SEORANG rakan seperti yakin Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kerusi di Kerdau dan Merlimau. Alasannya kerana calon BN di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad seorang ustaz. Ilmu agamannya dianggap setaraf dengan pemimpin PAS. Manakala calon BN di Merlimau, Roslan Ahmad mempunyai keluarga besar dan dikenali ramai. Tanpa mengambil kira banyak isu yang membelit di kaki Umno dan Perdana Menteri, rakan tadi mempertahankan hujahnya. Katanya, apa isu sekali pun dibangkit PAS dan Pakatan, orang Melayu Felda akan buat seperti pekak badak sahaja. Mereka tidak kisah terhadap laporan Ketua Audit Negara mengenai hutang kerajaan BN Pahang sebanyak RM2.17 bilion. Mereka persyaitan Pahang mengalami defisit belanjawan 13 tahun berturut-turut. Apa yang mereka mahukan harga getah kekal lebih RM8 sekilogram sekarang. Harga sawit juga melonjak tinggi. Hari ini ada pekebun yang mendapat RM10,000 sebulan. ”Buat apa susah-susah undi parti lain lagi,” ujar rakan tadi. Peneroka Felda di Kerdau nampaknya lebih terpesona dengan pengumuman Datuk Seri Najib Razak melulus peruntukan RM10 juta kepada warga Felda di Kerdau. Mereka tidak ambil kisah kalau Pahang bankrap atau tidak. Pengundi Melayu di Felda seperti lupa pekan itu tidak berubah biar pun sejak merdeka berada di bawah ketuanan Umno. Masjid di Kerdau masih ada yang berdinding kayu. Kalau hendak dibandingkan dengan pekan Felda di Chiku, Gua Musang ia agak jauh berbeza. Begitu juga dengan pekan Paloh di bawah Kesedar. Kerdau pekan lama Kerdau masih lagi seperti pekan alakoboi. Tengok stesen kereta api dahulu lebih cantik berbanding sekarang. Jadi mengapa pengundi Melayu di Kerdau mahu mempertahankan status quo. Lebih baik mereka pilih wakil rakyat yang berani bersuara membawa masalah mereka ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun). Hassanuddin Salim boleh lakukan sekiranya pengundi sepakat mahu perubahan. Beliau sudah lama dikenali rakyat di Kerdau. Sudah dua pilihan raya beliau berusaha membawa paradigma baru buat rakyat di Kerdau, namun pengundi belum mampu tinggalkan Umno. Dan kali ini pusingan ketiga Hassanuddin tampil dengan harapan pengundi Kerdau ada sedikit kesedaran baru. Biar apa pun rakan yang rapat dengan Umno tadi melembutkan nada, PAS masih ada peluang kerana rakyat di akar umbi tidak kenal Ustaz Syed Ibra. ”Lagi pun kemunculannya kerana rapat dengan Datuk Seri Adnan Yaakub. Dia bertugas sebagai pegawai agama Menteri Besar. ”Namun dia bersikap elit sedikit. Cuma sekarang sahaja yang berlakon mesra dengan penduduk kerana mahu menarik simpati mereka,” ujar rakan itu. Apa yang diceritakan rakan terbabit berlainan dengan cerita yang dipaparkan media saban hari. Laporan media memberi wajah baru kepada Syed Ibra dan Abang Ron di Merlimau. Inilah peranan media harian berbahasa Melayu sekarang. Dahulu mereka diiktiraf kerana membawa suara menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Sekarang peranan media harian Melayu memastikan perjuangan Umno diterima orang Melayu. Maka tidak hairanlah kalangan wartawan akhbar harian yang berpangkalan di Kota Bharu juga dikhabarkan mencari jalan bagi ’mengkuburkan’ kerajaan PAS. Menjelang pilihan raya umum 2004, syarikat akhbar sama juga mencetus agenda serupa. Ada wartawan kanan yang dibawa khas ke Kelantan. Hebatlah petugas syarikat akhbar terbabit. Kalau benarlah apa yang dikata, sahlah akhbar berkenaan merupakan satu unit daripada tubuh badan Umno. Sedangkan sebelum ini kita hanya mendengar Umno dan parti kompenan BN yang mencipta agenda seperti itu. Lainlah Harakah kerana permitnya dilulus Kementerian Dalam Negeri sebagai akhbar milik parti. Malah perkataan ’Untuk Ahli PAS Sahaja’ diwajibkan KDN. Harakah dianggap seperti subversif oleh kerajaan BN. Buktinya kekerapan penerbitannya dipancung selepas undi Melayu berolak kepada Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999. Ketika itu KDN pantau Harakah seolah-olah akhbar itu pembawa ajaran sesat. Penerbitan lapan kali sebulan cuma tinggal dua kali sahaja. Nyonya baca Harakah ”Saya suka baca Harakah, ceritanya banyak betul,” tiba-tiba seorang wanita Cina meluahkan isi hatinya. Beliau ditemui ketika kebetulan datang membayar cukai bandar di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, dua minggu lalu. Ketika ditanya mengapa tidak membaca akhbar berbahasa Cina, kata perempuan Cina itu, ada juga sekali sekala beli Sin Chew Jit Poh. Nampaknya orang bukan Melayu lebih percayakan Harakah kerana akhbar harian katanya sama seperti sayap Umno. Begitu juga beberapa agensi kerajaan milik pusat di negeri ini. Kemas, Kesedar, Risda, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Kada dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) juga sama peranan dengan akhbar harian Melayu. Masing-masing ada pelan bagaimana hendak lemaskan kerajaan PAS di Kelantan dan Pakatan Rakyat di negeri lain. Kesedar tidak mampu sembunyikan lagi peranannya. Dua calon pilihan raya kecil di Kelantan pada tahun lepas dan 2009 ialah bekas pegawai Kesedar. Tuan Aziz Tuan Mat, calon BN di Dun Manek Urai bekas pengurus kilang Kesedar. Begitu juga Abdul Aziz Yusof, bekas penyelia Kesedar di RPT Sungai Terah menjadi calon BN di Galas. Pada hari mengundi pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009, Pemuda PAS Kuala Krai mendakwa pejabat Kesedar di Sungai Peria dijadikan tempat mengagihkan duit kepada penyokong BN. Jelaslah sekarang sebutlah nama akhbar harian berbahasa Melayu yang ada di negara kita, semuanya siap sedia menjadi alat kepada Umno dan BN. Sebuah akhbar lokal yang baru diterbit nampaknya cuba mempertahankan dasar kebebasan bersuara. Namun, riak-riak sikap bias pun sudah kelihatan. Akhbar harian juga sudah menghambur peluru tabur kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Kalau sebelum 2008, sasaran lebih terarah kepada Kelantan sahaja, namun kini melencong pula ke Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Serangan propaganda mereka dipertingkatkan lagi sekarang. Bukan sekadar isu tertentu yang diulang tayang, sebaliknya peluru dihala terus kepada tubuh badan pemimpin PAS. Tembakan mereka ke arah Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Peluru murah yang mereka dapat termasuk daripada bekas pensyarah, Ustaz Noor Idris dan Ustaz Abdullah Sa’amah dari Pondok Geting, Tumpat. Sekarang ada pula NGO yang dikenali sebagai Minda Pondok. Semuanya diperguna sebagai peluru bagi mencalar imej Menteri Besar Kelantan dan PAS. Tidak terhenti setakat itu, malah wartawan kanan akhbar Melayu yang didatang ke Kelantan menunding pena ke arah Tok Guru Nik Abdul Aziz. Kadang-kadang agenda setting mereka menjadi bahan ketawa orang kampung. Begitu juga dengan peperangan politik yang berlaku di Kerdau dan Merlimau sekarang. Media Melayu awal-awal lagi sudah julangkan Ustaz Syed Ibra dan Abang Ron. Kalau begitu eloklah akhbar harian Melayu tulis di halaman depan seperti Harakah, Hanya Untuk Ahli Umno Sahaja.
Nasrudin Tantawi | 1. ISA adalah satu akta yang zalim kerana menahan dan menghukum tanpa bicara. Begitulah dengan Saman Ekor yang yang dihantar notis samannya terus memaksa penerimanya membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah .
2. Jika seseorang ditahan dalam satu - satu sekatan jalanraya oleh pihak polis trafik ataupun JPJ dan kemudiannya surat saman dikeluarkan agar pemandunya menandatangani surat tersebut , pun tidak bermaksud pemandu itu mesti terus membayar saman tersebut .
3. Sebaliknya pemandu itu akan dihadapkan ke mahkamah . Tandatangan itu hanya persetujuan untuk hadhir ke pembicaraan di mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan dalam surat saman tersebut . Kecuali pihak pemandu mengambil langkah mahu menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan membayar kompaun . Itu pilihan yang ada .
4. Saman Ekor jelas menzalimi pengguna jalanraya . Pihak polis seperti mengendap - ngendap atau menyorok mahu mengenakan mangsa . Lalu surat saman dihantar ke rumah dan penerima mesti membayar saman tersebut jika tidak beberapa tindakan lain akan dikenakan seperti tidak boleh menyambung roadtax dan lain - lain .
5. Sepatutnya saman tersebut tidak menghukum rakyat atau pengguna jalanraya sebaliknya membawa mereka ke mahkamah untuk diadili sebab bukan satu kes kesilapan dan kekeliruan berlaku . Apa yang penting rakyat perlukan keadilan dan peluang mereka membela diri jika mereka merasakan mereka tidak bersalah .
6. Jika pihak polis mempunyai bukti yang kukuh , maka usah dirisau kerana pesalah tetap akan dihukum atau tidak terlepas dari hukuman justeru pihak polis mempunyai bukti yang kukuh . Apa yang kita maksudkan ialah memberi ruang proses keadilan itu berlaku .
7. Perkara kedua ialah kerajaan sepatutnya mengambil langkah mendidik rakyat atau pengguna jalanraya agar memandu dengan selamat dan mematuhi peraturan jalanraya . Pengalaman saya di Jepun , setiap kenderaan dibekalkan sejenis alat mengesan kelajuan dan alat itu akan mengeluarkan bunyi siren yang kuat apabila pemandunya memandu melebihi had laju yang dibenarkan .
8. Saya difahamkan bahawa kaedah di Jerman bagaimana beberapa buah kereta peronda polis akan berada di beberapa lokasi pada kadar setiap 5 ke sepuluh kilometer sebelum satu - satu sekatan atau tindakan dikenakan kepada pengguna yang masih melanggar peraturan jalanraya . Cara itu dilihat berkesan dan mengurangkan kadar saman dikeluarkan kepada pengguna jalanraya dan pengguna juga selamat .
9. Apa yang berlaku dalam negara kita seperti pihak berkuasa mahu mengenakan pengguna jalanraya . Malah perkataan " Jerangkap Laju " itu sendiri telah menggambarkan bahawa pihak berkuasa mahu memerangkap bukan mendidik pengguna jalanraya .
10. Pengamatan saya mutaakhir ini , hampir setiap kali menghadapi pilihanraya umum akan timbul isu seperti saman ekor ini . Seolah - olah kerajaan sedang memeras rakyat untuk mendapatkan wang saku kerajaan UMNO dan BN bagi menghadapi pilihanraya umum . Malanglah jika perkara ini benar . Jika begini , Saman Ekor telah menjadi ISA kedua negara untuk terus membelenggu rakyat dengan kezaliman menghukum tanpa bicara
Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan ------------------------------------ Nasrudin bin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Siri II: Betulkah PAS tiada isu di Kerdau? Dr. Dzulkefli Ahmad | Siri Ke II Selepas dua hari berkempen Menteri Besar tentunyalah telah menyesal membuat cabaran bahawa PAS tidak punya isu dalam PRK N28 Kerdau. Kenyataan tersebut kini ternyata meleset. Sidang Akhbar semalam telah kami mula dedahkan pelbagai kebejatan serta ketempangan pengurusan kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau. Beliau masih belum menjawab apa-apa dakwaan kami.
Kami akan terus mengkisahkan tentang beberapa lagi kepincangan ini termasuk syarikat-syarikat yang menyaman kerajaan negeri seumpama tuntutan saman bernilai RM 63 juta oleh syarikat Seruan Gemilang Makmur yang telah pun diarah bayar oleh mahkamah. Semacam telah jatuh ditimpa tangga kerajaan Adnan Yaakob kini berdepan pula dengan saman dari dua buah syarikat lagi iaitu Spag’n Plantation Sdn. Bhd [ RM 209 juta ] dan Upayapada (M) Sdn Bhd [ RM 24 juta ] . Kesemua saman ini melibatkan kes pembalakan.
Sidang ahkbar hari ini kami terus mendedahkan pelbagai perlakuan salah guna kuasa pemimpin Umno/BN Pahang khususnya dalam tempoh berkempen di PRK N28 Kerdau ini serentak menggambarkan betapa tertekannya Umno berhadapan dengan rakyat yang lebih matang dan bermaklumat. Tidak mudah menggula-gula rakyat kini, kecuali pengundi yang tidak terdedah selain dari makulmat media perdana Barisan Nasional.
Kempen kam telah membuktikan bahawa DUN Kerdau jauh terpinggir dalam arus pembangunan negara. Justeru kerana kegagalan merancang pembangunan terdahulu dari PRK ini, maka Perdana Menteri dan Menteri Besarnya amat tertekan untuk meyakinkan pengundi di Kerdau supaya menyokong calon mereka.
Buat pengetahuan semua, janji yang dibuat dalam pilihanraya kecil Sanggang pada tahun 2000 bagi membekalkan air bersih di kampong orang Asli Paya Sendayan gagal ditunai sehingga kini. Pada PRK kali ini, PM sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikan taraf loji air Batu Sawar. Tindakan membekalkan air 3 hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka.
Sesungguhnya bekalan air bersih bukan sahaja tidak ada di kampung orang asli bahkan 10 kampung tradisi di pinggir sungai termasuk Kampung Galok, Galok Kecil, Telok Santong, Desa batu Purun, Paya Perak, Paya Sendayan, Dingkir, Kerai, Pulau Pasir Mandi dan Batu Sawar. Najib dan Adnan buat apa selama ini. Ingatkan hanya pedalaman Sarawak dan Sabah sahaja yang tidak ada bekalan air bersih! AstaghfirulLah! Ini lah tradisi membela rakyat. Terima Kasih Umno/BN!
Justeru kerana itu, maka tepatlah tuduhan rasuah dan membeli undi rakyat oleh pimpinan tertinggi Umno/BN apabila Perdana Menteri sendiri melakukannya dihadapan umum tanpa segan silu dengan menyatakan bahawa ”Saya bukanlah hendak membeli undi. TETAPI kalau kamu menyokong kami (BN), saya akan tambah lagi peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu tunjukkan sokongan kepada BN terlebih dahulu”.
Ya lah, dah tak buat kerja selama hari ini, mestilah segera hendak menangi hati-budi pengundi. Maka berikan sogokan mee-segera. Sampai Qiyamatlah orang Kerdau dan orang Kulau Krau bahkan Pahang di takok ini,kalau bersedia disogok dan dikelabui mata mereka dengan segala ‘sogokan’ rasuah ini.
Ucapan ini mengingatkan rakyat apa yang juag diucapkan oleh Perdana Menteri dalam PRK Sibu dengan kata-kata rasuah beliau ”You help me, I help you!”. Sebagaimana pengundi di Sibu bijak menilai lantas menolak sogokan tersebut dengan terus memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, demikian juga harapan kami kepada pengundi DUN Kerdau.
Kerana terdesak bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal, PM secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampong Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu.
Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hampers dan makanan yang diedar di kampong Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM dan 100 kotak pemberian makanan yang dihiasi gambar Najib dan Shahrizat dengan slogan “Mengakhiri Zaman Miskin”. Boleh kah begitu sahaja?
PAS mengharapkan satu tindakan tegas mesti diambil oleh pihak SPRM dan SPR yang terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya (1954). Rakyat wajar memilih calon PAS bagi mengejutkan pemimpin Umno/BN dari tidur mereka yang terlalu lama. Mereka akan melutut kepada rakyat sebaik sahaja PAS menang dan rakyat akan terbela. Itu resipi mujarabnya untuk Umno/BN yakni kalahkan mereka!
Dewan Pemuda PAS negeri telah membuat laporan Polis, SPRM dan SPR atas pelanggaran Akta Pilihanraya.
Adnan masih percaya PAS ketandusan modal untuk berkempen? “Pepatah Bahasa Inggeris ada menyebut: “Orang yang tinggal dalam rumah kaca, jangan baling batu”. Anda silap Adnan! Anda cari nahas sendiri. |
Bob Lokman, Cikgu Mala di Pokok Sena Mohd Shubihi Muhamad Zain | POKOK SENA, 2 Mac: Edisi ketiga Karnival Kedah Sejahtera PAS Kawasan Pokok Sena yang dipenuhi aktiviti dan program rakyat bakal menemui penduduk di daerah ini bermula hari ini. Pembukaannya akan disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dijadualkan berlangsung di Dataran Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, dekat sini, harini. Setiausaha Jawatankuasa Penganjur, Mohd Riadzuddin Musa berkata, program ini bertujuan menyampaikan mesej kepada rakyat tentang pembaharuan dan perubahan yang dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang tiga tahun memerintah negeri Kedah. Di samping itu katanya, program ini akan memberikan banyak impak berguna dan rakyat akan mendapat maklumat yang tepat berkaitan perkembangan dan pembangunan negeri. "Seperti dua edisi terdahulu, program ini juga diyakini akan mengeratkan hubungan antara pimpinan dan pentadbir kerajaan negeri bersama masyarakat menerusi penganjuran pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada rakyat. "Penyusunan aktiviti dan program adalah bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat dan harapan kami karnival ini akan dapat mewuujudkan suasana harmoni dan muhibbah antara masyarakat berbilang kaum serta pimpinan kerajaan negeri," ujar beliau. Karnival empat hari itu turut menampilkan pimpinan Pakatan Rakyat seperti Mohamad Sabu, Saifuddin Nasution, Dr Mariah Mahmud dan Anthony Loke di pentas ceramah perdana yang akan berlangsung pada setiap malam. Bob Lokman dan bekas calon PAS di Tenang, Normala Sudirman antara yang dijadualkan bersama pengunjung pada malam penutup.
Nasir Zakaria: Himpunan Bersih 500K akan disambut Nasir Zakaria | Sekonyong-konyong terbit arahan terbaru Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia; Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan himpunan terbesar dalam sejarah Negara Malaysia Moden. Saya berada di Kuala Lumpur ketika tempias reformasi Indonesia merembat keluar ke Malaysia.
Kejatuhan Suharto hampir sempena pemecatan Anwar menggerakkan massa yang luar biasa. Kerajaan BN buat kesekian kali tergugat. BN Terengganu hilang kuasa, BN Kelantan merana pada PRU 99.
BN kembali kukuh 2004. Himpunan Bersih 10 November 2007, (gambar) membangkitkan rakyat dari lena. PRU 2008, BN makin goyah. Rakyat mula sedar kesilapan terlalu lama mengekalkan BN di tampuk kuasa. Rakyat lihat perubahan besar sikap pemimpin pasca PRU 2008.
2011 tanggal 19 Februari, sekali lagi massa digerakkan. Kali ini belia dan golongan muda. 30 ribu dipandang sukar buat kami untuk himpunkan seramai itu pemuda.Tanpa wang, duit minyak kecuali makan. Mereka perlu membayar yuran. Namun, kita merancang, tuhan menentukan. Bukan setakat 30 ribu, malamnya dikira lebih ramai. Anggarannya 40 ribu. Saya saksikan dari atas pentas deretan manusia.Saya pengerusi pada siangnya. saya tahu dan saksikan dari atas pentas pada malamnya.
Noktah Satu: Pemuda Kedah akan sambut arahan itu. Kami akan gembeling tenaga massa untuk berada di medan bersejarah Merdeka Square. Ia adalah arahan yang be’roh’kan demokrasi. Menuntut hak rakyat. Sesuai dengan ta’rifnya “Dari rakyat, untuk rakyat, kepada rakyat”. Ia ada semangat keadilan. Antara teras ajaran Islam.
Noktah Dua: Tetiba tanpa ribut dan taufan, Ketua Pemuda Umno Kedah bersuara di dalam Sinar Harian Edisi Utara bertarikh 1 Mac 2011. Tajuknya ganas dan anti demokrasi. Himpunan 500K Bersih 2 yang bakal kami adakan itu diselar oleh Ketua Pemuda Umno Kedah Sdr Badrul Hisham Hashim. Saya Ketua Penerangan Pemuda PAS kedah. Amat tidak wajar saya berdiam. Wartawan beberapa akhbar menghubungi saya. “Bagila sikit ustaz” kata salah seorang. Seorang teman tanya pandangan. Baik, saya perlu tanya pemimpin pemuda Umno itu, adakah beliau buta demokrasi… adakah perhimpunan itu melanggar prinsip demokrasi. Kalau ya, kenapa UMNO juga berdemontrasi. Adakah beliau takut dengan demontrasi oleh ahli beliau sendiri di hadapan Pejabat Umno Negeri. Saya dan rakan-rakan bimbang kenyataan beliau itu lahir dari pemimpin pemuda yang berada di dalam sebuah parti yang SUDAH MATI DEMOKRASINYA. Pemimpin lahir dari golongan kaya dan berharta. Ahli boleh dibeli dan dijual.
Noktah Tiga: Adakah beliau pernah memiliki mahupun memahami Perlembagaan Malaysia. Cuba baca dan faham. Ada dua andaian saya. Pertama beliau tidak faham. Kedua beliau MENENTANG perlembagaan dan semangatnya. Kedua-duanya adalah amat malang bagi pemimpin pemuda seperti beliau. Ketika Negara melangkah kehadapan, ada pemimpin yang berfikiran kebelakang. Ketika pemuda PAS bangun membina negara dengan segala upaya, adapemimpin pemuda BN yang cuba meruntuhkannya.
Noktah Empat: Adakah kenyataan beliau kepada media menunjukkan ketakutan yang luarbiasa pemuda UMNO kepada remaja yang menolak mereka. 30 ribu angka yang menggerunkan. Mereka adalah duta penerangan Pemuda PAS. Ketika UMNO sibuk dengan Gelombang Merah, pemuda PAS tanpa gelombangpun menghimpunkan 30 ribu. 100 ribu kuasa rakyat, lima negeri tumbang, majoriti Dewan Rakyat ternafi. Andainya 500 ribu, berapa negeri akan tumbang? Jutaan rakyat Mesir berkumpul dalam himpunan paling aman, rejim HosniMubarak TINGGAL SEJARAH!!
Noktah Lima: Ketua Pemuda Umno mendabik dada mengatakan kerajaan BN mengamalkan ketelusan dalam demokrasi. Sejarahny akerajaan BN ada azam. Usai Himpunan Bersih 2007, SPR ada komitmen untuk penggunaan dakwat kekal. RM 4 juta wang rakyat dibazirkan. Menjelang PRU 2008,ia menjadi bahan ketawa. Ada komitmen untuk bersihkan himpunan_30k.jpg
pendaftaran pemilih,meeberi kelayakan automatic kepada rakyat yang cukup umur, sampai sekarang ia hanya impian. Berkenaan pengundi pos…jangan cakap la, pengakuan saksi-saksi yang kita boleh kemukakan yang diarah memangkah BN atau tidak pernah berpeluang memangkah kertas undi. Kebebasan media? Cukuplah saudara Ketua Pemuda UMNO Kedah…
Noktah Enam: Dakwaan paling memualkan dimuntahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah apabila beliau menyebut tentang BN tidak pernah mengenepikan kepentingan rakyat. Skandal Scorpene, PKFZ, APCO,Pembelian jet tanpa enjin dan deretan senarai kecurangan itu menunjukkan ketelusan UMNO…?. Ketika dunia memerhatikan kepalsuan dakwaan itu, beliau membuat dakwaan bercanggah? Ketika pengkhianatan termasuk kepada Bangsa Melayu,agama dan Negara dilakukan berterusan.Saham-saham bumiputera berpindah tangan daripada kroni kepada bangsa asing, kuasa beli bumiputera semakin melemah, biasiswa seperti dijamin perlembagaan kepada bumiputera dihapus dan pelbagai krisis dimunculkan hasil pemerintahan 53 tahun pemerintahan BN. Saudara lihat sahaja kampong halaman saudara, PadangTerap, mahu saya bongkarkan senarai panjang penyelewengan, salahgunakuasa parti saudara. PPSMI yang membodohkan kaum kerabat saudara yang diperkenalkan oleh BN. Saudara tahu berapa ramai pelajar Padang Terap yang menjawab peperiksaan dalam bahasa Inggeris.. saudara tahu krisis social dan akhlak.. saya ada rekod dan bersedia buat kali kedua berdebat dengan saudara.
Noktah Tujuh: Beliau menyebut tentang niat kami berhimpun dan menggunakan isu-isu yang mewujudkan suasana yang logo_30k.jpg
tidak tenteram. Beliau “menasihatkan” pihak berkuasa mengambil tindakan tegas. Saya ingin tegaskan, tindakan BN yang menyalahgunakan demokrasilah yang mewujudkan tindakan tidak tenteram .Laksanakan demokrasi yang sebenar,dan kami tidak perlu berhimpun pun. Selesaikan tuntutan itu dan kamu jatuh dengan aman.. tanpa perlu kamu gerun lihat kami berhimpun. Saya juga ingin bertanya, sejak bila beliau menjadi “penasihat” pihak berkuasa. Adakah beliau maksudkan pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia? Adakah beliau tidak yakin dengan Polis, atau beliau sedang memberi arahan kepada pihak Polis. Pihak Polis tahu apa yang perlu dilakukan.
Noktah Enam: Ketua Pemuda UMNO perlu senaraikan janji-janji yang dikatakan Pakatan Rakyat belum selesaikan. Sa a berlapang dada dan mari kita sama-sama bina Negara dan negeri ini. ---------------------------------------------------------------- YB Mohd Nasir Zakaria adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah | |
Kempen Mesra Rakyat dicemari provokasi Hazayani Zakaria | JASIN, 2 Mac: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengulangi gesaan mahu semua parti yang bertanding pada PRK Dun Merlimau berkempen secara aman tanpa sebarang provokasi. Beliau mengulas mengenai kempen pada PRK Merlimau yang mula dicemari provokasi dan perbuatan khianat oleh pihak lawan. "Hari ini hari kelima kempen, kita lihat unsur keganasan dan provokasi masih berterusan. "Kenapa di Merlimau ini setiap kali ceramah PAS ada gangguan daripada pihak lawan. Ada sahaja sorakan yang sengaja dilakukan untuk memprovok penyokong PAS, seolah-olah sengaja dirancang," katanya. Salahuddin turut mempersoal kehadiran pihak polis yang ramai ke kawasan ini namun tidak mampu menangani perbuatan demikian. "Duit banyak habis dengan kos logistik mereka tapi isu jarak ceramah yang terlalu dekat antara PAS dan BN pun tidka boleh diselesaikan. "Apa fungsi mereka yang banyak menghabiskan wang rakyat tapi tak boleh kawal keselamatan?" soalnya. Menurutnya juga, PAS tidak keberatan untuk mengadakan pertemuan denagn Ketua Polis Melaka sekiranya perkara ini masih berterusan. "Kita sedang memberi perhatian untuk bertemu dengan pihak polis. Kita lihat sehingga malam ini, jika gangguan dan perbuatan khianat masih berterusan, kita tak keberatan untuk bertemu pihak polis bagi mencari jalan penyelesaian," katanya. Difahamkan, sehingga malam tadi sebanyak 10 buah motosikal dan 2 kereta penyokong Pakatan dirosakkan selain dua cermin kereta dipecahkan.
Dulu puja Bob Lokman, kini cuba hina pula Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS kesal dengan tindakan Umno BN yang didakwa menggunakan media memburukkan selebriti dan komposer terkenal, Bob Lokman yang berkempen untuk Pakatan Rakyat. Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Firdaus Mohd Jaafar berkata, Umno BN dan media sewajarnya menghormati pendirian sesiapa sahaja untuk menyokong dan menyertai mana-mana parti politik. Beliau mengulas laporan TV3 dalam Buletin 1.30 semalam yang didakwa cuba menghina Bob Lokman yang berceramah di pentas PAS dalam kempen PRK Kerdau. Laporan tersebut antara lain menyebut PAS tidak serius dalam kempen di Kerdau sehingga menggunakan artis dan menyiarkan visual petikan Bob Lokman sedang menyanyikan sebuah lagu di ceramah PAS. "Dulu TV3 puja Bob Lokman, tapi setelah dia masuk PAS, kita tengok mereka cuba hina pulak. "Bob memang dalam bidang seni, jadi dia gunalah kebolehan dia untuk sedarkan rakyat kembali kepada kebenaran melalui cara seni, tapi TV3 tak siar penuh ucapan dia," katanya kepada Harakahdaily. Bob Lokman menyertai PAS pada 19 Februari lalu ketika perogram Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS, anjuran Dewan Pemuda PAS di Kedah. Dalam majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Pesuruhjaya PAS negeri. Sejak berita Bob Lokman menyertai PAS tersebar secara meluas, beliau kini sering dijemput berceramah dalam program anjuran parti-parti dalam Pakatan Rakyat. "Kita harap Bob teruskan perjuangan, dan kita yakin ramai lagi artis akan berada di pentas Pakatan Rakyat pada masa akan datang," katanya. | |
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan