Ahad, 5 Ogos 2012

BESAR KEMUNGKINAN PRU13 TAHUN HADAPAN KALAU KITA LIHAT SUASANA YANG ADA SEKARANG....INSYAALLAH

Kini Umat Islam di China Pula ditindas dan dilarang berpuasa
Posted on Saturday, August 04 @ 05:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: Halimislam

"Dalam penindasan terbaru terhadap Islam di China dalam bulan suci Ramadhan, para pegawai Islam dan pelajar di wilayah barat laut Xinjiang telah dilarang berpuasa selama bulan Ramadhan ini.

"Jawatankuasa daerah telah mengeluarkan Kenyataan menyeluruh untuk menjaga kestabilan sosial selama tempoh Ramadhan," demikian pernyataan dari bandar Zonglang di daerah Kashgar, Xinjiang, sebagaimana dipetik oleh Agence France-Presse (AFP) pada Rabu, 1 Ogos dan disiar ulang oleh onislam.net.

"Hal ini (puasa) dilarang bagi kader Parti Komunis, pejabat awam (termasuk mereka yang sudah bersara) dan pelajar untuk mengambil bahagian dalam kegiatan keagamaan Ramadhan."

Kenyataan itu, diposting di laman web kerajaan Xinjiang, mendesak para pemimpin parti untuk membawa "hadiah" berupa makanan untuk para pemimpin desa tempatan untuk memastikan bahawa mereka makan selama bulan Ramadhan.

Perintah serupa pada sekatan umat Islam untuk mengambil bahagian dalam kegiatan Ramadhan juga diposting di website lain milik kerajaan tempatan. Sebuah kenyataan yang terkandung dalam bahan laman biro pendidikan daerah Wensu meminta sekolah untuk memastikan bahawa pelajar tidak masuk masjid selama bulan Ramadhan.

Ramadan, bulan yang paling suci dalam kalendar Islam, bermula di Xinjiang pada 20 Julai. Arahan untuk mengekang kegiatan keagamaan yang dihantar di seluruh wilayah pada masa yang berbeza, beberapa sebelum awal Ramadhan dan beberapa setelah awal Ramadhan.

Penindasan baru ini dibimbangi akan mendorong rusuhan baru di wilayah yang penduduknya majoriti Muslim itu.

"Dengan melarang puasa pada bulan Ramadhan, China sedang menggunakan kaedah pentadbiran untuk memaksa orang Uighur untuk makan dalam usaha untuk membatalkan puasa," kata Dilshat REXIT, jurucakap Kongres Uighur Dunia, dalam satu kenyataan.

Dia memberi amaran bahawa sekatan akan memaksa "orang-orang Uighur untuk menolak (kekuasaan China) lebih jauh."

Pada bulan Julai tahun 2009 lalu terjadi rusuhan di Xinjiang, daerah dengan majoriti suku Uighur yang beragama Islam. Hal ini mengakibatkan sentimen SARA dan tindakan diskriminasi pemerintahan China di kawasan yang juga sering disebut Turki Timur tersebut.

Lebih dari 190 orang Islam Uighur meninggal dalam tindak kekerasan ini. China kemudian melaksanakan 22 Islam Uighur yang dijadikan kambing hitam atas rusuhan yang terjadi.

Wilayah Xinjiang dengan penduduknya yang majoriti Islam dengan 8 juta penduduk terus menjadi korban tindakan diskriminasi daripada kerajaan China. Islam Xinjiang merasa tertekan di tanah kelahirannya sendiri dengan datangnya etnik Han, etnik majoriti di China yang mengancam jati diri dan budaya mereka.

Beijing menganggap bahawa daerah Xinjiang ini mempunyai aset yang sangat bernilai kerana letak strategiknya di Asia Tengah dan kekayaan minyaknya.

Sumber: www.halimislam.com"

 


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Royalti: Jangan rasa terhutang budi pada perompak

Harakahdaily, 04 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar surat meminta wakil kerajaan Kelantan bagi membincang soal royalti minyak.
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

“Langkah ini dilihat satu usaha Najib mengendur dan membendung kemarahan rakyat kelantan khususnya sehingga langkah ini terpaksa diambil.

"PAS melihat usaha ini terpaksa dilakukan terutama melihat sokongan terhadap royalti kini telah menjadi fenomena umum melampaui negeri Kelantan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berpendapat Najib sedang mencari populariti di saat semakin ramai pegawai kerajaan dan ahli politik yang dahulunya pro-Umno kini secara terang-terangan memberikan sokongan kepada PAS.

Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Pahang itu menasihatkan agar rakyat Kelantan tidak perlu bergembira kerana “sepucuk surat untuk berunding bukanlah jaminan mereka akan dibayar royalti.”

Tuan Ibrahim berkata tuntutan dan program yang telah diatur mesti diteruskan sehingga hak rakyat Kelantan benar-benar dipulangkan.

“Namun, jangan pula ada yang merasa terhutang budi dengan perompak yang memulangkan kembali harta yang dirompak sehingga sanggup memuja perompak pula selepas itu,” kata beliau.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dipetik Sinar Harian sebagai berkata PAS tidak masalah untuk berbincang mengenai soal royalti minyak kerana selama ini itulah hasrat untuk membincang secara rasmi.

“Kami sedia dan menerima apabila Perdana Menteri sendiri sudah bersetuju untuk memulakan rundingan, tetapi kalau boleh tiada orang tengah atau sekadar menghantar wakil untuk melakukan perbincangan,” kata beliau.

Salahuddin berkata seharusnya rundingan diadakan di antara Nik Aziz sendiri bersama Perdana Menteri sahaja.

“Saya juga berharap agar persetujuan Najib untuk mengadakan perbincangan ini, bukan bermotifkan politik semata-mata,” ulas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. 

Parlimen dibubar Okt, PRU13 Nov?

Posted on the July 26th, 2012 under Politik by admin

  • Share

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan bergantung kepada prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat, demikian menurut seorang ahli akademik.
Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, Perdana Menteri mahu rakyat menikmati hasil transformasi yang dilaksanakan kerajaan.
“Saya rasa Perdana Menteri mahu pastikan Barisan Nasional (BN) menang dua pertiga majoriti. Beliau juga nak pastikan apa jua janji seperti turun padang dan bertemu rakyat dilaksanakan, sekarang pun kita dah rasa,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab pada Perbincangan Meja Bulat PRU13: Malaysia Pilih Siapa anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) di sini hari ini.
Dr Fuad berkata, beliau menjangkakan PRU-13 mungkin diadakan pada November atau pun selepas Tahun Baru Cina tahun depan.
“Bajet akan dibentang pada September dan ia mungkin satu pengumuman yang terbaik untuk rakyat. Jadi kemungkinan Parlimen akan dibubar pada Oktober dan pilihan raya diadakan pada November,” katanya.
Menjawab soalan sama ada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai impak pada PRU13, Dr Fuad berkata, ciri-ciri seorang calon yang diperlukan mestilah tidak korup, mempunyai personaliti yang baik dan bermoral.
“Ciri-ciri ini memainkan peranan tetapi ia bergantung kepada individu melihat setakat mana kriteria yang dikehendaki sebagai seorang calon dipenuhi
oleh calon tersebut, rakyat boleh berfikir,” katanya.
Prof Madya Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, kajian menunjukkan bahawa 70 peratus daripada 10,800 responden di Kedah tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Anwar.
“Mereka lebih mementingkan hal-hal yang membawa erti serta masa depan kepada mereka berbanding isu-isu yang dibangkitkan Anwar yang dianggap sudah basi dan dibuat-buat, tiada impak lagi setakat ini,” katanya. – Bernama

Ku Li mahu BN selesai isu royalti sebelum PRU

Posted on the July 29th, 2012 under Politik by admin

  • Share

SHAH ALAM – Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, isu itu perlu diselesaikan sebelum PRU13 untuk menarik sokongan rakyat Kelantan kepada BN.
Pas mengekalkan kerajaan negeri yang dirampas daripada BN pada 1990. Beberapa kajian terbaru, termasuk yang diumumkan minggu lalu menunjukkan negeri itu akan kekal di tangan Pas pada PRU13.


Dipetik laporan Astro Awani, Tengku Razaleigh mengulas perkembangan selepas laporan beberapa bulan lalu bahawa Umno Kelantan mahu mendapatkan pandangannya untuk persiapan menghadapi PRU13.
Razaleigh, yang pernah mengeluarkan pandangan yang sama tahun lalu, mengakui bahawa beliau ada didatangi oleh beberapa pemimpin Umno Kelantan yang meminta pandangan bagaimana untuk menguatkan semula Umno di Kelantan.
“Saya kata apa yang dilakukan oleh mereka sudah cukup kecuali hendak digerakkan di peringkat ‘grass root’ supaya mereka tak tunggu pemimpin datang baru nak bergerak. Tengok parti-parti lawan bergerak sepanjang masa.
“Jadinya, saya cadang kalau boleh diatasi atau diselesaikan dua perkara yang dihadapi oleh rakyat Kelantan, saya rasa masalah boleh selesai…
“Satunya mengenai tuntutan rakyat Kelantan terhadap royalti minyak yang sememangnya sudah pun ditentukan oleh Akta Kemajuan Petroleum yang dibuat pada tahun 1974 atas kehendak Tun Razak yang juga menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu,” kata beliau lagi.
Ahli Parlimen Gua Musang ini menambah, satu lagi isu yang perlu ditangani ialah infrastruktur bagi kemudahan rakyat terutamanya jalan raya.
Tengku Razaleigh pada masa yang sama menepis kritikan kononnya beliau menyokong kerajaan Pas yang menuntut royalti petroleum.
“Saya cakap bukannya kerana saya memihak kepada pembangkang, tidak. Saya cuma hendak jelaskan apa yang terkandung dalam Akta Kemajuan Petroleum yang saya tolong gubalkan atas arahan arwah Tun Razak.
“Kalau itu boleh diterima oleh Umno pada ketika itu, masa Tun Razak jadi Presiden, saya jadi Naib Presiden, mengapa Umno sekarang ini tidak boleh pakai, tidak munasabah,” katanya yang pernah menjadi Menteri Kewangan.
Pada Ogos 2010, Kerajaan Pas Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang didakwa dikeluarkan dari perairan negeri itu.
Dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan tuntutan yang dibuat, sebaliknya terserah kepada mahkamah menentukannya.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan penganjur Konvoi Royalti, yang menjelajah negeri ini, sepatutnya menunggu mahkamah membuat keputusan mengenai kes tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas.
“Jika mereka mengambil langkah sebelum mahkamah membuat keputusan, ia dibimbangi tidak selari dengan keperluan undang-undang,” katanya.
Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) menganjurkan Konvoi Royalti, yang diketuai Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke Gua Musang selama dua hari bermula kelmarin.
Awang Adek, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wan Ehsan Kelantan berkata, pemberian wang itu dilaksanakan mengikut keperluan undang-undang dan dilakukan dengan telus membabitkan semua golongan seperti pelajar, mangsa kebakaran rumah dan bencana alam, tanpa mengira fahaman politik.
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan kira-kira RM24 juta setahun bagi tujuan berkenaan, kata beliau.
Kerajaan Pas Kelantan menuntut Kerajaan Pusat membayar royalti minyak RM1 bilion bagi pengeluaran petroelum dan gas di perairan negeri itu antara 2004 hingga 2009.
Kerajaan Pusat menolak tuntutan itu.
Tengku Razaleigh adalah Pengerusi Petronas semasa perjanjian royalti petroleum itu ditandatangani dengan Kerajaan Negeri Kelantan lebih tiga dekad lalu.
Sinar

Pas terbuka, tapi mahu komitmen PM

Posted on the August 4th, 2012 under Politik by admin

  • Share

SHAH ALAM – Pas menerima secara terbuka kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan kesediaan berunding dengan Kelantan berhubung isu royalti minyak.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tiada sebarang masalah untuk berbincang mengenai soal royalti minyak kerana pihaknya sendiri sudah lama berhasrat untuk memulakan sesi perbincangan secara rasmi, namun tidak disambut oleh Kerajaan Pusat satu ketika dahulu.
“Kami sedia dan menerima apabila Perdana Menteri sendiri sudah bersetuju untuk memulakan rundingan, tetapi kalau boleh tiada orang tengah atau sekadar menghantar wakil untuk melakukan perbincangan,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.


Nik Aziz awal pagi tadi memberitahu yang Perdana Menteri menghantar surat kepada beliau semalam.
“Surat ini diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya,” kata Nik Aziz.
Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara tersebut.
Sehubungan itu, Salahuddin berharap rundingan diadakan di antara Nik Aziz sendiri bersama Perdana Menteri sahaja.
“Saya juga berharap agar persetujuan Najib untuk mengadakan perbincangan ini, bukan bermotifkan politik semata-mata,” ulas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Beliau secara sinis turut menambah yang perbincangan ini harus secara jelas dan komited, bukan sekadar “sembang minum kopi” saja.
“Matlamat perbincangan harus jelas dan tepat,” tambah beliau.
Tambah beliau, rundingan mestilah diadakan secara serius dan isu pemberian royalti ini harus diselesaikan secepat mungkin sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali turut menyambut baik hasrat Perdana Menteri yang sudah bersedia membuat rundingan berhubung pemberian royalti minyak kepada negeri Kelantan.
“Kami telah lama meminta rundingan secara rasmi dilakukan. Tetapi permintaan mendapat sambutan dingin daripada kerajaan pusat,” kata Mustafa.
Menurutnya lagi, tindakan Perdana Menteri ini menggambarkan yang beliau telah sedar kesilapan lalu dan cuba untuk memperbaiki keadaan.
“Perbincangan mesti serius, jangan sekadar mahu mengambil hati rakyat Kelantan saja,” tegas beliau.
Sinar

Ingat, Najib pernah berbohong
Posted on Saturday, August 04 @ 06:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: anaabdullah

"

Saya hendak cerita sikit pasal janji perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada rakyat mengenai bayaran royalty minyak kepada kerajaan umno/BN Terengganu.

Janji tersebut dibuat didepan Datuk Seri Ahmad Said dan puluhan ribu penyokong umno/BN dalam suatu majlis bersama rakyat tidak lama dahulu.

Najib berjanji akan membayar royalty minyak yang ditarik balik semasa PAS memerintah negeri kaya rakyat miskin itu.

Sehingga hari ini pembayaran yang dijanjikan itu belum dikotakan, sebalik janji pembayaran itu dibuat menerusi tuntutan kerajaan negeri pada dana khas persekutuan.

Ada projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu baru mendapat pembayaran..Bermakna janji hendak bayar royalty dimasukkan dalam akaun kerajaan yang disatukan sampai hari belum dikotakan.

Sebab itu projek di Terengganu gila gila. Bayangkan satu jambatan sungai Nerus berharga RM 210 juta. Sebatang jalan Jeram teluk Pasu sepanjang 5.6 kilo meter berharga RM 250 juta.

Oleh itu, apalah sangat dengan sepucuk surat daripada Najib yang dihantar kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Kita diberitahu menteri besar Kelantan, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Sesungguhnya negeri Terengganu yang diperintah umno/BN setakat hari ini belum dikotai lagi, adalah musathil Kelantan yang diperintah PAS diutamakan.

Amat tak munasabah ia dilaksanakan. Lebih lebih lagi kes ini berada di mahkamah yang barangkali menjadi sangat sukar untuk diselesaikan sepertimana yang berlaku pada kerajaan umno/BN Terengganu.

Tiada sebab perdana menteri Najib tidak tepati janji sepertimana slogan “janji ditepati” kepada kerajaan Terengganu. Sedangkan janji itu dibuat didepan puluhan ribu rakyat Terengganu yang dia akan bayaran wang royalti minyak kepada kerajaan yang dioterajui Ahmad Said.

Inikan pula hanya sepucuk surat yang meminta Datuk Nik Aziz hantar wakil hadir dalam jawatankuasa khas bincang pembayaran royalty minyak kepada kerajaan Kelantan.

Mudah pulak, sedangkan Mustafa Mohammad kata payah kerana Negara punya undang undang dan peraturan yang mesti dipatuhi.

Pada saya, yang buat pembayaran royalty minyak kepada negeri negeri terbabit bukan kerajaan pusat tetapi pihak petronas sendiri.

Kerajaan pusat tak ada kena mengena, kecuali wang royalty dimasukkan dalam akaun Dana khas persekutuan dan dibayar dalam bentuk wang ehsan.

Tetapi kita kena ingat, kerajaan ada kuasa untuk menyekat melalui tuntutan yang dibuat oleh UMNO negeri atau seseorang menteri cabinet sepertimana yang dinyatakan oleh Datuk Nik Aziz, orang yang menyekat royalty minyak Kelantan ialah Datuk seri Mustafa Mohammad. "

Maklumat sulit: Najib mahu lindungi 'perompak BN'

Anis Nazri, 04 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar segala maklumat sulit kewangan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa hanya untuk melindungi 'perompak-perompak BN'.

Pengarah Stratregi PKR, Mohd Rafizi Ramli ketika dihubungi Harakahdaily, berkata ini kerana kebanyakan undang-undang yang berada di bawah BN hanya bertujuan untuk melindungi pihak tertentu.

Sedangkan, jika diimbas di awal pendedahan beliau berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC), Rafizi berkata pihaknya telah memberi tempoh selama tiga minggu kepada Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, dan pihak berkaitan untuk memberi penjelasan, sebelum satu laporan kepada SPRM.

Namun, beliau berkata laporan yang dilakukan sebuah NGO, Jingga 13 itu tidak mendapat sebarang reaksi dari mereka.

Tambah beliau, seperti undang-undang berkaitan 'whistleblower', hanya di Malaysia sahaja yang tidak menganggap pendedahan di media sebagai maklumat, berbanding di negara luar yang menjadikannya sebagai sumber maklumat.

"Jika di negara luar, sebarang pendedahan di media, akan dikira sebagai satu maklumat.  Bukan seperti di Malaysia.  Di Malaysia lebih untuk melindungi pihak tertentu.  Yang beri maklumat pula didakwa," tegas beliau.

Masalahnya di negara ini, tambah Rafizi apabila ada pihak yang membuat laporan di SPRM, perkara tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum dan perlu 'didiam'kan sahaja.

Sedangkan, kata beliau SPRM di negara ini pula dilihat agak berat-sebelah dalam menangani kes-kes tertentu.

Sehubungan itu, katanya pihak beliau tidak mempunyai pilihan lin selain mendedahkannya kepada media.

Najib, dalam kenyataannya sebelum ini berkata sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat kewangan sulit yang berkaitan dengan rasuah perlu mendedahkannya kepada SPRM.

Beliau dilaporkan berkata, maklumat sulit seumpama itu tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

Rafizi pada Rabu lalu yang didakwa melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) kerana mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFC kepada umum.

Rafizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada Rabu terhadap pertuduhan itu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, bekas kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi, juga mengaku tidak bersalah.

Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 10 September ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak.

Tersentuh hati tengok gambar-gambar ni...

http://aiyangdisayang.blogspot.com, 04 Ogs 2012
Sultan Muhammad V, Sultan Yang Tiada Tandingnya... Sultan Yang Besederhana, Sultan Kebanggaan Rakyat Malaysia.. Allahu Akhbar!!!..




alahaiii..... makcik nih
tak tau nak kata apa.......
anak-anak balik rumah nak makan sedap-sedap, tetapi mereka tak tahu yang si ibu berhempas pulas untuk menumbuk bawang dan cili ;) sehingga terpaksa memakai sarung plastik di kepala. Harap-harap mak cik ini boleh bernafas dan menghidup udara segar hingga sekarang :)

Tiada ulasan: