Rabu, 9 Oktober 2013

BERFIKIRLAH DENGAN WARAS...MEH KITA IKUT ISLAM SELURUHNYA

Kerajaan wajar kaji semua BR1M

Syed Abdullah Syed Osman ,
Saya mengesyorkan pemberian 'Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dikaji semula dan diubah kepada kaedah yang lain yang lebih bermanfaat. Hal ini kerana didapati berlaku ketirisan dalam bantuan tersebut yakni yang dimaksudkan ialah mereka yang bergaji atau berpendapatan tetap RM3,000 sebulan ke bawah sama ada pejawat awam ataupun swasta menerimannya. Juga  peniaga yang kadangkala mempunyai pendapatan hingga RM2,000 atau RM3,000 sehari pun ada yang memohon – kerana tiada rekod pendapatan.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad turut menyarankan supaya BR1M dihentikan. Sebagai ganti saya syorkan supaya ditukarkan kepada pemberian cara bulanan RM300 kepada semua suri rumahtangga yang tidak berkerja disamping syarat gaji suami daripada RM7000 sebulan. Kepada ibu tunggal pula dicadangkan diberikan bantuan RM500 sebulan. Pada masa yang sama setiap penganggur yang belum mendapat pekerjaan apabila tamat pengajian mereka diberikan imbuhan sebanyak RM100 sebulan pula.

Pada masa yang sama cadangan supaya memberikan kad khas kepada pelanggan Kedai Rakyat1Malaysia (KR1M) pula adalah dialu-alukan  dan hanya warga negara Malaysia sahaja akan diberikan potongan harga istimewa. Diharap juga kad khas ini juga boleh digunakan kepada pelanggan stesen minyak yakni hanya pemilik kad berkenaan sahaja akan mendapat subsidi harga minyak dan yang lainnya dikenakan harga tanpa diberikan subsidi.

Begitu juga, dicadangkan hanya pemilik rumah yang mendaftar sebagai rakyat Malaysia yang sah di Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diberikan pengecualian bayaran bulanannya di bawah RM20 itu.

Kita kena tegas dalam perkara sebegini supaya jangan sampai warga asing dan pendatang haram pun dapat menikmati kemudahan sebagaimana yang diberikan itu. Tidak hairanlah kenapa pendatang asing tidak mahu pulang ke negara asal mereka walaupun permit pekerjaan mereka telah pun lupus kerana mereka menikmati saperti apa yang kita dapat.

Syiah jadi isu politik

Subky Latif, 09 Okt 2013
Sebelum Datuk Mukhriz membangkit isu Syiah di  Kedah, Dr  Mahathir ada membuat kenyataan bersama dengan bekas Presiden Qatami dari Iran betapa Islam jangan bertempur dan berbunuh sama sendiri atas perbezaan antara Syiah dan Sunni.

Ia adalah merujuk tentang perang saudara di Syria. Pergolakan di Syria itu adalah campuran antara kezaliman dan demokrasi, antara penindasan dan pembelaan keadilan, dan antara Syiah dan Sunni. Majoriti penduduk adalah Sunni dan mereka dikuasai sejak berdekad oleh manoriti Syiah yang terdiri sekitar 22 peratus rakyat.

Persefahaman Mahathir-Qatami itu tenggelam apabila anaknya Menteri Besar Kedah membangkit bahayanya penyerapan Syiah dalam kalangan rakyat.

Sejak zaman-berzaman pertentangan antara kedua penganut itu adalah masalah akidah. Sekalian Arab berbalah dengan Iran kerana Syiah orang Iran itu, bukan kerana Parsi dan Arabnya. Kalau kerana bangsanya, mengapa Arab tidak masalah dengan Pakistan sedang kedua-dua bukan satu rumpun bangsa.

Ia tidak jadi isu di Malaysia  sehingga tercetusnya Revolusi Islam Iran kerana negara kita bukan tapak yang subur untuk Syiah. Tetapi pengaruhnya menyusup di tengah pengikut Sunni. Antara pendakwah kita memandang berat penyusupan itu. Justeru kepekaan tentang akidah itu oleh individu-individu, maka isu Syiah itu tidak meletup.

Tetapi yang meletupkannya Mukhriz seorang yang tidak terkenal sebagai pembelaan akidah Islami. Dia adalah seperti lain-lain orang awam Islam. Jika penonjolannya membela penindasan teerhadap Palestin, bukan dibuat atas jihadnya yang tinggi, tetapi atas dasar kemanusiaan, keadilan dan anti kekejaman.

Sebagai Menteri Besar  dan tenaga politik baru muncul, dia menimbul isu Syiah yang berkembang itu. Dia mahu perkara itu disekat. Suaranya itu amat menyenangkan individu-individu yang risau tentang penyusupan Syiah itu. Dan kini ia jadi isu politik.

Mukhriz dan orang Islam awam dalam Umno mendapati sejak kelahiran Republik Islam Iran, rata-rata pimpinan PAS mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin-pimimpin Iran. Hubungan baik itu bukan justeru perkonngsian akidah, tetapi berkongsian worldviews, anti Amerika dan barat, anti mustakbirin, anti penjajahan bentuk baru barat.

Oleh sebab hubungan baik Dr Burhanuddin Al-Hilmy yang baik dengan Sukarno yang erat pula dengan komunis, dan orang PAS rapat dengan orang-orang Indonesia sebelum konfrantasi, maka PAS telah ditohmah menyokong komunis. Setiap kali pilihan raya Umno mengaitkan PAS dengan komunis. Amat payah bagi PAS membebaskan diri dari perangkap fitnah politik itu.

Sekarang PAS adalah tenaga pesaing Umno yang ketara. Perhatian kepada PAS itu lebih ke depan dari Umno. Sudah  dua PRU BN gagal meraih kecemerlangan. Ia boleh jadi lebih buruk pula selepas ini.

Apa modal besar Umno bagi melumpuhkan PAS. Ia sedang menggambarkan kepada masyarakat PAS tidak menentang di luar parti dan di dalam parti. PAS tahu apa yang dibuatnya terhadap Syiah. Jika PAS boleh bekerjasama politik dengan DAP, indvidu Cina dan Hindu tanpa ada penyokong PAS masuk Kristian, Buddha dan Hindu, maka berbaik dengan Syiah yang berlain akidah itu bukan memberi pasport kepada penyokongnya untuk bertukar mazhab.

Dengan fahaman itu PAS menjelaskan tiada anggotanya yang Syiah. PAS jangan terperangkap oleh politik Umno dan pemuja-pemuja Amerika yang anti Iran dan Islam. Tetapi sebagaimana PAS di zaman Dr Burhanuddin dulu diperangkap dengan tohmah menyokong komunis, maka perangkap  itu sudah dipasang iaitu PAS tidak menentang Syiah.

Sasaran perangkap itu tidak banyak atas penyokong yang setia, tetapi adalah untuk menjauhkan  oleh Melayu dari mendekati PAS. Tidak mudah bagi PAS keluar dari perangkap itu. Sekalipun ia adalah ikhtiar Umno supaya kempen PAS ganti Umno tidak berhasil.

Mungkin PAS boleh memberi penjelasan ilmiah yang layak dapat Phd, tetapi dari segi politiknya ia sudah dijerat.

Zahid pimpin Umno OK, kerajaan kurang sesuai

Harakahdaily, 09 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Sebagai pemimpin Umno, tiada salahnya Zahid Hamidi menunjukkan sikap perkauman dan jiwa Melayunya.

Namun, oleh kerana dalam masa yang sama beliau merupakan seorang menteri dalam kerajaan BN, tindakan itu seharusnya dilakukan secara berpatutan dan tidak berlebih-lebihan, tulis blogger Shahbudin Husin.

“Ini kerana selain bertanggungjawab terhadap Umno, beliau juga ada tanggungjawab dalam kerajaan,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.

Menurutnya, lainlah jika yang menjerit-jerit mengenai perkara itu seorang ketua pemuda bahagian atau cawangan yang tidak tanggungjawab terhadap kerajaan atau jika yang melakukannya seorang pemimpin sebuah NGO yang memang memperjuangkan kepentingan Melayu.

Baginya, sebagai pemimpin Umno dan memegang jawatan dalam kerajaan dalam masa yang sama, kebijaksanaan dalam memainkan dua peranan ini adalah penting.

“Kegagalan berbuat demikian hanya akan menjadikan seseorang itu disukai oleh kaumnya saja tetapi dibenci oleh laum lain,” tulisnya lagi.

Baca di sini

Terbongkar rahsia perbuatan jijik Isteri

curangPutatan – Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.
Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.
“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.
“Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,” katanya.
Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan.
Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.
“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Putatan.
Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.
“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, menurut sumber Hmetro.
“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.
Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu.

Lelaki pegang punggung wanita ‘reda sakit’ tangan

reda-sakitSegamat – Seorang lelaki berusia 40-an yang menerima rawatan di sebuah klinik di Labis, di sini, akibat bengkak di telapak tangan kanan sempat mencabul seorang kakitangan wanita pusat perubatan berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit mendakwa tangannya itu amat sakit dan kesakitan berkenaan hanya mampu diredakan dengan memegang objek lembut saja.
Ketika mendedahkan perkara itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Murni, 29, berkata, dia lalu di sebelah lelaki terbabit sebelum terasa ada sesuatu di punggungnya.
“Lelaki terbabit sedang mendapatkan rawatan daripada doktor ketika saya berjalan di sebelahnya. Pada mulanya, saya menyangka seluar jean dipakai terkena pada bucu meja doktor.
“Bagaimanapun, saya terkejut mendapati ia perbuatan lelaki itu yang meletakkan tangannya pada punggung kiri saya.
“Saya segera menepis tangannya dan terus memarahi lelaki terbabit. Doktor yang ketika itu sedang menulis laporan berkaitan penyakit lelaki berkenaan turut memarahinya,” katanya, semalam.
Menurut Murni, ketika ditanya, lelaki terbabit memberi alasan bahawa dia melakukannya bagi meredakan kesakitan pada tangannya.
Murni berkata, lelaki terbabit juga tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika dimarahi.
“Lelaki terbabit kemudiannya berlari keluar dari bilik rawatan. Ini kali pertama pesakit melakukan perkara kurang sopan terhadap kakitangan klinik ini,” katanya.
Murni kemudian melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada hari kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa berkaitan kejadian.
“Suspek masih dikesan dan dia dipercayai menghilangkan diri sejurus kejadian,” katanya.

PENYOKONG JDT YANG NAK UPAH SAMSENG BUNUH INDRA PUTRA MINTA NYAWA!!!!! .... DENGAN LIPAS PUN DIA TAKUT!!!!


Pergh!!!! ingatkan hebat dan berani sangat...

Apabila kisah ugutannya sampai nak upah samseng bunuh pemain bolasepak Kelantan TRW Sdr Indra Putra Mahayuddin dan pengadil perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia TRW lwn JDT dimana pasukan JDT dikalahkan dengan teruknya 6-1, sudah tersebar luas di alam maya termasuk dikutip oleh Harian Metro untuk dijadikan bahan berita hangat, mamat yang berlagak hebat berani siot itu akhirnya menggelupur minta nyawa.

Mohon maaf dan sampai buat laporan polis.

Antara intipati dalam laporan polisnya ialah .. "DENGAN LIPAS PUN SAYA TAKUT".

Laaaa.. Rosmah takut dengan cicak .. mamat ni takut dengan lipas .. para pemimpin UMNO takut berdebat.

KISAH PELIK TAPI BENAR!!!! ....HANYA SATU-SATUNYA DALAM DUNIA .... MENU YANG TERDAPAT DI RESTORAN INI HANYA GORENG GORENG!!!!


Kali pertama jumpa dalam dunia betapa sebuah restoran hanya menghidang menu GORENG GORENG .

Setiap menu goreng goreng ada pelbagai harga.

Nama restoran dan lokasi ... RESTORAN BARJANA No: 23, Jalan Morib 28/6 Taman Aalam Megah, 40400 Sahah Alam, Selangor.
Syabab Pas Kampar shared Zaharuddin.net's photo.
Berita akhbar Berita Harian 8 Oktober 2013 ini agak kurang baik kepada UMNO tetapi agak berani. Ini kerana ia seolah menggambarkan ramai perwakilan sangat bermasalah dalam uruskan kewangan sendiri. Justeru memberi tanggapan bahawa mereka BAKAL kurang kompeten jika kelak mentabdir bahagian, parti, negeri dan negara. Namun bagi saya, proses TAPISAN sebegini adalah BAGUS dan baik diikuti oleh parti-parti lain. Apa pandangan kalian.?

PR tidak perlu kerjasama BN untuk perintah negara

 
Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyangkal pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kewujudan ruang kerjasama antara Umno dan PAS dengan menyatakan bahawa gabungan kerjasama itu tidak perlu kerana Pakatan Rakyat mempunyai peluang terbuka luas menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak.

Muhammad berkata, parti komponen PR sepatutnya bersedia mengukuhkan parti untuk membentuk kerajaan dan jangan menerima agenda tersembunyi Barisan Nasional (BN) bagi menjalinkan kerjasama.

“Jangan ada agenda untuk menyelit ke sana dan ke sini. Nanti rakyat yang menjadi mangsa. PR harus berusaha sebaik mungkin memberi alternatif kepada rakyat. Apa jua kelemahan BN, jangan diulang.

“Jika BN menjadi pilihan dan mendengar suara rakyat, mengapa mereka mahu bekerjasama dengan pihak menentang untuk berunding bersama kerajaan? Jika BN bagus, berdiri atas kaki sendiri, melainkan jika mereka memang sudah ditolak.

“Kalau tidak bagus, hendak menang dan berkuasa, kenalah main tipu. Pakat dengan penjaga gol lawan dan suruh lepaskan bola. Tendang dari jauh pun boleh masuk. Dalam arena politik, kita tidak mahu wujudkan orang yang mengekalkan kuasa. Umno sudah lama mengekalkan kuasa hampir 60 tahun,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersamaThe Malaysian Insider di Shah Alam, Selangor.

Beliau yang mesra dengan nama timangannya Mat Taib berkata, atas dasar BN yang mahu mengekalkan kuasa, rakyat menanggung kerugian jika rundingan berkenaan menemui kegagalan.

Sambil menggesa parti dalam PR mengukuhkan kepimpinan untuk menawan Putrajaya pada PRU14, beliau berkata, BN dan PR harus memilih jalan berbeza.

“BN yang ingin mengekalkan kuasa, tetapi rakyat yang menanggung rugi. Pandangan saya, biar BN dengan cara mereka sendiri dan PR mesti bersatu sebagaimana sebelum ini. Saya yakin PRU14 mereka tawan Putrajaya.

“Tiada apa yang salah kerana di Australia, rakyat mereka kerap bertukar kerajaan. Selepas dua penggal, kerajaan yang mentadbir akan ditukar kerana selama tempoh berkenaan mereka sudah mula ‘berakar’. Bahaya biarkan sesebuah kerajaan untuk terus berakar.

“Apatah lagi Umno sudah 60 tahun, bukan berakar tetapi sudah berkabel. Kabel yang sangat besar. Umno hanya menguntungkan pihak tertentu tetapi kebajikan rakyat tidak dijaga. Sepatutnya lepas dua penggal kita tukar kerajaan, supaya pimpinan lebih segar,” katanya dengan nada tegas.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, rakyat perlu mendapat faedah maksimum daripada sesebuah kerajaan dan bukan hanya berfikir untuk terus mengekalkan kuasa.

Muhammad menyertai PAS dua hari selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Umum 2013 lalu.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini, Muhyiddin berkata, BN tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PAS kerana pati komponen BN itu sentiasa terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatupadukan umat Islam.

"Kita tidak kisah bekerja bersama PAS atau Pakatan sekiranya ia demi kepentingan umat Islam di negara ini dan kita yakin sekiranya Umno bekerjasama dengan PAS banyak yang dapat dicapai," katanya.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa kerajaan.

Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.

Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, PAS akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) turut mendapati majoriti masyarakat Melayu dan Cina mahu melihat pentadbiran kerajaan BN menjalinkan kesepakatan dengan PR selepas pilihan raya umum baru-baru ini.

Hasil kajian itu menunjukkan 69 peratus daripada keseluruhan 1,546 orang responden yang ditemui oleh pengkaji pilihan raya tersebut mahu melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melibatkan PR dalam kerajaan persekutuan.

Pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangannya berkata lebih mengejutkan, sebanyak 70 peratus responden Melayu bersetuju dengan hasrat untuk melihat kerjasama BN dan PR, manakala 67 peratus lain adalah kaum Cina, hasil daripada kajian yang dijalankan dari 15 Ogos hingga 10 September baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mohammad Redzuan menekankan langkah kerjasama tersebut tidak boleh hanya terarah kepada satu parti dalam PR sahaja, sebaliknya BN perlu menjalin hubungan dengan PKR dan juga DAP.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata BN sedia mengadakan perbincangan mengenai perpaduan nasional dengan PR, namun menggesa pembangkang mengamalkan "baik sangka" terhadap BN.

Shahidan yang juga menteri bertanggungjawab terhadap Parlimen berkata PR boleh membawa usul berkenaan ke Parlimen sekiranya mereka ikhlas dengan perkara itu. – 26 September, 2013. - TMI

LAGI KISAH KEZALIMAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR!!!!! ... SEMPENA ULANG TAHUN BANDARAYA SHAH ALAM KE-13, SEMUA TEMPAT LETAK KERETA AWAM DI BAWAH MBSA ADALAH PERCUMA!!!

Omak Kau rasa berita macam ini selalunya di padamkan dari pengetahuan rakyat oleh RTM,TV3, Utusan dan Berita Harian.

Sempena Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam ke-13, tempat letak kereta awam tidak akan dikenakan sebarang caj bayaran pada 10 Oktober 2013.
Pengecualian caj bayaran ini tidak termasuk tempat letak kereta yang diuruskan oleh pihak swasta.

Kalau ada sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Pengurusan Hasil dan Pelaburan, MBSA di talian : 03-5522 2882

Tiada ulasan: