Sabtu, 5 Oktober 2013

BILA TAK SEDAR KITA DAH TUA...TARIKH KEMATIAN KIAN HAMPIR....KITA AKAN DITANYA DALAM KUBUR SERTA DIPADANG MAHSYAR KELAK

video : sidang akhbar terbaik dari zahid... gua tapik spring sama lu zahid !
Posted on Saturday, October 05 @ 00:54:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: inderasipejuang

" Perggghh.... ini memang TERBAIK dari lu lah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (DSAZH)... kalau ini macam punya cara rasanya lu SENANG-SENANG boleh MENANG itu Jawatan Naib Presiden Umno yang lu SANDANG sekarang... gua nampak lu cukup TEGAS... BERANI... BERTAMADUN dan yang PALING PENTING lu tidak Auw... Auw... Auw seperti Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang sebelum lu... kah kah kah!

Cuma gua nak ingatkan kat lu kalau betul yang Malaysiakini (MK) tu SPIN lu punya kenyataan ada baik nya lu SAMAN aje MK... seperti Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) saman LIDAH BIAWAK UMNO iaitu UTUSEX MELOYA tu... lu cakap PUNG PANG PUNG PANG pun tak guna beb... BUKTIKAN mana satu yang keluar dari MULUT LONGKANG lu tu yang DIPUTR BELITKAN oleh MK... BUKTIKAN beb BUKTIKAN... kah kah kah !.

Sebelum ini kalau lu orang masih ingat lagi dengan kata-kata Anwar Ibrahim dalam satu SIDANG AKHBAR yang mengatakan YOU ULANG I SAMAN YOU... diwaktu tersebut beb boleh dikatakan semua GEROMBOLAN PENCHACAI sama ada MEDIA CETAK mahu pun MEDIA ELEKTRONIK telah MEMAINKAN kata-kata tersebut bagai nak GILA macam orang kena SAWAN GILA LEMBU NFC beb... kah kah kah !.

Konon nya menurut Gerombolan Penchacai tersebut yang Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seperti CAKAP TAK SERUPA BIKIN kerana mahu MENYAMAN WARTAWAN... SEKILAS LALU ianya nampak ada semacam KEBENARAN akan kata-kata Gerombolan Penchacai tersebut beb... tapi bila DIAMATI sedalam-dalam nya ianya lebih kepada untuk MENYEBARKAN FITNAH supaya mendapat LESEN... kah kah kah !.

Sekali lagi buat DSAZH jangan buat DAKWAAN KOSONG seperti yang lu pernah kata bahawa Pemimpin Pembangkang TERLIBAT dalam PENCEROBOHAN Lahad Datu oleh Pengganas Sulu... sampai HARI INI lu langsung TAK MENDEDAHKAN... kalau ada Pemimpin Pembangkang yang TERLIBAT sila buat DAKWAAN di Mahkamah... atau lu nak gunakan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang BARU LULUS tu beb... kah kah kah !.

Gua GERENTEE punya tak lama lagi adalah Pemimpin Pembangkang yang DISABITKAN dengan AKTA PCA beb...lu orang tak percaya lu orang tengok lah nanti... AKTA dah LULUS beb kalau tak gunakan buat apa LULUSKAN... kalau setakat PENJENAYAH tak ada AKTA tersebut pun Pihak Polis MAMPU untuk BERTINDAK... lu orang tengok aje OPP CANTAS beb... boleh pun kalau hendak tanpa AKTA PCA... berapa banyak Senjata Api dan Bahan Letupan DIRAMPAS...

...POKOK PANGKAL nya HENDAK atau TIDAK itu aje... kalau TAK HENDAK BERTINDAK akan bermacam-macam lah ALASAN digunakan... LAST-LAST keluar Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang menyatakan ASET Polis Diraja Malaysia (PDRM) HILANG... kalau dah ASET PDRM pun boleh HILANG beb... apa kan lagi ASET ORANG AWAM yang hanya ada PISTOL AIR aje sebagai SENJATA... lu orang PIKIR lah sendiri beb... kah kah kah !

http://inderasipejuang.blogspot.com



hemmmmm..... gua tak nampak satu pun pemimpin umno yang bertaraf menteri mampu untuk keluar dari kelompok manusia bermulut longkang... kalau sebelum pru13 ada juga lah timbalan menteri yang punya akal fikiran tapi selepas pru13 semuanya jadi hammmpehhhh beb... kah kah kah... A B U."


 'Saya tak pernah dengar Umno transformasi'
Posted on Saturday, October 05 @ 00:47:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering

SHAH ALAM - 'Saya tak pernah dengar Umno transformasi.'

Demikian reaksi Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin ketika diminta mengulas soal transformasi politik dalam sesi diskusi Memacu Transformasi Politik Malaysia.

Soalan dibangkitkan moderator yang juga Penasihat Eksekutif Editorial, Datuk Abdul Jalil Ali berhubung usaha Umno meremajakan parti itu dengan mewujudkan transformasi namun mengetengahkan calon yang tidak bersih.

"Saya tak pernah dengar Umno transformasi. Yang saya dengar, Malaysia yang transformasi," katanya pada sesi diskusi anjuran Sinar Harian dan Akademi Belia, hari ini.

Beliau berpendapat, Umno tidak perlukan transformasi sebaliknya melihat strategi yang boleh diguna pakai dalam menarik sokongan.

"Pada saya, Umno tak perlu transformasi. Umno perlu lihat apa strateginya.

"... soalnya strategi dapatkan sokongan. Bagaimana nak kukuh apa yang mereka ada sekarang," katanya.

Diskusi ini membincangkan kandungan buku karya bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berjudul Memacu Transformasi yang baru dilancarkan, petang ini.

Selain Shamsul Amri, diskusi ini turut menampilkan Penasihat Sosial Masyarakat India Malaysia, Dr Vijay Shanmugam dan Bekas Pengerusi Perhubungan Kelab Umno Luar Negara-Australia/New Zealand, Izhar Moslim.




Tiada ulasan: