Ahad, 6 Oktober 2013

UBI KAYU...TAK PE JANGAN BODOH MACAM KAYU

Muslimat PAS dicadang tubuh NGO ibu tunggal

Khairil Abdul Rahim, 06 Okt 2013


TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan Muslimat Pahang supaya menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi menangani hal-hal kebajikan ibu-ibu tunggal (armalah) dan anak-anak yatim secara berterusan.

Katanya, usaha itu juga penting sebagai satu fokus bagi meneruskan usaha dakwah sekali gus memberi keuntungan politik dalam jangka panjang terutama di kalangan masyarakat Melayu.

Tambahnya, Dewan Muslimat mesti melihat usaha ini sebagai satu agenda besar kerana dalam pilihan raya umum ke-14 dijangkakan jumlah pengundi wanita mengatasi pengundi lelaki.

“Jika berlaku kematian kebiasaannya muslimatlah yang akan ziarahi keluarga, maka jika kita sudah ada NGO tersebut memudahkan usaha berterusan untuk program kebajikan.

“Pentingnya peranan muslimat ialah mengambil berat tentang ibu-ibu tunggal. Ingat, kebiasaannya anak-anak akan dipengaruhi ibu. Umpamanya isteri Nabi Nuh tidak beriman, anaknya juga tidak beriman. Begitu juga dengan isteri Nabi Lut yang tak beriman, dituruti oleh anaknya.

“Jadi inilah yang saya maksudkan pentingnya ibu tunggal diberi perhatian yang akhirnya boleh mempengaruhi keluarga,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS negeri ke-25 di Darul Amin, Sungai Gau dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan PAS Negeri, Suhaimi Md Saad, Timbalan DHPP Pusat, N Balasubramaniam, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar dan Adun Triang, Leong Yun Mun.

Beliau berkata, sehubungan dengan pertambahan pengundi wanita, PAS Pahang juga akan memperuntukkan beberapa kerusi bagi memberi peluang kepada muslimat untuk bertanding pada PRU akan datang.

Pada program yang sama Tuan Ibrahim turut melancarkan kutipan dana Kompleks PAS Pahang.

“Sudah sampai masanya PAS Pahang memiliki kompleks sendiri sebagai memandangkan semua PAS Kawasan sudah ada markas, semua Dun dan Cawangan sudah ada pejabat masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, semua jawatan tertinggi Muslimat Pahang dimenangi penyandang tanpa dicabar. Salamiah Mohd Nor kekal sebagai ketua, Wan Hamidah Wan Daud terus diberi kepercayaan sebagai timbalan manakala Alawiyah Ahmad sebagai naib.

Jangan hina ubi kayu, Melayu mudah lupa

http://yongsukakuning.blogspot.com, 06 Okt 2013

JANGAN HINA UBI KAYU! BUKAN SALAHNYA KALAU MELAYU MUDAH LUPA

MAKANAN ZAMAN PEMERINTAHAN JEPUN?
Tentu ramai yang tahu ubi kayu sebagai makanan orang miskin. Tetapi, ramai tidak tahu ubi kayu adalah makanan yang baik untuk dimakan semasa menjalani ibadah puasa. Ini kerana ubi kayu mengandungi ciri-ciri tambahan yang baik untuk diet disebabkan sifat-sifatnya yang sihat. Antaranya:
SUMBER TENAGA:
Sebenarnya inilah sebab utama kenapa makan ubi kayu itu baik semasa kita berpuasa. Ini kerana ubikayu mengandungi sumber kesihatan yang tinggi dengan karbohidrat dan kanji untuk menyiapkan badan kita dengan tenaga yang banyak. Tambahan pula ubikayu memiliki kadar kolesterol dan lemak yang rendah. Maknanya, ia adalah makanan yang baik untuk dimakan apabila kita mahu menambah berat badan secara sihat.
KANDUNGAN MINERAL:
Ubi kayu mengandungi mineral seperti kalsium, fosforus, kalium dan magnesium. Walaupun kuantitinya rendah, ia boleh digunakan untuk bancuhan mengganti bahan-bahan lain seperti susu. Ia amat kaya dengan zat besi dan vitamin B termasuk asid folik yang amat penting bagi ibu-ibu yang hamil.
Daun muda ubi kayu (pucuk ubi) adalah sumber protein pemakanan dan vitamin K. Vitamin-K mempunyai peranan yang berpotensi dalam struktur jisim tulang dengan menggalakkan aktiviti perawatan dalam tulang. Ia juga berupaya memainkan peranan dalam rawatan pesakit Alzheimer dengan menghadkan kerosakan neuron di dalam otak.
Ubi Kayu adalah sumber sederhana kumpulan B-kompleks vitamin seperti folates, thiamin, pyridoxine (vitamin B-6), riboflavin dan asid Pantothenic.

SERAT:

Kita semua tahu betapa pentingnya memakan serat yang cukup. Ubi kayu adalah salah satu makanan yang mempunyai sejumlah serat pemakanan yang benar-benar baik, yang boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol, mengurangkan kadar kanser kolon serta membantu mencegah penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.
CIRI PENYEJUKAN:
Tidak banyak penyelidikan yang boleh dijadikan rujukan untuk menyokong ciri ini, tetapi perubatan tradisional India telah lama menggunakan ubi kayu yang digabungkan dengan beras untuk membantu menyejukkan badan. Gabungan dengan nasi diperlukan kerana ubi sahaja tidak memiliki ciri-ciri kesihatan yang lengkap. Oleh itu, walaupun ubi kayu mungkin menjadi makanan tambahan yang sihat untuk diet, ia hanya diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada diet dan bukan keseluruhan diet. Maknanya, jangan makan ubi kayu sahaja.
Ubi kayu bebas daripada gluten. Dalam hubungan ini orang yang mengidap penyakit celiac (sejenis penyakit yang membawa kepada kerosakan usus kecil and gangguan penyerapan nutrien daripada makanan), tidak boleh menerima (cannot tolerate) gluten. Makan ubi kayu menjadi alternatif untuk orang yang alah kepada makanan dari tepung gandun yang mengandungi banyak gluten. Ubi kayu mungkin mengandungi gluten jika diperoses bersama bahan yang ada gluten seperti digoreng dengan minyak masak yang tercemar dengan gluten.
UBI GETUK ORI LEBIH BAIK DARI YANG DIGORENG
CIRI-CIRI LAIN:
Linamarin ialah sejenis bahan cynogen (racun) yang ada pada daun dan ubi berfungsi melindungi pokok dan ubi kayu dari dimakan oleh serangga atau haiwan. Daun ubi kayu mengandungi lebih linamarin berbanding dengan ubi.
Untuk membuang kandungan cyanogen ini, daun muda dan ubi kayu hendaklah diperoses dengan betul sebelum dimakan. Maknnya tidak boleh dimakan mentah. Ketika dimasak, cyanide yang terbentuk akan dilepaskan ke udara kerana toksin ini tidak menentu (volatile) sifatnya, dan tidak tinggal di dalam makanan. Kaedah pemprosesan yang betul memastikan kandungan cyanogen dalam ubi kayu berada dalam kadar yang boleh diterima.
Ubi kayu juga mengandungi tahap yang phyto-kompaun yang dikenali sebagai saponin yang bertindak sebagai steroid semula jadi. Apabila kompaun diekstrak dari ubi kayu ia membuat sabun yang sempurna semula jadi atau syampu.
Saponin membantu untuk mengurangkan keradangan terutamanya di bahagian sendi dan di dalam badan secara umum. Ubi kayu sering digabungkan ke dalam formula untuk merawat keadaan radang seperti keadaan artritis dan reumatoid. Kajian menyebut bahawa ubi kayu mempunyai keupayaan untuk memecahkan deposit mineral dan bukan organik. Maknanya ia membantu untuk memecahkan atau menghalang terbina kapur batu karang, batu karang hempedu atau kalsifikasi sendi. Kerana ciri-ciri anti-radang, ia juga boleh membantu dalam usaha pemulihan bagi gejala seperti radang prostat.
Orang yang mendapat protein yang sedikit atau tiada dalam diet lebih mudah terdedah kepada keracunan cyanide, kerana kekurangan asid amino yang diperlukan akan menyebabakan kegagalan dalam membantu menyahtoksik racun.
Orang zaman dahulu makan ubi kayu dengan kelapa. Tujuannya untuk menyahkan sisa racun dalam ubi kayu tersebut. Ini kerana kelapa mengandungi protein yang boleh memainkan peranan anti-toxic ini. Ia juga menjadikan ubi kayu lebih enak. Ubi kayu juga boleh dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk dan ikan kering. Semua makanan tradisional tersebut mempunyai khasiat yang tinggi. Hebat datuk nenek kita kan?
KESIMPULAN:

Tidak ada satu bahan harus dianggap sebagai sumber makanan untuk semua atau dapat merawat semua - ia perlu digunakan bersama-sama dengan pelbagai tumbuhan lain.
Penyelidikan untuk menghasilkan ubi dengan kadar linamarin yang terkawal dan khasiatnya yang lain masih berterusan.
Oleh kerana ubi kayu boleh meransang fungsi otak, Melayu mudah lupa tiada kaitan dengan makan ubi kayu. Tapi mungkin ada kaitan dengan makanan dari restoran Fast-Food.

Majlis Syura pastikan PAS tidak tergelincir

Saidah Hairan, 06 Okt 2013

Ustaz Sallehen menyampaikan cenderahati kepada bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Ampang, Hasnah Abd Ghani.

AMPANG: Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, PAS sudah cukup menjadi parti yang kuat apabila ada Majlis Syura Ulamak.

Justeru kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, sesiapa sahaja yang menjadi pimpinan dalam PAS akan tertakluk di bawah keputusan Majlis Syura yang melihat jalan yang betul bagi memastikan PAS tidak tergelincir daripada asas perjuangan Islam.

Katanya, jika tergelincir maka ada Majlis Syura Ulamak yang akan memperbetulkan sebab itu apabila ada suara-suara yang mengatakan PAS tergelincir sebenarnya individu atau golongan tersebut.

"Di sinilah yang kita hendak memaknakan dengan kepimpinan ulama, cukup syarat ada sokongan boleh jadi pimpinan sama ada Presiden, Timbalan Presiden. Tidak timbul soal perpecahan sama ada ulama atau profesional," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Ampang, pagi tadi.

Menurut beliau, semua profesional yang ada dalam PAS tidak boleh sombong dengan ilmu yang ada begitu juga ulama kerana gabungan dua golongan itu menjadi kekuatan dalam PAS.

"Biar siapa pun yang kita hendak pilih asas kita menilai terhadap kepada keperluan dan suasana semasa serta ilmu dan kefahaman asas perjuangan itu. Saya fikir tidak menjadi perkara besar soal profesional atau ulama sehingga menjadi keuntungan kepada musuh politik," tegasnya yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berharap setiap ahli perlu kembali menghayati kekuatan PAS kerana cabaran dalam suasana semakin hampir dengan kemenangan adakalanya hilang sedikit atau melupakan asas besar yang menjadi kekuatan parti.

"Hampir dengan kemenangan kita lupa dengan usrah, tamrin, adab dan akhlak dalam jemaah. Apa yang berlaku dalam PAS sebenarnya berlaku dalam lingkungan antara sahabat dengan sahabat," tegasnya.

Menyentuh pandangan berbeza katanya, jangan sampai mengurus pandangan berbeza dengan cara yang tidak berakhlak dengan membuat kenyataan di media yang menjadi musuh parti sedangkan PAS mempunyai medan yang baik untuk membincangkan masalah tersebut.

Beliau berkata, PAS perlu menampilkan satu bentuk jemaah yang utuh yang dilihat bila bercakap soal ukuhwah memang ia benar wujud dalam PAS begitu juga dalam soal akhlak dalam jemaah.

Selain itu katanya PAS juga perlu menyahut cabaran untuk menjadikan parti sebagai parti tempat bernaung orang Melayu dan orang bukan Islam bahkan orang bukan Islam melihat PAS sebagai parti yang tempat bernaung dan mencari politik yang bersih dan selamat.

"Ini cabaran besar kepada kita, keupayaan kita dalam mengurus masalahan dalaman. Saya fikir ini keupayaan kita untuk mencari jawapan bagi menggantikan Umno BN," tegasnya.

Di sebalik pembatalan Merdekanya Kita

Harakahdaily, 06 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Rumah Anak Teater menyifatkan kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersifat ‘talam dua muka’ dalam menentukan karya-karya seni bersifat sejarah dibenarkan untuk ditayangkan mahupun dipentaskan untuk khalayak umum.

Rumah Anak Teater menyatakan demikian dalam satu kenyataan merujuk kepada jawapan di Parlimen pada 2 Oktober berhubung soalan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak ada usaha untuk memaparkan sejarah sebenar yang berlaku di rantau ini malah menyokong filem sejarah yang difiksyenkan.

Berikut kenyataan Rumah Anak Teater.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia didapati bersifat ‘talam dua muka’ dalam menentukan karya-karya seni bersifat sejarah dibenarkan untuk ditayangkan mahupun dipentaskan untuk khalayak umum.

Jawapan lisan di Parlimen pada 2 Oktober 2013 lalu yang dibawa oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak ada usaha untuk memaparkan sejarah sebenar yang berlaku di rantau ini malah menyokong filem sejarah yang difiksyenkan.

Teater Merdekanya Kita oleh Kumpulan Teater Kami Ltd dari Singapura yang sepatutnya dijadualkan dipentaskan pada 29-30 Ogos 2013 lalu terpaksa dibatalkan sungguhpun kumpulan teater tersebut sudah sampai dan bersedia untuk membuat pementasan. Ianya diharamkan atas alasan menyentuh sensitiviti rakyat dari aspek politik dan sosial masyarakat.

Merdekanya Kita dibawa atas naungan National Arts Council Singapore di bawah arahan Pemenang Anugerah Budaya Singapura 2011, Atin Amat. Selain Singapura dan Malaysia, teater tersebut dipentaskan di Jakarta pada tahun lalu dan mendapat ulasan yang amat membanggakan.

Tidak mungkin kerajaan Singapura akan membenarkan sesebuah naskah yang menyentuh sensitiviti rakyat untuk dipentaskan di negara lain.

Naskah yang ditulis oleh Anwar Hadi itu merujuk kepada kemerdekaan yang berlaku sejak zaman kesultanan, penjajahan Inggeris dan Jepun serta lambakan pendatang asing. Isu-isu tersebut jelas tertulis di buku-buku teks sejarah sekolah yang mana merupakan rujukan beliau.

Adakah kerajaan sendiri menidakkan sejarah yang tertulis?

Tidak ada niat bagi kumpulan teater ini mahupun Rumah Anak Teater yang bertanggungjawab membawa kumpulan luar ini ke sini untuk menerapkan mesej-mesej yang tersirat yang cuba menggambarkan bahawa kita (rakyat Malaysia) sebenarnya masih belum merdeka sepenuhnya kerana masih dijajah bukan secara fizikal, hanya memaparkan kesamaan laluan sejarah yang dilalui oleh Indonesia, Singapura dan Malaysia; seperti yang didakwa oleh pihak Kementerian.

Rumah Anak Teater mendesak agar Kerajaan Malaysia memohon maaf kepada Kerajaan Singapura atas ketidakpekaan JK-PUSPAL dalam menilai naskah Merdekanya Kita ini.

Soalan:
Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Komunikasi Dan Multimedia menyatakan bagaimana teater Merdekanya Kita oleh Kumpulan Teater Kami Ltd yang terpaksa membatalkan pementasan mereka pada 29 dan 30 Ogos 2013 boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia terutamanya daripada aspek politik dan sosial.

Jawapan:
Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Jawatankuasa Agensi Pusat Permhonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), atau ringkasnya JK-PUSPAL telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi menilai permohonan untuk pementasan teater ‘Merdekanya Kita’ pada bulan Ogos 2013 lalu.

Seperti mana syor JK-Rayuan PUSPAL, satu sesi tayangan video pementasan telah diadakan pada 10 September 2013 dan dihadiri oleh wakil semua jabatan/agensi yang terlibat dalam JK-PUSPAL. Syor dan pandangan JK-Rayuan PUSPAL adalah pementasan ini boleh dibenarkan tertakluk kepada beberapa perkara seperti berikut:

(i) Waktu pementasan boleh dilaksanakan selepas bulan Kemerdekaan memandangkan pementasan teater ini pada pada bulan Ogos didapati tidak sesuai dalam konteks perayaan kemerdekaan Malaysia kerana terdapat mesej-mesej yang tersirat yang cuba disampaikan oleh pihak produksi teater ini menggambarkan bahawa kita (rakyat Malaysia) sebenarnya masih belum merdeka sepenuhnya kerana masih dijajah bukan secara fizikal dan tidak memberikan mesej jelas tentang pembangunan jati diri sebagai rakyat yang merdeka; dan

(ii) Pendekatan engagement dengan penganjur wajar dilakukan bagi membolehkan pihak kementerian dan JK-PUSPAL berbincang secara terperinci dengan penganjur berhubung isu pindaan skrip agar isu-isu berkaitan sensitiviti politik dan sosia dapat dielakkan.

Yohanis, YDP paling muda di Pahang

Khairil Abdul Rahim, 06 Okt 2013
JERANTUT: PAS Kawasan ini mencipta rekod dalam mesyuarat agungnya semalam apabila perwakilan memilih Yohanis Ahmad, 35, sebagai Yang Dipertua Kawasan (YDP) yang baru paling muda di Pahang.

Yohanis, mantan Ketua Pemuda PAS Jerantut sesi lalu menang menggantikan Dr Hamzah Jaafar yang mengundurkan diri.

Bagi jawatan TYDP dan NYDP pula dimenangi tanpa bertanding masing-masing oleh Yousliyddy Desa dan Rahman Teh.

Jawatan-jawatan lain yang dimenangi tanpa bertanding ialah Ketua Urusan Ulama Alias Mahmud, Ketua Pemuda Zakhwan Ahmad Badardin dan Ketua Muslimat Roskhainuazmani Razab.

Sementara itu Yohanis ketika berucap sebaik sahaja diumumkan sebagai YDP baru, mengisytiharkan pelancaran program Tahun Menawan Jerantut (TMJ) pada 2014.

Beliau yang juga bekas calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Tawar pada pilihan raya umum (PRU) lalu berkata, serentak dengan itu PAS Jerantut akan menubuhkan pusat khidmat komuniti di setiap Dun bagi menangani setiap permasalahan rakyat.

Selain daripada itu ketiga-tiga Dewan akan diperkasakan disamping akan diwujudkan Lajnah Hisbah bagi mamantau setiap program kawasan.

Yohanis berkata, PAS Jerantut akan melancarkan semula program ‘satu Harakah satu rumah’ bagi tujuan memperkayakan maklumat di kalangan ahli.

Laporan Audit: Sampai bila mahu begini?

Dr Dzulkefly Ahmad, 06 Okt 2013
Kalau pendedahan kajian Ernst and Young minggu lalu tidak lagi menjadikan kita geram, marah dan berang, Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang minggu ini mungkin juga tidak lagi menimbulkan apa-apa reaksi keras dari rakyat.

Ya, mungkin saja sebahagian besar rakyat sudah mangli atau bosan dengan paparan seperti ini.  Mungkin ada juga yang mula merasakan khasnya yang nekad memilih Umno-BN juga kerana takut kepada pemerintahan baru yang mengkesampingkan Melayudan Islam, telah mula berasa tertipu.

Propaganda menakut-nakutkan rakyat reda tak dimainkan sehebat ketika berkempen.Tampak jelas adalah dari hal janji-janji sebelum pilhanraya semakin menyerlahkan belang sebenarnya. Satu persatu semacam dirungkaikan.

Antaranya; isu subsidi petrol dan diesel yang janjinya tak mahu membebankan rakyat, Akta Pencegahan Jenayah atau Preventive Crime Act PCA jelmaan baru ISA yang dulunya mahu dihapuskan, cukai GST yang tidak akan dilaksanakan disebut-sebut akan dimasukkan dalam Budget 2014, perbekalan tambahan sebanyak RM14 bilion yang memburukkan lagi deficit fiskal meskipun yang dijanji adalah perbelanjaan berhermat kerajaan untuk mengurangkan defisit belanjawaan.

Janji PM Najib untuk memerangi rasuah sudah sedia dimaklumi rakyat. Ia adalah semacam sumpahnya dalam pelancaran NKRAnya dan Pemandu bertanggungjawab mempastikan janji dan sumpahnya ditunaikan. Najib nyata gagal!

Terkini, Ernst and Young, salah satu daripada 4 firma audit terbesar didunia, dalam kajian mereka ‘Asia-Pacific Fraud Survey Report Series’, mendapati Malaysia adalah antara Negara paling korup di antara yang dikajiselidik. Dapatan yang lebih mendetail boleh ditekuni dalam website E&Y (www.ey.com/publication) yang melibatkan 681 pegawai eksekutif China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Korea Selatan dan Malaysia.

Pendedahan keputusan kajian ini adalah sangat memalukan Najib dan Pemandu. Dapatan ini mengaibkan rakyat di Negara ini. Jelasnya dalam satu soalan yang ditanya: Apakah anda bersedia melakukan rasuah dan mengambil short-cuts atau jalan-jalan pintas, seandai suasana persekitaran perniagaan menekan, 54% eksekutif di Malaysia mengesahkan mereka bersedia, diikuti China 34%, Indonesia 29%, Vietnama 27%, New Zealand 13%, Singapura 11%, Australia 10% dan Korea Selatan 6%. Ternyata kita pada  ranking teratas – juara!

Untuk pengetahuan umum, pertama kali kajian agensi antarabangsa anti-rasuah ‘Transparency International’ menerbitkan ‘Indeks Persepsi Rasuah’ (CPI) pada tahun 1995, Malaysia diletakkan pada ranking ke-23 dari 43 negara seluruh dunia yang dibuat kajian. Kedudukan Malaysia dalam Negara-negara Asia-Pasifik adalah pada tangga ke-6, selepas Jepun (5), Hong Kong (4), Australia (3), Singapura (2) dan New Zealand yang menduduki tangga Pertama.  Markah yang kita perolehi ialah 5.28, dimana markah 10 paling bersih dan 0 paling korup.

Selepas 17 tahun, dalamlaporan CPI tahun 2011, dengan pelbagai program, kempen dan kaedah termasuk sejak Najib ambil aleh pada 2009, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 11 di Asia-Pasifik dengan markah 4.3 dan ke-60 di dunia. Adalah diakui bahawa Malaysia membuat sedikit penambaikan dalam laporan 2012.


Berlatarbelakngkan laporan CPI tahun dan pendedahan tahun demi tahun Laporan Ketua Audit Negara termasuk yang terkini 2012, rakyat Malaysia sudah bosan dan kini hanya mahukan komitmen dari Najib untuk bertindak. Betul bukan semua melibatkan rasuah atau keitirpenyelewangan namun kesemuanya paling tidaknya melibatkan ketidakpatuhan dan kecuaian dan paling buruknya ialah salah guna kuasa dan rasuah.

Dari pertikaian kontrak kempen Kementerian Kesihatan di Facebook dan Twitter yang melibatkan belanja sebanyak RM320,000 seinggaan dan walkie-talkie sehinggalah ke kontrak keselamatan 35 sekolah yang tidak memuaskan menelan RM2.05 bilion.

Dari PDRM kehilangan 44 senjata api, kenderaan dan sampai pembelian 7,669 pasang kasut yag tak sesuai, ak guna dan rosak menelan kosRM600,000. Pembelian 55 lukisan sebagai pelaburan mungkin yang tidak dipamerkan oleh Khazanah Nasional dengan kos RM3.05 juta sehinggalah bayaran RM1.6juta kepada artis K-Pop.Monopoli oleh 3 syarikat penyelenggara 64 bangunan Persekutuan men puluhan kes yang melibatkan pengurusan pincang Badan-badan Berkanun Persekutuan yang kos RM1.446 bilion.

Ksemuanya termaktub dalam erti tuntutan untuk diaudit tata-kelola Akta Badan Berkanun (Akta dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240).

Berapakah jumlah kesan dalam laporan tahun ini? Apakah yang terlibat akan diadili dan kalau sabit dihukum? Apakah jaminan Najib bahawa ia tidk lagi menjadi retorik politi dan pilihanraya sahaja?

Sekarang rakyat mahukan kerajaan Najib dan BN memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil dan amalan buruk yang telah ‘membudaya’ atau lebih tepat ‘membarah’ ini aka dapat ditangani secara seriu dan berkesan. Kegiatan audit oleh Jabatan Audit Negara tidak lagi boleh dijadikan satu amalan rutin tahunan yang tidak membawa apa apa menfaat pun kepada malan tadbir-urus Negara. Kebejatan ini mesti ditamatkan segera dan segala penambahbaikan yang diperlukan untuk memulihkan tata-kelola dan pengurusan dikesemua badan dan seuruh jentera kerajaan dalam Persekutuan ini mesti ditangani. Dalam bahasa anak muda, cukup,cukup sudah! Enuf is Enuf..PM mesti beri jaminan kepada seluruh rakyat bahawa Laporan Audit Tahun depan aka mengalami penambahbaikan yang ketara mengikut KPI yang Najib perlu letakkan.

Rakyat telah tertipu dengan slogan-slogan molok sebelum pilhanrya dan rakyat tidak mahu terus tertipu!

Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Tiada ulasan: