Sabtu, 5 Oktober 2013

AGAK2LAH...LAST2 MASUK KUBUR YANG GELAP LAGI SEMPIT

Penyelarasan, kakitangan awam bakal nikmati kenaikan gaji?
Posted on Friday, October 04 @ 23:33:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: laniismaa

"Penyelarasan gaji kakitangan awam kerana sehingga kini kakitangan awam tidak mempunyai tangga gaji selepas kenaikan sebelum ini.

Masing-masing ikut kenikan masing-masing dan mungkin itulah yang ingin diselaraskan.

Berita Semasa melaporkan melalui keratan akhbar Berita Harian menyentuh kajian pelarasan gaji kakitangan awam (minima) supaya sepadan dengan kenaikan kos sara hidup melibatkan kalangan penjawat awam.

Sumber lain dari Berita Semasa menyatakan

- Akan ada kenaikan pangkat bagi orang-orang lama dalam penjawat awam. Jumlah yang agak besar juga yang terlibat
- Ada beberapa skim akan dijumudkan. Ada beratus-ratus jawatan juga dikhabarkan akan dihapuskan.

- Dijangka akan datang hanya ada kakitangan kontrak 3 bulan ke 3 bulan sahaja.


Seronoklah kaki tangan awam, semoga menjadi kenyataan. - Lagi

Baca juga : Anwar rasuah Jabatan Audit kata macai "


 Menteri Samseng @ Menteri Cap Ayam?
Posted on Friday, October 04 @ 22:47:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Zahid Hamidi berharap laporan audit tahun depan tidak akan mengandungi laporan seperti kehilangan senjata kerana beliau tidak mahu "imej polis tercemar oleh laporan Ketua Audit Negara".......

Adakah ini arahan atau ugutan Zahid kepada Ketua Audit Negara? Adakah kabinet mempunyai Menteri Samseng?

Jabatan Audit Negara culas dalam menjelaskan perkara sebenar dalam isu perbelanjaan RM1.6 juta untuk persembahan K-Pop Hari Belia Negara, kata bekas menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang kini Menteri Komunikasi.

Culas bermakna: malas atau tidak jujur.

Adakah kenyataan ini standard Menteri Cap Ayam?

Menteri Samseng @ Menteri Cap Ayam?"


 Jangan cakap lagi tentang kehilangan senjata polis!
Posted on Friday, October 04 @ 14:25:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempertahankan integriti pasukan polis dan mengatakan bahawa senjata polis yang hilang adalah disebabkan oleh kesilapan manusia dan tiada unsur jenayah.

Beliau kemudian melarang perbincangan lanjut mengenai perkara itu dan berkata "tiada lagi" soalan dari Malaysiakini.

Ditanya mengenai senjata RM1.3 juta senjata polis yang hilang seperti yang dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, Zahid berkata beliau positif bahawa tiada motif tidak baik dikaitkan dengan kehilangan tersebut.



Zahid memberitahu pemberita bahawa beliau tahu kehilangan itu bukan disebabkan oleh perbuatan pecah amanah atau ada unsur-unsur rasuah.

Sebaliknya, kata beliau, ia kerana kecuaian dan kesilapan yang dilakukan sewaktu menjalankan tugas.

Zahid berkata beliau telah membuat susulan terhadap laporan audit itu dengan meminta ketua polis negara menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan mengenakan surcaj ke atas anggota yang terlibat.

Beliau berharap laporan audit tahun depan tidak akan mengandungi laporan seperti kehilangan senjata kerana beliau tidak mahu "imej polis tercemar oleh laporan Ketua Audit Negara".

Katanya, kini semakin ramai yang mempercayai pihak polis, sambil menambah bahawa pasukan itu telah memperlihatkan integriti yang tinggi.

Zahid mengakhir kenyataannya dengan memberi amaran kepada Malaysiakini supaya melaporkan dengan tepat apa yang dicakapkannya, tanpa "diputarbelitkan".

Beliau juga meminta Malaysiakini supaya tidak lagi bertanya sebarang soalan susulan mengenai kehilangan senjata itu.


Lawrence Yong
malaysiakini
4 Okt 2013 

 Ustaz Mustaffa (Mantan Ketua Ulama PAS Dungun) Meninggal Dunia 2 Oktober
Posted on Friday, October 04 @ 11:12:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Pihak Warga Tranungkite mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Ustaz Mustaffa (Ustaz Pa) atas pemergiannya pada 2 Oktober 2013 yang lalu.

Ustaz Pa adalah Mantan Ketua Dewan Ulama PAS Dungun yang memainkan peranan besar dalam pembinaan PAS Dungun dimana beliau telah membentuk tenaga muda dikalangan para ulama dan profesional bagi menjana perjalanan program dan aktiviti yang bersepadu serta mantap.


YB Ustaz Wan Hassan, YB Haji Wan Hanpandi, YB Haji Alias dan YB Haji Saiful Bahri turut hadir.



Ramai yang hadir pada majlis pengkebumian beliau.





 Mat Sabu: 'Pelik dengan Melayu'
Posted on Friday, October 04 @ 14:20:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering

RANTAU PANJANG – 'Saya pelik dengan sebilangan bangsa Melayu, kerana mereka tidak kisah ditipu.'

Kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramah Pas dekat Pusat Tarbiyah Pas Rantau Panjang, baru-baru ini.

Menurutnya, tidak ada bangsa lain di dunia ini, kecuali Melayu, walaupun acap kali ditipu, namun penduduk tetap memberi sokongan padu kepada pemimpin mereka.

Beliau berkata, walaupun sebelum PRU13 lalu, Pas mengingatkan penduduk agar mengubah pemerintahan, namun kedegilan sebilangan Melayu ini menyebababkan rakyat lain teraniaya.
“Miskin semakin miskin dan kaya semakin kaya.

“Ini gara-gara kenaikan harga petrol sehingga mengundang kenaikan harga barang lain.

“BN tidak sedar mereka sebenarnya menganiaya rakyat dengan isu kenaikan harga berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.


Tiada ulasan: