Isnin, 7 Oktober 2013

BERAZAM AGAR BENAR2 KITA NAK JADI ORANG YANG BERTAQWA

Apakah Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah?
Posted on Sunday, October 06 @ 10:45:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: al-bahanj

"Tatkala ini jutaan manusia sedang berkumpul di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan rukun Islam ke-5, iaitu ibadah haji.  Beruntunglah manusia yang dapat mengerjakannya. 

Bagaimana pula yang tidak dapat menyertainya saat ini?  Terdapatkah ganjaran istimewa yang umum ALLAH sediakan buat sekalian hambaNYA pada saat yang istimewa ini? Silalah baca...

Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.
Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Maksud hadith Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:
“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga.”
(HR al-Bukhari & Muslim)
Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
Apakah amalan-amalan itu?
1)  Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)
Perbanyakkanlah amalan soleh pada 10 hari pertama Dzulhijjah
Para salafussoleh merebut kelebihan yang terdapat pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah dengan menghidupkan siang dan malam mereka dengan amalan-amalan soleh dan ibadah-ibadah sunat.
2)  Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab yang maksudnya:
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)
Kelebihan Puasa Hari Arafah
3)  Solat `Eidul-Adha
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”
(HR Abu Daud:  1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021)
Di dalam hadith lain, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.”
(HR Abu Daud:  1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud)
4)  Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.”
(Ibn Majah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412)
*Mengenai ibadah korban, baca pautan berikut: http://muzir.wordpress.com/2012/10/15/panduan-ibadah-korban/
Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.
Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.
ALLAHU A`LAM.



*Sumber: http://muzir.wordpress.com/2011/10/26/rebutlah-keistimewaan-10-hari-pertama-bulan-zulhijjah/

 Kembara Ilmu 23: Perang Arab-Israel Oktober 1973
Posted on Sunday, October 06 @ 10:44:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: ustaznik

"Perang Okt 73(kemaskini 5 Okt 2013) Hari ini 5 Oktober 2013. Hampir terlupa dengan perang yang pernah berlaku di antara negara Arab dan negara haram Israel dalam bulan Oktober 1973. Ketika lawatan saya sekeluarga bersama rombongan pelajar Jordan ke Mesir sekitar tahun 1998, kami melawat ‘Panorama Perang oktober 1973′.

Ia menempatkan pelbagai monumen, peralatan perang dan lukisan berkaitan dengan Perang Oktober 1973 itu, termasuk bagaimana negara Arab dapat menawan Semenanjung Sinai dari tangan Yahudi melalui replika patung kecil askar dan kelengkapan perang.

Kami juga berkesempatan masuk ke dalam bekas kubu tentera Israel yang ditinggalkan di Semenanjung Sinai. Almarhum Mufti Jordan, Sheikh Nuh, guru saya pernah menceritakan bahawa ada di antara tentera Jordan yang masuk berperang dengan niat fi sabilillah dan syahid, wallahu’alam. (Gambar: Isteri bersama anak sulong Nisreen berumur 2 tahun di hadapan bangunan Panorama Perang okt 1973)
ceramah berkaitan:  Perang 6 Oktober (129)

 SYABAS ! Anak Melayu kita berjaya hasil penawar HIV/AIDS !
Posted on Sunday, October 06 @ 10:41:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: hati_ini

"

Bimillah Hi-Rahman Nir-Rahim........................................  

(Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasihani)
                                                                                                                                                 Assalaimualaikum warahmatullahi wabarokatuh, apakhabar saudara yang dikasihi? Alhamdulillah kerana dipertemukan kita oleh Allah S.W.T. Yang Maha Berkuasa. Bersyukur juga diatas limpah kurnia Nya yang tiada terhingga kerana telah mengurniakan kepada kita semua suatu Rahmat yang amat besar maknanya dalam hidup manusia sejagat hari ini. Setelah sekian lama berusaha, mencari, bertawakkal dan berdoa akhirnya Penawar Hiv/aids telah kami temui. Alhamdulillah.



Tuan, janganlah persiakan pertemuan kita ini, kerana diluar sana masih ramai yang mencari-cari penawar kepada satu wabak yang sangat merbahaya ini, sedangkan mereka tidak mengentahui kewujudan kami disini. Kami tahu ramai diantara kita yang malu untuk berhadapan dengan orang ramai disebabkan wabak ini. Kita tidak harus rasa malu kerana hiv/aids bukanlah satu penyakit yang kronik, ianya sekadar penularan sejenis virus yang melemahkan pertahanan tubuh kita dari serangan sebarang penyakit. Kita semua maklum bahawa rata-rata orang ramai mengatakan ubat atau penawar virus tersebut tiada, maka kes wabak tersebut mestilah disembunyikan, buat apa orang lain tahu sedangkan tiada siapa yang mampu membantu. Lagipun mereka beranggapan wabak tersebut berpunca dari kesalahan kita sendiri, sedangkan ada diantaranya yang tidak sengajapun dijangkiti. Walaupun kita sembunyikan sekalipun, masyarakat akan tahu jua selepas berlakunya kematian. Nah, bertindaklah sekarang sebelum ianya terus menular dan tidak dapat dibendung lagi, sebelum orang lain tahu dan menjadi lebih kronik lagi. Kami amat simpati dan kami amat memahaminya, kes wabak ini perlu diselesaikan segera. Kenapa? Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud "TIADA PENYAKIT YANG TIADA UBAT KECUALI MATI". Kami mencabar diri kami untuk memahami serta mendalami maksudnya, kami berusaha keras maka kami berjaya menemuinya, Alhamdulillah.

Pesanan untuk ahli masyarakat dan saudara-mara yang mengenali pesakit Hiv/aids.

Hapuskan sikap diskriminasi antara kita dengan mangsa penularan virus hiv/aids. Sayangilah mereka sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri. Ingatlah bahawa virus tersebut tidak mengenal mangsa dan boleh merebak dengan berbagai-bagai cara. Ada antaranya tidak sengaja dijangkiti, mungkin dengan hanya sedikit sahaja kecuaian diri sendiri atau orang lain, padahnya amat dasyat. Kini dunia telah menyedari hakikat ini dan sedang sibuk mencari penawarnya. Kita semua ketahui bahawa virus ini bukan seperti kebanyakan virus-virus biasa yang lain yang senang diatasi.

Saudaraku yang dikasihi 

Sebenarnya pendapat yang menyatakan tiada ubat untuk virus hiv/aids adalah lebih menjurus kepada sifat DISKRIMINASI mereka terhadap pesakit-pesakit atau pembawa virus tersebut. Ada juga yang secara terang-terang mentertawakan pertemuan Penawarnya. Mereka beranggapan kita sengaja menggalakkan maksiat atau memberi  peluang kepada berlakunya gejala sosial dikalangan masyarakat hari ini. Mereka cuba bersikap tidak adil dalam soal kemasyarakatan pada masa kini. Saudara pembaca, kita seharusnya menangkis  fenomena begini dan bersifat terbuka dalam menangani masalah sosial yang berlegar disekelilingi kita. Kita tidak akan rasa apa-apa bahangnya sebab tidak terkena atas batang hidung kita sendiri. Bagaimana sekiranya ia berlaku kepada ahli keluarga kita atau kita sendiri terkena dengan tidak disengajakan?

Saudara, janganlah kita dipedayakan dengan pendapat dan kenyataan yang boleh merosakkan akidah kita umat Islam. Yakinlah bahawa Allah swt tidak akan menginayai makhluknya. setiap yang berlaku ada hikmahnya, juga setiap masaalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Allah sediakan segala-galanya, percayalah. apa yang penting kita percaya dan yakin setiap usaha yang bersungguh-sungguh pasti ada kejayannya. Bergantunglah kepadaNya, berikhtiar dan bertawakkal disamping berusaha dengan jalan yang betul. Kami benar-benar yakin bahawa jalan yang kami tawarkan kepada saudara adalah yang betul, hanya Allah jualah Yang Maha Penyembuh.

Kenapa kami bersusah-payah mencari penawar tersebut? Kisah ini berlaku lebih 10 tahun lampau dimana sesaorang yang amat kami sayangi telah diserang Virus Hiv hingga ketahap Aids. Bagi kami tiada sesiapa yang mahu atau mampu membantu beliau. Kawan-kawan seangkatan dengannya hanya mampu memberi makan roti dan air paip sahaja, makannya tidak selera dan terlantar menunggu saat kematiannya sahaja disebuah kedai usang yang kosong. Mujurlah ada seorang kawannya menghubungi kami dan bermula dari situlah usaha ini dilakukan.

Beliau adalah seorang penagih dadah yang berkongsi jarum sejak tahun 1980an lagi. Kamilah yang menjadi tempat pergantungan harapan keluarga untuk mengubah corak penghidupan beliau, namum kami selalu gagal. Kami tidak berputus asa, terus berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya Allah S.W.T. memberikan kami hidayatNya, menjuruskan kami kearah kajian yang mendalam tentang tumbuh-tumbuhan. Akhirnya kami memperolehi hasil yang amat bernilai ini, Alhamdulillah.

Kenapa tumbuh-tumbuhan??? jawabnya sangat senang sekali kerana tumbuhan berasal dari tanah, hidup dan matinya bergantung sepenuhnya kepada tanah. Begitu juga manusia, Allah jadikannya daripada tanah. Maka kita adalah sama kejadiannya cuma berbeza spisis dan cara hidup sahaja tidak sama. Habis, apa hubungan antara keduanya? Keduanya saling memerlukan, manusia tidak boleh hidup dengan memakan batu-batu, pasir, bahan terlarut diudara, kimia atau bahan logam. Manusia pertama iaitu Nabi Adam as telah diajar oleh Allah swt cara berecucuk tanam bagi keperluan hidupnya dimuka bumi ini. Bermula dari situ manusia hidup dengan memakan tumbuhan (herba) atau hasil tumbuhan. Maka tidak hairanlah herbalah yang paling sesuai untuk manusia.

Kami menghasilkan Penawar dari campuran Herba Tempatan dan dari Negara China. Ianya 100% asli tanpa bahan pengawet, pewarna, kimia atau dadah. Pengambilannya amat mudah, penyediaan dalam kapsul. Kandungannya bersih, suci lagi halal, tidak mempunyai kesan sampingan, tidak panas, alahan atau pantang. Amat sesuai untuk semua golongan.

Kami tahu blog kami tidak menarik, namum inilah hasrat kami yang paling besar dalam usaha membantu saudara-saudara kami yang sedang menderita kesan serangan virus maut nombor satu didunia hari ini. Kami telah lama berusaha mendekati pesakit atau pembawa virus hiv ini namum kami gagal. Kami tahu mereka semua malu untuk mengaku atau kurang yakin dengan penawar yang kami tawarkan. Kami tahu ramai yang beranggapan bahawa penawar atau ubat hiv tiada. Itu pendapat yang tidak berasas atau orang yang kecewa kerana taksub dengan sistem perubatan moden yang tidak Islamik. Semua itu boleh merosakkan akidah umat Islam semata-mata. Sebagai orang Islam yang kuat berpegang kepada ajaran Ugama akan sentiasa berusaha dan bertawakkal, tidak mudah putus asa dan terus yakin dengan Rahmat Allah swt.

Kami berkongsi kejayaan ini bersama saudara sekelian demi Ugama, Bangsa dan Negara. Terlalu besar hasrat kami untuk membantu saudara-saudara yang panik, yang masih ragu-ragu dan hampir putus asa dengan dunia yang penuh pancaroba. Kami hanya mampu mencari penawar yang telah sedia ada, kami adun mengikut tiori perubatan moden dan berasaskan ilmu perubatan Islam asal yang diasaskan oleh Ibnu Sina.

Kami mempunyai pegangan yang kuat bahawa semua makhluk adalah berpasangan, begitu juga penyakit. Allah jadikan semua makhluknya berpasangan, itulah tanda kekuasaan Allah swt. Mana mungkin Allah mencipta penyakit tanpa penawar, amat mustahil sekali. Apa yang penting adalah keyakinan dan pencarian yang berterusan.

Bagaimana penawar ini bertindak?

Penawar ini kan membersih darah, sistem organ dan sistem saraf supaya semuanya berfungsi secara semulajadi dan mewujudkan antibodi yang asli dan kuat. Manusia adalah sebaik-baik kejadian, mempunyai kekutan yang tersendiri dan mampu melindungi diri dari sebarang serangan unsur luar. Herba ini membantu mengembalikan kekuatan yang telah hilang akibat bahan kimia, virus hiv, dadah, toksid atau zat-zat galian yang berlebihan akibat dari pemakanan yang tidak seimbang. Penawar ini dicipta dengan begitu teliti untuk menstabilkan sistem imunisasi manusia dimana campurannya amat seimbang dan sesuai dalam semua keadaan tanpa mengganggu rutin harian pengamalnya.

Bagaimana ianya berfungsi menghapuskan virus hiv/aids?

Penawar ini akan membantu sistem pencernaan dan membawa keluar virus tersebut, samaada yang amsih hidup atau yang sudah mati melalui sisa buangan iaitu melalui najis, air kencing dan peluh. Virus akan mati bila terdedah kepada udara kerana virus tersebut sangat lemah sifatnya. Bintik-bintik merah akan kelihatan pada kulit badan bila virus keluar melalui peluh dan akan hilang dalam jangka masa yang sangat singkat. Bintik-bintik tersebut tidak wujud lagi bila virus habis keluar dari badan pesakit atau pembawa virus tersebut.

Kami yakin, inilah usaha yang betul yang kami tawarkan kepada saudara. Kita hanya mampu berusaha, Allah jualah yang menentukan segalanya. Kami kongsi segalanya dengan saudara, bagi kami ini bukanlah satu perniagaan tapi satu perkhidmatan yang kami tawarkan dengan sedikit bayaran.
http://pengasih-hiv-aids-tuanmohd.blogspot.com/ 

  Kasih Sayang Merentasi Sempadan: Hanya Jauhari Mengenal Manikam
Posted on Sunday, October 06 @ 10:41:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Sanusi

1. Kasih Sayang Merentasi Sempadan

Rabu, 14 Ogos 2013, Ustaz Azizan (UA) melakukan perjalanan pertamanya sejak di masukkan ke wad di Hospital Besar Pulau Pinang, juga yang terakhir sewaktu hayatnya. Ambulan bergerak perlahan, lembut penuh santun membawa seorang insan berjasa melintasi jambatan sekitar jam 10.30 pagi. Tiga buah kereta mengekori di belakang. Aku , Muhammad Rafi'iy (anak), Helmi Khalid dan Mazlan dalam sebuah kereta diekori Muzaini, Bukhari dan Muhammad Izzatul Islam (anak), dan Pajero dipandu Abg Ghani di belakang mereka.

Sampai di Hospital Sultanah Bahiyah sekitar jam 12:00 tengahari, terus dibawa ke wad ICU di tingkat 3. Pengarah hospital, Dato' Dr Juwita menyambut di lobi, mengiringi UA dan kami ke kamar terakhir yang disinggahi.

"Kita di mana ni?" UA bertanya dengan gerakan bibir tanpa suara. " Kita dah sampai tanah tumpah darah Ustaz. Kita dah sampai Alor Setar. Ini Hospital Sultanah Bahiyah. Kita dah masuk Kedah semula setelah cukup-cukup 100 hari di Penang." "Alhamdulillah!" Katanya lalu tersenyum, rasanya dia gembira kerana berjaya pulang ke negeri yang dicintainya.

"Ustaz, sempena 100 hari, hari ni  BN buat sambutan depa rampas Kedah, depa lancarkan UTC - Urban Transformation Center, program Kerajaan Pusat". Aku melanjutkan.

"Depa buat apa dah? Tanya ustaz.

"Tak nampak apa lagi Ustaz, hanya nampak dok panas di KUIN".

"Depa buat apa (dengan KUIN)? Juai?" Dia menekan kerongkongnya supaya suaranya didengari, wajahnya berkerut. Aku berpaling melihat Muzaini dan Helmi, cuba mendapatkan pandangan sama ada patut bercerita atau tidak. Mereka selamba sahaja, seperti berkata "teruskan!"

"Depa tak ada orang macam Ustaz, tak ada yang faham tentang universiti. Depa punggah ikut dan saja. Dr Jamil dah berhenti, mungkin ramai lagi yang akan berenti juga." UA nampak seperti terkejut.

"Kata Dr Jamil, depa mai Kedah nak tolong Ustaz bangunkan KUIN, ramai profesor lain pun macam dia juga. Bila Ustaz dah tak ada, depa dah hilang selera nak bekerja". Dahinya makin berkerut. "Cukup lah Ustaz, nantilah kita sembang lagi. Ustaz kena berehat, tadi berjalan jauh".

UA menggamit supaya mendekatinya lagi. Tangannya memberi isyarat mahu aku terus bercerita. Mungkin hatinya belum puas tentang nasib anak buahnya "Berapa orang kena buang kerja, depa buang orang dak?" Itulah Ustaz Azizan, tebal kasihnya kepada semua, walaupun dirinya sedang bertarung dengan ketidakpastian.

Aku menyambung. "Dato' Latifah, Pendaftar KUIN dah ditamatkan kontrak. Dato' Shabudin di MBI pun dah tamat kontrak bulan Julai baru ni, tak disambung lagi. Lantikan zaman kita di GLC pun diarahkan berhenti. Yang masih ada mungkin tak lama dah". UA merenung ke atas. Aku cuba meneka ada yang berlegar di fikirannya. "BN tak punya jiwa seperti kita"!!!??

Sewaktu mula menjadi Menteri Besar, terdapat desakan yang kuat kepadanya "membersihkan" GLC dan beberapa pos strategik lantikan zaman BN dan pegawai-pegawai yang kuat berkempen untuk BN. Desakan dari banyak pihak untuk menukar pegawai, memecat, mengganti dan menekan telah ditolaknya berlapik kasih sayang.

"Kalau kita ambil tindakan pecat orang serta merta, tukar orang itu ke sana sini, saya takut kita berlaku zalim. Depa mungkin ada anak atau ibu bapa yang sakit, dengan gaji tu lah depa beli ubat dan rawat keluarga depa. Dengan duit yang depa bawa balik itulah anak depa ke sekolah, bayaq sewa rumah. Apa akan jadi kalau tiba-tiba depa hilang kerja, terpisah suami isteri anak beranak, kena tukaq. Kita marah kat depa, anak isteri depa tak salah apa-apa. Ingat! Doa orang dizalimi tiada hijab". Ada sepotong hadis yang sering diulang dalam ucapannya. "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit”. (At-Thibrani).

Namun pendiriannya ini kurang difahami, malah  membuahkan penentangan dan kritikan keras. Ada tuduhan dia terlalu lembut dengan musuh dan bengis dengan kawannya sendiri. Hingga ada yang mengingatkannya tentang ayat Al-Quran (Al-Maidah:54) bersabit sikap dengan kawan dan musuh. Reaksinya ringkas. "Suruh depa mengaji bagi habih dulu tentang ayat tuu...".

Seingat saya tidak ada sesiapapun yang diberhentikan atas dasar politik, (kecuali yang berhenti sendiri), hanya ada  tindakan diambil kerana kes lain mengikut undang-undang. Itupun terhadap pegawai yang dilantik di zaman PR. Ada kes seorang pegawai lantikan politik, tidak produktif agak lama. UA sering merungut dan marah bila kami berdua atau bertiga. Aku diam kerana mereka berdua pernah rapat.  Dia juga mengulangi beberapa kali depan Pak Chop ( Dato' Mohd Yusof Husin). Mesyuarat tertinggi parti yang dipengerusikan UA memutuskan pegawai itu tidak disambung kontrak lagi. Tiba masanya, pegawai itu mengadapnya membawa surat mohon disambung, UA serba salah, dia luluskan juga.

Sebaik keluar pegawai itu dari biliknya, dia memanggil aku. " Aku minta maaflah kat hampa semua, aku tak dapat tunaikan keputusan mesyuarat. Aku tak sampai hati. Aku terkenangkan anak, isteri dan mak ayah dia. Aku sambung kontrak dia setahun lagi. Kalau ada sesiapa boleh tolonglah nasihat dia kerja lah elok-elok."

Disebalik sikapnya yang dikatakan terlalu tegas dan keras, tersembunyi lautan kasih sayang yang melimpah ruah. Hanya yang sabar dan memahami, tahu menilai dan menghargai, akan terasa sejuknya limpah kasihnya kepada insan lain. Kata Mat Suji seorang kawan lamanya di Chepir, Sik. UA kena mengambil sikap seperti itu kerana hatinya terlalu baik. "Kalau dia tak cengey,  tak ada apa lagi untuk dirinya sendiri."

2. Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Dalam tempoh dua minggu selepas dipindahkan dari Hospital Besar Pulau Pinang ke Alor Setar, Ustaz Azizan (UA) sentiasa segar dan ceria. Di Hospital Sultanah Bahiyah, dia mula bercakap dan mengeluarkan suara, apabila tiub saluran pernafasan dilehernya ditutup, walaupun belum ditanggalkan. Dia mula makan melalui mulut selain susu melalui tiub di saluran hidungnya.

"Sehari dua lagi ayah dah boleh pindah ke wad biasa. Wad biasa tak ada mesin hemodyalisis. Abang Sanusi pi la sembang-sembang tengok, bagitau kat Ayah pasai nak buat dyalisis ayaq tu, rawatan jenis tu doktor kata sesuai untuk ayah." Kata Muhammad Rafi'iy anaknya. Doktor mencadangkan prosedur baru rawatan untuk buah pinggang melalui dyalisis air, menggantikan dyalisis darah. Aku tak tahu istilah perubatannya, tapi itulah penjelasannya.

Teknologi baru yang memerlukan mesin khas dan airnya yang perlu dibeli, boleh dibawa ke mana sahaja, boleh dilakukan di rumah sambil berehat, makan atau membaca. Cuma ia memakan masa yang panjang, 10 jam setiap hari berbanding prosedur dyalisis darah selama 4 jam, tiga kali seminggu  yang meletihkan fizikal UA. Aku tak sempat menyelesaikan tugasan ini.

Khamis 22 Ogos, Dato' Wira Dr Jamil Othman (bekas Rektor KUIN) meminta aku menunggu di hospital untuk menerima lawatan rakan lama UA dari Arab Saudi, Dato' Profesor Dr. Abdul Hamid AbuSulayman. Tokoh ternama dalam dunia pendidikan dan pemikiran Islam itu adalah bekas rektor UIAM (1989-99) sewaktu UA menjadi pensyarah sambilan di UIAM. Waktu aku sampai, Dato' Wira Syed Ismail Syed Azizan, bekas Ketua Polis Kedah yang kini menjawat Ketua Siasatan Jenayah Komersial sedang menanti untuk melawat di ruang menunggu. UA sedang menjalani prosedur medical dressing yang melibatkan sedikit ubat bius yang menjadikan dia lali.

Prof Dr. Hamid yang bertongkat tiba dengan Dato' Dr. Jamil  dan beberapa orang profesor dari KUIN. Tokoh pemikir dunia Islam berusia 77 tahun itu terbang dari Riyadh, Arab Saudi untuk menziarahi UA, membawa senaskah Al-Quran dan sekotak buah kurma. Ada aura terserlah pada tokoh itu. Lama dia merenung UA yang terpejam di katil, terpancar belas kasih kesayuan di wajahnya. "Ustaz! Ini kawan Ustaz mai! Dr Abdul Hamid AbuSulayman, dari Arab Saudi." Aku mengejutkan UA.  Dia membuka mata. Prof Hamid merapati katil dan membongkok merenung UA.

Prof. Dr Hamid berbicara sendirian dengan UA dalam bahasa Arab dan Inggeris. UA mengangguk dan tersenyum, kemudian memejam mata kemudian celik beberapa kali. Masih terkesan dengan ubat bius agaknya. "Saya membawa hadiah ini khas untuk kamu Ustaz Azizan, kurma ini dari ladang di Madinah. Ini Al-Quran, nanti kamu boleh membacanya. Saya doakan kamu cepat sembuh, InsyaAllah kamu akan segera pulih".

Dr Jamil bertanya beberapa perkara kepada Kak Faekah yang berdiri di sisi UA dan memberi penerangan kepada Prof Hamid. Kak Faekah memaklumkan kesan prosedur dressing dan dia belum sedar 100 peratus. Prof Hamid seperti ingin berbual panjang, tetapi kondisi UA tidak mengizinkan. "Kalau mai waktu petang sikit, tentu dia sembang macam-macam". Kata Kak Faekah.

Sebelum berlalu, Prof Hamid membongkok, mencium dahi sahabatnya itu agak lama, sambil mengusap kepala UA. "Saya berdoa kamu cepat sihat. Banyakkan bersabar dan berzikir. Perjuangan masih jauh, dunia Islam masih memerlukan khidmat kamu, kami semua merindui kamu". Kata Prof Hamid dalam bahasa Inggeris. Dia berpaling kepada Dr Jamil. " He is a great scholar, he is a graet leader. Ummah seeking a leader like him." Lebih kurang demikian kalam Inggeris pelat Arab Prof Hamid  sebelum beredar mengesat lelehan air mata yang berjurai.

Kata Dr Jamil, Prof Dr Abdul Hamid sangat menyanjungi UA sejak dulu lagi, mereka kawan rapat ketika sama-sama di UIA. Dia telah lama bercadang menziarahi UA tetapi tertangguh. Walaupun bertongkat, digagahi juga terbang untuk menziarahi sahabatnya yang terlantar.

Beberapa hari kemudian, aku cuba mencari siapakah tokoh yang begitu menghormati UA itu di internet. Aku menemuinya di laman The Global Muslim Brotherhood Daily Report (globalmbreport) dan beberapa laman catatan lain. Laman islamicscholar.blogspot.com menulis tentang Prof Dr. Abdul Hamid, antaranya seperti berikut.

He is also known as the introducer of  a knowledge movement  named “Islamization of Knowledge”.... He was the Secretary General of the World Assembly of Muslim Youth (WAMY) for seven years (1973-79) and the Chairman of  Department of Political Science at King Saud University, Riyadh, Saudi Arabia, for two years  (1982 -84).

Dr. Abu Sulayman is the founding member of The Association of Muslim Social Scientists (AMSS, 1972), and its former President (1985-87). Presently he is the Rector of the International Islamic University (IIU), Malaysia and Chairman of the Board, trustee, former president, and founding member of the International Institute of Islamic Thought (IIIT).

Pada pertengahan tahun 2008, Dalam suatu perbualan, aku hampir lemas dengan asakan dan kritikan seorang sahabat yang aku kira mewakili alirannya, tentang sikap, tindakan dan pendekatan UA sebagai Menteri Besar. Banyak yang dinilai negatif. Akhirnya aku memberikan jawapan spontan. "Aku sudah banyak menjawab argument yang hang bangkitkan, aku minta maaf kalau tak mampu  bagi seketoi jawapan untuk hang puas hati malam ni. Jawapan akhir  aku untuk hang simpan...Hang akan memahami dan reti menghargai apa yang UA buat sebagai MB Kedah daripada PAS yang pertama, selepas dia sudah tak dak lagi (mati), hang kena tunggulah waktu itu". Jawapan tertangguh utnuk 5 tahun...

Aku berdoa sahabat itu sudah mendapat jawapan yang memuaskan hatinya, apabila dia membuka mata hatinya di petang yang redup dan sayu, pada tanggal 26 September 2013. Kata pepatah, 'Hanya Jauhari Mengenal Manikam'.

sanusimdnor.blogspot.com

Tiada ulasan: