Ahad, 27 Mac 2011

JATUH ...ATAU TAK...NI KERJA ALLAH...MANUSIA DAN MAKHLUK LAIN...TAK SETANDING KUASA ALLAH...JANGAN LOYAR BURUKLAH...

Bekas mufti saran perhimpunan anti-politik lucah
Mac 27, 11 12:00pm


Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.

NONE"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.

Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.

"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.

Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.

"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.

Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.

Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

"Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.

"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.

Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.

"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi.


Kes Eskay lawan Merong Mahawangsa jadi tumpuan
Mac 27, 11 4:04pm


Kes projek jambatan bengkok yang melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah lawan Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarah eksekutifnya Datuk Yahya A Jalil, bermula sebagai satu kes mahkamah biasa awal bulan, tetapi ia kini menjadi tumpuan pelbagai pihak.

Ini ekoran pengakuan Eskay sebagai sebahagian daripada 'Datuk T' yang terbabit dalam pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Eskay (kiri dalam foto) dikatakan marah dengan ketua umum PKR itu kerana enggan memberi keterangan menyokongnya dalam kes samannya terhadap Merong and Yahya.

Berikutan peguam Eskay sendiri, CV Prabhakaran, telah menafikannya, maka kes ini mungkin boleh memberi klu mengapa Eskay begitu marah dengan Anwar dan mahu menjatuhkan ketua pembangkang itu.

Berikut ialah sorotan kes tersebut, di mana Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham akan mengumumkan keputusannya pada 5 Mei depan:

Kes ini telah difailkan Eskay pada 2002 dan sebelum ini telah didengar oleh dua orang hakim, sebelum dipindahkan kepada Singham.

Eskay, yang merupakan pengarah syarikat Aman Agropreneurs Sdn Bhd, berkata dalam kenyataan tuntutannya bahawa pada sekitar 1998, Yahya (kanan) telah menemuinya untuk mendapatkan bantuannya memperolehi projek jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor.

Eskay berkata, dia telah dijanjikan 16.66 peratus saham dalam Merong Mahawangsa Sdn Bhd , di mana Yahya merupakan pengarah eksekutifnya, untuk mencari dana memandangkan dia mempunyai hubungan rapat dalam kerajaan serta di sebarang laut ketika berada di sana.


Daim: Kekuatan Najib saja belum tentu jamin kemenangan BN
Mac 27, 11 4:45pm


Kekuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seorang belum tentu menjamin kemenangan BN, sebaliknya calon-calon BN mestilah bersih dan diterima rakyat, kata bekas menteri kewangan dan menteri tugas-tugas khas itu, Tun Daim Zainuddin.

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiar hari ini, beliau berkata, semua anggota BN mesti bersatu menghadapi parti lawan kerana bila Umno kuat, BN juga kuat dan kekuatan BN itu akan membawa kemenangan.

Beliau berkata, mood dan persepsi majoriti rakyat terhadap BN sudah lebih positif daripada 2008 dan ini terbukti melalui pilihan raya kecil yang diadakan.

Selepas pilihan raya umum 2008, BN menang lapan daripada 16 kerusi pilihan raya kecil tetapi sejak November 2010, BN menang semua lima kerusi pilihan raya kecil dengan majoriti yang lebih baik.

"Tetapi ini hanya pilihan raya kecil. Jadi jangan terlalu yakin. Salah satu sebab kekalahan 2008 ialah terlalu yakin.

"Rakyat masih memerlukan perubahan dan BN sepatutnya menyediakan perubahan ini," katanya.

Daim yakin bahawa Umno dan BN akan terus hidup berdasarkan kepada pengamatannya terhadap senario politik semasa.

Bekas menteri kewangan dan menteri tugas-tugas khas itu berkata selagi rakyat tetap berhemah dan bijak membezakan antara padi dan sekam, beliau percaya BN akan terus memerintah.

"Saya tak fikir BN boleh kalah lebih teruk daripada pilihan raya umum 2008. Situasi politik pada 2008 itu amat berbeza daripada situasi sekarang," katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan akhbar itu hari ini.

Berikutan itu, Daim yang juga bekas bendahari Umno, menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno dan (BN) supaya sentiasa mengawasi diri dan peka terhadap tentangan dan tuntutan rakyat.

Beliau mengingatkan jika mereka tidak waspada dan berhati-hati dalam semua tindakan, suasana tenang boleh bertukar menjadi keruh dalam sekelip mata.

"Maka, pemimpin Umno dan BN perlu sentiasa awas diri dan peka terhadap tentangan dan tuntutan rakyat, baik sekecil mana sekali pun, walaupun kita sedar tidak mungkin semua
masalah dapat diselesaikan semahu-mahunya," katanya.

Daim juga berkata setiap wakil rakyat dan pemimpin BN harus bekerja keras untuk "menghidupkan" Umno dan BN dan bukannya "mencari hidup" daripadanya.

"Oleh itu setiap wakil rakyat, setiap pemimpin BN, baik yang kecil atau yang besar, harus sentiasa "turun padang", jangan tunggu "padang" datang kepada kita," katanya dalam wawancara panjang yang turut menyentuh pelbagai isu politik semasa tanah air.

Menurutnya menerusi acara turun padang, mereka boleh mendapat maklum balas yang betul untuk menyelesaikan masalah rakyat dan ini boleh mengukuhkan lagi Umno.

Beliau memberikan contoh bagaimana Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam yang sentiasa turun padang sama ada di majlis kenduri perkahwinan, kematian, kebakaran dan kemalangan.

"Kalau tak dapat hadir, (dia) hantar wakil lepas itu beliau hantar SMS. Beliau mesra dengan rakyat," katanya.

Daim, yang kini berusia 73 tahun, berkata bahawa jentera Umno dan BN juga harus digilap, diperbaiki dan dimodenkan seiring dngan perubahan sosial, teknologi maklumat dan ekonomi yang sentiasa berubah.

Beliau merujuk kepada cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendekatkan diri dengan rakyat menerusi blog dan twitter untuk "berbual" secara spontan dengan mereka terutama golongan muda.

"Kita harus ingat bahawa golongan muda kita sekarang jauh lebih berpelajaran, lebih jauh kepergiannya dan jauh lebih luas rangkaiannya jika dibandingkan dengan golongan muda selepas Merdeka," katanya.

"Mimpi mereka, harapan mereka, aspirasi mereka tentu berbeza daripada yang dialami oleh ibu bapa mereka," katanya.

Daim berkata Umno dan BN harus memahami semua perkara itu dengan jelas supaya dapat melaksanakan program-program yang berterusan yang boleh dihayati oleh golongan ini.

"Jika golongan ini berjaya diasuh untuk memahami, menghormati, menghargai dan menyayangi perjuangan Umno dan BN, maka bangsa dan negara pasti akan melihat esok yang lebih gemilang," katanya.

Daim juga mempersoalkan pembangunan yang dibawa untuk rakyat oleh negeri yang diperintah oleh parti pembangkang di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

"Berapa bilion ringgit modal asing baru terutama daripada negara Arab yang telah dibawa masuk oleh Penasihat Ekonomi Selangor itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim)?

Menyentuh pandangannya mengenai perkembangan politik tanah air, Daim berkata keadaan politik secara keseluruhannya bertambah tenang dan rakyat nampaknya semakin matang dalam hal-hal politik.

"Usaha Datuk Seri Najib, sejak menjadi perdana menteri, untuk membina kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional adalah faktor utama yang menenangkan keadaan itu. Saya lihat Datuk Seri Najib sangat jujur dan ikhlas berusaha untuk membantu meninggikan taraf keselesaan hidup rakyat terutama bagi golongan rendah pendapatan dan miskin," katanya.

Mengenai pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai dirinya dalam buku "A Doctor in the House : The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", Daim berkata beliau tidak pernah menjangka Dr Mahathir sanggup berterus terang sebegitu.

"Saya juga sangat berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana memberi penjelasan yang terang dan tidak berselindung mengenai tindakan-tindakan saya yang pernah menjadi tanda tanya sewaktu saya menjadi Menteri," katanya

Mengenai dirinya sekarang yang sudah agak lama menyepi dari arena politik negara, Daim berkata beliau sibuk seperti biasa walaupun tidak bertugas dengan kerajaan kerana masih sering bertemu para pelabur asing baik yang datang ke sini atau yang di luar negara, membantu mereka di mana perlu.

"Sejak berlaku krisis kewangan dunia saya banyak meluangkan masa di negara Teluk. Krisis kewangan itu menyebabkan mereka yang tidak menjadi mangsa mencari tempat pelaburan yang lebih stabil dan selamat seperti negara kita," katanya.


Ibubapa susah rayu bantuan sekolah empat anak
Mac 27, 11 12:12pm

Sepasang suami isteri yang miskin dan menderita sakit di Kampung Keda, Sungai Kecil Ilir di Bandar Baharu merayu simpati orang ramai untuk membantu persekolahan empat orang anak mereka.

Ismail Mohd Zain, 66, sangat memerlukan bantuan kerana tidak dapat bekerja akibat penyakit batu karang yang dialaminya.

"Saya menghidap batu karang sejak dua tahun lalu, tetapi agak teruk lima bulan lalu. Saya telah dibedah di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

"Sejak itu saya tidak lagi boleh menggunakan saluran kencing secara biasa tetapi terpaksa menggunakan saluran plastik yang diusung ke mana saja," katanya.

Ismail yang sebelum ini bekerja membuat rumah berkata beliau mendapat bantuan selaku Pesakit Kronik Terlantar sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Inilah saja pendapatan kami anak-beranak," katanya.

Isterinya Noraini Salleh, 50, tidak bekerja dan menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis yang memerlukan rawatan berkala.

Mereka mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah.

Dua daripada anak mereka yang berada di Tingkatan Lima dan Tingkatan Empat masih belum menjelaskan yuran sekolah termasuk yuran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi anaknya di Tingkatan Lima.

- Bernama


  • Halik Zaman · Top Commenter · Friends with Abbs Benci Bn Selamanya
    Wakil Rakyatnya hampir hari hari mukanya dalam TV1 TV3 jadi tukang ampu UMNO. Nanti hampir PRU13 barulah Tan Sri Muhyiddin datang rumah "peluk cium dan bantu". Ini lah dasar para pemimpin UMNO, waktu perlu baru nak lawat rakyat.
    • Mohd Rafee B. Ibrahim · Top Commenter
      Sokong Halik,Hari tu dengan Yb Gobi,Zul Kulim berdegar-degar cakap dalam TV 1,jaga kawasan lah,semua rakyat sokong dia lah.Hai Yb Zul Kulim kamu ni memang macam kambing le! Ngembek je hari2.



'Isteri terbiar': MCA kata Nazri tak perlu undur
Mac 27, 11 9:27am


Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mengulangi bahawa parti itu tidak meminta Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meletak jawatan atau memohon maaf di atas kenyataan kontroversinya mengenai MCA, MIC dan Gerakan.

tenang by election day 1 230111 ng yen yen karaoke 1Ng yang juga Menteri Pelancongan berkata setiap orang berhak menyuarakan padangan mereka dan pada masa yang sama harus mematuhi etika BN.

"Bagi MCA, orang yang pandangannya paling penting bagi kami ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Jadi kami tak ambil peduli kenyataan Nazri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana Yayasan Perubatan 1MCA, di Georgetown malam semalam.

Beliau mengulas laporan Nanyang Siang Pau pada Rabu yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membandingkan kedudukan MCA sekarang sebagai "isteri yang dizalimi tetapi enggan meminta cerai".

NONEBuat masa ini, Ng berkata parti itu memberi sepenuh tumpuan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Ng yang juga Pengerusi MCA negeri mengumumkan MCA Pulau Pinang berjaya mengumpulkan RM1 juta untuk yayasan tersebut.

"Kami jangka akan membelanjakan RM5 juta untuk membantu golongan yang memerlukan wang bagi tujuan perubatan kerana kami telah mengumpulkan RM10 juta di seluruh negara," katanya.

Mereka yang memerlukan bantuan itu boleh memohon menerusi MCA bahagian di kawasan masing-masing, katanya.

- Bernama

Video seks: Ada tangkapan atau tidak?
Regina Lee
Mac 26, 11
4:13pm


Walaupun polis telah bertindak bagi menyiasat saga pita video lucah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang, namun kekeliruan terus berlegar sama ada, ada pihak yang ditangkap.

NONEBukan satu rahsia lagi, bekas ketua pemuda Umno yang juga bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah memberikan kenyataan mereka kepada polis selama lima jam pada malam Khamis yang lalu.

Bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim - anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'Datuk T' yang mendalangi pendedahan video seks itu kepada wartawan memberi keterangannya, semalam.

Mereka disiasat selepas menayangkan video seks yang menyaksikan seorang lelaki sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah bilik kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur, Isnin lalu

seri carcosa 5.jpegBagaimanapun, portal berita the Star melaporkan adalah dipercayai dua lelaki ditahan berhubung siasatan seks itu dan beberapa jam kemudian mengemaskini berita tersebut dengan menamakan Rahim dan Eskay sebagi mereka yang ditahan itu.

Dalam perkhidmtan SMS, mereka kemudian melaporkan pula kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis.

Akhbar harian Inggeris milik MCA itu kemudiannya memetik Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Ghazali Md Amin bahawa tiga orang telah ditangkap, pada versi sebelam malamnya. Akhbar harian Cina, Sin Chew menjejaki berita itu dan menyiarkannya di halaman utama.

NONEsin chew sex tape datuk t arrestedBagaimanapun edisi cetak the Star hari ini pula melaporkan hanya dua orang ditangkap tetapi mereka bukan Rahim mahupun Shazryl Eskay.

Tiada tangkapan?

Kedua-dua Rahim and Shazryl Eskay, semalam telah menafikan bahawa mereka ditangkap polis sambil berkata mereka tidak menandatangani sebarang dokumen kecuali kenyataan yang dirakamkan.

Kedua-dua mereka juga melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu the Star melaporkan bahawa mereka ditangkap sambil berkata pihak polis langsung tidak menyebut perkara itu kepada mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga gelak berhubung laporan bahawa Rahim dan Shazryl Eskay telah ditangkap.

NONE"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya kepada Bernama.

Sehingga berita ini ditulis, tiada pengesahan mengenai sebarang tangkapan.

Malah ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga ditunjukkan video lucah berkenaan berkata dia tidak ditangkap.

Kes video seks itu kini diklasifikasikan polis untuk disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan pornografi atau lucah.

Anwar: Apa tangkapan?

Pada ceramahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur, malam semalam, Anwar membidas sikap dwi standard yang diamalkan oleh polis.

NONE"The Star kata ada tangkapan. Semua ini tipu. Apa tangkapan? Mereka dibawa sekejap, kemudian dibebaskan.

"Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat.

“Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar kepada lebih 1,500 hadirin.

Anwar bagaimanapun terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis menyuraikan majlis ceramah berkenaan.



Taib pertahan empayar bisnes di alam siber
Kuek Ser Kuang Keng
Mac 26, 11
12:36pm

Kurang sebulan sebelum pilihan raya ke-10 Sarawak, ketua menteri paling lama negeri itu, Tan Sri, Abdul Taib Mahmud, melancarkan kempen di alam siber bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan ke atas dirinya dan empayar perniagaan keluarganya.

NONEDalam satu wawancara yang dimuat-naik di portal Youtube, Taib menjelaskan modal permulaan perniagaan anak perempuannya, Jamilah diperolehi daripada bayaran gratuiti yang diterimanya selepas bersara sebagai menteri persekutuan. Namun, kerana kebijaksaan anaknya itu, empayar perniagaan itu berjaya dikembangkan.

Video sepanjang empat minit itu berjudul “Perniagaan Jamilah di Kanada berjaya kerana beliau cekap' dimuat naik pada Selasa lalu, Taib berkata empayar perniagaan Jamilah diasaskan 20 atau 30 tahun yang lalu.

"Betul, anak saya membuat duit, ya, agak banyak. Saya tidak tahu sama ada mereka kata 100 juta itu betul...di Kanada.

"Semuanya bermula (apabila) saya beri wang kepada anak perempuan saya. Saya letak jawatan dari kerajaan persekutuan. Saya dapat gratuiti, saya berinya sebahagian daripada wang itu untuk memulakan perniagaan dan ia berkembang.

NONE"Ia syarikat hartanah. Apabila bandar kita masih kecil, beliau mempunyai pandangan untuk membeli tanah dan kemudian menjualnya,” kata Taib.

Taib dilantik menganggotai kerajaan persekutuan pada tahun 1968 dan telah memegang pelbagai portfolio di Kuala Lumpur sehingga 1981 apabila beliau pulang ke Sarawak.

Semasa wawancara itu, beliau menafikan modal permulaan Jamiliah datang daripada dana awam.

"(Perniagaannya bermula) sekitar saya jadi ketua menteri, ya, jadi saya buat duit dengan jadi ketua menteri? Awak tahu negeri yang macam mana saya waisi pada 1981?

"Tiada siapa yang mampu beri duit ketika itu. Maaflah, saya maksudkan... tetapi sekarang, ya, kalau saya hendak jadi korup, saya boleh dapat banyak wang.”

Beliau kemudian mempertahankan Jamilah dan menantu Kanadanya, Sean Murray dengan mengatakan penilaian tepat mereka dalam pelaburan hartanah punca kejayaan syarikat itu.

“Tetapi awak tahu, jika anak perempuan saya bodoh atau menantu saya bodoh, mereka tidak akan buat duit sebegitu banyak, (kemudian) itu bukan satu isu. Mungkin saya terpaksa tanggung mereka hari ini (gelak).

NONE“Tetapi mereka agak berjaya, mereka juga buat perniagaan di London dengan membeli bangunan, memuliharanya dan kemudian menjualnya. Itu agak luar biasa,” katanya.

Menurut laman sesawang anti -Taib, Sarawak Report, keluarga ketua menteri itu mempunyai empayar perniagaan hartanah yang bernilai jutaan ringgit di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada. Kebanyakannya dikuasai oleh pasangan tersebut.




Kenali individu di sebalik 'Datuk T'
Hafiz Yatim
Mac 26, 11
1:43pm


Sebaik sahaja skandal video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan Isnin lalu, tumpuan orang ramai adalah siapakah dalang di sebalik pita itu.

NONEWalaupun pelbagai nama dikemukakan, namun tugas mengenali mereka semakin mudah apabila pada pagi Rabu lalu, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah adalah mereka di sebalik video itu.

Beberapa jam selepas itu, Rahim dan Eskay pula tampil dan mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang bertanggungjawab di sebalik semua pendedahan itu.

Shazryl Eskay Abdullah

NONEEskay, 51, dari Naka, Kedah, adalah seorang ahli fisioterapi yang pernah bekerja di Amerika Syarikat dan berkhidmat dengan sebuah pasukan di liga football negara itu dan juga pasukan kebangsaan mereka.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Persatuan Badminton Malaysia dan kini adalah seorang pengarah Aman Agropreneurs Sdn Bhd.

Pada 2005, beliau dilantik oleh Raja Thai sebagi konsul kehormat negara itu ke Malaysia di Langkawi bagi mewakili kepentingan rakyat Thai dan menjaga hubungan baik kedua-dua negara.

Sepanjang tahun 2006 hingga 2007, Eskay dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai orang tengah bagi menyelesaikan konflik di selatan Thai yang dikenali sebagai Rundingan Damai Langkawi.

NONESepanjang tempoh 2008 hingga 2011, beliau dilantik sebagai pengerusi kehormat konsular kor di Malaysia.

Namun, ahli perniagaan itu yang juga pernah merawat sakit tulang belakang Anwar, mencuri tumpuan awal bulan ini berikutan saman RM20 jutanya ke atas Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil.

Fokus ke atas Eskay semakin menyerlah minggu ini, apabila beliau mengakui sebagai sebahagian daripada anggota kumpulan Datuk T bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang berperanan dalam pendedahan video lucah itu.


Rahim Tamby Chik


rahim thamby chik at bukit aman 240311 01Rahim adalah bekas ketua menteri Melaka dan pernah dilantik sebagai ketua pemuda Umno. Beliau pernah diberi pujian kerana dikatakan berjaya membangunkan Melaka daripada terus dibuai mimpi sebagai sebuah negeri mundur.

Beliau juga bertanggungjawab memindahkan pentadbiran negeri daripada kota Melaka ke Ayer Keroh.

Semua ini, sebelum beliau bersara daripada semua jawatan politik berikutan dakwaan terbabit merogol seorang gadis sekolah di bawah umur. Rahim telah menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Anwar adalah dalang di sebaliknya.

ghafar baba and umnoAnwar bagaimanpun menafikan terbabit dengan pemecatan Rahim.

Beliau juga adalah dalam kumpulan Wawasan yang bersama Anwar, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin yang menamatkan kerjaya politik timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba.

Shuib Lazim

NONESebelum dilantik sebagai bendahari PERKASA, Shuib adalah seorang senator dan ahli parlimen Sungai Petani. Beliau berasal dari Sungai Petani dan adalah juga bapa saudara kepada MP Sungai Petani ketika ini, Johari Abdul.

Beliau juga adalah bapa mertua kepada naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pernah dilaporkan berkata Shuib telah memaklumkan kepadanya hasrat beliau ingin berundur sebagai bendahari.

Meskipun didakwa sebagai anggota ketiga kumpulan Datuk T, Johari mempertahankan bapa saudaranya dan berkata beliau tidak percaya yang Anwar adalah lelaki dalam video seks itu.


Video seks: Konspirasi atau...
Wira Arjuna
Mac 26, 11
11:11am


Khamis lalu, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay memberi kenyataan kepada polis Bukit Aman dan juga menyerahkan rakaman video seks dan jam tangan yang didakwa milik lelaki yang beraksi dengan seorang pelacur dalam video berkenaan.

NONEKeseluruhan proses bagi siasatan berhubung video lucah yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanya mengambil masa kira-kira lima jam.

Secara perbandingan, kes video lucah yang dibawa oleh dua daripada tiga “Datuk T” ini amat berat kerana membabitkan ketua pembangkang dan seperti kata Rahim (tentunya secara sinis), orang yang boleh menjadi perdana menteri Malaysia.

Namun, lima jam sahaja… berbanding dengan soal siasat ke atas pembantu politik DAP Teoh Beng Hock yang berlangsung 10 jam dan tamat kira-kira jam 3.30 pagi di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

NONEKes Teoh hanya membabitkan dakawaan salah guna dana kira-kira RM2,000. Kita maklum apa yang berlaku kepada Teoh susulan soal siasat itu dan masih mencari kebenaran bersabit kematian tragisnya.

Lima jam untuk Rahim dan Eskay… berbanding penahanan semalaman yang terpaksa ditempohi oleh Anwar sendiri pada 16 Julai 2008 di lokap Polis Kuala Lumpur, semata-mata untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung pertuduhan liwat untuk kali kedua.

Dendam...

Sekali lagi, tidak perlu dihuraikan apa berlaku kepada botol mineral, tuala dan berus gigi yang ditinggalkan oleh Anwar dalam bilik penjara itu.

NONEKhamis lalu juga, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menyiasat kes itu di bawah peruntukan undang-undang selain daripada yang membabitkan penayangan filem lucah.

Pembabitan Rahim yang secara langsung mendalangi video lucah sudah pun mencetuskan pelbagai spekulasi yang mengaitkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada siri pusingan fitnah terbaru untuk mengaibkan Anwar.

Terpalit dengan tuduhan merogol gadis bawah umur yang memusnahkan karier politiknya pada tahun 1994, Rahim tidak dapat menyembunyikan dendamnya terhadap Anwar atas detik hitam hidupnya itu.

NONEHujah bahawa wujud tangan Umno di sebalik video lucah diperkuatkan dengan laporan Najib menemui Rahim, Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim di Bangunan Parlimen hari Selasa, selepas identiti DatuK T dibongkar oleh PKR.

Apa pun, polis bukan sahaja harus menjalankan siasatan adil tetapi mesti dilihat menjalankan siasatan secara profesional dan paling penting - adil. Jika tidak, maka akan bergemalah teori polis sekali lagi bersekongkol dengan Umno untuk mencantas Anwar.

Pembohongan...

Tempoh yang agak singkat untuk mengambil keterangan Rahim dan Eskay Khamis lalu sudah pun merangsang pelbagai teori, spekulasi dan perbandingan.

NONEKredibiliti rapuh polis yang sedia ada tidak dibantu dengan keengganan pasukan itu menahan gandingan Datuk T walaupun mereka melakukan jenayah menayangkan filem lucah di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu - satu kesalahan yang membawa hukuman penjara tiga tahun.

Seseorang yang mengikuti sidang akhbar Rahim dan Eskay Selasa lalu tentu tertanya-tanya sama ada dalam mengambil keterangan, polis telah memperinci beberapa pembohongan oleh dua individu itu kepada pihak media.

azlanEskay dan Rahim mendakwa wartawan menjadi barisan yang diutamakanuntuk ditunjukkan video itu supaya ada penilaian bebas dan berkecuali mengenai kesahihan rakaman itu.

Malah menurut mereka, video itu juga tidak akan diserahkan kepada polis (ketika itu) supaya tidak ada tuduhan polis berat sebelah dalam siasatan.

Namun, apa yang jelas adalah gandingan Datuk T turut berusaha keras memancing wakil rakyat PKR dan individu berpengaruh dalam parti itu.

NONEJusteru video lucah itu ditunjukan kepada ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Badrulhisham Shahrin, seorang pemimpin pelapis PKR yang berwibawa dan berprinsip, sungguhpun kadang kala tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi parti.

Apabila umpan tidak mengena (Johari dan Badrul yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar) maka tiba-tiba Datuk T bersedia bekerjasama dengan polis, malah Rahim memberitahu media “kalau polis nak ambil seluar dalam kami pun, ambillah.”

Nyata polis tidak perlu mengambil seluar dalam Rahim ataupun Eskay (buat masa ini). Namun polis mempunyai tanggungjawab untuk tidak diheret dalam agenda politik mana-mana pihak dan menjalankan siasatan berwibawa, secara professional dan berkecuali.
  • Mohd Roszeli M · Shah Alam, Malaysia
    seluruh system negara sudah punah & rosak akibat UMNO BN selagi ia berkuasa. Selagi system politik tidak dipisahkan dari pentadbiran..selagi itulah tiada ketelusan..apa sahaja tindakan yg hendak dilakukan akan terpaksa melalui pertimbangan politik hinggakan agenda agama pun menjadi No2. Masalah utama di Malaysia ialah UMNO BN terlalu BERKUASA hingga persoalan seluar dalam pun mereka yang menjaganya. Tolak UMNO BN dan kembalikan ketelusan dalam pentadbiran negara.


Hj Ahmad Abd Salam · Gov. English High School Batu Pahat.
saya setuju sangat. selagi kita sokong selagi itu kita menanggong dosa. terlibat dengan ftnah, liwat, rogol , zina, judi, arak,pelacuran dan berbagai2 lagi.

Tiada ulasan: