Kit Siang nafi kencing di bendera rumah MB
Pemimpin
popular DAP Lim Kit Siang menafikan bahawa beliau pernah kencing di
bendera rumah menteri besar Selangor menjelang tragedi 13 Mei 1969,
seperti yang pernah didakwa laman Facebook filem sejarah terbaru Tanda Putera."Jurucakap filem itu berkata, karya itu berdasarkan banyak kajian, seperti penelitian terhadap dokumen dan gambar, untuk memastikan babaknya bersandarkan fakta sejarah.
"Mana dia bahan dokumen dan gambar menunjukkan saya kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor Harun Idris pada 11, 12 atau 13 Mei 1969, sedangkan saya tiada di Kuala Lumpur pada masa itu?
Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga berkata, bahan-bahan itu perlu ditunjukkan supaya babak sebegitu tidak dianggap hanya sebagai khayalan dan imaginasi semata-mata.
Malaysiakini pada 12 Julai melaporkan, Facebook rasmi Tanda Putera arahan Datuk Shuhaimi Baba, yang antaranya merakamkan tragedi 13 Mei dijangka mencetuskan kontroversi.
Ia memuatkan gambar dengan keterangan mendakwa Lim kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah Harun ketika DAP berarak ke sana untuk mendesaknya meletakkan jawatan beberapa hari sebelum tragedi 13 Mei.
Bagaimanapun, menurut seorang penggiat filem yang menghadiri tayangan pratontonnya sehari sebelum itu, babak tersebut tidak dimuatkan. Semakan Malaysiakini mendapati gambar dalam laman sosial kemudiannya dikeluarkan.
Shuhaimi - pengarah terbaik tiga kali dalam festival filem Malaysia - ketika dihubungi Malaysiakini sebelum ini enggan mengulas perkara itu.
Royalti: Kaji dalam 3 bulan, kata Nik Aziz
4 Ogos 2012
Malah menurut Menteri Besar Kelantan, jawatankuasa khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewajarnya selesai membincang dan merunding isu berbangkit itu dalam tiga bulan lalu.
Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang baru sekarang mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran royalti.
"Jawatankuasa ini patut ditubuhkan sejak dulu lagi.
"Semasa perjanjian di antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas dibuat pada 9 Mei 1975, tapi mengapa baru sekarang mahu tubuhkan?” katanya ditemui sebelum pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat dan majlis berbuka puasa di Kompleks Media Karangkraf di sini.
Tengah hari tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.
Menurut Najib, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
Jawatankuasa itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan, kata Najib.
Nik Aziz turut membidas keputusan Najib yang mahu kajian menyeluruh dilakukan dalam tempoh enam bulan yang sepatutnya mengambil jangka masa lebih pendek sekurang-kurangnya tiga bulan sahaja.
Beliau berkata, pihaknya belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai nama wakil Kelantan yang akan mewakili negeri itu dalam jawatankuasa khas berkenaan.
“Belum ada lagi sebarang perbincangan. Saya sendiri akan mengadap Sultan Kelantan bagi menghantar nama wakil dan hanya pada masa itu akan diumumkan nama wakil bagi negeri Kelantan,” jelas beliau.
Beliau turut bertegas yang Kelantan mempunyai hak sepenuhnya ke atas royalti minyak kerana kedudukan pelantar cari gali minyak berdekatan dengan pesisiran pantai negeri Kelantan.
Husam: Lebuh Raya Rakyat KBKK diteruskan
4 Ogos 2012
Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, pelancaran tabung ini akan membantu Kerajaan Negeri Kelantan meneruskan rancangan pembinaan kemudahan itu walaupun tanpa bantuan Kerajaan Pusat.
Menurutnya, kos keseluruhan lebuh raya itu dianggarkan RM350 juta, mampu dijayakan melalui modal alternatif daripada sumber mineral negeri itu.
"Kita lancarkan program tabung derma wakaf untuk projek lebuh raya KBKK mampu menanggung kos pembiayaan yang menelan kos RM350 juta dan kita boleh kurangkan kos dengan strategi yang akan diaturkan.
"Kita ada mineral, kita boleh guna sumber itu untuk kepentingan dan kesenangan rakyat serta setakat ini kita dah pungut modal sebanyak RM3 juta melalui (pertubuhan bukan kerajaan) NGO seluruh negara serta RM1 juta sumbangan melalui online," kata beliau pada Majlis Pelancaran Tabung Akaun Amanah Lebuh Raya Rakyat KBKK di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, malam ini.
Sebelum ini, beberapa NGO mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta derma rakyat bagi menampung kos pembinaan projek Lebuh Raya Rakyat satu sandiwara politik terhebat abad ke-21.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pembinaan lebuh raya itu hanyalah propaganda dan retorik Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sehubungan itu, Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, Lebuh Rraya Rakyat akan memberi kemudahan kepada rakyat terutama waktu cuti umum serta menunjukkan rakyat Kelantan sudah mampu mencipta sejarah tanpa bantuan Kerajaan Pusat.
"Kita mampu bina tanpa bantuan Kerajaan Pusat, negeri kita bukan miskin, kita ada mineral seperti bijih timah dan minyak.
"Kita akan bina lebuh raya tersebut ikut kemampuan negeri jika sepanjang 40 kilometer dahulu, kita buat, nanti akan sambung sehingga 73 kilometer," katanya.
Selain itu, beliau berkata, negeri itu mempunyai pakar sendiri dalam bidang pembinaan dan mampu digerakkan tanpa bantuan orang luar.
Dalam pada itu, Nik Aziz yang melancarkan tabung amanah lebih raya berkata, ia bertujuan mengumpul dana bagi merealisasikan pembinaan laluan sejauh 73km bagi kemudahan rakyat Kelantan.
Nik Aziz dalam ucapannya menggesa orang ramai menderma bagi memastikan Lebuh Raya Rakyat menjadi kenyataan.
Menurutnya, pahala orang yang menderma pada bulan Ramadan adalah 70 kali ganda berbanding pada bulan biasa.
"Orang Kelantan sering memberi derma bagi surau, sekolah dan kebajikan yang lain, mereka derma kerana pahala kerana kerajaan tidak beri peruntukkan.
"Pemimpin kerajaan tidak tahu tentang kesesakan 4 hingga 5 jam jalan raya di Kelantan, kerana mereka tidak memandu, sebaliknya guna kapal terbang," katanya.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Nik Aziz sebelum itu menghadiri majlis berbuka puasa dan solat Tarawih bersama anak-anak Kelantan.
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Timbalan Pengerusi kumpulan, Nasir Hamzah.
Pas senyum respons PM, BN menanti PRU
4 Ogos 2012
Kelantan sedar dan membawa pertikaian royalti minyak sejak lapan tahun lalu.
Pada Januari 2010, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya - tindakan kerajaan pusat hanya mahu beri wang ihsan adalah satu pengkhianatan, dan tidak akan teragak-agak untuk meminta rakyat adakan doa musnah pemimpin pusat.
Hari ini beliau kelihatan gembira dengan berita menerima surat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu berunding mengenai isu tersebut menerusi satu jawatankuasa khas.
Selepas satu siri 'tarik tali' sejak satu tempoh yang agak lama, perkembangan yang didengar banyak pihak hari ini sesuatu yang agak mengejutkan - lebih-lebih lagi ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat.
Rata-rata penganalisis melihat persetujuan Putrajaya untuk membincangkan isu royalti minyak dengan Kerajaan Negeri Kelantan dengan lebih komprehensif dilihat sebagai satu cara terbaik mengukuhkan perpaduan orang Melayu semakin berpecah selain bertujuan melakukan pembangunan di negeri itu, sekali gus memancing pengundi atas pagar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata, rundingan yang akan dilakukan oleh Najib bersama kerajaan negeri Kelantan bakal membawa perubahan kepada rakyat negeri itu dari segi pembangunan dan sosioekonomi.
Menurutnya, Kelantan yang dilihat sedikit mundur berbanding dengan negeri lain di Malaysia akan lebih membangun sekiranya royalti minyak itu diberi secara betul kepada kerajaan negeri dan rakyat membuka ruang khususnya pengundi atas pagar memilih kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).
"Jika rundingan itu berlaku dan perjanjian dibuat oleh kerajaan pusat dan negeri Kelantan mengenai isu royalti minyak, rakyat akan menerima tempias dalam ekonomi terutamanya pembangunan sekali gus membantu menarik pengundi atas pagar memilih BN.
"Serba sedikit rakyat akan buang perasaan tak senang yang anggap Umno lakukan penganiayaan serta penindasan dilakukan oleh kaum Melayu sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.
Dalam pengumumannya, Nik Abdul Aziz memberitahu bahawa Najib telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan dan cadangan itu turut diterima baik oleh pemimpin Pas yang lain.
Berdasarkan kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
"Jawatankuasa khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib.
Ahli Majlis Profesor Negara, Prof Dr .Jayum Anak Jawan juga sependapat dengan Azizuddin.
Katanya, pemberian royalti minyak yang lebih komprenhensif kepada negeri Kelantan bakal menjana ekonomi negeri serta membantu dalam proses pembangunan.
Katanya, rundingan ini juga akan memberi kesan kepada rakyat Kelantan untuk lebih terbuka dan menerima parti politik yang lain selain Pas di negeri itu.
"Rundingan ini patut diteruskan supaya penerimaan royalti minyak di negeri-negeri pengeluar minyak lebih menerima pulangannya lebih komprehensif.
"Pulangan atau royalti bakal membangunkan ekonomi di Kelantan lantas membawa perubahan tanggapan sebahagian rakyat terhadap BN dan mungkin mereka akan lebih terbuka," katanya.
Prof Datuk Dr Zainal Kling, seorang lagi Ahli Majlis Profesor Negara berkata, rundingan yang bakal dilakukan oleh Presiden Umno itu adalah jalan terbaik menyelesaikan masalah perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu yang semakin meruncing.
Menurutnya, perundingan antara kedua parti Pas dan Umno bakal membawa perubahan kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam terutama institusi kesultanan yang menjadi liabiliti kaum Melayu untuk terus bersatu.
"Kalau betul rundingan itu akan dilakukan, saya yakin perpaduan kaum Melayu dapat diwujudkan kembali seperti dahulu dimana ada seorang pemimpin yang mengawal semua orang Melayu.
"Ia juga mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak dari segi kedudukan parti dan sokongan rakyat di Malaysia," katanya.
Zainal berkata perkara ini akan memberi sedikit kesan kepada kedudukan Umno di Kelantan yang dilihat rakyatnya lebih menyokong Pas.
Pas Kelantan telah mula membuat tuntutan royalti berdasarkan suratcara 1975 Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas. Bagaimanapun ia tidak berhasil kerana peruntukan perundangan yang jelas menidakkan hak Kelantan.
Pemblog Kickdefella, yang pernah bertugas dengan Datuk Husam Musa, iaitu pengerusi jawatankuasa tuntutan royalti Kelantan, berkata, walaupun intipati surat Perdana Menter kepada Menteri Besar Kelantan itu masih belum diketahui dengan jelas, namun begitu berdasarkan kegembiraan Nik Aziz, penduduk negeri Kelantan keseluruhannya boleh merasa yakin bahawa kemelut ini akhirnya menampakkan titik penyelesaian.
"Pujian harus diberikan kepada anak-anak muda Kelantan, termasuklah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mesra Pas kerana terus menerus menghidupkan isu ini walaupun menerusi kaedah yang kurang sesuai.
"Seperti kata Nik Aziz, ‘sedikit sebanyak ini adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 ulama yang pergi ke Mekah sebelum ini untuk bermunajat kepada ALLAH agar (isu ini) diselesaikan segera’," katanya lagi.
Beliau juga berkata, diharap tidak ada pihak yang akan mengecilkan peranan sesiapa sekalipun di dalam soal ini.
Rata-rata pemimpin dan pengikut Pas khususnya dari Kelantan gembira dengan perkembangan hari ini. Pun begitu, BN khususnya Umno dilihat mengharapkan kegembiraan yang bersandarkan keputusan PRU13 kelak dengan pendirian Putrajaya khususnya pentadbiran Najib.
Bila BN akan gembira agaknya?
Royalti: Komen pembaca Sinar Online berkenaan mesej Nik Aziz, Najib
4 Ogos 2012
Momokkata, “Alhamdulillah. Jika semangat begini yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk Malaysia sentiasa sejahtera. Berpolitiklah hanya ketika pilihan raya. Apabila telah dipilih rakyat, sama-sama kita semua bekerja. Semoga Allah sentiasa membantu k ita semua.”
Yoep Omarkata, “Hahahaha... mana puak-puak melalak yang kata Kelantan tak ada minyak... Tok Pa, Ibrahim Ali, Awang Adik... dan puak-puak Umno yang lain, yang jadi bodoh ketuk Umno ni... rakyat sudah matang menilai kebodohan dan kecelakaan pemimpin Umno. Apa pun kau bersyukur pada Ilahi yang memakbulkan doa rakyat yang kena zalim terutama kepada rakyat Kelatan yang dizalimi oleh kerajaan pusat Umno selama 24 tahun... Alhamdulillah sekali lagi kepada berkat doa ulama dan doa baginda Sultan Muhamad Ke-5 yang memimpin negeri Kelantan dengan penuh berkat akhirnya bayaran tunai atau royalti minyak dibayar kepada Kelantan. Mungkin juga kerajaan Malaysia baru akan bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat, sama-sama kita doakan. Amin Ya Allah.”
Razman Rashidberkata, “hati-hati dengan muslihat puak-puak dacing ini, tidak semudah itu mereka nak bagi duit royalti. Apa-apa pun saya yakin akan kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz (TGNA), kebenaran akan mengatasi kebatilan. Insya-Allah.”
Side Alyahyaberkata, “harap-harap Najib dan Umno ikhlas nak kembalikan royalti Kelantan kerana perjanjian 1974 bukan atas sebab lain, bersangka baik kita di bulan Ramadan. Kerajaan pusat perlu tunai janji, kalu tak tunai Najib khianat atau mungkir.”
Abdullah Yewberkata, “Isu ni patut dah boleh selesai 2008 lagi. Tapi parasit Pas yang halang sebab kena auta dengan Anwar Ibrahim. 2008 dulu Pas ada ‘strong bargaining power’ untuk selesaikan banyak isu dengan Umno daripada royalti sampailah ke hudud. Dia boleh kuasa empat negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak. Dia boleh letak syarat waktu itu pada Umno, kalau Umno tak mahu orang Melayu berpecah, Pas nak jadi Menteri Besar empat negeri ini. Tapi malang, parasit dah penuh, tak boleh buat apa. Tengok penceramah dia sekarang pun kita tau. Dok merapu sahaja. Ilmu tak ada. PRU-13, orang Islam akan hilang kuasa. Tengok lah.”
najad_6155 berkata, “mesti bayar royalti sebelum menyambut hari kemerdekaan "Janji ditepati".
Mona Fendi berkata, “awas tipu muslihat pelesit dalam Umno dalam isu royalti minyak Kelantan. Pengumuman royalti hanya untuk perbodohkan rakyat Kelantan sahaja sebelum PRU-13, kononnya jani ditepati sedangkan royalti minyak masih dalam mahkamah dan mahkamah belum buat keputusan sama ada Kelantan layak atau tidak terima royalti tersebut. Baca kenyataan Awang Adek itu betul-betul.”
Muhammad Norhafiz Hashim berkata, ”Alhamdulillah... ini yang rakyat Malaysia terutama rakyat Kelantan nanti-nantikan... Insya-Allah, semoga semua pihak mendoakan agar perkara ini menjadi kenyataan... Amin...”
Msi Md Sabri berkata, ”hasrat mahu bina lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai mungkin tercapai...”
Hariz Danishberkata, ”kembalikan royalti kepada rakyat Kelantan.”
Saaid B Ghaniberkata, ”Kulit cantik tetapi belum tentu isi elok. Itulah Umno. Apa perlunya kepada kajian? Perjanjian royalti ini sudah pun ada. Beri sahajalah. Adakah ini juga perangkap PRU13 memancing undi. Perkara sudah jelas kenapa perlu diadakan Jawatankuasa Khas seolah-olah ada sesuatu yang tersirat. Kerajaan Pas Kelantan jangan terburu-buru hendak bekerjasama dalam hal ini. Kenapa selama ini pun Najib tidak terfikir untuk berlembut tetapi memandangkan PRU13 semakin hampir dan Umno semakin tertekan dengan keadaan di Sabah maka salah satu cara untuk menjinakkan hati rakyat Kelantan, umpan di saat terakhir!”
Valiants Sang Petualang berkata, ”orang Umno kata pembangkang tak tahu bersyukur pencetus huru-hara. Aku kata Umno bebal tak berotak, sekarang pulangkan balik hak rakyat Kelantan. Berlompang besar macam ni pun, masih ada yang bebal suruh bersyukur balas budi segala. Kalau tak boleh amanah adil sesama ummah, jangan sebut-sebut soal bersatu padu segala.”
Fzymeli Md Isaberkata, ”Alhamdulillah akhirnya mengaku juga Kelantan layak terima royalti, baguslah sudah insaf, tak terus dangkal seperti dulu bergendang mencanangkan Kelantan tak layak. Rahmat Ramadan.”
Abam Ming berkata, “semoga dengan keberkatan bulan Ramadan ini juga umat Islam di negara ni bersatu setelah kian lama 'berpecah'.”
Shaari Smaberkata, “sesungguhnya yang benar tetap benar. Kepada sesiapa yang menafikan kebenaran, nescaya akan menerima azab yg pedih dari ALLAH. Tapi yang hairannya ada juga orang Kelantan tak mahu sokong royalti untuk Kelantan. Tak tahu apa yang mereka fikirkan.”
Saidin Jusoh berkata, ”tahniah untuk rakyat Kelantan dan berkat usaha Tok Guru. Mat Said tak mahu m,inta juga?”
Jamilullibra Jpberkata, ”berkat bulan Ramadan. Tingkatkan ibadah dan sedekah.”
Amir Izzani Norlin, ”satu perkembangan sihat.”
Neosaladin Detest Mungkar berkata, ”kalau bersatu Umno yang nak kawal, tak berkembang langsung. Kalau bersatu kemudian bagi Pas yang kawal, baru ada kemajuan. Hidup Islam.”
Yoep Omarberkata, ”memang aku sokong Umno bersatu dgn Pas sebab Pas memang pemimpin yang kuat imannya, tidak goyah dengan propaganda dan rasuah dari Umno kecuali yang sedar. Yang belum sedar diri, kononnya lebih Islam dari pemimpin tertinggi Pas . Aku mohon ahli Umno sila masuk Pas, kita ubah diri dan negara kita dengan lebih aman sentosa dan sentiasa dirahmati ALLAH.”
Pas sudah bersatu dengan DAP, PKR tapi bukan Pas yang kawal di Selangor PKR yang kawal ,di Perak DAP dan PKR yang kawal, di Pualau Pinang , DAP kawal tak adil rasanya jika terus membuat penilaian sebegitu, sama juga isu rasuah, mungkin ramai tak sedar, dalam kepimpinan Pas juga timbul isu ini, sebagai contoh isu mendapatkan tender, kalu bukan kroni, tak dapat juga projek di Kelantan di bawah kerajaan negeri... tak kisah mana yang kawal.. biarlah kepimpinan atasan yang tentukan, ustaz-ustaz, ulama juga sudah mula bersuara dalam menegur, tak kira Pas mahupun Umno (motifnya Islam bersatu)... dalam Islam ada politik, Nabi S.A.W ada berpolitik, tapi caranya mengajak semua umat bertaqwa kepada Allah... bukan pergi mencaci , fitnah ... di merata tempat.. tak kisahlah Umno atau Pas harus sedar perkara ini... pengikut juga harus sedar, pemimpin tak selalu betul ada masa perlu tegur salah tetap salah, betul kita ikutkan. Tak kira Umno atau Pas tak perlulah memenangkan pihak masing-masing.
Ahmad Nordinberkata,”bersyukur, perbincangan di peringkat pemimpin-pemimpin tertinggi Pusat dan Negeri. Harap dapat keputusan terbaik untuk faedah bersama Negeri dan rakyat Kelantan serta Negara Malaysia Kita. Semoga Allah memelihara tanah air kita Malaysia tercinta.
Ken Cing Kuatberkata, “apa yang Najib nak bincangkan lagi, syarat perjanjian antara Petronas dan kerajaan Kelantan sudah ada, ikut sajalah apa yang telah termaktub sekiranya ada perkara yang kabur boleh rujuk kepada Tengku Li.”
Zaid Zakariaberkata, ”itu lah sikap Pak Najib, kalau dah bersetuju nak bincang, harapan 99% lah tu. Selepas ini i Pak Nik Aziz cuba minta bincang fasal hudud pula gerenti Pak Nik Aziz setuju. Hidup Islam dan Melayu!”
Azam Che Ahmadberkata, ”bawak bincang, bukan demo jalanan... Pas dulu tak pandai berdemo, tapi diajar dan dihasut oleh PKR. Dulu negara Islam sekarang negara berkebajikan. Dulu Ustaz Fadzil Nor nak lelong Putrajaya, sekarang gila ke Putrajaya.”
Sam Samsuddinberkata,”PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri Awang Adek kata sudah bayar wang ihsan. Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam (Dewan Undangan Negeri) Dun, dia yang sekat.”
Zafrul Mohdberkata,” nak bincang apa lagi perjanjian s udah sedia. Ikut sajalah tak susah tak perlu perlu putar lagi. Mahu bincang pula?
Royalti: Rakyat sedang semak kejujuran pemimpin
4 Ogos 2012
Ini berikutan kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat selepas solat Subuh pagi ini bahawa beliau baru sahaja menerima surat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pembayaran royalti minyak kepada Kelantan.
Menurut Nik Aziz, Najib telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan. Surat itu, menurutnya, dihantar kepada beliau semalam.
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Harakahdaily.net semalam, Nik Aziz membayangkan apa yang menariknya ialah istilah yang digunakan dalam surat ini ialah 'bayaran tunai'.
Kenyataan terbaru Nik Aziz ini dikuatkan lagi oleh kenyataan khas Najib sendiri pada hari ini.
Menurut kenyataan khas Najib, kerajaan setuju menubuhkan jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Najib berkata jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan negeri-negeri berkenaan.
"Jawatankuasa khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan.
Ternyata episod terbaru royalti minyak Kelantan ini semakin dramatik. Malah ia seolah-olah antiklimak dan 'terbalik kot'. Ini kerana sebelum ini, pemimpin Umno-BN, terutama pemimpin dari Kelantan sendiri, dilihat amat beriya-iya menidakkan hak Kelantan untuk mendapatkan bayaran royalti terbabit.
Ini digambarkan menerusi pelbagai kenyataan oleh pemimpin Umno Kelantan, termasuk Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek Hussin sendiri.
Kerajaan Pas Kelantan menuntut Kerajaan Pusat membayar royalti minyak RM1 bilion bagi pengeluaran petroelum dan gas di perairan negeri itu antara 2004 hingga 2009. Bagaimanapun, kerajaan pusat menolak tuntutan itu.
Keengganan membayar royaliti itu menyebabkan kerajaan Pas Kelantan mengheret kes itu ke mahkamah. Pada Ogos 2010, Pas Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung royalti minyak terbabit.
Sehari sebelum kenyataan terbaru Nik Aziz semalam, Mustapa juga dilaporkan berkata bahawa kerajaan pusat akan menyelesaikan isu royalti minyak Kelantan.
Memang dramatik dan antiklimak. Sudah bertahun sejak isu itu berbangkit, pemimpin Umno Kelantan dan Kerajaan Pusat berkeras enggan membayar royalti terbabit atas alasan negeri itu tidak layak dan tidak berhak menerima royalti berkenaan.
Namun, tiba-tiba hari ini Nik Aziz muncul dengan kenyataan yang 'terbalik kot'. Drama politik ini menjadi semakin menarik kerana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) kini di ambang pintu. Sudah tentu banyak pihak akan mengaitkannya dengan pilihan raya.
Mari kita selami lebih dalam drama royalti minyak yang mendebarkan ini.
Sebelum ini, pemimpin Umno Kelantan acap kali mencanangkan ke seentero negara kononnya Kelantan tidak layak dan tidak berhak menerima bayaran royalti berkenaan.
Dalam nada lain, ada pemimpin Umno negeri itu juga mendakwa royalti minyak Kelantan sudah dibayar, tetapi bukan dalam bentuk royalti, tetapi wang ihsan.
Lihat kenyataan Dr Awang Adek pada 29 Julai lalu. Beliau menyatakan pihak berkenaan tidak perlu melakukan konvoi atau demonstrasi tuntutan royalti minyak memandangkan hak rakyat Kelantan sudah diberikan kepada rakyat Kelantan secara terus dan bukan melalui kerajaan negeri.
Dr Awang Adek yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan berkata, wang ihsan diberikan kepada mereka yang layak secara terus dan telus iaitu kaedah yang lebih baik berbanding diberikan kepada kerajaan negeri.
Menurutnya, wang itu adalah milik rakyat Kelantan dan tidak perlu kerajaan negeri menimbulkan kekecohan untuk menuntut diserahkan kepada mereka.
Ternyata ada yang pelik dan sedikit melucukan dalam soal ini. Jika benar wang royalti sudah dibayar dalam bentuk wang ehsan kepada rakyat Kelantan sebagaimana dinyatakan Dr Awang Adek, wang apakah pula yang mahu dibincangkan oleh Najib sebagaimana terkandung di dalam suratnya kepada Nik Aziz yang diterima semalam?
Jika apa yang dimaksudkan oleh Najib adalah wang royalti minyak, wang royalti manakah pula yang dirujuk oleh Dr Awang Adek sebelum ini? Rakyat semakin cerdik dan maklumat kian telus. Rakyat tidak suka pemimpin bercakap berbelit-belit dan tidak jujur. Mari kita lanjutkan penghayatan pada episod royalti ini.
Setelah dilihat beriya-iya menghalang pembayaran royaliti minyak kepada Kelantan, kenyataan terbaru Nik Aziz semalam berhubung kesediaan Perdana Menteri untuk berbincang mengenai perkara itu sudah tentu akan dilihat sebagai satu usaha 'terbalik kot'. Ia akan dilihat banyak pihak sebagai satu usaha untuk mengambil hati pengundi Kelantan menjelang PRU13.
Jika diamati, setakat ini Najib memang sentiasa berusaha keras untuk membaiki imej Umno dan BN di mata pengundi. Beliau dilihat cuba sedaya upaya membaiki satu persatu perkara berbangkit yang dihadapi rakyat. Namun sesetengahnya sudah terlewat. Percubaan membaikinya dibuat ketika ia sudah sampai ke tahap hampir rosak teruk, sesetengahnya kronik.
Royalti minyak Kelantan adalah satu daripadanya. Sebelum ini, keengganan Kerajaan Pusat dan pelbagai kenyataan pemimpin Umno Kelantan melayan tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dilihat banyak pihak, termasuklah pengundi atas pagar yang rasional, lebih berpunca kepada keengganan Umno untuk memberi ruang dan kelebihan politik kepada Pas Kelantan. Mungkin Umno menelah bahawa royalti itu, jika diberi, akan menjadikan Pas semakin kuat dan kian disayangi rakyat negeri itu.
Justeru, banyak pihak melihat Umno lebih banyak mendera rakyat Kelantan, bukan cuba memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat negeri itu. Malah, sesetengah rakyat Kelantan melihat keengganan kerajaan pusat membayar wang royalti adalah satu perbuatan mendera rakyat negeri itu kerana memilih Pas dalam pilihan raya.
Kini setelah kempen Pas Kelantan menuntut royalti minyak menerima sokongan padu majoriti rakyat Kelantan, termasuk pengundi muda, malah turut mendapat sokongan beberapa pemimpin Umno sendiri, parti tua itu ternampak seolah-olah menukar haluan lalu mudik menuruti kehendak ramai.
Kandungan surat Najib kepada Nik Aziz yang diterima semalam, walaupun tidak dinyatakan isinya secara terpeinci, dilihat mencerminkan perubahan haluan secara mendadak. Ternyata pemimpin Umno Kelantan kini dilihat oleh rakyat terbanyak sebagai tidak bijak dalam menangani isu terbabit sehingga menampakkan parti itulah yang menghalang royalti, bukan disebabkan halangan perundangan sebagaimana diuar-uarkan.
Lebih-lebih lagi niat Najib seperti di dalam surat berkenaan dan kenyataan Mustapa semalam untuk menyelesaikan isu royalti minyak Kelantan, hanya datang setelah pilihan raya menjelang tiba. Jika pilihan raya masih lambat, adakah Umno-BN akan lebih bersedia untuk menyelesaikan kemelut royalti itu? Sila jawab secara jujur tanpa bias politik.
Kini natijahnya Umno-BN ternampak seolah-olah makin terdesak untuk meraih simpati dan undi pengundi Kelantan sedangkan sebelum ini Pas sudah menjaja sekeliling negeri bahawa kedua-dua tokoh Umno Kelantan - Mustapa dan Dr Awang Adek - adalah dua ikon politik yang menghalang pembayaran royalti itu.
Dua tokoh Umno Kelantan ini dilabelkan sebagai 'pengkhianat' kepada rakyat negeri itu kerana mereka dikatakan menghalang pembayaran royalti. Imej sebagai pengkhianat ini dijaja oleh Pas dan rakan sekutunya di setiap pelusuk negara menerusi pelbagai program ceramah serta bahan bercetak.
Sekali lagi, sama ada ini persepsi atau realiti, hakikatnya sikap, reaksi dan apa juga kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin Umno Kelantan sendiri menyebabkan rakyat negeri itu melihat mereka sebagai 'penghalang' kepada royalti terbabit.
Bagi rakyat Kelantan yang terkenal dengan sikap 'gedebe' dalam menghukum mana-mana parti politik di negeri itu, adalah tidak wajar usaha menghalang royalti datang dari rakyat negeri berkenaan sendiri.
Apabila ini berlaku, rakyat nampak Pas lebih jujur membela hak mereka berbanding Umno. Sama ada ini realiti atau sekadar persepsi, hakikatnya percaturan Umno-BN Kelantan semakin menampakkan di mata rakyat bahawa mereka tidak benar-benar jujur. Hakikat ini perlu diakui secara berani oleh pemimpin Umno dan penyokongnya.
Pemimpin jujur akan dihormati rakyat. Tidak kira Pas atau Umno, pengundi masa kini bukan pengundi yang boleh diperbodohkan dan digula-gulakan. Maklumat makin telus dan rakyat kian cerdik. Malah pengundi luar bandar yang biasanya menjadi sandaran Umno-BN, kini semakin akses kepada maklumat.
Jika pengundi tua di kampung tidak mempunyai kepelbagaian maklumat selain hanya bergantung kepada televisyen, radio dan akhbar harian, anak-anaknya yang rata-rata berpendidikan, akan menyampaikan maklumat sumber alternatif, termasuk Internet, kepada orang tua mereka.
Ini bukan zaman yang pemerintah boleh menyaring dan memilih mana maklumat mahu didedahkan kepada rakyat dan mana maklumat mahu disembunyikan. Ini adalah zaman yang orang ramai ada jalan lain, malah jalan pintas, untuk akses kepada maklumat selain radio, televisyen dan akhbar yang dikuasai parti pemerintah.
Apapun, pokok pangkalnya ialah keikhlasan politik. Pada zaman yang rakyat semakin cerdik dan maklumat kian telus, pemimpin politik tidak mempunyai pilihan melainkan mesti ikhlas serta jujur kepada pengundinya. Rakyat sedang menyemak keihklasan setiap pemimpin dan parti yang diwakilinya.
Di tangan pengundi kini ada senarai semak yang panjang. Dan, markah hasil semakan itu akan ditunjukkan pada PRU13!
Justeru, jika mahu mengekalkan survival politiknya, Umno mesti membuang jauh-jauh buku lama yang mengandungi teori serta strategi politik lapuk pemimpin terdahulu, sebaliknya mula mempraktikkan teori dan strategi politik dari buku 'ilmu politik baru' yang mementingkan kejujuran, ketelusan dan 'kebersihan'.
Jangan politikkan jawatankuasa royalti petroleum
4 Ogos 2012
Ini kerana katanya, tujuan kerajaan adalah ikhlas untuk memastikan semua negeri di pantai timur Semenanjung yang menyumbang dalam pengeluaran petroleum negara menerima imbuhan yang sewajarnya.
"Yang penting kepada kita ialah wang yang diperolehi kelak dapat disalurkan untuk kepentingan rakyat dan kemajuan negara kita," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan khas dengan ketua Umno cawangan dan imam dari kawasan Semporna, di sini hari ini.
Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno mengulas keputusan kerajaan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, berkenaan penubuhan jawatankuasa yang akan meneliti secara adil dan telus isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri penyumbang.
Jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar Negara serta wakil kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu akan diberi masa enam bulan untuk menyiapkan kajian dan membuat syor kepada Kerajaan Persekutuan. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan