RUU PCA terpaksa lalui undi belah bahagi
Harakahdaily, | 02 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah
(PCA) (Pindaan dan Peluasan) 2013 yang melalui perbahasan sejak semalam
dilulus Dewan Rakyat untuk dibentang ke peringkat jawatankuasa secara
undian belah bahagi petang ini.
Ianya merupakan kali pertama pada sesi kali ini memperlihatkan RUU terpaksa melalui undian belah bahagi sebelum di bawa ke peringkat jawatankuasa.
Dalam keputusan undian petang ini, seramai 115 orang anggota parlimen menyatakan bersetuju untuk bacaan kedua manakala 66 orang lagi tidak bersetuju.
Keputusan tersebut dibacakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Terdahulu, speaker membenarkan permohonan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang mencadangkan undian belah bahagi tersebut tersebut.
Sejak dibentang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untik bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam, seramai sembilan wakil diberi peluang berbahas.
Lima daripadanya adalah wakil Pakatan Rakyat, manakala bakinya dari wakil BN.
Sukan SEA edisi ke-27 dijadualkan berlangsung di Myanmar dari 11
hingga 22 Disember tahun ini. Sukan utama dalam kalangan negara asia
tenggara itu merupakan suatu landasan mengeratkan negara rantau ini.
Namun, saya berpandangan adalah wajar negara kita Malaysia memboikotnya pada kali ini. Cadangan ini dibuat memandangkan negara tuan rumah mempunyai rekod hak asasi manusia yang sangat teruk. Kita bukan memboikot sukan tersebut tetapi memboikot tuan rumahnya, Myanmar.
Baru-baru ini, sekali lagi kita melihatnya di media massa bagaimana pemerintah Myanmar gagal melindungi bangsa Rohingya daripada menjadi mangsa etnik utama Myanmar. Sebelum ini pun telah ratusan nyawa menjadi korban dan ribuan menjadi pelarian di merata negara termasuk Malaysia. Segala teguran antarabangsa khususnya PBB tidak memberi apa-apa kesan.
Sekali imbas, kebanyakan kita mengatakan krisis ini membabitkan antara Islam dan Buddha di Myanmar. Hakikatnya, Myanmar cuba melakukan pembersihan etnik. Pelbagai cara dilakukan sama ada secara kejam iaitu membiarkan etnik minoriti dibunuh dan sebagainya dan pada masa yang sama memaksa mereka melarikan diri ke negara lain.
Bukan umat Islam Myanmar sahaja yang menderita akibat dasar ini, malah entik karen yang tinggal di sempadan Thai turut mengalami nasib yang sama.
Yang berlaku di Myanmar bukanlah perbalahan agama tetapi cubaan menghalau etnik selain bangsa mereka.
Oleh hal yang demikian, wajarlah Malaysia memboikotnya atas dasar hak asasi manusia sejagat dan sepatutnya semua negara asia tenggara mengambil langkah yang sama. Tujuannya tidak lain ialah supaya kerajaan Mynmar turut menghormati kepelbagaian bangsa rakyatnya, seperti negara lain di rantau ini
KANGAR:
Semua PAS kawasan di Perlis sudah menyelesaikan mesyuarat agung tahunan
masing-masing dengan menyaksikan semuanya mendapat teraju baru bagi
sesi 2013-2015.
PAS Arau yang mengadakan mesyuarat agung kali ke-39 pada 16 September lalu menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang, Mohd Shukri Ramli dipilih selaku Yang Dipertua.
Sementara itu, penyandang jawatan Yang Dipertua, Rus'sele Eizan pula sebagai Timbalan Yang Dipertua dan muka baru Zulmi Sabri dipilih sebagai Naib Yang Dipertua.
Manakala PAS Padang Besar yang bermesyuarat agung kali ke-19 pada 22 September menyaksikan Kamis Yub dipilih sebagai Yang Dipertua. Manakala penyandang, Wan Kharizal Wan Khazim dan Ustaz Yahaya Ahmad kekal dipillih selaku Timbalan dan Naib Yang Dipertua.
Sementara itu, PAS Kangar yang mengadakan mesyauarat agung ke-38 Ahad lalu juga memperolehi Yang Dipertua baru apabila Ustaz Ya'akub Abu Seman menang tanpa bertanding.
Beliau akan berganding dengan Baharuddin Ahmad dan Wan Hassan Ismail masing-masing selaku Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua.
KUALA LUMPUR: “Pengumuman Presiden Barack Obama menangguh lawatan ke Malaysia adalah suatu maklumat yang kami sambut dengan lega.
“Akan tetapi ini tidak bermakna kami masih menerima bahawa beliau akan disambut untuk datang ke Malaysia sesudah isu dalaman negara Amerika Syarikat (AS) selesai,” ujar Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Justeru, beliau dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya tetap bertegas bahawa Presiden AS itu tidak dialu-alukan untuk datang ke Malaysia pada masa akan datang.
Katanya, rakyat Malaysia sangat tahu agenda AS dan kehadhiran Obama akan melambangkan negara menyambut seorang Presiden sebuah kerajaan AS yang berkonspirasi untuk menghancurkan umat Islam dan mengeksploitasi negara membangun seperti Malaysia.
Tambahnya, tidak ada sebab kenapa Malaysia harus bersedia menerima beliau sedangkan polisi luar negara AS sangat ganas terhadap negara-negara umat Islam atas nama membanteras terrorisme.
Sehubungan itu, ujarnya Mapim menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib membatalkan terus jemputan Obama untuk datang ke Malaysia.
Katanya, kuasa imperialis itu tidak seharusnya diberi muka untuk mengguna pengaruhnya bagi memujuk Malaysia agar ikut kehendak AS dalam apa agenda sekalipun.
“Kini beliau sendiri terpaksa menghadapi masalah dalaman negaranya sendiri yang membuktikan AS tidak layak menasihati mana-mana negara untuk mengadakan perjanjian dengannya semada dalam bidang ekonomi, keselamatan dalam negeri, ketenteraan mahupun politik.
“Kami menggesa PM Malaysia jangan terlalu takut untuk menyatakan pendirian tegas terhadap segala polisi AS yang bersifat hipokrit bila bercakap soal demokrasi dan hak asasi manusia,” tegasnya.
Beliau berkata, Mapim tidak akan teragak untuk sekali lagi merancang agar rakyat menunjukkan sikap tegas menolak kedatangan Obama jika beliau memutuskan untuk datang ke Malaysia pada tarikh yang baru.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri hari ini
memaklumkan bahawa pihak polis tidak menjalankan siasatan terhadap anak
Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib yang
didakwa mempunyai kira-kira AS$700 juta (lebih RM2 billion) dalam
akaunnya.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut), menteri berkata, ia kerana tiada laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan dakwaan itu untuk pihak polis menjustifikasikannya bagi menjalankan siasatan.
"Pihak polis juga tidak mempunyai pengetahuan sama ada dakwaan ini disiasat oleh pihak lain," kenyataan itu dipetik.
Sebelum ini, bekas isteri Abu Bekir, Shahnaz A. Majid memberitahu Mahkamah Syariah Kuala Lumpur wang dengan jumlah tersebut disimpan di bank serata dunia termasuk Switzerland dan Luxembourg.
Beliau berkata, beliau tidak ingat di mana akaun berkenaan secara spesifik namun memberitahu jumlahnya AS$700 juta dalam akaun Abu Bekir.
Shahnaz memberi keterangan di mahkamah berhubung permohonan pampasannya RM300 juta dan RM100 juta mutaah dalam permohonan penceraian mereka.
Shahnaz, 50, turut mendakwa Abu Bekir memiliki 150 buah syarikat dan pemegang saham dalam 21 syarikat tersebut dan memiliki RM1 bilion pegangan saham.
KUALA LUMPUR: Sebagai
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak wajar
sewenang-wenangnya memberi respons seperti melepaskan batuk di tangga
dalam isu kehilangan senjata api menurut laporan audit negara.
Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, kehilangan sebanyak 44 laras senjata api adalah satu perkara yang serius mengendurkan keyakinan awam terhadap keselamatan dan keamanan negara.
“Jelaslah definisi negara aman yang dilaungkan itu hanyalah retorik semata-mata sedangkan PDRM sendiri terlibat hampir 50 kes kehilangan senjata api,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, ujarnya SAMM membidas kenyataan itu dengan mempersoalkan 'bagaimana Khalid tahu senjata api yang dikatakan hilang itu tidak terlepas ke tangan penjenayah’.
Sedangkan, katanya telah dilaporkan sebelum ini terdapat kes senjata api dicuri ketika anggota polis tidur di dalam kenderaan peronda.
Tambahnya, jawapan Khalid kononnya senjata api yang hilang itu barangkali terjatuh dalam laut yang akhirnya tidak boleh dijumpai adalah hanya tekaan rambang.
Sepatutnya, kata beliau kenyataan tersebut disokong oleh statistik yang tepat, berapa kes pistol jatuh ke dalam laut.
“Berapa laras pula senapang automatik yang jatuh ke dalam sungai?” tanya beliau.
Juga, tanya beliau apakah bom jenis C4 yang digunakan untuk meletup seorang penterjemah berbangsa Mongolia adalah termasuk dalam kes-kes kehilangan senjata api seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara.
“Di manakah laporannya?” katanya lagi.
Justeru, kata beliau SAMM menggesa agar Ketua Polis Negara dan pihak PDRM mengambil pendekatan lebih bertanggungjawab dalam memberikan respons kepada umum.
Ini, ujarnya kerana rakyat ketika ini memerlukan lebih jaminan keselamatan memandangkan kes jenayah melibatkan senjata api sangat berleluasa.
Walaupun
Najib sudah disahkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO 2013
dan ini merupakan penggal keduanya selepas menang tanda ditandingi juga
pada 2004 lalu, masa depan beliau sebenarnya masih lagi dilihat tidak
selamat. Kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri dilihat tidak
sepanjang masa kukuh untuknya dan beliau seolah-olah bila-bila masa saja
boleh tercampak daripadanya.
Jika di hati rakyat beliau tidak mendapat sokongan majoriti, di dalam UMNO juga popularitinya tidak berada ke kedudukan nombor satu sedangkan beliau sedang mengetahui parti dan kerajaan.
Dalam pilihanraya umum, meskipun BN kekal memerintah dengan kemenangan 133 kerusi berbanding PR yang hanya 89 kerusi, tetapi undi majoriti yang diperolehi BN hanyalah 47 peratus manakala PR meraih undi popular rakyat sebanyak 51 peratus.
Di dalam UMNO pula, kaji selidik terbaru yang dilakukan oleh Merdeka Center mendapati populariti Najib di kalangan ahli UMNO hanyalah sebanyak 69 peratus berbanding bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang mendapat 79 peratus undian.
Dengan kedudukan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri serta setiap hari berita dan gambarnya terpampang di akhbar dan tv, keberadaannya di kedudukan nombor dua di belakang Mahathir itu merupakan sesuatu yang malang dan memalukan. Ini menjadikan keadaannya adalah sama dengan kemenangan dalam pilihanraya umum lalu. BN yang dipimpinnya menang dalam pilihanraya tetapi kepimpinannya tiada dihati rakyat, di dalam UMNO pula beliau kekal sebagai Presiden UMNO tanpa ditandingi tetapi beliau tidak berada di hati ahli-ahli UMNO.
Tidak berada di hati rakyat dan tidak juga kukuh di hati ahli-ahli UMNO, ini menjadikan kedudukannya tidak selamat dan boleh dikuis pada bila-bila masa, selain perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang boleh menggugat kedudukannya.
Kepimpinan dan kewibawaan Mahathir ternyata masih kukuh melekat dalam jiwa ahli-ahli UMNO, tambahan pula dalam banyak aspek pencapaian sebagai Perdana Menteri, Najib bukan saja jauh berbeza dengan Mahathir, malah beliau juga dilihat lebih lemah berbanding Pak Lah.
Mengetahui bahawa kedudukannya lebih popular daripada Najib, Mahathir secara bergurau berkata, "Saya nak jadi PM lagi sekalilah."
Walau dengan nada bergurau, kata-kata Mahathir itu ternyata penuh sindiran. Ini kerana meskipun sudah lebih 10 tahun meninggalkan persada kuasa sebagai Perdana Menteri, Najib masih tidak mampu menandinginya.
Dan menjelang pemilihan UMNO 19 Oktober depan, kedudukan Najib tidak terlepas daripada pemerhatian banyak pihak. Dengan Mahathir dilihat mempunyai proksinya kali ini iaitu anaknya, Mukhriz yang bertanding jawatan Naib Presiden UMNO manakala Najib dipercayai masih mahu mengekalkan penyandang sedia ada iaitu Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie Apdal, pertembungan pengaruh antara keduanya tidak dapat dielakkan lagi.
Apatah lagi, seiring dengan mood dan kehendak majoriti perwakilan yang seolah-olah mahukan Mukhriz menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO, Mahathir juga terlihat turut sibuk untuk mengelakkan anaknya bakal kecundang. Saranan dan gesaannya berulangkali yang mahukan UMNO membuka pintu kepada pemimpin muda yang berbakat untuk mengelakkan parti itu daripada mati serta terus relevan adalah sebenarnya untuk menyediakan ruang yang lebih terbuka untuk anaknya itu.
Menyedari bahawa wujud pertembungan kepentingan dengan Najib ketika ini, Mahathir juga dilihat mulai kritikal terhadap beberapa dasar dan pendekatan Najib. Selain mengekalkan rasa tidak setujunya dengan pemberian tunai kepada rakyat melalui BR1M, semalam beliau mengkritik lagi rancangan Najib mahu memberi BR1M sebanyak dua kali setahun dengan menyifatkan tindakan itu menyebabkan rakyat menjadi lebih malas dan terlalu bergantung kepada kerajaan.
Najib pula dilihat amat bergantung kepada dasar pemberian tunai untuk meningkatkan sokongan terhadapnya. Kritikan Mahathir sedikit-sebanyak tentunya mengganggu pelan asal Najib mengenai BR1M, sama seperti terganggunya beliau dengan kehadiran Mukhriz dalam pertandingan Naib Presiden UMNO. Sama ada mengekalkan BR1M, lebih-lebih lagi menjadikannya dua kali setahun, ia pastinya akan menjadikan kritikan Mahthir lebih pedas lagi kerana pemberian tunai itu akan dikaitkan dengan peningkatan hutang negara yang kini sudah mencecah 51 peratus berbanding KDNK negara.
Sebelum itu juga, Mahathir melontarkan sindiran dengan mengatakan seseorang pemimpin tidak harus memegang jawatan terlalu lama dan mesti tahu bila harus berhenti bagi mengelakkan parti terus dikuasai oleh orang-orang bodoh. Perjanjian Trans Pasifik atau TPPA juga tidak terlepas daripada kritikan Mahathir manakala Najib pula begitu beria-ia mahukan ia ditandatangani dan bersikap pro Amerika.
Di sebalik semua perlakuan Mahathir itu, persoalan yang mula bermain di kepala ahli-ahli UMNO ialah sampai bilakah Najib mampu mempertahankan kedudukannya? Walaupun sebelum ini Mahathir menyokong Najib terus dikekalkan tetapi sejarah lampaunya juga menunjukkan beliau pernah memainkan peranan menjatuhkan orang yang dulu merupakan pilihannya sendiri.
Semasa berkuasa, beliau menyingkirkan Musa Hitam, Tengku Razaleigh, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim tetapi setelah tiada kuasa, beliau juga mampu menjatuhkan Pak Lah.
Bibit-bibit perbezaan antara Najib dan Mahathir sudah mulai dikesan sekarang ini dan semakin menjadi percakapan ramai, baik di dalam mahu pun di luar UMNO. Kritikan terbukanya mengenai UMNO dan beberapa dasar Najib makin lantang kebelakangan ini memperlihatkan kecenderungan orangramai untuk mempercayainya.
Walaupun menang tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO, Najib dipercayai tidak akan kekal sehingga pilihanraya akan datang. Selepas pilihanraya lalu, tidak ada perubahan dalam kepimpinan Najib yang membolehkan sesiapa meyakininya mampu membawa kejayaan lebih cemerlang dalam PRU 14 nanti. Kritikan Mahathir mengenai UMNO dan dasar Najib adalah untuk membuktikan bahawa perubahan yang dijanjikan tidak berlaku sama-sekali sedangkan antara syarat beliau dikekalkan ialah untuk memberi peluang dan memastikannya berubah selepas keputusan terburuk BN dalam pilihanraya lalu.
Mahathir dipercayai sedang memantau dengan teliti semua keadaan yang berlaku dalam UMNO dan juga kerajaan dan keputusan pemilihan UMNO 19 Oktober depan akan menjadi titik-tolak kepada langkah beliau yang seterusnya. Dengan menjadi orang paling popular dalam UMNO, sementara Najib bukan saja tidak popular dalam UMNO tetapi juga tidak melekat dihati rakyat, usaha Mahathir itu tidaklah sesukar mana.
Kita akan melihat sama ada sejarah Pak Lah berulang kepada Najib ataupun beliau mampu mengelaknya tidak berada lama selepas pemilihan UMNO ini berakhir nanti. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
KUALA LUMPUR:
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak membuat 'homework'
apabila menafikan Malaysia sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah.
Katanya, Shahidan gagal untuk menjadi seorang menteri yang memiliki integriti apabila hanya mengeluarkan kenyataan yang dilihat lebih kepada mengampu.
"Kenapa buat kenyataan yang hanya bersifat mengampu tanpa rujuk dengan teliti dalam Laporan Ketua Audit?
"Shahidan, lain kali buat 'homework', baca dahulu! Bukan sekadar untuk buat kenyataan retorik yang jelas cakap tanpa fakta," katanya.
Shahidan dalam kenyataannya semalam memberitahu Malaysia negara yang terbersih daripada perbuatan rasuah malahan negara ini mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Malaysia adalah kerajaan yang paling telus, adil dan bijaksana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Dalam pada itu, Salahuddin kecewa apabila melihat laporan Audit Negara 2012 yang menunjukkan masih berlaku penyelewengan dan ketirisan dalam pengurusan kewangan negara walaupun laporan itu dibuat setiap tahun.
"Melalui pengalaman saya di dalam parlimen selama sembilan tahun kerajaan tidak belajar daripada laporan audit yang dibentang, kerana setiap tahun ketirisan tetap juga berlaku," katanya kepada Harakahdaily.
Malangnya, jelas Salahudin, kerajaan seperti tidak serius menangani masalah ketirisan walaupun laporan mengatakan kerugian kerugian harta awam semakin berleluasa.
"Walaupun SPRM lantang membuat promosi pencegahan rasuah, tetapi tidak ada pendekatan holistik daripada kerajaan, kita saksi isu-isu yang dilaporkan berulang-ulang setiap tahun," katanya.
Justeru katanya, konsep wassatiyah yang dilaungkan kerajaan sia-sia sahaja kerana kerugian ekoran kegagalan pengurusan masih terus berlaku.
Ianya merupakan kali pertama pada sesi kali ini memperlihatkan RUU terpaksa melalui undian belah bahagi sebelum di bawa ke peringkat jawatankuasa.
Dalam keputusan undian petang ini, seramai 115 orang anggota parlimen menyatakan bersetuju untuk bacaan kedua manakala 66 orang lagi tidak bersetuju.
Keputusan tersebut dibacakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Terdahulu, speaker membenarkan permohonan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang mencadangkan undian belah bahagi tersebut tersebut.
Sejak dibentang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untik bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam, seramai sembilan wakil diberi peluang berbahas.
Lima daripadanya adalah wakil Pakatan Rakyat, manakala bakinya dari wakil BN.
Malaysia patut boikot Sukan Sea
Hambali Akram, |
Namun, saya berpandangan adalah wajar negara kita Malaysia memboikotnya pada kali ini. Cadangan ini dibuat memandangkan negara tuan rumah mempunyai rekod hak asasi manusia yang sangat teruk. Kita bukan memboikot sukan tersebut tetapi memboikot tuan rumahnya, Myanmar.
Baru-baru ini, sekali lagi kita melihatnya di media massa bagaimana pemerintah Myanmar gagal melindungi bangsa Rohingya daripada menjadi mangsa etnik utama Myanmar. Sebelum ini pun telah ratusan nyawa menjadi korban dan ribuan menjadi pelarian di merata negara termasuk Malaysia. Segala teguran antarabangsa khususnya PBB tidak memberi apa-apa kesan.
Sekali imbas, kebanyakan kita mengatakan krisis ini membabitkan antara Islam dan Buddha di Myanmar. Hakikatnya, Myanmar cuba melakukan pembersihan etnik. Pelbagai cara dilakukan sama ada secara kejam iaitu membiarkan etnik minoriti dibunuh dan sebagainya dan pada masa yang sama memaksa mereka melarikan diri ke negara lain.
Bukan umat Islam Myanmar sahaja yang menderita akibat dasar ini, malah entik karen yang tinggal di sempadan Thai turut mengalami nasib yang sama.
Yang berlaku di Myanmar bukanlah perbalahan agama tetapi cubaan menghalau etnik selain bangsa mereka.
Oleh hal yang demikian, wajarlah Malaysia memboikotnya atas dasar hak asasi manusia sejagat dan sepatutnya semua negara asia tenggara mengambil langkah yang sama. Tujuannya tidak lain ialah supaya kerajaan Mynmar turut menghormati kepelbagaian bangsa rakyatnya, seperti negara lain di rantau ini
Semua PAS kawasan di Perlis dapat YDP baru
Bashir Ishak, | 02 Okt 2013 |
PAS Arau yang mengadakan mesyuarat agung kali ke-39 pada 16 September lalu menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang, Mohd Shukri Ramli dipilih selaku Yang Dipertua.
Sementara itu, penyandang jawatan Yang Dipertua, Rus'sele Eizan pula sebagai Timbalan Yang Dipertua dan muka baru Zulmi Sabri dipilih sebagai Naib Yang Dipertua.
Manakala PAS Padang Besar yang bermesyuarat agung kali ke-19 pada 22 September menyaksikan Kamis Yub dipilih sebagai Yang Dipertua. Manakala penyandang, Wan Kharizal Wan Khazim dan Ustaz Yahaya Ahmad kekal dipillih selaku Timbalan dan Naib Yang Dipertua.
Sementara itu, PAS Kangar yang mengadakan mesyauarat agung ke-38 Ahad lalu juga memperolehi Yang Dipertua baru apabila Ustaz Ya'akub Abu Seman menang tanpa bertanding.
Beliau akan berganding dengan Baharuddin Ahmad dan Wan Hassan Ismail masing-masing selaku Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua.
Mapim tegaskan Obama tak perlu datang ke M’sia
Harakahdaily, | 02 Okt 2013 |
“Akan tetapi ini tidak bermakna kami masih menerima bahawa beliau akan disambut untuk datang ke Malaysia sesudah isu dalaman negara Amerika Syarikat (AS) selesai,” ujar Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Justeru, beliau dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya tetap bertegas bahawa Presiden AS itu tidak dialu-alukan untuk datang ke Malaysia pada masa akan datang.
Katanya, rakyat Malaysia sangat tahu agenda AS dan kehadhiran Obama akan melambangkan negara menyambut seorang Presiden sebuah kerajaan AS yang berkonspirasi untuk menghancurkan umat Islam dan mengeksploitasi negara membangun seperti Malaysia.
Tambahnya, tidak ada sebab kenapa Malaysia harus bersedia menerima beliau sedangkan polisi luar negara AS sangat ganas terhadap negara-negara umat Islam atas nama membanteras terrorisme.
Sehubungan itu, ujarnya Mapim menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib membatalkan terus jemputan Obama untuk datang ke Malaysia.
Katanya, kuasa imperialis itu tidak seharusnya diberi muka untuk mengguna pengaruhnya bagi memujuk Malaysia agar ikut kehendak AS dalam apa agenda sekalipun.
“Kini beliau sendiri terpaksa menghadapi masalah dalaman negaranya sendiri yang membuktikan AS tidak layak menasihati mana-mana negara untuk mengadakan perjanjian dengannya semada dalam bidang ekonomi, keselamatan dalam negeri, ketenteraan mahupun politik.
“Kami menggesa PM Malaysia jangan terlalu takut untuk menyatakan pendirian tegas terhadap segala polisi AS yang bersifat hipokrit bila bercakap soal demokrasi dan hak asasi manusia,” tegasnya.
Beliau berkata, Mapim tidak akan teragak untuk sekali lagi merancang agar rakyat menunjukkan sikap tegas menolak kedatangan Obama jika beliau memutuskan untuk datang ke Malaysia pada tarikh yang baru.
Polis tidak siasat dakwaan RM2.1b milik anak Taib
Harakahdaily, | 02 Okt 2013 |
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut), menteri berkata, ia kerana tiada laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan dakwaan itu untuk pihak polis menjustifikasikannya bagi menjalankan siasatan.
"Pihak polis juga tidak mempunyai pengetahuan sama ada dakwaan ini disiasat oleh pihak lain," kenyataan itu dipetik.
Sebelum ini, bekas isteri Abu Bekir, Shahnaz A. Majid memberitahu Mahkamah Syariah Kuala Lumpur wang dengan jumlah tersebut disimpan di bank serata dunia termasuk Switzerland dan Luxembourg.
Beliau berkata, beliau tidak ingat di mana akaun berkenaan secara spesifik namun memberitahu jumlahnya AS$700 juta dalam akaun Abu Bekir.
Shahnaz memberi keterangan di mahkamah berhubung permohonan pampasannya RM300 juta dan RM100 juta mutaah dalam permohonan penceraian mereka.
Shahnaz, 50, turut mendakwa Abu Bekir memiliki 150 buah syarikat dan pemegang saham dalam 21 syarikat tersebut dan memiliki RM1 bilion pegangan saham.
Hilang senjata api: Rakyat mahu jawapan, bukan barangkalian
Harakahdaily, | 02 Okt 2013 |
Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, kehilangan sebanyak 44 laras senjata api adalah satu perkara yang serius mengendurkan keyakinan awam terhadap keselamatan dan keamanan negara.
“Jelaslah definisi negara aman yang dilaungkan itu hanyalah retorik semata-mata sedangkan PDRM sendiri terlibat hampir 50 kes kehilangan senjata api,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, ujarnya SAMM membidas kenyataan itu dengan mempersoalkan 'bagaimana Khalid tahu senjata api yang dikatakan hilang itu tidak terlepas ke tangan penjenayah’.
Sedangkan, katanya telah dilaporkan sebelum ini terdapat kes senjata api dicuri ketika anggota polis tidur di dalam kenderaan peronda.
Tambahnya, jawapan Khalid kononnya senjata api yang hilang itu barangkali terjatuh dalam laut yang akhirnya tidak boleh dijumpai adalah hanya tekaan rambang.
Sepatutnya, kata beliau kenyataan tersebut disokong oleh statistik yang tepat, berapa kes pistol jatuh ke dalam laut.
“Berapa laras pula senapang automatik yang jatuh ke dalam sungai?” tanya beliau.
Juga, tanya beliau apakah bom jenis C4 yang digunakan untuk meletup seorang penterjemah berbangsa Mongolia adalah termasuk dalam kes-kes kehilangan senjata api seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara.
“Di manakah laporannya?” katanya lagi.
Justeru, kata beliau SAMM menggesa agar Ketua Polis Negara dan pihak PDRM mengambil pendekatan lebih bertanggungjawab dalam memberikan respons kepada umum.
Ini, ujarnya kerana rakyat ketika ini memerlukan lebih jaminan keselamatan memandangkan kes jenayah melibatkan senjata api sangat berleluasa.
Berapa lamakah Najib mampu bertahan?
Shahbudin Husin, | 02 Okt 2013 |
Jika di hati rakyat beliau tidak mendapat sokongan majoriti, di dalam UMNO juga popularitinya tidak berada ke kedudukan nombor satu sedangkan beliau sedang mengetahui parti dan kerajaan.
Dalam pilihanraya umum, meskipun BN kekal memerintah dengan kemenangan 133 kerusi berbanding PR yang hanya 89 kerusi, tetapi undi majoriti yang diperolehi BN hanyalah 47 peratus manakala PR meraih undi popular rakyat sebanyak 51 peratus.
Di dalam UMNO pula, kaji selidik terbaru yang dilakukan oleh Merdeka Center mendapati populariti Najib di kalangan ahli UMNO hanyalah sebanyak 69 peratus berbanding bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang mendapat 79 peratus undian.
Dengan kedudukan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri serta setiap hari berita dan gambarnya terpampang di akhbar dan tv, keberadaannya di kedudukan nombor dua di belakang Mahathir itu merupakan sesuatu yang malang dan memalukan. Ini menjadikan keadaannya adalah sama dengan kemenangan dalam pilihanraya umum lalu. BN yang dipimpinnya menang dalam pilihanraya tetapi kepimpinannya tiada dihati rakyat, di dalam UMNO pula beliau kekal sebagai Presiden UMNO tanpa ditandingi tetapi beliau tidak berada di hati ahli-ahli UMNO.
Tidak berada di hati rakyat dan tidak juga kukuh di hati ahli-ahli UMNO, ini menjadikan kedudukannya tidak selamat dan boleh dikuis pada bila-bila masa, selain perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang boleh menggugat kedudukannya.
Kepimpinan dan kewibawaan Mahathir ternyata masih kukuh melekat dalam jiwa ahli-ahli UMNO, tambahan pula dalam banyak aspek pencapaian sebagai Perdana Menteri, Najib bukan saja jauh berbeza dengan Mahathir, malah beliau juga dilihat lebih lemah berbanding Pak Lah.
Mengetahui bahawa kedudukannya lebih popular daripada Najib, Mahathir secara bergurau berkata, "Saya nak jadi PM lagi sekalilah."
Walau dengan nada bergurau, kata-kata Mahathir itu ternyata penuh sindiran. Ini kerana meskipun sudah lebih 10 tahun meninggalkan persada kuasa sebagai Perdana Menteri, Najib masih tidak mampu menandinginya.
Dan menjelang pemilihan UMNO 19 Oktober depan, kedudukan Najib tidak terlepas daripada pemerhatian banyak pihak. Dengan Mahathir dilihat mempunyai proksinya kali ini iaitu anaknya, Mukhriz yang bertanding jawatan Naib Presiden UMNO manakala Najib dipercayai masih mahu mengekalkan penyandang sedia ada iaitu Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie Apdal, pertembungan pengaruh antara keduanya tidak dapat dielakkan lagi.
Apatah lagi, seiring dengan mood dan kehendak majoriti perwakilan yang seolah-olah mahukan Mukhriz menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO, Mahathir juga terlihat turut sibuk untuk mengelakkan anaknya bakal kecundang. Saranan dan gesaannya berulangkali yang mahukan UMNO membuka pintu kepada pemimpin muda yang berbakat untuk mengelakkan parti itu daripada mati serta terus relevan adalah sebenarnya untuk menyediakan ruang yang lebih terbuka untuk anaknya itu.
Menyedari bahawa wujud pertembungan kepentingan dengan Najib ketika ini, Mahathir juga dilihat mulai kritikal terhadap beberapa dasar dan pendekatan Najib. Selain mengekalkan rasa tidak setujunya dengan pemberian tunai kepada rakyat melalui BR1M, semalam beliau mengkritik lagi rancangan Najib mahu memberi BR1M sebanyak dua kali setahun dengan menyifatkan tindakan itu menyebabkan rakyat menjadi lebih malas dan terlalu bergantung kepada kerajaan.
Najib pula dilihat amat bergantung kepada dasar pemberian tunai untuk meningkatkan sokongan terhadapnya. Kritikan Mahathir sedikit-sebanyak tentunya mengganggu pelan asal Najib mengenai BR1M, sama seperti terganggunya beliau dengan kehadiran Mukhriz dalam pertandingan Naib Presiden UMNO. Sama ada mengekalkan BR1M, lebih-lebih lagi menjadikannya dua kali setahun, ia pastinya akan menjadikan kritikan Mahthir lebih pedas lagi kerana pemberian tunai itu akan dikaitkan dengan peningkatan hutang negara yang kini sudah mencecah 51 peratus berbanding KDNK negara.
Sebelum itu juga, Mahathir melontarkan sindiran dengan mengatakan seseorang pemimpin tidak harus memegang jawatan terlalu lama dan mesti tahu bila harus berhenti bagi mengelakkan parti terus dikuasai oleh orang-orang bodoh. Perjanjian Trans Pasifik atau TPPA juga tidak terlepas daripada kritikan Mahathir manakala Najib pula begitu beria-ia mahukan ia ditandatangani dan bersikap pro Amerika.
Di sebalik semua perlakuan Mahathir itu, persoalan yang mula bermain di kepala ahli-ahli UMNO ialah sampai bilakah Najib mampu mempertahankan kedudukannya? Walaupun sebelum ini Mahathir menyokong Najib terus dikekalkan tetapi sejarah lampaunya juga menunjukkan beliau pernah memainkan peranan menjatuhkan orang yang dulu merupakan pilihannya sendiri.
Semasa berkuasa, beliau menyingkirkan Musa Hitam, Tengku Razaleigh, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim tetapi setelah tiada kuasa, beliau juga mampu menjatuhkan Pak Lah.
Bibit-bibit perbezaan antara Najib dan Mahathir sudah mulai dikesan sekarang ini dan semakin menjadi percakapan ramai, baik di dalam mahu pun di luar UMNO. Kritikan terbukanya mengenai UMNO dan beberapa dasar Najib makin lantang kebelakangan ini memperlihatkan kecenderungan orangramai untuk mempercayainya.
Walaupun menang tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO, Najib dipercayai tidak akan kekal sehingga pilihanraya akan datang. Selepas pilihanraya lalu, tidak ada perubahan dalam kepimpinan Najib yang membolehkan sesiapa meyakininya mampu membawa kejayaan lebih cemerlang dalam PRU 14 nanti. Kritikan Mahathir mengenai UMNO dan dasar Najib adalah untuk membuktikan bahawa perubahan yang dijanjikan tidak berlaku sama-sekali sedangkan antara syarat beliau dikekalkan ialah untuk memberi peluang dan memastikannya berubah selepas keputusan terburuk BN dalam pilihanraya lalu.
Mahathir dipercayai sedang memantau dengan teliti semua keadaan yang berlaku dalam UMNO dan juga kerajaan dan keputusan pemilihan UMNO 19 Oktober depan akan menjadi titik-tolak kepada langkah beliau yang seterusnya. Dengan menjadi orang paling popular dalam UMNO, sementara Najib bukan saja tidak popular dalam UMNO tetapi juga tidak melekat dihati rakyat, usaha Mahathir itu tidaklah sesukar mana.
Kita akan melihat sama ada sejarah Pak Lah berulang kepada Najib ataupun beliau mampu mengelaknya tidak berada lama selepas pemilihan UMNO ini berakhir nanti. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Rasuah: Shahidan, lain kali buat 'homework'
Salmiyah Harun, | 02 Okt 2013 |
Katanya, Shahidan gagal untuk menjadi seorang menteri yang memiliki integriti apabila hanya mengeluarkan kenyataan yang dilihat lebih kepada mengampu.
"Kenapa buat kenyataan yang hanya bersifat mengampu tanpa rujuk dengan teliti dalam Laporan Ketua Audit?
"Shahidan, lain kali buat 'homework', baca dahulu! Bukan sekadar untuk buat kenyataan retorik yang jelas cakap tanpa fakta," katanya.
Shahidan dalam kenyataannya semalam memberitahu Malaysia negara yang terbersih daripada perbuatan rasuah malahan negara ini mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Malaysia adalah kerajaan yang paling telus, adil dan bijaksana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Dalam pada itu, Salahuddin kecewa apabila melihat laporan Audit Negara 2012 yang menunjukkan masih berlaku penyelewengan dan ketirisan dalam pengurusan kewangan negara walaupun laporan itu dibuat setiap tahun.
"Melalui pengalaman saya di dalam parlimen selama sembilan tahun kerajaan tidak belajar daripada laporan audit yang dibentang, kerana setiap tahun ketirisan tetap juga berlaku," katanya kepada Harakahdaily.
Malangnya, jelas Salahudin, kerajaan seperti tidak serius menangani masalah ketirisan walaupun laporan mengatakan kerugian kerugian harta awam semakin berleluasa.
"Walaupun SPRM lantang membuat promosi pencegahan rasuah, tetapi tidak ada pendekatan holistik daripada kerajaan, kita saksi isu-isu yang dilaporkan berulang-ulang setiap tahun," katanya.
Justeru katanya, konsep wassatiyah yang dilaungkan kerajaan sia-sia sahaja kerana kerugian ekoran kegagalan pengurusan masih terus berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan