Sabtu, 4 Ogos 2012

CERDIKNYA RAKYAT SEKARANG...TELAP IKAN DI AIR DAH TAU JANTAN ATAU BETINA....SILAP KATA...SILAP TINDAKAN ...KITA MENJERAT DIRI KITA...SATU LAGI RAKYAT TAU YANG KAKI BERLAGAK DAN SOMBONG TAK TENTU PASAL...ORANG NI AKAN KECUNDANG...INSYAALLAH

Penulis lirik tawar bantuan untuk lagu merdeka baru
12:37PM Ogos 4 2012  
Penulis lirik terkenal Buddhi Hekayat hari ini menawarkan diri untuk membantu kerajaan menggubah lagu dan lirik bertemakan kemerdekaan yang baru setelah lagu sedia ada "Janji Ditepati" dipertikaikan.

Malah, Buddhi Hekayat atau nama sebenarnya Hasmi Hashim bersedia terlibat dengan usaha itu walaupun tidak diberikan sebarang bayaran.

"Hendaknya niat ini tidaklah dipandang remeh dan serong oleh pihak menteri apabila beliau sendiri menyebutkan bahawa persoalan negara harus melampaui kepentingan mana-mana politik kepartian apatah lagi sekadar dasar kerajaan sekalipun," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Buddhi Hekayat menegaskan keperluan mempunyai lagu kebangsaan dan kemerdekaan sendiri dan tulen, seperti dituntut generasi Malaysia hari ini.

"Kemelut berkaitan lagu berkenaan itu sama sekali tak pula membayangkan bahawa Malaysia kekurangan bakat dalam bidang muzik," kata penulis lirik yang terkenal dengan lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz AF.

"Saya percaya, di kalangan anak-anak bangsa kita, ramai sekali yang mempunyai bakat kemampuan untuk sama-sama menggubah lagu yang mengandungi semangat dan roh kemerdekaan tanah air tercinta ini."

Kritikan masyarakat ada asas
Sementara itu, menyentuh langkah kerajaan untuk menyiasat Janji Ditepati yang didakwa diciplak daripada lagu gereja Indonesia, Buddhi Hekayat berkata, beliau percaya rata-raya rakyat Malaysia menyambut baik.

"Selepas saya sendiri mendengar lagu dan meneliti liriknya, perlu diakui bahawa kritikan masyarakat, khususnya masyarakat di ruang siber memang berasas.

"Belum pernah dalam sejarah Malaysia, perlunya sebuah panel penyiasat diwujudkan hanya untuk menyiasat sebuah lagu," kata pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Planet Muzik (APM) Singapura itu.

Beliau bagaimanapun menolak kenyataan komposer Jasnie Mohd Yaakub yang mendakwa Janji Ditepati belum dimuktamadkan.

"Selepas mendapat kritikan hebat, adalah aneh dan tidak munasabah bagi lagu "Janji Ditepati" yang sudah diperdengarkan-juga sepertimana logo kemerdekaan tahun ini-dikatakan masih tak muktamad dan tetap berada dalam proses penyediaan.

"Jawapan ini terdengar sebagai jawapan politik semata-mata," katanya yang juga aktivis parti pembangkang.
Saya bimbangkan keselamatan diri, kata penyiasat Bala
  • Hazlan Zakaria & Salhan K Ahmad
  • 11:48AM Ogos 4 2012
 
Walaupun sudah mampu kembali ke Malaysia pada waktu-waktu tertentu selepas melarikan diri ke luar negara empat tahun lalu, penyiasat persendirian P Balasubramaniam masih bimbangkan keselamatan dirinya.

"Saya boleh kembali, tetapi kembali (untuk melawat) saja. Saya tidak selamat di sini... Di sini, Malaysia, saya tidak selamat.

"Pelbagai perkara boleh berlaku, kecelakaan boleh berlaku," kata bekas pegawai polis itu kepada Malaysiakini dalam wawancara bulan lalu.

Tanpa menamakan pihak yang ditakutinya, beliau berkata, terdapat orang yang berkuasa yang boleh bertindak sewenang-wenangnya pada masa ini.

"Mereka boleh lakukannya kerana berkuasa. Mereka boleh buat apa yang mereka mahu dan kita tidak boleh melawan (mereka).
Rakyat Kelantan berkonvoi tuntut royalti
  • Abdul Rahim Sabri
  • 12:02PM Ogos 4 2012
 
Sekumpulan rakyat Kelantan berkonvoi menggunakan kereta dan motosikal dari Kota Bharu ke Pasir Puteh petang semalam bagi mendesak kerajaan persekutuan menyerahkan royalti minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

Pada asalnya, kumpulan yang menamakan diri mereka Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) merancang berbuat demikian esok sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke negeri itu.

Bagaimanapun, setiausaha ROYALTI Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, peserta kumpulan itu mempercepatkan rancangan mereka dua hari lebih awal atas "nasihat polis".

"Polis menghubungi kita, dan minta jasa baik supaya tidak buat (konvoi) pada hari perdana menteri datang untuk mengelak kekacauan.

"Jadi, kita ambil keputusan bagi mengelak kekacauan, kita awalkan sebelum Najib hadir," katanya ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang semalam.

Katanya, berdasarkan rancangan, mereka mahu berkonvoi ke Pasir Puteh dengan melalui pekan Kota Bharu, Bachok dan Ketereh. Kesemua kawasan itu dikatakan akan dilawati Najib esok.

Bagaimanapun, tambah Hisyamuddin, bagi "mengelak kekacauan" mereka hanya berkonvoi dari Kota Bharu ke Pasir Puteh itu petang semalam.

Program bagi memberikan t ekanan kepada pentadbiran Najibitu sudah tiga kali berlangsung di negeri pimpinan PAS itu.

Sebelum ini, ROYALTI berkonvoi menggunakan laluan Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang sejauh 184km dan laluan Kota Bharu-Rantau Panjang sejauh 60km di mana seramai 500 peserta terlibat.

ROYALTI menuntut kerajaan persekutuan menyerahkan royalti minyak dan gas Kelantan yang didakwa tertunggak sebanyak RM7 bilion sejak 2005.

Kedatangan Najib ke Kelantan dipercayai berkaitan janji BN negeri untuk menyelesaikan isu itu secepat mungkin sebelum pilihan raya umum ke-13.

Malah, Hisyamuddin mendakwa sudah wujudnya cakap-cakap di kalangan rakyat di negeri itu bahawa kehadiran Najib esok bakal membawa khabar gembira.
Lagi bekas pegawai kanan polis akan sertai PAS
  • Ahmad Fadli KC
  • 8:21AM Ogos 4 2012
 
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff akan menyertai PAS dalam masa terdekat, kata naib presiden parti itu Salahuddin Ayub.

Menurutnya, beberapa perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga "sangat positif".

"Dalam masa terdekat pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli) sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Salahuddin berkata, PAS amat mengalu-alukan kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan kebenaran.

"Bukan mudah untuk seorang bekas pegawai polis berprofil tinggi seperti beliau membuat keputusan menyertai PAS," katanya.

Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar.

Pengumuman dijangka Ogos atau September

PAS juga dilihat sedang aktif menerima kemasukan kumpulan selebriti seperti pelakon Abby Abadi, Hairie Othman dan penyanyi Aishah yang jarang-jarang berlaku sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim sewaktu dihubungi Malaysiakini turut
membayangkan seorang lagi bekas penjawat awam tertinggi berasal dari Kelantan akan menyertai parti itu.

"Saya yakin dalam tempoh antara Ramadan dan Syawal, banyak lagi yang akan menyertai PAS dari kalangan bekas penjawat awam.

"Saya rasa sebelum Ogos (berakhir) atau September akan ada pengumuman dibuat berkenaan perkara ini," katanya.

Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007.

Musa bagaimanapun menafikannya manakala perdana menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan "Dakwaan perlu disahkan".

(HABIS)
Najib pertahan tindakan dakwa Rafizi
  • Nigel Aw
  • 7:19PM Ogos 3 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mendakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di mahkamah kerana mendedahkan akaun berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).

Ini kerana, kata Najib, mendedahkannya kepada umum dianggap bertentangan dengan Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia).

Katanya lagi, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan patut menyalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rafizi pada 1 Ogos didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.
Najib ke Sabah ekoran MP BN berpaling tadah
  • Nigel Aw
  • 8:48PM Ogos 3 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan turun ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

"Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang, kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata, BN akan mengambil langkah yang perlu untuk mengukuhkan Umno dan BN di negeri itu.

RCI itu diumumkan pada 1 Jun lalu tetapi belum ada sebarang perincian dikemukakan setakat ini.

Najib berkata beliau sudah bertemu beberapa pemimpin BN Sabah ekoran pembelotan sebelum ini tetapi akan sekali lagi turun pada pada Sabtu ini.

Tiada ulasan: