Jumaat, 3 Ogos 2012

SOKONGLAH ISLAM...SOKONG ISLAM BERMAKNA PATUH DENGAN ALLAH SWT..BUAT MUNGKAR..TAK ADIL .REMBAT HAK ORANG NI BUKAN AJARAN ISLAM...LEBIH2 MENOLAK HUKUM ALLLAH SWT

Najib pertahan tindakan dakwa Rafizi

  • Nigel Aw
  • 7:19PM Ogos 3 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mendakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di mahkamah kerana mendedahkan akaun berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).

Ini kerana, kata Najib, mendedahkannya kepada umum dianggap bertentangan dengan Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia).

Katanya lagi, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan patut menyalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rafizi pada 1 Ogos didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.
Najib ke Sabah ekoran MP BN berpaling tadah

  • Nigel Aw
  • 8:48PM Ogos 3 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan turun ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

"Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang, kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata, BN akan mengambil langkah yang perlu untuk mengukuhkan Umno dan BN di negeri itu.

RCI itu diumumkan pada 1 Jun lalu tetapi belum ada sebarang perincian dikemukakan setakat ini.

Najib berkata beliau sudah bertemu beberapa pemimpin BN Sabah ekoran pembelotan sebelum ini tetapi akan sekali lagi turun pada pada Sabtu ini.
DAP cabar k'jaan dedah semua projek sambungan LRT
5:25PM Ogos 3 2012
DAP mencabar perdana menteri menyediakan bukti berbentuk dokumen bagi membuktikan syarikat pengilang meter dan paip George Kent merupakan pilihan terbaik untuk projek sambungan LRT berbanding syarikat yang mempunyai rekod lengkap dalam projek berkaitan kereta api.

NONESetiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, ini ekoran kontraktor itu dipilih walaupun nilai bidaannya lebih tinggi daripada syarikat lain.

"Syarikat Prasarana Negara harus segera mengubah status semua dokumen tender dan minit mesyuarat penilaian untuk membuktikan konsortium George Kent-Lion Pacific pembida paling berbaloi untuk projek sambungan LRT Ampang, secara teknikal dan kewangan," kata Pua.

Katanya. langkah itu satu-satunya cara untuk menyangkal semua tuduhan pilih bulu dan kronisme berhubung penganugerahan projek besar itu.

Syarikat kerjasama George Kent-Lion Pacific semalam menafikan pihaknya gagal dalam penilaian teknikal sebelum dianugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.1 bilion.

Sementara itu, Pengarah eksekutifn George Kent Ir Dr Cheong Thiam Fook dalam kenyataannya petang ini tetap berpegang pada pendiriannya bahawa mereka yakin 100 peratus projek itu akan diselesaikan berdasarkan kos dan tempoh ditetapkan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas gesaan yang mahu maklumat kerajaan berkaitan tender itu didedahkan kerana tidak terlibat dengan proses kerahsiaan kerajaan dan dokumennya.

"George Kent ingin menegaskan pihaknya sedang menumpukan sepenuhnya usaha untuk menyiapkan projek itu menurut tahap ketelusan dan urus tadbir yang diharapkan daripada sebuah syarikat tersenarai awam," katanya.
Tiga tahanan ISA dibebaskan

  • Aidila Razak
  • 12:11PM Ogos 3 2012
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)  mengesahkan hari ini bahawa tiga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibebaskan.
"Kami boleh mengesahkan bahawa mereka dibebaskan Jumaat lepas," kata Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam ketika dihubungi.

Beliau berkata tahanan tersebut dipercayai dibebaskan lebih awal daripada yang dijangkakan, dan pihaknya sedang mengesahkannya.
dap abolish isa forum 230908 syed ibrahimSementara itu, Gerakan Mansuh ISA (GMI) mengalu-alukan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membebaskan tiga tahanan ISA pada minggu ketiga Julai yang lepas. 

"GMI  percaya ini adalah hasil daripada kempen berterusan GMI dan rakyat Malaysia untuk membebaskan 45 tahanan dan hasil daripada mogok lapar yang dibuat oleh tahanan di Kamunting," kata pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, menurut sumber GMI,  mereka yang dibebaskan ialah:
  • Loganthan A/L Sanmugam, Warganegara Malaysia, ditahan pada tahun 2010 kerana pemerdagangan manusia.
  • P. Valentine Jayakumar, Warganegara Sri Lanka ditahan pada tahun 2010 kerana pemerdagangan manusia.
  • Malik Rehmat Ali Syakir , Warganegara Pakistan, ditahan pada tahun 2010 kerana pemerdagangan manusia.
"Menurut maklumat yang GMI miliki, tempoh tahanan ketiga-tiga mereka sepatutnya hanya akan tamat pada bulan Ogos, September dan Disember ini.
NONE"Kini seramai 42 tahanan masih ditahan di Kem kamunting, 19 Warganegara Malaysia, 6 Warganegara Indonesia, 5 Warganegera Sri Lanka, 3 Warganegara Pakistan, 2 Warganegara India, 1 Warganegara Bangladesh, 2 Warganegara Iraq dan 3 Warganagera Filipina," katanya.

Pembebasan ini juga, katanya,  telah disahkan oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri, Aswanjaya Abd karim.

"Menurut beliau, ketiga-tiga tahanan dibebaskan oleh Menteri Dalam Negeri hasil daripada laporan keselamatan yang diserahkan kepada pihak menteri.

"Namun, GMI tetap mengutuk tindakan menteri yang melakukan pembebasan yang terpilih. Persoalanya, bagaimana dengan tahanan yang lain? Bukankah mereka seharusnya dibebaskan sedangkan ISA sudahpun dimansuhkan?

"Apakah motif pembebasan yang terpilih ini? Menteri harus membebaskan kesemua tahanan ISA yang lain dengan serta merta," kata Syed Ibrahim.

NONEKatanya, pembebasan awal itu menunjukkan tuntutan GMI yang mewakili suara rakyat Malaysia sememangnya berasas.

"Menteri Dalam Negeri memiliki kuasa penuh untuk membebaskan tahanan walaupun perintah tahanan belum tamat. GMI tidak melihat sebarang sebab yang rasional untuk Menteri Dalam Negeri tidak membebaskan kesemua tahanan yang lain.

"Melalui perhubungan pihak GMI dengan keluarga tahanan, rata-rata tahanan ISA tidak mengetahui perkembangan siasatan yang dibuat ke atas mereka.

"Bahkan mereka seolah-olah hanya dikurung tanpa dijelaskan mengenai proses yang sedang dan akan mereka lalui.  Mereka sekadar dikurung dan hanya menunggu tarikh tamat perintah tahanan," katanya.

NONESehubungan itu, GMI menggesa menteri dalam negeri supaya membebaskan kesemua 42 tahanan yang lain.

"GMI juga ingin mengetahui alasan pihak KDN mengapa tahanan yang lain tidak boleh dibebaskan lebih awal.

"Jawapan yang diberikan oleh menteri sebelum ini iaitu semua tahanan perlu mengikuti tempoh perintah tahanan sudah tidak lagi relevan.

"Jika alasan yang diberikan ialah risiko keselamatan, GMI tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang logik memandang tahanan telah dikurung melebihi satu tahun dengan kawalan ketat daripada Kemta," tegasnya.

Sehubungan itu, katanya, GMI juga mencadangkan agar menteri membentangkan kepada umum mengenai kayu ukur dan kaedah yang digunakan KDN untuk menilai sama ada seseorang tahanan itu memberi risiko keselamatan atau tidak.

Mat Zain Ibrahim dedah hubungan 3 Tan Sri
Posted on Thursday, April 28 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber KeadilanDaily

KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Zain Ibrahim mendedahkan laporan salahguna kuasa yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang cuba ditutupi dua Tan Sri, Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan.

Menurut beliau, di antara 9 Julai hingga 20 Ogos 1999, Anwar telah membuat empat laporan polis mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin politik dalam kerajaan. Laporan-laporan itu turut menamakan Tun Mahathir, peguam negara Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Ghani Patail yang ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa raya.

Mat Zain berkata, pertembungan antara Rahim dan Anwar dilihat jelas dalam laporan bertarikh 20 Ogos 1999 yang mendakwa ketiga individu itu menyalahguna kuasa, melindungi perbuatan rasuah, menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap rasuah membabitkan Rahim.
“Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA,” ujar beliau dalam satu surat yang dialamatkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Mat Zain yang pada masa itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) berkata, beliau menangani ke empat laporan itu melibatkan rasuah berjumlah RM40 juta atau bersamaan RM39,782,772.60 yang disahkan Ghani.
Katanya, terdapat perbezaan antara KJSJ dengan Jabatan Peguam negara dalam menangani laporan itu-.
Peguam Negara mahu ia diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi sementara KJSJ pula mahu ia disiasat di bawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers) Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa, di mana siasatan dijangka membabitkan rakaman keterangan daripada Mahathir, Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.
Bagaimanapun katanya, pada 28 Ogos 1999, beliau menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara memaklumkan laporan yang dibuat Anwar terhadap Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononnya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.
“Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.
“Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur,” jelas Mat Zain dalam surat berkenaan.
“Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.
“Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Ghani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.
Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.
“Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak, kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.
“Isu yang sering saya bawa sehingga ke peringkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah berkenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.
“Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti,” jelas surat berkenaan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10014
Mat Zain Ibrahim dedah hubungan tiga Tan Sri


 Sebut betul betul wahai Dr.Fadilah Kamsah!
Posted on Friday, December 24 @ 19:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: ning

"Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,.
Inilah susulan orang pandai bercakap membetulkan kenyataan awalnya.Dr.Fadilah Kamsah memang sudah boleh disahkan sebagai seorang yang pragmatik yang sentiasa berdalih untuk dirinya, tipikal kepada orang yang perasan dirinya terlalu pandai tetapi sebenarnya memiliki kemampuan akal yang terhad seperti pernah dinukilkan oleh Al Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, "Lebih baik jadi seorang yang jahil daripada menjadi orang yang bodoh yang mengaku ulamak

Kurang cerdiknya Dr.Fadilah Kamsah bilamana dia menudiing jari kepada masyarakat sebagai pihak yang patut mengambil tanggungjawab membantu GRO sambil melupakan bahawa masyarakat yang ditudingnya sudahpun melantik KERAJAAN, MEMBAYAR CUKAI KEPADA KERAJAAN dengan harapan agar KERAJAAN mengambil apa jua tugas dan tanggungjawab masyarakat terutama dalam membantu orang orang yang susah dan terdesak.Inilah kelemahan yang tidak disedari oleh Dr.Fadilah Kamsah kerana tergolong dalam katogeri orang orang yang dikatakan oleh Al Imam Al-Ghazali.

Dr.Fadilah kamsah bukan jenis manusia yang mengakui kesilapanya sebaliknya merupakan manusia yang gemar menyembunyikan kesalahannya dengan hujah yang dangkal.Hujah masyarakat secara umum melondehkan kebobrokan dan kedegilan Dr.Fadilah Kamsah kerana sepatutnya dia menyebut kerajaan bukan masyarakat.
Dr.Fadilah Kamsah juga tidak menyentuh sedikit pun keizinan dharurat yang dilapurkan dikatakannya dalam kenyataan awalnya walaupun menyebut kerja GRO itu haram dan tidak baik.Begitu juga Dr.Fadilah Kamsah juga tidak sedikitpun mengaitkan peranaan kerajaan yang sepatutnya menjadi wakil masyarkat dalam membendung kerja kerja haram ini.
Dr. Fadilah Kamsah hanyalah berlagak sebagai ulamak tetapi langsung tidak ada elemen ilmu dalam hujahnya, yang ada hanyalah hujah untuk mempertahankan dirinya sahaja tanpa mahu mengambil kira samada ianya benar atau bathil.
Dr.Fadilah Kamsah jelas tidak tegas kerana sikap pragmatiknya, kalau dia seorang yang tegas dengan kebenaran dari sisi ALLAH, sudah pasti dia akan menyebut kerajaan bukan masyarakat.Dr. Fadilah Kamsah, sebut betul betul! 

 Solat Dua Imam, Bongkar Fitnah Terhadap Tuan Guru Nik Aziz
Posted on Monday, February 14 @ 00:30:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber milosuam.blogspot


Laporan berita di mStar hari jumaat lalu menyiarkan kenyataan murka Sultan Johor terhadap insiden solat dua imam yang berlaku di sebuah masjid di DUN Tenang. Di bawah ini screenshot yang dipetik dari potal tersebut


Berikutan dengan tersiarnya berita kemurkaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim, gerombolan blogger, facebooker dan penyokong UMNO Barisan Nasional mengambil peluang untuk menaburkan fitnah terhadap Tuan Guru Nik Aziz di blog-blog dan di facebook. Mereka memaparkan sebuah gambar kononnya Tuan Guru Nik Aziz terlibat di dalam hal ini. Rujuk link-link ini [Facebook], [Facebook]


Gerombolan blogger, facebooker dan penyokong kumpulan songkok tinggi menaburkan fitnah kononnya Tuan Guru Nik Aziz mengimamkan solat sebelum sebuah lagi jemaah di hadapan beliau selesai mengerjakan solat, tujuan fitnah ini untuk menggambarkan kononnya Tuan Guru membawakan ajaran sesat bersolat dua imam.

Namun begitu seperti biasa, fitnah mereka terbongkar lagi. Ternyata tiada pun jemaah lain yang bersolat ketika itu. Gambar seseorang yang dikatakan imam di depan jemaah Tuan Guru, sebenarnya melakukan solat sendirian, dan bukanlah meimamkan solat lebih awal seperti yang didakwa oleh gerombolan songkok tinggi.

Di bawah ini sekeping gambar semasa jemaah Tuan Guru sedang memulakan solat berjamaah sebelum itu. Ternyata tiada jemaah lain yang sudah mula bersolat



Satu perkara lagi, semua orang tahu bahawa PRK Tenang berlaku di Negeri Johor. Tuan Guru Nik Aziz pula diketahui oleh semua adalah seorang penduduk Kelantan yang tinggal di Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Maka sewajarnya beliau meimamkan solat Jamak Qasar bersama-sama dengan jemaah lain dari luar negeri Johor. Tidak menjadi masaalah melakukan jemaah lain ketika bersolat kerana mereka di dalam keadaan musafir.


Buat pengetahuan semua pembaca, gambar fitnah ini diambil dari laman photo minaq_jinggo, [minaq_jinggo] -- Terima kasih kepada penghantar email.

ReJaM© "Bila bercakap tiada fakta, bila menyampaikan berita mereka memfitnah, inilah gerombolan songkok tinggi yang mengaku mereka sebagai pejuang Islam sebenar..."
[mStar].

Pembohongan “manjongmari” Telah Diramal Ustaz Kazim
Posted on Wednesday, July 18 @ 17:11:39 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: akarimomar

"Ustaz Kazim Elias, dalam ceramahnya di program Wacana Intelek Perdana – Sokong Islam Anda Selamat, di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung pada 15hb Julai 2012, telah meramalkan beberapa blogger (termasuk “manjongmari”) akan membuat pelbagai pembohongan, tohmahan serta memutar-belitkan apa yang diucapkannya dalam program malam itu.

Ustaz Ismail sedang menceritakan sesuatu kepada Ustaz Kazim ketika minum selepas program
Malah ketika kami minum-minum selepas program tersebut seorang kenalan datang memaklumkan bahawa blog “manjongmari” telah update dengan pembohongan bahawa program Ustaz Kazim tersebut tidak ada sambutan. (Baca) Ternyata benar dan tepat sekali ramalan Ustaz Kazim itu.
Pembohongan “manjongmari” untuk beliau putar belitkan amat ketara. Beliau mengguna gambar-gambar yang diambil ketika majlis belum bermula dan hadirin baru mula tiba. Gambar ceramah yang dipapar pada skrin besar adalah rakaman ceramah Ustaz Kazim di tempat dan masa yang lain.
Berikut adalah hujjah kami – melalui gambar-gambar di bawah:
1. Gambar dari blog manjongmari sengaja dirakam sebelum majlis bermula bagi menggambarkan tidak ramai orang yang hadir.
Ini gambar dari blog manjongmari:

Manjongmari cuba mengambarkan banyak kerusi yang kosong
Di bawah ini gambar yang saya ambil sendiri – ketika penceramah pertama, Ustaz Ismail Mina Ahmad berucap:

Gambar ini dari posisi yang hampir sama dengan manjongmari tetapi ini apabila majlis baru bermula dengan panelis pertama – Ustaz Ismail Mina
Kedua-dua keping gambar yang disiarkan dalam blog manjongmari adalah ketika sebelum bermulanya majlis. Manakala saya ambil gambar sekitar selepas 10 minit majlis bermula.
Ini dari depan sisi tepi:

Gambar diambil dari depan sebelah sisi kiri dewan – tidak nampak pula kerusi kosong yang disiarkan oleh manjongmari
2. Paparan di skrin besar untuk di dalam dewan dan juga di bawah khemah luar dewan adalah gambar rakaman video ceramah Ustaz Kazim yang disiar sebelum bermula majlis.
Ini paparan skrin yang saya besarkan dari gambar di blog manjongmari:
Bandingkan gambar di atas dengan yang di bawah ini (yang diambil semasa Ustaz Kazim berucap pada malam itu).
Pada malam itu Ustaz Kazim memakai jubah putih berserban dan berucap pada posisi duduk di atas kerusi manakala gambar yang disiarkan manjongmari menunjukkan Ustaz dengan jaket hitam serta berdiri depan rostrum dan memakai kopiah putih sahaja tanpa serban.
3. Susunatur pentas yang berbeza dengan gambar manjongmari.
Lihat keadaan tempat Ustaz Kazim berceramah dalam gambar manjongmari – Ustaz Kazim berucap pada rostrum dan terdapat gambar hadirin/peserta di belakang beliau.
Bandingkan pula perbezaan susunatur “pentas” dalam Dewan Merdeka pada malam itu.
Maka jelas dan nyata manjongmari menjaja blognya dengan pembohongan dan dusta yang berterusan.
Wassalam
************
Tonton rakaman video malam itu:
Ustaz Ismail Mina Ahmad:
Ustaz Kazim Elias:
Lain-lain rakaman video – sila klikhttp://www.youtube.com/user/akarimomar/videos
 

Kesaksamaan lelaki dan wanita
NOOR AINULYAKIN MOHAMAD ISHAK
3 Ogos 2012
Kesaksamaan lelaki dan wanita
Wanita mampu menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan negara. - Gambar hiasan
Kesaksamaan lelaki dan wanita
Najibah
Kesaksamaan lelaki dan wanita
Suami isteri perlu tahu peranan masing-masing bagi mewujudkan kebahagiaan rumah tangga. - Gambar hiasan
Kesaksamaan lelaki dan wanita
Rumah adalah tempat pertama pembelajaran anakanak mengenai peranan masingmasing. - Gambar hiasan
Apabila berbicara mengenai kesaksamaan lelaki dan wanita sama ada dalam masyarakat atau rumah tangga pasti pelbagai pandangan diberikan terutama melibatkan peranan masing-masing yang ada beza dan ada persamaan.

Justeru dalam Islam, setiap individu ada peranan masing-masing yang perlu dijalankan berdasarkan tanggungjawab dipikul sama ada sebagai anak, ibu bapa, nenek atau datuk, saudara atau majikan semuanya ada peranan masing-masing untuk mencari reda ALLAH.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Najibah Mohd Zin berkata, pada pandangan ALLAH setiap insan semuanya sama, baik wanita atau lelaki. Oleh itu, sebagai manusia, bukan di tangan kita untuk membezakan seseorang berdasarkan jantina.

Menurutnya, memang lelaki dipertanggungjawab menjadi ketua pada sesuatu keadaan seperti dalam rumah tangga, tetapi bukanlah menjadi hak lelaki untuk merendahkan martabat wanita dan mempergunakan mereka hanya atas dasar kefahaman sedemikian.

“Jika dahulu, mungkin sering kita lihat wanita hanya duduk di rumah menguruskan rumah tangga dan tidak bekerja. Tetapi kini, keadaan telah berubah mengikut keadaan ekonomi negara yang semakin meningkat seterusnya memerlukan isteri turut membantu suami mencari rezeki.

“Selain itu, wanita kini semakin berpendidikan tinggi dan dengan kelulusan berkenaan membolehkan mereka menjawat jawatan besar di sesebuah syarikat setanding dengan tugas lelaki sehingga ada yang menjadi ketua syarikat,” katanya.

Kata Najibah, jika lihat keadaan ini dalam keseimbangan peranan masing-masing baik lelaki dan wanita, pasti akan membawa aspek yang baik.

“Namun tidak semestinya, kesaksamaan lelaki dan wanita dalam Islam mesti lihat pada tugas yang dilaksanakan. Contohnya lelaki sebagai ketua rumah tangga dan wanita tidak boleh menjadi ketua keluargg jika masih bersuami.

“Begitu juga dalam pekerjaan, bukan bermakna wanita perlu ambil tugas mencari nafkah ataupun memanjat bangunan di mana tugas itu selalu dilakukan oleh lelaki. Namun peranan wanita dalam Islam masih banyak lagi yang boleh dilakukan untuk mewujudkan keharmonian,” katanya.     
                                                     
Bermula dari rumah

Najibah berkata, konsep masyarakat adalah mewujudkan hubungan baik lelaki dan wanita melalui keseimbangan, justeru tidak boleh ada perbalahan, tidak boleh ada emosi yang membawa kepada masalah.

“Untuk mengelakkan perbalahan atau pergaduhan mengenai hak lelaki dan wanita, mereka perlu lihat peranan masing-masing sama ada dalam rumah tangga, pekerjaan atau kemasyarakatan.

“Hormat-menghormati juga menjadi saranan agama sebagai asas keutuhan sesebuah negara dan agama serta berfikir panjang jika mahu melakukan sesuatu perkara,” katanya.

Cara paling mudah untuk mewujudkan kesaksamaan ini dalam Islam, kata Najibah, adalah bermula dari rumah. Ibu bapa perlu mainkan contoh dan peranan tugas masing-masing untuk diikuti anak.

“Anak akan belajar berdasarkan pemerhatian mereka. Dan paling mudah untuk diikuti atau dicontohi adalah perlakuan ibu bapa sama ada menjalankan tugas sebagai suami isteri dengan baik atau sebaliknya.

“Di samping itu, dalam konteks lebih luas hubungan lelaki dan wanita adalah dengan membina perasaan rasa kasih-sayang di mana rumah menjadi tempat paling utama membentuk peribadi Muslim,” katanya.

Najibah berkata, tidak dinafikan, masih ada segelintir keliru dengan konsep yang disarankan dalam agama iaitu seolah-olah meletakkan golongan lelaki lebih tinggi daripada wanita menyebabkan berlakunya keganasan kepada wanita.

“Ada kes suami beranggapan mereka ada hak untuk memukul isterinya jika nusyuz. Sebenarnya konsep berkenaan perlu diperbetulkan kerana perkahwinan sebenarnya adalah satu ikatan yang suci dan mengelak terjerumus kepada dosa, bukannya tiket untuk melakukan hukuman sesuka hati," katanya.

Oleh itu kata Najibah, secara fitrahnya manusia tidak boleh hidup bersendirian dan tidak dibiarkan hidup bersendirian (kejadian Adam dan  Hawa). Secara umumnya lelaki dan wanita adalah sama karakternya dan asal usul kejadian. Perbezaannya cuma pada aspek individual seperti keupayaan fizikal dan keupayaan mental.

Beliau menambah, kini wanita mendapat ruang untuk bersuara dan menyatakan pendirian demi menuntut hak dan tanggungjawab wanita, hak sosial termasuk pembahagian tugas lelaki dan wanita, hak sebagai ibu, hak menuntut cerai, hak awam dan jenayah, hak ekonomi, pusaka, harta sepencarian, hak pendidikan, hak keagamaan dan kerohanian, keterlibatan dalam politik dan larangan ibu bapa membezakan antara anak lelaki dan perempuan.


Nik Aziz: Tak boleh sekat YB kahwin ramai
1:46PM Ogos 3 2012
PAS tidak menghalang wakil rakyatnya untuk berkahwin lebih daripada satu asalkan berkemampuan dan memenuhi syarat-syarat untuk berpoligami, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

NONE"Kita tidak boleh sekat mereka (wakil-wakil rakyat PAS) nak kahwin berapa pun, walaupun sampai empat orang, itu masalah peribadi dan ia tidak bercangah dengan Islam asalkan ikut peraturan dan syarat-syaratnya," kata menteri besar Kelantan itu.

Nik Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di Kota Baharu, hari ini.

Beliau mengulas senario ramai wakil rakyat dari parti itu berkahwin lebih daripada satu termasuk dakwaan melalui blog dan Twitter yang mendakwa seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu telah mengahwini selebriti Abby Abadi (bawah) yang baru-baru ini menyertai PAS.

Bagaimanapun, ADUN berkenaan menafikan beliau berkahwin dengan selebriti itu.

NONENik Abdul Aziz berkata berkahwin ramai tidak menjadi kesalahan kerana ia menjadi hak peribadi seseorang.

Ditanya apakah tindakan sesetengah pemimpin politik PAS yang kahwin ramai itu boleh menjejaskan politik mereka, Nik Abdul Aziz berkata: "Itu dia punya pasal.

"Berkahwin boleh tapi biar dia fahamlah syarat, jangan semata-mata nak puaskan nafsu, jangan...(kerana) isteri hamba Allah juga. kewajiban kita jaga hamba Allah... Dia (isteri) izin, dia puas hati tak apa," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata kerajaan negeri Kelantan juga akan membayar setengah bulan gaji dan bonus RM500 kepada kakitangan awamnya sebagaimana dilaksanakan kerajaan pusat, sebelum hari raya ini.

"Perkara ini telah diputuskan di dalam perbincangan di peringkat negeri dan saya sendiri tanda tangan (kelulusan)," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: