Jumaat, 4 Oktober 2013

JANGAN BUAT MALULAH

Shabery: Jabatan Audit Culas Dalam Laporan K-Pop
Posted on Thursday, October 03 @ 22:55:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Jabatan Audit Negara culas dalam menjelaskan perkara sebenar dalam isu perbelanjaan RM1.6 juta untuk persembahan K-Pop Hari Belia Negara, kata bekas menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery, kini menteri komunikasi dan multimedia, berkata, jabatan itu hanya menyatakan jumlah keluar daripada akaun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tanpa mengambil kira jumlah "sumbangan" yang dimasukkan.

"Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan perkara sebenar kerana wang sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya.

Selain mendedahkan jumlah kosnya, laporan audit juga menegur KBS atas "perbelanjaan tinggi" dan "tidak "selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat" bagi belanja lain untuk sambutan tersebut - berjumlah hampir RM3 juta.

Kumpulan K-Pop dari Korea Selatan U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet terlibat dalam persembahan itu.

Menulis di Facebook, Shabery berkata, justeru itu, terbukti bahawa tiada wang rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan pembangkang yang hanya bersandarkan rumusan pendek Laporan Ketua Audit Negara 2012.

"Moga Rakyat celik mata dengan perkara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran sepertimana laporan audit negara tentang pembelian mesin scanner berharga RM14,000 seunit.

"Tetapi dalam isu KBS, ia tidak pembaziran wang rakyat sebaiknya adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara," katanya.

Bagaimanapun, berbeza dengan Shabery menteri belia dan sukan yang baru Khairy Jamaluddin berkata, KBS membuat bayaran besar itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.-mkini


 Kos Jet Peribadi RM86.4 Juta, Najib Dicadang Guna MAS
Posted on Thursday, October 03 @ 22:50:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

KUALA LUMPUR, 3 OKT : Kerajaan Pusat berbelanja lebih RM100 juta dalam tempoh tiga tahun untuk kos sewaan dan penyelenggaraan jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi program jelajah dan lawatan rasminya.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, kerajaan mengaku membelanjakan RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, kos penyelenggaraan (RM16.515 juta) dan untuk kos penambahbaikan jet (RM3.32 juta)

Selain itu, katanya, kerajaan juga menanggung perbelanjaan RM44.02 juta untuk membiayai kos lawatan luar negara Najib sejak 2008.

“Sebagai bandingan, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menaiki kelas pertama Singapore Airline ketika membuat lawatan ke luar negara dan ia menjimatkan jutaan wang rakyat.

“Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula sentiasa duduk kelas ekonomi ketika menjelajah atau membuat lawatan.

“Teladan baik harus dicontohi. Dicadangkan Najib membuat pertimbangan menaiki penerbangan kelas pertama Malaysia Airlines (MAS), bukan jet peribadi eksklusif,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ketika negara mengalami defisit 17 tahun berturut-turut, beliau berkata, kerajaan Umno BN gagal menunjukkan contoh baik dari segi pengurusan kewangan berhemah.

Katanya, kerajaan Umno BN juga terpaksa mengemukakan belanjawan tambahan sebanyak dua kali di Parlimen ekoran kegawatan ekonomi.

Beliau turut meminta Ketua Audit Negara menjalankan pengauditan ke atas Jabatan Perdana Menteri yang mengeluarkan bayaran emolumen dan gaji melebihi RM4 bilion setahun.-selangorku


 Tahap Kesakitan
Posted on Thursday, October 03 @ 22:39:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan.

Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan.

Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak.

Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan dan kasih sayang seorang ibu?

Kalau mati nanti entahla berapa del yang akan kita rasa.

mr-tazkirah.blogspot.com


 Liger! Kacukan Harimau Dan Singa Paling Besar Di Dunia
Posted on Thursday, October 03 @ 22:27:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Seekor liger bernama Hercules dicatat di dalam buku rekod Guinness sebagai liger terbesar di dunia dengan berat badan hampir setengah tan atau 418 kilogram.

Hercules yang kini hidup di taman safari Mytle Beach Carolina Selatan AS mempunyai tubuh sepanjang 332 sentimeter dan hampir setinggi bahu manusia ketika berjalan.

Hercules ini adalah seekor liger besar kacukan singa dan harimau. Pengumuman Guinness World Record ini diterbitkan Kamis (12/9/2013) seperti dipetik dari The State.



Pemilik 'Mytle Beach, Bhagavan "Doc" Antle adalah pencinta haiwan dan pengumpul dana untuk kelestarian haiwan luar biasa (www.rarespeciesfund.org) yang ditubuhkan pada 1982. Hercules telah beberapa kali dibawa mengelilinggi dunia demi dana untuk institusi yang ditubuhkan Antle.

Species Liger yang tidak ada di alam liar, boleh membesar dua kali saiz induknya dan mempunyai lebih berat dari harimau atau singa. Hercules punya kebiasaan berdiam diri jika dia tidak bersetuju atas perintah yang diberikan padanya.

malaysiasensasi.net


 PRK Dun Sg Limau: Penamaan Calon 23 Okt. 2013, Mengundi 4 Nov. 2013
Posted on Thursday, October 03 @ 18:02:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Pas sambut baik tarikh PRK Dun Sungai Limau

SHAH ALAM - Pas menyambut baik penetapan tarikh yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, pada 4 November depan.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tarikh tersebut sesuai memandangkan jarak antara Muktamar Pas agak jauh.

Menurutnya, tarikh tersebut membolehkan jentera pilihan raya parti dan PR bersiap sedia untuk menghadapi PRK kawasan itu.

"Kita sambut baik tarikh tersebut, apa yang kita risaukan sebelum ini  tarikh PRK hampir dengan Muktamar Pas pada 22 November depan.

"Tapi kila lihat 4 November itu, adalah tarikh yang sesuai untuk kita mengadakan mesyuarat dan memperkemaskan jentera kita bagi menghadapi PRK Sungai Limau," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Tuan Ibrahim menambah, Pas yakin mampu mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau kerana bekas penyandangnya mempunyai pengaruh yang kuat.

Minggu lalu, penyandang Dun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia selepas mengalami masalah kesihatan yang serius dan menyebabkan kerusi di kawasan tersebut menjadi kosong.

Sehubungan itu, hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menetapkan PRK Dun Sungai Limau akam diadakan pada 4 November depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan perkara tersebut hari ini pada sidang media selepas mesyuarat khas.

 "SPR telah menetapkan penamaan calon pada 23 Oktober dan pengundian biasa pada 4 November 2013.

 "Permohonan undi pos boleh dibuat pada hari ini.

 "Tarikh tutup undi pos luar negara adalah pada hari penamaan calon (23 Oktober) dan untuk petugas media dua hari selepas penamaan calon", katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya adakah kerusi berkemungkinan menjadi rebutan daripada rakan parti perikatan pembangkang yang lain, Tuan Ibrahim menyatakan keyakinan perkara tersebut tidak akan timbul.

"Ini kerusi kita, secara tradisi kerusi itu akan ditandingkan oleh Pas.

"Tak timbul parti PKR atau DAP untuk meletakkan calon pula," katanya.-SH


 Berita Buruk Buat Nelayan Dan Peminat Joran
Posted on Thursday, October 03 @ 18:07:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

" Jika dua minggu lepas,PDRM sibuk memantau seluruh pintu masuk ke negara ini takut-takut abu Chin Peng diseludup masuk.

Kini, selepas Laporan Audit 2012 dibentangkan kemungkinan PDRM akan membuat pemeriksaan ketat ke atas setiap bot nelayan dan tidak terkecuali ke atas peminat joran laut dalam di setiap jeti seluruh negara.

Setiap ikan dan hasil laut bakal diperiksa habis-habisan bagi mencari pistol dan gari polis yang "terjatuh" di dalam laut dan seterusnya di bimbangi dimakan oleh hidupan laut.

Lebih bahaya lagi jika ikan - ikan yang makan pistol dan gari itu dipukat oleh lanun-lanun Somalia!

Berita Buruk Buat Nelayan Dan Peminat Joran"


 Laporan Audit Dedah Kecurangan Kerajaan, Salah Urus Tadbir
Posted on Thursday, October 03 @ 16:26:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

KUALA LUMPUR 2 OKTOBER: Kecurangan penggunaan wang rakyat seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara akibat daripada kegagalan urustadbir kerajaan, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, kerajaan gagal mengamalkan beberapa prinsip yang terkandung dalam tatakelola pentadbiran yang baik seperti akauntabiliti, integriti dan ketelusan.

“Pendedahan laporan itu menunjukkan wang rakyat gagal diurus dengan baik. Begitu banyak pembaziran dan peruntukan yang diberikan hangus begitu sahaja,” ujarnya kepada Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Kuantan itu turut bimbang soal keselamatan negara apabila Audit mendapati sebanyak RM1.33 juta aset polis termasuk senjata api dan gari hilang di bawah jagaan pasukan itu.

“Bayangkan aset penting seperti itupun gagal dikendali dengan baik. Adakah keselamatan rakyat terjamin di bawah kawalan polis yang jelas mempunyai kelemahan.

“Itu belum termasuk Jabatan Kastam yang menempah kasut tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, kemudian membakarnya. Tindakan ini seolah-olah membakar duit rakyat,” katanya.

Beliau mempersoal kegagalan kerajaan mengambil tindakan konkrit untuk memastikan ketirisan wang rakyat tidak berulang.

“Harus difahami bahawa Laporan Audit itu membabitkan banyak aspek termasuk pemerolehan, tender yang tidak mengikut spesifikasi dan sebagainya sehingga membolehkan pemberian projek dan tender kepada kroni.

“Siasatan perlu untuk membasmi aktiviti yang merugikan aset rakyat seperti ini,” tegas Fuziah.-KD

Tiada ulasan: