Jumaat, 3 Ogos 2012

JIKA BERKUASA...ORANG KENAMAAN...MAHKAMAH DUNIA BOLEH LARI@LEPAS....MAHKAMAH ALLAH SWT MEMANG TAK LEPAS....

Dokumen buktikan George Kent bohong, kata Rafizi

  • Aidila Razak
  • 3:21PM Ogos 3 2012
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyangkal dakwaan syarikat pembinaan George Kent bahawa usahasamanya dengan Lion Pasific tidak pernah gagal penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaan untuk projek sambungan LRT Ampang.

NONEDalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata, dalam surat bertarikh 20 Januari, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar menyatakan bahawa Konsortium George Kent - yang turut melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa, Wijet dan Thales -  "gagal dalam penilaian kewangan".

Surat tersebut, yang mana salinannya disertakan bersama kenyataan Rafizi, secara khusus menyebut bahawa George Kent-Lion Pacific Venture "gagal dalam penilaian, sama ada teknikal atau kewangan".

Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan mendapati George Kent tidak memenuhi syarat-syarat kontrak, kata Rafizi.

azlanSementara itu, Pengarah eksekutifn George Kent Ir Dr Cheong Thiam Fook dalam kenyataannya petang ini tetap berpegang pada pendiriannya bahawa mereka yakin 100 peratus projek itu akan diselesaikan berdasarkan kos dan tempoh ditetapkan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas gesaan yang mahu maklumat kerajaan berkaitan tender itu didedahkan kerana tidak terlibat dengan proses kerahsiaan kerajaan dan dokumennya.

"George Kent ingin menegaskan pihaknya sedang menumpukan sepenuhnya usaha untuk menyiapkan projek itu menurut tahap ketelusan dan urus tadbir yang diharapkan daripada sebuah syarikat tersenarai awam," katanya.
Kementerian siasat dakwaan ciplak lagu merdeka
2:53PM Ogos 3 2012
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan penubuhan panel siasatan bagi menyiasat lagu kemerdekaan yang didakwa menciplak lagu gereja Indonesia.

"Satu panel telah dibentuk untuk mengenalpasti sama ada dakwaan bahawa lagu merdeka 'Janji Ditepati' telah diciplak.

"Pembangkang tidak sepatutnya membuat tuduhan secara sewenang-wenangnya," katanya dalam laman Twitter pagi ini.

Paparan Twitter itu merupakan penafian keras Rais - yang juga ahli parlimen Jelebu - bahawa melodi lagu itu diciplak, menurut laporan New Straits Times hari ini.

"Kami menyangkal dakwaan penulis blog itu dan akan mencari jalan penyelesaian perundangan jika dia gagal untuk mempertahankan dakwaannya," Rais dipetik sebagai berkata oleh akhbar itu.
Komposer: Lagu merdeka belum dimuktamadkan
11:16AM Ogos 3 2012
Lagu 'Janji Ditepati' masih dalam peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini, kata penggubahnya Jasnie Mohd Yaakub.

Beliau berkata lagu itu merupakan karya asli beliau bersama dua komposer lain iaitu Arman E Six dan Aye.

Justeru, beliau menafikan persamaan lagu itu dengan sebuah lagu kerohanian dari Indonesia.

"Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan.

"Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Arman dan Aye di ibu pejabat Erama records di Kuala Lumpur, hari ini.

Jasnie, yang juga NONEpenerbit dan pengarah muzik di Erama Records, menjelaskan beliau hanya mengetahui kewujudan lagu yang didakwa sesetengah pihak sebagai hampir sama dengan lagu 'Janji Ditepati' semalam dan mendengar melodinya hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan terdapat sedikit persamaan kord dan rentak tetapi bukan dari sudut melodi lagu.

"Di mana-mana di seluruh dunia pun ada (lagu) guna rentak pop, rock, doremi dan sebagainya. Mana-mana komposer cubalah nilai melodi lagu itu, sama atau tidak dengan lagu Janji Ditepati. Memang tak sama," jelasnya.

Kontroversi persamaan lagu tema Hari Kemerdekaan dengan lagu negara jiran itu dibangkitkan penulis blog beberapa hari lepas selain ia dimuat naik dalam 'Youtube'.

Jasnie menegaskan bukan mereka yang memuat naik lagu 'Janji Ditepati' di 'Youtube' kerana ia belum muktamad lagi.

Mengenai proses awal penggubahan lagu 'Janji Ditepati', beliau menjelaskan bahawa mereka mengambil masa kira-kira dua hari untuk menghasilkan melodi berdasarkan lirik yang diberi.

"Lagu itu pada mulanya digubah dalam bentuk 'hip hop'. Lagu ini kami belum terbitkan lagi, cuma sudah diperdengarkan semasa pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang baru-baru ini," katanya sambil menambah sehingga hari ini, lagu 'Janji Ditepati' telah diubah sebanyak empat kali.

Ditanya sama ada isu ini menjejaskan proses penggubahan lagu yang masih belum selesai dan kemungkinan menukar lagu sedia ada, Jasnie berkata: "Tidak sama sekali."

"Takkan ubah. Saya tetap dengan pendirian saya. Kalau saya ubah nanti orang kata 'betullah dia tiru, sekarang dia ubah'. Tapi terpulanglah kalau ada permintaan mana-mana pihak," tegasnya.
Beliau berharap penjelasan itu dapat merungkaikan persoalan yang berbangkit sambil meminta ia tidak lagi disamakan dengan lagu lain.

Jasnie merupakan seorang penggubah lagu profesional dan pernah terlibat dalam pembikinan album beberapa artis tempatan termasuk Noraniza Idris, Hazama serta Mila selain pernah memenangi beberapa anugerah penciptaan lagu di peringkat kebangsaan.

- Bernama
AMK: Guna karyawan gubah semula lagu merdeka
1:14PM Ogos 3 2012
Selepas pelbagai kontroversi, Pemuda PKR (AMK) mencadangkan kerajaan menggubah semula lagu tema kemerdekaan dengan menggunakan tenaga pakar karyawan muzik supaya lebih menepati semangat "kemerdekaan tulen".

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kumpulan seniman seperti Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) boleh dipanggil membantu bagi tujuan itu.

NONE"AMK berpendapat, setelah kerajaan Umno-BN menarik balik logo sambutan Hari Kebangsaan berikutan protes rakyat, maka sudah sampai masanya kerajaan menarik kembali lagu tema yang menyaksikan gubahan lirik yang sangat jelek," katanya.

Shamsul (atas) membangkitkan dakwaan plagiat terhadap lagu bertemakan "Janji Ditepati" gubahan Jasnie Mohd Yaakub yang liriknya ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim

Rais dan Jasnie bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Lagu itu juga sebelum ini dikritik pelbagai pihak atas dakwaan mendokong propaganda BN, antaranya apabila mengajak pendengar "membalas budi".
MP PKR: Dakwaan saya dera isteri bohong

  • Zulaikha Zulkiflli
  • 2:10PM Ogos 3 2012
Wakil rakyat PKR Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan dakwaan beliau mendera secara mental dan menghalau isterinya Halimah Mohd Sahat daripada rumah, seperti disebarkan di blog, bohong semata-mata.

Ahli Parlimen Kuala Langat itu berkata, dakwaan sama yang dibuat isterinya melalui laporan polis juga tidak benar.

mtuc minimum wage protest 250607 abdullah sani"Mana ada. Semua itu bohong. Di bulan Ramadan ini saya nak katakan, semua yang ada dalam blog itu, laporan polis yang dia (Halimah) buat bohong.

"Dia kata keluar rumah sehelai sepinggang. Mana ada. Bohong. Dia juga ada sebuah rumah apartmen di Desa Pandan yang telah diubah suai. Perabot juga telah siap dibeli. Setiap bulan pun saya beri dia duit nafkah," katanya kepada Malaysiakini.

Abdullah (kanan), bekas pemimpin kesatuan sekerja itu bagaimanapun memberitahu mereka dalam proses penceraian dengan isteri pertamanya itu.

Sebuah blog anti-Pakatan Rakyat dikenali sebagai Sel13.com pada 31 Julai lalu mendakwa Abdullah menghalau Halimah setelah beristeri muda dengan seorang mak andam yang juga aktivis Wanita PKR Hulu Langat.

Blog itu juga memetik Halimah sebagai mendakwa menjadi mangsa penderaan mental, termasuk gangguan daripada isteri kedua yang sering mengganggu supaya menerima madu.

NONEMenurut Sel13.com lagi, Halimah (kanan) mendakwa pernah ditengking dan tidak dibenarkan masuk ke rumah bagi mengambil barang dan dokumen peribadinya selepas pulang daripada kampung.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdullah menjelaskan, perselisihan dalam keluarganya sebenarnya berlaku apabila Halimah enggan bermadu dan "tidak suka" pada ibunya.

"Ibu saya sakit angin ahmar. Jadi sebagai anak lelaki saya ambil dan jaga dia. Tapi isteri saya tak suka dan suruh saya halau ibu saya.

"Kalau diberi pilihan siapa saya perlu halau, saya akan pilih dia (Halimah). Isteri kita boleh cari tapi ibu tak boleh," katanya.
Guan Eng: Patut beri habuan, bukan hukum Rafizi
10:58AM Ogos 3 2012
Kerajaan patut memberi habuan kepada Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan bukan menghukum ekoran rentetan siri pendedahannya, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim berkata, berdasarkan pengalamannya yang pernah dipenjara kerana mempertahankan mangsa rogol bawah umur, penahanan Rafizi satu bentuk kezaliman.

Jelas Lim, tindakan itu tidak adil bagi sesuatu jenayah yang telah didedahkan olehnya dan Rafizi sedangkan "penjenayah sebenar" bebas.

NONE"Oleh itu, DAP mendesak kerajaan persekutuan menarik balik dakwaan terhadap Rafizi bagi mengembalikan semula keyakinan awam dalam komitmen untuk melindungi pemberi maklumat dan mendedahkan rasuah serta menggalakkan integriti awam dan kepimpinan BN," kata Lim.

Ketua menteri Pulau Pinang itu menghabiskan setahun di penjara pada 1998 berhubung tuduhan rogol yang melibatkan bekas Ketua menteri Melaka Datuk Seri Rahim Thamby Chik.

Rabu lalu, Rafizi dan kerani bank Johari Mohamad didakwa bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia) kerana mendedahkan akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengarahnya Datuk Seri Mohamad Salleh.

Sejak beberapa bulan lalu, Rafizi mendedahkan beberapa siri dakwaan salah laku yang dilakukan NFC- kebanyakkannya melibatkan isu penyalahgunaan dana awam.

Selain itu, Dalam kenyataannya semalam, Lim berkata, pendakwaan terhadap Salleh sekali gus mempertahankan langkah Rafizi itu.

"Pendakwaan terhadap Salleh membuktikan tiada tindakan akan diambil terhadapnya berhubung skandal melibatkan dana awam sebanyak RM250 juta sekiranya Rafizi tidak membuat pendedahan itu.

"Jika Salleh tidak dikenakan apa-apa tindakan, ia cerita lain. Hakikatnya dia kini menghadapi pertuduhan jenayah, yang membuktikan Rafizi melakukan perkara yang betul," kata Lim lagi.
Haramkan pukat tunda, tamatkan derita nelayan
  • SM Mohamed Idris
  • 1:05PM Ogos 3 2012
 
ULASAN Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Jabatan Perikanan memberi perhatian serius berhubung masalah penggunaan pukat tunda di negara ini.

Perkara ini wajar diambil tindakan segera kerana isu kekurangan sumber perikanan dan kesannya ke atas kehidupan nelayan pantai kini semakin meruncing.

Mengulas kejadian pencerobohan bot pukat tunda di kawasan nelayan pantai dekat Kuala Muda dan Penaga daerah Seberang Perai Utara baru-baru ini membuktikan kelemahan dalam penguatkuasaan Akta Perikanan 1985 masih berlaku dan gagal membanteras aktiviti tersebut.

CAP menyokong saranan Pengerusi Persatuan Nelayan Seberang Perai Mahadi Md Rodzi supaya penggunaan pukat tunda diharamkan dalam sektor perikanan di negara ini.

Ini kerana masalah ancaman pencerobohan oleh pukat tunda yang berlaku sejak tahun 60-an gagal diambil tindakan dengan berkesan oleh pihak berkuasa dan berlarutan hingga sekarang.

Alat tangkapan ini bukan saja mengancam benih ikan dan sumber perikanan di perairan negara malah telah menyebabkan puluhan ribu nelayan pantai hidup menderita akibat kemerosotan hasil tangkapan dan sumber pendapatan yang dialami.

Dalam tinjauan yang dibuat oleh CAP di Perlis ,Kedah dan Pulau Pinang mendapati lebih 10,000 nelayan pantai di negeri-negeri berkenaan terjejas sumber pendapatan mencecah 70 peratus setiap kali berlakunya pencerobohan oleh bot pukat tunda di kawasan tangkapan mereka (Zon A, 5 batu nautika dari pantai).

CAP difahamkan oleh nelayan-nelayan yang terlibat,sebuah bot pukat tunda memerangkap dan membunuh lebih 60 peratus anak ikan (benih) berbagai jenis termasuk yang bermutu tinggi.

Setakat ini lebih 50 spesies ikan yang dahulunya banyak terdapat di kawasan pantai di sini telah pupus dan penyumbang utama kepada masalah ini ialah aktiviti bot pukat tunda yang tidak terkawal.

Beberapa buah negara di dunia seperti Hong Kong, Venezuela, Palau, Belize, Jepun dan Indonesia telah mengharamkan penggunaan pukat ini kerana ia memberi kesan buruk ke atas sumber perikanan dan hidupan laut.

Malaysia perlu melaksanakan langkah yang sama demi mengekalkan sumber perikanan negara dan makanan untuk masa depan rakyat di sini.


sm mohd idrisSM MOHAMED IDRIS presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Artikel pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
SYABAS lancar operasi bil air tertunggak di KL, S'gor
  • Bernama
  • 2:56PM Ogos 3 2012
 
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menasihatkan penggunanya di Lembah Klang dan Selangor untuk membuat bayaran bil air tertunggak dengan kadar segera kerana operasi terhadap bayaran bil tertunggak dijalankan sepanjang bulan ini.
  
Operasi itu yang bermula Rabu lepas, dijalankan di semua kawasan di Lembah Klang dan Selangor termasuk wilayah Hulu Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling, Sepang dan Sabak Bernam, menurut Syabas dalam kenyataan di ibunegara hari ini.
  
Syarikat itu berkata tindakan pemotongan bekalan air akan dikenakan kepada pengguna yang gagal untuk menjelaskan bil tertunggak dan untuk pemasangan semula perkhidmatan, pengguna akan dikenakan caj pemotongan RM25 dan caj penyambungan semula RM25.
  
Menurutnya caj yang dikenakan bukan suatu denda atau penalti tetapi caj tersebut adalah caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air yang dikenakan oleh SYABAS kepada pengguna.

Para pengguna SYABAS boleh membuat bayaran di kaunter pejabat Wilayah Syabas dan agensi-agensi yang dilantik secara sah seperti Bank Simpanan Nasional Bhd, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Telekom Malaysia Berhad.

Pengguna SYABAS boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelangan SYABAS, PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.

- Bernama
Bicara kes hasutan: Karpal mahu Mahathir disapina
  • Hafiz Yatim
  • 5:00PM Ogos 3 2012
 
Peguam veteran Karpal Singh mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain disapina oleh Mahkamah Tinggi untuk menjelaskan mengapa mereka tidak dakwa dengan tuduhan hasutan berkaitan apa yang mereka katakan semasa perbahasan parlimen sewaktu pindaan perlembagaan pada 1993 yang memansuhkan imuniti Raja-Raja Melayu.

Ketika membela diri terhadap tuduhan hasutan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini, Karpal meminta sepina
dikeluarkan kepada Mahathir dan yang lain itu, atau menimbang membatalkan tuduhan terhadapnya.

NONEBeliau telah memohon untuk membatalkan tuduhan terhadapnya itu atas alasan Peguam Negara telah tidak menggunakan kuasanya dengan adil.

Karpal dituduh menghasut kerana mengatakan dalam satu sidang akhbar pada 6 Februari 2009, bahawa tindakan undang-undang boleh dimulakan terhadap Sultan Perak kerana peranannya dalam krisis perlembagaan negeri itu pada awal tahun berkenaan

Katanya, Mahathir, bekas menteri besar Perlis Tan Sri Shahidan Kassim, yang merupakan ahli Parlimen Arau ketika itu; Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan bekas ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul telah berkata perkara yang lebih keras mengenai raja-raja Melayu di Parlimen semasa perbahasan pindaan perlembagaan tersebut.

Peguam kanan itu juga menegaskan bahawa ahli Parlimen tidak mempunyai kekebalan daripada tuduhan hasutan ketika membentangkan atau membahaskan undang-undang di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Ini kerana Perkara 63 (4) perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa walaupun tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding undang-undang di mahkamah berkaitan apa yang berlaku di Parlimen atau dewan undangan negeri, tetapi kekebalan itu tidak terpakai kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Berhujah bahawa haknya untuk kesamarataan di sisi undang-undang, seperti yang dilindungi di bawah perlembagaan, telah dicabuli oleh pertuduhan terhadapnya, Karpal berkata beliau mahu Mahathir, Shahidan, Ibrahim dan Othman disapina kerana beliau perlu belajar mengapa tiada tindakan diambil terhadap mereka kerana berkata perkara yang lebih teruk daripada apa yang dituduh terhadapnya.

Peguam kanan itu juga mahu Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abu Talib Othman, turut disepina kerana tidak mendakwa keempat-empat mereka.

Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata dalam Hansard Parlimen, Mahathir ketika membentangkan pindaan perlembagaan pada 1993, telah menggesa supaya kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu dihapuskan kerana Malaysia mengamalkan raja berperlembagaan.

Tiada ulasan: