Khamis, 17 Mac 2011

BILA RAKYAT BERI AMANAH...TETAPI TAK AMANAH...ZAMAN NI MUDAH UNTUK MEMBONGKAR SEGALA PENYELEWENGAN...MEREKA TAK TAKUT HUKUM ALLAH DIAKHIRAT....

Panel bebas Interlok tumbang, ahli India tarik diri
Jimadie Shah Othman
Mac 16, 11
6:53pm

Kemelut sekitar Interlok dilihat makin sukar diselesaikan apabila panel bebas yang mengkaji cadangan pindaan novel kontroversi itu kehilangan semua wakil daripada masyarakat India.

indian plight forum 391106 uthaya shankarDalam mesyuarat susulan mereka di parlimen selepas bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, ketiga-tiga wakil India dalam panel itu memilih berundur daripada badan yang dibentuk kerajaan itu.

Menurut penulis Uthaya Shankar SB (kanan), tindakan itu diambil setelah mendapati anggota penel lain berubah fikiran dengan menolak satu demi satu daripada kira-kira 100 pindaan yang dicadangkan mereka.

"Jadi, kami rasa dikhianati," katanya sambil menegaskan perkara itu sudah pun disepakati dalam perbincangan mereka sebelum ini.

Selain Uthaya, dua lagi anggota yang mewakili masyarakat India adalah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.

dr shamsul amriAwal petang tadi, panel lapan orang yang diketuai pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Shamsul Amri Baharuddin (kiri) mengadakan pertemuan tertutup dengan Muhyiddin bagi membentangkan hasil perbincangan mereka.

Ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Uthaya menjelaskan, selepas membentangkan cadangan mereka kepada timbalan perdana menteri, semua pihak sepakat menggugurkan perkataan "paria" dalam novel itu.

Muhyiddin: Terlalu banyak...

Bagaimanapun, menurutnya, Muhyiddin menyifatkan cadangan melibatkan kira-kira seratus pindaan itu terlalu banyak dan minta ia dikurangnya.

"Beliau (Muhyiddin) selepas itu beredar. Kami pun terus berbincang semula sehingga tiga jam. Tetapi semua (cadangan asal) dibantah," katanya dengan nada tidak puas hati.

NONEDitanya tentang butiran perbincangan hari ini, Uthaya menjelaskan, ia antaranya mengenai pengguguran peribahasa India yang salah, ejaan "tali" yang merujuk kepad ikatan perkahwinan masyarakatnya dan penggunaan huruf "t" besar bagi merujuk kepada Tuhan bukan Islam.

"Kata mereka (semua penggunaan) itu tidak sensitif. Mana mereka tahu sensitif atau tidak?

"Kami masyarakat India, kami tahulah mana yang sensitif, mana yang tidak," kata novelis dan penulis cerpen terkenal itu.

Uthaya bagaimanapun enggan menyifatkan tindakan itu sebagai satu protes sebaliknya hanya mengambil tindakan yang "sepatutnya".

"Kami dibawa masuk bagi melihat perkara yang sensitif bagi masyarakat India. Jadi, kalau kami tidak ada, tidak tahulah," jawapnya ketika ditanya pandangannya sama ada panel tersebut boleh dianggap telah tumbang.

Penarikan diri ketiga-tiga mereka menyebabkan panel itu terpaksa menamatkan sidang mereka, tambah Uthaya.

Pemilihan PAS: Tumpuan kini pada Mat Sabu
Abdul Rahim Sabri
Mac 16, 11
3:06pm


Mata kini tertumpu kepada bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu sebagai calon yang berpotensi merebut jawatan nombor dua dalam pemilihan PAS yang dijadual berlangsung Jun ini.

Malaysiakini difahamkan sudah terdapat pertemuan di kalangan pemimpin tertentu yang berusaha memberi laluan kepada Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bertanding kali kedua merebut jawatan berkenaan.

NONEMalah, menurut sumber, sudah ada kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat keputusan mencalonkan Mohamad merebut 'kerusi panas' itu.

Ibu pejabat parti Islam itu menetapkan tarikh mesyuarat agung dan pemilihan bagi 179 kawasannya bermula semalam hingga 10 Mei ini.

Dalam pemilihan PAS dua tahun lalu, Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Selepas pengumuman itu, Mohamad tidak menolak kekalahannya mungkin disebabkan pepecahan undi dengan penyokong Husam.

Kali ini, Mohamad dilihat yakin dan bersedia apabila dalam masa dua minggu lagi, beliau akan mengumumkan pendirian sama ada bertanding ataupun tidak bagi jawatan berkenaan.

Umum awal April

Ditanya Malaysiakini mengenai masa yang sesuai untuk beliau mengumumkan pendiriannya, Mohamad berkata:

"Tengok awal bulan April ini. Tak lama dah... Awal bulan April, telefon semula," katanya sambil memberitahu perlu mendapatkan maklum balas rakan-rakannya terlebih dahulu.

nasharuddin mat isa husam musa mat sabu 050607Jika Mohamad bertanding, beliau dijangka berdepan dengan beberapa tokoh yang disebut-sebut bertanding antaranya naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam masa yang sama, Nasharuddin sebagai penyandang kerusi itu kini dikatakan tidak akan mempertahankan jawatan itu manakala sumber mendakwa Husam pula akan memberikan laluan kepada Mohamad.

Kedua-dua mereka bagaimanapun setakat ini belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung pendirian mereka.

Mohamad dikatakan antara pemimpin yang cenderung anti kepada idea kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan Nasharuddin dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berdasarkan peraturan parti, setiap calon perlu mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan di peringkat kawasan bagi melayakkan bertanding dalam mana-mana jawatan dalam parti.


Pemantau media jangka lebih sekatan di internet
Aidila Razak
Mac 16, 11
5:45pm


Kumpulan pemantau kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menjangkakan kawalan lebih ketat ke atas internet apabila Malaysia menuju ke arah pilihan raya ke-13.

Dalam laporan tahunannya yang berjudul 'Internet Enemies' atau 'Musuh Internet' kumpulan pemantau itu berkata tidak mungkin kerajaan mengurangkan tekanan khususnya kepada penulis internet dan blog kerana ia dilihat sebagai “sumber yang lebih berwibawa berbanding media tradisional” di Malaysia.

NONERSF berkata internet di Malaysia membekalkan “perbicangan dan landasan bagi berdebat yang tiada bandingannya” dan “ubat paling mujarab bagi menentang penapisan sendiri” yang dilakukan oleh media tradisional kerana gentar lpermit yang diberikan menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ditarik balik.

“Penulis blog Malaysian masih ditekan tetapi mendapat sokongan di kalangan rakyat yang tidak lagi berpuas hati dengan versi rasmi 'sesuatu kenyataan', kata laporan yang dikeluarkan pada Hari Menentang Penapisan pada 12 Mac lalu.

“Dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, cengkaman pihak kerajaan ke atas penulis blog dijangka semakin kukuh.”
Helikopter tentera gugur air atas reaktor
Mac 16, 11 6:25pm


Usaha untuk membendung kemalangan nuklear paling teruk di dunia sejak Chernobyl, kini membabitkan penggunaan helikopter tentera untuk menggugurka air ke atas loji nuklear Fukushima.

Petuga diarahkan keluar sekejap dari loji tersebut selepas tahap radiasi semakin meningkat - satu perkembangan yang menunjukkan krisis tersebut kini sukar dikawal.

NONE"Kira-kira jam 10.40 pagi (9.40 pagi waktu Malaysia), kami mengarahkan pemindahan pekerja... disebabkan peningkatan data (keradioaktifan) di sekitar pintu loji yang sudah berusia itu, kata seorang pegawai agensi keselamatan nuklear dalam satu sidang akhbar.

Bagaimanapun, para petugas dibenarkan masuk semula, selepas tahap radiasi jatuh. Operator loji berkata terdapat 180 pekerja di tapak pada 0230 GMT (10.30 pagi waktu Malaysia).

Hanya beberapa jam sebelumnya, satu lagi kebakaran berlaku di loji tersebut, yang telah membawa radiasi rendah ke kawasan Tokyo dalam tempoh 24 jam, mencetuskan kebimbangan di ibunegara Jepun itu dan di peringkat antarabangsa.

NONEPara pekerja sedang berusaha membersihkan sampah sarap untuk membuka laluan supaya kereta bomba boleh sampai ke reaktor No 4 di kompleks Daiichi di Fukushima, 240km di utara Tokyo. Api tidak lagi dapat dilihat di bangunan yang menempatkan reaktor, tetapi gambar TV menunjukkan asap masih ketara.

Operator loji menyifatkan reaktor No 3 sebagai "keutamaan" dan berkata, keadaan di reaktor No 4, tempat berlakunya kebakaran, sebagai "tidak sebegitu baik".






Dr M: Kita ada 'pengalaman buruk' dengan nuklear
Mac 16, 11 1:25pm


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa pentadbirannya tidak menjana tenaga melalui penggunaan kuasa nuklear kerana pernah mengalami "pengalaman buruk" dengan teknologi tersebut.

NONEOleh itu, katanya, kabinet hanya menyokong penggunaan empat cara menjana kuasa, iaitu bahan api, arang batu, gas dan hidro (bekalan elektrik).

Tambahnya, kabinet tidak menyokong pilihan tenaga nuklear kerana terdapat satu kebimbangan mengenai bagaimana hendak melupuskan sisanya.

Tambahan pula, kata Dr Mahathir, "kita pernah mengalami pengalaman buruk dengannya."

Beliau bagaimanapun tidak menerangkan lebih lanjut apakah “pengalaman buruk” tersebut.

Bagaimanapun, memang menjadi pengetahuan umum bahawa Institut Teknologi Nuklear Malaysia di Bangi pernah mengendalikan sebuah reaktor mini ujian pada tahun 1980-an.

NONEBercakap kepada pemberita selepas satu majlis di Cyberjaya hari ini, Dr Mahathir berkata Malaysia masih melakukan lebih banyak penyelidikan tentang teknologi lakuran (fusion) jika ia bercadang membina loji kuasa nuklear.










Tandas awam bertaraf 'banglo' dakwa DAP
Elissa Helmy
Mac 16, 11
1:44pm


Tindakan kerajaan negeri Melaka menaiktaraf dua buah tandas awam di Taman Botanikal Melaka yang terletak di Ayer Keroh sehingga menelan belanja RM199,800 dianggap sebagai tidak masuk akal dan membazir, kata ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

NONEMalah, kata ADUN dari DAP itu, kos berkenaan juga dianggap sama nilai sekiranya hendak membeli sebuah rumah banglow dua tingkat iaitu kira-kira RM190,000.

Dakwa Khoo, jumlah berkenaan dilihat amat tidak munasabah dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kerja-kerja yang dijalankan terhadap kedua-dua tandas awam berkenaan.

Beliau mendakwa, selepas melakukan penilaian sebenar bersama kontraktor mendapati, hasil kerja kedua-dua tandas berkenaan, sebenarnya hanya melibatkan perbelanjaan tidak sampai RM120,000.

"Lagipun, selepas melihat kerja-kerja naiktaraf tandas ini, ia dilaksanakan tidak begitu memuaskan. Lihat sahaja sebahagian alang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung juga didapati telah retak.

NONE"Justeru, saya mahu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menjawab hal ini supaya tidak timbul tanda tanya terhadap masyarakat," katanya.

Beliau melahirkan perkara itu sebaik sahaja melakukan tinjauan di tandas awam terbabit yang letaknya berhampiran Perkampungan Buku di Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh.'Pembaziran terlalu kerap'

Jelasnya, kos RM199,800 untuk menaiktaraf kedua-dua tandas awam berkenaan juga adalah sebagai jawapan yang diberi kerajaan kepada soalan bertulisnya semasa sidang DUN Melaka baru-baru ini.

NONEKatanya, dalam jawapan berkenaan, beliau dimaklumkan, antara lain, kos berkenaan membabitkan kerja dalaman dan luar tandas, termasuk menukar pintu dan kelengkapan sanitari, menukar sinki, memperbaiki sistem perpaipan dan kemasan dinding serta mengecat seluruh
bangunan tandas berkenaan.

"Harga yang digunakan untuk menaiktaraf dua tandas ini sudah cukup untuk membeli sebuah rumah dua tingkat yang biasanya berharga sekitar RM190,000.

"Pembaziran sebegini terlalu kerap berlaku dan ini dibuktikan dengan pendedahan yang pernah dibuat DAP sebelum ini," katanya.

Tahun lalu, ADUN sama pernah menyuarakan supaya siasatan dilakukan ke atas pembinaan sebuah pondok bas di Taman Rumahku Syurgaku (RKSK), di Bukit Katil, Melaka berikutan mendakwa kos pembinaannya yang terlalu tinggi sehingga berjumlah RM44,525.

Manakala, sebuah lagi pondok bas yang dibina di depan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, pula bernilai RM34,500 sedangkan ukurannya terlalu kecil sahaja dan menggunakan bahan binaan yang biasa.

NONEADUN berkenaan mendakwa, ada unsur-unsur penyelewengan berlaku di dalam pembinaan pondok-pondok bas berkenaan yang dikeluarkan tender secara terus kepada kontraktor terlibat oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Kos pembinaannya, didakwa terlalu mahal dan tidak masuk akal jika dibandingkan dengan saiznya yang kecil sekitar 8 kaki x 24 kaki.

Nilai sebenar jelasnya, sekira mengikut harga pasaran hanyalah sekitar RM9,000 sahaja.


Pegawai SPRM 'panik' selepas kematian Teoh
S Pathmawathy
Mac 16, 11
1:11pm


MACC confesses of panicking after Teoh's death

S Pathmawathy

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui kepada Suruhanjaya Diraja bahawa beliau panik apabila saksinya, Teoh Beng Hock, dijumpai mati.

Dalam keterangannya hari ini, ketua unit sisasatan SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah berkata sebaik mengetahui Teoh jatuh pada jam 2 petang 16 Julai 2009, beliau segera menghubungi ketuanya, Hishammuddin Hashim, timbalan pengarah bahagian berkenaan.

"Dia (Hishammuddin) beritahu saya dan Anuar (Ismail), untuk terus ke Putrajaya dan menjelaskan apa yang terjadi.

"Tetapi sebelum ke Putrajaya, Anuar mahu berhenti seketika dirumahnya di Puchong. Apabila sampai di Putrajaya (ibu pejabar SPRM), ketika berada di tempat meletak kereta, kami mendapat satu lagi panggilan daripada Hishammuddin dan beliau mengarahkan kami berpatah ke Shah Alam dan berikan keterangan kepada ibu pejabat polis daerah Seksyen 11.

Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong kemudian mencelah dan bertanya kenapa Anuar pulang ke rumahnya tetapi menurut Hairul beliau tidak terfikir untuk bertanya. Katanya, beliau hanya menunggu di kereta manakala Anwar berada di rumahnya.

NONEMenurut Hairul beliau berpendapat Anwar ingin memaklumkan kepada keluarganya berhubung pengalamannya tetapi tidak pasti dengan tindakan rakannya itu.

Pesuruhjaya Datuk T Selventhiranathan kemudian bertanya: "Mengapa dia tidak guna telefon bimbit untuk memanggil isteri atau keluarganya?

Hairul: Saya tidak boleh menjawap bagi pihaknya.

Hairul kemudiannya menerangkan semasa di balai polis mereka mendapat satu lagi arahan supaya kembali ke Plaza Masalam, di mana ibu pejabat SPRM Selangor terletak di tingkat 14.

Kerana bimbangkan keselamatannya dan Anuar, Hairul berkata beliau meminta bantuan seorang lagi pegawai, Khairul Anuar Alias, untuk menjemput mereka dari balai polis.

Foong (atas, kiri) sekali lagi mencelah dan menyoal Hairul, apa yang mereka takutkan.

Hairul: Saya berpendapat saya tidak boleh jelaskan soalan oleh orang ramai berhubung apa yang terjadi (kepada Teoh).

Foong: Kenapa awak pula yang kena jelaskan?


Hairul: Situasi ketika ini sudahpun bercelaru dan saya berpendapat keselamatan saya mungkin terancam.

Foong: Kenapa tidak memandu terus ke tempat letak kereta Plaza Masalam dan minta pegawai lain menunggu dan mengiring kamu ke pejabat?

Hairul:
Saya tidak terfikir untuk berbuat demikian.

Foong: Saya mesti katakan bahawa cara awak berfikir adalah agak luar biasa. Tidak logik.

Hairul terus mengulangi bahawa beliau tidak dapat mengingati semula perbualan antaranya dengan Anuar kerana beliau 'panik'.

Foong kemudian bertanya adakah dia panik kerana takut akan membuat kesilapan.

Hairul: Saya tidak tahu apa silap saya. Saya panik (itu sebabnya) saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan.

Foong:
Mungkin awak tolak dia keluar (dari tingkap tingkat 14).

Hairul: Oh, itu saya tidak buat.

Sebelum itu, Suruhanjaya Diraja dimaklumkan oleh Majlis Peguam bahawa pakar psikiatri forensik Benjamin Chan telah memohon supaya tidak diminta menemu-bual keluarga Teoh.

Menurut peguam Christopher Leong, Chan tidak menyatakan alasan untuk menarik diri daripada tugas itu.

"Kami dukacita dengan berita ini dan boleh dikatakan juga kecewa,” kata Foong. Beliau kemudian mencadangkan seorang pakar luar negara dibawa sebagi ganti untuk menemubual keluarga Teoh.


Peter Pang digugur timbalan ketua menteri Sabah
Mac 16, 11 2:55pm


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Karamunting, Datuk Peter Pang En Yin digugurkan dari jawatan timbalan ketua menteri Sabah berkuatkuasa serta merta, demikian diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

NONEBagaimanapun, Musa berkata Pang, 51, yang kini menyertai parti Gerakan kekal sebagai menteri belia dan sukan negeri.

Pengganti Pang sebagai timbalan ketua menteri Sabah akan diumumkan kemudian, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di Kota Kinabalu hari ini.

Pang mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) pada 1 September tahun lepas selepas Timbalan Presiden LDP Chin Su Phin mengumumkan pucuk pimpinan parti itu tidak lagi boleh bekerja dengan Musa, yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.

Selepas beberapa bulan tidak menganggotai mana-mana parti, semalam, beliau bersama 118 penyokongnya menyerahkan borang keanggotaan kepada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Sandakan, Sabah.

- Bernama

Tiada ulasan: