Khamis, 3 Mac 2011

IQ@TAHAP PENDIDIKAN LEMAH...KELAKUAN SERTA SIFATNYA ...RENDAH DAN TAK MEMAHAMINYA..JADI SUKARLAH....

BILA IQ@TAHAP PENDIDIKAN LEMAH...KELAKUAN SERTA SIFATNYA ...RENDAH DAN MEMAHAMI...YANG BENAR DAN SEBALIKNYA

Liwat II: Hakim arah bicara dalam perbicaraan
Hafiz Yatim
Mac 2, 11
3:27pm


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah hari ini membenarkan permohonan peguambela Karpal Singh bagi mengadakan bicara dalam perbicaraan.

NONESetelah mendengar hujah kedua-dua pihak, beliau berkata terdapat pertikaian mengenai cara beberapa barangan diperolehi.

Sehubungan itu, beliau menangguhkan sidang mahkamah hari ini dan berkata perbicaraan bersambung jam 2.30 petang esok bagi perbicaraan dalam perbicaraan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi orang pertama memberi keterangan dalam bicara dalam perbicaraan itu dan dijangka memberitahu mahkamah mengenai tangkapan ke atasnya yang didakwa tidak sah itu.

Menurut Zabidin, lazimnya mahkamah tidak mengambil kira bagaiamana bukti diperolehi tetapi ia mempunyai budi bicara bagi menolak bukti tersebut jika ada dakawaan bahawa cara yang tidak betul atau tidak adil digunakan bagi mendapatkannya.

NONE"Dalam perkiraan saya, hanya satu jalan bagi menentukan perkara ini adalah bicara dalam perbicaraan.

"Justeru, saya akan benarkan permohonan pembelaan. Bicara dalam perbicaraan akan diadakan esok.”

Ketua pembangkang itu yang malam semalam sempat berkempen pada pilihan raya kecil Merlimau, tengahari tadi kembali ke kandang tertuduh untuk menyambung perbicaraan kes liwat yang membabitkan dirinya.

Karpal dalam hujahnya sebelum itu, berkata bicara dalam perbicaran itu perlu berikutan permohonan pihak pendakwaan yang mahu beberapa barangan seperti botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu - yang dijumpai pada sel di mana anwar ditahan semalaman antra 16 Julai hingga 17 Julai 2008 - dikemukakan sebagai barangan bukti.

NONETiga barangan itu - botol air minum, berus gigi dan tuan - kemudiannya dianalisis oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon dan beliau menjumpai DNA 'Lelaki Y'.

Sehubungan itu, Karpal memohon bicara dalam perbicaraan bagi menentukan sama ada barangan tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti kerana ia diperolehi secara tidak adil dan tidak sah.

Karpal Singh ketika berhujah di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah berkata tertuduh harus dilindungi daripada barang bukti yang diambil secara tidak sah bagi memastikan keadilan.

"Cara yang betul untuk menghadapi perkara ini adalah dengan mengadakan perbicaraan dalam perbicaraan. Ini bagi memastikan perkara berkaitan dapat diketengahkan.

NONE"Adalah perlu untuk hakim mempraktikkan budibicara terhadap pembelaan," ujar Karpal.

Bagi Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa tertuduh telah diugut, memberi barangan berkenaan dalam keadaan ditekan atau dipujuk sebelum mendakwa ia tidak sah.

Semalam, pihak pendakwaan memanggil tujuh pegawai polis bagi menjelaskan bagaimana barang tersebut diambil dari sel Anwar yang dijalankan tanpa pengetahuan tertuduh.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, yang juga bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.



Merlimau terus dicemari angkara khianat
Aidila Razak
Mac 2, 11
1:14pm


Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

NONEMenurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.

"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak,” katanya.

NONEMenurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

NONEPada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Duit banyak habis dengan kos logistik mereka tapi isu jarak ceramah yang terlalu dekat antara PAS dan BN pun tidak boleh diselesaikan.

NONE"Apa fungsi mereka yang banyak menghabiskan wang rakyat tapi tak boleh kawal keselamatan?" soal naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

Menurutnya juga, PAS tidak keberatan untuk mengadakan pertemuan dengan ketua polis Melaka sekiranya perkara ini masih berterusan.

"Kita sedang memberi perhatian untuk bertemu dengan pihak polis. Kita lihat sehingga malam ini, jika gangguan dan perbuatan khianat masih berterusan, kita tak keberatan untuk bertemu pihak polis bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan.


PAS beri tepukan untuk menteri k'jaan BN
Jimadie Shah Othman
Mac 2, 11
4:31pm


Ceramah PAS di Kerdau malam tadi memberikan 'penghormatan' dan tepukan kepada menteri yang didakwa "paling jujur" dalam kerajaan BN, sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini.

Tepukan sebahagian daripada kira-kira 500 hadirin di Desa Murni kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala itu diberikan atas permintaan bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu.

opposition boycott by-election 110107 mohamad sabu"Kalau kita beri (undi) pada Umno lagi, Malaysia akan bankrap, (bankrap) seperti yang dikatakan oleh menteri yang paling jujur, Idris Jala. Tepukan pada Idris Jala," kata Mohamad (kiri) yang berhujah tentang 'kelemahan' pentadbiran kerajaan BN.

Idris pada 27 Mei tahun lalu berkata, hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Berceramah di Kerdau malam tadi, penceramah popular PAS yang amat kelakar itu juga secara khusus menyentuh pentadbiran BN yang didakwa bakal menjadikan Pahang bankrap.

Katanya, jika dibanding dengan prestasi kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor yang di kedudukan pertama dan kedua terbaik menurut Laporan Audit Negara sebelum ini, kedudukan Pahang di tempat terakhir amat memalukan.

"Menurut Laporan Audit negara, negeri paling teruk, Pahang. Malunya aku," katanya sambil membuat muka hodoh dan ketawa besar, menyebabkan penonton turut terbahak-bahak.

Beliau juga secara sinis mengkritik sebahagian pengundi yang masih percaya bahawa "Umno itu pembangunan dan pembangunan itu Umno".

Pemimpin DAP turun padang

"Di Kelantan PAS perintah, ada jalan raya? (Penonton jawab: Ada) Tak ada! Fasal di kelantan tak ada Umno. Umno kalah di Kelantan. Sampai Kota Bharu, naik kereta lembu. Di Kelantan ada hospital? Tak ada, kalau sakit panggil bomoh.

"Di Kelantan ada balai polis? Tak ada, kalau bergaduh panggil tok penghulu," katanya yang tak henti-henti berjenaka sepanjang ceramah 45 minitnya itu.

azlanBerurcap dalam majlis yang sama sebelum itu, dua pemimpin DAP Anthony Loke (ketua pemuda) dan exco kerajaan Selangor Ronnie Liu. Ceramah itu merupakan yang pertama disertai DAP setelah empat hari berkempen.

Sebelum ini 'kegagalan' DAP dan PAS turut berkempen lebih giat mengundang pertanyaan media, terutamanya kepada naib presiden PAS dan pengarah pilihan rayanya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim kelmarin menafikannya dan mendakwa jentera DAP turut terlibat tetapi mungkin tidak dikenali kerana memakai baju PAS.

Dalam ucapannya, Ronnie menerangkan kepentingan pengundi Kerdau memilih calon PAS sebagai permulaan supaya wujudnya sistem dua parti di Malaysia dan supaya rakyat menjadi "bos" sebenar.

"Sekarang dalam pilihan raya kecil kita jadi bos. Tak minta pun dia (BN) bagi. Tetapi selepas itu, dialah yang jadi bos," katanya.

Manakala Anthony pula mengambil peluang menegaskan bahawa DAP bukanlah parti anti-Melayu dan Islam, seperti yang telah disepakati dalam perjanjian ketiga-tiga parti dalam Pakatan.


Tempoh bayaran saman trafik dilanjutkan
Mac 2, 11 3:52pm


Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik bermula semalam sehingga 10 Mac ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONEBeliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat pembayaran.

"Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu. Jadi untuk mereka yang ikhlas dan jujur untuk membayar saman tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, jadi kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Sejak Ogos tahun lalu kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.

azlanHishammuddin berkata keputusan melanjutkan tempoh bayaran saman itu adalah muktamad dan tidak akan mengubah keputusan asal kerajaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tarikh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Hishammuddin mengingatkan pesalah trafik yang belum menjelaskan saman masing-masing untuk berbuat demikian sepanjang tempoh lanjutan itu untuk mengelakkan kenderaan masing-masing daripada disenarai hitam.

Katanya proses pembayaran dalam tempoh lanjutan ini akan dipantau dengan teliti.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai pertikaian kesahihan kesalahan pula dinasihatkan membuat rayuan serta mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.



MCA bukan parti penipu, kata Chua
Kow Gah Chie
Mac 2, 11
6:52pm


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini menafikan bahawa MCA adalah sebuah parti penipu apabila dua bekas menteri pengangkutannya didakwa di mahakamah berhubung skandal Zon Bebas Pelabung Klang (PKFZ).

NONEKatanya, tidak ada alasan baginya memohon maaf berhubung perkara berkenaan kerana apa yang berlaku adalah perlakuan peribadi pemimpin terbabit.

Lagipun, menurut Chua mahkamah juga belum membuat sebarang keputusan berhubung kes tersebut.

Pada 29 Julai tahun lalu, bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa memperdayakan jemaah menteri bagi meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ pada harga yang jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran

NONEEnam bulan kemudian, iaitu pada 28 Februari lalu, bekas timbalan presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy, pula menghadapi tiga pertuduhan menipu di mahkamah sesyen di Putrajaya juga berhubung skandal PKFZ.

"Ini (kes mahkamah) tidak cerminkan MCA... parti ini mempunyai sembilan presiden dan lebih 20 timbalan presiden serta lebih sejuta ahli,” kata Chua sambil menambah pemimpin MCA 'datang dan pergi'.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum melancarkan perkhidmatan van Yayasan Komuniti Satu Malaysia di pekan Merlimau



Teoh tidak dicederakan, kata Dr Khairul
Mac 2, 11 8:25pm


Pakar Perunding Perubatan Jabatan forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr Khairul Azman Ibrahim memberitahu Suruhanjaya Siasatan hari ini beliau tetap dengan pendiriannya bahawa keretakan pada tulang dada Teoh Beng Hock adalah disebabkan terjatuh dari tempat tinggi dan bukannya dicederakan.

Dr Khairul Azman berkata demikian selepas Christopher Leong dari Majlis Peguam mengemukakan teori bagaimana tulang dada setiausaha politik kepada Exco Selangor itu boleh mengalami keretakan.

Teori itu dikemukakan oleh Christopher berkemungkinan seseorang telah meletakkan buku telefon pada dada mangsa sebelum menumbuknya dan akan menyebabkan keretakan pada tulang dada tanpa meninggalkan kesan lebam.

Dr Khairul Azman sebelum ini memberitahu di dalam prosiding bahawa keretakan itu berlaku akibat mangsa telah mendarat dengan kakinya sebelum terjatuh dan kemungkinan ketika mendarat lutut mangsa terkena pada dada dan rahang yang menyebabkan keretakan pada tulang dadanya dan bukan disebabkan oleh kecederaan lain.

Selain itu, beliau turut memberitahu sekiranya Teoh ditolak dari tingkap ketika beliau tidak sedar diri kemungkinan mangsa akan jatuh dalam keadaan berbeza bukannya mendarat dengan kakinya.

Beliau berkata demikian ketika disoal Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sama ada terdapat perbezaan cara jejak di lantai dan keadaan mayat yang jatuh ketika sedar dan tidak sedar.

Dr Khairul Azman memberitahu sekiranya mangsa terjatuh dalam keadaan sedar, dia akan cuba mendarat dengan kakinya dan cuba menyelamatkan diri, sebaliknya jika mangsa terjatuh dalam keadaan tidak sedar anggota badan akan lebih longgar dan kemungkinan untuk tidak mendarat dengan kaki adalah tinggi.

"Ini membuktikan Teoh berada dalam keadaan sedar dan mendarat dengan kakinya setelah jatuh di koridor tingkat 5, bangunan Plaza Masalam, Shah Alam kerana kedua-dua kakinya patah," katanya.

Dr Khairul Azman, yang melakukan bedah siasat pertama ke atas Teoh, memberitahu di dalam prosiding berdasarkan bedah siasat yang dijalankan pada 17 Julai 2009 beliau menemui banyak kesan kecederaan di bahagian kaki mangsa.

Sementara itu, beliau turut memberitahu di dalam prosiding tiada sebarang penemuan yang membuktikan Teoh dicekik mahupun lehernya 'dikunci' dengan menggunakan siku (necklock).

"Ketika saya melakukan bedah siasat tiada sebarang kesan yang dijumpai berlakunya 'necklock' pada mangsa.

"Saya tidak nampak adanya bintik-bintik merah pada mata yang menunjukkan mangsa lemas dan tiada bukti untuk menyokong dakwaan tersebut,"katanya.

Beliau turut memberitahu tiada bukti kukuh yang menunjukkan Teoh dibunuh kerana beliau tidak menemui kesan pergelutan yang berlaku di tingkap di tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam yang dipercayai tempat Teoh terjatuh.

"Walaupun saya telah membuat lawatan ke tempat kejadian sebanyak dua kali namun gagal menemui apa-apa kesan Teoh dibunuh (homisid)," katanya.

Beng Hock, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi keterangan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya itu dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains
Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh.

Suruhanjaya itu ditugaskan untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner sebelum ini membuat 'keputusan terbuka'.

Prosiding bersambung esok.

- Bernama




PAS dakwa Felda Plantation organisasi haram
Jimadie Shah Othman
Mac 2, 11
12:32pm


Penampilan pertama kali NGO PAS dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kerdau - Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) - menggemparkan apabila mendakwa Felda Plantation yang mengawal 367,710 hektar ladang merupakan organisasi haram.

Presidennya, Mazlan Aliman mendakwa, pemilikannya itu bertentangan dengan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 yang didakwa menetapkan pemilikan hanya oleh individu dan koperasi sahaja.

NONEBeliau yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mendakwa, perkara itu disebut dalam Seksyen 7(2) dan Seksyen 11(1).

"Adakah perdana menteri membaca hansard parlimen bertarikh 27 April 1960 dan apa isi ucapan bapa beliau ketika membentangkan penggubalan akta GSA 1960?

"Adakah perdana menteri tahu bahawa Felda Plantation adalah penempatan haram yang bertentangan dengan akta GSA yang mana status pemilikan hanya (untuk) individu, seksyen 7(2) dan koperasi, seksyen 11(1) sahaja?" katanya.

Mazlan yang juga ketua penerangan PAS Johor membuat dakwaan itu dalam sidang media harian PAS di markas induk parti itu di Kerdau pagi ini.

Berbeza dengan Sime Darby, IOI

Hadir sama Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawantakuasa pusat parti itu Dr Dzulkefly Ahmad.

Ditanya tentang tindakan ANAK, Mazlan berkata, pihaknya kini dalam proses membawa kes itu ke mahkamah dan mengkaji kuasa kerajaan negeri terbabit bagi mengambil semula tanah tersebut daripada Felda Plantation.

NONEBeliau percaya pengambilan semula tanah itu boleh dilakukan, seperti yang sedang diusahakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di Felda Sungai Tengi di Hulu Selangor.

Mazlan juga menjelaskan, dalam persefahaman PAS, PKR dan DAP dalam "Buku Jingga", Pakatan berhasrat mengambil alih Felda Plantation, tindakan yang didakwa sejajar dengan ucapan Tun Razak untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.

Katanya, keluasan lebih suku juta hektar tanah agensi kerajaan itu boleh diagih kepadakira-kira 79,000 generasi kedua Felda bagi meningkatkan taraf hidup berbanding pemberian dividen tahunan sebanyak 14 peratus yang bernilai antara RM100 hingga RM200 sahaja.

"Adakah perdana menteri tahu 45,000 peserta Felda Plantation termasuk anak-anak tempatan sedang menderita gaji yang rendah, diperlaku seperti hamba dan kebajikan mereka yang diabaikan?" katanya.

Menurutnya keadaan itu jauh berbeza dengan nasib pekerja syarikat perladangan lain seperti Sime Darby dan IOI.




MB nafi dahului keputusan Sultan S'gor
Abdul Rahim Sabri
Mac 2, 11
6:46pm


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pelantikan Tan Sri Raja Arshad Tun Raja Uda sebagai Canselor Universiti Selangor (Unisel) telah dibincang dan dimaklumkan kepada Sultan Selangor.

"Saya ingat, selepas raya tahun lepas kita sudah bincangkan," katanya

Didesak oleh pemberita sama ada baginda memperkenankan perlantikan tersebut, Khalid berkata: "Itulah, (dalam) perbincangan itu, nama yang kita pilih itu pun, dah kita bincang begitu lama".

Menteri besar diminta mengulaskan titah Sultan Selangor yang menitahkan semua pihak agar mematuhi peruntukan perlembagaan Unisel yang menetapkan pemilihan dan pelantikan canselor universiti itu di bawah bidang kuasa baginda.

Dalam perlembagaan Unisel, baginda dilaporkan bertitah, dinyatakan dengan jelas bahawa canselor universiti itu ialah Sultan Selangor atau wakil yang dilantik oleh baginda.

Baginda bertitah pada majlis penyerahan watikah pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Canselor Unisel yang baru di Istana Bukit Kayangan semalam.

Khalid yang juga ADUN Ijok menafikan pelantikan Raja Arshad sebagai "mendahului keputusan" baginda.

"Tidak. Oleh kerana kita telus, biasanya, dalam mana-mana organisasi, lembaga pengarah Unisel juga membincangkan perkara ini.

"Bukan satu perkara rahsia, siapa nak jadi canselor apa semua. Saya ingat, polemik siapa nak jadi canselor selepas Datin Seri Rosmah Mansor, sangat banyak. Jadi perkara ini memang biasa.

"Oleh sebab itu, ahli lembaga pengarah boleh jadi telah mengutarakan atau memberi maklumat tentang Tan Sri Arsyad, nampaknya dipilih. Tapi sebenarnya formaliti yang berlaku pada semalam," katanya.

Khalid membandingkan situasi perlantikan itu dengan situasinya sewaktu dilantik menjadi menteri besar Selangor tiga tahun lalu.

"Serupa juga dahulu, saya jadi MB, (pada) 9, 10 dan 11 Mac orang sudah tahu saya jadi MB, tapi 13 Mac saya diberi watikah. Jadi saya ingat, tidak ada satu perkara ganjil," katanya.

Ditanya sama ada mesyuarat hari ini membincangkan mengenai rombakan exco kerajaan negeri, Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata: "Seperti biasa, bila saya sudah susun, baru saya akan beritahu".



'SPR ada gigi tapi enggan gigit'
Kuek Ser Kuang Keng
Mac 2, 11
4:24pm


Kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa beliau 'bukan pakar' dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya, menyaksikan beliau terus dibidas pelbagai pihak.

bar council egm isa 200908 ambigaAntaranya daripada ketua pemantau pilihan raya Bersih 2,0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Katanya, terdapat undang-undang spesifik bagi membuktikan SPR mempunyai kuasa dan tanggungjawab bagi melawan dan mencegah rasuah pilihan raya tetapi ini tidak dikuatkuasakan oleh suruhanjaya itu.

Berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak "awak tolong saya, saya tolong awak” semasa kempen pada dua pilihan raya kecil, Ambiga berkata ini dengan jelas boleh diambil tindakan mengikut seksyen 10, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Seksyen berkenaan adalah berkaitan habuan yang diberikan kepada pengundi bagi mendapatkan sokongan.

Menurut Ambiga, SPR mempunyai tanggungjawab bagi memastikan semua insiden berkenaan dibawa ke perhatian pihak berkuasa bagi menjamin pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil.

NONEMeskipun kuasa untuk mendakwa terletak di tangan pejabat Peguam Negara, Ambiga berkata SPR juga perlu memainkan peranan.

"Paling tidak, ia (SPR) boleh membuat laporan polis,” katanya kepada Malaysiakini, semalam.

Najib membuat kenyataan itu ketika kempen pilihan raya kecil Sibu dan Merlimau tetapi Abdul Aziz bertegas mengatakan beliau bukan pakar bagi menentukan aduan berkenaan.



1,086 penjawat awam bankrap
Mac 2, 11 1:38pm


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah hutang yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.

Beliau berkata, pada 2009 sahaja Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

"Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib," katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir pada majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia itu adalah Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Justeru, Liew berkata taklimat tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada penjawat awam bagaimana untuk menangani isu berkaitan dengan hutang dan kebankrapan.

Beliau berkata, ia juga bagi memberi penerangan mengenai Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang telah diluluskan oleh Parlimen tahun lepas dan telah mula dikuatkuasakan pada 15 Disember tahun yang sama, serta taklimat mengenai Bantuan Guaman untuk penjawat awam.

"Ahli-ahli CUEPACS yang berpendapatan kurang dari RM25,000 setahun boleh mendapat perkhidmatan guaman percuma daripada Jabatan Bantuan Guaman dalam kes-kes seperti petisyen perceraian, tuntutan nafkah, tuntutan harta sepencarian, hak penjagaan anak dan lain-lain masalah kekeluargaan.

"Sekiranya pendapatan lebih RM25,000 tetapi tidak lebih RM30,000 mereka hanya akan dikenakan bayaran minimum," katanya.

- Bernam

Tiada ulasan: