Wanita Umno tidak mampu berubah
Harakahdaily, | 13 Okt 2013 |
Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail apa yang dikehendaki rakyat supaya parti yang memerintah Malaysia itu melakukan perubahan yang berani, menggantikan kepimpinan yang terpalit dengan korupsi dan nepotisme.
Katanya, Wanita Umno adalah parti yang berpegang pada pemikiran lama dan jumud yang hanya bernilai dalam agenda tanpa perubahan, dengan para pemimpin yang ingin kekal berkuasa dulu, kini dan selamanya untuk menentukan perolehan habuan seperti NFC dan Awan Megah.
“Dengan keputusan pemilihan hari ini, Wanita Umno yang tinggal sekelumit saja harapan, telah terkubur sama sekali dari menjadi sebuah entiti yang boleh dirujuki dan diharapkan untuk menjadikan kenyataan agenda perubahan yang hakiki ke arah mencapai idealisme politik nilai yang menghasilkan keselamatan, keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat jelata khususnya wanita.
“Wanita Umno tidak boleh berubah,” tegasnya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada Shahrizat yang mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan sayap parti itu yang diadakan serentak di seluruh negara semalam.
Kalau tiada perubahan, tunggu sahaja saat kematian
Aspan Alias, | 13 Okt 2013 |
Kemenangan Khairy Jamaludin merupakan satu perkara yang baik dan ini sahajalah satu kejadian yang sangat jarang dan payah terlihat di dalam UMNO itu. Kemenangan Khairy macam mana positif pun kepada UMNO ia tidaklah boleh menjamin transformasi itu akan berlaku.
Transformasi dalam kontek penyelesaian UMNO memerlukan pucuk pimpinan UMNO berkorban untuk memastikan transformasi itu boleh dilaksanakan, kerana penyebab yang mendesak dilakukan transformasi itu adalah hasil kesalahan mereka juga. Pelaku-pelaku kepada kesalahan terhadap negara itu tidak mungkin boleh melakukan transformasi itu.
Itu sebabnya dalam posting semalam saya menyatakan yang tugas dan tanggungjawab Khairy amat berat, malahan lebih berat dari tanggungjawab pemimpin yang lain dalam UMNO itu yang sudah pasti akan terus menghalang apa-apa kemajuan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO itu. Malahan, Khairy terpaksa berhadapan dengan masalah barisan kepimpinan Pemuda (Exco) yang ada bersama beliau itu. Khairy akan menghadapi masalah memberikan kefahaman dan semangat untuk perubahan yang perlu dilakukan dan yang perlu dipelopori oleh pemuda itu sendiri.
Sebelum Khairy memberikan dan menyuntikkan semangat untuk melakukan perubahan itu Khairy sendiri mesti terlebih dahulu tahu apa yang hendak diubah itu. Dan sebelum memutuskan apa yang hendak diubah dan diselesaikan itu, Khairy perlu tahu apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh kepimpinan negara kita. Hanya apabila sudah difahami segala apa masalah yang ada yang perlu diselesaikan, barulah Khairy boleh menentukan arah dan cara untuk melakukan perubahan itu.
Kita semua faham yang masalah yang dihadapi oleh pimpinan UMNO itu melibatkan masa depan negara dan tentulah masalah yang hendak difahami itu mesti berkait dengan masalah negara dan rakyat. Negara sedang berhadapan dengan masalah yang besar dan kalau difikirkan dengan halus-halusan masalah yang wujud itu adalah ‘beyond computation’ dan bukannya isu yang semudah ABC untuk penyelesaiannya.
Khairy mesti faham untuk melakukan perubahan ini beliau perlu mencari pihak yang boleh memberikan jalan dan semangat untuk perubahan itu. Secara lojiknya beliau perlu mentelaah segala masalah dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO, tetapi ini juga menjadi masalah kepada Khairy. Masalah yang wujud pada hari ini adalah dihasilkan oleh pucuk pimpinan dan pemimpin-pemimpin yang lebih ‘senior’ dari beliau sendiri. Bagaimana orang yang membawa masalah kepada kepimpinan negara itu boleh dibawa untuk melakukan perubahan?
Masalah yang Pemuda mesti fahami ialah krisis keyakinan yang tidak ada tolok bandingnya terhadap kepimpinan negara. Apa sahaja yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tidak diyakini oleh semua pihak. Rakyat yang sedang merasakan keperitan hidup hasil dari kenaikkan harga barangan makanan dan perkhidmatan bukan isu kecil. Rakyat kecewa, walaupun ada terasa yang pimpinan hari ini tidak berkemampuan untuk membendung cabaran zaman ini. Rakyat masih memberikan kepercayaan untuk mentadbir negara dengan janji-janji yang manis beserta dengan permohonan maaf dan berbagai-bagai lagi pendekatan palsu yang dilakukan oleh pimpinan sebelum pilihanraya yang lalu. Akhirnya apa yang dirasakan sebelum memberikan mandat itu benar-benar berlaku dan rakyat sedang menghadapi kesusahan hasil dari kepercayaan mereka terhadap kepimpinan negara sekarang ini.
Jika Khairy benar-benar mahu menjadi pemimpin masa depan, beliau wajar melakukan tindakan yang pernah dilakukan sebelum ini. Yang wajar dilakukan ialah mencari sesiapa yang benar-benar mempunyai roh perjuangan UMNO dan yang telah banyak memberikan jasa kepada negara dan UMNO bagi mencapai matlamat perubahan sebenar. Cara untuk membetulkan permasalahan ialah dengan tindakan drastik tanpa takut dan silu.
Sebagai pemimpin muda Khairy wajar berani kerana sesiapa yang berani bertindak lain dari yang lain untuk kebenaran, maka dialah yang akan menjadi pimpinan utama di masa depan.
Jika Khairy mengambilnya sebagai cabaran untuk membetulkan dan memperkasakan UMNO itu, ia merupakan satu tugas yang teramat berat. Tetapi jika beliau mengambilnya untuk mendapat kedudukan dan ‘glamour’ hidup seperti pemimpin-pemimpin Pemuda dan UMNO yang lazim kita lihat, maka ia bukanlah tugas yang susah.
Jika politiking peribadi adalah pilihan Khairy, apa yang perlu beliau lakukan, hanya bermain politik ‘kau sokong aku, aku sokong kau’ atau bak kata Najib sebelum pilihanraya dahulu kepada orang Cina, ‘lu tolong gua, gua tolong lu’.
UMNO akan terus bermasalah sementara menunggu mati. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Penjelasan RM6,000 untuk sarapan pagi, terhangat
Harakahdaily, | 13 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: “Kenapa
RM6,000 untuk sarapan pagi, ini penjelasannya” menjadi artikel pilihan
pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-40, 2013.
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menyerbu restoran di Kelantan tersebut, dikenakan kompaun tetapi tak dinyatakan jumlahnya, tanpa mengetahui asal usul belakang cerita bagaimana RM6,000 dikaitkan dengan para peserta rombongan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.
Di tempat kedua dan ketiga pula ialah artikel bertajuk “Apa kata pengkagum Mahathir dengan gambar ini” dan “Ustaz Azizan dari kacamata Daim Zainuddin”.
Berikut ialah 10 artikel pilihan pembaca Harakahdaily bagi minggu 6 hingga 10 Oktobee.
1 Kenapa RM6,000 untuk sarapan pagi, ini penjelasannya
2 Apa kata pengkagum Mahathir dengan gambar ini
3 Ustaz Azizan dari kacamata Daim Zainuddin
4 Wanita tak tutup aurat boleh menangis baca ini (gambar)
5 Bil sarapan pagi 6k?
6 Banglo RM7.2 juta: Terima kasih Nora Danish
7 Kata Rosmah anak Permata Negara, beginikah cara digilap?
8 Doktor ala ‘Predator’ buat laporan polis, terhangat
9 Macam tak percaya je...
10 Straits Times Singapura takjub dengan "Negeri Melayu" Kelantan

Cakna Palestin kumpul RM100,000 anjur korban di Palestin
Aslani M, | 13 Okt 2013 |
Dan sempena Hari Raya Korban tahun ini, Cakna Palestin akan menganjurkan program korban bersama rakyat Palestin di Gaza yang melibatkan lima lembu dan 23 ekor kambing.
Presiden Cakna Palestin, Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa berkata, program tersebut membabitkan bantuan yang dikumpul sebanyak RM100,000 diadakan dengan kerjasama beberapa NGO di Palestin.
NGO terbabit iaitu Sawead Association For Relief & Development (SARD), Ar Rahma Charitty Association (Ar Rahman) dan Amaar For Development & Rehabilition (Emaar).
Program korban diadakan di daerah Khan Yunis, Fafah, Dar Al-Balah, Bayt Hanun dan Bayt Lahiya.
“Program korban di Palestin merupakan tahun keempat dianjurkan Cakna Palestin bersama rakyat Malaysia yang prihatin berkongsi penderitaan dengan mereka,” kata Sharafi.
Seekor lembu di Gaza berharga RM9,800 dan kambing pula RM1,500. Haiwan tersebut terpaksa dibawa masuk luar.
Menurutnya Hari Raya Aidiladha merupakan masa dinanti-nantikan penduduk Gaza untuk menikmati daging lembu atau kambing yang hanya dapat dinikmati setahun sekali.
“Cakna Palestin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada dermawan yang menyumbang bantuan menjayakan program berkenaan,” ujarnya.
Sharafi juga berkata, pergolakan di Mesir dan Syria menenggelamkan berita-berita penderitaan rakyat di Palestin yang menjadi mangsa kepada kerangkusan Zionis Israel.
Menurutnya penutup pintu sempadan di Rafah dan kemusnahan terowong bawah tanah dilakukan tentera kudeta Mesir menyukarkan bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas dibawa ke Gaza.
Selain bantuan korban, Cakna Palestin juga melaksanakan pelbagai program kemanusiaan di Gaza termasuk membina musalla membabitkan kos kira-kira RM19,200 di Khan Younis.
Musalla tersebut juga dijadikan tempat kanak-kanak belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti lain. Sejak Oktober 2012 Cakna Palestin turut membantu membina lima masjid di Gaza.
Oleh itu mereka yang berminat menjayakan program berkenaan boleh menyumbang kepada Cakna Palestin melalui akaun 0301 8010 1229 39 (Bank Islam), 0301 0000 9051 07 (CIMB), 5530 3803 3881 (Maybank) dan 3988 9949 14 (Public Bank).
Boleh juga dihubungi melalui caknapalestin@gmail.com dan http://www.caknapalestin.blogspot.com/ atau 09 748 8442 atau 013 962 6779.
Kenapa HEP tidak layak kendali PRK
Ahmad Lutfi Othman, | 13 Okt 2013 |
Elit pemerintah, apatah yang sudah begitu lama "berkuku", terutama yang bergelumang dengan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa, malah menerajui takhta secara zalim dan menindas, tentu akan berusaha sedaya mungkin mempertahankan singgahsana dengan apa kaedah jua.
Biarpun siri perhimpunan dan perarakan tunjuk perasaan menuntut pilihan raya bersih sudah diatur sejak lebih lima tahun lalu dan dihadiri ratusan ribu orang menghantar mesej jelas, namun sistem yang pincang-tempang itu tetap diteruskan.
Sekurang-kurangnya kita dapat memahami apa yang berlaku. Ya, begitu dahsyatnya tarikan kuasa sehingga penyandang bermati-matian mengeksploitasi dan memanipulasi apa jua kemudahan kerajaan, media dan wang.
Peralihan tampuk pemerintahan, terutama di peringkat persekutuan, bukan saja membuka laluan untuk perubahan dan reformasi lebih menyeluruh, malah mungkin akan mengheret bekas pemimpin yang ditolak rakyat ke muka pengadilan, selain hilang segala keistimewaan dan kekebalan.
Tetapi saya agak kebingungan dengan situasi di IPTA, yang bakal melangsungkan pilihan raya kampus (PRK). Perkembangan demokrasi di universiti tempatan, khususnya dalam proses pemilihan majlis perwakilan pelajar, rupanya lebih tragis dan buruk berbanding suasana pilihan raya umum. Tiada istilah "padang permainan sama rata".
Pertama, tarikh PRK semacam menjadi misteri dan teka-teki. Begitu payah sekali pihak universiti (Hal Ehwal Pelajar) untuk membuat pengumuman awal. Dan apabila diisytiharkan, selalunya tarikh yang dipilih itu cuba memerangkap mahasiswa yang tidak cenderung kepada Umno-BN (Pro-Mahasiswa).
Manakala tempoh berkempen singkat sekali, mengambil kira helah cuti hujung minggu (terbaru di UKM, cuti Aidiladha) dan kesukaran calon memasuki kolej-kolej kediaman untuk bertemu pelajar. Tegasnya, Pro-M mahu diasak bertanding dalam keadaan tidak bersedia; ibarat kaki dan tangan diikat, seterusnya diajak bertinju!
(Di UKM, pengumuman tarikh PRK dibuat pada 11 Oktober ketika pelajar sudah mula pulang ke kampung untuk bercuti sehingga 16 Oktober sempena Aidiladha. Malah setiap calon bertanding mesti mempunyai sijil Bengkel Kepimpinan Pelajar HEP sedangkan bengkel tersebut hanya diadakan sebaik habis cuti iaitu 17 Oktober manakala keesokannya sudah penamaan calon).
Kedua -- sebenarnya inilah yang lebih utama -- pihak HEP yang sepatutnya bertindak bebas dan adil sebagai pengendali PRK, bukan sahaja mengambil sikap memihak atau pilih kasih, iaitu untuk memberi kemenangan mudah kepada kumpulan Aspirasi pro-Umno, malah berkomplot menyekat peluang Pro-M.
Lapan tahun dulu, saya pernah mendedahkan konspirasi HEP dengan Aspirasi, yang mengadakan mesyuarat mingguan di Ibu Pejabat Umno, di PWTC, melibatkan Timbalan-timbalan Naib Canselor HEP IPTA seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak, yang turut dihadiri sayap parti komponen BN, misalnya Puteri Umno dan Pemuda MCA. Ada kalanya pertemuan sulit itu dipengerusikan wakil Pemuda Umno!
Bayangkan, mesyuarat yang sering diketuai Menteri Pengajian Tinggi, dengan kehadiran TNC HEP dan wakil Aspirasi setiap universiti, membincangkan bagaimana kaedah terbaik untuk mengalahkan kumpulan pelajar yang lain, termasuk meminda peraturan PRK, bagi menutup potensi mahasiswa yang dilihat propembangkang.
Tahun lalu, terdedah Ops 2020, yang juga melibatkan HEP, Umno, Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri dan agensi kerajaan yang lain, bagi memastikan semua 20 IPTA dikuasai pelajar Aspirasi. Pelbagai taktik licik dibincangkan untuk mencapai target yang disasarkan.
Dan baru-baru ini, terbongkar satu lagi komplot jahat yang sama, turut membabitkan TNC HEP, khususnya di Universiti Malaya, melalui kursus pemantapan jentera dan calon PRK, di Melaka (cadangan awalnya di Negeri Sembilan) pada 18-20 September, membincangkan kaedah untuk mempertahankan penguasaan Aspirasi di universiti tertua itu.
Beberapa makalah diedarkan dalam kursus tersebut, antaranya bertajuk "Kenapa belia perlu tolak Pakatan Rakyat", "Akujanji Barisan Nasional adalah Islamik", dan "50 Dalil kenapa DAP mesti ditolak umat Islam".
Sekiranya kursus itu dianjurkan Umno, malah dirasmikan Presidennya, Najib Razak sekalipun, kita dapat menerimanya dengan senang hati. Ya, apa salahnya kalau Umno-BN, ataupun PAS, KeADILan dan DAP mahu menyediakan kursus buat kader-kader mereka di universiti; silakan ....
Isu besar di sini ialah pembabitan proaktif HEP dan Kementerian Pendidikan -- yang seharusnya bertindak bebas-adil sebagai pengendali PRK -- berkomplot bersama satu kumpulan pelajar (Aspirasi) bagi mengalahkan saingan mereka (Pro-M), dengan perbelanjaan dana awam, yang juga disokong dekan fakulti masing-masing.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang hebat dikritik Bersih itu pun tidak seburuk HEP dalam mengendalikan pilihan raya umum, 'kan? Lebih pelik, saban tahun Umno mendakwa hampir semua IPTA dikuasai Aspirasi kecuali beberapa kampus di Lembah Klang, misalnya UIAM, UKM dan UM. Biarkanlah pelajar bebas bereksperimen menentukan pemimpin yang dipilih. Lagi pun, apalah kuasa-pengaruh Pro-M jika mereka menang pun?
Saya amat menyokong gesaan rakan-rakan Pro-M, khususnya Presiden Gamis, Azan Safar, supaya HEP yang terjejas teruk kewibawaannya itu tidak lagi mengendalikan PRK. Sudah banyak bukti HEP mengkhianati amanah sebagai badan bebas, malah menggalakkan perpecahan di kampus.
"Saya cadang agar mahasiswa yang uruskan pilihan raya mereka sendiri. Tak susah, buka borang permohonan, adakan kursus pengurusan pilihan raya, pilih sukarelawan di kalangan mahasiswa dan HEP boleh menjadi pengurus kepada bahagian-bahagian teknikal dan logistik, selain sekadar pemantau daripada luar," kata Azan, sambil mengalu-alukan pemantauan badan luar.
Dan Presiden Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM), Razif Ahmad membuat kesimpulan yang baik tentang situasi di kampus-kampus tempatan hari ini: "Saya hendak rakyat di luar sana sedar kerja HEP universiti setiap hari membunuh intelektualisme dan kepimpinan yang menjadi harapan kepada Malaysia pada masa depan."
-- lutfi_detik@yahoo.com
Firma audit antarabangsa dedah rasuah negara makin buruk
Harakahdaily, | 13 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR:
Tinjauan terkini Ernest & Young’s di kalangan eksekutif perniagaan
di negara ini mendapati Malaysia dihinggapi wabak rasuah yang berleluasa
dan semakin meningkat.
Malah tinjauan firma perunding antarabangsa ini disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendedahkan amalan boros dan penyelewengan membabitkan kos berbilion ringgit dalam agensi kerajaan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Menurut Guan Eng, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming ketika mengkaji laporan Ketua Audit Negara 2012 menganggarkan RM 6.5 bilion wang negara terbabit dalam 64 kes urusan meragukan.
“Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menimbulkan masalah yang berulang saban tahun berhubung perbelanjaan yang berlebihan, kurang penggunaan, sub-standard atau pembayaran melebihi harga pasaran dalam perolehan tugas, barangan dan perkhidmatan (agensi kerajaan),” ujar Guan Eng.
Antaranya pembelian 20 jam dinding oleh Jabatan Penerangan berharga RM3,810 setiap satu berbanding RN100 seunit harga pasaran dan pembelian tiga unit pengimbas bersaiz A4 dengan kos RM14,670 seunit berbanding RM200 harga pasaran.
Menurut Guan Eng, firma Ernst & Young mendedahkan lebih seorang daripada tiga eksekutif syarikat yang ditinjau pendapat mereka merasakan bahawa rasuah bukan sahaja berleluasa malah meningkat di negara ini sehingga Malaysia dianggap negara kedua paling rasuah selepas Indonesia di rantau ini.
Tinjauan yang dilakukan syarikat perunding pengurusan global Ernst & Young itu membabitkan tinjauan pendapat 681 eksekutif, pengurus kanan dan pekerja syarikat dari Mac hingga Mei 2013 di Australia, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Singapore, Korea Selatan dan Vietnam.
Sejumlah 39 peratus responden berpendapat sogokan dan amalan rasuah berlaku secara berleluasa di Malaysia, dua kali ganda daripada kadar 21 peratus bagi wilayah Asia-Pacific.
Bagaimanapun, kata Guan Eng Malaysia menjadi ‘juara dunia’ dalam mencari jalan keluar mudah (rasuah) oleh syarikat swasta apabila menghadapi zaman kesukaran ekonomi.
“Sejumlah 54 peratus responden (di Malaysia) mengakui mereka akan mengambil ‘jalan keluar mudah’ (rasuah) berbanding 34 peratus di China dan 29 peratus di Indonesia,” ujarnya memetik hasil tinjauan Ernst & Young.
Sehubungan itu, Guan Eng menyifatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berbohong apabila mendakwa hanya 5 peratus rakyat Malaysia terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam rasuah.
“Selagi kerajaan persekutuan BN tidak mengambil tindakan serius terhadap pesalah yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan menerima fakta itu serta tidak dibuai sentimen, Malaysia akan terus kehilangan berpuluh bilion ringgit setiap tahun ekoran pembaziran dan penyelewengan kewangan,” tegasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan