Ahad, 6 Oktober 2013

SUSAH KALAU KAKI BOHONG DAN KAKI BODEK SAKAN.....SATU LAGI KAKI PUTAR ALAM

Gandingan ulama, profesional sejak zaman khilafah

Aslani M, 05 Okt 2013
MACHANG: Sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat memacu  pentadbiran kerajaan Islam bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan diasaskan baginda Rasululllah SAW.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat mentadbir kerajaan ketika itu.

“Islam sejak awal lagi satukan ulama  dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan.

“Mereka lakukan semua itu berpangkal dari sejarah yang panjang. Ini kerana di zaman awal gereja menguasai segenap aspek kehidupan manusia di barat. Dan lama-kelamaan akhirnya timbul penentangan bagi memisahkan kerajaan dengan gereja.

“Maka tidak peliklah sekarang usaha-usaha berterusan dilakukan bagi memisahkan ulama dan profesional.  Sengaja mereka hendak pecah-pecahkan PAS kepada dua kelompok,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama di Labok hari ini.

Hadir sama wakil Dewan Musimat PAS Pusat, Dr Asiah Ali, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Ketua Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita PKR, Noraini Hussain dan Adun Kemuning, Rosli Ismail.

Pemilihan pada muktamar Dewan Muslimat hari ini mencatat sejarah apabila tiada pertandingan sebarang jawatan termasuk 10 anggota jawatankuasanya.

Siti Zailah kekal sebagai ketua, Wan Ubaidah Omar (timbalan) dan Rohani Ibrahim (Naib Ketua), manakala 10 anggota jawatankuasa yang dikekalkan iaitu Zainiah Abdul Halim, Arniwati Sabirin, Ahlaami Abdul Halim, Hafizah Abdullah, Khairiah Mohamad.

Selain itu Norhashimah Deraman, Ilvira Dasuki, Mumtaz Mohd Nawi, Dr Roselisa Muhamad dan Zaharah Mohamad. Keputusan itu diumumkan  Bendahari PAS Machang, Zakaria Yaakub yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa pemilih.

Sebelum ini media harian saban hari memainkan isu profesional dan ulama dalam PAS bagi memperlihatkan pertembungan serius dua kelompok tersebut menjelang  muktamar November hadapan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, pertembungan ulama dan profesional dalam PAS sengaja dibesar-besarkan setiap kali berlaku pemilihan sempena muktamar PAS.

Doktor ala ‘Predator’ buat laporan polis, terhangat

Harakahdaily, 06 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Berita “Doktor bergaya ala ‘Predator’ buat laporan polis” berkisarkan seorang doktor berpakaian lengkap predator membuat laporan polis di suatu balai polis menjadi artikel paling diminati para pembaca Facebook Harakahdaily bagi minggu ke-39.



Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook.


Namun tidak diketahui mengapa harus memakai pakaian sebegini rupa untuk tampil di balai polis.


Artikel predator itu mengalahkan dua artikel yang lain iaitu “Bersama artis saat paling gembira saya - TG Nik Aziz” dan “Askar Amerika boleh menangis bila tengok gambar ni” yang menduduki tempat kedua dan ketiga.


Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 29 September hingga 5 Oktober




1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

PCA: Islam larang lawan jahat dengan jahat- Shura

Harakahdaily, 05 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Islam melarang umatnya melawan kejahatan dengan menggunakan kejahatan dan di dalam Islam, matlamat tidak sesekali menghalalkan cara.

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) berpendapat,  Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) yang diluluskan kerajaan dilihat mirip kepada kaedah tersebut iaitu "membalas kejahatan dengan  kejahatan".

Pengerusinya Abdul Ghani Shamsuddin berkata, penahanan tanpa bicara dalam PCA bukan sahaja jelmaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah membuka ruang kepada pemerintah menyalahgunakan kuasa demi kepentingan politik.

“Kita tidak boleh lawan kejahatan dengan kejahatan, keburukan dengan keburukan yang barangkali kita membuka pintu untuk orang lain membuat jahat, zalim kepada orang lain yang sudah pasti tidak menyelesaikan masalah.

“Buat jahat suatu kezaliman, tetapi memperuntukkan kemudahan bagi orang menyalahgunakan kuasa juga merupakan satu kezaliman yang besar,” katanya seperti dilapor Selangorku.

Menurut Abdul Ghani lagi, kegagalan membawa tertuduh ke muka pengadilan menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa, kezaliman dan penganiayaan terhadap tertuduh.

Keadaan itu katanya bercanggah dengan perinsip keadilan Islam yang mensyaratkan tertuduh diadili sebelum dijatuhi hukuman.

“Orang ini tiada tempat untuk mendapatkan perlindungan dan ini menjadikan masyarakat kita bertambah zalim lagi,” katanya.

Corat-coret Ijtimak Tarbawi 3.0

Majdan Yahya, 05 Okt 2013

1. Lokasi Ijtimak memang baik kerana mempunyai kawasan yang luas untuk gerai-gerai jualan dan parkir kenderaan peserta, namun liputan internet dan telefon amat perlahan atau tiada langsung.

2. Sekumpulan peserta dari Terengganu tiba agak lewat dan singgah untuk mandi di air terjun gunung ledang resort. Apabila ditanya di mana menginap, mereka menjawab, "tak tahu lagi."

3. Seperti biasa unit amal begitu cemerlang melaksanakan tugas mereka terutamanya mengawal lalulintas dan parkir. Ini penting untuk mengelakkan aktiviti penduduk setempat terganggu.

4. Kesungguhan urusetia mengendalikan program wajar diberi pujian hinggakan tidak cukup tidur, malah ada yang hanya sempat mandi ketika program berhenti rehat waktu tengah hari.

5. Orang muda tidak dapat dipisahkan dengan motosikal. Sekumpulan peserta datang dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi termasuk pemuda dari Gombak..

6. Kebanyakan gerai makanan kehabisan lauk-pauk dan nasi dalam tempoh yang singkat.

7. Ada gerai yang tiada penjaga. Sesiapa yang ingin membeli, ambil barang dan letakkan duit dalam bekas yang disediakan.

8. Antara gerai yang dikerumuni ialah gerai buku Jundi Resources yang menjual pelbgai buku haraki dan majalah tarbawi.

Taat Allah syarat utama lantik pemimpin - Presiden

Majdan Yahya, 05 Okt 2013

PARIT MEDAN: Kuliah Tafsir yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi kedua di Ijtimak Tarbawi 3.0 hari ini turut menyingkap sejarah pemilihan ketua dalam sejarah Islam.

Presiden memberi huraian bermula dari zaman Rasulullah SAW hingga ke era terkini PAS di Malaysia hari ini.

Beliau menghuraikan petikan ayat tentang sekumpulan manusia yang terus mempertahankan Islam walaupun Rasulullah SAW telah wafat.

"Antara syarat utama untuk dilantik menjadi pemimpin yang dinyatakan dalam surah ini ialah seseorang itu mesti taat kepada Allah," ujar presiden.

Selain itu beliau turut menceritakan sekumpulan sahabat yang kuat menentang Islam pada awalnya tapi teguh pendirian mempertahan Islam ketika peristiwa wafatnya Nabi seperti Suhail bin Amr dan berapa yang lain.

"Dalam konteks hari ini ada golongan yang sedemikian. Maka kita jangan terlalu cepat menghukum." ujarnya lagi.

Beliau turut menceritakan sejarah kejatuhan khilafah Islam termasuk sejarah tertubuhnya PAS di Malaysia.

Sebelum mengakhiri kuliahnya, beliau menyeru para pemuda untuk terus menyambung perjuangan Islam.

Ribuan berkampung di Ijtimak Tarbawi 3.0

Harakahdaily, 05 Okt 2013

KUALA LUMPUR: Ijtimak Tarbawi 3.0 bertempat di Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi Kundang Ulu Ledang, Johor semalam secara rasminya bermula.

Himpunan peringkat kebangsaan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu malam tadi dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat Dato Dr Mahfuz Mohamad.

Turut berucap pada majlis itu malam tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan, Pengarah Program Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

Program kali ini juga menyaksikan ribuan anak muda hadir menyertainya yang datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, pengisian malam tadi turut diisi dengan kuliah Maghrib oleh Ustaz Syed Abdul Kadir al Jofree yang mengupas tajuk Mengapa Tarbiyah Sepanjang Masa.

Pagi ini pula, kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi sejurus selesai qiamullail dan solat Subuh berjamaah.

Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS mengupas tajuk Khulasah Surah As Shaff.

Selepas itu, bermula jam 8.30 pagi ini pula, giliran Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi pengisian.

Beliau menyampaikan kuliah tafsir surah al Munafiqun yang akan tamat sekitar jam 12.45 tengah hari ini sebelum peserta bersiap untuk solat Zohor bejamaah.

Berikut antara gambar suasana sekitar Ijtimak Tarbawi 3.0 yang masuk hari kedua hari ini.







K-Pop: Ahmad Shabery, Khairy atau audit yang bohong?

Harakahdaily, 05 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Kecelaruan penjelasan sehingga saling bercanggah berhubung isu bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, menmbah persoalan baru kepada rakyat.

Jika sebelum ini rakyat mempersoal kewajaran membelanjakan sejumlah tersebut semata-mata untuk tujuan hiburan, kini persoalan baru mengarah kepada cakap siapakah yang benar.

Laporan Ketua Audit 2012 merumuskan bahawa bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Menurut laporan itu, bayaran kepada artis dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya itu juga tidak berhemat.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga mengakui pihak kementeriannya membayar jumlah itu untuk membawa tiga kumpulan K-Pop ke Malaysia untuk mengadakan konsert pada sambutan tersebut.

Bagaimanapun, bekas menteri itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula menegaskan wang itu datang daripada para penaja yang telah dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara dan tidak diambil kira oleh pihak audit.


Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, rakyat kini mahu tahu siapa yang bercakap benar dan siapa yang bohong.

"Saya ingin mengetahui siapakah yang betul di dalam kontroversi konsert K-Pop ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mempersoal adakah Khairy bersedia memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kementeriannya tidak lagi akan terperangkap di dalam perbelanjaan yang dipertikaikan seperti itu.

Kewajaran membelanjakan RM67.61 juta wang rakyat untuk keseluruhan Sambutan Hari Belia Negara 2012  katanya menimbulkan persoalan.

Menurutnya bukan sahaja soal perbelanjaan yang banyak, tetapi juga soal kesan positif  terhadap anak dari pengisian di program tersebut yang boleh dipertikaikan.

"Berapa banyakkah wang tersebut memberi kesan secara langsung kepada anak muda yang sepatutnya menerima manfaatnya, dan berapa banyakkah pergi ke syarikat pengurusan acara yang mengaturkan program tersebut?

"Hakikatnya RM67.61 juta boleh digunakan untuk memperbaiki kedudukan dan memberikan manfaat kepada anak muda negara.

"Wang tersebut boleh digunakan untuk kemudahan sukan, pemerkasaan diri dan inisiatif-inisiatif lain yang mampu memberi kesan yang berpanjangan di kalangan generasi muda," jelasnya.

Tiada ulasan: