Posted on Wednesday, October 09 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.
Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka," jawab Allah."Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu keheranan.
"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah.
Sumber
http://tranungkite.net/teladan/teladan21.htm
Kerajaan Turki mansuh larangan bertudung
Posted on Wednesday, October 09 @ 07:31:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Ankara: Turki memansuhkan larangan ke atas wanita memakai tudung di kawasan bangunan kerajaan semalam, antara langkah pembaharuan bertujuan memperkuat demokrasi.
Larangan itu sudah wujud lebih 90 tahun lalu sejak pembentukan Republik Turki. Ia menyebabkan ramai wanita Turki tidak menyertai perkhidmatan kerajaan.
“Satu peraturan yang secara rasmi campur tangan ke atas kebebasan berpakaian dan gaya hidup hingga menjadi punca ketidaksamaan taraf, diskriminasi dan ketidakadilan terhadap rakyat, sudah menjadi sejarah," kata Timbalan Perdana Menteri, Bekir Bozdag di Twitter.
Peraturan itu tidak membabitkan badan kehakiman dan tentera disiarkan oleh Pekeliling Rasmi dan berkuatkuasa serta- merta.
Cara kikis sekular
Perdebatan mengenai pemakaian tudung adalah punca utama ketegangan antara golongan agama dan sekular serta menjadi isu di kalangan penduduk.
Pengkritik terhadap Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan melihat Parti AK pimpinannya sebagai cuba mengikis asas sekular republik itu selepas era pemerintahan Uthmaniyah oleh Mustafa Kemal Ataturk pada 1923.
Bagi penyokong Erdogan, beliau hanya memulihkan kesimbangan dan kebebasan meluahkan soal agama kepada penduduk.
Pemansuhan larangan itu adalah berasaskan kepada perintah Kabinet pada 1925 apabila Ataturk memperkenal beberapa pembaharuan bertujuan menamatkan cara berpakaian menunjukkan simbol agama di kalangan pekerja kerajaan.
Ia disifatkan sebagai sebahagian daripada usaha pendemokrasian oleh Erdogan sejak minggu lalu.
REUTERS
Kalau nak berkempen kena adalah sedikit 'decorum'
Posted on Wednesday, October 09 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
UMNO sebagaimana yang saya sebut akhir-akhir ini sudah hilang moral dan sifatnya sebagai parti yang memerintah negara berbilang kaum, seperti negara kita ini. UMNO sudah hilang ‘magnanimity’ sebagai parti pemerintah negara kerana kecenderungan pemimpin-pemimpinnya hanya mahu memimpin orang Melayu dan membawa orang Melayu memusuhi bangsa lain. Ini lebih terlihat dalam siri kempen pemilihan UMNO dan ia dilakukan, bukan oleh Ketua Cawangan, tetapi oleh Naib Presiden dan calon Naib Presiden.
Pemilihan UMNO kali ini merupakan pemilihan yang paling buruk nilai
pemimpin yang bertanding untuk memegang jawatan tinggi parti itu. Di
mana-mana orang ramai bercakap betapa teruknya kempen yang di tunjukkan
oleh Ahmad Zahid Hamidi dan Ali Rustam, bekas Ketua Menteri Melaka,
beberapa hari yang lepas. “It’s atrocious” kata ramai rakan-rakan
apabila berjumpa dengan rakan-rakan dalam UMNO yang ramai diantaranya
hadir dalam siri kempen mereka.
Zahid
dan Ali menggunakan isu rasis yang menebal untuk menaikkan semangat
Melayu kononnya dan membuatkan mereka berdiri dibelakang mereka dalam
siri kempen pemilihan parti kali ini. Gaya ini merupakan manifestasi
pemimpin yang kurang kepimpinan. Nampaknya Zahid dan Ali hanya mahu
memimpin orang Melayu dan tidak mahu memimpin bangsa-bangsa lain di
negara ini.
Mereka tidak berkeyakinan untuk mendapat sokongan tanpa menggunakan isu
perkauman. Ali Rustam sampai kehari ini menggunakan isu orang Cina
tidak mengundi beliau walaupun orang Cina dikawasan mereka telah beliau
tolong dalam kehidupan mereka dengan begitu banyak.
Ini menunjukkan betapa jengkelnya calon Naib Presiden ini kerana beliau
mengambil pemberian dan pertolongan kepada mereka untuk menambat undi
mereka dalam setiap pilihanraya. Ali tidak tahu isu nasional merupakan
isu besar dalam negara kita. Pengundi tidak boleh di beli dengan
pertolongan wang.
Mereka melihat isu keselamatan dan isu rasuah dan berbagai isu yang
melingkungi kehidupan manusia di negara ini. Kalau isu pemberian dan
hadiah menjadi penentu kepada kemenangan maka BN sepatutnya menang dalam
semua kerusi kerana setiap keluarga mendapat bantuan BRIM dan
berbagai-bagai lagi bantuan ‘one offs’ dari kerajaan.
Zahid
pula menunjukkan sifat kurang berkeyakinan dengan menonjolkan sikap
garang dan berapi kononnya beliau begitu prihatin terhadap keselamatan
negara dan ketinggalan bangsa Melayu dalam semua bidang. Beliau berasa
tidak senang dengan kritikan media massa sehinggakan beliau menggertak
media dan portal berita yang beliau anggap memutar belitkan semua
kenyataan beliau.
Kalau pun ada perasaan marah tunjukkanlah kemarahan itu dengan cara
seorang pemimpin marah dan bukannya dengan menggertak dan membidas
seolah-olah beliau tidak mempunyai ciri kepimpinan. Zahid dan Ali tidak
ada langsung apa yang dikatakan ‘decorum’ dalam perbahasan mereka.
Blog ini selalu menyatakan yang mereka yang memimpin pada hari ini
diletakkan tidak kena pada tempatnya. Ibarat menyuruh pembuat songkok
membuat kasut dan pembuat kasut membuat songkok. Mereka adalah pemimpin
yang keliru kerana yang sudah pasti mereka berada diatas itu tidak tahu
samada mereka berada ditempat mereka kerana kepimpinan atau kerana kuasa
wang yang ada kepada mereka.
Itu sebabnya saya selalu menyatakan yang siapa pun yang dipilih
diantara calon-calon Naib Presiden iu tidak memberikan apa-apa perbezaan
kepada kepimpinan dan pembaharuan politik yang di gegarkan oleh Najib
dan Muhyiddin selama ini.
Kita menjadi bahan lawak jenaka kepada masyarakat antarabangsa dan
tiada siapa yang merasa malu dengan keadaan ini. Tidak pula mereka sedar
yang semua pihak nampak dan menjejaki permainan ‘cah keting’ diantara
puak-puak dalam UMNO itu. Dalam keadaan negara sudah hampir lumpuh ini,
masih lagi pimpinan bercakaran diantara satu dengan lain untuk menguasai
parti UMNO itu.
Entah mana satu yang betul tiada siapa yang tahu. Yang pasti pemimpin
rasuah berjanji hendak menghapuskan kegiatan rasuah itu, yang melanun
hendak memberhentikan rompakan dan yang merosakan parti dan kerajaan
berjanji hendak membetulkan keadaan.
Blog ini pernah berkata, jika hendak memecah dan merosakkan negara
berikan tugas itu kepada UMNO, dan jika hendak menambah kerosakan itu
minta UMNO untuk memperbaikinya. Keburukan ini bukan sahaja dilakukan
oleh UMNO dan komponennya dalam Barisan Nasional tetapi juga oleh satu
dua parti dalam Pakatan Rakyat.
Nampaknya UMNO hanya memperjuangkan orang Melayu dan parti lain seperti
DAP hanya memperjuangkan bangsa yang mendominasi parti itu sahaja.
Cerita memperjuangkan keperbilangan kaum tidak wujud dalam negara ini.
Kalau ada pun nampaknya hanya PAS sahaja yang memperjuangkan mengikut
landasan agama. Tetapi PAS bermasalah juga kerana parti itu tidak mampu
mentadbir dan mengurus kejayaan.
Negara sedang dalam keadaan tenat. Entah siapa yang akan di timbulkan
Tuhan untuk menjadi penyelamat kepada keadaan negara, yang sistemnya
sedang melalui proses kereputan ini.
Kita sekarang merasakan seolah-olah kita sudah tidak ada kerajaan lagi. Maka saya ingin mengulangi, elok kita mulakan sebuah negara baru yang selalu di sarankan oleh blog ini.
ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com

Timbalan Presiden Pas - Biar Saja Mat Sabu Vs Us Tuan Ibrahim
Posted on Wednesday, October 09 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
SEHINGGA kini kita belum mendapat pengesahan muktamad siapakah yang akan mencabar kedudukan Tuan Hj Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS di dalam Muktamar PAS akan datang. Cumanya yang kita dengar bahawa yang mungkin menawarkan diri adalah Us Tuan Ibrahim Tuan Man dan Us Nik Amar. Seorang lagi, Datuk Husam Musa saya tidak fikir dia akan bertanding.

Walaupun ramai yang
beranggapan Tuan Hj Mat Sabu tidak perlu dicabar memandangkan beliau
telah menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada parti dengan
berkesan. PAS semakin ke hadapan jika dilihat di dalam keputusan PRU
13 yang lalu, itu pun di dalam keadaan PRU yang penuh dengan
'penipuan'. Mungkin sebab itulah maka Datuk Husam Musa tidak akan
menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Nombor Dua di dalam PAS.
Mat Sabu |
Jika pun ada pertandingan, aku rasa bukan kerana Mat Sabu gagal
berperanan tetapi adalah kerana keinginan untuk melihat golongan Ulamak
berada di Kerusi tersebut. Jika itulah alasannya, aku bersetuju jika
salah seorang dari golongan Ulamak masuk bertanding sebagai alternatif
kepada ahli-ahli PAS untuk buat pilihan. Kita tidak boleh nafikan bukan
sedikit di dalam PAS yang mahukan Ulamak menduduki Kerusi Timbalan
Presiden tersebut. Maka, untuk memuaskan hati semua pihak adalah wajar
seorang Ulamak tawarkan diri dan tokoh itu tidak ada yang lain
melainkan Us Tuan Ibrahim Tuan Man yang paling sesuai.
Us Tuan Ibrahim Tuan Man |
Seandainya Us Nik Amar yang juga seorang Ulamak menawarkan diri, maka
sudah tentu undian untuk golongan Ulamak ini akan berpecah dan tentulah
'tidak adil' jika akibat pecahan undi tersebut akhirnya Mat Sabu yang
menang. Bukan bermakna aku tidak suka Mat Sabu menang tetapi aku lebih
suka lihat sesiapa yang menang bukan kerana pecahan undi lawan
masing-masing. Lagi pun, perlu apanya Us Nik Amar masuk bertanding jika
Us Tuan Ibrahim sudah masuk mewakili golongan Ulamak?
Seandainya berlaku pertandingan dua penjuru iaitu di antara Tuan Hj Mat
Sabu dan Us Tuan Ibrahim, maka kita boleh lihat di dalam PAS siapakah
yang sesuai dan disepakati oleh Jemaah untuk menduduki Kerusi Nombor
Dua tersebut, samada golongan Aktivis atau pun golongan Ulamak. Siapa
pun pilihan ahli-ahli PAS nanti kenalah terima dengan terbuka.
............
http://wfauzdin.blogspot.com
............
http://wfauzdin.blogspot.com
Potong Rambut, Kuku Bagi Yang Ingin Menunaikan Ibadah Korban
Posted on Wednesday, October 09 @ 05:03:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
ZULHIJJAH MENJELANG LAGI
Hari ini, sudah 5 Zulhijjah.Beberapa hari sahaja lagi,jutaan umat Islam akan mula wuquf di padang Arafah. Hari ini, tetamu al-Rahman semakin membanjiri Tanah Suci Kota Makkah. Dan, umur 1434H juga semakin singkat,rasanya terlalu laju berlari ke 1435H.Kita sebagai hamba, sewajibnya terus bermuhasabah atas setiap saat yang telah berlalu agar ia berlalu dengan maghfirah dan belas kasihan Ilahi.Ini kerana,sudah pasti bahawa buku catatan amalan kita untuk sepanjang tahun ini telah habis kita hitam legamkan dengan segala jenis dosa dan maksiat.
Ya Allah,ampunilah kami kerana Engkau Maha Pengampun!
IBADAH DI BULAN ZULHIJJAH
Di samping ibadah harian biasa di bulan yang mulia ini,terdapat beberapa ibadah khusus yang telah disyariatkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Antaranya ialah :
(1) Puasa awal Zulhijjah bermula dari 1-8 Zulhijjah.
Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam kitabnya al-Jami' dari hadith sahabi Ibn 'Abbas r.anhuma (no. 767,edisi al-risalah)
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud bahawasanya ' Tiada satu amalan pun yang lebih disukai oleh Allah SWT dalam satu-satu hari berbanding amalan pada 10 awal Zulhijjah.'
Maka para sahabat r.anhum bertanya, " Ya Rasulallah,walaupun jihad di jalan Allah?"
Maka Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud bahawasanya ' Juga bukan jihad di jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar berperang dengan nyawa dan hartanya dan dia tidak kembali lagi."
Hadith Sahih ini juga telah diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari (no 969),Imam Abu Daud (no 2438), Imam Ibn Majah (no 1727),Imam Ahmad (n0 1968) dan Ibn Hibban (no 324).{kebanyakan penomboran adalah berdasarkan tahqiq Syaikh Syuaib dalam edisi al-Risalah}
Namun,dalam hadith ini tidak dinyatakan amalan puasa.Bahkan hanya disebut amalan-amalan secara umum.Hadith yang menyebut amalan puasa secara khusus telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi juga dalam bab yang sama (n0 768) namun hadith itu telah dinilai cacat oleh para ulama' hadith.Namun,berdasarkan metodologi para ulama' dalam meletakkan hadith dalam kitab-kitab mereka,maka mereka menyimpulkan bahawa amalan puasa disunatkan pada 8 hari pertama bulan Zulhijjah berdasarkan umum hadith pertama di atas,dan hadith kedua yang menyebut amalan puasa secara khusus walaupun ia dhaif.
(2) Puasa pada 9 Zulhijjah bagi yang tidak menunaikan haji.
Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dari hadith sahabi Abi Qatadah r.anhu (no 759) bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda bahawasanya ' Puasa pada hari Arafah,aku berharap pada Allah SWT agar Dia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan selepasnya.'
Hadith ini juga telah dikeluarkan oleh Imam Muslim (no 1162),Imam Abu Daud (n0 2425,2426),Imam Ibn Majah (no 1730),Imam Ahmad (no 22517) dan Ibn Hibban (no 4642).
Namun begitu,bagi individu yang menunaikan haji,makruh untuk mereka berpuasa pada hari Arafah berdasarkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh para ulama' hadith dalam kitab-kitab mereka.
(3) Ibadah Korban pada Hari Raya Korban
Telah maklum akan pensyariatan ibadah korban.Dan pendapat yang masyhur di kalangan majoriti fuqaha' ialah ibadah korban adalah sunnah muakkadah.Saya tidak berniat untuk memanjangkan perbahasan hukum melakukan korban dan perinciannya di kalangan fuqaha'.
'YES' AND 'NO' BAGI YANG INGIN MELAKUKAN IBADAH KORBAN
Berdasarkan hadith Ummil Mu'minin Ummi Salamah r.anha daripada Rasulullah SAW bahawasanya Baginda telah bersabda ' Sesiapa yang telah melihat anak bulan Zulhijjah,dan dia ingin melakukan ibadah korban,maka janganlah dia mengambil sesuatupun dari rambutnya dan kukunya.'
Hadith sahih ini telah dikeluarkan oleh Imam an-Nasaie dalam kitab beliau al-Sunan al-Sughra dalam kitab al-dahaya hadith no 4363.Ia juga telah diriwayatkan oleh Imam Muslim (no 5089-5095),Imam Abu Daud (no 2791),Imam Tirmizi (no 1523) dan Imam Ibn Majah (no 3149&3150).
Berdasarkan hadith di atas,para ulama' telah berbeza pendapat tentang hukum memotong kuku,rambut dan bulu-bulu badan bagi individu yang ingin melakukan ibadah korban.Berdasarkan perbahasan fuqaha' dalam kitab-kitab mereka dapat disimpulkan kepada 3 pendapat utama.
(1) Haram
Ini adalah pendapat Imam Ahmad,Ishaq Ibn Rahawaih,Ibn Musayyab,Daud,Rabi'ah dan sebahagian fuqaha' Syafiiyyah.
(2) Makruh Tanzih
Ini adalah pendapat Imam al-Syafiie dan ashab Imam.Dan ia adalah satu riwayat dari Imam Malik.
(3) Tidak makruh (Mubah)
Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan ini adalah salah satu riwayat dari Imam Malik.
Imam Ibn Qudamah telah membicarakan masalah ini secara panjang lebar dalam kitab beliau al-Mughni.Sebahagian daripada syarah itu telah dinukilkan oleh Syaikh Muhammad Ibn 'Ali al-Atyubi dalam kitab syarah Nasaie (ms 272 dan seterusnya,jil 33) berserta kalam para ulama' lain seperti Imam Nawawi dalam syarah Muslim.
Saya tidak berniat untuk membentangkan dalil dan cara penghujahan para ulama' dari pelbagai mazhab kerana terdapat pelbagai istilah yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian pembaca.
Saya ingin melompat kepada kesimpulan iaitu pendapat yang mengatakan bahawa tidak makruh adalah tertolak berdasarkan larangan dari hadith di atas.Ini kerana,serendah-rendah martabat larangan ialah makruh.Jadi,apabila telah ada nas dalam sesuatu masalah,maka qiyas tidak boleh lagi digunakan.
Samaada makruh atau haram,kedua-duanya adalah perintah dari syara' agar kita sebagai hamba meninggalkanya.Cuma,kenapa dibahagikan kepada larangan bertaraf makruh dan larangan bertaraf haram,maka ia ada nilainya di sisi fuqaha' dalam membahaskan kaedah dharurat dan hajiat.Dan saya secara peribadi berpendapat dengan pendapat haram dan ini adalah mu'tamad mazhab Imam Ahmad sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab-kitab mazhab Ahmad seperti al-Raudh al-Murbi',Kassyaf al-Qina',Syarhul Muntaha dan lain-lain.Bahkan dalam sesetengah kitab seperti Kassyaf al-Qina',ulama' Hanabilah menyarankan pelakunya agar bertaubat kerana melakukan dosa itu dengan menyalahi larangan hadith.Namun,tiada kaffarah atau fidyah yang perlu dibayar oleh sesiapa yang melakukannya.Namun ia tetap berdosa jika tidak bertaubat.Wallahu a'lam.
Dan para ulama' menyatakan boleh untuk melakukan perkara-perkara yang tidak disebutkan dalam hadith tadi seperti memakai wangian,bersetubuh dengan isteri dan lain-lain sebagaimana yang difahami dari umum hadith Ummil Mu'minin Aisyah r.anha dalam Sahih Bukhari.
Dan salah satu hikmah daripada larangan di atas ialah agar seluruh dosa anggota badan kita diampunkan semasa darah binatang korban mula menitik ke bumi.
Wallahu a'lam.
............
http://nasaie.blogspot.com
Soalan;
Saya ada terbaca mengenai orang yang mahu membuat korban maka dilarang potong rambut dan kuku. Bilakah bermulanya orang itu tidak boleh berbuat demikian dan sampai bila. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Jawapan;
Disunatkan orang yang ingin melaksanakan korban untuk tidak memotong kukunya, mencukur/ memotong rambut dan juga mencukur/ mencabut bulu pada badannya sama ada bulu ketiak, bulu ari-ari, misai, janggut dan sebagainya apabila masuk bulan Zulhijjah dari hari pertamanya hinggalah setelah korbannya dilaksanakan. Jika dilakukan hukumnya adalah makruh. Ini berdalilkan sabda Nabi SAW; “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah (yakni mengetahui masuknya bulan Zulhijjah), sesiapa dari kamu yang ingin melakukan ibadah korban hendaklah dia menahan (menangguh) dari (membuang/memotong) bulu/rambut dan kuku-kuku di badannya hingga ia melaksanakan korbannya” (Soheh Muslim; 1977/41, dari Ummu Salamah RA).
Menurut Syeikh Ibrahim al-Marwaruzi; hukum anggota-anggota badan yang lain sama seperti hukum rambut/bulu dan kuku (yakni makruh dibuang sebelum dilaksana korban).
Menurut ulama; hikmah tegahan ini ialah supaya keampunan Allah yang datang melalui ibadah korban itu akan meliputi seluruh tubuhnya termasuklah rambut, bulu-bulu badan, kuku dan sebagainya.
Menurut Syeikh Mansur Ali Nashif; ia juga dituntut dari ahli keluarga orang yang melakukan korban supaya keampunan Allah yang sempurna itu turut merangkumi mereka (at-Taj al-Jami’, 3/115).
http://ilmudanulamak.blogspot.com

Q&A: Orang buat korban; dilarang buang rambut dan kuku?
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, | 23 Sep 2013 |

DS Zahid Hamidi : Ucapan Terbaik Dari Mulut Longkang Beliau... Kah Kah Kah !
Posted on Wednesday, October 09 @ 04:37:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: inderasipejuang
"Tak usah nak tunjuk BAGUS lah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi... lebih baik lu cermin aje le MUKA lu tu beb dan tanya kat cermin tu BAGUS ke lu tu... kalau cermin tu tak jawap biar gua yang jawapkan... macam HARAMJADAH lu tahu tak... APA BARANG kalau disatu masa lu mengatakan MENENTANG GANGSTER tapi disatu masa lain lu juga MENGGALAKAN GANGSTER kepada Orang Melayu... jangan jadi MUNAFIK lah beb kalau sendiri pun Perangai macam Gangster... Hakkkkk Tuihhhhhhh !.

Memang mungkin lu LAYAK untuk Menang dalam Pemilihan Naib Presiden
Umno kerana PERWATAKAN lu yang macam ORANG HILANG AKAL... ditambah
lagi yang ada didalam Umno itu sendiri Majoriti nya adalah seperti
kata Tun Madey "SUDAH BERPULUH TAHUN YANG CERDIK PANDAI TAK MASUK
UMNO"... jadi kalau lu Menang gua sikit pun TAK HERANNNN lu tahu tak
Zahid... malang betul lu roang ISI PERUT UMNO punya Naib Presiden yang
BERMULUT LONGKANG... kah kah kah !.
Gua nak tengok SURAT KHABAR mana yang akan lu DITUTUP seperti yang lu
katakan tu... TUTUP lah kalau lu ADA TELOR beb... jangan hanya BERANI
bercakap bila didepan sesama ISI PERUT UMNO tetapi HILANG TELOR bila
membuat keputusan... kerana terlalu PERASAN bila Isi perut Umno
BERSORAK ketika lu berucap... hinggakan lu LUPA bahawa OPS CANTAS yang
dilakukan adalah tanpa Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang lu
CANANG-CANANGKAN... kah kah kah !.
Boleh pun JENAYAH serta RANGKAIAN nya di BENTERAS tanpa PCA... itu
yang RAKYAT mahu selama ini bukan nya MENCANANGKAN konon nya
PEMANSUHAN AKTA-AKTA seperti ISA adalah punca PENINGKATAN JENAYAH...
sedangkan tanpa ISA dan AKTA-AKATA lain nya pun masih boleh JENAYAH
DIBENTERAS kalau Pihak Berkuasa mahu... tapi kalau TAK MAHU mungking
bermacam-macam ALASAN akan diberi beb... kah kah kah !.
Lu tahu tak Zahid yang lu tu bukan BERANI sangat pun dan LAYAK untuk
jadi KEPALA GANGSTER... mungkin lu sudah lupa kejadian semasa bermula
nya Zaman REFORMASI bermula... kan ke lu antara orang yang boleh
dikatakan PENGGERAK REFORMASI dikala itu... tapi apa kesudahan nya...
dimana lu selepas DITAHAN dibawah ISA... siapa yang dikatakan MENANGIS
semasa dalam TAHANAN... bukan ke lu Zahid... jadi jangan PERASAN lah
macam lu tu BAGUS sangat ya Zahid... kah kah kah !.
hemmmmm..... lebih lawak laginya sampai ada isi perut umno mengatakan
beliau ni warak... wallahualam lah beb... tapi kalau di dengar dari
ucapan beliau tu tak tahu gua nak katakan dimana warak nya beliau...
atau isi perut umno memang jenis tak faham bahasa dan tak dapat nak
bezakan antara warak dan jahil... kah kah kah... A B U.
Pertandingan Untuk Kerusi Naib Presiden Kini Semakin Panas
Posted on Wednesday, October 09 @ 03:27:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein semakin giat berkempen untuk mempertahankan kedudukan beliau sebagai naib presiden Umno.
Beliau dikatakan telah mengambil cuti daripada menjalankan tugas-tugas di kementerian untuk memberi tumpuan terhadap kempen.
Pada hari Ahad lalu beliau meluangkan masa sehari suntuk di Perak untuk bertemu dengan perwakilan-perwakilan dari utara hingga ke selatan negeri itu.
Menteri Pertahanan itu sedang bergelut dalam persaingan yang melibatkan enam calon bagi tiga kerusi naib presiden.
Beliau bersungguh-sungguh cuba meyakinkan khalayak tentang sebab-sebab mengapa mereka patut menyokong beliau dan malah mengingatkan mereka bahawa beliaulah yang telah mempengerusikan jawatankuasa yang menghasilkan sistem pemilihan baru dalam parti itu.
Kempen beliau amat berbeza dengan kempen Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Di mana saja Zahid pergi, para penyokong Umno memberitahunya bahawa mereka mahukan beliau terus kekal sebagai naib presiden.
Sedangkan Hishamuddin berhempas-pulas untuk meyakinkan perwakilan bahawa mereka masih memerlukannya.
Beliau bagaimanapun dikatakan mendapat sokongan di Perak yang Menteri Besarnya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah memberi sokongan kepada tiga penyandang, termasuk Zahid dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Sokongan Perak terhadap para penyandang jawatan naib presiden dikatakan berasas pada dakwaan bahawa ada arahan dari pucuk pimpinan tertinggi parti untuk mengekalkan status quo di peringkat kerusi naib presiden. Dakwaan ini telah dinafikan kebenarannya.
Satu sumber yang dekat dengan Datuk Seri Najib Razak mengatakan bahawa “tidak benar sama sekali” presiden telah melebihkan sokongan terhadap mana-mana calon naib presiden, termasuk Hishammuddin yang merupakan sepupu beliau.
Menurut sumber berkenaan, presiden enggan terlibat kerana beliau komited untuk membiarkan perwakilan memilih secara bebas siapa yang mereka mahukan sebagai naib presiden mereka.
“Parti ini perlu diberi nafas baru. Jika siapa yang patut dipilih telah ditentukan, akan terbatallah tujuan diadakan proses pemilihan yang baru ini dan ia bertentangan dengan transformasi politik Umno,” ujar sumber tersebut.
Selain itu, dikatakan bahawa seorang lagi pencabar, Datuk Mukhriz Mahathir, tidak akan ikut serta dalam persaingan jika tidak kerana mendapat restu daripada Najib.
Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengatakan calon perlu berkempen dengan bersandarkan pada kekuatan mereka sendiri dan bukannya menggunakan nama presiden.
“Saya tidak tahu siapa yang memulakan khabar angin ini dengan pergi ke seluruh negara memberitahu orang bahawa presiden mahu orang ini atau orang itu. Mereka perlu menghentikan tindakan tersebut dengan segera,” kata Syed Ali.
Hishammuddin juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan adanya sebarang arahan daripada kepimpinan parti untuk mengekalkan tiga penyandang naib presiden.
Buat seketika, cerita status quo itu begitu dipercayai sehinggakan Dr Zambry telah merancang untuk mengadakan sidang akhbar bersama ketiga-tiga penyandang naib presiden di kediaman rasmi beliau pada 10 Oktober untuk mengisytiharkan sokongan terhadap mereka. Difahami bahawa acara itu telah dibatalkan.
Pembatalan itu sememangnya sesuatu yang wajar kerana tidak semua penyokong di Perak merasa selesa dengan hal berkenaan. Mereka tidak kisah jika sokongan terbuka diberikan kepada Zahid yang berasal dari Perak, namun untuk dua kerusi lagi mereka merasa perlu diberi kebebasan untuk memilih.
Pada Sabtu malam, Sultan Pahang telah mengadakan makan malam besar-besaran untuk pemimpin-pemimpin Umno bahagian dan cawangan dari Pahang. Ada yang mengatakan bahawa makan malam itu untuk meraikan kejayaan Najib mempertahankan kerusi presiden tanpa ditentang.
Tetapi Najib tidak berada dalam majlis itu dan beberapa hadirin mengatakan yang makan malam itu adalah untuk Tuanku bertemu dengan rakyat baginda.
Seorang ketua bahagian yang hadir dalam majlis itu mengatakan bahawa Tuanku telah menyampaikan titah ucapan selepas makan malam untuk mengucapkan tahniah kepada Najib dan bertitah bahawa Pahang berbangga dengan beliau.
“Tuanku bertitah tentang kesatuan Melayu. Baginda mengingatkan kita bahawa Umno dilahirkan di istana dan menjadi tugas baginda untuk mengambil tahu apa yang berlaku dalam dunia politik. Tuanku juga menyarankan agar perwakilan Pahang memberikan salah satu kerusi naib presiden kepada Hisham,” kata ketua bahagian berkenaan.
Sokongan daripada istana Pahang ini tidak mengejutkan kerana isteri Hishammuddin adalah kerabat diraja Pahang. Menarik untuk dilihat berapa banyak daripada 14 bahagian Umno di Pahang akan memberikan sokongan terhadap Hishammuddin.
Sukar untuk menyalahkan Hishammuddin apabila beliau melakukan segala yang mampu dilakukannya untuk memenangi jawatan naib presiden, kerana pemegang jawatan itu juga akan dilantik ke dalam kabinet.
Lebih jauh daripada itu, jika menang, beliau akan kekal sebagai salah seorang bakal pencabar untuk jawatan Perdana Menteri di masa depan. Jika kalah, beliau mungkin akan menjadi backbencher Barisan Nasional.
Hishammuddin berdepan dengan tiga dilema. Di satu peringkat, beliau sedang dibandingkan dengan Zahid yang telah mengambil alih portfolio beliau sebagai Menteri Dalam Negeri.
Ketegasan Zahid dalam soal jenayah dan keselamatan amat berbeza dengan menteri sebelum beliau. Pendekatan beliau disukai oleh banyak pihak dan sebahagian anggota Umno menyebut beliau sebagai “Sheriff”.
Di peringkat lain, Hishammuddin sedang cuba untuk merebut slot “anak PM”. Hishammuddin dan Mukhriz adalah anak bekas perdana menteri dan bagi kebanyakan pihak hanya boleh ada seorang “anak PM” di kalangan naib presiden – sama ada Hishammuddin atau Mukhriz.
Di satu lagi peringkat, Hishammuddin berdepan dengan Shafie. Para perwakilan telah memutuskan bahawa undi terhadap Zahid adalah “wajib” dan dengan itu mereka perlu mengorbankan sama ada Hishammuddin atau Shafie untuk menaikkan muka baru.
Dari segi itu, siapa saja yang menyebarkan cerita status quo berkenaan telah tersalah menilai sentimen di bawah. Agak jelas dari awal lagi bahawa parti itu tidak berminat untuk memberi sokongan kepada semua penyandang secara borong. Setiap seorang daripada mereka dinilai berasaskan merit mereka sendiri.
Tetapi hanya segelintir yang menjangkakan gelombang sokongan yang besar terhadap Mukhriz. Jika dilihat pada respons perwakilan-perwakilan dalam jelajah Umno, Mukhriz telah menang dalam persaingan untuk meraih “sorak”.
Satu-satunya cara untuk menjelaskan sokongan yang diterima Mukhriz ialah bahawa beliau merupakan salah seorang anggota pasukan yang telah menawan semula Kedah. Kemenangan di Kedah adalah kejayaan terbesar Umno dalam pilihan raya umum yang lalu. Sejak itu, langkah Menteri Besar Kedah yang mempunyai “bin” yang masyhur itu serba menjadi.
Jelajah kempen pemilihan Umno akan melalui beberapa buah negeri lagi, namun sukar untuk disangkal bahawa akar umbi Umno mahu melihat sekurang-kurangnya satu wajah baru di kalangan naib presiden parti itu.
JOCELINE TAN
Mstar Online | 08 Okt 2013

Tiada ulasan:
Catat Ulasan