Jumaat, 18 Mac 2011

BIARLAH KITA NI BERMORAL DAN BERPRINSIP HIDUP YANG BAIK...SEDAR BAGAIMANA KITA NAIK..JANGAN EGO SANGAT TAK LOK...

Tunggu esok, kata Taib
Mac 18, 11 4:38pm


Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang.

"Tunggu sehari lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat "pengumuman khas".

sarawak BN convention taib and wifeTaib juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan berada di Kuching esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara.

Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah.

azlanSemalam, beliau mengunjungi Yang Dipertua Negri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya kecil akan diadakan pada 16 April.

Penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang yang mempunyai 71 kerusi berakhir pada 23 Julai.

Dalam pilihan raya negeri yang lalu, BN memenangi 62 kerusi, DAP (6), PKR (1), Parti Kebangsaan Sarawak (1), dan Bebas (1).

- Bernama


Pakatan S'wak sudah sedia hadapi p'raya awal
Kuek Ser Kuang Keng
Mac 18, 11
8:06pm


Ekoran spekulasi kuat yang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membubarkan DUN Isnin depan - lebih awal daripada yang dijangka sebelum ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-10 - Pakatan Rakyat Sarawak juga sudah bersedia untuk memberi saingan hebat kepada BN.

Hari ini beberapa akhbar utama dan portal berita melaporkan yang Taib mungkin membubarkan DUN Isnin ini selepas menemui Yang Dipertua Sarawak, Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng, semalam.

Beberapa pihak berpendapat pembubaran lebih awal DUN akan 'memerangkap' Pakatan.

Bagaimanapun PKR dan DAP mengumumkan bahawa mereka sudah bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan DUN dibubarkan lebih awal.

chong chieng jen interview 141108 03“Kita bersedia untuk bertanding pada bila-bila masa," kata setiausaha
DAP Sarawak Chong Chieng Jen (kiri).

Malah, kata ADUN Kota Sentosa dan ahli parlimen Bandar Kuching, partinya telahpun merangka tema kempen, poster, sepanduk, risalah dan bahan kempen yang lain.

“Kami tak ada masalah. Draf dan kandungan bahan kempen sudah disedia,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

DAP cawangan Kuching telah merekrutkan sukarelawan kempen sejak bulan lepas , dan Chong berkata, pasukan kempen Kuching akan terdiri daripada 100 hingga 200 anggota, tidak termasuk agen pengundian.

nicholas bawin pkr candidate for batang ai state seat 270209Beberapa pekerja dari ibupejabat DAP Kuala Lumpur juga telah ditempatkan di cawangan Kuching untuk membantu membuat persediaan menghadapi pilihan raya negeri.

Sementara itu, pengarah pilihan raya Sarawak PKR, Nicholas Bawin (kanan) berkata, parti itu lebih bersedia kali ini, berbanding sewaktu pilihan raya negeri 2006 dan pilihan raya parlimen 2008.

“Pemimpin cabang kami telah mendekati komuniti dan rakyat, untuk mewujudkan kesedaran di peringkat akar umbi. Persedian kami adalah lebih baik daripada masa lalu," katanya kepada Malaysiakini.



TI-M: Siasat Taib untuk elak indeks rasuah merosot
S Pathmawathy
Mac 18, 11
12:46pm


Badan pemantau anti-rasuah - Transparency International-Malaysia (TI-M) - menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Presidennya, Datuk Paul Low berkata "dakwaan serius rasuah luar biasa dan penyalahgunaan kuasa" itu terhadap keluarga ketua menteri itu boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot.

transparency international malaysia corruption perception index 2008 pc 230908 paul lowBeliau mengulas dakwaan lamanweb anti-Taib - Sarawak Report -
yang mendedahkan dokumen yang mendakwa wujudnya empayar perniagaan membabitkan ketua menteri Sarawak itu di peringkat global dan dakwaan rasuah.

Beliau juga menggesa agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara, untuk menyiasat Taib berhubung kemungkinan berlakunya aktiviti kewangan yang tidak sah.

Taib akan menyambut 30 tahun mentadbir Sarawak pada 26 Mac ini.


MB: Kontrak timbalan GM Yayasan S'gor ditamatkan
Mac 18, 11 4:49pm


Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan laporan audit Yayasan Selangor yang menurutnya terdapat beberapa isu berkaitan aturan perbelanjaan yang dikatakan tidak mengikut aturan biasa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010.

NONEKatanya, demi menjaga kredibiliti Yayasan Selangor milik penuh kerajaan negeri, pada pada 5 Januari lalu, surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada timbalan pengurus besar (pengurusan) bagi menjawab setiap kuiri yang ditimbulkan.

"Proses yang teratur, adil dan bebas telah dijalankan. Pandangan serta saranan dari pejabat penasihat undang-undang negeri juga telah diperolehi," kata menteri besar dalam satu kenyataan hari ini.

"Akhirnya pada 17 Februari 2011, Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Yayasan Selangor sebulat suara memutuskan untuk menamatkan kontrak timbalan pengurus besar (pengurusan) dengan alasan gagal menunaikan tanggungjawab dan urus tadbir kewangan yang baik serta tidak prihatin dengan prosedur yayasan," katanya.

Menurutnya lagi, pada 18 Februari lalu, surat yang ditandatangani menteri besar telah dikeluarkan yang mengarahkan timbalan pengurus besar (pengurusan) ditamatkan kontrak dalam tempoh 24 jam berkuatkuasa serta merta.

Menteri besar berkata, semakan audit Yayasan Selangor banyak menumpu hal-hal berkaitan pengurusan perbelanjaan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dirancang ada 15 November 2010.

NONEMenurutnya, hasil audit dalaman bertarikh 14 Disember 2010 itu juga mendapati ada tindakan yang dikatakan tidak menjaga kepentingan Yayasan Selangor.

"Antara tindakan yang menunjukkan tadbir urus korporat yang tidak baik ialah seramai 18 warga kerja telah berhenti dan 50 lagi ditukarkan dalam tempoh Mac hingga November 2010.

"Perbelanjaan yang tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor mencecah hampir RM1 juta, malah terdapat perbelanjaan yang selesai dibayar kepada pengurus acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan," tambahnya.

Pengurus besar juga, kata menteri besar, meluluskan elaun-elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada ahli mesyuarat.

Abdul Khalid berkata, terdapat 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang 2010 hanya melalui 'Circular Resolusi', malah tidak dimaklumkan atau diluluskan oleh pihak berkuasa negeri mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993 - arahan bagi meningkatkan kualiti perancangan dan kawalan ke atas pengurusan syarikat-syarikat kerajaan.

Semakan audit juga, tambahnya, mendapati timbalan pengurus besar (pengurusan) tidak menghormati arahan bercuti dalam siasatan dengan hadir mesyuarat yang dihadiri pengurus besar.

Kerajaan Selangor, tegas menteri besar, telah dan akan terus meneliti setiap syor yang diberikan dan akan menggunapakai cadangan tersebut dari semasa ke semasa demi menjaga kredibiliti Yayasan Selangor milik penuh kerajaan negeri.

Kerajaan Selangor, tambahnya, sentiasa berpegang pada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

"Adalah menjadi harapan kerajaan negeri semua institusi termasuk syarikat berkaitan kerajaan negeri bukan sahaja mengamalkan perbelanjaan berjimat cermat dan berhemah, malah menyediakan audit tahunan yang tertib, lengkap dan teratur untuk semakan umum.

"Kerajaan Selangor akan sentiasa bersikap telus dan tidak akan menyembunyikan sebarang salahlaku yang dilakukan oleh mana-mana pegawai, kakitangan awam dan anak-anak syarikat di bawah kerajaan negeri.

"Kita juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang difikirkan perlu demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor," katanya.




Tony Pua mahu saman Zahid Hamidi
Mac 18, 11 3:16pm


Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sedang membuat persiapan untuk memfailkan saman fitnah 'besar' terhadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan oleh sebuah akhbar sebagai mendakwa ahli politik DAP itu pernah ditangkap di Singapura.

NONEMenulis dalam Twitternya, Pua menyifatkan dakwaan Zahid itu
sebagai "langsung tidak boleh dipercayai".

“Kami sedang menyediakan saman. Ia pasti akan difailkan minggu depan,” dikatakan Pua ketika dihubungi.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan yang memetik Zahid mendakwa Pua pernah ditangkap dan dibicarakan di Singapura.

"Dia dulu ditangkap di Singapura, dibawa ke mahkamah, tetapi sebab hubungan dia mungkin baik dengan pejabat tertentu di sana, beliau dilepaskan (dan) tidak dapat jadi ahli Parlimen (di sana)," kata Zahid dalam laporan tersebut.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata demikian ketika mengulas mengenai kemarahan Pua terhadap Datuk Bung Moktar Radin apabila ahli parlimen Kinabatangan itu menggelar ahli parlimen DAP itu sebagai 'ejen Singapura'.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid dilaporkan tidak menyokong kenyataan Bung Moktar tersebut dan meminta supaya pua menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat memandangkan Bung Moktar melontarkan 'sindiran' itu di tempat sama.

Zahid juga dilaporkan berkata mungkin Bung Moktar tahu Pua belajar di Singapura dari sekolah rendah sehingga peringkat tinggi.

bersih 1st year anniversary pj vigil arrest 111108 police charge at crowd 2Laporan Utusan itu juga memetik Pua menafikan sekeras-kerasnya
dakwaan Zahid itu yang disifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat besar, saya tidak pernah ditangkap seumur hidup saya kecuali di Malaysia," ujar Pua dalam laporan itu.

Selain itu, dalam laporan tersebut juga, Pua menafikan beliau pernah bersekolah rendah di Singapura tetapi mengakui pernah melanjutkan
persekolahannya di peringkat menengah di republik tersebut.



Zambry: Pakatan bohong sidang DUN dikawal ketat
Mac 18, 11 1:29pm


Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, hari ini berkata Pakatan Rakyat berbohong apabila mendakwa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak masih dikawal ketat oleh polis.

azlanKatanya, persidangan yang berlangsung November lalu menjadi bukti bagaimanana ia berjalan dengan lancar dengan kehadiran Ahli Dewan daripada pembangkang yang turut sama bermesyuarat selama empat hari.

"Tak perlulah berbohong untuk cari alasan tak mahu hadir," katanya kepada pemberita di Ipoh bagi mengulas kenyataan ADUN Pasir Panjang daripada PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam meminta Menteri Dalam Negeri memberi jaminan persidangan DUN Perak yang dijadualkan bulan depan bebas daripada kawalan polis.

Mohammad Nizar dilaporkan berkata, jaminan itu diminta kerana setiap kali berlangsungnya persidangan Dewan itu, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat.

Zambry berkata, persidangan yang berlangsung sebelum ini jelas berjalan dengan baik dan tiada polis yang berkumpul di kawasan sekitar dewan seperti yang didakwa.

- Bernama

Tiada ulasan: