Jumaat, 4 Oktober 2013

LAGI KESAL....KESAL TAK TERHINGGA DIAKHIRAT MASUK NERAKA...KERANA TAK BERIMAN SEPENUHNYA KEPADA ALLAH SWT

Tidak Menyesalkah Rakyat Sokong BN Yang Korup?
Posted on Friday, October 04 @ 01:53:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Noor Jaafar



HAIRAN juga, macam mana rakyat Malaysia masih boleh mempercayai Barisan Nasional (BN) untuk terus mentadbir negara sehingga lebih 50 tahun, sedangkan hampir setiap tahun Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewengan dan ketirisan yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan BN.

Mungkin mereka boleh ‘pejam mata’ dengan penyelewengan, pembaziran, salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku itu kerana menganggap wang dan harta bernilai jutaan dan berbilion ringgit itu milik kerajaan, bukannya milik mereka.

Sebab itu mereka tidak kisah atau ambil peduli berapa juta atau berapa bilion wang yang diseleweng dan dibazirkan sedangkan hakikatnya wang itu adalah milik rakyat yang membayar pelbagai cukai yang dikenakan kerajaan ke atas mereka.

Berlainan jadinya jika rakyat sedar bahawa wang dibazirkan, diseleweng dan dibelanjakan secara begitu boros oleh kerajaan itu adalah wang mereka, termasuk gaji yang dibayar kepada pemimpin politik dan kakitangan kerajaan.

Tidak tahulah macam mana rakyat masih boleh berdiam diri apabila dilaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan wang rakyat berjuta ringgit untuk mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri setiap tahun.

Kenapa Najib dan Rosmah yang berpendapatan begitu tinggi dan kaya masih menggunakan wang rakyat, bukannya wang sendiri untuk mengadakan majlis rumah terbuka yang dikatakan dihadiri beratus ribu tetamu.

Ini tidak termasuk penyelewengan lain yang dilakukan kementerian, jabatan kerajaan sepertimana yang didedahkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara, termasuk kecuaian Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyebabkan kehilangan senjata api membabitkan kos RM1.33 juta, yang juga dibeli dengan wang rakyat.

Sampai bila rakyat akan beri kepercayaan kepada BN memerintah

auditTidak tahu sampai bila rakyat akan sedar dan terus mengundi dan memberi mandat kepada BN yang dibarisi pemimpin yang tidak amanah, jujur dan yang mementingkan kekayaan kroni apabila dengan boros membelanjakan wang rakyat.

Atau rakyat mahu tunggu dan lihat negara ini bankrap dulu baru mereka mahu bertindak kerana sekarang ini mereka ‘dibuai’ dengan harapan dan janji akan diberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 sebulan sebagaimana manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Mereka (rakyat) masih boleh mengalah tidak membantah walaupun harga petroleum dan barangan pengguna lain kini naik mendadak.

Permasalahan juga tidak dapat dinafikan yang rasuah, pembaziran dan kecuaian meresap masuk dalam kerajaan daripada peringkat bawah sehingga atas. Jadi sekarang rakyat bukan hanya perlu bimbang terhadap ahli politik yang korup malah penjawat awam daripada atas hingga ke bawah juga turut terbabit sama.

Penyelewengan penbelian aset berlaku dalam jabatan kerajaan

Agak terkejut juga apabila dilaporkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) membelanjakan sehingga RM3,810 untuk membeli satu jam dinding yang harga sebenarnya hanya RM100. Rangkaian televisyen milik kerajaan Malaysia itu mempunyai 20 biji jam yang sama menjadikan harga keseluruhan adalah RM76,200.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 juga mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 309 barangan didapati hilang dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan. Barangan yang hilang itu direkodkan bagi tempoh 2010 hingga 2012, membabitkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.

Laporan menyatakan kehilangan gari mencatat kes paling tinggi iaitu sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis (29).

Bagaimanapun, jawapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar amal dikesali yang cuba ‘lepas tangan’ apabila mendakwa kehilangan itu tidak berlaku di bawah pengawasannya kerana beliau baru saja menyandang jawatan itu.

Ini bermakna PDRM tidak memandang serius kehilangan senjata api berkenaan sehingga mengambil masa begitu lama untuk menyiasat.

Khalid juga yakin senjata api yang hilang itu tidak jatuh ke tangan penjenayah kerana polis belum mengesan senjata api berkenaan diguna penjenayah.

Bagaimanapun agak lucu apabila Khalid mengandaikan kehilangan itu tidak semestinya jatuh kepada penjenayah, mungkin jatuh waktu atas bot dalam laut, atau dalam air dan tidak ada orang yang dapat.

Dalam satu yang berlaku tahun lalu, kerajaan bersungguh-sungguh menafikan usaha membawa kumpulan hiburan K-Pop bagi acara Hari Belia Negara 2012 itu ditanggung menggunakan wang rakyat namun Laporan Audit Negara 2012 mendapati sebaliknya – tiga kumpulan itu dibawa masuk membabitkan kos RM1.6 juta wang rakyat.

Kementerian Belia dan Sukan itu juga ditegur kerana “berbelanja boros’ wang rakyat termasuk belanja lain untuk sambutan itu yang berjumlah hampir RM3 juta.

Selain itu, kos pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di empat kolej komuniti juga dilaporkan berbeza iaitu antara RM35,350 dan RM281,249 kerana ketidakseragaman dalam penyediaan ‘Bill of Quantities’ (BQ).

Perolehan di empat kolej komuniti itu ialah sebanyak RM35,350 di Kolej Komuniti Segamat 2, Johor; Kolej Komuniti Selandar (RM139,200), Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka (RM281,249) dan Kolej Komuniti Gerik, Perak (RM144,900).

Maklum balas Kementerian Pengajian Tinggi yang diterima pada 19 April dan 31 Mei 2013 menyatakan perbezaan harga yang ketara disebabkan projek berkenaan ditender kepada pelaksana berbeza.

Tidak ada gunanya meredakan kemarahan rakyat dengan bantuan tunai BR1M atau perumahan mampu milik jika kerajaan masih memandang sebelah mata terhadap rasuah dan pembaziran Putrajaya, jabatan kerajaan, agensi awam atau firma negeri.

Audit puji prestasi SSIC milik Kerajaan Negeri Selangor

Berlainan sekali dengan Laporan Ketua Audit Negara yang berpuashati dengan prestasi Selangor State Investment Centre Berhad (SSIC) yang memperoleh peningkatan lebihan pendapatan tahunan dan terkumpul pada 2011 berbanding 2009.

SSIC, syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) bukan sebuah entiti yang berorientasikan keuntungan tetapi berteraskan perkhidmatan dan perjalanan aktiviti syarikat dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri.

Pengauditan yang dijalankan antara Julai hingga Oktober 2012 mendapati status kewangan SSIC memperoleh lebihan pendapatan bagi 2011 sebanyak RM1.08 juta berbanding 2009 hanya RM0.54 juta.

Sehingga 31 Disember 2011, lebihan pendapatan terkumpul SSIC adalah RM1.99 juta, lebihan pendapatan ini merupakan lebihan geran yang diperoleh daripada kerajaan negeri.

SSIC mencatatkan lebihan pendapatan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 masing-masing berjumlah RM0.54 juta, RM0.11 juta dan RM1.08 juta.

Audit berpendapat, pengurusan aktiviti yang cekap akan memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan seterusnya menjamin pencapaian objektif.

Objektif utama SSIC adalah untuk menjana ekonomi Negeri Selangor dengan meningkatkan kemasukan pelaburan sama ada dari dalam atau luar negara.

Berdasarkan Laporan Prestasi Pelaburan di Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah pelaburan negeri itu bagi tahun 2009 hingga September 2012 adalah berjumlah RM33.81 bilion dengan 1,052 pelabur. Jumlah pelaburan ini meliputi sektor perindustrian sahaja.

Analisis Audit mendapati prestasi pelaburan meningkat kepada RM10.64 bilion pada 2010 berbanding RM6.75 bilion pada 2009. Bagaimanapun 2011, prestasi pelaburan menurun kepada RM8.74 bilion, disebabkan perubahan bilangan pelabur yang keluar masuk di Negeri Selangor.-Roketkini


 Laporan Audit : Menteri Jangan Salahkan Pegawai Rendah
Posted on Friday, October 04 @ 01:25:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

KUALA LUMPUR, 3 OKT : Menteri Kabinet digesa berhenti menyalahkan pegawai rendah dengan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala penyelewengan dan pemborosan perbelanjaan yang berlaku di jabatan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2012 terdapat banyak kebocoran perbelanjaan di jabatan persekutuan yang memerlukan siasatan agar tidak berulang.

“Menteri harus bertanggungjawab dan tidak menyalahkan pegawai rendah kerana ia berlaku di depan mata mereka tanpa pengawasan.

“Kita tidak mahu dengar menteri kata ia dalam siasatan atau pertimbangan kerana setiap tahun perkara ini berlaku, malah lebih parah lagi,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Beliau turut menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) supaya mengadakan satu sidang khas untuk meneliti perkara ini selain meminta ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang terlibat dalam jawatankuasa itu untuk terus mendesak isu berkenaan dipantau.

“Setiap kali laporan audit diterbitkan, kita seolah-olah terkejut sedangkan kebocoran dan penyelewengan berlaku setiap tahun.

“Kebocoran berlaku dalam keadaan harga barang naik, rakyat ditekan tetapi penyelewengan yang berlaku ini dibiarkan,” katanya.-selangorku


 Laporan Audit: Bukti Undang-undang Manusia Gagal
Posted on Friday, October 04 @ 01:22:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Untuk memasuki negara lain, kita memerlukan pasport. Tanpa pasport, kita akan dianggap pendatang tanpa izin dan boleh diusir keluar bila-bila masa sahaja. Jika diusir, jangan salahkan sesiapa kerana itulah undang-undang yang telah difahami umum.

Demikian juga untuk masuk ke alam dunia ciptaan ALlah SWT ini, tetap perlukan kepada pasport. Pasport hidup di dunia ini ialah Islam yang syumul. Tidak berakidah dengan akidah Islam ertinya hidup di dunia tanpa pasport. Berpegang dengan undang-undang selain undang-undang Allah SWT pula ertinya memegang pasport tanpa cop visa. Kedua-duanya salah dan boleh dianggap sebagai pandatang tanpa izin. Jika diusir dari sesebuah negara boleh kembali ke negara asal. Namun, jika diusir dari dunia milik Allah SWT, ke mana lagi kaki ingin melangkah?

Itulah ibarat orang-orang yang hidup dengan undang-undang ciptaan manusia. Selama-lamanya manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Hari ini, saya membaca berita mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan kelmarin. Sekali lagi menyaksikan ketirisan berbillion ringgit wang rakyat yang dibelanjakan di sektor-sektor kerajaan.

Ia bukan jumlah yang sedikit. Bajet perbelanjaan negeri Kelantan sahaja hanya sekitar RM500 juta setahun, bayangkan jika ketirisan berbliion ringgit ini dapat diselamatkan dan diagihkan kepada negeri seperti Kelantan, berapa jutakah yang dapat manfaat darinya?

Sayangnya, ketirisan ini bukan kali pertama berlaku. Ia akan terus berlaku selagi Umno Barisan Nasional menjadi kerajaan. Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT.

Sekawan kambing tidak akan dapat dikawal oleh kambing. Ia memerlukan kepada gembala. Manusia mustahil dapat mengawal manusia, mereka memerlukan kuasa yang lebih hebat, dan kuasa yang Maha Hebat itu ialah Allah SWT.

Takutlah kepada Allah SWT. Audit di dunia mungkin kita boleh melepasinya, namun audit di Akhirat nanti, jika gagal melepasinya hanya neraka yang menjadi tempat balasannya.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS) 


 Penjawat Awam Kurang Integriti?
Posted on Friday, October 04 @ 01:19:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Ainul Asniera Ahsan

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diminta mengheret mana-mana individu yang didapati melakukan penyelewengan dan salah guna wang rakyat ke muka pengadilan untuk memastikan ketirisan yang berlaku dalam kerajaan ditangani dengan serius.

Langkah paling tegas itu diyakini mampu membendung penyelewengan yang berlaku memandangkan kes-kes umpama itu kerap dilaporkan oleh Laporan Audit Negara.

Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lim Lam Thye berkata, masalah berterusan itu berlaku kerana kurang kesedaran dan pemantauan semasa mengendalikan projek-projek kerajaan.

Malah, kelemahan dalam sistem audit dalaman di kementerian-kementerian juga merupakan faktor utama ketirisan terus berlaku.

"Sebab itu, setiap kali Laporan Audit Negara timbul pelbagai kelemahan. Ini bermakna amalan rasuah dan salah urus kewangan tidak dibendung dalam agensi kerajaan.

"Kenapa ini boleh berlaku, adakah kakitangan awam kurang integriti?," katanya di sini ketika diminta mengulas Laporan Audit Negara yang mendedahkan pelbagai kelemahan dalam organisasi awam.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia itu berkata, sungguhpun senjata polis yang hilang tidak digunakan dalam aktiviti jenayah, pasukan keselamatan itu mesti melihat insiden tersebut sebagai kejadian serius dan dipastikan tidak berulang lagi pada masa depan.

Pendedahan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 itu telah menimbulkan persepsi bahawa terdapat kelemahan dalam sistem pengagihan dan simpanan aset milik pasukan keselamatan negara itu.

Sehubungan itu, Lam Thye mahu PDRM segera melakukan siasatan sehingga punca kehilangan senjata-senjata dikenal pasti.

"Bila senjata hilang, milik polis pula sudah pasti akan menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat. Oleh itu, polis kena siasat mengapa perkara ini boleh berlaku.

"Walaupun senjata yang hilang tidak digunakan oleh penjenayah tetapi itu perkara (kehilangan senjata) membimbangkan," katanya di sini. -MalaysiaGazette.


 Firefox Add-on: Facebook Addict Alarm 1.0
Posted on Friday, October 04 @ 00:25:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan



About this Add-on

Facebook is a silent addiction. You log in to fulfill your social obligations and before you know it you are checking out the profile of a virtual stranger and liking their pictures. At the end of your social foraging, you end up with a “unmet work deadline”s.

To avoid such a scenario, the "Facebook Addict Alarm" app alerts you every time you spend more than 15 minutes on the site and reminds you to avoid use of Facebook. Now you can enjoy social network without forgetting the work and deadlines.



How it works
1. Once you open an FB tab the time-counter starts.
2. After 15 minutes it will show you a pop-up with an "Ok" and "Cancel" button.
3. If you click on "Ok" , all your FB tabs will close.
4. If you click on "Cancel", the pop-up will close and you will get a pop-up again after 15 min.

Want to give it a shot? You can pick up the Facebook Addict Alarm from the Firefox Add-on website.




23 Perkara Asas "Mesti Tahu" Tentang Servis Kereta
Posted on Thursday, October 03 @ 22:55:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Provoox

Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah" atau "bengkel jerung", pasti anda akan "disembelih" lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakkan yang sebenar.

Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan :

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Kebiasaannya, apabila tukar minyak enjin tu, maka tukarkan juga filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Tapi jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km tidak menjadi masalah... Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, "electrode" akan menipis, maka perlu ditukarkannya ...Harga untuk 4 biji adalah sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...Jika kita selalu buat pengisian semula airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun... kalau selalu lupa topup dan selalu kering..., dalam masa 6 bulan pun bateri boleh "kong".

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah "top up" air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok.

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ini mengikut jenis kereta. Banyak pengguna tidak tahu akan hal ini. Apabila perjalanan sampai 60,000km terus tukar yanpa mengira kereta apa yang digunakan.

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita.

7. Fuel Filter - Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00..

8. Air Filter atau Filter Udara - di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh dilanjutkan hingga 30,000km kepada pengguna yang ingin berjimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Caj hanya sekitar RM200++. Jika anda selalu tukar ATF, hanya pertukaran biasa sahaja, budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta.

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km bolehlah tukar sekali.Kalau air radiator anda warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14.Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar.

15.Contohnya, jika kita hanya mengikut sahaja apa yangg di syorkan oleh pembuat alat ganti, contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak "cap ayam" yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.

Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah "made in china". Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih. Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

17. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km unttk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

18. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, "gigi" masih elok maka tak perludi tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

19. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Kataklah kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada caj tambahan. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukan servis biasa. Dah kira kerja yang major juga. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

20. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Ini pun sudah dikira major work. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

21. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

22. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Sumber: provoox.blogspot.com

Tiada ulasan: