Ahad, 5 Ogos 2012

ROYALTI NI JANGAN MAIN2...NI BULAN RAMADAN...DOA MUSTAJAB...MUSTAJAB LAGI ORANG YANG DIZALIMI...DITAMBAH YANG BERDOA ITU RAKYAT@RAMAI....KHUATIR HASIL DOA KITA JADI JAHANAM

Pakatan ada 12 logo hari Merdeka untuk dipilih

Harakahdaily, 05 Ogs 2012

KUALA LUMPUR: Kempen untuk membuat logo alternatif kepada Hari Kemerdekaan ke 55 berjalan rancak dalam media sosial Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya 12 logo Hari Kemerdekaan sudah dimasukkan ke laman facebook.com/101cadanganlogo yang dibuat oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.

Orang ramai diberikan peluang untuk menilai dan memberikan pandangan terhadap semua logo-logo itu yang nampaknya jauh lebih menarik berbanding logo yang dicipta oleh Datuk Seri Rais Yatim.

Menurut Sekretariat Pakatan Rakyat, Ahmad Shabrimi Sidek, orang ramai boleh terus mencadangkan logo-logo mereka untuk dipilih oleh penal.

"Kita hanya akan membuat pilihan Selasa depan melalui satu penal yang dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS," kata Shabrimi kepada Harakahdaily.

Berikut adalah logo-logo yang sedang dimasukkan dalam senarai facebook itu untuk dinilai oleh orang ramai.

(Logo ciptaan dari www.ilusenidesign.com)



(Cadangan dari Tommy Hohenheim Evangelista)


(Cadangan logo Merdeka dari Azman bin Mohd Mah Husin)

(Logo Merdeka yang dicadang Hamdan Bin Jasin)

(Logo Merdeka yang dicadangkan Yan)



(Logo cadangan Hafiz)



(Cadangan logo dari Hanafi Ishak)





(Logo merdeka yang dicadangkan Sean)






(Cadangan logo dari Shazni Hanis)

Orang ramai boleh membuat undian dan memberikan komen melalui http://www.facebook.com/101cadanganlogo.


Lihatlah siapa yang kibarkan bendera ini

Harakahdaily, 05 Ogs 2012

(Pelbagai bangsa dan agama mengibarkan bendera PAS di Lumut)

LUMUT: Pelbagai bangsa dan agama naik ke pentas anjuran PAS DUN Pasir Panjang, Lumut malam tadi bagi menyatakan sokongan dengan mengibarkan bendera PAS.

Mereka mengibarkan bendera PAS tanda sokongan dan menyokong perjuangannya di majlis makan malam komiti Jentera
Jentera Pilihanraya N51 Pasir Panjang.

Majlis diadakan semalam mulai jam 7.00 malam hingga 11.00 malam.

Majlis telah diadakan di Marina Island Hall, Teluk Muruh, Lumut bersebelahan kem Tentera Laut Di Raja Malaysia dan Pulau Pangkor.

Antara yang hadir di majlis ini adalah Speaker DUN Selangor, Teng Chan Khim,  Adun Sekinchan, Pengarah Starategi PKR Rafizi Ramli, Adun Titi Serong Khalil Idham Lim, Chang Leng Kang dan pimpinan setempat DAP, PAS dan PKR.

Zikir Ibu Mengandung

Harakahdaily, 05 Ogs 2012


Di saat kehamilan, seorang ibu akan mengalami perubahan-perubahan psikologi. Kegelisahan dan kecelaruan biasanya menghampiri. Apatah lagi, ibu itu mengandung anak sulung.

Faktor tekanan jiwa atau stress yang mungkin menjadi masalah tersendiri baginya.

Tapi usah bimbang, jangan khuatir, sebagai seorang muslimah kita mempunyai tips tersendiri untuk mengatasi semua itu.

Antara caranya adalah dengan membanyakkan zikir kepada Allah dengan zikir yang sunnahkan.

Dengan cara begitu hari-hari ketika mengandung akan terasa lebih bermakna.

Buku ini juga dilengkapi dengan pengetahuan soal pahala yang akan diberikan oleh Allah kepada ibu mengandung.

Ini sangat menarik untuk dikaji dan didalami, kerana setiap hembusan nafas ibu yang mengandung dapat memberatkan amalnya di akhirat kelak.

Semoga kita semua diberikan Allah keberkatan dalam setiap usaha kita menjadi insan yang bertaqwa.
Lawati www.kemilau.net.my


Judul: Zikir Ibu Mengandung
oleh Muhammad Mahmud
ISBN 978-967-361-052-5
Tarikh Terbit: Ogos 2012
Jumlah Muka Surat: 192
Harga: RM15.00/RM18.00

BUKU SEBELUM INI

Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit
 
 

Royalti: Tun Razak janji, Najib khianati

Abdul Aziz Mustapha, 05 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mencadangkan supaya tindakan kerajaan Umno mengkhianati perjanjian menjadi isu utama perbincangan mengenai royalti minyak kepada negeri Kelantan.

"Pada 12 Disember 1975, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjanji di dalam Parlimen membayar royalti dalam bentuk tunai sebanyak lima peratus kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang mengeluarkian hasil minyak.

"Perjanjian juga dibuat dengan Petronas pada tahun yang sama di mana Petronas memberi komitmen untuk membayar royalti tunai sebanyak lima peratus setahun bagi hasil minyak yang ditemui di di kawasan pantai Kelantan dan pesisirnya di mana perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Tetapi, tanpa rasa malu dan rasa bersalah sedikitpun, anak Tun Razak sendiri yang kini menjadi Perdana Menteri mengkhianati perjanjian itu," katanya.

Bagi Mahfuz, apabila Perdana Menteri mengajak kerajaan Kelantan berbincang mengenai royalti minyak itu, ia jelas memperbodohkan ayahnya sendiri.

Beliau mempersoalkan, adakah Najib hendak memberi gambaran bahawa ayahnya dahulu tidak berbincang sebelum membuat janji di dalam Parlimen itu?

"Ajakan untuk berbincang itu hakikatnya memperbodohkan ayahnya sendri yang membuat keputusan memberikan royalti tersebut berdadarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974," katanya.

Mahfuz menyifatkan ajakan Najib untuk berbincang itu sebagai tindakan terdesak bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Najib yang semakin kelihatan begitu takutkan pilihan raya sengaja berbuat demikian dalam usaha terdesak untuk memberikan gambaran yang positif tentang dirinya.

"Saya yakin usaha terdesak itu akan memakan diri kerana rakyat sudah tidak percayakan Najib yang mengkhianati serta tidak menepati janji yang dibuat oleh ayahnya sendiri.

"Kerajaan Najib hanya pandai berbohong sahaja kononnya janji ditepati" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang yakin rasa sakit hati rakyat kepada Najib kini kian parah berikutan pelbagai tindakan kerajaannya kini termasuk dakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli semata-mata kerana mendedahkan penyelewengan dalam projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepadanya, memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak negeri tersebut.

Ulama bimbang larangan solat Jumaat di Azarbaijan

Aslani M | Foto Yusri Amin, 05 Ogs 2012


(Dr Abdul Basit menerima cenderahati daripada Menteri Besar)

KOTA BHARU: Ulama di sini turut melahirkan rasa bimbang perkembangan di Republik Azarbaijan apabila kerajaan dikatakan mengarah khatib di seluruh negara itu melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu.

Penasihat Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, perkembangan yang berlaku di negara yang majoriti umat Islam itu cukup membimbangkan.

“Apakah tuan-tuan tahu perkembangan terbaru yang berlaku sekarang. Mungkin ada kalangan kita yang membaca suratkhabar mengenai isu tersebut.

“Di negara kita pun tidak jauh bezanya kerana hari Jumaat tidak dijadikan cuti umum bagi kebanyakan negeri.

Sepatutnya kita kena tukar menjadikan hari Jumaat sebagai cuti mingguan bagi memudahkan orang ramai melakukan amalan agama,” katanya pada Ijtimak Ulama Nusantara di Qaryah Ramadan di sini, hari ini.

Program itu bermula malam tadi dengan tausiah pertama disampaikan ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam Patani, Wan Mahmood Wan Hussin selepas solat tarawih.

Ijtimak itu disertai ulama pondok dari seluruh Malaysia termasuk juga dari selatan Thailand dan Kalimantan, Indonesia.

Akhbar sebelum ini melaporkan Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Azarbaijan mengeluar arahan supaya melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu.

Alasan diberi kerana dianggap mengganggu jam kerja memandangkan hari Jumaat di Azarbaijan hari bekerja.

Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.

Isu lebih parah pula berlaku di  Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China di mana masyarakat Islam diharam menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.

Pada ijtimak tersebut Dr Abdul Basit membentang kertas kerja bertajuk Peranan Ulama Dalam Amar Makruf Nahi Mungkar. Kertas kerja itu diulas Mudir Darul Hadis Alor Setar, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Ramli.

Ijtimak tersebut turut disertai pelajar-pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, guru-guru Yayasan Islam Kelantan dan pelajar-pelajar pondok.

Ia diadakan di Qaryah Ramadan. Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kertas kerja kedua dibentang Pimpinan Pondok Pesantren Darul Ihsan Samarinda, Kalimantan Timur, H Fakhruddin Wahad, kemudian diulas Ustaz Zulkfli Ismail dari Melaka.

Fakharuddin berkata, pondok pesantren merupakan institusi pendidikan pertama dan tertua di Indonesia.

“Pesantren dikenali di Indonesia sejak zaman Walisongo. Ketika itu Sunan Ampel mendirikan rumah yang mengandungi bilik-bilik kecil dan menjadikan sebagai pusat pendidikan di Jawa,” katanya.

Beliau juga berkata, banyak pengalaman mengenai pembangunan institusi pondok di Kelantan yang boleh dipelajari untuk dipraktikkan di Indonesia.

Ustaz Zulkifli menegaskan kekuatan yang ada pada institusi pondok kerana pengasasnya merupakan ulama yang jujur dan istiqomah dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Katanya, pondok bukan menempatkan orang yang mempunyai kebijaksanaan, namun sistem pendidikan menekan aspek adat dan disiplin sehingga mampu melahirkan manusia yang lemah menjadi ulama besar.

Royalti: NGO 'R' mahu 'desak sampai dapat'

Harakahdaily, 05 Ogs 2012
KOTA BHARU: Pengumuman penubuhan Jawatankuasa Khas mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum Kelantan yang diumum Perdana Menteri tidak akan meredakan kempen menuntut hak royalti dibayar kepada negeri itu.

Sebaliknya NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) berkata, pihaknya akan lebih memperkasakan kempen mereka selagi tiada sebarang bayaran dibuat kepada kerajaan negeri.

Bagi Presidennya Nazri Deraman, tempoh enam bulan yang diberi kepada jawatankuasa untuk membuat kajian terlalu lama dan berkemungkinan hanya gimik politik Umno BN.

"Saya yakin ini merupakan satu helah dan lebih kepada gimik politik yang bertujuan utk meredakan bantahan Rakyat yang telah diusahakan oleh gerakan yg tersusun oleh pelbagai NGO khususnya NGO Royalti (R).

"Pihak R akan terus menggerakkan rakyat untuk menuntut hak kami dengan pelbagai pendekatan. Tuntut sampai dapat," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Tun Abdul Hamid Mohamad untuk mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur termasuk Kelantan.

Apa yang dipersoalkan kini adalah tempoh enam bulan yang diberikan kepada jawatankuasa itu yang dilihat terlalu lama dan berkemungkinan sebagai helah BN semata-mata menjelah PRU-13.

"Saya yakin tempoh ini adalah terlalu lama dan kami telah menunggu semenjak 1975 lagi.

"Tempoh 6 bulan jika ditambah dengan 80 hari lagi, sinonim dengan tempoh akhir wajib mengadakan PRU 13.

"Kami menyokong penuh gesaan Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yang menyeru agar Kerajaan Pesekutuan menyelesaikan bayaran royalti sebelum pilihanraya," kata Nazri lagi.

Selain itu mereka juga mahu Najib menjunjung titah Sultan Kelantan yang mahukan gas didaratkan di Kelantan.

Kerajaan negeri juga telah menyediakan lebih 4000 ekar tanah untuk pembangunan industri gas di Bachok semenjak 1990.

PAS tambah 3 polisi baru Negara Berkebajikan

Salmiyah Harun, 05 Ogs 2012

GOMBAK:
PAS menambahbaik konsep Negara Berkebajikan dengan menawarkan tiga polisi baru iaitu memastikan rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, implimentasi sistem percukaian dan hiburan dikalangan anak muda.

Ketiga-tiga polisi baru ini mendapat persetujuan di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat dan akan dijadikan manifesto bersama dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu, dimaklumkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika merasmikan Seminar Professor Zulkilfli Muhammad "Membangun Negara Berkebajikan" di KUIZM, Taman Melewar hari ini.

Menurut Salahuddin, konsep Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS adalah berteraskan keadilan, kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara

Katanya, Islam memperluaskan ruang keadilan bukan sahaja kepada penganutnya bahkan kepada bukan Islam.

"Atas dasar inilah, PAS memperluaskan konsep ini kepada bukan Islam agar mereka fahami apa itu Islam sebenarnya.

"Melalui DHPP kita lihat antara kejayaannya apabila ruang orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat mula tertutup bahkan PAS sendiri sudah diyakini oleh orang bukan Islam," katanya ketika ditemui.

Malah, beliau yakin dan percaya melalui konsep keadilan ini Pakatan Rakyat boleh mengambil alih Putrajaya nanti.

Tiga tawaran baru itu sedang diperhalusi dalam tiga wacana yang berlangsung sepanjang hari ini.

Seminar yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan PAS mengetengahkan beberapa ahli panel antaranya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengerusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor Iskandar Abdul Samad, Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan koperasi Prof Datuk Nik Zain Nik Yusoff, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Khairuddin Aman Razali, Pakar ekonomi Dr Rosli Yaakob.

Tiga ahli panel lagi akan membincangkan soal hiburan di kalangan anak muda iaitu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo Negeri Kelantan, Ahli Parlimen Jerai Firdaus Jaafar, Datuk Abd Fatah b Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan dan seorang artis Cik Farah Asyikin.

Royalti: NGO mahu serah memorandum kepada Najib

Harakahdaily, 05 Ogs 2012
KOTA BHARU: Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) akan menyerahkan satu memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak sempena lawatan perdana menteri ke negeri ini hari ini.

Menurut satu kenyataan gerakan itu pagi ini, memorandum itu akan diserahkan kepada Najib ketika beliau melawat Pasar Jelawat di Bachok jam 5 petang ini.

Memorandum itu ada kaitan dengan pengumuman terbaru Najib berhubung penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung termasuk Kelantan.

Difahamkan memorandum itu antara lain mahu menuntut perdana menteri mengurangkan tempoh enam bulan yang diberikan kepada jawatankuasa itu menjalankan kajian.

Mereka mencadangkan tempoh itu dipendekkan kepada tiga bulan seperti dicadang Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam atau sekurang-kurangnya sebelum pilihan raya umum ke-13.

Terima dalam ragu

Ini kerana, biarpun menyambut baik pengumuman perdana menteri itu semalam, namun ianya dibimbangi hanya gimik politik memancing undi rakyat negeri itu menjelang pilihan raya akan datang.

Semalam Tuan Guru Nik Aziz berkata, kerajaan Pusat sepatutnya telah lama menubuhkan jawatankuasa khas tersebut kerana perjanjian antara kerajaan negeri dengan Petronas dibuat pada 1975 lagi.

"Jawatankuasa ini patut ditubuhkan sejak dulu lagi.

"Semasa perjanjian di antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas dibuat pada 9 Mei 1975, tapi mengapa baru sekarang mahu tubuhkan?” soalnya ketika berucap dalam satu program di Shah Alam semalam.

Keraguan serupa turut dilontarkan Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan Datuk Husam Musa dalam responnya hari ini.

Menurutnya, kenyataan perdana menteri berhubung jawatankuasa itu masih meletakkan bayaran royalti kepada Kelantan dalam keadaan samar-samar apatah lagi hanya akan diketahui dalam masa enam bulan lagi.

Katanya lagi, jika pilihanraya diadakan dalam tempoh sebelum Jawantakuasa ini membuat laporan dan seterusnya menunggu pertimbangan Kabinet atas rekomendasi Jawatankuasa ini, keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan atau ia mungkin berakhir sebagai sebuah latihan akademik semata-mata.

"Adakah penubuhan Jawatankuasa ini hanya sebuah langkah politik menjelang pilihanraya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan dan BN menggunakannya sebagai sebuah 'jambatan' untuk menyeberangi pilihanraya ini dengan selamat, khususnya dalam konteks Kelantan?

"Kenapa enam bulan? Kenapa tidak tiga bulan, umpamanya?," katanya.

Tiada ulasan: