Ahad, 13 Mac 2011

ANWAR NI KUAT ORANG GERUN...IA BUKAN MUDA...BANYAK SALAH MORAL...APA TAKUT..MACAM ADA YG TAK KENA....RAMAI YG MUNGKIN ADA HAL SEX ..TAK SESIBUK NI...

Kartun tsunami Berita Minggu cetus bantahan
Regina Lee
Mac 13, 11
5:47pm


Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.

berita harian ultraman cartoon japan earthquakeKartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi
hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.

Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka - melalui lamanweb sosial dan Twitter - terhadap Berita Minggu, malah ada yang menggesa supaya memboikot akhbar tersebut.

NONESatu laman petisyen online turut diwujudkan untuk membantah kartun tersebut, dan dalam beberapa jam sahaja, telah mengumpul 571 tandatangan.

Beberapa ahli politik dari kedua belah pihak turut mengecam kartun
yang menurut mereka sebagai tidak sensitif.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam Twitter, menulis bahawa BH perlu memohon maaf kerana menyiarkan kartun tersebut yang menurutnya tidak sensitif langsung terhadap apa yang menimpa rakyat Jepun.




Gerakan untuk Perubahan buat laporan polis terhadap Taib
Mac 13, 11 6:11pm


Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS), pimpinan Francis Siah telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

MoCS leader Francis SiahBagaimanapun, pelawaannya pada 4 Mac kepada Taib supaya hadir

di balai polis pusat (CPS), tempat Francis membuat laporan polis, tidak disambut - di mana Taib ataupun wakilnya tidak datang.

Siah (kiri - tengah) mahu Taib datang ke CPS jam 1 tengahari supaya mereka sama-sama membuat laporan polis.

Siah secara rasmi membuat laporan itu pada jam 1.15 tengahnya kepada Koperal Norsiti Raffidah. Beliau juga mengemukakan kompilasi siri laporan yang dipetik dari Sarawak Report, Bruno Manser Fund dan portal berita.

Siah berkata, kenyataannya akan diambil oleh pegawai penyiasat Inspektor Mohd Enzry, minggu depan.

“Saya membuat laporan polis jenayah pengubahan wang haram, rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.




Anwar: Kami akan ambil alih, tetapi tak macam di Mesir
Regina Lee
Mac 13, 11
2:03pm


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan akan dilakukan mengikut proses demokrasi, melalui peti undi dan pilihan raya umum.

Berucap di majlis pelancaran Buku Jingga dan majlis mengumpul dana PKR Wilayah Persekutuan malam tadi, Anwar berkata Pakatan Rakyat tidak akan mengikut apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.“Kita tak nak buat benda-benda seperti di Mesir atau Tunisia. Jika kita mahukan demokrasi, kita akan lakukannya melalui peti undi dan melalui pilihan raya umum.

anwar ceramah“Dan kami di sini untuk menang,” berkata Anwar, yang juga ketua umum PKR.

Katanya, Malaysia ialah sebuah negara yang hebat dan cantik dan ia
tidak sepatutnya dipimpin oleh mereka yang korup dan tamak.

Tunisia berdepan dengan penentangan rakyat Disember tahun lepas. Apa yang bermula sebagai demonstrasi rakyat, merebak ke seluruh negara itu, dan akhirnya mengakibatkan kejatuhan Presiden Zine El Abidine Ben Ali.

Ia diikuti oleh demonstrasi di Mesir sehingga membawa kepada penyingkiran Presiden Hosni Mubarak - yang memerintah negara itu selama 30 tahun.



Ancaman baru, sistem pendinginan reaktor ke-2 gagal
Mac 13, 11 1:01pm


Beribu-ribu orang meninggalkan kawasan loji nuklear Jepun yang
dilanda gempa bumi kelmarin, selepas berlaku kebocoran dan pihak
berkuasa berdepan dengan ancaman baru hari ini ekoran kegagalan sistem pendinginan dalam reaktor kedua.

japan tsunami and earthquake 2011 nuclear power plant fukushima no 1Ketika para pekerja menyimbahkan reaktor terbabit dengan air laut untuk mengelakkan berlaku malapetaka, sebuah lagi reaktor di loji
tersebut berdepan dengan masalah.

Operator loji Tepco berkata, pihaknya sedang bersedia untuk melepaskan stim bagi melegakan tekanan dalam reaktor No 3 di loji
yang terletak 240km di utara Tokyo itu - yang akan mengeluarkan
jumlah kecil radiasi - ekoran letupan dan kebocoran semalam dari
reaktor No. 1.

Pada 11 pagi (10 pagi waktu Malaysia) syarikat berkenaan telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa tahap radiasi telah mengatasi had selamat di di kawasan tersebut dan menyifatkannya sebagai "keadaan kecemasan". Tepco bagaimanapun berkata ini tidak bermakna satu ancaman kepada kesihatan manusia.

Pasukan bertungkus lumus untuk menghalang cecair pendingin daripada meruap dan mendedahkan rod bahan api kepada udara, yang boleh mencetuskan kebocoran besar radiasi. Sistem pendingin gagal selepas generator penyokong elektrik rosak dilanda tsunami.


Ahli GAPS, PERKASA protes di ibupejabat PKR
Mac 13, 11 1:16pm


Kira-kira 50 orang berkumpul di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini untuk membantah keengganan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi DNA kepada polis.

gaps protest at pkr hq 130311 hamidzun khairuddinDiketuai oleh pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, mereka menuntut supaya Anwar tidak diberi layanan istimewa oleh mahkamah kerana dia ketua pembangkang.

Katanya, keadilan bukan sahaja mesti diberikan kepada Anawr tetapi juga kepada Mohd Saiful Bukhari Bukhari Azlan.

Saiful telah mendakwa dia telah dilihat oleh Anwar dan perbicaraan kes itu sedang berjalan.

Turut hadir ialah 10 wakil PERKASA, termasuk pengerusi PERKASA Selangor, Abdullah Mansur.

Abdullah berkata, bagi PERKASA, sekiranya Anwar berkata dia di pihak yang benar, maka tidak apa yang harus ditakutkan oleh ketua pembangkang itu.


Mukhriz alu-alukan Anwar saman Tun Mahathir

JITRA - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mengalu-alukan tindakan saman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, berikutan pertuduhan skandal seks yang ditulis bekas Perdana Menteri itu dalam bukunya ‘A Doctor in the House’ yang dilancarkan beberapa hari lalu.

Mukhriz berkata, dakwaan Anwar mengatakan tindakan bapanya menyerang peribadi beliau disebabkan terdesak untuk mempertahankan kedudukan politiknya adalah tidak masuk akal dan cuba menafikan kebenaran.

Menurutnya, sikap Anwar yang melenting setelah salah laku peribadi beliau terdedah, membuktikan dakwaan Dr Mahathir ada kebenarannya dan beliau yakin ayahnya turut mengalu-alukan sebarang tindakan saman.

“Sekiranya ayah saya hendak mempertahankan kedudukan politik anaknya, mengapa ayah saya tidak melakukannya sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, sebaliknya mengambil masa begitu lama untuk menaikkan saya?

“Bagi saya, apa yang dibangkitkan oleh ayah saya adalah soal kepentingan negara. Bagaimanapun, apa yang dibangkitkan oleh Anwar adalah menyentuh soal peribadi yang hanya bersifat dakwaan semata-mata,” katanya sewaktu ditemui media di Majlis Perasmian Pergerakan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara, di sini kelmarin.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Turut hadir ialah Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Saad Man; ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Jaapar dan barisan Exco Kerajaan Perlis.

Ditanya sama ada pelancaran buku itu adalah untuk membuatkan pihak pembangkang berhadapan dengan perang persepsi berikutan serangan terbaru terhadap Anwar, Mukhriz berkata, itu bukan tujuannya.

Menurutnya, terdapat banyak perkara yang tidak dapat dijelaskan oleh bapanya sewaktu menjadi Perdana Menteri dan pelancaran buku ini adalah untuk memberi ruang kepadanya meluahkan isi hati yang terbuku selama ini.

“Bagaimanapun, sekiranya pemimpin pembangkang menganggap pendedahan dalam buku itu untuk mengurangkan sokongan pengundi terhadap mereka, itu bukan masalah ayah saya dan mereka seharusnya bersedia menerima hakikat kebenaran yang diluahkan,” katanya.

Sebelum ini, portal berita melaporkan kenyataan Anwar yang menganggap tuduhan Dr Mahathir terhadapnya dalam buku itu adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahannya dan demi menjamin masa depan politik Mukhriz.

Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.

Anwar berkata, beliau tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar Dr Mahathir dan percaya masyarakat celik terhadap motif beliau untuk terus menyerangnya.

Beliau berkata, pembohongan Dr Mahathir terserlah dalam buku itu, khususnya apabila mendakwa beliau tidak menafikan tuduhan liwat terhadapnya apabila perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebelum dia dipecat dari parti itu.

Mesti ada muslihat ni.

MEREKA TERGILA-GILA DENGAN DNA ANWAR UNTUK APA?

Oleh: WFAUZDIN NS


PENDAKWA kes fitnah Liwat II DS Anwar kelihatan bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita masih ingat di dalam kes fitnah Liwat I dahulu yang melibatkan Azizan Abu Bakar, pihak mereka telah pun mempunyai sampel DNA DS Anwar.

Persoalannya sekarang, adakah berbeza data sampel DNA DS Anwar yang dahulu dengan DNA beliau sekarang? Sekiranya data yang diperolehi melalui sampel itu sentiasa berbeza dari masa ke semasa, ada lojiknya mereka mahu mengambil DNA DS Anwar untuk kes fitnah II kali ini. Tetapi kita sedia maklum, DNA tidak akan pernah berubah sampai bila-bila. Seperti Kumpulan Darah, jika kita mempunyai Kumpulan Darah `A' , biar berapa kerap pun kita menderma darah, darah kita tetap statusnya dari Kumpulan `A'. Justeru itu, amat menghairankan mengapa begitu `selera' mereka inginkan DNA terbaru DS Anwar. Apakah rahsia di sebaliknya?

Kita jangan bertanya mengapa DS Anwar sukar sekali untuk menyerahkan DNA nya. Paling penting kita harus bertanya untuk apa DNA tersebut diperlukan lagi sedangkan mereka masih menyimpan data DNA DS Anwar dahulu? DS Anwar mempunyai cukup pengalaman di dalam menghadapi karenah tipu daya dan manipulasi pihak-pihak tertentu termasuk DNA nya sewaktu di dalam kes Liwat I terdahulu. Maka, DS Anwar ada sebab untuk tidak menyerahkan DNA nya kali ini.

DS Anwar di dalam blognya ada menyebut, "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?” soal Anwar. Beliau juga merasa hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik. “(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata ‘kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)’. Ini tidak masuk akal. “Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Harus kita ingat, DNA bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang kerana kemungkinan DNA boleh di manipulasikan juga agak besar. Bahkan, seorang pakar mengakui hakikat ini di mana tiada jaminan seseorang itu boleh mengelak dari menjadi mangsa akibat DNA yang bertujuan untuk menganiayainya. Baca di sini.

Bayangkan, jika anda memasuki sebuah tandas awam untuk membuang air dan tanpa anda sedari sehelai bulu anda tertinggal di tandas tersebut. Tidak beberapa lama selepas anda keluar dari tandas berkenaan, berlaku satu pembunuhan di dalam tandas yang anda masuki tadi. Apabila siasatan dijalankan, pihak berkuasa menjumpai bulu anda dan dilakukan ujian DNA. Maka, terbukti itu adalah data DNA anda dan anda pun dituduh sebagai pembunuh. Adakah itu adil buat anda? Sebab itu, DNA dikatakan bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang. DNA hanya berfungsi sebagai bukti sokongan sahaja.

Tidak dapat dinafikan DNA memang penting sebagai membantu di dalam beberapa kes terutamanya yang melibatkan jenayah. Di dalam kes DS Anwar ini, mereka telah mempunyai rekod data DNA DS Anwar yang terdahulu, maka adalah lebih praktikal jika data DNA itu diguna pakai tanpa memerlukan DNA yang baru apatah lagi dengan cara helah atau penipuan.

Mudah-mudahan kita yang mengikuti kes fitnah Liwat II kali ini tidak mudah diperdayakan oleh mereka dan media pencacai yang sering menggambarkan bahawa DS Anwar takut untuk menyerahkan DNA nya. Media pencacai ini akan terus mencari jalan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap DS Anwar seperti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini dengan isu sumpah laknat. Mereka tidak merujuk kepada hukum Islam asalkan mereka dapat memperdayakan kita. Peliknya, media pencacai ini tidak pula memberi perhatian apabila permohonan DS Anwar untuk membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah ditolak angkara seorang Menteri yang kununnya berjiwa Islam. Bukankah jalan Qazaf itu adalah kaedah Islam?/

memang tepat apa yang diulas oleh En Wan ini. Data DNA tidak pernah berubah, dulu , kini dan simoanlah bila-bila pun, yang berubah mungkin specimen saja, tetapi kandungan data didalam graf DNA tersebut tetap sama begitu walau disimpan berapa lama pun. Oleh itu kalau dah ada data lama, maka itu boelh dipakai untuk digunakan sebagai perbandingan.
Satu lagi perkara adalah mengenai bukti DNA, memang dah dibahaskan didalam parlimen pun dan setelah dipinda selepas tidak mendapat kelulusan ahli parlimen, maka dijadikan DNA sebagai bukti sokongan dan bukan bukti mutlak didalam pembuktian didalam mahkamah.

Oleh itu, tujuan hendak mendapatkan sampel untuk DNA ini adalah hanya untuk memalukan DSAI .

Gempa 6.8 landa pantai timur Honshu
Mac 13, 11 12:45pm


Gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter melanda pantai timur Honshu di Jepun pada 9.26 pagi Ahad, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut kenyataan itu, gegaran berpusat di 181km dari timur laut Tokyo dan 4,092km dari timur laut Kudat, Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Gempa bumi itu berlaku selepas gempa bumi kuat pada magnitud 8.9 pada tengah hari Jumaat lepas yang menyebabkan tsunami setinggi 10 meter melanda kawasan timur laut Jepun, mengakibatkan kira-kira 1,300 orang terbunuh dalam bencana itu.

- Bernama




Jepun sahkan bangunan konkrit nuklear tumbang
Mac 12, 11 6:17pm


Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan berlaku letupan di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi.

Menurut Edano, Tokyo Electric Power Co bercadang mengiisi kebocoron reaktor di pusat tenaga Fukushima Daiichi dengan air laut bagi menyejukkannya dan mengurangkan tekanan unit berkenaan.

"Reaktor nuklear itu dikelilingi oleh bekas reaktor keluli, yang kemudiannya dikelilingi oleh bangunan konkrit,” katanya.

Fukushima nuclear plant meltdown"Bangunan konkrit itu tumbang. Tetapi kami dapati reaktor di dalamnya tidak meletup.”

"Kami juga sahkan bahawa reaktor nuklear tidak musnah. Letupan tidak berlaku di dalam bekas reaktor itu. Oleh demikian, jumlah radiasi yang tersebar luar tidak besar,” katanya di Tokyo.

"Ketika ini, tiada perubahaan ketara berhubung tahap radiasi yang tersebar di luar (daripada sebelum letupan), jadi kami minta orang ramai supaya bertenang,” kata Edano.

Katanya, proses mengisi air laut ke dalam simpanan reaktor akan mengambil masa lima hingga 10 jam dan sekitar 10 hari bagi melengkapkan proses berkenaan termasuk mengunakan asid boric bagi menghalang kritikaliti.

Menurut Edano, pihaknya sedang mengkaji punca letupan itu dan situasinya dan serta akan membuat pengumuman kepada orang ramai apabila mendapat maklumat lanjut.

Sebelum itu pada kira-kira jam 3.30 waktu tempatan, satu letupan kedengaran di sebuah loji nuklear di Sendai, Jepun yang menimbulkan kebimbangan reaktor itu akan musnah dan menyebabkan bahan radioaktif tersebar.

japan tsunami and earthquake 2011 nuclear power plant fukushima no 1Menurut Tokyo Power Electric Co yang menguruskan Loji Fukushima Dai-ichi di Sendai menyatakan tidak pasti letupan di loji berkenaan yang menyebabkan satu dindingnya runtuh, mengandungi reaktor nuklear.

Bagaimanapun mereka mengesahkan empat pekerja tercedera akibat kejadian itu.

Paparan TV Jepun menunjukkan salah satu dinding bangunan terbakar hangus dengan hanya meninggalkan rangka besinya.

Jurucakap kerajaan, Yukio Edano menyatakan semua penduduk dalam lingkungan 10 kilometer dari loji berkenaan patut dipindahkan.

NONEWalaupun berdepan dengan kemusnahan, wakil Suruhanjaya Keselamatan Nuklear Jepun Ryohei Shiomi berkata ia tidak akan merebak dari lingkungan 10 km dan kebanyakan 51 ribu penduduk di sekitar telahpun dipindahkan.

Pasukan keselamatan Jepun termasuk lebih 50 ribu tentera dikerah membantu bagi memastikan kemalangan dan kebakaran dapat diatasi serta menyelamatkan mangsa akibat bencana alam paling teruk dalam tempoh 140 tahun ini.

Kadar rasmi kematian setakat jam 5 petang waktu tempatan ialah 413 dengan 784 disahkan hilang dan 1,128 tercedera.

Bagaimanapun media tempatan melaporkan lebih dari 1,300 terbunuh.

NONE200 hingga 300 mayat dijumpai di pantai Sendai, bandar paling hampir dengan pusat gempa bumi semalam.

Lebih 215 ribu rakyat kini berlindung di 1,350 pusat pemindahan di lima wilayah berbeza.

Impak sebenar masih tidak dapat dikenal pasti.

Kemusnahan teruk dilaporkan di wilayah Miyagi kerana gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter semalam dan tsunami yang memusnahkan pelbagai kawasan terutamanya di bandar Sendai dan kawasan timur Jepun.





Lebih 1,000 dikhuatiri mangsa tsunami
Mac 12, 11 8:32am


Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.

NONEKira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.

Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.

Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.

NONEAgensi berita Kyodo melaporkan, gegaran kuat itu menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

NONEKyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.


Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.

NONEStesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.

- Reuters








Timur Honshu pula digegarkan
Mac 12, 11 11:46am


Satu gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter di perairan timur Honshu, Jepun pada pukul 9.47 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah.

NONEGempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan.

AFP pula melaporkan gempa susulan hari ini, berlaku kurang 24 jam selepas negara terbabit mengalami gempa bumi teruk yang mengakibatkan tsunami.

Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata ia dicatatkan pada kedalaman 24 kilometer, di tengah timur-tenggara bandar Sendai.

Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan Kedutaan Malaysia di Tokyo sentiasa berhubung dengan rakyat dan penuntut Malaysia di kawasan yang terjejas teruk dengan kejadian gempa bumi di Jepun.

Setakat pukul 6 pagi hari ini (waktu Tokyo) kedutaan telah menghubungi 289 rakyat Malaysia di kebanyakan wilayah yang terbabit dengan gempa itu di Jepun.

Belum ada laporan rakyat Malaysia terbunuh

Kedutaan Malaysia juga menghubungi rakyat Malaysia di kawasan lain di Jepun yang kurang terjejas dengan kejadian itu.

Menurut satu kenyataan Kementerian Luar di Kuala Lumpur, hari ini, setakat ini semua rakyat Malaysia selamat dan tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan.

NONE"Rakyat Malaysia di kebanyakan kawasan yang teruk terjejas juga telah berpindah ke kawasan selamat yang disediakan pihak berkuasa Jepun. Laporan menunjukkan bahawa pihak berkuasa Jepun menangani keadaan itu dengan mengambil pelbagai langkah yang sewajarnya," kata kenyataan itu.

Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter menggegarkan timur laut Jepun tengah hari semalam mengakibatkan sehingga 1,000 orang terbunuh.

Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Tokyo kini memantau perkembangan di negara itu.

Kedutaan Malaysia juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan perkembangan situasi terkini dan sebarang pemakluman.

NONEKenyataan itu berkata Bilik Operasi di Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Tokyo kini beroperasi 24 jam sehingga dimaklumkan.

Sementara itu, di Filiina lebih 55,000 penduduknya yang tinggal di pesisir timur pantai negara itu pulang ke rumah masing-masing selepas ancaman tsunami susulan gempa teruk di Jepun ditarik balik.

Semalam, kerajaan Filipina mengarahkan penduduk yang tinggal di tepi laut meninggalkan kediaman mereka.

Selain Filipina, kira-kira lebih 50 buah negara, termasuk Malaysia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan gempa terkuat dalam tempoh 140 tahun yang menggegarkan Jepun dan mencetuskan tsunami lebih 10 meter yang kini dikhuatiri mengorbankan lebih 1,000 nyawa setakat ini.

Tiada ulasan: