Saham FGVH jatuh kepada RM5 seunit hari ini
Salmiyah Harun, | 02 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Harga Saham Felda Global Vanture Holding (FGVH) yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu, terus mencatat penurunan sehingga RM5 seunit jam 1 petang tadi.
Semalam saham FGVH berharga RM5.12 seunit. Saham FGVH mula disenaraikan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah kepada RM5.39 pada hari-hari awal disenaraikan.
FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.
Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu mendakwa telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd
Sebelum ini, Amanah Saham Johor mengambil masa lebih tiga bulan sebelum jatuh, namun untuk FGVH ianya dilihat satu sejarah apabila jatuh dalam masa yang begitu singkat.
Sementara itu, Presiden Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan membuat kenyataan berhubung kejatuhan itu.
Katanya, FGVH yang baru disenaraikan pada akhir Jun lalu dengan harga RM4.55 pernah mencecah pada harga RM5.80 sahaja selepas dua minggu disenaraikan.
Namun katanya, selepas itu saham FGVH semakin menurun sehinggalah ke RM 5.00 awal pagi ini.
Mazlan turut mengulangi pendiriannya bahawa penyenaraian FGVH dalam Bursa Malaysia tidak kena pada masanya dan ramai penganalisis ekonomi turut menjangkakan saham FGVH akan merundum.
"Sebenarnya, FGVH tidak wajar disenaraikan pada masa ini, apatah lagi FGVH tidak ada aset di tambah pula anak syarikatnya banyak yang berdepan dengan masalah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Bagaimanapun, beliau tidak berniat untuk 'memulangkan paku buah keras' kepada kerajaan ekoran kedegilan menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia.
Tegas Mazlan sekiranya pada kadar saham RM5 pada hari ini pecah dan mengalami kejatuhan ianya akan mengundang malapetaka kepada kerajaan dalam tempoh sebulan ini.
Ditambah pula katanya, dengan masalah kelapa sawit yang melawas menyebabkan harga jatuh sekali gus akan menggusarkan para peneroka.
"Saya bersimpati pada peneroka, mereka jadi mangsa," katanya.
Beliau turut melahirkan kebimbangan akan wujud sendiket pembelian saham apabila peneroka mula menjual saham mereka.
"Kalau peneroka yang beli melalui MITI, dan mereka diminta jual. Isunya siapa yang beli, kita bimbang cetus sendiket sekiranya pembeli itu adalah orang asing maka pegangan bumiputera akan berkurangan. Inilah yang kita sebut akirnya Felda akan menjadi milik asing,"katanya.
Ketika berita ini ditulis jam 4.33 petang saham FGVH direkod pada RM5.05 seunit.
'Polis tembak ke bawah jika terdesak' - FRU
Hazayani Zakaria, | 02 Ogs 2012 |
Pegawai Pemerintah Unit Pasukan Polis Persekutuan (FRU), Supretenden Zahari Yusuf (gambar) berkata, selain daripada gas pemedih mata polis juga melepaskan semburan air kimia bagi menyuraikan peserta kerana menganggap peserta tidak mendengar arahan mereka supaya bersurai.
"Saya tak pasti berapa gas pemedih mata dilepaskan tapi tidak kurang daripada 100 tembakan," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.
Zahari berkata, seramai 400 anggota FRU ditugaskan pada hari tersebut dan mereka berkumpul sehari lebih awal di parking bawah tanah Dataran Merdeka.
"Bermula awal tahun ini, pasukan kami dilatih 'anger management'. Dalam latihan FRU akan berjemur di tengah panas dan kami akan maki mereka untuk melihat sama ada mereka boleh bertahan atau tidak.
"Kami cuba bertindak tidak mengikut emosi tapi kalau ada itu salah individu (polis) itu sendiri," katanya sambil menambah anggotanya tidak terlibat dalam menangkap peserta.
Menjawab soalan panel mengenai SOP polis dalam melepaskan tembakan gas pemedih mata, Zahari menjelaskan gas ditembak menghala ke atas.
"Kalau keadaan terdesak, baru kami tembak ke bawah," katanya.
Beliau turut mengakui tidak menggunakan kain rentang untuk menyuraikan peserta pada perhimpunan Bersih 3.0.
"Memang sepatutnya selain daripada arahan bersurai, kain rentang turut digunakan tapi hari itu kami tidak gunakan kerana kain rentang yang sedia ada salah ejaannya dalam bahasa Tamil. Jadi tidak boleh digunakan," katanya.
Ditanya pandangan beliau mengenai aduan orang awam bahawa polis melakukan kekasaran ke atas mereka pada perhimpunan tersebut, Zahari menyifatkannya sebagai tidak wajar.
"Sebagai polis tidak wajarlah melakukan kekasaran terhadap peserta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
PI Bala: Mereka cuba rasuah saya... lagi
EKSKLUSIF
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam muncul daripada persembunyian
dan membuat satu lagi pendedahan yang menggemparkan - bahawa terdapat
percubaan kedua untuk merasuahnya ketika dia berada di India, kali ini
untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Bercakap kepada Malaysiakini dalam temubual di Kuala Lumpur bulan lepas, Balasubramaniam mendakwa dia didatangi kira-kira seminggu sebelum pilihan raya Sarawak pada April tahun lepas.
"Anda tahu semua ini, mereka sudah mendapat 'berita baik' dari
Perth dan mereka memerlukan lagi 'berita baik' dari India," kata Balasubramaniam, tetapi enggan mengulas lanjut.
Pada masa itu, jentera kempen kedua-dua belah parti politik mencapai kemuncaknya dan apa sahaja digunakan untuk menarik pengundi dalam pilihan raya negeri yang penting itu.
Ia juga sekitar masa temubual Raja Petra Kamaruddin dengan TV3, yang dibuat semasa lawatan kontroversi penulis blog itu ke Australia, disiarkan.
Dalam temubual itu yang turut disiarkan oleh stesen TV arus perdana, Raja Petra menafikan akuan bersumpah (SD) yang menghubungkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Raja Petra, yang hidup dalam buangan di United Kingdom, menyebut bahawa SD itu berdasarkan maklumat 'disemai' oleh pemimpin PKR yang terdesak untuk menghalang Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Adun Kelaboran dan Abby nafi sudah bernikah
2 Ogos 2012
Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.
Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.
“Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.
“Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.
“Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya,” kata bapa kepada lima cahaya mata ini.
Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium laman sosial twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.
Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, “hai abby... betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran” dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata.
Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat ‘jodoh’ hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik.
Ramadan satukan Norman, Abby dan Memey
2 Ogos 2012
Bulan Ramadan mulia namapknya telah menyatukan keluarga ini.
Norman yang dihubungi Sinar Harian Online hari ini berkata, dia sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu dan menyifatkan Ramadan tahun ini adalah yang paling manis buatnya keluarganya.
“Sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu. Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga.
“Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.
Norman menambah: "Saya sendiri tidak menyangka perkara ini berlaku secara tiba-tiba dan kebetulan hari itu hari Jumaat, kami bertemu di sekitar Masjid (Negeri) Shah Alam kerana Abby ada program di sana sebelum saya bawa anak-anak balik ke Kuantan untuk berpuasa di kampung dan dengan tidak semena-mena Abby menarik Memey ke tepi lantas terus berpelukan dalam tempoh yang agak lama."
"Saya dan anak-anak hanya memerhati dari tepi kereta. Tentunya perasaan saya dan anak-anak sangat gembira kerana mereka kini telah berbaik, malah anak-anak turut bersorak mengatakan 'yeay, mama dan mummy dah berkawan'!” kata Norman lagi.
Norman, 36, turut memberitahu sebagai seorang Muslim, dia tidak pernah berhenti dan berputus asa daripada berdoa demi kesejahteraan keluarganya dan sekarang segala doa itu sudah dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T. dan berharap perkara ini akan berkekalan buat selama-lamanya.
Semalam, Abby, 35, telah memuatnaikkan dua gambar terbarunya menerusi akaun twitter menunjukkan dia dan Memey, 24, bergambar dalam keadaan mesra beserta mesej “doakan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua dunia dan akhirat” dan satu gambar mereka sekeluarga berbuka bersama.
Selain itu, Abby, pelakon drama Gerak Khas turut memberitahu dia juga sempat bersembahyang Maghrib bersama berimamkan bekas suaminya itu.
Sementera itu, ketika diminta mengulas mengenai kisah politik Abby yang semakin serius menceburi bidang itu kebelakangan ini, Norman berkata, dia tidak pernah mencampuri hal itu dan berkata perkara itu adalah hak dan kebebasan seseorang individu untuk menentukan hala tujunya sendiri.
“Jika kami bertemu, tidak pernah sesekali saya bertanyakan mengenai perkara itu. Kami hanya banyak berkomunikasi mengenai masa depan dan perkembangan pendidikan anak-anak kami, Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania, 7, dan Maria Danisha, 4.
“Saya sangat menghargai Abby menjadi ibu yang baik kepada anak-anak saya dan lain-lain hal mengenai dia saya tidak mahu masuk campur kerana itu adalah hak dia,” kata Norman.
“Kami berdua juga masih dalam perbincangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz dan mengerjakan umrah bersama mungkin selepas Memey bersalin nanti,” katanya.
Memey yang kini tiga bulan hamil dijangka melahirkan anak Februari depan.
“Anak sulung, Danish sangat teruja mengenai rancangan umrah ini dan tidak sabar-sabar untuk pergi ke sana bersama kedua-dua mama dan mummynya turut serta,” tambah Norman.
Sementara itu, Memey yang dihubungi Fara Fauzana, deejay Hot FM, menyatakan memang benar mereka berdua sudah berbaik dan semalam mereka berbuka puasa bersama di rumah Abby.
Norman dan Abby sebelum ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008 selepas bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006.
Norman berkahwin dengan Memey pada 24 September lalu.
Awang Adek saman Harakah RM10 juta
Salmiyah Harun, | 02 Ogs 2012 |
Notis saman itu menuntut ganti rugi RM10 juta dari Harakah dan Harakahdaily sekiranya gagal membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa memfitnah beliau.
Akhbar lidah rasmi PAS itu diberi tempoh selama 14 hari untuk berbuat demikian bermula 30 Julai.
Awang Adek menghantar notis saman itu melalui Tetuan Che Mokhtar & Ling kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, dan Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong.
Enam laporan berita merangkumi tiga berita dalam Harakah cetak yang bertajuk "Awang Adek jerat diri", "Seret Dr Awang Adek ke SPRM", dan "3 minggu untuk jawab skandal BNM".
Manakala tiga laporan di Harakahdaily iaitu "Awang Adek, apa hubungan anda dengan Hong Cheong?", "Awang Adek-Hon Cheong: Banyak lagi akan didedah" dan "Awang Adek told to come clean over ties with businessman?".
Hanya Umno boleh guna masjid untuk kempen?
Harakahdaily, | 02 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Ketika Umno terus-terusan membuat kenyataan agar jangan menjadikan masjid sebagai gelanggang politik, para pemimpin Umno lah yang membuat aktiviti sedemikian.
(Ketua bahagian Umno Hulu Selangor menyampaikan sumbangan dalam beg BN di dalam masjid)
Di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Datuk Idris Abu Bakar berpolitik di dalam Masjid Felda Gedangsa Hulu Selangor.
Beliau menyampaikan sumbangan barangan kepada kumpulan sasarannya di masjid berkenaan dengan memasukkannya dalam beg berlambang dacing, logo BN.
Baru-baru ini, sekumpulan aktivis pro-Umno berhimpun di Shah Alam bagi menuntut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghalang ucapan politik dibuat di masjid dan surau di negeri itu.
Dalam memorandumnya mereka mendakwa, tindakan itu dilakukan oleh wakil rakyat PAS, iaitu anggota parlimen Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) serta exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali.
"Gelaran Yang Berhormat bukan tiket untuk mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu di surau dan masji," memorandum itu dipetik.
Manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan perbuatan menyampaikan ceramah politik di dalam masjid adalah haram di sisi Islam.
“Sebarang perkara yang boleh membawa kepada perpecahan umat Islam hendaklah dijauhkan dan dielakkan di bawa ke masjid termasuk berpolitik. Itu ajaran Islam.
“Politik sekarang boleh memecahbelahkan umat dan haram hukumnya berceramah politik di masjid. Masjid adalah tempat umat Islam bersatu, melakukan ibadah,” katanya.
Ahli Jawatankuasa Surau dan Masjid, seluruh Wilayah Persekutuan, khususnya di Lembah Pantai pula diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menggunakan ruang ibadah itu di bulan Ramadan nanti untuk tujuan politik.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, gesaan itu bukan hanya ditujukan buat parti pembangkang tetapi juga parti kerajaan.
Menurutnya, terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyasarkan surau dan masjid untuk kepentingan politik.
“Saya minta jangan guna surau dan masjid buat program tazkirah berbaur politik dan memfitnah sesiapa.
“Jangan kerana pilihan raya sudah dekat, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan mengedarkan risalah, memfitnah, tazkirah memburukkan sesiapa pun,” katanya selepas majlis itu.
Rakyat tak keliru walaupun 2 tema Merdeka- Anwar
Muhamad Faizal, | 02 Ogs 2012 |
"Bagi saya tidak timbul sebarang kekeliruan dari rakyat apabila terdapat dua tema yang berbeza kerana semua rakyat telah menilai tema yang dikemukakan oleh kerajaan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Anwar menjelaskan demikian ketika ditanya berhubung dengan tema alternatif sambutan Hari Kemerdekaan yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat semalam.
Semalam, Jawatankuasa Pemilihan Tema yang dipengerusikan Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said mengumumkan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" sebagai alternatif kepada tema 'Janji Ditepati' yang dicadang kerajaan.
Ia kerana tema 'Janji Ditepati' itu mengambil slogan kempen jelajah BN yang disifatkan terlalu politik kepartian dan tidak relevan.
Dalam pada itu, Anwar berkata empat negeri di bawah Pakatan Rakyat akan terus menggunakan tema alternatif itu jika kerajaan tetap berdegil untuk meneruskan tema Janji Ditepati itu.
Beliau pasti bahawa tema yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat dapat diterima oleh segenap rakyat kerana maksud yang diutarakan khusus untuk semua dan bukannya kepentingan politik Pakatan Rakyat.
"Bagi saya tema untuk sambutan kemerdekaan tidak sepatutnya menjurus kepada agenda politik sepertimana dilakukan oleh Umno-Barisan Nasional.
"Jelas tema janji ditepati adalah agenda politik yang mereka bawa di seluruh negara, tema perlulah khusus untuk semua peringkat sebab ia adalah program nasional bukan parti," kata Anwar.
MerdekaReview menamatkan operasi
MerdekaReview, | 02 Ogs 2012 |
Di samping itu, MerdekaReview edisi bahasa Cina akan menamatkan operasinya pada 31 Ogos 2012.
MerdekaReview dilancarkan pada 31 Ogos tahun 2005, dengan edisi bahasa Cina sahaja. Empat tahun kemudian, MerdekaReview menyediakan edisi Bahasa Malaysia sebagai medium untuk pembaca yang tidak fasih bahasa Cina.
Dengan hanya seorang editor, edisi bahasa Malaysia memberi lebih tumpuan untuk menterjemahkan tulisan yang disiarkan dalam MerdekaReview edisi bahasa Cina, selain laporan aktiviti politik, forum dan wawancara tertentu.
Di samping itu, beberapa orang kolumnis turut menyumbang untuk memperkayakan kandungan MerdekaReview dari masa ke masa.
Namun demikian, segala-galanya terpaksa dibubuhkan noktah, apabila MerdekaReview gagal membebaskan diri dari masalah kewangan.
Pada Mei 2011, MerdekaReview mengalami krisis kewangan setelah penaja tidak lagi menyuntik dana untuk melanjutkan operasi media ini.
Kempen "Selamatkan MerdekaReview" telah diadakan ketika itu untuk mengutip derma bagi melanjutkan hayat MerdekaReview.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang menawarkan bantuan dan menyumbang sepanjang tempoh itu.
Malah edisi bahasa Cina Malaysiakini telah bekerjasama dengan MerdekaReview kemudiannya untuk "pelan langganan bersama" (melayari kedua-dua laman dengan satu harga), menjana pendapatan untuk menampung kos kedua-dua media internet.
MerdekaReview merasai sokongan yang hangat dari pembaca. Namun demikian, pendapatan yang diperolehi daripada pelan langganan gagal menampung semua kos perbelanjaan yang diperlukan untuk meneruskan operasi media ini.
Sepanjang tempoh setahun yang lalu, kami cuba mencari pelabur, penaja dan penyumbang dana sebagai jalan alternatif untuk menyokong dari segi kewangan, namun kami gagal menemui pelabur dan penaja yang sesuai.
Dengan kekangan kewangan sedemikian, kami berdepan dengan masalah untuk mengekalkan pasukan editorial yang asal, pada masa yang sama gagal menarik orang baru untuk menyertai pasukan kami.
Saban hari kami berdepan dengan lambakan isu yang perlu diberi liputan, sementara berhempas-pulas untuk mencari sumber dana.
Keadaan ini berlanjutan, sehingga kami mendapati agak sukar untuk mengekalkan kuantiti dan kualiti tulisan di MerdekaReview.
Untuk mengelakkan ia terus menjadi beban yang semakin berat, maka kami terpaksa membuat keputusan untuk menamatkan operasi MerdekaReview.
Sekali lagi, MerdekaReview merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penulis dan pembaca yang menyokong kami sepanjang ini, malah media lain, khususnya Malaysiakini yang sudi bekerjasama dengan kami untuk "pelan langganan" - yang melanjutkan hayat MerdekaReview sehingga saat ini.
Kami memohon maaf kerana gagal meneruskan perjalanan ini. Namun kami mendoakan agar rakan seperjuangan kami terus mara ke depan dalam perjuangan kebebasan bersuara dan pendemokrasian politik.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
MerdekaReview
5 matlamat reformasi dasar automatif negara
Muhammad Faizal, | 02 Ogs 2012 |
Bercakap pada sidang media hari ini, beliau menjelaskan matlamat pertama reformasi dasar automatif adalah untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat dalam tempoh lima tahun serta menyemak peraturan dan kadar yang dikenakan Bank bagi pinjaman kereta.
Bagi matlamat kedua katanya, bagi menjamin supaya nilai kereta sedia ada dan terpakai tidak jatuh merudum.
Manakala matlamat-matlamat lain adalah seperti mengimbangi keperluan hasil negara itu pengenalan sistem bidaan permit import (AP) mengikut kategori kenderaan, menjamin kebajikan pekerja-pekerja industri automotif serta mengurangkan jumlah kenderaan persendirian iaitu dengan menjadikan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap di rantau Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun.
"Tumpuan akan diberikan kepada sistem pengangkutan awam yang tidak menelan belanja yang besar tetapi dibuktiken berkesan.
"Ia termasuklah penstrukturan semula KTMB dan juga sistem rangkaian Bas," tambah Ketua Pembangkang itu lagi.
Anwar yakin kerangka dasar automotif negara yang baru ini adalah permulaan kepada reformasi menyeluruh sistem pengangkutan negara yang bermula dengan keutamaan mengurangkan beban rakyat.
Beliau menjelaskan, kerangka dasar automotif yang diutarakan ini akan dilaksanakan seiringan dengan pengangkutan awan yang lebih cekap dengan kadar yang munasabah sepertimana yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat.
Menurutnya, rakyat Malaysia telah menanggung hutang dan terbeban dengan kos pengangkutan yang berganda sejak sekian lama, maka telah tiba masa untuk menghentikan ketidakadilan ini dengan merombak dasar automotif negara demi rakyat.
PAS Selangor kunjungi Haron Din
Harakahdaily, | 02 Ogs 2012 |
(Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani berbual intim dengan Dr Haron Din)
BANGI: Pesurujaya PAS Selangor, Dr Rani Othman bersama Ahli-ahli Badan Perhubungan PAS Selangor membuat kunjungan mesra ke kediaman Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini.
Kunjungan ini disifatkan membuahkan banyak input kepada rombongan tersebut.
Selain bertanyakan tentang kesihatan Dr Haron Din, turut meminta pandangan beliau mengenai berbagai isu yang ditimbulkan oleh parti pembangkang di Selangor.
Turut serta dalam kunjungan ini ialah Timbalan PJ 3 Ustaz Salehin Muhyi, Setiausaha Perhubungan Khairudin Othman, Ketua Lajnah Kebajikan Ustazah Maryam, ADUN Bangi Dr Shafie dan beberapa pimpinan PAS yang lain.
Haron berehat di rumah sejak beberapa bulan lalu selepas menjalani pembedahan jantung di Amerika.
(Rombongan PAS Selangor bergambar kenangan dengan Dr Haron di rumahnya)
Mahasiswa Kuis desak RRSB turun yuran asrama
Harakahdaily, | 02 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR:
Gerakan Demi Mahasiswa KUIS (DMK) mendesak agar pihak bertanggungjawab
menangani masalah yuran asrama Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (Kuis).
Koordinator DMK, Azrul Tahir (gambar) berkata, setelah selesai dialog mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) bersama mantan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor Rafizi Ramli pada 31 Julai lalu memberi pencerahan kepada mahasiswa terhadap kondisi sebenar kenapa yuran asrama dikenakan cas yang mahal.
Hasil pertemuan dialog itu, katanya Syarikat Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) sewajarnya segera memberhentikan kadar nilai yang tinggi itu supaya mahasiswa dapat membayar yuran dengan harga yang berpatutan.
“Kami mahasiswa KUIS tidak sesekali akan undur jika yuran asrama masih dikenakan cas nilai yang tinggi oleh pihak RRSB kepada harga yang rendah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, jelasnya pihak RRSB wajar mendengar rintihan daripada mahasiswa tatkala kebajikan mereka dicabul malah menjadikan pendidikan sebagai perniagaan.
Katanya, jika benar pihak terbabit mewakili rakyat bagi Adun Permatang yang prihatin kenapa hak kebajikan pelajar ditekan dengan nilai yang tinggi.
“Bukankah janji ditepati itu sebagai asas kerajaan Umno membela hak rakyat?
“Apakah dengan yuran asrama Kuis masih nilainya tinggi ini sudah membuktikan yang kerajaan Umno sudah tepati janjinya kepada kebajikan dan hak rakyat dan pelajar?” tanya beliau.
Oleh yang demikian, katanya DMK dan Solidiriti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak agar pihak bertanggungjawab menangani masalah itu dengan segera.
“Kami DMK akan mengumpul segera tandatangan (referendum) seluruh mahasiswa, tenaga pengajar, dan pihak pentadbiran sebagai tanda sokongan kami warga Kuis yang komited terhadap penurunan harga yuran asrama,” katanya.
KUALA LUMPUR: Penyiasat persendirian penuh kontroversi P Balasubramaniam (gambar),
yang satu ketika dulu pernah membuat 2 kenyataan bersumpah mengenai kes
pembunuhan Altantuya, kembali menceritakan bagaimana beliau
memperdayakan sogokan kali kedua sebelum pilihanraya negeri Sarawak.
Dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini, Bala berkata beliau cuba disogok seminggu sebelum pilihanraya negeri Sarawak oleh orang-orang yang mengugut beliau.
Beliau akan dibayar sejumlah wang untuk membuat kenyataan bersumpah kedua oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan seorang anggota polis bernama Sureh.
Kenyataan bersumpah kedua beliau adalah untuk menidakkan kenyataan bersumpah pertama beliau yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya dengan mendakwa beliau membuat kenyataan bersumpah itu dalam keadaan tertekan.
Bala telah melarikan diri bersama keluarga ke India selepas kenyataan kedua dibuat.
Dalam sogokan terbaru sebelum pilihanraya negeri Sarawak, Bala berkata beliau disuruh membawa satu kenyataan untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau dibayar oleh Anwar dan pemimpin PKR untuk membuat kenyataan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib.
Ketika itu juga, blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin turut muncul di kaca TV3 dalam satu temubual di Australia menyerang Anwar.
Menurut Bala, beliau dihubungi Deepak dan Suresh melalui kawannya Siva.
Suresh, kata Bala terus mengganggu isterinya setelah diberitahu bahawa beliau tidak berminat berjumpa dengan sesiapa.
Atas nasihat peguamnya, Americk Sidhu yang menyuruhnya cuba untuk mendapatkan apa-apa bukti untuk perlindungan diri, Bala bersetuju bertemu dengan Deepak dan Suresh.
“Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square dan selepas ini semua ok, dan kita akan bagi kamu kembali dan kemungkinan akan bagi kamu satu projek,” kata Suresh kepada Bala.
Bala berkata sebagai balasan, beliau perlu membuat satu video dengan membaca satu kenyataan yang disediakan.
Kandungan kenyataan itu antaranya berkata beliau didekati Anwar untuk membuat penafian dalam kenyataan bersumpah kedua kerana diyakinkan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri sekejap masa lagi.
Anwar pula akan dikatakan telah membayarnya RM200,000 dalam bag dan RM50,000 setiap bulan.
Setelah beberapa ketika, Bala akhirnya membuat video tersebut ketika berseorangan dengan Deepak.
Suresh kemudian telah memasukkan RM100,000 ke dalam akaun isterinya, dan kemudian melalui Siva, Deepak dan Suresh juga memberikan satu salinan belian dan jualan sebuah kondo di Berjaya Times Square.
“Video itu telah selesai. Dan saya hanya perlu menghantarnya. Tapi saya menghantarnya ke peguam saya.
"Semasa Deepak hubungi saya, saya memohon maaf kerana tertekan butang yang salah dan terhantar ke peguam saya,” jelas Bala mengenai bagaimana beliau memperdaya Deepak dan Suresh.
Deepak melenting seperti yang dijangka – dan Bala telah merakam percakapan terakhir beliau dengan Deepak.
Ketika ditanya Malaysiakini adakah perkara itu disengajakan, Bala mengaku ya.
Bala berkata, beliau telah hilang segala-galanya ketika melarikan diri ke India dan ibunya meninggal ketika beliau berada di India.
Hanya selepas Najib menjadi perdana menteri, Bala berkata beliau dibolehkan membuat lawatan rahsia kembali ke tanahair.
Apabila ditanya mengenai perbualan telefon tersebut, Bala berkata beliau menyimpannya untuk keselamatan diri.
KUALA LUMPUR:
Selepas didakwa di bawah Akta Bafia bersama seorang pemberi maklumat,
Rafizi Ramli menubuhkan NGO pemantau pemberi maklumat (National
Oversight and Whistleblowers Centre) atau NOW.
NGO ini bertujuan untuk menjaga kepentingan pemberi maklumat selepas akta yang ditubuhkan kerajaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowers Protection Act) yang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat.
Rafizi dalam kenyataannya berkata, NGO ini mempunyai lima tujuan iaitu:
1. Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urustadbir, tata kelola (governance) dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);
2. Berfungsi untuk mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan yang berkepentingan awam;
3. Melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Fund) yang menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;
4. Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan; dan
5. Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.
Menurut beliau, negara telah menyaksikan beberapa perkembangan sihat dalam tempoh setahun yang lalu apabila ramai rakyat Malaysia tampil untuk memberi maklumat mengenai salahguna kuasa dan perlakuan rasuah yang berlaku.
Individu-individu yang tampil ini berhadapan dengan risiko yang besar, termasuklah risiko kewangan, pekerjaan dan keselamatan.
"Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Saudara Johari Mohamad yang hilang mata pencarian, diugut, disiasat dan akhirnya didakwa.
"Kos jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah dan kos guaman sudah tentu diluar kemampuan beliau," katanya merujuk kepada Johari yang turut didakwa bersama beliau ekoran pendedahan skandal NFC.
Kata Rafizi, sepanjang mengendalikan beberapa kes berkepentingan awam setakat ini, beliau berurusan dengan ramai rakyat Malaysia yang berani seperti Johari Mohamad.
"Mereka sepatutnya dilindungi oleh kerajaan. Sebaliknya mereka diburu, diugut dan didakwa oleh kerajaan. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowers Protection Act) yang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat.
"Saya percaya selepas ini, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus memburu pemberi maklumat untuk menutup mulut mereka," katanya.
(Rafizi dan Johari digari ke mahkamah sebelum di dakwa)
Pemburuan ini juga, katanya, bertujuan untuk mematikan bercambahnya budaya baru dalam masyarakat kita yang menggalakkan pemberi maklumat tampil ke hadapan.
Atas dasar itulah, beliau mengambil inisiatif untuk menubuhkan badan ini.
Badan ini telah didaftarkan dan akan beroperasi dari pusatnya di Sungai Besi.
Kelengkapan di pusat ini termasuklah kemudahan dewan latihan untuk menjalankan program latihan dan wacana yang berterusan.
NOW akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Ogos 2012, sehari sebelum Hari Kebangsaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia.
Kejayaan NOW dalam melindungi pemberi maklumat akan bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk menampung Dana Perlindungan Pemberi Maklumat.
"Oleh itu, saya mengalu-alukan sebarang bantuan dan sumbangan untuk mengisi tabung ini," kata Rafizi.
Maklumat akaun bank NOW adalah seperti berikut:
Akaun Maybank bernombor 562441603039 (Oversight & Whistleblowers Sdn Bhd)
Sebarang sumbangan akan membantu menyegarkan lagi proses mematangkan masyarakat dan membina kebertanggungjawaban awam di negara ini, jelas Rafizi lagi.
Koordinator DMK, Azrul Tahir (gambar) berkata, setelah selesai dialog mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) bersama mantan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor Rafizi Ramli pada 31 Julai lalu memberi pencerahan kepada mahasiswa terhadap kondisi sebenar kenapa yuran asrama dikenakan cas yang mahal.
Hasil pertemuan dialog itu, katanya Syarikat Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) sewajarnya segera memberhentikan kadar nilai yang tinggi itu supaya mahasiswa dapat membayar yuran dengan harga yang berpatutan.
“Kami mahasiswa KUIS tidak sesekali akan undur jika yuran asrama masih dikenakan cas nilai yang tinggi oleh pihak RRSB kepada harga yang rendah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, jelasnya pihak RRSB wajar mendengar rintihan daripada mahasiswa tatkala kebajikan mereka dicabul malah menjadikan pendidikan sebagai perniagaan.
Katanya, jika benar pihak terbabit mewakili rakyat bagi Adun Permatang yang prihatin kenapa hak kebajikan pelajar ditekan dengan nilai yang tinggi.
“Bukankah janji ditepati itu sebagai asas kerajaan Umno membela hak rakyat?
“Apakah dengan yuran asrama Kuis masih nilainya tinggi ini sudah membuktikan yang kerajaan Umno sudah tepati janjinya kepada kebajikan dan hak rakyat dan pelajar?” tanya beliau.
Oleh yang demikian, katanya DMK dan Solidiriti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak agar pihak bertanggungjawab menangani masalah itu dengan segera.
“Kami DMK akan mengumpul segera tandatangan (referendum) seluruh mahasiswa, tenaga pengajar, dan pihak pentadbiran sebagai tanda sokongan kami warga Kuis yang komited terhadap penurunan harga yuran asrama,” katanya.
RM200,000, banglo di London jika Bala sedia fitnah Anwar
Harakahdaily, | 02 Ogs 2012 |
Dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini, Bala berkata beliau cuba disogok seminggu sebelum pilihanraya negeri Sarawak oleh orang-orang yang mengugut beliau.
Beliau akan dibayar sejumlah wang untuk membuat kenyataan bersumpah kedua oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan seorang anggota polis bernama Sureh.
Kenyataan bersumpah kedua beliau adalah untuk menidakkan kenyataan bersumpah pertama beliau yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya dengan mendakwa beliau membuat kenyataan bersumpah itu dalam keadaan tertekan.
Bala telah melarikan diri bersama keluarga ke India selepas kenyataan kedua dibuat.
Dalam sogokan terbaru sebelum pilihanraya negeri Sarawak, Bala berkata beliau disuruh membawa satu kenyataan untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau dibayar oleh Anwar dan pemimpin PKR untuk membuat kenyataan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib.
Ketika itu juga, blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin turut muncul di kaca TV3 dalam satu temubual di Australia menyerang Anwar.
Menurut Bala, beliau dihubungi Deepak dan Suresh melalui kawannya Siva.
Suresh, kata Bala terus mengganggu isterinya setelah diberitahu bahawa beliau tidak berminat berjumpa dengan sesiapa.
Atas nasihat peguamnya, Americk Sidhu yang menyuruhnya cuba untuk mendapatkan apa-apa bukti untuk perlindungan diri, Bala bersetuju bertemu dengan Deepak dan Suresh.
“Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square dan selepas ini semua ok, dan kita akan bagi kamu kembali dan kemungkinan akan bagi kamu satu projek,” kata Suresh kepada Bala.
Bala berkata sebagai balasan, beliau perlu membuat satu video dengan membaca satu kenyataan yang disediakan.
Kandungan kenyataan itu antaranya berkata beliau didekati Anwar untuk membuat penafian dalam kenyataan bersumpah kedua kerana diyakinkan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri sekejap masa lagi.
Anwar pula akan dikatakan telah membayarnya RM200,000 dalam bag dan RM50,000 setiap bulan.
Setelah beberapa ketika, Bala akhirnya membuat video tersebut ketika berseorangan dengan Deepak.
Suresh kemudian telah memasukkan RM100,000 ke dalam akaun isterinya, dan kemudian melalui Siva, Deepak dan Suresh juga memberikan satu salinan belian dan jualan sebuah kondo di Berjaya Times Square.
“Video itu telah selesai. Dan saya hanya perlu menghantarnya. Tapi saya menghantarnya ke peguam saya.
"Semasa Deepak hubungi saya, saya memohon maaf kerana tertekan butang yang salah dan terhantar ke peguam saya,” jelas Bala mengenai bagaimana beliau memperdaya Deepak dan Suresh.
Deepak melenting seperti yang dijangka – dan Bala telah merakam percakapan terakhir beliau dengan Deepak.
Ketika ditanya Malaysiakini adakah perkara itu disengajakan, Bala mengaku ya.
Bala berkata, beliau telah hilang segala-galanya ketika melarikan diri ke India dan ibunya meninggal ketika beliau berada di India.
Hanya selepas Najib menjadi perdana menteri, Bala berkata beliau dibolehkan membuat lawatan rahsia kembali ke tanahair.
Apabila ditanya mengenai perbualan telefon tersebut, Bala berkata beliau menyimpannya untuk keselamatan diri.
Rafizi tubuh NOW bela pemberi maklumat
Harakahdaily, | 02 Ogs 2012 |
NGO ini bertujuan untuk menjaga kepentingan pemberi maklumat selepas akta yang ditubuhkan kerajaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowers Protection Act) yang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat.
Rafizi dalam kenyataannya berkata, NGO ini mempunyai lima tujuan iaitu:
1. Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urustadbir, tata kelola (governance) dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);
2. Berfungsi untuk mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan yang berkepentingan awam;
3. Melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Fund) yang menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;
4. Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan; dan
5. Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.
Menurut beliau, negara telah menyaksikan beberapa perkembangan sihat dalam tempoh setahun yang lalu apabila ramai rakyat Malaysia tampil untuk memberi maklumat mengenai salahguna kuasa dan perlakuan rasuah yang berlaku.
Individu-individu yang tampil ini berhadapan dengan risiko yang besar, termasuklah risiko kewangan, pekerjaan dan keselamatan.
"Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Saudara Johari Mohamad yang hilang mata pencarian, diugut, disiasat dan akhirnya didakwa.
"Kos jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah dan kos guaman sudah tentu diluar kemampuan beliau," katanya merujuk kepada Johari yang turut didakwa bersama beliau ekoran pendedahan skandal NFC.
Kata Rafizi, sepanjang mengendalikan beberapa kes berkepentingan awam setakat ini, beliau berurusan dengan ramai rakyat Malaysia yang berani seperti Johari Mohamad.
"Mereka sepatutnya dilindungi oleh kerajaan. Sebaliknya mereka diburu, diugut dan didakwa oleh kerajaan. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowers Protection Act) yang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat.
"Saya percaya selepas ini, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus memburu pemberi maklumat untuk menutup mulut mereka," katanya.
(Rafizi dan Johari digari ke mahkamah sebelum di dakwa)
Pemburuan ini juga, katanya, bertujuan untuk mematikan bercambahnya budaya baru dalam masyarakat kita yang menggalakkan pemberi maklumat tampil ke hadapan.
Atas dasar itulah, beliau mengambil inisiatif untuk menubuhkan badan ini.
Badan ini telah didaftarkan dan akan beroperasi dari pusatnya di Sungai Besi.
Kelengkapan di pusat ini termasuklah kemudahan dewan latihan untuk menjalankan program latihan dan wacana yang berterusan.
NOW akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Ogos 2012, sehari sebelum Hari Kebangsaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia.
Kejayaan NOW dalam melindungi pemberi maklumat akan bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk menampung Dana Perlindungan Pemberi Maklumat.
"Oleh itu, saya mengalu-alukan sebarang bantuan dan sumbangan untuk mengisi tabung ini," kata Rafizi.
Maklumat akaun bank NOW adalah seperti berikut:
Akaun Maybank bernombor 562441603039 (Oversight & Whistleblowers Sdn Bhd)
Sebarang sumbangan akan membantu menyegarkan lagi proses mematangkan masyarakat dan membina kebertanggungjawaban awam di negara ini, jelas Rafizi lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan