Isnin, 7 Oktober 2013

COMEL...YANG COMEL ITU IMANNYA...YANG COMELNYA DAPAT TAUFIK DAN HIDAYAH DARI ALLAH SWT

BONGKAR!!! Wanita Britain Memeluk Islam Kerana Hari Hijab Sedunia [SAKSIKAN...]
Posted on Sunday, October 06 @ 12:17:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: matuse68

"LONDON – Pengalaman memakai hijab ketika Hari Hijab Sedunia pada setiap 1hb Februari telah menarik minat seorang gadis Inggeris untuk lebih mempelajari tentang Islam dan tak lama kemudian ia memeluk Islam.



Jessica Rhodes (21) yang telah mendapat petunjuk dan HIDAYAH Allah mengatakan kepada Muslim Mirror bahawa dia mengambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia dengan memakai tudung selama sebulan.

“Saya ambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia pertama dan mencabar diri saya sendiri untuk memakai hijab selama sebulan,” katanya.

“Kemudian Saya mula membaca Al-Quran dan kalimat-kalimat di dalam Al-Quran kelihatan tampak logik dan jelas, daripada dalam Bible di mana mereka cenderung banyak omong kosong,” tambahnya.

Gadis yang berasal dari Norway tersebut adalah satu di antara beberapa non-Muslim di seluruh dunia yang turut mengenakan pakaian Muslimah dalam acara Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.

Acara tersebut bermaksud untuk memperkenalkan tudung kepada dunia, bahawa pakaian Muslimah itu bukanlah simbol penindasan tetapi justeru untuk menjaga kehormatan.

Setelah pengalaman memakai tudung itu, Rhodes mula membaca lebih banyak tentang Islam untuk lebih memahami agama yang lurus ini.

    “Saya juga melakukan beberapa pemerhatian tentang Islam secara keseluruhan dan merasakan bahawa ini (Islam) adalah sebuah agama yang inklusif yang boleh memberikan saya jawapan-jawapan yang saya cari-cari selama ini,” katanya.

Ketika memutuskan memeluk Islam, Rhodes menghadapi pelbagai reaksi daripada orang-orang terdekatnya. Ibu bapa tidak suka, walaupun menerimanya.

“Ibu bapa saya tidak senang tetapai mereka menerima keputusan saya. Tetapi ipar-ipar saya menyokong menyokong “kata Rhodes.

Sebahagian kawan-kawan Rhodes senang atas keputusannya menjadi Muslimah, sebahagian yang lain cuba membanntah sementara sebahagian yang lain menjauhi Rhodes, situasi yang hampir semua muallaf mengalaminya.

Muallaf di Britain terus meningkat. Menurut kajian terbaru, di Inggeris selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau. Berdasarkan data dari British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, demikian Al Jazeera melaporkan.

Jumlah muallaf sangat sangat ketara di penjara dan di sekolah-sekolah. Al-Jazeera mendapati bahawa diantara sejumlah muallaf terdiri daripada remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil, Luxembourg, dan Sweden.


Sumber [Link...]"


Nurul Izzah: Klinik 1Malaysia taraf dunia ketiga
Posted on Sunday, October 06 @ 19:56:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering

SHAH ALAM - Klinik 1Malaysia didakwa bertaraf dunia ketiga ekoran tiada pegawai perubatan bertauliah.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, praktis klinik tanpa pegawai perubatan ini hanya dilakukan di negara-negara dunia ketiga.

"Praktis klinik tanpa pegawai perubatan ini dilakukan di mana? Di negara-negara dunia ketiga, negara-negara Afrika yang hanya ada pembantu kesihatan.

"Kita tak boleh berbuat sedemikian. Malaysia ada tarafnya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian Online, ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata demikian ekoran Klinik 1Malaysia yang di bawah Gagasan 1Malaysia itu tidak mempunyai pegawai perubatan bertauliah.

"Kritikan utama Klinik 1Malaysia adalah tidak mempunyai pegawai perubatan yang bertauliah...ia bertentangan dengan Akta Perubatan 1971.

"Bukan saya yang buat undang-undang. Saya merujuk pada kenyataan Malaysia Medical Association. Yang rangka undang-undang itu kerajaan," katanya.

Izzah akui ada menerima aduan berhubung perkara tersebut.

"Ya saya ada terima aduan. Misalnya, seorang ini menghidap kudis buta. Kudis buta sedang berdarah, dia pergi ke Klinik 1Malaysia, tidak ada doktor di klinik tersebut pada waktu tersebut.

"Maka, pesakit tidak boleh diberikan ubat yang terkawal," katanya.

Malah katanya, negara memiliki ramai pegawai perubatan yang bertauliah.

"Nisbah doktor dengan penduduk di Malaysia, agak tinggi. Kita ramai pegawai perubatan, hanya mereka membuka klinik-klinik persendirian.

Jadi, kalau kerajaan wujudkan satu klinik, tentu harus selaras dengan garis panduan dan undang-undang sedia ada," katanya.



 
 Malaysia antara negara paling mahal jual kereta?
Posted on Sunday, October 06 @ 19:39:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



KUALA LUMPUR: Sebuah portal popular, Jalopnik, menyenaraikan Malaysia sebagai negara kedua paling mahal untuk membeli kereta, di belakang Singapura dalam artikel bertajuk 10 Tempat Paling Mahal Untuk Beli Kereta (The 10 Most Expensive Places To Buy A Car).

Artikel yang diterbitkan pada bulan lepas, memuatkan keluhan rakyat Malaysia mengenai isu harga kereta terutama dikalangan rakyat biasa.

Kini, dengan harga minyak yang meningkat, isu tersebut kembali mendapat perhatian.



Satu kajiselidik di laman web pengeluar kereta terkemuka mendedahkan bahawa rakyat Malaysia membayar sehingga dua kali apa yang pengguna Amerika bayar untuk kereta yang sama di Amerika.

Malah, di kalangan rakan-rakan mereka di Asean, terutamanya Thailand, harga kereta di Malaysia adalah tinggi.

Pinjaman kereta di negara ini boleh dibuat sehingga sembilan tahun. Satu tempoh yang membolehkan memiliki kereta dengan lebih murah, tetapi dalam masa sama ia juga membawa kepada hutang isi rumah yang lebih tinggi.

Laporan yang dikeluarkan oleh Maybank Investment Bank Research pada akhir Mei lepas menyatakan pinjaman kenderaan menyumbang sehingga 18 peratus daripada jumlah hutang isi rumah.

Ketika menlancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' April lalu, pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus  dalam tempoh lima tahun serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad berkata pihaknya telah mencadangkan banyak kali kepada kerajaan supaya duti diturunkan secara beransur-ansur bagi mengurangkan beban pemilikan kenderaan kepada pengguna biasa.

"Kami merasakan dengan kos pemilikan kenderaan yang lebih rendah, pengguna akan mempunyai pendapatan boleh guna tambahan untuk berbelanja pada barang-barang lain, yang akan memberi manfaat kepada ekonomi negara.

"Kami, bagaimanapun, ambil perhatian bahawa kos penyelenggaraan kenderaan di Malaysia masih kompetitif berbanding

dengan negara-negara Asean yang lain, dengan subsidi bahan api dan cukai jalan yang lebih rendah," katanya.

Ketua Pegawai Esekutif Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj yang  berpendapat ini adalah masa yang terbaik untuk kerajaan menurunkan harga kereta terutamanya selepas pengurangan subsidi petrol baru-baru ini.

"Kita ingin memulakan merasionalkan subsidi dan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Kita ingin memaklumkan harga pasaran menentukan harga petrol, tetapi pada masa yang sama kita tidak mahu menjual kereta pada harga yang ditentukan oleh pasaran.

"Pada masa lalu , kita bersetuju dengan dasar perlindungan tetapi berapa lama ia akan bertahan? Kita perlu untuk meliberalisasikan harga," kata Selvaraj seperti dilaporkan akhbar New Sunday Times.

Selvaraj berkata di negara-negara maju walaupun harga kereta lebih murah berbanding dengan Malaysia. "Jepun dan United Kingdom mempunyai kereta lebih murah daripada kita. Kenapa kita mesti membayar lebih untuk kereta kita? "

Ketua Ekonomi Kumpulan di Ratings Agency Malaysia Berhad, Dr Yeah Kim Leng, bersetuju dengan pandangan bahawa harga kereta perlu diturunkan.

Dr Yeah berkata kereta adalah salah satu daripada dua perkara. selain rumah, yang mana Rakyat Malaysia perlu membayar lebih, dan keduanya mengambil sebahagian daripada pendapatan boleh guna rakyat Malaysia.

"Ini adalah faktor utama yang menyumbang kepada tahap hutang isi rumah yang tinggi ," kata Yeah.

Yeah berkata dalam suasana kos bahan api yang semakin meningkat, mengurangkan harga kereta akan membuat ia lebih mampu dimilik oleh rakyat Malaysia.

"Jika anda mahu untuk mengurangkan kos keseluruhan hidup, salah satu cara adalah dengan menurunkan harga kereta. Ia akan meningkatkan kebajikan pengguna apabila harga kereta dan rumah yang lebih murah, yang merupakan dua perkara besar dalam bajet isi rumah.

Katanya, pada awal 1980an, ketika baru memulakan industri kereta, kerajaan mempunyai dasar melindungi kereta nasional dengan menaikan cukai kereta import.

Namun kata Dr Yeah, perlindungan seperti itu sudah tidak lagi sesuai untuk terus dilaksanakan.

Pandangan berbeza diberikan oleh Pengarang majalah automatif Top Gear Malaysia, Hazeri Samsuri yang berkata rakyat Malaysia lebih suka mengkritik kerajaan berkenaan harga kereta tetapi tidak melakukan perkara yang sama terhadap pengeluar kereta.

"Kereta di Asean adalah lebih mahal daripada di Eropah dan Amerika. Alasan yang sering diberikan adalah jumlah; Asean adalah satu pasaran baru muncul.

"Kereta juga dianggap barangan mewah di negara-negara dan pengguna sanggup membayar 'jenama premium'," kata Hazeri.

Menurut Hazeri, harga kereta tetap mahal tetap akan mahal biarpun cukai dikurangkan.

Bagi Ketua Esekutif Institut Automotif Malaysia, M.Madani pula menegaskan harga kereta di Malaysia adalah antara yang berdaya saing di rantau ini.

Madani juga menjelaskan bahawa tidak ada hubungan langsung antara Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) dan harga kereta.

Katanya, harga kereta bergantung kepada kuasa pasaran dan struktur cukai negara.

"Walaupun kebanyakan orang cenderung untuk melihat struktur cukai sebagai penentu dominan harga kereta, ini tidak semestinya benar.  Kita ambil  Thailand dan Indonesia sebagai contoh. Kedua-dua negara mempunyai cukai yang agak sama dan ini adalah benar terutamanya untuk kereta yang lebih rendah segmen di bawah 1,500 cc.

"Walau bagaimanapun, harga di Thailand jauh lebih rendah daripada Indonesia. Malah, harga kereta di Indonesia adalah agak setanding dengan orang-orang di Malaysia. Walaupun begitu, terdapat persepsi umum bahawa struktur cukai di Malaysia adalah antara yang tertinggi di rantau ini," kata Madani.

Kata Madani, untuk mengurangkan harga kereta, kerajaan perlu mengambil kira banyak faktor termasuk impak semasa ke atas pemilik kereta, industri kereta terpakai, institusi kewangan, kesediaan infrastruktur dan kesediaan seperti sama ada infrastruktur sedia ada adalah mencukupi untuk menanggung lebih banyak kereta di jalan raya, dan lain-lain


Astro Awani | 06 Okt 2013 


Kenapa Zahid Hamidi terlalu emosional?
Posted on Monday, October 07 @ 00:32:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering


Sejak timbulnya isu berkenaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan kemudian laporan audit yang mengaitkan wujudnya beberapa kelemahan dalam agensi Kementerian Dalam Negeri, Zahid Hamidi menjadi menteri yang paling kacau dan tidak tenteram jiwanya.
Tindakan dan gelagatnya beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan beliau seolah-olah seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur dan hanya mahu berita yang baik-baik saja mengenai diri dan kementeriannya.

Melihatkan gelagatnya dalam video yang kini tersebar luas di blog dan media sosial bagaimana beliau begitu emosi dengan wartawan sebuah portal berita yang tidak disenanginya kerana didakwa sering memutarbelitkan kenyataan dan memberi laporan tidak baik mengenai kementeriannya, pasti ada yang menggeleng kepala dan mempertikaikan kematangannya sebagai seorang pemimpin.

Dalam video itu terlihat bagaimana Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berulangkali meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap portal berita berkenaan, bahkan mempertikaikan bagaimana wartawan berkenaan boleh dijemput dan hadir di majlis yang diadakannya. Lebih dari itu, Zahid juga tidak membenarkan wartawan berkenaan bertanya soalan kepadanya dan di akhir majlis pula beliau sekali lagi memberi amaran dan tidak mahu bersalam dengan wartawan berkenaan.

Sebagai pemimpin yang sepatutnya tahu peranan media menyebarkan maklumat kepada orangramai, tindakan Zahid dilihat agak keterlaluan dan tidak matang. Kalau pun beliau ingin menunjukkan ketegasan dan keberanian serta tidak mahu dibayangi Menteri Dalam Negeri terdahulu yang asyik memberi amaran tetapi tiada tindakan, tentulah bukan begitu caranya.

Media mempunyai peranannya yang tersendiri kepada masyarakat dan mereka seharusnya dilayan dengan baik dan sopan. Anggap saja kehadiran mereka sebagai tetamu. Jika tidak, maklumkan daripada awal bahawa sidang akhbarnya itu hanya untuk media tertentu saja dan selainnya diminta meninggalkan majlis dengan baik.

Jika laporan portal berita berkenaan didakwa sering memutar-belit kenyataan dan memberi laporan tidak tepat, Zahid bukan saja boleh membetulkannya, bahkan boleh saja mengambil tindakan mahkamah dan menuntut gantirugi sebagaimana sebuah akhbar arus perdana yang sering disaman dan terpaksa membayar banyak gantirugi kerana laporannya yang salah dan tidak tepat.

Namun, portal berita yang didakwa Zahid sering memutar-belit kenyataan itu, tidak pula kedengaran pernah disaman oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Dalam majlis lain di Melaka hari ini pula, kerana menyedari ucapannya di majlis tertutup turut dihadiri wartawan, beliau turut melontarkan amaran agar tidak menyiarkan ucapannya berhubung isu keselamatan atau berhadapan dengan kemungkinan syarikat akhbar yang berbuat demikian ditutup.

Ramai juga pemimpin lain yang mengadakab majlis tertutup, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, dan tidak mahu maklumat dalam majlis itu disiarkan tetapi tidak pernah pula ada yang sampai memberi amaran mahu menutup akhbar yang menyiarkannya. Biasanya permintaan dibuat dengan baik supaya akhbar tidak menyiarkannya dan memaklumkan ianya adalah perjumpaan tertutup. Dan media tiada masalah untuk mematuhinya.

Apa perlunya sampai mahu menunjuk-nunjuk kuasa menutup syarikat akhbar?

Zahid adalah antara pemimpin yang dirasakan mempunyai masa depan yang cerah. Dalam pemilihan 19 Oktober ini, beliau dijangka tiada masalah mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya. Sesetengah penyokong meramalkan beliau bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ada juga yang meramalkan bakal Perdana Menteri suatu hari nanti. Tidak ada salahnya bagi penyokongnya meramalkan demikian, bahkan tidak ada salahnya juga jika Zahid turut menyimpan cita-cita sedemikian.

Tetapi untuk berada di kedudukan yang lebih tinggi, Zahid juga perlulah menunjukkan wataknya yang sesuai. Lihat sahaja Najib, Muhyiddin atau Mahathir misalnya, walaupun mereka juga dikririk teruk oleh media namun tidak pernah sesekali mereka menunjukkan sikap emosional yang berlebih-lebihan. Semua pemimpin berkenaan menghadapi media, sama ada yang menyokong atau yang kerap mengkritik, dengan cara yang matang, berhemah dan penuh budi bahasa.

Kalaulah mahu dibandingkan dengan Menteri-Menteri Dalam Negeri terdahulu yang sering dianggap mempunyai wibawa dan ketegasan tersendiri seperti Tun Dr Ismail, Ghazali Shafie atau Musa Hitam, mereka juga tidak pernah sama sekali menunjukkan sikap yang keterlaluan dalam menangani karenah media.

Sebagai pemimpin, seseorang itu perlulah menunjukkan sikap yang berbeza dengan orang kebanyakan yang mudah emosional, marah atau menunjuk-nunjuk, sebaliknya kematangan dan kedewasaan dalam menangani situasi sukar itulah yang membezakan seseorang pemimpin itu itu dengan rakyat yang dipimpinnya.

Banyak lagi luahan sikap yang tidak sewajarnya dipamerkan Zahid sejak menjadi Menteri Dalam Negeri ini. Jika dulu rakyat resah dengan menterinya yang asyik memberi amaran tetapi tiada tindakan, tetapi sekarang ini rakyat turut resah kerana Zahid seolah-olah menteri yang terlebih amaran dan tidak sabar-sabar mahu menggunakan kuasa yang ada padanya.

Meskipun ramai yang memahami perlakuan Zahid ini lebih untuk memancing perhatian perwakilan UMNO menjelang pemilihan parti 19 Oktober ini, namun berpada-padalah. Tindakan yang berlebih-lebihan atau "over do" boleh juga memakan dirinya sendiri.

Terutama ketika berhadapan dengan media dan jika ingin terus menyimpan cita-cita sebagai penimpin masa depan, sikap emosional itu hendaklah ditangani dengan baik. Jika tidak, cita-cita itu hanya tinggal angan-angan saja. -


sumber :
http://shahbudindotcom.blogspot.com/
 

 

 Ini dia Zahid Hamidi!!
Posted on Sunday, October 06 @ 11:44:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


  http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=m4oi7h1NSB0

Imbas semula perangai pemimpin UMNO. Setakat warning dan pelekeh wartawan Malaysiakini tu taklah hebat sangat. Ini sebenarnya Zahaid Hamidi sebenar

Anak janda dia ada kuasa mutlak... Zahid ni bangang tentang Islam!

MANA PIHAK POLIS YANG JAGA KEKESELAMATAN RAKYAT???

Sumber: Link

ALBA 


 Nasib Pegawal Keselamatan
Posted on Sunday, October 06 @ 11:06:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: GuanaGamok

"Saya bekerja sebagai Pegawal Keselamatan. Gaji saya lebih kurang RM 1000 sebulan. Saya sebutkan lebih kurang sebab ramai orang tidak tahu berapa gaji asas kebanyakan Pegawal Keselamatan. Sebenarnya gaji RM 1000 sebulan yang diwar-warkan kononnya gaji Pegawal Keselamatan tinggi sekarang ini, hanyalah indah khabar dari keadaan yang sebenarnya. Inilah pengalaman yang saya alami sendiri bekerja disalah sebuah syarikat Kawalan Keselamatan.



Gaji pokok saya hanyalah RM 650 saja sebulan. Gaji yang saya katakan lebih kurang RM 1000 sebulan kaedah kiraannya macam ini. Saya terpaksa bekerja 12 jam sehari. Tiap-tiap hari biasa bekerja, saya dapat bayaran kerja lebih masa empat jam. Hari-hari cuti samada cuti am atau cuti umum, saya tetap juga bekerja. Hari-hari tersebut saya dapat bayaran kerja lebih masa sebanyak 12 jam.

Pendek kata kalau dalam sebulan itu saya kerja tiap-tiap hari 12 jam termasuk hari cuti maka pendapatan saya lebih dari RM 1000 sebulan. Tapi kalau saya kerja lapan jam sehari, hari cuti saya cuti, maka gaji saya hanyalah RM 650 sebulan. Itu belum lagi ditolak caruman KWSP. Maknanya Pegawal Keselamatan kalau nak pendapatan lebih dari seribu sebulan, terpaksalah bawa anak bini sekali ke pondok pegawal terutama pada hari-hari cuti. Sebab mereka tak ada masa untuk  bawa anak bini berjalan-jalan seperti kakitangan kerajaan.
Dalam pada itu seseorang Pegawal Keselamatan yang telah beberapa tahun bekerja, memang ada kenaikan gaji. Misalnya seseorang Pegawal Keselamatan yang telah bekerja lima atau enam tahun gajinya mungkin telah meningkat RM 800 atau RM 900 sebulan. Namun harus diingat kontrak Syarikat Kawalan Keselamatan disatu-satu tempat saling bertukar ganti. Misalnya saya bekerja Pegawal Keselamatan disebuah sekolah yang tidak jauh dari rumah saya. Setelah tiga tahun bekerja dan menikmati kenaikan gaji tahunan, tiba-tiba syarikat kawalan keselamatan tempat saya bekerja tidak lagi disambung kontraknya. Saya terpaksa membuat dua pilihan. Jika ingin bekerja dengan syarikat baru, maka terpaksalah saya terima gaji baru. Kalau gaji yang ditawarkan lebih tinggi dari syarikat dahulu, saya bernasib baik. Tapi kalau syarikat baru menawarkan gaji dan kemudahan yang tidak memuaskan dari syarikat lama, maka pilihan saya mungkin akan terus bekerja dengan syarikat lama.
Namun saya terpaksa ditugaskan ditempat lain pulak. Kalau dekat dengan rumah tidak jadi masalah. Tapi kalau beratus kilometer dari rumah, tentunya tidak berbaloi hanya sekadar menikmati gaji lebih seratus dua. Maka pilihan saya kerja dengan syarikat baru, meskipun terpaksa menerima gaji rendah semula.
Disamping itu, ada juga syarikat pegawal keselamatan menipu helah pekerja. Pegawal Keselamatan yang telah lama bekerja dan gajinya telah agak lumayan, tiba-tiba ditukarkan ditempat jauh. Macam-macam alasan diberikan.Kononnya majikan tempat saya jaga itu mahu pegawal lain. Sebenarnya ini adalah tektik untuk membuang pekerja lama yang telah menerima beberapa kenaikan gaji. Pengawal yang ditukar ke tempat jauh mungkin tak mahu pergi. Jalan mudah mereka mungkin berhenti. Dan inilah peluang syarikat kawalan keselamatan mengambil pegawal baru dengan bayaran gaji permulaan yang murah.
Pendek kata kerjaya sebagai pegawal keselamatan macam bola. Ada kalanya melambung tinggi dan adakalanya jatuh ke tanah. Tapi yang selalu orang lihat yang melambung tinggi itulah, sedangkan penyebab yang melambung itu orang tidak tahu. Macam Pegawal Keselamatan yang dicanangkan pendapatan lebih RM 1000 sebulan, tapi yang menyebabkan mereka dapat RM 1000 sebulan ramai orang tidak tahu iaitu bekerja sehari suntuk dan sebulan penuh tanpa ada hari cuti. Sedangkan gaji pokoknya  ramai yang tak ambil berat dalam membela nasib Pegawal Keselamatan. Lagi pun Pegawal Keselamatan sekarang rata-ratanya ada sijil SPM. Malah lepasan Institusi Pengajian Tinggi pun ada yang jadi Pegawal Keselamatan.

Tiada ulasan: