Selasa, 29 Mac 2011

MAMPU BERTAHAN DIKAWASAN DIWAKIL ITU SATU HAL....MAMPUKAH JUGA MEMPERTAHANKAN UMUR KITA....ITU JUGA MAHU KITA INGAT

PAS kekal haramkan jualan tiket loteri
Mac 28, 11 7:10pm


Pengharaman penjualan tiket judi loteri seperti 'big sweep' di Kelantan akan diteruskan selepas tindakan itu didakwa tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan.

NONEPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penasihat undang-undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan itu.

Katanya, keputusan dibuat selepas melihat semula pengharaman tersebut dari aspek perundangan sebaik diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Takiyuddin berkata, perkara tersebut juga telah dibincangkan pada mesyuarat exco hari ini dan mendapati ia selaras dengan Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan.

Undang-undang itu membolehkan kerajaan negeri memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya melaksanakan dasar yang ditetapkan.

NONEDi Kuala Lumpur, pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu kenyataan berkata beliau terkejut dengan keputusan kerajaan negeri Kelantan itu.

“Jelas, penasihat undang-undang diberikan nasihat salah bagi membuat pengumuman seumpama itu. Apa yang lebih membimbangkan adalah tiada alasan diberikan berhubung keputusan itu. Sebarang pendapat tanpa hujah tidak membawa sebarang pengertian,” katanya.

Sehubungan itu, Karpal menasihatkan penasihat undang-undang negeri Kelantan mendapatkan nasihat Peguam Negara sebelum membuat keputusan yang mungkin mengelirukan kerajaan PAS.Ku Li: Terburu-buru

“Jualan tiket loteri bukan sesuatu yang haram. Malah, perkara itu tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan ia pula tidak mengharamkan penjualan tiket loteri,” katanya.

Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor juga meminta kerajaan negeri supaya menarik balik larangan berkenaan yang didakwa telah menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat negeri itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan langkah kerajaan PAS itu sebagai tindakan terburu-buru.

umno 2007 tengku razaleigh ku li 081107"Kerajaan PAS Kelantan tidak sewajarnya bertindak secara keterlaluan kerana perjudian seperti itu adalah minat kaum Cina di Kelantan atau di mana-mana sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Umno cawangan Chalil, dekat Gua Musang, hari ini.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri itu bulan lalu.

Tengku Razaleigh, yang juga ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, setiap tindakan yang hendak diambil oleh kerajaan negeri itu hendaklah mengambil kira kepentingan kaum lain.

"Kita tidak menafikan fatwa yang dikeluarkan itu berdasarkan kepentingan agama Islam tetapi pada masa yang sama, kita harus melihat kepentingan kaum lain mengikut undang-undang," katanya.


Ceramah DNA: Siasatan ke atas PKR ditunda Rabu
Zaidatul Syreen Abdul Rashid
Mac 28, 11
3:03pm


Siasatan ke atas timbalan presiden PKR, Azmin Ali; ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari kerana mengadakan ceramah tanpa permit pada Jumaat lalu telah ditunda ke Rabu ini.

NONEPeguam Azmin, N Surendren ketika dihubungi Malaysiakini berkata siasatan yang dijadualkan di ibu pejabat polis Ampang terpaksa ditunda kerana Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa diperlukan hadir pada sidang DUN Selangor yang bermula hari ini.

Sidang DUN itu dirasmikan oleh Sultan Selangor di Shah Alam, pagi ini.

"Kami telah maklumkan kepada polis mengapa Azmin tidak boleh hadir untuk soal siasat hari ini dan mereka telah menjadualkannya Rabu ini,” kata Surendran yang juga naib presiden PKR.

Menurutnya, Azmin juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis yang didakwa menyalah-gunakan kuasa mereka.

NONE"Adalah salah bagi polis untuk menakut-nakutkan anak guam saya malam semalam. Kenapa melakukan ini pada tengah malam?” soal Surendren sambil mendakwa tindakan itu satu bentuk ganguan yang agresif.

Azmin tidak berada dirumahnya semalam apabila beberapa anggota polis berkunjung pada lewat malam semalam.

Menurut Surendran, Azmin, Saari dan Amirudin menghadiri ceramah pada Jumaat lalu. Azmin hadir sebagai ketua PKR Gombak, Amirudin pula adalah timbalannya di cawangan itu manakala ceramah tersebut diadakan di kawasan Saari.Tiada hak

NONEMerujuk kepada kejadian itu, Surendren berkata polis tidak berhak menyerbu dan menghalang ceramah itu dan soal mendapatkan permit tidak timbul.

“Anak guam saya (Azmin) adalah MP Gombak dan beliau mempunyai hak berada di situ. Polis tidak mempunyai sebarang alasan untuk hadir dan menghentikan cermaha itu.

“Semuanya menjurus bahawa ia arahan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Abdul Razak)... ia tindakan politik kerana beliau tahu ceramah itu mengenai dirinya dan mendiang Altantuya Shaaribu,” kata Surendren.

NONEPada kejadian itu, tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga ditahan polis.

Kekecohan berlaku semasa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berceramah pada majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang.






Agihan kerusi Pakatan: 23 kerusi masih buntu
Mac 28, 11 4:03pm


Pakatan Rakyat Sarajak telah berjaya mengagihkan 48 daripada 71 kerusi dewan undangan negeri Sarawak.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang mengesahkan DAP akan bertanding di 15 kerusi, sementara PAS diberi lima kerusi pada pilihan raya negeri itu, 16 April ini.

NONE"Kita berjaya memberikan keputusan muktamad tentang pembahagian kerusi pilihanraya ini di antara Pas, DAP dan PKR. DAP bertanding di kerusi majoriti pengundi Cina, 15 kerusi. PAS, lima dan yang lain itu PKR tetapi ada rundingan, pagi tadi antara pimpinan Snap dengan YB Azmin, petangnya disambung pula oleh YB Tian Chua," katanya.

Anwar juga berkata rundingan antara PKR dan Snap pula tidak akan melibatkan kerusi yang telah diperuntukkan kepada PAS dan DAP, dan PKR juga tidak akan berkompromi dalam hal ini.

Menurutnya lagi, semua keputusan kerusi dan pembahagiannya dilakukan oleh pimpinan negeri tersebut dan tugas jawatankuasa pusat parti hanya mengesahkan maklumat yang diterima dari Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak.

Tambah beliau, memandangkan keputusan dibuat oleh pimpinan parti maka pengumuman serta penetapan calon dan kerusi juga akan dibuat oleh parti masing- masing dan akan diumumkan di Sarawak nanti.

"Kita di sini hanya mengesahkan perundingan di peringkat negeri, pandangan dari DAP negeri, PAS negeri dan PKR negeri. Maka pengumuman itu wajar dilakukan di peringkat negeri," kata Anwar.

NONETimbalannya, Azmin Ali pula mengesahkan PKR akan bertanding di sekurang-kurangnya 24 kerusi manakala rundingan masih berlangsung berhubung tuntutan bertindih di 23 kerusi dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

Daripada jumlah berkenaan, katanya, tiada pertikaian bagi empat kerusi yang dituntut oleh Snap itu.

Adalah dipercayai rundingan juga berlangsung antara DAP dan PKR berhubung kemungkinan pertukaran kerusi.


MyKad bertindih: JPN, KDN gagal ketepi saman
Mac 28, 11 3:39pm


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak satu permohonan bagi mengetepikan saman kecuaian oleh seorang pemandu teksi yang mendakwa bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan dua kad pengenalan dengan nama dan nombor yang sama bagi individu berbeza.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng membuat keputusan itu, di kamar selepas mendengar hujah, bagi mengetepikan permohonan yang difailkan oleh bekas dan Ketua Pengarah JPN pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan.

NONEPeguam Yusfarizal Yusoff dan Mohamad Zaid Daud mewakili plaintif Mohammad Daud Salleh dan peguam kanan persekutuan Suhaila Haron mewakili keempat-empat defendan.

Yusfarizal memberitahu pemberita bahawa mahkamah mendapati wujud tindakan yang berasas untuk saman itu dibicarakan dan tidak diketepikan.

Beliau berkata mahkamah bersetuju dengan hujahnya bahawa penduaan kad pengenalan itu telah menimbulkan masalah kepada Mohammad Daud.

Yusfarizal berkata mahkamah menetapkan 24 April untuk pengurusan kes saman itu supaya defendan dapat memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman itu.

Pada 4 Jan, Mohammad Daud, 42, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan itu selepas mendapati JPN telah mengeluarkan kad pengenalan kepada orang lain dengan nombor yang sama beberapa tahun lalu.

Katanya apabila beliau pergi ke JPN bagi menggantikan kad pengenalan lamanya kepada MyKad pada 2005, beliau terkejut apabila jabatan itu memaklumkannya bahawa ada orang lain telah mengambil MyKadnya dengan nama dan nombor yang sama.

Selepas itu, JPN mengeluarkan MyKad dengan nombor yang baru kepadanya.

Bagaimanapun, MyKad yang baru itu tidak menyelesaikan masalahnya apabila beliau menerima beberapa saman trafik bagi sebuah kereta bukan miliknya dan diikuti dengan lebih banyak panggilan dari bank untuk pembayaran semula pinjaman kereta dan beliau menafikan ada membuat pinjaman sedemikian.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohammad Daud berkata beliau enggan menerima MyKad itu kerana beliau telah menggunakan kad pengenalannya yang lama untuk semua transaksi termasuk bank dan sijil kelahiran anaknya dan begitu juga dengan sijil nikahnya.

Katanya MyKad baru dengan nombor baru tidak akan menyelesaikan masalahnya kerana pihak ketiga masih menggunakan nombor kad pengenalannya dan namanya.

Dalam samannya, Mohammad Daud menuntut agar JPN membatalkan kad pengenalan pendua dan membuat satu pengisytiharan bahawa beliau mempunyai hak ke atas kad pengenalan lamanya.

Beliau juga menuntut ganti rugi teladan dari JPN berhubung kecuaian jabatan itu mengeluarkan dua kad pengenalan dengan nama dan nombor yang sama kepada orang yang berbeza sehingga menyebabkan beliau menghadapi masalah kerana ada individu lain menggunakan kad pengenalan lamanya.


Harian Malaysia - satu lagi projek Hata Wahari
Jimadie Shah Otman
Mac 28, 11
1:27pm


Dalam debaran menunggu kehadiran akhbar bebas Utusan Rakyat, presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari mengumumkan satu lagi 'projek' akhbar digitalnya Harian Malaysia.

Menurut Hata, akhbar berbayar 24 halaman itu dijadual diterbitkan bulan depan dan boleh dilayari di laman webnya http://www.harianmalaysia.my.

NONE"Sebagai wartawan, saya perlukan platform untuk menulis. Ini memandangkan Utusan Rakyat belum pasti lagi bila akan terbit kerana masih menunggu permit (daripada Kementerian Dalam Negeri," kata Hata (berbaju biru).

Hata yang bertindak sebagai penasihat editorial Harian Malaysia, mengumumkan kemunculan akhbar yang memfokuskan isu-isu masyarakat itu dalam laman Facebook beliau minggu lalu.

Wartawan kanan - yang sedang berdepan dengan siasatan dalaman majikannya Utusan Malaysia - bercita-cita menjadikan Harian Malaysia sebagai "jawapan kepada kebebasan media di Malaysia".

Akhbar Utusan Rakyat sebagai akhbar bercetak yang permitnya dipohon oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pada 4 Mac lalu - yang menamakan Hata sebagai ketua pengarang - setakat ini masih belum jelas statusnya.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hata menjelaskan, buat permulaan, Harian Malaysia akan diterbitkan seminggu sekali dan meliputi semua isu kecuali berita dunia dan perniagaan.

Untuk membacanya, pelayar dikenakan bayaran langganan sebanyak RM120 setahun atau RM60 untuk enam bulan, bersamaan RM10 untuk sebulan.

Hata masih enggan mendedahkan lanjut berhubung pemilik dan pasukan editorialnya buat masa ini kerana dia masih dalam peringkat perbincangan.

Berdasar naskhah contoh yang dimuatkan di internet, Harian Malaysia mengupas tentang kemampuan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membayar dividen sebanyak 6 peratus sebelum ini.



Mampukah Taib Mahmud terus bertahan?
Salhan K Ahmad
Mac 28, 11
3:24pm


Pilihan raya negeri Sarawak bakal berlangsung pada 16 April dan perhatian utama kini tertumpu kepada ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Abdul Taib membayangkan bahawa beliau akan bersara selepas pilihan raya tersebut diadakan namun beliau masih belum menyatakan tempoh masa yang tepat untuk berbuat demikian.

Malah, beliau juga tidak menamakan siapakah pemimpin yang akan menggantikan beliau untuk mengetuai pentadbiran negeri itu walau telah berkali-kali menyatakan bahawa beliau akan berundur.

Abdul Taib sebelum ini sekadar berkata, beliau mahu membentuk satu pasukan untuk mentadbir Sarawak daripada kader pemimpin didikannya terlebih dahulu sebelum berundur.

Di satu segi, Abdul Taib dapat mengelak daripada dilihat sebagai seorang pemimpin yang sudah berada di hujung karier politiknya apabila bertindak demikian.

Langkah itu juga mungkin akan membolehkan Abdul Taib mengelak daripada terus menerima asakan supaya berundur, sama ada dari Pakatan Rakyat mahupun daripada BN sendiri.

Namun tindakan Taib itu dikhuatiri akan memberi kesan ke atas kepercayaan pengundi untuk memilih BN semula dalam pilihan raya kali ini.

Tangkis dakwaan

Teka-teki pada masa ini adalah sama ada Abdul Taib akan kekal sebagai ketua menteri negeri itu selepas 30 tahun berkuasa.

Lebih-lebih lagi, Abdul Taib perlu berdepan dengan dakwaan demi dakwaan berhubung rasuah yang didakwa turut melibatkan anggota keluarganya.

Ini boleh dilihat melalui laporan di ruang Internet seperti laman web Sarawak Report yang giat memperincikan dakwaan berkenaan.

Abdul Taib telahpun memulakan usaha untuk menjelaskan dakwaan berkenaan melalui satu kempen bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan ke atas dirinya dan empayar perniagaan keluarganya.

Dalam satu wawancara video yang dimuatkan di portal Youtube, Abdul Taib antara lainnya menjelaskan mengenai modal permulaan untuk perniagaan hartanah anak perempuannya, Jamilah.

Empayar perniagaan di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada itu didakwa bernilai jutaan ringgit.

Penjelasan itu disasarkan kepada pengundi daripada kumpulan muda yang berpendidikan dan mempunyai akses kepada media baru. Pemerhati politik melihat, kumpulan pengundi ini lebih berani untuk melawan status quo.

Bagaimanapun, majoriti pengundi Sarawak berada di kawasan pedalaman yang masih belum banyak diliputi dengan perkhidmatan Internet.

Isu rasuah dalam kempen

Pemimpin daripada kem Pakatan pasti akan menggunakan isu dakwaan rasuah seperti itu dalam kempennya, namun ada pemerhati yang beranggapan bahawa dakwaan berkenaan tidak akan memberi kesan yang banyak dalam pilihan raya kali ini.

Majoriti masyarakat Dayak di kawasan pedalaman ini dikatakan lebih banyak terpengaruh dengan isu yang lebih praktikal seperti sara hidup dan bukannya isu 'abstrak' seperti rasuah.

Malah, ada pula di kalangan masyarakat berkenaan yang beranggapan bahawa seseorang pemimpin sememangnya patut terdiri daripada golongan kaya agar dapat menyalurkan bantuan kepada mereka.

Pandangan itu sendiri dipupuk oleh Abdul Taib, seperti yang dinyatakannya semalam ketika merasmikan satu majlis pecah tanah untuk membina sebatang jalan di Kuching.

Dalam laporan laman The Borneo Post itu Abdul Taib menyeru masyarakat yang bakal menerima manfaat daripada pembinaan jalan sepanjang 13.5 kilometer itu supaya tidak mengundi pembangkang.

Abdul Taib antara lainnya dilaporkan berkata, pengundi berkenaan akan menikmati kemajuan sekiranya mengundi BN.

Maka tidak hairanlah jika kalangan masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak itu berpandangan bahawa mereka perlu bersikap patuh kepada kerajaan.

Tiada ulasan: