JANJI MANIS BERACUN BUKAN LELAKI JALANG@PENIPU...JUGA AHLI2 POLITIK PENIPU MEMAKAN HAK RAKYAT....HANTU JEMBALANG NI DIMANA2 ADA...KALAU KITA TUDUH BUKAN HANTU JEMBALANG...MAKA TUDUHAN BERBALIK KEPADA KITA...AKHIRAT NANTI TAU SAPE YG HANTU JEMBALANG DAN KAKI TEMBERANG...
Sinar baru pesakit kanser
Pakar Perunding Kanan Pediatrik & Pakar Perunding Kanan Hematologi & Onkologi Pediatrik, Ketua Unit Hematologi & Onkologi, Pemindahan Sum-Sum Tulang Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata, tanggapan penyakit kanser mempunyai harapan tipis untuk sembuh kini semakin berubah apabila peluang bagi sesetengah jenis kanser kanak-kanak untuk pulih melebihi 90 peratus.
Menurutnya, perkembangan dan pencapaian itu memberangsangkan untuk jenis penyakit yang satu ketika dulu tidak mampu diubati selain memberi semangat kepada pesakit kanser baru.
“Sepuluh atau 15 tahun dulu, mereka ialah pesakit kanak-kanak di HKL dan mereka melalui cabaran berkenaan dengan jayanya. Ada pesakit kanser kanak-kanak tempatan yang kini dewasa, memasuki universiti, berkahwin dan melahirkan anak yang sempurna sifatnya serta sihat.
“Mereka bekerja seperti orang lain dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang dan berjasa kepada negara. Hari ini, pertemuan semula bekas pesakit kanser kanak-kanak, memberi motivasi kepada pesakit yang mendapat rawatan penyakit kanser untuk sembuh,” katanya.
Lebih 40 bekas pesakit kanser kanak-kanak diraikan dalam Majlis Mesra Anugerah Kehidupan di HKL, di sini, semalam. Majlis dirasmikan Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.
Waspada janji manis beracun
KUALA LUMPUR: “Jangan percaya janji manis lelaki, itulah ‘racun’ paling berbisa,” kata pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar al-Haj berhubung perbuatan seorang lelaki mengikis duit tiga wanita iaitu Nani, Miza, Dira selain curang dengan isterinya, Alin.
Dr Tuah tidak menafikan, kebelakangan ini ramai wanita diperalatkan lelaki kasanova dan ‘buaya’ untuk kepentingan diri serta kemewahan hidup.
“Ia menjadi penyakit sosial baru. Masalahnya, perkara ini tidak akan berlaku jika wanita tidak cari penyakit itu.
“Mangsa yang teraniaya dengan perbuatan lelaki seperti ini sepatutnya mengambil tindakan undang-undang. Apa yang lelaki itu lakukan adalah satu kesalahan,” katanya.
Menurut Dr Tuah, jika ingin memilih pasangan dalam apa juga keadaan, usah terlalu melihat rupa paras dan penampilan tanpa menyelidik siapa lelaki itu sebenarnya.
“Lihat apa berlaku pada Miza, Dira dan Nani. Mereka dikikis dan habis wang ringgit hanya kerana seorang lelaki. Lebih teruk lagi, lelaki itu tidaklah sehebat disangka.
“Jangan cepat teruja dan lelaki jenis kasanova memang pandai berlakon. Lelaki begini pandai mengambil kesempatan terhadap kelemahan wanita,” katanya.
Dr Tuah menasihatkan wanita lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup, sekalipun sekadar untuk bercinta.
“Yang penting pastikan dulu latar belakangnya, tidak kira dengan apa cara, untuk mengetahuinya sama ada melalui keluarga atau rakan mereka. Sebelum terhantuk, ada baiknya ambil sikap berjaga-jaga,” katanya
Tolak 'hantu jembalang'
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana golongan ini boleh menggugat keharmonian dan perpaduan kaum sedia ada, yang menjadi asas terpenting kepada kestabilan politik.
“Kestabilan politik inilah yang kita perlukan untuk negeri ini, malah di seluruh negara, untuk terus maju dan berkembang. Kita kini dalam kalangan negeri maju terbaik di dunia,” katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di rumah panjang Iban 29 pintu, Rh.Wilson Bada di kampung Gran B Stumbin, Lingga, kira-kira 20 kilometer dari sini, semalam.
Muhyiddin berkata, hantu dan jembalang itu akan berbuat apa saja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang.
“Kami bimbang jika rakyat membenarkan diri mereka diperdayakan, tahap pembangunan akan menjadi perlahan. Pakatan Rakyat bukan pakatan sebenar. Mereka hanya pakatan longgar yang tiada program atau rancangan sebenar untuk membantu. Yang mereka ada hanya retorik dan janji,” katanya.
Beliau berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini lebih dikenali sebagai ‘Parti Kian Runtuh’ dengan pemimpin dan penyokongnya keluar daripada parti itu setiap hari.
“DAP dan Pas mempunyai ideologi berbeza dan bercanggah. Sebaliknya, BN dengan 13 rakan politik yang berlainan mempunyai ideologi tunggal untuk berkongsi kuasa bagi membantu dan berkhidmat kepada rakyat,” katanya.
Muhyiddin berkata, pemimpin BN juga menikmati hubungan kerjasama sangat akrab dan mesra di peringkat negeri serta persekutuan.
“Kami sememangnya sedar, sebab itu kami menghulur bantuan dan memberi lebih banyak peruntukan. Izinkan kami untuk terus membantu, terutama dalam membawa lebih banyak kemudahan prasarana, pendidikan serta pembangunan sosial yang lebih baik,” katanya. — Bernama
VIP dalang seludup wang
Kegiatan itu dilakukan dengan mereka menjadikan agensi pengurup wang sebagai ‘keldai’ memindahkan wang terbabit secara rahsia.
Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang menjelaskan, kegiatan itu kini semakin berleluasa terutama membabitkan tempat seperti London, Dubai, Hong Kong, Singapura dan Jepun.
Katanya, kementerian sejak tahun lalu menarik balik 50 lesen agensi pengurup wang apabila dikesan terbabit dalam kegiatan haram itu.
“Kita dapati kegiatan ini semakin berleluasa dan meluas ke beberapa negara sejak kebelakangan ini.
“Kebanyakan mereka yang terbabit adalah golongan konglomerat yang memindahkan wang haram menggunakan khidmat agensi ini,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk di Pekan Jelawat, di sini, semalam.
Awang Adek berkata, kerajaan sehingga kini tidak dapat memastikan berapa jumlah sebenar wang yang dibawa keluar oleh ‘penyeludup’ berkenaan.
Katanya, sebahagian besar individu yang terbabit dalam kegiatan itu menjalankan urusan perniagaan, termasuk bagi pembelian harta benda di luar negara.
Katanya, kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana agensi selain melakukan pembekuan aset dan akaun bank jika ada individu dikesan membawa keluar wang secara haram.
“Kita kini berusaha membanteras kegiatan ini dengan lebih giat lagi menerusi Bank Negara Malaysia (BNM).
“Usaha itu termasuk memeriksa buku harian agensi pengurup wang bagi mengesan tiada aktiviti meragukan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan