Rabu, 31 Julai 2013

ORANG NAMPAK DILUAR@ZAHIR BUKAN YANG TERSIRAT...JANGAN JADI ORANG BODOH ATAU BUAT2 BODOH...KENA BATANG HIDUNG...ORANG HINA AGAMA KITA BALIK...MACAM MANA

Polis tahan jurulatih anjing isu video hari raya
5:38PM Jul 31 2013
Polis hari ini menahan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof, yang mencuri tumpuan ramai dengan video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing.

Maznah mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau kini ditahan di Bukit Aman.

Maznah ketika dihubungi Malaysiakini dengan tenang berkata beliau telah disoal siasat oleh polis Cawangan Khas dan pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Mereka tanya niat saya memuatnaik video itu (tiga tahun lalu) dan pekara berkaitan," katanya.

Peguam Latheefa Koya sewaktu dihubungi berkata Maznah menghubungi beliau sewaktu berada dalam kereta polis.
Katanya, Maznah juga memaklumkan bahawa beliau dibawa ke Bukit Aman dan mungkin akan ditahan selama 24 jam.
Soi Lek: Noh Omar sudah gila

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan.

NONE"Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini.

Chua (kanan) sebaliknya berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah yang sepatutnya didakwa menghasut kerana memberitahu pelajar untuk balik ke kampung halaman nenek moyang mereka.

Berhubung insiden di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Chua berkata, ibu bapa cuma bimbangkan anak mereka tidak dilayan dengan baik.

Justeru, katanya, ibu bapa patut dilibatkan bersama dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian yang baik.

"Pengetua Sri Pristana dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) patut mendekati ibu bapa. Amat dikesalkan apabila pemimpin kanan Umno seperti Noh boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.
Beri peluang laksana undang-undang syariat Islam

ULASAN Meskipun kerajaan menjadikan agenda pengurangan jenayah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara, namun statistik dan laporan pendedahan jenayah di media akhir-akhir ini menunjukkan sebaliknya.

Daripada data sampel yang dikumpul dari paparan media sejak 1 April 2013 hingga 30 Julai 2013, sebanyak 15 kes jenayah melibatkan senjata api, pedang dan parang telah berlaku. Mangsa jenayah pula meliputi golongan berstatus tinggi hingga ke status rendah.

Tambahan lagi, kejadian-kejadian yang berlaku adalah di perkarangan umum seperti di tepi jalan, tempat parkir kereta dan berdekatan sekolah pada waktu pagi, petang dan malam. Ekoran daripada kes-kes tersebut, timbul beberapa persoalan:

a) Bagaimana penjenayah-penjenayah bersenjatakan pistol dan pedang samurai begitu mudah menembak serta menetak mangsa di lokasi-lokasi awam?

b) Adakah senjata-senjata seperti pistol dan pedang samurai senang diperolehi di pasaran serta tidak terkawal?

c) Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wujud banyak kumpulan samseng/mafia yang mempelopori sindiket-sindiket haram seperti pembunuh upahan berprofil tinggi di negara ini?

Saya menyeru kepada semua pihak termasuk daripada PAS agar turut sama berganding bahu untuk membantu pihak polis dalam membanteras jenayah di negara ini menggunakan kapasiti kemampuan masing-masing. Mewujudkan persekitaran negara yang aman dan selamat merupakan agenda serta komitmen seluruh rakyat.

Saya juga menggesa agar saksi-saksi kejadian tidak gentar malah segera tampil ke hadapan untuk membantu pihak polis menyelesaikan kes-kes jenayah yang berlaku. Malah, pihak kerajaan khususnya Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dapat mempertingkatkan usaha-usaha seperti sentiasa mengaktifkan keberadaan anggota-anggota polis di lokasi-lokasi panas, memperbaiki CCTV di kawasan awam dan memperkemaskan gerak kerja risikan agar sindiket jenayah dapat ditumpaskan.

Berikut adalah data sampel kes-kes jenayah bersenjatakan pistol dan pedang samurai dari 1 April 2013 hingga 30 Julai 2013.

a) 1 April 2013 - Kejadian tembak dan tetak seorang lelaki di Taman Seri Timah, Balakong.

b) 26 April 2013 - Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim ditembak mati dengan jarak dekat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.

c) 7 Mei 2013 - Kejadian tembak di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Keliang, Kalumpang, Hulu Selangor.

d) 25 Mei 2013 - Seorang peraih ikan ditembak mati selepas keluar daripada Masjid Nurul Anuar, Mukim Dalam Rhu, Pasir Puteh.

e) 27 Mei 2013 - Seorang lelaki yang sedang berkebun di kawasan rumahnya cedera parah selepas ditembak di Jalan Melati, Nilai.

f) 28 Mei 2013 - Kes menetak, mengikat dan menembak pekerja kontrak Petronas di Dungun

g) 2 Jun 2013 - Seorang pemandu bas sekolah cedera ditembak lima das tembakan di hadapan rumahnya di Taman Rembau, Butterworth.

h) 7 Julai 2013 - Polis Kelantan mengesan tiga kumpulan besar pengedaran dadah yang menyebabkan beberapa kes tembakan.

i) 8 Julai 2013 - Pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kota Bharu selepas terkena tiga das tembakan.

j) 13 Julai 2013 - Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun menjadi mangsa akibat tembakan yang disasarkan oleh penjenayah tidak menepati sasaran di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul, Georgetown.

k) 17 Julai 2013 - Seorang guru ditembak mati di Simpang Empat Keladi, Kulim dalam perjalanan ke sekolah.

l) 24 Julai 2013 - Seorang lelaki yang baru selesai dari berjoging cedera parah selepas ditembak di kawasan letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, Kluang.

m) 26 Julai 2013 - Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan Temerloh cedera setelah ditembak dalam perjalanan ke Jerantut.

n) 28 Julai 2013 - Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch cedera parah setelah ditembak di persimpangan jalan Taman Cempaka, Bahau.

o) 29 Julai 2013 - Pengasas Arab Malaysian Bank maut dan isterinya ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Jika negara buntu dan pihak berkuasa mati kutu untuk menangani jenayah yang meningkat mendadak secara luar biasa, saya sekali lagi mahu mengulangi pendirian saya yang pernah saya lontar satu masa dulu betapa perlunya perlaksanaan undang-undang Syariat Islam dikuatkuasakan sebagai alternatif dari kegagalan teruk sistem yang ada pada hari ini.

Berilah peluang kepada Islam membuktikan keupayaan dan kemampuannya menangani dan membanteras jenayah yang semakin membarah. Islam pasti sahaja akan memastikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua kaum dan bangsa tetutama insan tertinda dan mangsa jenayah serta Islam menurunkan berkat dan rahmat Allah swt tuhan yang Maha Mencipta.

Pada masa yang sama, insya-Allah Dewan Pemuda PAS Malaysia akan turun padang mengedarkan risalah untuk meniup kesedaran rakyat betapa perlunya "Bersama Perangi Jenayah" di pertengahan syawal selepas ummat Islam menyambut hari lebaran Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak berapa hari sahaja lagi.

Institut Pemikiran Fadhil Noor (INFO) sebagai sebuah agensi di bawah lajnah Penerangan DPPM akan diaktifkan sebagai agen yang akan bekerjasama dengan pihak PDRM, menyampaikan kesedaran ini kepada masyarakat menerusi forum dan wacana awam "Bersama Perangi Jenayah" .

NASRUDIN HASSAN adalah ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan ahli parlimen Temerloh.
PAS: Mahkamah p'raya sempitkan undang-undang

Peguam PAS Hanipa Maidin berkata parti itu kini tiada pilihan selain membuat laporan polis selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak alasan undang-undang dalam petisyen yang dikemukakannya.
Katanya, mahkamah antara lainnya menolak petisyen PAS berhubung kesalahan dalam borang penjumlahan undi – dikenali dengan nama Borang 14 – yang didakwa dilakukan oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) semasa pilihan raya umum 5 Mei lalu.
"Dia sempitkan lagi undang-undang... Sepatutnya kesalahan itu di bawah Seksyen 4 (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya. Tetapi mahkamah memberikan alasan, kesalahan yang dilakukan KTM itu bercanggah.

“Mahkamah kata tak boleh guna seksyen tersebut kerana kesalahan itu berkaitan dengan jenayah.

"Sekarang ini kita akan buat laporan polis besar-besaran di seluruh Malaysia kerana mahkamah kata ini kesalahan jenayah," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS petang ini.

Katanya mahkmah menetapkan hanya dua undang-undang yang boleh digunakan untuk memfailkan petisyen – Peruntukan Pilihan Raya (Perjalanan Pilih Raya 1991) dan Peraturan Berkaitan Undi Pos.

Tambahnya, mahkamah menggunakan alasan tersebut untuk menolak petisyen yang dikemukakan PAS setakat ini.

Hanipa juga berkata, PAS turut akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengkaji semula perlantikkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu pula berkata, beliau kecewa dengan pengendalian petisyen berkenaan yang disyakinya dijalankan mengikut arahan pihak tertentu.

"Kita kecewa dengan kendalian petisyen. Tahun ini nampak luar biasa. Macam ada arahan tertentu untuk kes ini tanpa dibicarakan. Kos yang dituntut luar biasa.
"Secara umumnya rasa pelik apa yang berlaku. Ini meletakkan pengendalian undang-undang kita pincang," katanya.

Mahkamah setakat ini telah menolak 11 daripada 16 petisyen yang dikemukakan PAS.

Lima lagi yang petisyen yang belum diputuskan melibatkan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Klawang di Negeri Sembilan serta Hulu Besut dan Kuala Berang di Terengganu.
'Kenapa mahu AGM semula DAP, bukan PRU baru?'
4:23PM Jul 31 2013
Setiausaha Agung DAP Limg Guan Eng mempersoalkan kenapa DAP harus mengadakan pilihan raya semula ekoran kesilapan yang sudah pun dibetulkan.

Sedangkan, menurutnya lagi, pilihan raya tidak pula diadakan semula walaupun wujud kontroversi penggunaan dakwat kekal mudah tanggal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

dap special meeting 110313 lim guan engMenujukan perkara itu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Lim berkata, menteri itu mengamalkan "dwistandard" berhubung perkara itu.

Dalam kenyataannya hari ini, tidak seperti SPR, DAP mengakui terdapat kesilapan semasa menjadualkan undi dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tahun lepas.

"Zahid mengamalkan dwistandard kerana tidak menuntut pilihan raya baru ketika SPR tidak pernah membuat sebarang pembetulan dengan dakwat kekal yang boleh ditanggalkan serta merta, sebaliknya mahu DAP menjalankan pilihan raya semula walaupun DAP sudah membetulkan kesalahan keputusan itu," kata anggota Parlimen Bagan itu.


Polis cari suspek kes bunuh pengasas AmBank
3:43PM Jul 31 2013
Polis hari ini mendedahkan gambar dari rakaman litar tertutup yang menunjukkan seorang suspek dalam kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi pada hari Isnin lalu.
Dalam satu kenyataan di Facebook hari ini, polis Kuala Lumpur menyatakan bahawa individu yang digelar 'Sen Ngan Chai' (Budak Mata Empat) atau 'Jian' itu merupakan suspek utama kejadian tersebut.

“Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.”
Sementara itu laporan The Star Online pula menyebut, polis telah menahan seorang individu dipercayai sebagai pemandu kenderaan yang digunakan untuk suspek melarikan diri.
Laporan itu memetik kenyataan ketua CID Kuala Lumpur ACP Datuk Ku Chin Wah yang berkata individu berusia 44 tahun itu ditahan di Sri Petaling pada kira-kira jam 9 malam.
“Siasatan awal menunjukkan bahawa pemandu itu menghantar suspek di Jalan Yap Ah Loy selepas menjemput beliau berhampiran satu kuil.
"Beliau mendakwa suspek merupakan penumpang tetapnnya," kata Ku.
Dalam kejadian kelmarin, Hussain, 75, ditembak mati manakala Chong, 49, cedera ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon, Bukit Bintang.

Hussain terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.


Jurulatih anjing nafi hina Islam dalam video

Individu yang melakonkan aksi sambutan hari raya bersama anjing dalam satu video kontroversi menafikan bahawa tindakannya itu merupakan satu penghinaan kepada Islam.
Maznah Mohd Yusof, 38, ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau berasa sedih kerana video berkenaan disalah tafsir.

NONE“Saya sayang agama saya. Saya fikir orang perlu belajar mengenai agama mereka dulu dan tidak membuat tafsiran salah mengenai video saya, yang dibuat tiga tahun lalu," katanya.

Jurulatih anjing tersebut berkata, beliau membersihkan dirinya dan anjing berkenaan dalam video berkenaan kerana agama Islam menurutnya menganjurkan kebersihan.

Maznah berkata, beliau juga sedih kerana imam masjid berhampiran kawasannya juga marah dengan video berkenaan.

“Sebagai seorang pemimpin agama, tidakkah dia tahu mengenai undang-undang Islam? Sepanjang pengetahuan saya, agama saya tidak menghalang saya daripada membela atau menjaga anjing,” katanya.

Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz berkata jirannya yang beragama Islam kini tidak berpuas hati walau mereka sebelum ini tiada masalah dengan tindakannya membela anjing.

"Video ini dibuat tiga tahun lalu, kenapa jadikannya sebagai isu sekarang?

"Saya percaya ini berkaitan dengan kes blogger Alvin Tan dan Vivian Lee... sebab pada awalnya, mereka yang menonton video tersebut menyangka saya seorang Cina,” katanya.

Beliau merujuk kepada pasangan blogger seks yang didakwa ekoran satu video didakwa menghina Islam.
'Jangan berjudi dengan sentimen agama'

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mereka yang sengaja melakukan penghinaan dan provokasi terhadap Islam.

Baginda bertitah perbuatan itu merupakan pernyataan sinis yang melampau dan ia tidak boleh diterima oleh rakyat yang waras apatah lagi mereka yang berpendidikan terutama dalam konteks masyarakat majmuk.

"Janganlah siapa sekalipun bermain api. Jauhilah daripada berjudi dengan sentimen agama dan kaum demi menjaga kesejahteraan dan keharmonian negara yang kita cintai ini," titah baginda pada majlis berbuka puasa bersama warga Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) di Kompleks Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi.

Baginda mengingatkan bahawa walaupun Islam mengajar umatnya bertoleransi namun sikap Melayu-Islam perlu sentiasa kukuh.

"Sudah tiba masanya setiap umat Islam menjana transformasi dengan melakarkan perubahan, mewarnai persekitaran berpandukan agama Islam, bersendikan al-Quran dan al-Sunnah, berpaksikan kepada Rukun Islam dan berteraskan Rukun Iman," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah mutakhir ini berlaku banyak kekeliruan dan salah tafsir mengenai Islam dengan pelbagai label diberikan.

"Propaganda seperti ini jika dibenarkan berterusan mampu merosakkan nama dan kesucian Islam selain meracuni pemikiran sehingga 'klise' sebegini mudah dianggap sebagai satu kebenaran," titah baginda lagi.

Baginda mengingatkan umat Islam supaya terus membela serta mempertahankan kesucian agama di samping mengukuhkan syiarnya demi kelangsungan tamadun.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Canselor AUCMS manakala yang hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

- Bernama
kah kah kah..pengetua mau jadi calon kot PRU14 nanti... umNO suka calon2 yg sebegini ni..
'Pengetua akui suruh pelajar balik India, China'.

Pengetua SMK Alam Megah di Shah Alam didakwa mengakui bahawa beliau memberitahu pelajar keturunan India dan Cina supaya “Balik ke India dan China” semasa satu perhimpunan sekolah dua hari lalu.
Timbalan ketua bahagian MIC Shah Alam A Prakash Rao berkata pengetua berkenaan juga telah memohon maaf atas kenyataan berkenaan.

Beliau berkata, pengetuai itu juga mendakwa memberitahu pelajar Melayu agar “balik ke Indonesia”.

"Beliau berjanji untuk bertemu dengan pelajar tersebut dalam satu perhimpunan pada hari Jumaat untuk memohon maaf pada mereka,” kata Prakash selepas mengadakan pertemuan dengan pengetua dan pegawai sekolah terbabit pagi ini.

Pengetua sekolah terbabit didakwa membuat kenyataan berkenaan kerana para pelajar membuat bising ketika lagu kebangsaan dinyanyikan.

"Beliau berkata beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut ketika kejadian itu memuncak,” kata Prakash.

Malaysiakini masih belum dapat mengesahkan kenyataan Prakash memandangkan pengetua sekolah terbabit enggan bertemu dengan wartawan untuk mengulas isu tersebut.

Pengetua SK Pristina Buat Onar Lagi?

M Kula Segaran hari ini menggesa agar Pengetua SK Pristina Mohamad Nasir Mohd Noor (gambar) dikenakan tindakan disiplin kerana mengugut pelajar di sekolah berkenaan.
Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP itu berkata, berdasarkan laporan media pengetua berkenaan telah mengambil gambar murid, yang mana ibu bapanya didakwa telah melaporkan meeka makan di bilik persalinan, dan menggesa tindakan segera diambil atas perbuatan tersebut.
"Mohd Nasir dilaporkan telah datang ke sekolah ketika bercuti dan mengambil gambar pelajar bukan Muslim yang disyaki mendedahkanberita mereka makan di bilik persalinan," kata Kula Segaran dalam kenyataannya hari ini.
"Tindakan pengetua ini adalah tindakan mengugut dan tidak boleh diterima," tegasnya, yang menyeru Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Menteri Pendidikan I mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.
"Bayangkan jenis ketakutan psikologi yang murid-murid yang telah mengalami dan akan terus menderita, "kata beliau dalam satu kenyataan hari ini."
Menurut Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu, Guneswari Kelly yang mendedahkan kontroversi pelajar bukan Muslim sekolah berkenaan makan di bilik persalinan telah mendedahkan bahawa anak perempuannya telah tertekan akibat daripada tekanan oleh rakan dan guru-gurunya sejak gambar berkenaan diedarkan.
Kula Segaran juga berkata Menteri Pelajaran perlu menangani isu berkenaan dan tidak lagi bertolak ansur.
Beliau turut berkata kenyataan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar semalam menggesa mereka yang bertanggungjawab untuk memuat naik gambar-gambar berkenaan di bawah Akta Hasutan adalah tidak masuk akal.
"Hakikatnya bahawa guru besar dan Timbalan Menteri Pendidikan telah memohon maaf atas insiden kantin menunjukkan bahawa guru besar melakukan kesilapan besar," katanya.
"Kenapa ibu bapanya menjadi sasaran?" kata Kula Segaran, dan menambah, Noh seharusnya memuji Guneswari kerana menjadi pemberi maklumat yang cukup baik.
Sebelum ini, beberapa gambar telah tersebar di laman sosial yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan berkata, kementeriannya juga telah mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, ke tempat lebih bersih dan munasabah memandangkan kantin sekolah itu sedang dibaik pulih. ~the malaysian insider

MASALAH LAMA TAK SELESAI...MASALAH BARU DATANG

Isu Syiah untuk alih perhatian kes jenayah

Abdul Aziz Mustafa, 31 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Menggembar-gemburkan isu Syiah untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu-isu yang menekan mereka seperti kenaikan kadar jenayah dan kenaikan harga barang tidak akan berjaya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Tindakan menggembar-gemburkan isu Syiah semakin kelihatan seperti tindakan terancang untuk mengalihkan perhatian orang-orang Melayu dari isu-isu yang lebih menekan mereka seperti kenaikan kadar jenayah yang semakin menakutkan dan kenaikan harga barangan.

"Tetapi tindakan itu pasti tidak akan berjaya kerana rakyat sudah semakin tahu dengan taktik mengalihkan perhatian itu," katanya.

Salahuddin juga melihat apa yang dilakukan itu sebagai lanjutan untuk "mengepung penyokong dan sokongan".

"Boleh dikatakan orang-orang Melayu adalah satu-satu pasaran yang masih terbuka untuk kepentingan politik Umno.

"Umno tahu ia tidak akan dapat menipu semua orang. Tetapi apa yang terus dilakukan oleh parti itu adalah semata-mata untuk mengepung penyokong dan sokongan sedia ada dari terlepas kepada pihak lain.

"Penyokong dan sokongan yang sedia ada perlu dilalaikan dengan perkara-perkara yang sensasi supaya mereka tidak sensitif langsung dengan isu-isu lain yang lebih menekan kehidupan rakyat," katanya.

Malah, katanya lagi, sering kali berlaku apa yang disensasikan untuk  mengepung penyokong dan sokongan itu bukannya berasaskan kebenaran tetapi sengaja untuk menimbulkan keraguan.

"Sudah terlalu kerap kita melihat isu-isu yang disensasikan itu hanyalah semta-mata bertujuan untuk menimbulkan keraguan dan akhirnya terbuktikan tidak benar sama sekali," kata beliau.

Salahuddin berkata, isu Syiah tidak perlu diapi-apikan kerana enakmen dan undang-undang yang sedia ada boleh digunakan untuk menanganinya.

"Kalau kerajaan pernah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pengikut-pengikut Syiah, mengapa tidak digunakan enakmen dan undang-undang yang sudah lama ada.

"Mengapa sengaja membuat bising seolah-olah tidak ada enakmen dan undang-undang yang boleh menangani perkara itu?" beliau mempersoalkan.

Sistem pemilihan baru Umno transformasi palsu

Shahbudin Husin, 31 Jul 2013
UMNO sudah menetapkan tarikh pemilihan pucuk pimpinannya tahun ini pada 5 Oktober depan. Kali ini pemilihan pemimpin di peringkat bahagian akan diadakan serentak dengan pemilihan pemimpin di peringkat nasional. Ia sesuai dengan kaedah pemilihan baru yang diperkenalkan Najib sebaik mengambil alih teraju kepimpinan UMNO pada 2009 lalu dengan tujuan menjadikan ruang demokrasi dalam parti menjadi lebih subur dan supaya UMNO lebih diminati oleh lebih ramai orang Melayu.

Sebelum UMNO diharamkan pada 1988, sesiapa yang ingin bertanding hanya memerlukan dua pencalonan daripada bahagian-bahagian UMNO tetapi sejak Mahathir menang hanya dengan kelebihan 43 undi di tangan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 dan kemudian menubuhkan UMNO Baru, beberapa peraturan untuk mengetatkan pertandingan telah diperkenalkan.

Antaranya ialah dengan memperkenalkan kouta pertandingan di mana mereka yang ingin bertanding apa-apa jawatan diperlukan melepasi kouta tertentu terlebih dahulu sebelum dibenarkan bertanding. Kouta pencalonan bagi jawatan Presiden ialah 30 peratus, Timbalan Presiden 25 peratus, Naib Presiden 20 peratus manakala Ahli MT 10 peratus. Bagi jawatan lain di peringkat sayap dan bahagian juga ada peratusan tertentu yang ditetapkan sebelum layak bertanding. Itulah yang menjadi antara sebab Mahathir mampu kekal selama 22 tahun sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Berikutuan keputusan buruk pilihanraya 2008 yang kemudian diikuti dengan pengunduran Pak Lah dan Najib mengambil alih teraju parti dan negara, beliau telah memperkenalkan peraturan baru dengan menghapuskan sistem kouta dan memberi ruang kepada lebih ramai ahli UMNO di peringkat bawahan hak memilih pemimpin. Ia sebahagian daripada transformasi politik Najib yang diperkenalkan oleh Najib.

Jika dulu pemilihan pemimpin hanya ditentukan oleh kira-kira 2,500 perwakilan sahaja tetapi kini ia lebih meluas dengan melibatkan seramai 146,500 perwakilan cawangan dari seluruh negara. Pemilihan juga diadakan serentak di seluruh negara untuk menjadikannya lebih adil dan tidak saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya Najib sering menjaja sistem baru ini menunjukkan keterbukaannya terhadap pertandingan serta pendirian yang tidak takut terhadap cabaran, selain sebagai usaha untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang lebih inklusif dan subur sistem demokrasinya.

Ahli dan pemimpin UMNO peringkat cawangan dan bawahan pula bagaikan tidak sabar untuk melaksanakan sistem baru kerana sebelum ini sebahagian besar mereka hanya menjadi golongan tumpang tengok saja dalam pemilihan pucuk pimpinan, malah ada yang hanya mengenali pemimpin melalui tatapan wajahnya di akhbar dan tv saja.

Dengan sistem pemilihan baru yang diperkenalkan Najib, ramai yang tidak sabar untuk menggunakan hak mengundi masing-masing, selain merasakan inilah masanya untuk mereka mengenali pemimpin kerana percaya ramai pemimpin atasan akan turun ke peringkat bawahan atau cawangan untuk melobi undi serta sokongan daripada perwakilan.

Soalnya benarkah sistem baru ini menjadikan demokrasi dalam UMNO lebih subur dan pewakilan seramai 146,500 itu benar-benar bebas memilih pemiimpin?

Apakah 146,500 itu boleh mengundi secara langsung pemimpin pilihan mereka sebagaimana tanggapan ramai?

Jika ditanya kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO peringkat cawangan mengenai sistem pemilihan baru itu, ramai di antaranya yang masih kabur, keliru dan tidak pasti bagaimanakah kaedah pemilihan baru itu berfungsi. Apa yang mereka tahu, kali ini bukan lagi 2,500 perwakilan yang menentukan kedudukan pemimpin di atas tetapi sudah menjadi 146,500. Kebanyakannya hanya mempunyai pengetahuan setakat itu saja.

Walaupun UMNO telah mengadakan siri taklimat ke negeri-negeri mengenai sistem pemilihan baru ini tetapi tidak semua ketua-ketua cawangan menghadirinya. Yang hadir pula kadangkala mempunyai pemahaman yang terbatas, lalu usaha untuk menerangkannya dengan lebih jelas kepada ahli-ahli menjadi terhalang.

Media-media pula seperti tidak memberi liputan atau huraian yang sejelas-jelasnya mengenai sistem baru ini. Pemimpin UMNO juga tidak bercakap banyak mengenainya, sekadar suka menyebut angka 146,500 perwakilan sebagai bukti keterbukaan dan transformasi yang mahu dibawa oleh Najib.

Hakikatnya, ramai yang tidak sedar bahawa walaupun 146,500 perwakilan diberi ruang mengundi atau memilih pemimpin dalam sistem baru ini tetapi mereka bukanlah boleh mengundi secara langsung pemimpin pilihan mereka. Meskipun mempunyai 146,500 perwakilan kali ini tetapi sistem yang digunakan ialah satu bahagian satu undi dan bukannya undian langsung perwakilan cawangan-cawangan.

Ini bermaksud jika sekiranya calon A dan B bertanding jawatan Presiden UMNO dan sebagai contoh UMNO Bahagian Pekan mempunyai perwakilan seramai 500 orang, sekiranya calon A memperolehi 400 undi manakala calon B memperolehi 100 undi, bermakna calon A telah memperolehi satu undi. Begitulah seterusnya berlaku di semua 191 bahagian-bahagian UMNO.

Sistem baru ini dikatakan adalah campuran daripada sistem pilihanraya di Amerika Syarikat dan United Kingdom atau dipanggil "electoral college".

Difahamkan juga, sistem baru ini hasil daripada beberapa pencarian serta pengubahsuaian dan hanya dimuktamadkan baru-baru ini sahaja. Yang nyatanya, sistem ini tetap memberi ruang kepada Ketua Bahagian melakukan kawalan dan Presiden atau sesiapa yang ingin kemenangan pula hanya perlu menjaga tembolok ketua-ketua bahagian untuk memastikan survivalnya terjamin.

Isunya ialah adakah kaedah satu bahagian satu undi ini benar-benar menunjukkan keterbukaan dan keinginan melihat demokrasi lebih subur atau sekadar transformasi palsu sedangkan matlamatnya tetap untuk melindungi mereka yang diatas terus kekal sebagai pemimpin.

Melalui satu bahagian satu undi, kawalan oleh mereka yang berjawatan lebih mudah terhadap bahagian-bahagian. Untuk mempertahankan jawatannya, Presiden atau Timbalan Presiden misalnya, perlu menemui semua 146,500 perwakilan cawangan-cawangan untuk mendapatkan undi tetapi cukup sekadar menjaga dan memberi jawatan atau habuan kepada Ketua-Ketua Bahagian saja.

Itulah antara sebabnya, walaupun tarikh pemilihan hanya tinggal kira-kira 2 bulan saja lagi tetapi kemeriahan dan kesibukan pemimpin turun ke peringkat bawahan masih tidak kelihatan lagi. Hanya ketua-ketua bahagian yang sibuk turun naik ke Kuala Lumpur menemui pemimpin atasan sambil diberikan pelbagai jenis habuan, kontrak dan jawatan.

Walaupun sistem ini dikatakan untuk memberi keadilan kepada bahagian-bahagian kerana jumlah cawangan setiap bahagian adalah berbeza-beza tetapi hakikat yang nyata ialah sistem "electoral college" ini juga bertujuan melindungi penyandang jawatan daripada digugat kedudukannya.

Kaedah ini nampak macam terbuka tetapi sebenarnya bukaannya hanya kecil saja. Ia tidak terbuka sepenuhnya sebagaimana yang disangka. Di sebalik transformasi dan keterbukaan yang dijaja, maksud tersiratnya untuk melindungi kepentingan sendiri nampaknya tetap lebih utama. - http://shahbudindotcom.blogspot.com

Sampel kes jenayah pistol dan pedang samurai

Nasrudin Hassan, 31 Jul 2013
1. Meskipun kerajaan menjadikan agenda pengurangan jenayah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara, namun statistik dan laporan pendedahan jenayah di media akhir-akhir ini menunjukkan sebaliknya.

2. Daripada data sampel yang dikumpul dari paparan media sejak 1 April 2013 hingga 30 Julai 2013, sebanyak 15 kes jenayah melibatkan senjata api, pedang dan parang telah berlaku. Mangsa jenayah pula meliputi golongan berstatus tinggi hingga ke status rendah. Tambahan lagi, kejadian-kejadian yang berlaku adalah di pekarangan umum seperti di tepi jalan, tempat parkir kereta dan berdekatan sekolah pada waktu pagi, petang dan malam.

3. Ekoran daripada kes-kes tersebut, timbul beberapa persoalan;

a)    Bagaimana penjenayah-penjenayah bersenjatakan pistol dan pedang samurai begitu mudah menembak serta menetak mangsa di lokasi-lokasi awam?

b)    Adakah senjata-senjata seperti pistol dan pedang samurai senang
diperolehi di pasaran serta tidak terkawal?

c)    Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wujud banyak kumpulan samseng/mafia yang mempelopori sindiket-sindiket haram seperti pembunuh upahan berprofil tinggi di negara ini?

4. Saya menyeru kepada semua pihak termasuk daripada Parti Islam
Se-Malaysia (PAS) agar turut sama berganding bahu untuk membantu pihak polis dalam membanteras jenayah di negara ini menggunakan kapasiti kemampuan masing-masing. Mewujudkan persekitaran negara yang aman dan selamat merupakan agenda serta komitmen seluruh rakyat.

5. Saya juga menggesa agar saksi-saksi kejadian tidak gentar malah segera tampil ke hadapan untuk membantu pihak polis menyelesaikan kes-kes jenayah yang berlaku. Malah, pihak kerajaan khususnya Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dapat mempertingkatkan usaha-usaha seperti sentiasa mengaktifkan keberadaan anggota-anggota polis di lokasi-lokasi panas, memperbaiki CCTV di kawasan awam dan memperkemaskan gerak kerja risikan agar sindiket jenayah dapat ditumpaskan.

6. Berikut adalah data sampel kes-kes jenayah bersenjatakan pistol dan pedang samurai dari 1 April 2013 hingga 30 Julai 2013.

a].    1 April 2013
Kejadian tembak dan tetak seorang lelaki di Taman Seri Timah, Balakong

b].    26 April 2013
Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim ditembak
mati dengan jarak dekat di Lebuh Sentosa, Putrajaya

c].    7 Mei 2013
Kejadian tembak di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Keliang, Kalumpang, Hulu Selangor

d].    25 Mei 2013
Seorang peraih ikan ditembak mati selepas keluar daripada Masjid Nurul
Anuar, Mukim Dalam Rhu, Pasir Puteh

e].    27 Mei 2013
Seorang lelaki yang sedang berkebun di kawasan rumahnya cedera parah selepas ditembak di Jalan Melati, Nilai

f].    28 Mei 2013
Kes menetak, mengikat dan menembak pekerja kontrak Petronas di Dungun

g].    2 Jun 2013
Seorang pemandu bas sekolah cedera ditembak lima das tembakan di hadapan rumahnya di Taman Rembau, Butterworth

h].    7 Julai 2013
Polis Kelantan mengesan tiga kumpulan besar pengedaran dadah yang menyebabkan beberapa kes tembakan.

i].    8 Julai 2013
Pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kota Bharu selepas terkena tiga das tembakan

j].    13 Julai 2013
Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun menjadi mangsa akibat tembakan yang disasarkan oleh penjenayah tidak menepati sasaran di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul, Georgetown

k].    17 Julai 2013
Seorang guru ditembak mati di Simpang Empat Keladi, Kulim dalam
perjalanan ke sekolah

l].    24 Julai 2013
Seorang lelaki yang baru selesai dari berjoging cedera parah selepas
ditembak di kawasan letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, Kluang

m].    26 Julai 2013
Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan Temerloh cedera
setelah ditembak dalam perjalanan ke Jerantut

n].    28 Julai 2013
Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch cedera parah setelah ditembak di persimpangan jalan Taman Cempaka, Bahau.

o].    29 Julai 2013
Pengasas Arab Malaysian Bank maut dan isterinya ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur

7. Jika negara buntu dan pihak berkuasa mati kutu untuk menangani jenayah yang meningkat mendadak secara luar biasa, saya sekali lagi mahu mengulangi pendirian saya yang pernah saya lontar satu masa dulu betapa perlunya perlaksanaan undang-undang Syariat Islam dikuatkuasakan sebagai alternatif dari kegagalan teruk sistem yang ada pada hari ini.

8. Berilah peluang kepada Islam membuktikan keupayaan dan kemampuannya menangani dan membanteras jenayah yang semakin membarah. Islam pasti sahaja akan memastikan keadilan dan kesaksamaan  kepada semua kaum dan bangsa tetutama insan tertindas dan mangsa jenayah serta Islam menurunkan berkat dan rahmat Allah swt tuhan yang Maha Mencipta.

9. Pada masa yang sama, insyaallah DPPM akan turun padang mengedarkan risalah untuk meniup kesedaran rakyat betapa perlunya "Bersama Perangi Jenayah" di pertengahan syawal selepas ummat Islam menyambut hari lebaran Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak berapa hari sahaja lagi.

10. Institut Pemikiran Fadhil Noor [INFO] sebagai sebuah agensi di bawah lajnah Penerangan DPPM akan diaktifkan sebagai agen yang akan bekerjasama dengan pihak PDRM, menyampaikan kesedaran ini kepada masyarakat menerusi forum dan wacana awam "Bersama Perangi Jenayah" .

Ketua DPP Malaysia merangkap Ahli Parlimen Temerloh
23 Ramadhan 1434 / 31 Julai 2013

Tembak: Apa motif di sebalik pembunuhan?

Anis Nazri, 31 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan bagi mengenal pasti punca berlakunya pembunuhan menggunakan senjata api yang begitu kerap berlaku kebelakangan ini.

Langkah tersebut dilihat perlu bagi memastikan bagaimana senjata api yang digunakan begitu mudah memasuki negara ini, selain mencari pembekal senjata api tersebut.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata insiden jenayah membabitkan penggunaan senjata api yang berlaku kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan, khususnya tentang mudahnya senjata pembunuh itu digunakan penjenayah untuk menembak sesiapa yang diingini mereka.

Ia juga memperlihatkan gambaran keselamatan di negara ini masih longgar apabila insiden itu berlaku dalam tempoh yang begitu singkat antara satu kejadian dengan kejadian lain.

"Persoalannya, siapakah yang menjadi pembekal senjata api dan motif pembunuhan di dalam negara ini? Apakah pembekal senjata api itu berada di Malaysia atau mereka juga dilindungi oleh pihak tertentu?" soal beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang melahirkan kerisauan dan curiga dengan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api ini mengharapkan pihak polis menjalankan tugas mereka agar isu keselamatan di dalam negara ini tidak mencemaskan kebanyakan rakyat yang dilihat mampu membawa kesan negatif terhadap industri pelancongan dan keyakinan pelabur.

Dalam pada itu, Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata suasana tersebut menunjukkan para penjenayah sudah tidak gentar dengan kehadiran pasukan keselamatan, lebih-lebih lagi apabila kejadian tersebut berlaku di tempat terbuka, selain berlaku pada waktu siang.

"Kamera litar tertutup yang dipasang dilihat seolah-olah tidak berfungsi untuk membendung kejadian jenayah membabitkan penggunaan senjata api. Kehadiran polis juga tidak berjaya mematahkan strategi dan modus operandi penjenayah dalam menjayakan misi pembunuhan mereka," tegas beliau.

Tambah beliau, insiden ini menunjukkan bahawa Malaysia bukan lagi satu destinasi aman dan selamat bagi rakyat, malah sesiapapun apabila ia mirip seperti negara Amerika Selatan, Afrika atau sebahagian negara yang sedang berkonflik perang serta memiliki rangkaian kartel dadah terbesar hingga samseng, kongsi gelap atau pembunuh upahan mampu bermaharajalela.

Isu ini, tegas Khairul Faizi perlu ditangani serta-merta dengan tindakan bersepadu agar insiden ini tidak berulang ke atas mana-mana mangsa lain.

"Golongan korporat, usahawan, ahli politik dan profesional dan rakyat biasa sekalipun sudh tentu berasa terancam dengan keadaan muktahir ini yang memerlukan satu pasukan khas bagi membanteras jenayah ini hingga ke akar umbi," tegas beliau lagi.

RPT Perwira: Bekas tentera menanti janji ditepati

Harakahdaily, 31 Jul 2013
KUALA LUMPUR: PAS Perak mendesak kerajaan negeri pimpinan BN agar mengotakan janji mereka untuk memberikan lot kediaman kepada bekas tentera dan polis bagi projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Perwira dengan segera.

Menurut, Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, kerajaan negeri dikatakan akan membangunkan tanah seluas 268 hektar yang membabitkan 11 lokasi di seluruh Negeri Perak untuk tujuan itu.

Pada tahun lepas sahaja katanya, sejumlah 7,000 permohonan daripada bekas tentera dan polis telah diluluskan oleh kerajaan negeri dengan jumlah 7,849 unit lot kediaman telah ditawarkan.

"Persoalan kini, adakah semua permohonan daripada bekas tentera dan polis telah diberikan? Yang turut menjadi persoalan, daripada tanah seluas 268 hektar yang disediakan, berapa pula untuk projek Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Perwira khas?

"Kami persoalkan perkara ini kerana bimbang kerajaan negeri akan menawarkan harga RPT Perwira Khas yang tidak mampu dimiliki oleh bekas tentera dan polis walaupun dikatakan rumah-rumah yang bakal dibina lebih murah 30 peratus daripada harga pasaran," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, ketika ini sudah terdengar rungutan daripada golongan bekas tentera dan polis yang masih tertunggu-tunggu bilakah janji kerajaan negeri itu akan ditunaikan.

"Kami mendesak agar BN mengotakan janji mereka pada PRU13 yang lalu dan memberikan jaminan akan menyelesaikannya secepat mungkin," katanya.

50 hari berkhemah, flat retak tiada penyelesaian

Harakahdaily, 31 Jul 2013
PUTRAJAYA: Kecewa dan marah. Itulah perasaan yang boleh menggambarkan emosi penduduk Taman Permata Dengkil semalam di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Setelah berkhemah selama 50 hari di sebelah flat yang retak dan selepas tiada perkembangan dan usaha konkrit untuk menyelesaikan masalah perumahan mereka, semalam lebih kurang 100 wakil penduduk mengadakan protes di hadapan KPKT.

Walaupun KPKT menggunakan pelbagai helah untuk membatalkan protes tersebut, penduduk yang hampa dengan respons pihak kerajaan setakat ini, tetap turun demi meneruskan perjuangan mereka.

Pada protes semalam mereka turut membawa kain rentang dengan tulisan "50 hari dalam khemah, Apa Perkembangan Masalah Kami?".

Kehadiran mereka kemudian membawa kepada pertemuan wakil penduduk dengan pegawai KPKT.

Mesyuarat bermula lebih kurang jam 11 pagi dengan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Yusoff Ghazali.

Menurut NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), apa yang menghairankan, KPKT seperti tidak mempunyai sebarang laporan tentang keadaan bangunan sekarang.

Lebih mengecewakan apabila KPKT mendakwa mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mendapat jawapan terhadap surat yang dihantarnya kepada Kerajaan Negeri Selangor pada 4 Julai yang lalu.

"Apabila ditanya tentang komitmen Kerajaan Persekutuan dalam pembinaan rumah bagi penduduk Taman Permata Dengkil, Datuk Yusoff gagal memberikan satu jawapan yang konkrit dan gagal memberikan komitmen Kerajaan Persekutuan, sebaliknya beliau menuding jari kepada Kerajaan Negeri dan kondisi tanah yang akan diperuntukkan," kata NGO itu dalam satu kenyataan.

Jenayah tidak terkawal, rakyat semakin bimbang

Harakahdaily, 31 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Jenayah yang berlaku dalam beberapa hari ini dilaksanakan dengan nekad di tempat awam pada hari siang.

Bagi Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, ini bermakna sudah ada keberanian untuk melakukan jenayah berat terang-terangan seolah-olah penjenayah yakin di Malaysia mudah terlepas dari menerima hukuman.

“Kami sangat khuatir jika dipihak KDN pula dijangkiti dengan sindrom penafian dan bersikap bebal apabila orang awam melahirkan rasa tidak yakin dengan tahap kecekapan pihak polis menjaga keselamatan awam.” Ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Melihat kepada jenayah bunuh nekad di negara ini, kami berpandangan pihak KDN harus jujur menilai semula tahap keselamatan awam di negara ini.

Dalam beberapa kes tembak mati di waktu siang yang berlaku di negara ini, ia bukan lagi masa untuk kita saling menuding tetapi hendaklah membuat penilaian menyeluruh kenapa penjenayah semakin nekad melakukan jenayah berat di negara ini.

Kami melihat kes tembak mati yang berlaku dalam jangka masa yang dekat selang sehari menunjukkan bukan sahaja penjenayah tidak gerun dengan pihak polis namun pihak polis juga mula kelihatan kurang berkesan menjaga keselamatan awam.

Jenayah yang berlaku dalam beberapa hari ini dilaksanakan dengan nekad di tempat awam pada hari siang. Bermakna sudah ada keberanian untuk melakukan jenayah berat terang-terangan seolah-olah penjenayah yakin di Malaysia mudah terlepas dari menerima hukuman.

Kami sangat khuatir jika dipihak KDN pula dijangkiti dengan sindrom penafian dan bersikap bebal apabila orang awam melahirkan rasa tidak yakin dengan tahap kecekapan pihak polis menjaga keselamatan awam.

Dengan berlakunya jenayah tembak mati dalam hanya beberapa hari ini, tidak mengejutkan jika pihak awam tertanya-tanya kenapa tahap keselamatan awam menjadi semakin tidak terkawal.

Kami kesal bila rumusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Salah Laku dan Aduan Polis (IPCMC)  untuk menambahbaik peranan pihak polis, ditentang sendiri oleh KPN sejak ia dicadangkan pada 2007 lagi.

Sedangkan IPCMC adalah  salah satu daripada 125 cadangan pembaikan pasukan polis yang dikemukakan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005.

Suruhanjaya yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaidin Abdullah itu mencadangkan IPCMC ditubuhkan sebelum 31 Mei 2007.

Sehingga kini, IPCMC masih belum terlaksana dan penangguhannya terus didesak oleh rakyat.

Kami berpendirian bahawa apabila rekod jenayah dikatakan sudah menurun di negara ini, jelas insiden jenayah berat yang berlaku dalam masa hanya beberapa hari ini menunjukkan bahawa tahap keselamatan negara masih sangat merisaukan.

Kesan dari situasi ini bukan sahaja akan menjejaskan pelabur dan pelawat luar untuk datang ke Malaysia, malah rakyat negara ini juga akan sukar mengharapkan agensi polis untuk menjaga keselamatan awam dengan baik.

Kami dengan itu mengesa suatu penilaian semula seluruh tahap keselamatan awam hendaklah dilancarkan. Suatu dialog nasional mengenai isu keselamtan awam perlu diadakan. Tujuannya adalah untuk mendengar pelbagai pendapat mengenai bagaimana keselamatan awam dapat terjamin melalui sistem pengawasan dan pengawalan pihak polis.

Pelbagai pihak masyarakat perlu dilibatkan untuk menjadi rakan dialog yang inklusif demi menghasilkan pelan tindakan yang terbaik.

Diesel: Penguatkuasaan kita masih lemah

Hazayani Zakaria, 31 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Kelemahan kerajaan mengendalikan krisis kekurangan bekalan diesel menyebabkan kepentingan pengguna tidak dapat diutamakan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan harus jelas punca sebenar kekurangan bekalan diesel yang berlaku hampir setiap tahun dan meningkatkan penguatkuasaan berhubung penjualan diesel agar tidak berlaku penyalahgunaan subsisi diesel.

Beliau yang merupakan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat bimbang subsisi 20 juta liter yang diberikan kerajaan disalahgunakan oleh syarikat-syarikat tertentu dengan menjual diesel kepada rakyat asing dengan harga yang murah.

"Ada pihak yang cuba untuk eksploitasi diesel ini untuk menjual ke pasaran asing dengan harga subsisi atau pun ada pihak yang membeli lebih daripada kuota.

"Isunya ialah penguatkuasaan daripada kementerian yang gagal untuk melihat masalah sebenar. Akhirnya pengguna jadi mangsa dan yang dapat layanan mesra ialah industri besar," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini, semalam.

Menurut beliau juga menggesa kerajaan menyelesaikan segera krisis bekalan diesel ini menjelang musim perayaan dan tidak bertindak menaikkan harga diesel sewenang-wenangnya.

"Pengguna sangat memerlukan bekalan diesel pada musim perayaan ini dan kerajaan jangan mengambil kesempatan dnegan menaikkan harga disesel dengan asalan kekeurangan bekalan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Sokong saringan ketat pemandu bas ekspres

Harakahdaily, 31 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) bersetuju dengan cadangan agar mewajibkan semua pemandu bas ekspres menjalani pemeriksaan kesihatan, termasuk saringan air kencing sebelum memulakan perjalanan mereka pada musim Aidilfitri ini.

Ketua peneranganya Riduan Mohd Nor berkata, langkah itu sangat wajar dalam usaha memastikan semua faktor yang boleh menyumbang kepada kemalangan khususnya membabitkan bas ekspres dapat dicegah semaksima mungkin.

"Pemandu bas ekspres adalah penentu selamat atau tidaknya penumpang yang mereka bawa. Nyawa penumpang berada di tangan pemandu, sekiranya pemandu cuai atau memandu dalam pengaruh alkohol atau dadah, tiada jaminan penumpang akan berada dalam keadaan selamat.

"Apa yang diharapkan agar hanya pemandu yang benar-benar cergas, sihat serta bebas dari pengaruh alkohol dan dadah sahaja dibenarkan memandu bas di musim perayaan seperti ini. Ia bagi mengelakkan kemalangan jalan raya terutama yang melibatkan bas ekspres dapat dikurangkan pada tahun ini," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan pertauran bahawa hanya pemandu yang mempunyai rekod bersih dibenar membawa bas sepanjang musim perayaan ini.

Selain itu, beliau mengharapkan agar pemandu bas ekspres agar mengikut segala peraturan yang ditetapkan termasuk memandu pada tahap kelajuan yang dibenarkan.

"Pemandu bas tidak harus mengejar waktu dengan memandu bas terlalu laju sehingga mambahayakan keselamatan penumpang. Faktor kelajuan selalunya menjadi sebab bas hilang kawalan dan menyumbang kepada kemalangan.

"Faktor keletihan dan kepenatan kerana berjaga malam atau terlalu lama memandu juga boleh menjejaskan pemanduan. Oleh itu, pemandu diharapkan agar sentiasa memastikan mereka memandu dalam keadaan cergas, sihat, tenang dan sentiasa peka dan awasi jalan yang dilaluinya," uajarnya.

BERMACAM2 GAWAT....HASIL MENGENEPI AJARAN ALLAH SWT...TIDAK MENGIKUT QURAN DAN HADIS

Kes batal sijil perakuan Islam ke Mahkamah Rayuan

Aslani M, 31 Jul 2013
KOTA BHARU: Muhammad Riduan Abdullah, 44 keliru terdapat dua perintah terhadap kes hak penjagaan anaknya selepas beliau menganut Islam pada Mac 2009.

Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada April 2009 memberikan hak penjagaan tiga anaknya kepada beliau.

Sebaliknya 11 Mac 2010 Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh pula memutuskan hak penjagaan tiga beradik itu diserahkan kepada bekas isterinya, M Indira Ghandi, 38.

Riduan atau nama asalnya K Patmanathan selepas menganut Islam pada 11 Mac 2009 turut mengislamkan anaknya Ummu Habibah (Prasana Diksa), 5; Abu Bakar (Karan Dinish), 15 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 16.

Ketika itu mereka di bawah umur iaitu Habibah 11 bulan, Abu Bakar (10 tahun) dan Salamah (11 tahun).

Indira sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam tiga anaknya pada 25 Oktober 2009.

Dan pada 26 Julai lalu Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng membatalkan sijil perakuan pengislaman ketiga-tiga anak Riduan.

Pada April 2009 mereka memperolehi sijil perakauan pengislaman yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak.

Difahamkan hakim yang mengendalikan kes berkenaan bertukar ganti sehingga lapan orang, di mana hakim sebelum ini menarik diri termasuk Pesuruhjaya Kehakiman Tarmizi Abd Rahman.

Kes pasangan berkenaan pernah mendapat perhatian umum dan kabinet pada April 2009 memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Riduan berkata, anak bongsunya berada di bawah jagaannya sejak 2009 dan kini membesar dalam suasana Islam.

“Cuba bayangkan sekiranya saya menyerah Habibah kepada bekas isteri yang beragama Hindu, sudah tentu agamanya akan tergadai.

“Lagi pun anak bongsu saya sudah banyak belajar agama sejak berpindah ke Kelantan. Sedangkan dua lagi anak saya masih bersama Indra,” ujarnya di sini.

Oleh itu beliau melalui peguam akan memfailkan kes tersebut ke Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

Menurutnya juga kes itu melibat kos agak tinggi sehingga RM60,000. Orang ramai juga boleh membantu dengan menghulur sumbangan kepada Muhamad Riduan Abdullah di akaun Bank Islam 03018021143270 atau telefon peguam Mustapa – 09 744 6736.

Beliau turut berharap umat Islam berdoa dan solat hajat sempena Ramadan sekarang bagi mempertahankan keislaman anaknya, dua lagi anaknya dapat dikembalikan kepadanya.

Lagi kes tembak mati, hari ini di Parit Buntar

Harakahdaily, 31 Jul 2013


KUALA LUMPUR: Dalam heboh masyarakat bercakap soal kebimbangan berikutan kejadian tembak di sana-sini, hari ini satu lagi kes sama berlaku di Parit Buntar.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi, seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2.

Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan.

Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan polis masih menjalan siasatan lanjut.

Jenayah: PAS gesa panggil sidang khas parlimen

Abdul Aziz Mustafa, 31 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan hendaklah memanggil segera sidang khas Parlimen bagi membahaskan berleluasanya jenayah berat terutama yang melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Satu sidang khas Parlimen mesti dipanggil segera sebelum Hari Raya.

"Bagaimana rakyat hendak pulang ke kampung menyambut Aidil Fitri sedangkan bukan sahaja keselamatan harta tidak terjamin malah keselamatan nyawa pun tidak terjamin.

"Jaminan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) bahawa pihak polis akan mempertingkatkan penguatkuasaan keselamatan tidak mampu lagi meredakan kebimbangan rakyat kerana polis kelihatan sudah hilang kawalan," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu merasa amat bimbang kerana keadaan keselamatan negara kini seolah-olah ditentukan oleh penjenayah.

"Seolah-olah penjenayah yang menentukan bila mereka hendak mengganas dan bila mereka hendak berehat sebentar dari melakukan keganasan," katanya.

Mahfuz juga mempertikaikan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa pihaknya akan mempertingkatkan keselamatan sedangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri seolah-olah mengaku kalah apabila berkata, polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju.

Zahid berkata, polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini memandangkan mereka menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan.

"Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan," katanya.

Mahfuz menyifatkan kenyataan Zahid itu menambahkan lagi kebimbangan rakyat dan menguatkan lagi alasan supaya dipanggil segera sidang khas Parlimen bagi membahaskan berleluasanya jenayah itu.

"Jika sidang khas Parlimen itu diadakan, PAS akan memanggil pakar-pakar keselamatan yang terdiri bekas-bekas pegawai tinggi polis dan tentera bagi memberikan cadangan dan pandangan.

"Cadangan dan pandangan mereka itu akan dibawa oleh ahli-ahli Parlimen PAS untuk dibahaskan jika sidang khas itu dipanggil," katanya.

Mahfuz menegaskan, kerajaan tidak boleh berlengah-lengah lagi ketika kadar jenayah berat naik begitu mendadak dan membimbangkan sedangkan tidak sampai sebulan lalu media pro-kerajaan membantah malah mempersendakan dakwaan sebuah laman web bahawa Kuala Lumpur adalah bandaraya keenam paling berbahaya di dunia.

"Tetapi dengan berleluasanya pembunuhan menggunakan senjata api, dakwaan laman web itu perlu diberi perhatian serius," katanya.

Pertengahan Jun lalu, laman web 10awesome.com mendakwa Kuala Lumpur) dikatakan salah satu bandar yang paling berbahaya di dunia di mana kadar jenayah meningkat sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Rakyat kini semakin cemas dengan berlakunya beberapa kes melibatkan senjata api dalam masa beberapa hari sahaja.

Isnin lalu, Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara.

Kejadian itu berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain dua kes berprofil tinggi itu, satu lagi kes tembak dilaporkan semalam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang menyebabkan seorang cedera dan pada Ahad malam pula seorang lelaki maut dan dua parah ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di Ipoh.

Hari raya menguji ketakwaan umat Islam

Ahmad Baei Jaafar, 31 Jul 2013
Setelah kita berhempas pulas bermujahadah menahan nafsu sepanjang bulan Ramadan, kini sampai masanya kita bersuka ria menyambut hari kemenangan yang dinamakan Aidilfitri. Tarikh 1 Syawal tetap menjegah kita tanpa gagal sama ada kita berpuasa atau pun tidak. Namun Aidilfitri datang secara khusus untuk meraikan umat Islam melakukan puasa sepenuhnya.

Walau bagaimanapun mereka tidak melakukan puasa sepenuhnya termasuk kanak-kanak boleh turut menyambut hari kemenangan ini, malah dalam realitinya merekalah orang yang paling gembira dengan kedatangan Syawal ini. Yalah, bagi kanak-kanak mereka akan mendapat duit raya, malah sesetengahnya mendapat beratus ringgit juga. Mana kala golongan yang puasanya kurang sempurna berasa gembira kerana tekanan lapar sudah berakhir dan kini boleh membalas dendam, makan sepuasnya. Selain itu, mereka boleh berhibur semahunya.

Sebaliknya mereka yang mampu berpuasa dengan sebaiknya tidak sebegitu ghairah menyambutnya. Mereka selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri akan berziarah sanak saudara. Selepas itu mereka akan menyambung puasa sunat Syawal pada 2 Syawal. Barangkali mereka inilah golongan yang akan beroleh takwa. Persoalannya di mana kedudukan anda?

Siapa yang layak menyambut
Sememangnya orang yang berpuasa diharapkan mencapai tahap takwa seperti yang difirmankan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183; “Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”

Jadi, bagaimana dengan puasa anda, mencapai takwa atau tidak? Sudahkah anda berpuasa dengan penuh rasa iman dan takwa? Ya, mereka yang beriman dan bertakwa berpuasa bukan sekadar tidak makan dan minum dan tidak melakukan perkara yang membatal puasa, tetapi turut menjaga lidah, tangan, kaki, mata dan telinga daripada melakukan dosa kecil apatah lagi besar.

Selain itu mereka yang berjaya menambah pahala sunat seperti solat sunat tarawih yang sempurna, membaca al-Quran dan memberi makan orang berbuka puasa dengan seikhlasnya berpeluang menambahkan mutu Ramadannya. Ibadah ini merupakan bonus untuk menjadikan mereka bertakwa seperti yang diharapkan Allah dalam ayat di atas.

Mereka yang berjaya melaksanakan ibadah puasa dan segala amalan sunat dalam bulan Ramadan tentu Allah melihatnya dengan penuh rahmat. Apa tidaknya, mereka ini boleh berakhlak baik dengan manusia apatah lagi dengan Allah. Mereka juga boleh berakhlak dengan haiwan dan alam sekitar. Jika inilah hasil daripada ibadah puasanya, tidak syak lagi mereka ini adalah orang yang paling layak untuk menyambut Aidilfitri.

Sejarah Rasulullah dan Sahabat mencatatkan bahawa mereka menyambut hari raya secara sederhana malah mereka bersedih dengan pemergian Ramadan. Oleh sebab itu mereka akan melakukan segala amalan sunat sebaik sahaja diisytiharkan sudah masuk satu syawal. Mereka mulakan dengan takbir dan tasbih raya.

Seterusnya pada siang hari diulang lagi amalan takbir sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri dimulakan imam. Sebelum itu sebelum solat subuh mereka akan mandi sunat hari raya. Dan selepas solat subuh mereka  akan makan sebagai tanda tidak berpuasa lagi.

Lazimnya selepas solat Aidulfitri mereka akan melakukan amalan ziarah rumah ke rumah, bermula dengan jiran terdekat dan kemudiannya menziarahi sanak saudara terdekat. Mereka rapatkan hubungan terutama silaturrahim dalam kalangan kaum keluarga.

Siapa yang dihalang menyambut

Sebenarnya Islam tidak pernah menghalang sesiapa pun untuk menyambut hari raya ini. Malah orang bukan Islam juga boleh bersama-sama orang Islam meraikannya. Oleh sebab itu tidak salahlah orang yang gagal berpuasa sebagaimana yang sewajarnya, menyembut hari raya seperti orang lain. Hal ini kerana mereka adalah golongan yang berpuasa kategori orang awam.

Tetapi lazimnya kita dapati mereka ini menyambut hari raya bak kata ibarat “lebih sudu dari kuah”. Sambutan mereka lebih hebat daripada orang yang layak dalam kalangan golongan khawas dan khususul khawas. Mereka menyambut secara melampau dalam berhibur. Malah hiburan adalah keutamaan mereka, sedangkan amalan ziarah sudah dikesampingkan.

Sepatutnya mereka dalam kategori awam ini menyambut Syawal sebagai meraikan golongan yang berjaya termasuk kanak-kanak. Mereka sepatutnya bertemu orang yang berjaya dan mengucapkan tahniah dan doakan kebaikan. Tetapi bagaimana kita hendak kenal mereka yang berjaya kerana lazimnya orang yang berjaya pun tidak mahu mengaku berjaya.

Maka atas semangat itu Islam menganjurkan amalan menyambut Syawal dengan mengucapkan tahniah dan doa kepada orang yang kita temui. Dengan saling mengucap tahniah yang sekali gus berdoa akan kejayaan orang lain, diharapkan kita semua beroleh kejayaan. Kalaupun tidak sampai ke tahap takwa, setidak-tidaknya kita menjadi orang yang redha dengan keputusan Allah.

Pada masa yang sama, kita digalakkan bersedekah kepada anak-anak semoga dengan sumbangan ikhlas itu Allah ampun dosa kita dan meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Kita tidak tahu sejauh mana amalan kita diterima Allah, tetapi kalau kanak-kanak yang suci hati turut mendoakan kita tentu sedikit sebanyak ada penambahan kebaikan untuk kita.

Amalan Sunnah

Rata-rata umat Islam di sini telah melakukan atur cara di atas tetapi sejauh mana mereka dapat melakukannya sebagai yang dianjurkan oleh Islam. Berapa ramai umat Islam yang bangun melakukan mandi sunat Aidilfitri? Wanita yang uzur juga tidak harus ketinggalan untuk melakukan mandi sunat. Kalau begitu semua umat Islam patut melakukannya tanpa gagal.

Begitu juga dengan amalan berkunjung ke tempat solat Aidilfitri, wanita yang uzur masih ada tempat dan ruang untuk sama-sama mendengar khutbah raya. Kalau semua umat Islam datang lebih awal untuk mengambil tempat yang sesuai tentulah besar ganjaran untuk mereka. Wanita uzur walaupun tidak boleh solat mereka boleh duduk di tempat khas di luar masjid untuk sama-sama mendengar khutbah hari raya.

Tetapi saya tidak pasti, berapa buah masjidkah yang menyediakan tempat khas untuk wanita uzur? Atau adakah wanita uzur sendiri tidak berminat untuk mendengar khutbah, lalu tempat mereka tidak disediakan? Realitinya wanita yang uzur lebih selesa berada di dalam rumah semasa orang lain bersolat hari raya. Alangkah ruginya mereka kerana tidak mendapat nasihat yang baik pada pagi hari raya.

Sebenarnya solat sunat hari raya dan khutbahnya amat besar faedahnya. Selain solat berjemaah itu mendapat pahala berlipat kali ganda, dapat pula umat Islam berkenal mesra antara satu sama lain. Ya, kadang-kadang jiran rumah pun kita tidak berpeluang bercakap, maka pada hari ini kita berpeluang berbual sambil mengucap tahniah atas kejayaan menjalankan ibadah puasa.

Namun tidak dinafikan, ada umat Islam yang walaupun berkumpul ramai-ramai, mereka tidak mahu mengambil perluang berkenalan dengan rakan solat di sebelahnya. Adakah mereka malu untuk berkenalan atau mereka sombong kerana menilai orang tidak layak berkenalan dengannya. Kalau itu yang difikirkan bagaimana kita boleh berjaya dalam menempuh ujian Allah. Boleh jadi inilah tanda awal kita gagal melaksanakan ibadah puasa.

Sebaiknya sewaktu bersalaman kita memperlawa mereka ke rumah anda. Inilah amalan orang soleh sejak zaman berzaman. Mereka akan berziarah jiran terdekat selain sanak saudara dengan saling mengucap tahniah kerana berjaya memenuhi ibadah puasa. Cuma dalam amalan masyarakat Melayu, kita sering ucapkan “Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin” kepada orang yang kita temui. Semoga ucapan itu dinilai sebagai doa juga.

Bagi menambah baik ucapan itu bolehlah juga kita susuli dengan ucapan; “tahniah anda berjaya beroleh takwa, tahniah anda berjaya melaksanakan puasa dengan sempurna" dan yang seumpamanya. Bagi masyarakat Arab mereka sering ucapkan ucapan yang bermaksud, “Semoga setiap tahun kamu dalam keadaan baik.”

Sebenarnya pada zaman Rasulullah ada satu ucapan yang turut dipakai, ini berdasarkan sebuah hadis daripada Wasilah bin al-Asqa’ katanya, “Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya lalu aku berkata: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ maka baginda berkata: ya  تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ maksudnya: “Semoga Allah terima amalan daripada kami dan kamu juga.”

Amalan yang diucapkan oleh sahabat ini untuk Rasulullah adalah untuk menunjukkan adab memberi ucapan tahniah. Selain itu apabila baginda membalas dengan ucapan yang sama menunjukkan ucapan itu boleh digunakan oleh umat Islam.

Berdasarkan itu ucapan sebegini masih releven diucapkan sewaktu kita berziarah ke rumah orang yang kita hormati juga kawan-kawan yang kita sayangi. Semoga amalan ini juga boleh dijadikan hiburan buat kita sepanjang berhari raya.

http://baei.blogspot.com

Selangor tangguh hantar pelajar ke Mesir

Salmiyah Harun, 31 Jul 2013
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menangguhkan penghantaran pelajar-pelajarnya ke Mesir sehingga keselamatan mereka terjamin.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor Dr Halimah Ali berkata, kerajaan negeri akan menempatkan pelajar-pelajar yang terlibat di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) bagi pelajar yang mengambil jurusan agama.

Sementara itu, katanya kerajaan negeri menawarkan tempat kepada pelajar jurusan perubatan bagi mengikuti pengajian Asasi Sains di Unisel.

"Kerajaan negeri ada MOU dengan beberapa universiti terkemuka misalnya di Indonesia, di mana mereka bersedia menerima pelajar kita," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan.

Jelasnya, kerajaan negeri meminta semua ibu bapa bertenang dan berdoa semoga situasi yang sedang berlaku di Mesir akan pulih dalam masa terdekat.

Tambahnya, penajaan mereka yang dipersetujui oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk ke Mesir telah diminta untuk meneruskan penajaan bagi mereka di penempatan baru.

"LZS akan terus menaja sekiranya mereka meneruskan pengajian di Unisel atau mendapat tawaran IPTA di Malaysia," katanya.

Jumlah keseluruhan pelajar Selangor yang belajar di Mesir sehingga akhir Julai 2013 seramai 1,457.

Bilangan pelajar yang pulang ke Malaysia seramai 250 manakala jumlah 1,207 pelajar masih berada di Mesir.

PAS persoal pengendalian petisyen pilihan raya

Muhammad Faizal, 31 Jul 2013

KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen dikemukakan oleh PAS dengan menggunakan alasan dan denda yang sama.

PAS memfailkan keseluruhan 16 petisyen di seluruh negara dan 11 darinya telah ditolak oleh mahkamah.

Tiga lagi belum disebut di mahkamah adalah bagi kawasan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Kelawang, Negeri Sembilan sementara dua kawasan di Terengganu Hulu Besut dan Kuala Berang keputusan akan diperolehi esok.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah yang dilihat sebagai membelakangkan proses demokrasi.

"Kita kesal cara pengendalian petisyen yang berjalan di mahkamah, 16 petisyen yang dikemukakan oleh PAS dan 11 darinya telah ditolak dengan alasan serta denda yang sama.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata kalau tidak puas hati dengan keputusan boleh bawa ke mahkamah untuk keadilan, tetapi bila dibawa kita melihat ia tidak dikendalikan sepertimana yang kita harapkan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Malah katanya lagi, keputusan tersebut juga dilihat sebagai ada arahan dari pihak tertentu.

"Kita juga melihat keputusan tersebut seperti mendapat arahan dari pihak tertentu kerana alasan sama termasuk juga kos yang diarahkan juga amat luar biasa," sambung beliau.

Tutup penyelewengan?

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu keputusan tersebut seperti sebagai usaha menggunakan mahkamah untuk menutup segala penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya yang lepas.

Katanya, kerajaan tidak boleh salahkan sesiapa jika rakyat mempunyai satu persepsi negetif terhadap kredibiliti mahkamah yang dilihat tidak memihak kepada pihak yang mahukan keadilan mengikut saluran demokrasi yang betul.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melahirkan kebimbangan tindakan tersebut akan memberi ruang kepada rakyat untuk menuntut keadilan mengikut cara mereka sendiri.

"Kita tuntut keadilan melalui proses demokrasi yang betul tetapi kerajaan menutup ruang tersebut.

"Saya bimbang dengan keputusan ini rakyat akan bangkit menuntut keadilan mengikut saluruan mereka sendiri, kita tidak mahu negara ini menjadi seperti negara-negara yang lain," kata Salahuddin.

Sementara itu PAS akan menghantar satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat berhubungan kedudukan Pengerusi SPR agar perlantikannya dikaji balik serta pendedahan penyelewengan yang berlaku di dalam pilihanraya yang lepas.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli, Peguam Mohamed Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang), Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja).

Perbezaan wanita yang menyokong dan menentang Mursi

http://naimnikmat.blogspot.com, 31 Jul 2013

GAMBAR PERBEZAAN WANITA YANG MENYOKONG MURSI DENGAN WANITA YANG MENENTANG MURSI.