Khamis, 10 Oktober 2013

ISLAM MENGARISKAN PERKARA HARAM...HALAL...WAJIB...SUNAT...HARUS SERTA MAKRUH MAKA PATUHI....INSYAALLAH AKAN SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT

Catatan 022: Allah S.W.T. Menolak 1 Doa Dari 3 Doa Rasulullah S.A.W
Posted on Thursday, October 10 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :


Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?


Sumber: link

 Sistem Pendaftaran Pesakit di Malaysia Masih Ketinggalan Zaman!
Posted on Thursday, October 10 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Sistem Pendaftaran Pesakit di Malaysia Perlu Canggih Dan Efisen

Gambar Hiasan Pusat  Kesihatan Brunei
Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan satu konsep sistem baru Bru-HIMS (Maklumat Kesihatan dan Sistem Pengurusan) Satu Pesakit Satu Rekod di mana data perubatan pesakit direkodkan daripada semua hospital, perkhidmatan pesakit luar, pusat-pusat rawatan dan klinik kerajaan dikumpulkan ke dalam satu Rekod Elektronik pesakit. Setiap orang di negara ini akan mempunyai Rekod Elektronik pesakit yang mengandungi sejarah-sejarah perubatan yang komprehensif mereka termasuk maklumat mengenai ubat-ubatan yang diberikan dan pemeriksaan yang dilakukan.

Projek Bru-HIMS ialah projek ICT Kementerian Kesihatan di mana semua pengurusan data pesakit dikendalikan secara elektronik melalui penggunaan Rekod Elektronik Pesakit. Projek ini bukan sahaja akan menggantikan sistem-sistem berkomputer yang telah lalu tetapi juga ditambah lagi dengan sistem-sistem lain yang menjadikan Sistem Bru-HIMS sebagai sistem yang mengintigrasikan pengurusan maklumat-maklumat pesakit di perkhidmatan-perkhidmatan perubatan dan kesihatan.
Kalau dibandingkan dengan Brunei Darussalam nampaknya Malaysia agak ketinggalan dalam pengurusan data-data pesakit dan juga sistem pendaftaran di hospital-hospital kerajaan. Hampir semua hospital di Malaysia masih lagi mengguna cara lama dalam pengambilan data-data serta maklumat pesakit. Bukan saja  lambat dan kurang efisen tapi menyebabkan penyakit pesakit sukar dikesan pada peringkat awal.  Dengan adanya data dan maklumat yang lengkap akan memudahkan pihak hospital mengesan dan mengenal pasti penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Bukan itu saja bahkan orang awam tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan rawatan setelah segala maklumat mereka ada dalam sistem di talian.
Dengan adanya data dan maklumat yang lengkap tentang setiap pesakit, ini akan memudahkan pihak Kementerian Kesihatan mengesan serta memberi rawatan intensif kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan berdasarkan rekod yang diperolehi dari maklumat setiap pesakit.  Dengan adanya sistem data dalam talian, ini  akan memudahkan urusan pendaftaran serta pesakit akan mudah dirawat semasa berlaku kecemasan. Ini adalah salah satu cara terbaik dan lebih efisen bagi pihak kementerian kesihatan mengambil insentif dalam urusan pendaftaran orang awam yang memerlukan rawatan di hospital kerajaan atau swasta.
Kita mengesa kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan perlu menaik taraf cara pendaftaran pesakit dengan melaksanakan Sistem Maklumat Kesihatan dan Sistem Pengurusan yang berkonsepkan Satu Pesakit Satu Rekod seperti yang digunakan oleh kerajaan Brunei Darussalam.
Kita harap pihak Kementerian Kesihatan dapat mengkaji semula sistem pentadbiran dan dapat melaksanakan program yang bersistematik ini ke seluruh negara untuk memudahkan tugas kakitangan hospital dan orang awam dapat berurusan dengan cepat tanpa perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
Patient Registration System in Malaysia needs to be Sophisticated and Efficient
Brunei Darussalam has introduced a new system concept Bru-HIMS (Healthcare Information and Management Systems) One Patient One Record in which the patient's medical data recorded from all hospitals, outpatient services, treatment centers and government clinics are grouped into a single Electronic Patient Record. Every person in this country will have a Patient Electronic Records containing of their comprehensive medical history including information about medications given and screening done.
Bru-HIMS project is the Ministry of Health ICT projects in which all patient data management handled electronically through the use of Electronic Patient Record. This project will not only replace the computer systems of the past but also added with other systems that make system- Bru-HIMS as the integration of systems management in the patient information and medical services health.
Compared with Brunei Darussalam, Malaysia seems to lag behind in the patient data management and registration system in government hospitals. Almost all hospitals in Malaysia are still using the old way of taking data and patient information. Not only slow and less efficient but cause patient's illness is difficult to detect at an early stage. With the availability of complete data and information that will enable the hospital to detect and identify illnesses faced by the patients. Not only that but also people need not to queue to get treatment after all their information in the online system.
With the availability of complete data and information about each patient, this will enable the Ministry of Health to detect and provide intensive treatment to patients that require emergency treatment based on records obtained from each patient's information. With the availability of online data system, this will facilitate patient registration and easily treated during emergency. This is one of the best and more efficient way for the ministry of health to take the incentives in the public registration who need treatment in government hospitals or private.
We urge the Malaysian government through the Ministry of Health need to upgrade the way of patient enrollment by implementing Health Information Systems and Management Systems concept of One Patient One Record as used by the government of Brunei Darussalam.
We hope the Ministry of Health can review the administrative system and to implement a systematic program to the rest of the country to facilitate the work of the hospital staff and the public can deal quickly without having to wait too long to seek treatment.


Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief
http://pas-miri.blogspot.com


 Kenapa kerajaan secara senyap memberi keutamaan pada golongan foreigner?
Posted on Thursday, October 10 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Kenapa kerajaan secara senyap memberi keutamaan pada golongan foreigner dan rakyat profesional yg bekerja di luar negara (Program bawak balik diorg keja sini). Import duty, Tax dan lain2 di KECUALIKAN????????? habis tu rakyat macam kita ni tak ada hak ke untuk beli kereta berjenama mcm tu tanpa cukai2 tersebut?

Itu menunjukkan sebenarnya HARGA kereta di malaysia dah memang WAJIB di turunkan TANPA alasan apa sekali pun..sebab apa? sebab sesetengah "rakyat elit" di benarkan cuma di sebabkan mereka "mengadu" tak mahu pulang sebab tak boleh pakai Audi, Volkswagen dan lain2???

Minta comment dan utarakan isu ini di dunia siber..
http://www.volkswagen.com.my/en/sales---service/MM2H-REP-PROGRAMME.html


  Tahan Anggota PSM Bawah EO, Kerajaan Mengaku Salah
Posted on Thursday, October 10 @ 00:55:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Hari ini satu keputusan bersejarah telah dicatatkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimana Kerajaan Malaysia setuju membayar gantirugi sebanyak RM 200,000 sebagai penyelesaian penahanan 6 orang pemimpin PSM pada tahun 2011.

Pagi ini Kerajaan Malaysia telah mengaku salah apabila bersetuju membayar RM 200,000 sebagai ganti rugi pada 6 orang pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang telah di tahan oleh Polis DiRaja Malaysia daripada 25/6/2011 hingga 29/7/2011. Enam orang PSM ini yang dikenali sebagai EO6 ialah:-

  1. M.Saraswathy –Timbalan Pengerusi PSM
  2. Dr. Jeyakumar- Ahli Parlimen PSM dan JK Pusat
  3. M.Sugumaran – Ahli JK Pusat
  4. Choo Chon Kai-Ahli JK Pusat
  5. A.Letchumanan – SU Cawangan Sungai Siput
  6. Sarat Babu – Ahli Cawangan PSM Bercham
Ditangkap Polis pada 25/6/2011 kerana "disyaki" membawa senjata dalam bas mereka. Pada 26/6/2011 mereka direman 7 hari untuk disiasat bawah Seksyen 122 Kanun Seksaan iaitu "mengumpul orang dan senjata untuk berperang dengan Yang Di Pertuan Agung". Pada 2/7/2011 mereka 6 dilepaskan tetapi ditangkap sekali lagi di bawah Ordinan Darurat (Emergency Ordinance ataupun EO) kerana kononkan merupakan penggerak utama Bersih II.

EO6 telah menfailkan kes terhadap Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan 79 anggota polis yang lain pada 23 Mac 2012. Tuntutan PSM EO6 di Mahkamah adalah satu penghakiman penahanan EO6 adalah salah di sisi undang dan merupakan satu salahguna kuasa polis. Selain daripada deklarasi Mahkamah, EO6 juga memohon ganti rugi yang setimpal seperti dipertimbangkan oleh Mahkamah. Tujuan PSM dalam menfailkan kes ini adalah untuk mendedahkan kesalahgunaan kuasa pihak polis dan untuk membendungnya.




Kenyataan saksi ke enam orang telahpun difailkan dan antara isu-isu pokok yang dipersoalkan adalah
- Siapakah pihak yang memberi makluman salah terhadap tomahan senjata di dalam bas kami? Adakah pihak itu disiasat oleh polis dan diambil tindakan?

- Siapakah yang mencipya tuduhan bahawa kami berhasrat berperang dengan Yang Di Pertuan Agung? Adakah pihak itu diambil tindakan?

- Siapakah pihak yang berputus menahankan kami di bawah EO?
Selepas meneliti fakta kes, dan ambil kenyataan pegawai-pegawai polis yang terlibat, Peguam Persekutuan Kanan Puan Siti Badariah telah menawarkan penyelesaian di mana Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membayar RM 200,000 sebagai ganti rugi kepada EO6. Dengan bersetuju membayar gantirugi dan membuat pengakuan ini di mahkamah terbuka, PSM berpendirian bahawa Kerajaan Malaysia bersetuju bahawa mereka bertanggungjawab dan bersetuju membayar bayaran gantirugi.

EO6 dinasihatkan oleh peguam kita bahawa istilah "ganti rugi"membawa makna bahawa Kerajaan mengaku salah dalam perkara ini. Ertinya, tuntutan kami melalui kes telahpun dipersetujui oleh Kerajaan.

Oleh itu, EO6 dan PSM setuju untuk merekodkan Persetujuan Bersama (Consent Judgement) di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Dato Hue Siew Kheng di mana Kerajaan Malaysia dan 6 orang anggota polis yang menangkap kami pada 2/7/2011 di bawah Undang-undang EO akan membayar kami RM 200,000 sebagai ganti rugi.

Episod E06 mengajar kita bahawa segala undang-undang tanpa bicara boleh disalahgunakan dan mesti dihapuskan. PSM mendesak bahawa undang-undang baru yang ingin diperkenalkan dibawah CPA adalah satu lagi undang-undang tanpa bicara boleh disalahgunakan dan perlu ditentang habis-habisan kerana ia bertentangan dengan

Di sini PSM, ingin mengucap terima kasih kepada peguam-peguam kami yang diketuai oleh Sdr Edmund Bon dan Sdr Yudistra atas kerelaan mereka menghadapkan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara ke Mahkamah. Kami juga ingin mengucap beribuan terima kasih pada semua rakyat Malaysia yang berani keluar untuk membantah penahanan EO6 tanpa bicara pada Julai 2011. Bila rakyat bersatu, tiada kuasa yang boleh merampas hak asasi kita!

Kenyataan dibuat oleh

Dr. Jeyakumar
Ahli JK Pusat PSM mewakili
6 tahanan E06
0195616807

kedahkini


 BIL RM6K : 400 MACAI UMNO MAKAN MAKANAN UNTUK 600 ORANG...!!!
Posted on Wednesday, October 09 @ 23:08:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering

400 orang macai-macai UMNO, mentekedarah sarapan yang disediakan bagi 600 orang, menurut tuan kedai..

Ini perkara biasa ni.. kalau korang tengok macai-macai UMNO ni kalau boleh mentekedarah free depa kalau boleh nak makan dalam talam.. maksud aku sorang setalam bukan sepinggan.

Dikenakan bayaran RM5,500 tapi macam biasalah macai UMNO ni mark-up tu dah jadi SOP depa.. resit ditulis RM6,000.. makan dapat untung lagi RM500.

RM5,500 bahagi 400 orang... seorang baru dikenakan RM13.75... alahai yang tu pun nak bising?











































Mari Tonton Video Pendedahan Kak Yah
http://www.youtube.com/watch?v=-RSdf7RldsQ&feature=player_embedded

sumber : Rakyat Marhein


 Kenapa Kedai Daun Pisang Caj RM6,000 Untuk Sarapan Pagi?.. Ini Penjelasannya.. (video Inside)
Posted on Thursday, October 10 @ 00:27:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh AnakSgDerhaka

Dalam masa 24 jam, sehari selepas Sinar Harian melaporkan tentang sebuah kedai makan yang mengenakan bayaran RM6,000 bagi sarapan pagi sekumpulan VIP (sebenarnya macai-macai UMNO), Restoran tersebut telah diserbu Penguatkuasa PDNKK.

Restoran yang terletak di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, Kelantan itu, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK)dan di kompaun RM175,000. Baca laporannya ini..

Serbuan tersebut dilancarkan sepantas kilat oleh Penguatkuasa PDNKK berdasarkan laporan Sinar Harian itu..

Baca laporannya ini..

Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.

“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.

"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.

Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000.

Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.

“Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun.

“Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan,” katanya.

Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan.

Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

“Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan.

“Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi,” katanya.

Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000.

“Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal.

“Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu.

"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya. -SinarHarian
Berikut adalah penjelasan dari pemilik kedai mengenai caj yang dikenakannya itu dan dalam masa yang sama juga jawapan mengapa Penguatkuasa PDNKK bertindak sepantas kilat terdedah..




400 orang macai-macai UMNO, mentekedarah sarapan yang disediakan bagi 600 orang, menurut tuan kedai..

Ini perkara biasa ni.. kalau korang tengok macai-macai UMNO ni kalau boleh mentekedarah free depa kalau boleh nak makan dalam talam.. maksud aku sorang setalam bukan sepinggan.

Dikenakan bayaran RM5,500 tapi macam biasalah macai UMNO ni mark-up tu dah jadi SOP depa.. resit ditulis RM6,000.. makan dapat untung lagi RM500.

RM5,500 bahagi 400 orang... seorang baru dikenakan RM13.75... alahai yang tu pun nak bising?


Ini videonya...



darisungaiderhaka.blogspot.com



[GAMBAR] 3 Penyamun Mati Ditembak Berdekatan Plaza Tol Sentul Pasar [SAKSIKAN..]
Posted on Thursday, October 10 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: matuse68

"

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki suspek samun seorang wanita mati ditembak sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor berdekatan Plaza Tol Sentul Pasar, di sini, jam 3 petang tadi.

Empat jam sebelum kejadian, suspek dipercayai menyamun seorang wanita berusia 39 tahun di depan sebuah bank di Bayu Perdana, Klang Selatan, dekat sini, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.





Bagaimanapun, kejadian itu disedari sepasukan anggota yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu dan mengejar suspek sehingga ke Plaza Tol Sentul Pasar sebelum berlaku tembak-menembak.

[Baca Seterusnya...]"


Tiada ulasan: