Jumaat, 3 Ogos 2012

ADA BERANI...ITU SEBAB PENZINA....PEMINUM ARAK...TAK SOLAT...MURTAD DLL TAK BERANI NAK LAKSANAKAN HUDUD ATAU MEREKA ADA CITA2 NAK BUAT...KITA SEOLAH2 MELINDUNGI ORANG JAHAT

Terhot Di Yaman !!! Penzina ini dihukum tembak dikhalayak ramai
Posted on Thursday, August 02 @ 23:53:03 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"




Pemuda ini di tiarapkan ke tasa tanah




Pemuda ini ditembak di kepala ..
"


 Tukang dedah dapat padah?
Posted on Thursday, August 02 @ 23:50:04 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"

Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.

Penahanan dan dakwa keatas Rafizi Ramli dan dibebas dengan jaminan RM 15,000 membuat Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu marah, lantas mengecam tindakan mahkamah, atas  pertubuhan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia)  sambil menyifatkannya sebagai ianya "berunsurkan politik dendam semata-mata"


Anwar Ibrahim berkata, motif penangkapan dan pertuduhan yang dikenakan bertujuan untuk memastikan Rafizi, Pengarah Strategi PKR,  berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Rafizi Ramli didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bercakap pasal kerja mendedahkan dokumen yang melibatkan pimpinan umno Barisan Nasional teringat saya, sudah ramai orang kanan Anwar Ibrahim lari dan menghentam balik, Malah dua tokoh penting dilantik sebagai senator, termasuk Izam Mohd Noor yang menyimpan berkotak kotak dukomen kejahatan yang membabitkan pemimpin umno.
Saya yakin bahawa penangkapan Rafizi yang berkaitan dengan isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan juga George Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit tersebut adalah kesinambungan tindakan umno agar Rafizi mengikut langkah mereka yang tinggalkan PR.

Kita sedia maklum sejak pendedahan NFC akhir tahun lalu sehinggalah kini,punca menteri (isteri) yang terbabit meletakkan jawatan dan beberapa lagi skandal penyelewengan, telah mendapat ramai seteru yang berkuasa dan akan menggunakan apa saja cara untuk menakutkan mereka yang berani mendedahkan keburukan pemimpin umno..

Sangat wajar  Rafizi Ramli pengarah stratgi PR dan Johari Mohammad, bekas kerani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek NFCorp yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal media..
.
Tiada sebab mengapa mereka di tangkap dan didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama kerana mereka bukan kakitangan bank yang terbabit.
Betullah apa yang Anwar kata, Rafizi telah dituduh di bawah Bafia dan politik dendam ini hanyalah satu cara bagi mereka untuk terus menakutkan rakyat yang mahu mencari kebenaran di sebalik kontrak dan kronisme yang berkaitan dengan pimpinan Umno-BN.
Beliau memegaskan "Saya dengan ini memberi sokongan penuh terhadap Rafizi atas semangat dan keberanian beliau dan berharap keluarga beliau akan dapat melalui dugaan ini dan yakin bahawa keadilan akan berpihak kepada yang benar dan berani," 



Sa’labah, si kaya yang kedekut

3 Ogos 2012
SA'LABAH bin Hatib, kehidupannya cukup sederhana, beliau adalah seorang lelaki yang taat menunaikan ibadah dan selalu berjemaah bersama Nabi Muhammad SAW. Kehairanan menerpa Rasulullah, apabila setiap kali usai solat, Sa’labah segera bangkit pulang ke rumahnya tanpa sempat bersalaman dan berzikir dengan jemaah lain.

Pada suatu hari, Rasulullah bertanya kepada Sa’labah.” Hai Sa’labah, "Mengapa engkau cepat bangkit dari duduk mu apabila selesai menunaikan solat bersama kami?”.

Lelaki itu menjelaskan kepada Rasulullah, beliau hanya mempunyai sehelai kain untuk solat. Beliau perlu cepat kembali ke rumah supaya kain yang dipakainya itu akan dipakai pula oleh isterinya untuk solat. Bagaimanapun, di sebalik ketaatannya itu, Sa’labah ada menyimpan sedikit perasaan ingin menjadi kaya. Berjumpalah Sa’labah dengan Rasulullah dan mengharapkan supaya Nabi berdoa kepada ALLAH supaya beliau beroleh kekayaan.

Mendengar permintaan Sa’labah itu, Rasulullah memandangnya dengan penuh kehairanan, lalu Baginda bertanya, “Untuk apa rezeki yang banyak itu wahai Sa’labah? Menurut pendapat ku, lebih baik bersederhana kerana rezeki yang banyak akan menyusahkan kita kelak!”, hujah Rasulullah. Sa’labah terdiam. Dalam diamnya itu nafsu ingin kaya yang sudah lama tertanam di hatinya semakin menjadi-jadi.

Tidak lama selepas itu, Sa’labah menyampaikan lagi permohonannya kepada Rasulullah. Permintaannya kali ini disertai dengan alasan yang lebih kuat, antara lain Sa’labah berkata; “Kalau aku kaya kelak, golongan miskin dan melarat akan ku beri bantuan secukupnya, akan ku dirikan hospital, membangunkan rumah ibadah.

Pendek kata, segala harta yang dikurniakan akan digunakan sebaik-baiknya demi keredaan ALLAH,” Mendengar ucapan Sa’labah yang bersungguh-sungguh itu maka Rasulullah mendoakan kepada ALLAH agar Sa’labah dikurniakan-Nya dengan harta yang banyak.

ALLAH memakbulkan permintaan hamba dan Rasul-Nya. Rezeki Sa’labah makin bertambah. Kambing Sa’labah makin membiak dengan banyaknya.

Semenjak kekayaannya bertambah, ibadahnya pun semakin berkurangan. Solat berjemaah tidak lagi dihadirinya akibat terlalu sibuk menguruskan kambingnya sudah berkembang biak itu. Dahulu sebelum beroleh harta kekayaan Sa’labah pernah berjanji kepada Rasulullah bahawa dia ingin menggunakan segala kekayaannya itu untuk berjuang ke jalan ALLAH tetapi dia tidak menepati janji.

Pada suatu hari turunlah ayat mewajibkan zakat kepada Nabi. Maka perintah zakat itu segera disampaikan oleh Rasulullah kepada segenap umat Islam yang mampu tidak terkecuali Sa’labah. Ketika amil sampai ke rumah Sa’labah, beliau tidak mempercayai suruhan itu bahkan mencurigai Rasulullah sendiri. Padanya itu hanya peraturan Rasulullah kerana cemburu disebabkan kambingnya yang banyak yang mesti dizakatkan dan bukannya perintah ALLAH.

Sa’labah tidak mempedulikan utusan Rasulullah. Dia masih juga tidak mahu membayar zakatnya kerana disangkanya perintah menunaikan zakat itu adalah ciptaan Rasullullah sendiri. Baliklah  amil itu dengan perasaan hampa. Begitulah sifat Sa’labah setiap kali utusan Rasulullah datang. Ada sahaja helah dan alasan yang dikemukakannya untuk mengelakkan dari membayar zakat.

Pada masa itu, turunlah Firman ALLAH: “Di antara mereka, ada yang berjanji kepada ALLAH. Sekiranya aku diberi rezeki yang banyak, aku akan banyak memberi sedekah, aku akan menjadi orang yang soleh. Tetapi, setelah  mereka memperoleh rezeki yang berlimpah ruah lalu mereka menjadi orang yang bakhil dan berpaling dari janjinya. Akhirnya mereka ditimpa penyakit Munafik pada hari di mana mereka itu kembali kepada ALLAH disebabkan mereka mengingkari janjinya sendiri dan disebabkan  kebohongan mereka. Apakah mereka tidak tahu, bahawa ALLAH itu Maha
Mengetahui segala  rahsia dan apa yang tersirat dalam hati mereka dan bahawa ALLAH itu mengetahui segala perkara ghaib .” (Surah al-Baqarah: 75-78)

Salah seorang daripada sahabat Sa’labah yang mengetahui turunnya ayat itu segera memberitahunya. Kata sahabat Sa’labah tersebut: “Berhati-hatilah engkau.

Apakah kambing-kambing mu yang banyak itu akan engkau bawa ke mati? Dahulu engkau telah berjanji kepada ALLAH dan bukan hanya kepada Nabi Muhammad! Sa’labah sahabat ku, zakat yang diminta oleh utusan Rasulullah itu bukanlah untuk Baginda dan bukan pula Baginda yang mengadakan hukum zakat itu.” Mendengar penjelasan sahabatnya itu, membuatkan Sa’labah sedar akan kesalahan dan keangkuhannya selama ini.

Sa’labah bukan sahaja insaf, malah merasa takut yang amat sangat.

Tanpa berfikir panjang lagi. Sa’labah berjumpa Rasulullah dengan membawa berpuluh-puluh ekor kambing untuk dizakatkannya. Tetapi Rasulullah hanya menggelengkan kepala sambil mengatakan bahawa Baginda tidak menerima zakat itu, bahkan pintu zakat sudah tertutup bagi Sa’labah.

Mendengar jawapan tersebut Sa’labah menangis sekuat-kuat hatinya.

Sa’labah kembali ke rumahnya dengan membawa kambingnya itu. Hatinya penuh dengan penyesalan. Usaha Sa’labah hendak menyerahkan zakat ternakannya gagal. Hinggalah ke zaman pemerintahan Khalifah Osman bin Affan iaitu selepas kewafatan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar.

Beliau tetap dalam keadaan takut, kecewa dan menyesal kerana zakatnya tidak diterima lagi sedangkan ancaman ALLAH sudah turun ditujukan kepada orang yang enggan membayar zakat.

SUMBER: http://dakwah-imanyakin.blogspot.com

Kebenaran Kisah Tha’labah?

Soalan: Benarkah kisah sahabat Nabi s.a.w Tha’labah bin Hatib yang kononnya miskin, lalu dia meminta Nabi s.a.w doakan agar dia kaya, apabila dia kaya dia tak mahu membayar zakat, lalu al-Quran mengutuk perbuatannya itu. Kisah ini selalu dijadikan bahan ceramah.

Jawapan: Kisah ini yang sering disebut oleh ramai pendakwah sebagai satu contoh buruk. Tha’labah dikatakan meminta agar Nabi s.a.w. mendo`akan kekayaannya. Apabila beliau kaya dan berharta beliau enggan memberi zakat. Kononnya, Al-Quran turun mengutuk perbuatan tersebut dalam Surah al-Taubah: 75-77:
وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنْ الصَّالِحِينَ(75)فَلَمَّا آتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوا وَهُمْ مُعْرِضُونَ(76)فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
Maksudnya: Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”. Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).
Rasulullah S.A.W dikatakan wafat dalam keadaan tidak menerima zakatnya. Begitu juga Abu Bakr dan `Umar r.ahuma selepas itu enggan menerima zakatnya. Beliau dikatakan meninggal pada zaman pemerintah `Uthman bin `Affan r.a.
Memang tidak dinafikan ramai para penafsir telah mengaitkan ayat ini dengan Tha’labah dan dia dianggap dari golongan munafik berdasarkan ayat di atas. Sedang Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam al-Isabah bahawa dia adalah ahli perang Badr. Kita hendaklah sedar, jika dia ahli Perang Badr, maka Ahli peperangan Badar tidak mungkin menjadi seorang munafik. Kesemua ahli Badr adalah ahli syurga. Di sana ada fadilat khas yang diberikan untuk ahli peperangan Badar. Nabi s.a.w.
لَعَلَّ الله اطَّلعَ عَلى أهْلِ بَدْرٍ فقـال “اعـمَلوا مَا شِـئْتُم فَقَد وَجَبَتْ لَكُمُ الجَنَّةُ أو فقد غَفَرْتُ لكم”
” Allah melihat kepada ahli Perang Badar dan berfirman ” buatlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah pasti untuk kamu syurga atau Aku telah ampuni kamu semua” (al-Bukhari dan Muslim) Dia dikatakan terbunuh di dalam peperangan Uhud. Dengan itu al-Hafizd Ibn Hajar menafikan kesahihan cerita tersebut (Al-Isabah, 1/206). Demikian juga al-Imam Ibn Hazm (meninggal 456H) dalam al-Muhalla menganggap kisah ini sebagai batil tanpa syak (Ibn Hazm, Al-Muhalla, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah). Antara ulama dahulu yang mengkritik riwayat ini Ibn `Abd al-Barr (meninggal 463H), al-Haithami الهيثمي (meninggal 807H) dan lain-lain. Ulama zaman ini yang mengkritik riwayat ini antaranya al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani, al-Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi`I dan lain-lain. Satu buku khas mengkritik riwayat ini telah ditulis oleh `Adab عداب bin Mahmud al-Himsy الحمش bertajuk ثعلبة بن حاطب الصحابي المفترى عليه yang bermaksud Tha’labah bin Hatib, seorang sahabah yang didustai ke atasnya, adalah satu tulisan yang baik untuk dibaca.
Oleh itu wajar berhati-hati agar kita tidak mentohmahkan sahabah tanpa asas yang kukuh. Walaupun tidak dinafikan cerita ini begitu tersebar dan buku-buku tafsir, namun sikap mengkaji dan meneliti sangat penting.
ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Kes eksekutif TV9: 4 lagi termasuk pemandu teksi diambil keterangan

3 Ogos 2012
SHAH ALAM - Polis merekodkan empat lagi keterangan individu termasuk pemandu teksi bagi membantu siasatan kes Syaleza Jaffar yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya pada Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata tiga lagi individu yang diambil keterangan ialah seorang doktor, pengasuh anak lelaki mangsa dan rakan terdekat.

"Namun kita tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara ini. Mereka yang memberi keterangan ini merupakan antara saksi yang boleh membantu polis dalam menyelesaikan kes kematian mangsa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Sebelum ini, polis telah merekodkan keterangan daripada 10 individu termasuk dua rakan sekerja eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 itu dan dengan empat keterangan terbaharu, jumlah keterangan yang diambil ialah sebanyak 14 sehingga hari ini.

Mohd Adnan berkata ada beberapa saksi lagi yang akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu.

Syaleza, 31, ditemui mati oleh suaminya, Norazman Bashah dalam bilik tidur rumah mereka, dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada 10.15 malam pada Ahad lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama
Isu hudud: DAP tidak mahu layan MCA
NURUL AINI MOHAMED ALI
3 Ogos 2012
Dr Tan Seng Giaw
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - DAP tidak akan melayan sebarang desakan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung  yang mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar secara terbuka menjelaskan polisi bersama pakatan pembangkang bagi membuktikan ia benar-benar menentang pelaksanaan hukum hudud.

Menurut Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw, desakan MCA tidak sedikit pun akan menjejaskan pendirian DAP mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

“Isu ini sudah lapuk, MCA sengaja timbulkan isu ini untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU),” kata Ahli Parlimen Kepong ini.

Chee Heung sebelum ini berkata, DAP cenderung berdiam diri dan tidak bercakap apa-apa walaupun telah berkali-kali digesa oleh orang ramai untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap usaha Pas melaksanakan hukum hudud.

Dalam kenyataan baru-baru ini, beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Guan Eng juga perlu membuktikan bahawa DAP bukan semata-mata menggunakan polisi sama yang dipersetujui oleh parti itu dan Pas sebagai alasan untuk mengelirukan orang ramai dan mengumpan mereka.

Sebaliknya, menurut Seng Giaw, hudud tidak menjadi masalah untuk dilaksanakan di Malaysia tetapi pindaan undang-undang mesti dibuat di Parlimen dan ia bukan sesuatu yang mudah.

“Agak sukar untuk membuat pindaan di Parlimen kerana mesti mendapatkan majoriti dua pertiga terlebih dahulu,” ujarnya.

Tambah beliau, negara ini mempunyai pelbagai kaum dan jika pelaksanaan hukum hudud menjadi realiti, pihaknya berharap agar semua kaum akan dilayan secara adil dan saksama tanpa ada sebarang jurang sempadan.

“Tidak jadi satu isu lagi, MCA sengaja menjadikan ia satu topik politik kerana sudah kekeringan idea. Bagaimana mahu teruskan pelaksanaan hudud jika tiada pindaan perlembagaan dibuat? MCA tidak perlu melatah mengenai isu ini,” katanya.
PKR cabar Umno tunjuk bukti Anwar tawar Lajim wang
NURUL AINI MOHAMED ALI
3 Ogos 2012
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi dicabar mengemukakan bukti jika benar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengaruhi Datuk Seri Lajim Ukin dengan wang untuk ‘keluar’ daripada parti teras Barisan Nasional itu, Sabtu lalu.
Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, Mohd Puad jelas meneruskan budaya fitnah dan menipu seperti yang biasa dilakukan pemimpin Umno yang lain.
“PKR akan meneliti berhubung perkara ini dan akan mengambil tindakan kepada Mohd Puad kerana mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah ini. Tetapi buat masa ini, tiada sebarang perbincangan lagi diadakan oleh kepimpinan kanan parti,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Mohd Puad sebelum ini membuat kenyataan yang  Lajim mengambil keputusan itu kerana mengikut nasihat Anwar yang didakwa berkemungkinan menawarkan wang kepada bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
“Tidak mustahil pendekatan kewangan telah digunakan oleh Anwar yang menasihati Lajim untuk meletakkan jawatannya setelah melihat kata duanya tidak didengari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kita tahu yang Anwar sekarang juga digelar ‘3 billion Man’ seperti yang dilaporkan media sebelum ini. Maka, berkemungkinan dia menggunakan sumber kewangan itu untuk memujuk Lajim meninggalkan parti,” kata Mohd Puad.
Sebaliknya, Surendran menyelar tindakan Mohd Puad ini yang disifatkan memalukan Umno sendiri kerana membuat kenyataan tanpa mengemukakan sebarang bukti.
"Saya percaya Anwar tidak terlibat dan tiada kaitan langsung dengan keputusan Lajim untuk meletak jawatan," katanya.
Tambah beliau, Umno mempunyai agenda tersembunyi apabila cuba menggunakan Mohd Puad bagi memfitnah Anwar terlibat dan menyatakan yang Lajim letak jawatan semata-mata kerana wang.
"Apabila pemimpin Umno sendiri (Lajim)  hilang  keyakinan dan kepercayaan dalam parti, perkara seperti ini (letak jawatan) memang akan berlaku. Lajim sendiri sudah tidak mampu bertahan dalam parti kerana merasakan Umno adalah sebuah parti yang menindas. Jadi, letak jawatan adalah perkara terbaik," ulas beliau.
Pelacur setaraf dengan mercun?
ABD JALIL ALI
2 Ogos 2012
Walaupun amat berbeza dari segi bentuk dan rupa, ada satu persamaan antara pelacur dengan mercun, iaitu keduanya haram, tetapi dibiarkan berleluasa macam benda halal.

Mula-mula, sempena Ramadan al-Mubarak, kita bercakap mengenai mercun. Dulu, kini – mungkin selamanya! – bulan puasa dan raya telah diterima sebagai musim mercun. Sepatah kata Saloma: “Dam, dam, dum, mercun berdentum...”

Sebenarnya lirik lagu itu sudah tidak relevan, sebab sejak lebih sedekad lalu mercun telah diharamkan di negara kita. Adalah menjadi kesalahan – boleh dihukum denda dan penjara – bagi siapa sahaja yang menjual, menyimpan atau bermain mercun.

Mengimport mercun dan bunga api adalah dilarang di bawah Butiran 34, Jadual Keempat, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008, kecuali dengan permit import yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, itu pula hanya untuk dua jenis mercun iaitu PoP PoP dan Happy Boom.

Bukan tidak ada usaha menyekat mercun masuk ke negara ini. Polis Kelantan menubuhkan skuad khas bagi memantau kegiatan penyeludupan mercun. Minggu lalu mercun bernilai hampir RM180,000 yang cuba diseludupkan masuk berjaya dirampas Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan.

Di Ipoh, Kastam merampas 1,190 karton mercun dan bunga api bernilai RM744,315, dipercayai rampasan terbesar tahun ini. Tetapi nampaknya si penyeludup lebih cekap berbanding pihak berkuasa. Jumlah yang berjaya diseludupkan  jauh lebih besar daripada yang dirampas.

Buktinya mercun meletup berdentum-dentam sana-sini setiap kali musim raya.Nyata sekali pengedar dan penjual mercun tidak takut pada undang-undang. Benda haram itu dijual secara terbuka di pasar malam dan bazar Ramadan,  sama seperti menjual ayam percik atau air tebu.

Mereka berani, sebab tidak ada tindakan pihak berkuasa. Siapa sahaja boleh main mercun, pada bila-bila masa dan di mana sahaja, termasuk di kawasan perumahan polis. Maknanya, anak dan suku-sakat polis pun main mercun!

Sebab itu penjual mercun naik lemak. Seperti tahun-tahun sebelumnya, puasa kali ini pun banyak kecederaan dan kecacatan akibat mercun. Beberapa jari sudah bercerai dari tangan, banyak juga muka lebam. Minggu lalu seorang pekerja kilang lelaki dan anak jirannya cedera parah di muka dan mata akibat terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup sekali gus.

Walaupun haram, mercun dijual tanpa sekatan. Kita gagal menyekat yang haram. Maka ada baiknya mercun dihalalkan sahaja. Biar banyak lagi jari-jemari putus, baru meriah beraya di hospital!

Pelacur pun sama macam mercun, diisytiharkan haram tetapi dibiarkan macam halal. Bukan rahsia lagi, semua orang tahu menjual seks sudah menjadi satu industri di tempat kita.

Mungkin belum ke tahap korporat atau industri berat, tetapi yang pasti boleh masuk dalam kategori industri kecil dan sederhana (IKS), dan kini berkembang pesat dengan penyertaan dari luar termasuk dari Indonesia, Thailand, China  dan negara-negara bekas USSR. Hebat!

Pusat-pusat hiburan, rumah urut, spa tumbuh macam cendawan, semua menawarkan seks. Seperti yang dilaporkan media, di Selangor sahaja ada 571 premis rumah urut dan 775 pusat hiburan yang berlesen didaftarkan; yang  beroperasi secara haram lagi banyak.

Entah kenapa hanya Selangor menjadi tumpuan, sedangkan di negeri-negeri lain pun tempat maksiat tumbuh melata. Buktinya selalu kita lihat di TV pihak berkuasa menangkap GRO, termasuk dari luar negara.

Ada pun GRO, atau pegawai perhubungan pelanggan, adalah nama glamor sesuai dengan industri yang semakin berkembang. Dulu-dulu dipanggil pelayan atau kupu-kupu malam. Apa pun nama dan gelaran, bisnesnya hanya satu:  seks.

Pusat maksiat diserbu, GRO ditangkap dan digari kemudian dimasukkan dalam lori. Tidaklah diketahui apa jadi pada mereka selepas itu. Apa yang pasti esok atau lusa pusat maksiat itu beroperasi seperti biasa.

Ada pusat maksiat yang telah diserbu sebanyak enam kali, masih tidak serik-serik berniaga seks. Ini bukti kita tidak tegas memerangi pelacuran. Kita banyak cakap, tetapi tidak ada tindakan, dan pelacuran terus membiak.

Maka ada baiknya pelacur-pelacur haram itu dilesenkan – sama seperti permit judi – boleh juga kerajaan memungut cukai.

Malah, silap-silap gaya kita boleh dicatat dalam Guinness World Records sebagai negara Islam pertama menghalalkan pelacuran!
Nikmat hidup dengan memberi
SRI DIAH
2 Ogos 2012
Tiada satu pun yang percuma di dunia ini melainkan rahmat ALLAH SWT. Saya terpaku membaca status ini, sambil otak ligat berfikir. Saya terkenang air yang turun percuma dari langit, menyejukkan. Saya bayangkan panas yang disimbah percuma ke seluruh permukaan bumi, menghangatkan.

Saya juga menarik dan melepaskan nafas secara percuma juga! Tak peduli apakah dia kaya, miskin, cantik, atau apa sahaja yang pasti ALLAH tetap memberikan nikmat pada semua hamba-Nya.

Beriman, atau kafir, ALLAH pun tetap memberikan nikmat walau hamba tak mengingat nama-Nya, dan tak memuji nama-Nya, “Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman : 13) Kerana  manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat ALLAH yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira.

Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan: “Terima kasih ya ALLAH! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya ALLAH!”

Balasannya? Beribadatlah. Lakukan yang baik. Tinggalkan perangai buruk. Lakukan ini sahaja pun sudah memadai.

Setiap kali saya melihat bola mata anak yatim atau yang kurang bernasib baik, mesti ada air jernih yang bergenang di kelopak mata. Seberapa boleh saya cuba menahannya daripada tumpah, tidak mahu air mata menitis apalagi  dilihat oleh anak itu.

Apabila mereka menarik tangan kita dan tidak membenarkan kita pulang, cepat-cepatlah memberi mereka senyuman balas. Lalu mereka akan menarik kita lebih rapat untuk mendengar pula suara kita… layan sahaja!

Mengapa mereka begitu? Kasih sayanglah yang mereka mahu. Inginkan perhatian. Ingin ada ibu dan bapa. Ingin peluk cium mereka. Tetapi tiada… Kita masih ada orang tua tapi kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada ALLAH yang masih membekalkan kehangatan pelukan ibu dan keramahan kasih ayah.

Padahal kita sudah ada semua yang patut. Kita sudah dapat apa yang kita hajati walau tidak sepenuhnya. Ketika ini Dia melihat sahaja dengan sabar akan sikap hamba-Nya. Apakah bersyukur atau tidak? Apakah menjadi lebih tamak?

Atau menjadi seorang yang lupa diri? Orang yang susah tidak pernah meminta untuk hidup susah.

Kais pagi makan pagi, kais petang mungkin belum tentu dapat dimakan malam itu. Mungkin akan dapat hari esok. Begitulah ujian yang datang dan pergi.

Kalaulah lautan yang terhampar luas dijadikan tinta, maka tak akan mampu menulis banyaknya nikmat yang telah ALLAH berikan. Dan kita terus mencari dan mencari. Menjadi hamba dunia, mencari wang ringgit hingga suntuk tengah malam.

Insan gelandangan kita lupakan. Entah makan entah tidak. Janganjangan ada yang sudah seminggu belum mengunyah nasi. Mungkin sudah sebulan mereka tidur berlantaikan kerikil, berlangit bulan dan bintang.

Anak yang susah di rumah perlindungan tidak kita jenguk. Mungkin ada yang sedang merajuk. Atau ada yang sudah dua bulan tidak ke sekolah. Mungkin juga kita tidak pernah ambil tahu tentang warga emas. Mesti ada yang sedang termenung menanti kedatangan anak, ataukah ada yang sedang nazak?

Berperang dengan manusia kita boleh tentukan kalah atau menang. Hal ini berbeza berperang dengan hati dan perasaan. Siapa yang menang belum tentu dia akan gembira. Apabila dia menilai semula kehidupannya, kemenangan itu adalah seperti gelas kosong berbanding rahmat yang ALLAH beri percuma.

Tatkala tubuh menjadi saksi atas kufur nikmat hidup, rasa penyesalan itu sudah tidak bermakna. Mulut yang ALLAH bagi diguna untuk berkata apa? Mata dan telinga yang ada untuk melihat dan mendengar apa? Kaki dan tangan, ke  mana kita melangkah dan apa yang kita bawa pulang?

Nikmat setiap hembusan oksigen ke dalam paru-paru kita, itu saja sudah tak mampu kita bayar. Itu nikmat paling besar yang ALLAH berikan. Subhanallah!

Mari kita merenung sejenak, sejauh ini apa yang telah kita berikan kepada ALLAH, apakah Dia senang melihat kita, ataukah Dia enggan melihat kita?

Yang membuat doa kita selama ini masih terhijab, mungkin saja kerana setompok dosa yang kita miliki, ataukah kita lupa dgn nikmat-Nya. Mungkin kita merancang A tapi sebenarnya kita hanya layak mendapat B.

Kita masih lagi dalam madrasah Ramadan 1433, semoga ALLAH membuka pintu ampunan lebarlebar buat kita. Firman ALLAH Subhanahu wa ta’ala yang lebih kurang maksudnya: “Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdoalah kepadaKu,  nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu.’” (Surah Ghaafir : 60) Mari kita berdoa, masih belum terlewat. Salam Ramadan Mubarak buat semua. Amin.

Tiada ulasan: