Posted on Friday, October 04 @ 09:51:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: hishamahmad
"Act of God! Di dalam undang-undang ada satu istilah yang disebut ‘act of God’- ‘Perbuatan Tuhan’ .Ye, lah ini penggunaan istilah oleh ‘orang putih’ berdasarkan sistem undang-undang sivil dan common law (British) namun kemudian terpakai bagi negara-negara jajahannya termasuklah negara kita.
Istilah ‘Act of God’ merujuk kepada kejadian yang berlaku atas kehendak Tuhan tanpa campurtangan manusia. Biasanya ia melibatkan apa yang dikenali sebagai ‘natural disaster.’ Contohnya kejadian taufan Katrina yang melanda sebahagian negeri di Amerika Syarikat, maka pihak pemaju tidak boleh disalahkan atas rumah –rumah yang musnah dan syarikat insuran juga mungkin terlepas daripada liabiliti membayar gantirugi.
Namun apabila berlaku dinegara kita; Stadium runtuh, bumbung masjid runtuh, kondomium runtuh adakah ia juga Act of God? Sudah tentu ia adalah takdir Allah tetapi ia bermusababkan kepada ‘Act of humanbeings’ ... perbuatan-perbuatan manusia, hasil kerja tangan mereka yang buruk iaitu kecuaian yang daripadanya bermula dan membabitkan pelbagai sebab seperti rasuah, pecah amanah, penyelewengan, ketirisan, ketidakcekapan, culas, malas dan sebagainya.
Laporan Audit yang terbaru sekadar mengesahkan dan mengulang-sahkan segala bentuk penyelewengan dan ketirisan yang pelbagai yang berterusan berlaku.
Marilah kita saksi sebahagian bukti ini:-
- Sejak Skandal kes Bank Bumiputra Malaysia Finance bernilai RM2.5 bilion[1] yang menyebabkan pembunuhan seorang eksekutif pengurusan muda bernama Jalil Ibrahim[2] dan skandal kes kerugian Bank Rakyat yang membiayai pertandingan antara petinju agung Muhammad Ali dan Joe Bugner yang menyaksikan tokoh politik melayu, Dato Harun Idris ke penjara[3], negara kita masih terus dirundingi dari masa ke semasa dengan kes-kes pecah amanah yang besar sehinggalah ke hari ini
- Tragedi Highland Towers[4] (keruntuhan kondominium) di Taman Hillview, Ulu Klang pada 11 Disember 1993.
- kes keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong, Terengganu pada 2 Jun 2009 yang baru setahun dibina dengan kos RM270 juta,[5]
- Skandal kes makmal komputer zon Pantai Timur bernilai RM140 juta[6], skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang[7] bernilai berbilion ringgit dan pelbagai lagi kes.
- kes projek-projek perumahan terbengkalai di mana menurut statistik kementerian perumahan dan kajian tempatan, terdapat 111 pemaju perumahan yang terlibat dengan projek perumahan terbengkalai setakat tarikh 30/11/2012[8].
- Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh menyatakan bahawa kerajaan (Malaysia) terpaksa menangung kerugian berbilion-bilion ringgit setiap tahun yang kebanyakannya berpunca daripada ketidakcekapan penjawat awam dan bukan disebabkan penyelewengan. “Laporan dalam negara menunjukkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sehingga mencecah RM28 bilion setahun atau lebih disebabkan terlebih bayar kos pembelanjaan dalam pengurusan penjawat awam.[9]
- Manakala, bagi memberi penilaian tepat dan sukar disangkal oleh mana-mana pihak terhadap isu buruk ini boleh melihat kepada dokumen Laporan Ketua Audit Negara[10]. Terdapat ulasan dan penemuan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara ke atas begitu banyak kelemahan dan kepincangan pada cara perlaksanaan kerja, hasil kerja dan penggunaan wang perbelanjaan bagi sesuatu projek.[11]
- Sehinggalah laporan audit terbaru 2013.
Sesungguhnya, manusia-manusia yang melakukan perbuatan-perbuatan jahat atau buruk di jabatan-jabatan kerajaan sama ada diperingkat tertinggi (menteri) atau di kedudukan paling rendah (general worker) yang menyebabkan kerugian wang rakyat ini adalah kerana mereka tidak mempunyai kedua (2) sifat ini atau hanya mempunyai salah satu daripadanya.
Dalam firman Allah S.W.T.: Maksudnya: “salah seorang di antara dua wanita itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi amanah (dapat dipercayai)". [12]
(1) kuat الْقَوِيُّ = mampu melakukan kerja dengan berkesan dan cemerlang
(2) Amanah ûüÏBF{$# = jujur, amanah dan boleh dipercayai.
Bagi golongan jahat pada kedudukan tinggi yang merugikan jutaan ringgit, mereka ini biasanya mempunyai sijil tinggi dan akal fikiran yang pandai, bermakna mereka ada sifat pertama tetapi ‘hancur’ pada sifast kedua.
Apabila Laporan Audit terbaru ini mengulangkan bukti dan keterangan (evidence and proof) yang berulang dan berulang atas segala macam bentuk ketirisan tanpa apa-apa tindakan sewajarnya, tanpa respons tegas dan keras daripada rakyat, maka ia menjadi ‘alah tegal bisa- biasaaaaaa’ maka ketika itu kesan paling buruk dan ditakuti ialah ‘ ketirisan’ telah menjadi budaya masyarakat kita.
Tak percaya dengan laporan audit, tak tahulah apa nak kata ! Satu lagi bukti ialah... mereka dari kalangan pemimpin dan ahli politik yang pernah didapati bersalah dalam politik wang, rasuah atau mengaku terlibat dalam skandal seks masih terus menjadi pemimpin, masih terus mahu bertanding, masih diberi ruang dan peluang untuk menjawat jawatan peting... Mana integriti ? Kenapa ia berlaku ? Sebab rakyat tidak endah.............
Paling saya takuti ialah apabila kita sebagai rakyat khususnya bagi orang Islam apabila kita didatangkan dengan pelbagai bukti... kita masih tidak endah...
“Takpelah... kit masih cukup makan!”
“Takpelah... negara kita masih kaya!”
“Takpelah ... orang kita yang buat ..!”
“Takpelah ... kan pemimpin kita ..bagilah muka”
“biasalah, siapapun bila kat situ.. buat juga’
Kini kita (rakyat) didatangkankan dengan bukti yang adil dan kuat (laporan audit) ... kita masih bersikap tidak apa.. tidak apa....tidak apa. Lantaklah........
Sedangkan semua bentuk kemungkaran itu adalah dosa dan maksiat yang serius dan besar – mengkhianati rakyat dan negara. Mungkar yang wajib dicegah...
Nantikanlahhhhhhhhhhhhhh......
Nantikan apa? Fikirlah sendiri.........
Masih ingat kaum bangsa Yahudi ... yang didatangkan pelbagai bukti kekuasaan Allah, dan kerasulan nabi. Sehingga laut terbelah dua di hadapan mata mereka... akhirnya sebahagian besar kembali sesat...
Wahai rakyat ... !
Tunjukkan dengan jelas dan tegas betapa kita tidak suka budaya buruk itu....
Tunjukkan dengan jelas dan tegas betapa kita tidak suka manusia yang diberi amanah menjaga wang rakyat ... memecahkan amanah itu ....
Tunjukkan dengan jelas dan tegas betapa kita tidak suka pemimpin yang tidak amanah di beri tempat semula ...
Tunjukkan dengan jelas dan tegas betapa jika manusia menzalimi hak dan wang rakyat ini masih berkuasa atau masih ada ... maka kita juga tidak suka kepada mereka yang ada kuasa untuk bertindak ... tetapi masih membenarkannya... atau tidak membuat apa-apa.
Kita tidak suka bukan kerana apa-apa ..
tetapi hanya kerana Allah (memerintahkan sedemikian).
Kepada pengkhianat wang rakyat , bandingkan lah antara tiris dan nipis. Antara ketirisan dan kenipisan. Ketirisan yang anda lakukan dan kenipisan kulit anda untuk menahan sakit nanti:-
“Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka Dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Annisa, ayat 56)
Namun bagi yang belum melakukan kejahatan ini atau mahu bertaubat, ayuh:-(sila ziarahi blog untuk detail)
Hisham-ahmad.blogspot.com
[1]http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamarul_Ariffin_Mohamed_Yassin (lihat pada tajuk skandal bank Bumiputera)
[2]The Murder Of Jalil Ibrahim. http://www.youtube.com/watch?v=4HbUPaATKd0
[3]http://ms.wikipedia.org/wiki/Harun_bin_Idris
[4]http://en.wikipedia.org/wiki/Highland_Towers_collapse(carian pada 31/12/2012)
[3]http://ms.wikipedia.org/wiki/Harun_bin_Idris
[4]http://en.wikipedia.org/wiki/Highland_Towers_collapse(carian pada 31/12/2012)
[5]http://www.malaysiakini.com/news/105623
[6]Utusan online. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0721&pub=Utusan_Malaysia&sec= Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
[7]http://blog.limkitsiang.com/category/pkfz/
[8]Nama-nama syarikat yang disenarai-hitam. Portal Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. http://www.kpkt.gov.my/kpkt/index.php/system

[9]The
Borneo Post.
http://www.theborneopost.com/2011/02/08/pengurusan-penjawat-awam-tidak-cekap-k%E2%80%99jaan-rugi-rm28b/(carian
pada 3/1/2013)
[10]http://www.audit.gov.my/ semak (i) Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan
[10]http://www.audit.gov.my/ semak (i) Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan
[11]Rujuk
(i) Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan
Kerajaan Persekutuan (ii) Laporan maklum balas daripada perbendaharaan
malaysia ke atas isu-isu utama dalam laporan ketua audit negara mengenai
penyata kewangan, pengurusan kewangan dan aktiviti kementerian/jabatan
serta pengurusan syarikat kerajaan persekutuan bagi tahun 2011
Pakdo Dey shared Kembara Hijau's photo.
Bismillah..... Salam ukhuwah. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan (aurat) kecuali pada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anaknya, anak suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang lelaki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimat, hamba sahayanya, orang-orang yang mengikutnya diantara lelaki yang tiada berhajat (syahwat) kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum ingin melihat aurat perempuan. Jangalah mereka berjalan sambil mengoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan." (Surah An Nur: 31) Alangkah beruntungnya wanita yang bertudung yang sebelum ini tidak bertudung dan menutup aurat, tapi apabila Allah mencampak hidayahNya dalam hati mereka, ada yang insaf dan kembali kepada agama. Kerana mereka mematuhi perentah Allah, Allah memberi ganjaran amat besar selain mendapat keredaan Ilahi. Renungkanlah....... Takbir! — with Nurr Qaseh D Laila and 2 others.D'Din Din shared Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs's photo.
Alwi Bakri Luddin shared Roslin Ahmad's photo.
Seorang profesor fizik ditahan kerana disyaki memalsukan semua jenis sijil universiti. /// yang buat kerja salah haruslah ditahan. di Malaysia pula bila Menteri dan wakil rakyat BN pakai ijazah palsu tak di tahan pula. kalau macam tu tak payah lah suruh anak2 kita belajar tinggi2, kita kumpul duit banyak sikit kita beli saja ijazah untuk anak kita made in USA, kita ikut cara pemimpin BN ini buat.
Resipi Mee Kari Paling Sempoi
Posted on Friday, October 04 @ 09:23:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: matuse68
"
ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Mee Kari Paling Sempoi. Resipi Mee Kari Paling Sempoi ni adalah antara menu mudah untuk hidangan minum petang yang cukup sedap dan lazat. Cubalah Resipi Masakan ini..
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 20 Minit
Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 5-6 Orang
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam bhg tulang2
1 paket fish ball
5 tauhu sponge dipotong 2
Santan fresh
6 ulas bawang merah-dikisar
6 ulas bawang putih-dikisar
1 labu bawang besar-dikisar
1 inci halia – dikisar
3 batang serai – diketuk
2 sudu besar rempah daging-dibuat pes
2 sudu besar rempah ikan-dibuat pes
Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
Garam dan gula secukup rasa
Daun kari
Air asam jawa
Bahan tambahan:
1 kilo mee kuning
Limau kasturi
Bawang Goreng
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak,tumiskan rempag ratus dan daun kari.Kemudia masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik baunya.
2. Masukkan pes kari dan sedikit santan.Setelah rempah dah pecah minyak, masukkan ayam, serai ketuk dan santan juga ditambah airnya.(ikut la nak pekat atau sedikit cair kuahnya)
3. Bila kuah dah mendidih masukkan air asam atau asam keping, fish ball dan tauhu sponge. Tambah kan garam dan gula secukup rasa. Renehkan kuah seketika dengan api perlahan.
[Baca seterusnya...]"

rakyat merempat di bumi kelahiran tetapi PATI kaya raya
Posted on Friday, October 04 @ 08:17:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: ocean
"Bersesuaian dengan tajuk di atah entah le tok tahu apa yang perlu di perkatakan namun timbul perasaan marah, terkilan, sebak, sakit hati serta segala perasaan yang sepatut ada pada seorang manusia yang normal. Tempat kediaman yang di diami serta rumah pusaka dengan tanah waris / beli habis di sapu jentolak tanpa notis, kenapa masih berlaku kisah2 seperti ni lagi ?
Kadang2 menrasa sangat2 cengil dengan para pendatang asing yang terlalu ramai berada di negara ni sudah memiliki rumah berserta tanah yang di beli di segenap pelusuk negeri di malaysia - kenape mereka tidak di isyarat dengan keketatan untuk memiliki sesuatu yang sepatut di beri keutamaan kepada warga peribumi sehinggakan boleh di katakan semua tempat para pekerja adalah terdiri dari warga asing ? mane pergi rakyat tempatan (orang melayu) sehinggakan nk tengok muka melayu dah terkeliru !
Nuh ! di Pekan sudah ada perkampungan warga kemboja/myamar - dengan rumah2 di dirikan di tanah kepunyaian siapa ???? ooo barangkali tanah di Pahang semuanya kepunyaan Najib ???? mereka di pelihara untuk memenangkan perti pemerintah....siap dengan IC biru !
Hmmmm entah le - Hanya Allah swt jua yang maha mengetahui apa kah yang akan terjadi kepada negara yang bernama Malaysia ini nanti suatu hari nanti....
BONGKAR!!! Petua Rawat Sembelit [SAKSIKAN...]
Posted on Friday, September 27 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: matuse68
"BONGKAR!!! Petua Rawat Sembelit [SAKSIKAN...]
Buang air besar tidak lawas boleh menyebabkan pening kepala. Bagi yang menghadapi masalah ini bolehlah mencuba beberapa petua-petua tradisional di bawah ini.
ULAM DAUN GELENGGANG.
Rebuskan beberapa helai daun gelenggang dan buat sebagai ulam setiap kali makan nasi. Amalkan selalu.
KHASIAT BUAH-BUAHAN SEGAR
Makan seberapa banyak buah-buahan segar seperti nenas, betik ataupun pisang. Insyaallah anda tidak akan mengalami masalah sembelit lagi.
KHASIAT AKAR TEMULAWAK DAN BIJI SAWI.
Rebuskan akar temulawak dan segenggam biji sawi dengan air secukupnya. Tapis dan sejukkan dan buatlah sebagai air minuman pagi dan petang dan lihatlah hasilnya. Insyaallah.
[Baca seterusnya...]"
Resipi Nasi Bukhari Ayam
Posted on Friday, September 27 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: matuse68
"ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Nasi Bukhari Ayam. Resipi Nasi Bukhari Ayam ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu makanan tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini.
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 40 minit
55 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang
Bahan-bahan:
1/2 cawan minyak sapi/mentega
1/2 cawan kismis hitam
1/4 cawan air mawar
1 cawan krim
1 biji asam limau
2 sudu kecil koma-koma
3 sudu besar rempah bukhari
3 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
8 keping ayam - digoreng membal
8 helai daun pandan - diikat
1 cawan bawang goreng - dikisar
4 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
Garam secukup rasa
Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)
Cara menyediakan:
1) Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.
2) Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.
3) Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.
[Baca seterusnya...]"
BONGKAR!!! Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat [MESTI BACA...]
Posted on Saturday, September 21 @ 12:33:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: matuse68
"Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung.
Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.
Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.
Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal
Cara menyediakan [klik disini...]
Sila lengkapkan artikel anda - Editor"
Menahan Air Kencing
Posted on Friday, September 20 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
"Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing. Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing," kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
"Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip," ujarnya
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari. Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
"Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu. Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif," katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya. Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
"Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk," kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan