingnya berpuasa, dia juga berpuasa. Jika ramai ke masjid bersolat hari raya, dia pun ikut sama, walhal sebelum itu langsung tidak dijejakinya.

    Sikap memilih-milih dalam beragama sebenarnya dibenci Allah. Golongan Yahudi yang beriman sebahagian ajaran dan menolak yang lain ditempelak Allah dalam firman-Nya bermaksud: “...sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (daripada isi) kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain?

    “Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu daripada antara kamu, selain daripada kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah, ayat 85)

    Walaupun ayat itu menggambarkan sikap golongan terdahulu, ia tetap menjadi pedoman bagi umat Islam kini. Ketahuilah, mengamalkan sebahagian daripada ajaran dan meninggalkan yang lain adalah penderhakaan kepada Allah.

    Pada zaman Saidina Abu Bakar RA, beliau berdepan dengan golongan yang enggan membayar zakat. Beliau berpendapat, mereka yang enggan membayar zakat terkeluar daripada Islam dan wajib diperangi.

    Pandangan beliau disanggah beberapa sahabat lain antaranya Saidina Umar al-Khattab RA. Namun, Abu Bakar memberikan penjelasan iaitu golongan terbabit walaupun masih melakukan solat, dikira murtad kerana menafikan satu daripada rukun Islam.

    Akhirnya, keputusan untuk memerangi golongan yang enggan membayar zakat itu dipersetujui dan menjadi ijmak sahabat. Demikian dalil betapa Islam wajib dipatuhi secara keseluruhan, bukannya memilih sebahagian disukai sahaja.

    Pada Ramadan ini, marilah kita bermuhasabah diri. Kita berharap agar puasa dan ibadat dilakukan diterima Allah. Namun, sebelum itu kita juga perlu menerima agama Allah secara keseluruhan dengan penuh reda.


    Penulis daripada Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Sdn Bhd
     
Mustafa Ahmad was tagged in Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff's photo. — with Punklima Raudhah Al-Hambra.
"Insyaallah,dengan pelaksanaan undang-undang ini,Tanggungjawab kepada Allah berjaya dilaksanakan"..

Sultan Hasanal Bolkiah.
Alhamdulillah..AllahuAkbar.

Tiada ulasan: