Khamis, 3 Oktober 2013

JANGAN PRANGKA@SANGKA NEGETIF TENTANG POLIGAMI..INI BERMAKNA RAGU2 HUKUM ALLAH SERTA RAGU2 TENTANG BERTAPA ALLAH MAHA BIJAKSANANYA

Q&A: Poligami; Tidak berlaku adil kerana terikat perjanjian

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 02 Okt 2013
Soalan;
Kawan saya merupakan isteri kedua, baru-baru ini berlaku sedikit pertengkaran berkaitan tanggungjawab suami. Si isteri ingin lebih perhatian malangnya Si suami tetap menyatakan tidak dapat memberikannya kerana itu sudah termasuk dalam perjanjian yang telah dipersetujui bersama.

Jawapan;

Suami yang berpoligami wajib berlaku adil kepada kesemua isterinya. Sebarang syarat atau perjanjian dengan mana-mana pihak untuk menafikan hak pihak yang lain, syarat atau perjanjian sebegitu tidak sah di sisi syarak, wajib dibatalkan dan hendaklah kembali kepada tuntutan syarak kerana kehendak Allah mesti diutamakan dari kehendak manusia. Firman Allah (yang bermaksud); "Berlaku adillah kerana adil itu lebih hampir kepada ketaqwaan" (al-Maidah, ayat 8). Sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana lelaki yang memiliki dua isteri, lalu ia hanya cenderung kepada salah seorang sahaja dari mereka berdua, hari akhirat nanti ia akan tampil dalam keadaan senget sebelah badannya." (Sunan ad-Darimi: 2252. Abu Daud: 2133. dari Abu Hurairah RA, isnadnya soheh). Sabda Nabi SAW tentang syarat; "Sebarang syarat yang bertentangan dengan kitab Allah ia tertolak sekalipun 100 kali disyaratkan." (Musnad Ahmad; 25504, dari Aisyah RA, hadis soheh).

http://ilmudanulamak.blogspot.com

Bodohnya kita selama ini

http://www.queachmad.com, 02 Okt 2013
BACA SAMPAI HABIS | BODOHNYA KITA SELAMA INI |

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, mereka jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Secara kesimpulannya mereka ini bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.
HATI-HATI kawan!

Abu Chin Peng pengganas tidak dikehendaki

Subky Latif, 02 Okt 2013
Semasa saya sekolah Inggeris di Kampung Koh, Sitiawan tahun 1953 dulu ada kawan sekolah saya namanya Ah Boo. Dia anak Chin Peng. Seperti Chin Peng bukan nama sebenar, Ah Boo pun bukan nama sebenar. Maka boleh saya kenali kawan saya itu Ah Boo bin Chin Peng.

Selepas Chin Peng mati atmosfera negara kira penuh dengan jerebu abu Chin Peng. Maka Chin Peng pada saya boleh dinamai baru Abu Chin Peng. Anaknya pula boleh dikenali Ah Boo bin Abu Chin Peng.

Abu Chin Peng berjuang dalam komunis bagi menegakkan pemerintahan komunis. Kerajaan penjajah Inggeris mengharamkan partinya, maka partinya pun mengangkat senjata menentang kerajaan penjajah.

Sebagaimana komunis Rusia mengangkat senjata menentang kerajaan Tzar Rusia dan komunis China mengangkat senjata menentang kerajaan Cheng Kai Shek, komunis Malaya pun mengangkat senjata menentang kerajaan penjajah.

Maka kerajaan Inggeris menggelar anasir komunis Malaya itu pengganas. Di England pun ramai komunis tetapi mereka tidak dipanggil pengganas. Juga di Perancis tidak dipanggil pengganas.

Apabila Malaya merdeka, kerajaan merdeka pula menyambung gelaran pengganas itu kerana komunis tidak meletakkan senjata kerana kerajaan merdeka menyambung dasar Inggeris tidak menghalalkan parti komunis.

Selama-lamanyalah Abu Chin Peng menjadi pengganas. Baik semasa komunis kencang mahu sesudah komunis hancur, Abu Chin Peng tetap menjadi pengganas. Siapa saja yang jadi komunis adalah pengganas, baik yang mengangkat senjata mahupun yang tidak mengangkat senjata, sekadar menyokong saja terus diburu.

Orang yang digelar subersif komunis pun dikira pengganas dan ada akta boleh menangkap dan mengurung tanpa bicara terhadapnya. Orang yang disyaki membantu komunis seperti Tan Sri Abdullah Kok Lanas dan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Dr Mahathir, Siddiq Ghaus dikenakan ISA. Logiknya mereka juga pengganas.

Biasanya yang dianggap pengganas oleh mana-mana kerajaan menghendaki mereka dan memburu mereka hingga ke lubang cacing.

Seperti Amerika, rata-rata orang Islam yang tidak menyokong mereka dicurigai berpotensi mgenjadi pengganas. Dr Mahathir juah lebih pintar dari setengah Setiausaha Agung PBB, tetapi dia orang Islam walaupun sekular, tiada mungkin dijadikan Setiausaha Agung PBB, kerana Islam sekular pun boleh jadi pengganas juga. Apa lagi yang menentang mereka sahlah  pengganasnya. Sekalian yang hendak mendaulatkan Islam adalah pengganas yang mesti ditentang dan dihancurkan.

Bagi Amerika, sekalian yang dikiranya pengganas mesti diburu walaupun mereka bukan warga Amerika. Mana pimpinan Taliban yang boleh ditangkap, dibawa ke teluk Cuba yang dikuasai Amerika.  Usama Ben Laden tidak dapat ditangkap dan tidak dapat dikesan. Mereka cari hingga ke lurang cacing. Mereka tidak biarkan dia bebas atau menyorok di mana-mana.

Sekalipun Afghanistan sudah Amerika bebaskan dari Taliban dan al-Qaeda, tetapi Ben Laden terus dicari sebab dia dikira pengganas. Setelah dihendak di merata-rata, akhirnya dibunuhnya juga.

Stalin mengira musuh ketatnya Leon Trotsky pengganas yang mengancam kuasanya. Trotsky lari menyorok di Mexico, diburunya ke situ dan dibunuh.

Tiada  dalam dunia membiarkan orang yang dianggap pengganas lepas bebas. Hanya Malaysia ada pengganas yang tidak dikehendaki. Semua pengganas selain Abu Chin Peng dikehendaki tetapi Abu Chin Peng saja pengganas yang tidak dikehendaki hidup atau mati. Setelah jadi  debu  dan abu, Abu Chin Peng tidak dikehendaki.

Terselamatlah Abu Chin Peng dari buruan dan dari pembunuhan. Mungkin seorang saja di dunia jadi sepertinya.

Persiapkan mental hadapi Muktamar

Abd Shukur Harun, 02 Okt 2013
Ahli PAS yang melebihi sejuta orang kini kini sedang menyelesaikan mesyuarat agung 188 kawasan di seluruh negara, sementara Dewan Pemuda PAS yang mempunyai 173 kawasan dan Dewan Muslimat 167 kawasan sudahpun bermesyuarat.

Dewan Ulama pula tidak mempunyai di peringat kawasan sebaliknya sayap itu hanya di peringkat negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

Selepas selesai semuanya – di peringkat kawasan dan Ijtimk negeri - maka berlangsunglah Muktamar Tahunan PAS November nanti di Shah Alam, Selangor, sebuah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Kini, muktamirin yang akan menyertai Muktamar PAS ke-59  ini tentu sekali sedang membuat persiapan mental secukupnya untuk perbahasan dan pemilihan saf pimpinan peringkat tertinggi, yakni sudahpun digariskan etika pemilihannya yang dilihat munasabah.

Muktamar kali ini akan menjadi perhatian istimewa - dalam mahupun luar negeri, disebabkan terutamanya, kerana mereka mahu mendengar hala tuju PAS sebagai parti politik arus perdana. Kedua, kemampuannya mempersiapkan diri menjadi parti  dominan dalam Pakatan Rakyat yang akan bertarung di kancah politik Malaysia yang kelihatannya sangat dinamik dalam suasana luar biasa.

Saya menyertai pendapat beberapa penganalisis politik dan rakyat prihatin bahawa Muktamar PAS kali ini hendaknya bukan lagi sekedar membincangkan perihal hal ehwal rumah tangga dalamannya, tetapi memperlihatkan komitmennya sebagai parti arus perdana yang mengambil peranan penting membela rakyat, demokrasi dan keadilan.

Sebab itu saya percaya bahawa para muktamirin kini sedang membuat persiapan mental secukupnya untuk berhujah dengan rasional dan fakta serta serius memikirkan persoalan besar mengenai masa depan PAS. Bukan lagi isu dalaman dan sampingan yang jika dibangkitkan juga hanya menggambarkan kelesuan berfikir. Usia PAS 60 tahun sudah sangat matang kiranya.

Sementara para pemimpin di atas pentas Muktamar pula, saya yakin, akan menyerlahkan idea dan gagasan besar untuk memerkasa PAS sebagai sebuah parti arus perdana. Ia bukan lagi hanya dilihat sebagai parti kampungan yang hanya penuh dengan nostalgia, tetapi ia sebuah parti arus perdana yang ditunggu peranan besarnya di tengah masyarakat majmuk.

Seperti kata salah seorang ideolog PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa dalam bukunya ‘Rejuvenasi PAS’ bahawa ciri Islam yang menjadi asas kewujudan parti itu tidak syak lagi menjadikan PAS parti yang selesa berlegar di sekitar kepelbagaian masyarakat yang ada di Malaysia hari ini.

Katanya lagi, ruang Islam yang membuka seluas-luasnya konsep kepelbagaian meletakkan PAS sebagai parti yang tidak terperesok di ruang sempit perkauman seperti kebanyakan parti order lama. Bagaimanapun, kata Dr Mujahid, PAS belum lagi memaksimakan ruang selesa ini untuk ia benar-benar menjadi parti yang benar-benar memenuhi aspirasi semua kaum.

PAS telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang kemudian diperluaskan dalam Lajnah Perpaduan Nasional yang dipengerusikan oleh Dr Mujahid sendiri. Menurutnya, sokongan bukan Islam terhadap Lajnah ini sangat memberansangkan.

Pada pendapat saya, Lajnah ini menjadi mekanisme penting PAS mengadakan huhungan dengan kalangan bukan Muslim, iaitu antara lain, telah dapat dilihat bahawa penyokong PAS dalam kalangan bukan Islam itu semakin bertambah.

Oleh itu, saya percaya, Muktamar PAS November ini hendaknya akan semakin memperkukuh hubungan dengan mereka, bukan semata-mata untuk tujuan menang pilihan raya, tetapi juga kerana kewajipan dan tuntutan dakwah.

Para muktamirin tentu sekali sangat berhajat untuk mendengar ucapan pemimpin dan perbahasan yang dinamik, yang memancarkan kecemerlangan berfikir para pemimpin dan pembahas Ucapan Dasar, di samping membahaskan usul-usul yang dibawa oleh perwakilan atau kalau ada usul mengejut yang amat penting dibahaskan.

Muktamar bukanlah sekedar menjadi tempat pertemuan rakan seperjuangan lama dan baru, bertemu dan bersalaman dengan pemimpin pelbagai peringkat, membeli belah, makan bersama dan sebagainya, tetapi lebih dari itu dapat dimanfaatkan. Iaitu, umpamanya, perbicangan sesama sendiri bagaimana sewajarnya pendukung PAS merancang membina hubungan dan penerangan kepada yang belum menyokong PAS dan sebagainya.

Seperti dikatakan, pendukung PAS melebihi sejuta ahli dari pelbagai latar belakang pendidikan, pengalaman, persekitaran dan sebagainya yang menelurkan pelbagai aliran fikiran dan persepsi yang berbeza.

Ini adalah dinamika PAS yang terus berkembang. Bagaimanapun semuanya ini tidak mengurangkan nilai sumbangan mereka kepada PAS dan hakikat ini mestilah diterima dan jangan sama sekali meletakkan pelbagai dikotomi sesama pendukung PAS.

Seperti kata, bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, bahawa semua pendukung PAS adalah mata rantai perjuangan parti Islam dan semua mereka amat berharga.

Katanya, ulama dengan peranan mereka memandu dasar parti, sementara jurutera, arkitek, doktor, peguam, ahli ekonomi dan seluruh amilin PAS lainnya dengan peranan masing-masing dan tidak ada golongan yang merasakan golongannya lebih istimewa dari yang lain, kerana parti sangat menghargai sumbangan mereka.

Sebab itulah, pada pendapat saya, semua mereka ini adalah paduan tenaga dan bakat terbaik di dalam PAS untuk dimanfaatkan semaksima mungkin. Maka itu, Muktamar PAS kali ini sewajarnya melakarkan rancangan besar ke arah itu.

Kepada para tokoh yang menang dalam pemilihan di Muktamar tersebut, saya yakin mereka sangat menyedari akan tanggungjawab yang diamanahkan oleh perwakilan yang memilih mereka. Mereka ini, bagaimanapun, seperti diketahui,  sudahpun melaksanakan amanah ini di masa lalu dan mereka sangat sedar tanggungjawab lebih besar sedang menanti. Mereka yang tidak terpilih, saya yakin, mereka akan meneruskan perjuangan seperti di masa lalu, justeru inilah watak mulia pendukung PAS.

Semoga Muktamar PAS ke-59 ini akan menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk membuktikan PAS parti arus perdana iaitu rakyat Malaysia dengan tepukan gemuruh akan memberikan standing-ovation kepada PAS sebagai parti yang menjadi harapan rakyat.

Harga rumah naik: Belum masa untuk bertindak lagi?

., 02 Okt 2013

Pengumuman yang dibuat oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) beberapa minggu lalu bahawa BNM tidak akan melaksanakan ‘langkah-langkah menyejukkan’ pasaran atau ‘cooling measures’ bagi menangani spekulasi dalam harga rumah diterima dengan pelbagai reaksi. Tentunya kita dapat mengagak pihak mana yang suka dan yang mana pula yang terus sengsara.

Meskipun pun pihak BNM sedar wujud kegiatan spekulasi dalam sektor hartanah ini, menjadi tandatanya apakah akhirnya akan BNM lakukan juga langkah-langkah tersebut.

Berdepan dengan perangkaan belanjawaan Negara dalam beberapa hari lagi ini, Kerajaan Najib tidak lagi mahu melakukan ‘kesalahan’ yang pastinya akan mengundang cemuhan dan kritik yang tajam khasnya dari rakyat selaku pembeli.

Beberapa langkah berikut boleh dilakukan oleh kerajaan bagi menangani spekulasi yang berlebihan sekarang ini.

1. Memperketatkan lagi nisbah Pinjaman ke Nilai atau Loan-To-Value (LTV) sesuatu property atau hartanah khasnya pada pembelian lebih dari satu rumah atau property. Ini bagi mempastikan bahawa pinjaman atau kredit yang terlalu mudah didapati tidak akan merancakkan kegiatan membuat pembelian secara spekulasi.Pinjaman dikurangkan kepada paras 80% atau 70% atau kurang dari itu dari itu; nisbah nilai adalah menasabah bagi mengekang bermudah-mudah membuat dan mendapat pinjaman.

2. Menghapuskan skema pinjaman mudah DIBS (Developers Interest Bearing Scheme) dimana pembeli kononnya tidak membayar apa-apa kerana didakwa telah dibayar oleh pemaju. Sebenarnya ia tidak benar sebab faedah telah dimasukkan dalam kiraan harga rumah lebih awal. Dengan tidak perlu membayar 10% dari kos rumah pendahuluan atau ‘up-front’, pihak yang bergiat dalam spekulasi sangat tergalak untuk membeli beberapa property yang akan dijual atau ‘flip’ setelah siap.

3. Memperkenalkan semula cukai keuntungan penjualan property RPGT  atau ‘Real Property Gains Tax’ kepada kadar asal dan/atau mempastikan pegangan sesuatu hartanah itu dipanjangkan kepada 3 tahun berbanding 2 tahun bagi mengelakkan kegiatan spekulasi. Dalam tahun 1976 RPGT atau lebih dikenali dengan Cukai Spekulasi Tanah adalah pada kadar 50% kalau dijual dalam 2 tahun yang kemudian diturunkan kepada 30%. Pada tahun2003, cukai ini dihapuskan samasekali yakni 0%. Kesilapan kerajaan itu diperbaikki dengan mengenakankembali RPGTsebanyak 15%. Kini ia bukan sahaja dikenakan semula tetapi mesti diperketatkan kepada pegangan selama 3 tahun. Ini yang perlu dikenakan segera oleh kerajaan berbanding GST yang bakal membebankan rakyat berpendapata rendah.

Di samping itu adalah disyorkan agar kerajaan juga mempastikan persoalan bekalan (supply-side) kerana isu harga juga tertakluk kepada undang-undang bekalan permintaan (supply-demand economics).

Maka wajar bagi kerajaan, kedua-dua Pusat dan Negeri mempastikan bekalan terutama ‘rumah mampu milik’ atau ‘affordable housing’ samada oleh pemaju kerajaan sendiri atau dijalankan secara joint-venture oleh pihak swasta. Disamping itu wajar juga kerajaan memerhatikan penjualan hartanah kepada pihak asing atau ‘foreign buyers’ tidak mencetuskan kenaikan harga di segi segmen ‘high-end’ atau rumah kos tinggi.

Ia telah terbukti boleh menjadikan pemaju kurang minat untuk membina rumah yang bertaraf mampu milik sebab keuntungan atau ‘margin’ nya rendah. Pemaju lebih mahu membina segmen ‘high-end’. Kesemua ini memerlukan intervensi kerajaan dengan dasar yang betul dan pruden sebelum rakyat sendiri bdapata sederhana terpinggir dengan bekalan yang tidak mencukupi dan satu pihak lain yang berkemampuan terbeban dengan persaingan yang tidak adil kerana pihak luar juga membeli secara ‘spekulatif’. Ada pihak pemaju diketahui lebih suka menjual kepada pihak luar. Ini pun satu gejala juga.

Disaming itu juga kerajaan boleh bertindak mengurang kos pembinaan bagi menurunkan harga rumah khususnya dari segi bekalan semen dan besi keluli. Tamatkan monopoli pengimportan semen dan bemensi keluli dengan tidak menghentikan pemberian AP dalam dua bahan bina terpenting ini yang sekaligus akan menyaksikan harga kos rumah dan pembinaan mampu diturunkan.

Agak pelik penjualan besi (steel) adalah pada paras yang hampir dua kali ganda harga pasaran dunia. Industri pembinaan adalah industri yang  telah matang dan tidak perlu perlindungan dengan AP. Izinkan pasaran menentukan harga dan kita akan saksikan bahawa tidak ada pengherotan atau ‘market distortion’ dalam harga hartanah. Ia sekaligus akan mengurangkan harga rumah dan hartanah. Menafaatnya adalah untuk rakyat.


Dr Dzulkefly Ahmad,
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Tiada ulasan: