Rabu, 9 Oktober 2013

TEKUN2LAH BELAJAR MENGENAL POLITIK YANG HAQ@BENAR....JANGAN TERSOKONG POLITIK SALAH@AHLI2NYA BANYAK BUAT SALAH



GUNUNG SEMANGGOL - “Makcik dah tak sanggup nak duduk dengan depa, kalau boleh hari ini makcik nak lari pi tempat lain."

Itulah rintihan seorang ibu yang mendakwa dikurung empat hari oleh anak kandungnya di sebuah rumah sewa di Lembah Beriah, Bukit Merah.

Lebih menyedihkan, ibu malang itu juga mendakwa, dia kelaparan sepanjang tempoh dikurung akibat tiada bekalan makanan ditinggalkan dan hanya minum air sejuk untuk menahan lapar.

Bagaimanapun, derita yang ditanggung mangsa dihidu jiran yang pelik kelibat mangsa tidak kelihatan lebih seminggu.

Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali Mohammad, 41, berkata, mangsa yang berusia 55 tahun dipercayai tinggal bersama anak keduanya sejak setahun lalu.

Menurutnya, sebelum ini sudah tersebar khabar angin mengenai penderitaan mangsa yang didakwa kerap menjadi mangsa dera, namun kebanyakan jiran tidak mengambil serius mengenainya.

“Sejak berpindah ke rumah sewa baru, kami sering memerhatikan gelagat ibunya yang kemurungan setiap kali keluar dari rumah.

“Kemuncaknya, kami menjadi bimbang apabila kelibat mangsa langsung tidak kelihatan sejak seminggu lalu, sedangkan anak mangsa sekeluarga ada di rumah," katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di Bukit Merah, semalam.

Didorong sifat ingin tahu, Mohammad bersama beberapa jiran lain pergi ke rumah wanita itu sewaktu ketiadaan anak mangsa dan terkejut dimaklumkan mangsa dikurung tanpa diberi makan selama empat hari.

Jelasnya, pada pertemuan itu, mangsa mengakui ditinggalkan anak lelakinya dalam keadaan pintu rumah berkunci dan terpaksa meminum air sejuk bagi menahan lapar.

"Mangsa turut mengakui sering dipukul menantunya, malah pernah beberapa kali ditendang cucunya yang masih kecil atas kesalahan tidak diketahui.

“Sebak melihat keadaan mangsa, kami segera membelikan makanan kepadanya dan memaklumkan perkara itu kepada Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hasan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohamad berkata, dia pernah menemui anak lelaki mangsa untuk bertanyakan keadaan mangsa, bagaimanapun anak lelaki mangsa hanya memberitahu ibunya mengalami gangguan mental.

“Atas nasihat ketua kampung, kami membuat laporan polis mengenai keadaan ibu mangsa di Balai Polis Bagan Serai pada Jumaat lalu dan perkara itu turut dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kerian pada keesokan harinya,” katanya.

Mangsa diselamatkan JKM

Sementara itu, Pegawai JKM Kerian, Noor Kamaruzzaman Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai dakwaan kes penderaan melibatkan mangsa pada Sabtu lalu.

Susulan itu, pihaknya membuat lawatan ke rumah mangsa sebanyak tiga kali untuk menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan dibuat.

“Dalam dua lawatan permulaan, kami difahamkan anak lelakinya terpaksa mengurung mangsa kerana mengalami gangguan mental.

“Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan mangsa yang mengaku didera dan direkodkan jiran terdekat, JKM mengambil keputusan mengambil mangsa untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Parit Buntar di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya.

Kata Noor Kamaruzzaman, jika terbukti terdapat unsur penderaan ke atas mangsa, tindakan akan diambil ke atas kesemua suspek terlibat.

"Tetapi jika mangsa terbukti mengalami gangguan mental, satu cadangan rawatan pemulihan akan dikeluarkan ke atas mangsa,” katanya.

Katanya, mangsa diambil di rumahnya dengan diiringi polis lebih kurang jam 1 tengah hari semalam.

“Selepas itu, JKM mungkin akan mencari tempat perlindungan sesuai kepada mangsa sehingga siasatan kes selesai,” katanya.

Mangsa yang ditemui pemberita mengakui dipukul menantunya pada sebelah malam susulan selepas menerima kunjungan pegawai JKM, kelmarin.

Sewaktu ditanya pegawai JKM semalam, mangsa mengakui tidak diberi makan semalaman.

Tinjauan Sinar Harian di rumah mangsa mendapati keadaan bilik tidur mangsa amat menyedihkan apabila terpaksa tidur di atas lantai tanpa disediakan tilam.

Ketua Audit Negara sangkal polis ada beri penjelasan, kumpulan K-pop tiada penaja

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
October 08, 2013
Latest Update: October 08, 2013 10:54 am
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar) menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang.
Ambrin turut tidak bersetuju  dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.
Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain.
Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
“Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting,” kata Ahmad Zahid.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada penjenayah.
Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan senjata yang hilang digunakan dalam jenayah.
Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya.
“Tiada tentang pistol hilang di dalam laut dalam laporan kami dan tiada jawapan daripada polis berhubung isu ini,” kata Ambrin kepada The Malaysian Insider semalam.
“Kita tidak boleh menolak kemungkinan apabila polis melakukan operasi atau latihan di laut, pistol mungkin jatuh ke dalam laut.
“Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya dicuri selain kelemahan menguruskan aset,” katanya.
Ahli Parlimen pembangkang menyelar polis selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dibentangkan dengan mendakwa kehilangan pistol mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar jenayah melibatkan senjata api.
Teresa Kok dari DAP mengkritik polis kerana sekadar memberikan alasan tanpa mahu mengakui kecuaian mereka.
“Macam mana Khalid tahu pistol itu jatuh ke dalam laut? Adakah rakyat Malaysia yang waras boleh terima alasan sebegitu,” katanya.
Berhubung bagaimana Jabatan Audit Negara tahu mengenai kehilangan itu, Ambrin berkata, mengikut peraturan, kementerian, jabatan atau agensi yang kehilangan aset kerajaan harus melaporkan kehilangan itu kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara.
Pendedahan lain dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menjadi kontroversi adalah penggunaan dana RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa kumpulan K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Sedunia.
Bekas menterinya, Ahmad Shabery berkata, ia datang daripada penaja sementara penggantinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengambil alih jawatan itu pada Mei mengakui kementerian mengeluarkan belanja untuk konsert itu.
Shabery mendakwa, kementerian menerima RM20 juta daripada sektor korporat dalam dan luar negara untuk acara itu.
Shabery turut menggelar Jabatan Audit Negara “culas” (malas) kerana gagal menyemak wang yang dimasukkan oleh penaja ke akaun bank Majlis Belia Kebangsaan.
Bagaimanapun, Ambrin menafikan dakwaan Shabery dan berkata, tiada sesiapa daripada kementerian atau majlis yang mencabar fakta wang konsert K-pop itu datang menerusi peruntukan kerajaan semasa perbincangan kedua-dua pihak berhubung audit itu.
“Dalam audit tentang pembayaran geran oleh kementerian kepada badan bukan kerajaan kami mendapati sejumlah besar wang dibayar untuk beberapa aktiviti bagi sambutan yang dirasakan tidak wajar termasuk konsert K-pop.
“Ini sebabnya mengapa ia dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara,” katanya. – 8 Oktober, 2013.
AKHIRNYA TELUR BUSUK ITU PECAH JUA ... MAHATHIR MENGAKU MENJADI PENGKHIANAT DAN PETUALANG NEGARA

Bekaas perdana Menteri tun dr mahathir hari ini buat pertama kalinya mengaku bahawa dialah menjadi pengkhianat negara dengan memberi kerakyatan kepada beratus ribu rakyat asing di sabah. semuanya hanya kerana UNTUK MEMENANGKAN UMNO/BN DI SABAH DALAM PRU....dan dua jabatan kerajaan iaitu JPN dan SPR telah menjadi tali barut mahathir untuk menipu dengan cara yang paling hina dalam pilihanraya Malaysia !!!
— with Komunis Yang Direjam and 47 others.
Like · · · March 31 at 10:57pm ·
'Pak guard' diherdik kerabat palsu
  • 'Pak guard' diherdik kerabat palsu
1 / 1
ISU menjual nama sultan, kerabat, istana atau institusi diraja untuk kepentingan peribadi, perniagaan, mendapatkan kontrak dan menipu bukanlah satu perkara baru di negara ini.

Sebaliknya, ia sudah menjadi satu fenomena yang membimbangkan. Tidak terkecuali menerima tempias tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini adalah pengawal keselamatan.

Pertemuan Sinar Harian dengan seorang pengawal keselamatan berjaya menungkai beberapa peristiwa di mana beliau pernah diherdik, dimarahi di khalayak ramai dan dipukul.

Enggan namanya sebenarnya didedahkan, Razak yang berusia awal 60an memberitahu kesabaran yang tinggi amat diperlukan olehnya apabila berdepan dengan individu seumpama itu,

Ibarat peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’, dia turut mengakui pernah diugut oleh individu yang memintanya menjaga kereta dipandu yang diparkir di hadapan sebuah pusat membeli belah sekitar tahun 2009.

“Lelaki berusia 30an ini turun dari  kereta mewahnya selepas parkir sesuka hati di hadapan pintu masuk bangunan.

“Saya yang pada ketika itu berada dalam bangunan segera keluar dan meminta beliau parkir di tempat sepatutnya, namun lelaki terbabit memarahi saya seterusnya menyindir saya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Dia turut mengakui adalah kerabat diraja dari sebuah negeri. Atas kerana itu, saya hanya berdiam diri meskipun kesahihan asal usul lelaki terbabit tidak dapat dipastikan,” katanya.

Ketika ditanya pernah mengalami situasi sama dihadapi pengawal keselamatan di Subang Skypark, Azman Md Nayan, 49, dalam kejadian pertengkaran bersama isteri pemain bola sepak terkenal negara, Razak tersenyum sinis.
Dia turut mengakui pernah digertak oleh seorang lelaki berusia 40an ketika cuba meminta agar kereta diparkir tidak menghalang laluan ketika bertugas di sebuah pusat hiburan.

Katanya, bukan sahaja kata maki dan cemuhan pernah diterimanya, malah individu terbabit yang mengakui kerabat diraja mencampakkan wang kepadanya sambil menyindirnya sebagai ‘orang miskin’.

“Saya bekerja cari rezeki, tetapi bukan untuk dihina. Apa salahnya jika dia bercakap elok-elok atau parkir di tempat sebetulnya.

“Jika saya bertindak keterlaluan untuk membalas tindakan lelaki terbabit, saya bimbang akan dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan sekali gus menyekat periuk nasi saya,” katanya.

Meskipun sudah melalui pelbagai perkara seumpama itu, Razak bersyukur kerana sehingga hari ini dia masih lagi boleh memakai seragam pengawal keselamatan.

Dia reda dengan hasil titik peluhnya malah menganggap apa yang berlaku sebagai asam garam dalam kehidupannya.
DAP buat laporan polis isu gengster
  • DAP buat laporan polis isu gengster Khoo (tengah) bersama Lai (kanan) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya, semalam.
1 / 1
AYER KEROH - Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong membuat laporan polis, meminta siasatan dibuat berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai isu ‘gengster’ di dalam satu majlis di MITC, Melaka pada 5 Oktober lalu.
Menurut laporan tersebut, Ahmad Zahid didakwa mengeluarkan kenyataan berbunyi: ‘Dulu gengster kena tangkap akan dapat surat daripada pemimpin parti komponen BN atau wakil rakyat untuk melepaskan gengster-gengster tersebut’.

Kenyataan itu dikatakan dibuat ketika Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat di Ballroom, MITC.

Laporan itu memetik, antara parti komponen terlibat adalah MIC, PPP, MCA, IPF dan Gerakan.

Justeru, beliau meminta supaya siasatan dibuat terhadap identiti yang dimaksudkan kerana mencampuri urusan polis sekali gus bercanggah dengan undang-undang negara.

“Saya mahu Menteri Dalam Negeri dedahkan siapakah pemimpin yang pernah menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri untuk meminta mereka lepaskan gengster yang ditangkap.

“Kita memandang perkara ini amat serius kerana ia telah mengganggu dan mencampuri kerja-kerja polis,” katanya.

Khoo ditemui selepas membuat laporan itu di Balai Polis Ayer Keroh pada jam 11.34 pagi semalam dengan ditemani, Adun Kota Laksamana, Lai Keun Ban.

PIHAK TEKUN MENGESAHKAN TANPA SOKONGAN DAN TANDA TANGAN PEMIMPIN UMNO, PERMOHONAN TIDAK AKAN DI LAYAN!!!!!



Salah satu syarat wajib untuk mendapatkan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) untuk perniagaan, anda perlu mendapatkan pengesahan daripada pemimpin tempatan atau dengan tepatnya merujuk kepada pemimpin Umno.

Perkara tersebut dinyatakan melalui borang permohonan pinjaman Tekun "JPP02" pada bahagian H yang memerlukan peminjam mendapatkan pengesahan pemimpin tempatan, wakil rakyat, syarikat rakan strategic atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Percubaan The Malaysian Insider menghubungi tiga pejabat Tekun di Bandar Tasik Selatan, Shah Alam dan Ayer Keroh membuktikannya apabila mereka menyatakan ia adalah prosedur biasa yang harus dilakukan bagi memohon pinjaman selain perlu memberikan dokumen berkaitan lain.

"Anda perlu pergi ke pejabat Umno negeri untuk dapatkan tandatangan dalam borang tersebut kerana kalau borang tidak lengkap maksudnya kita tidak boleh proses permohonan," kata telefonis Pejabat Tekun Ayer Keroh, Melaka ketika dihubungi The Malaysia Insider semalam.

Perkara sama turut dinyatakan Pejabat Tekun Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor apabila mereka menyarankan untuk mendapatkan pengesahan yang hanya ditandatangani oleh pemimpin Umno atau wakil rakyat daripada parti Melayu itu.

"Kalau anda pergi ke semua tempat memerlukan perkara yang sama, lebih mudah datang sendiri ke pejabat," kata telefonis Pejabat Tekun Shah Alam.

Apabila ditanya apakah pegawai tempatan di dalam borang permohonan merujuk kepada pemimpin Umno, ketiga-tiga telefonis Pejabat Tekun di ketiga-tiga negeri itu mengesahkannya.

Tekun ditubuhkan pada 1998 sebagai sebuah institusi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Matlamat penubuhan Tekun pada ketika itu adalah untuk menyediakan pembiayaan modal dengan mudah dan cepat kepada golongan Bumiputera yang ingin melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi usahawan.

Isnin lalu, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Tekun, Datuk Abdul Rahim Hassan, berkata matlamat penubuhan Tekun ialah bagi membantu ahli Umno.

Rahim berata, Tekun mempunyai hak untuk mempertahankan tindakan tersebut kerana idea penubuhannya diasaskan oleh parti itu.

Kenyataan Rahim bagaimanapun dikritik pemimpin pembangkang kerana Tekun seharusnya bertindak membantu golongan Bumiputera tanpa mengira mana-mana parti politik.

PKR dalam satu kenyataannya semalam mendakwa ahli Umno gagal menjelaskan hutang pinjaman Tekun sebanyak RM1 bilion.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata sejak Tekun ditubuhkan pada 1998, dana sebanyak RM2.42 bilion diberikan kepada 237,173 usahawan dan daripada jumlah tersebut RM1.6 bilion adalah dana daripada kerajaan pusat.

"Sejak ditubuhkan pada 1998 hingga awal tahun ini, hanya RM1.43 bilion dibayar balik.

"Jika ia dipadankan dengan kenyataan CEO Tekun tersebut, bermakna hampir 40.9 peratus jumlah yang dipinjamkan kepada amnya ahli Umno belum dibayar balik, iaitu hampir RM1 bilion," katanya merujuk kepada laporan yang diperolehnya melalui akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 Februari 2013.

Rahim Isnin lalu turut berkata, Tekun tidak begitu mementingkan bayaran daripada peminjam kerana pelannya yang fleksibel.

"Kita faham kesukaran kaum Bumiputera, ada masanya perniagaan tidak akan berjalan lancar dan mereka akan menghadapi kesukaran untuk membayar.

"Selalunya kes begini, kita ikut budi bicara berunding dengan pegawai kita berapa yang mereka boleh bayar," katanya.

Rahim berkata, Tekun memberi tempoh selama satu hingga lima tahun kepada peminjam untuk membayar mengikut jumlah pinjaman.

Katanya, Tekun menerima nisbah pembayaran balik pinjaman hingga 70 peratus daripada jumlah keseluruhan pembiayaan atau purata sebanyak RM 25 juta sebulan.

JOM KITA BANTU PDRM KESAN, JEJAK SAMPAI TERTANGKAP KUMPULAN " BUMPER CHA CHA".



SHAH ALAM - Polis kini sedang giat memburu tujuh anggota kumpulan 'Bumper Cha Cha' yang aktif menyamun di sekitar Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mereka dikesan aktif melakukan 30 kes samun, sejak awal tahun ini sehingga 4 Oktober lalu.

Beliau berkata, cara jenayah kumpulan samun ini mensasarkan kereta mewah, sebelum melanggar bahagian belakang kereta terbabit.

"Mereka akan sengaja melanggar mana-mana kereta yang menjadi sasaran, bagi mengumpan mangsa keluar daripada kenderaan masing-masing.

"Setelah mangsa keluar untuk melihat kereta, suspek akan acu parang dan samun mereka," katanya.

Mohd Shukri berkata, dalam sesetengah kes, suspek yang kerap menggunakan kereta Proton Waja turut melarikan kenderaan mangsa yang disamun.

Beliau berkata, tujuh suspek berkenaan dikenali sebagai Ahmad Harvinder Singh Abdullah atau Cha Cha,30; L Durasingam (Durai),20; S B Tinagaran (Tena),22; Sam Chia Ming (Sasi),20; M Vekaram (Vekram),26; K Prabu (Prabu),25, dan M Raman (Raman), 36.

Dalam perkembangan lain, polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah heroin bernilai RM45,000 dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah terkenal di Bandar Sunway, di sini, petang kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.40 petang itu, suspek berusia 26 tahun tersebut dilihat berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan.

Mohd Shukri berkata, pihaknya lalu menahan suspek dan membuat pemeriksaan ke atas beg yang disandangnya.

"Kita temui lima bungkusan plastik lutsinar berisi bahan ketulan disyaki dadah heroin seberat 2,239 gram (g).

"Siasatan lanjut mendapati suspek merupakan pengedar dadah di sekitar Lembah Klang dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan bahan terlarang itu," katanya pada sidang akhbar, semalam.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah syabu.

Katanya, dadah dirampas dianggarkan bernilai kira-kira RM45,000 dan suspek direman seminggu sehingga 14 Oktober ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tiada ulasan: