Sabtu, 19 Mac 2011

SUASANA HARI KIAMAT, SYURGA DAN NERAKA.

SUASANA HARI KIAMAT, SYURGA DA NE


1. PERKARA.

Bilangan : /
Hadis : 1590 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan tiba seorang lelaki besar lagi gemuk pada Hari Kiamat. Namun di sisi Allah s.w.t tidak dapat menandingi timbangan sayap seekor nyamuk. Kamu bacalah ayat (a) yang bermaksud: Maka akibatnya kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amalan mereka pada Hari Kiamat kelak.



2/4
Hadis : 1591 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Seorang pendita datang berjumpa Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Muhammad atau Wahai Abu al-Qasim! Pada Hari Kiamat Allah s.w.t memegang langit, bumi, gunung-ganang, pokok-pokok, air, tanah dan semua makhluk dengan jari-jariNya. Kemudian Dia menggoyangnya sambil berfirman: Akulah Raja, Akulah Raja. Lalu Rasulullah s.a.w ketawa kerana kagum mendengar kata-kata pendita tersebut sambil membenarkannya kemudian membaca ayat (a) Yang bermaksud: Dan orang yang syirik tidak menghormati Allah dengan sewajarnya, sedangkan pada Hari Kiamat bumi keseluruhannya berada dalam genggaman kuasaNya. Maha suci Allah, Dia dan keadaanNya yang tertinggi dari apa yang mereka sekutukan.





3/4
Hadis : 1592 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menggenggam bumi pada Hari Kiamat dan melipat langit dengan tangan kananNya kemudian berfirman: Akulah Raja! Di manakah raja-raja bumi?.


4/4
Hadis : 1593 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat Allah s.w.t melipat langit kemudian menggenggamnya dengan tangan kanan lalu berfirman: Akulah Raja! Di manakah orang yang gagah perkasa? Di manakah orang yang bongkak? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiriNya lalu berfirman: Akulah Raja! Di manakah orang yang gagah perkasa? Di manakah orang yang bongkak?


2. KEBANGKITAN DARI KUBUR DAN KEADAAN BUMI PADA HARI KIAMAT.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1594 - Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat manusia dikumpulkan di tanah putih bersih seperti roti yang lembut, tidak ada apa-apa untuk seseorang itu berlindung.


3. HIDANGAN AHLI SYURGA.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1595 - Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat nanti bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti yang dilambungkan oleh Tuhan Yang Maha Perkasa di tanganNya sebagaimana seorang daripada kamu melambungkan roti dari dua tangan semasa berjalan. Itu adalah hidangan ahli Syurga. Tiba-tiba datang seorang Yahudi lalu berkata: Semoga Tuhan Yang Maha Pengasih memberkatimu wahai Abu al-Qasim! Inginkah engkau mendengar ceritaku tentang hidangan ahli Syurga pada Hari Kiamat? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya, silakan! Orang tersebut berkata: Bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Mendengar kata-kata tersebut Rasulullah s.a.w memandang kepada kami kemudian ketawa hingga kelihatan gigi geraham baginda. Orang tersebut berkata lagi: Inginkah kamu aku ceritakan tentang lauk pauk mereka? Rasulullah s.a.w menjawab: Ya! Orang itu berkata: Lauk-pauk mereka adalah Balam dan Nun. Para Sahabat bertanya: Apakah Balam dan Nun itu? Lelaki tersebut menjawab: Lembu dan ikan paus di mana seketul daging terbaik yang tergantung pada hatinya dapat dimakan oleh tujuh puluh ribu orang.


4. PERTANYAAN ORANG YAHUDI TERHADAP NABI S.A.W TENTANG ROH SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH S.W.T :



1/1
Hadis : 1596 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Ketika aku berjalan bersama Rasulullah s.a.w di sawah, baginda bertongkatkan pelepah tamar. Tiba-tiba datang sekumpulan orang Yahudi, sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Tanyalah dia tentang roh! Sebahagian lagi menyahut: Adakah kamu takut terhadapnya? Dia tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap kamu. Sebahagian daripada mereka tetap berkata: Tanyalah dia! Lalu sebahagian di antara mereka berjumpa Rasulullah s.a.w dan bertanya tentang roh. Nabi s.a.w diam tidak menjawab. Pada anggapanku ketika itu baginda sedang menerima wahyu. Abdullah berkata: Aku tetap berdiri di situ. Setelah selesai menerima wahyu, Rasulullah s.a.w menjawab dengan membaca ayat (a) yang bermaksud: (Dan mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk dalam urusan tuhanku dan kamu hanya diberi sedikit sahaja ilmu pengetahuan).



5. FIRMAN ALLAH S.W.T

Bilangan : 1/1
Hadis : 1597 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Abu Jahal berdoa: Wahai tuhanku sekiranya al-Quran ini betul datang dari sisiMu, maka turunkanlah hujan batu dari langit atau timpakan kepada kami siksaan yang pedih. Lalu turunlah ayat (a) Yang bermaksud: Dan Allah tidak sekali-kali akan menyiksa mereka, sedangkan engkau wahai Muhammad ada di antara mereka dan mengapa mereka tidak patut disiksakan oleh Allah sedangkan mereka menyekat orang-orang Islam daripada Masjidil Haram sehingga ke akhir ayat.


6. KEPULAN ASAP.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1598 - Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Masruq r.a katanya: Ketika kami duduk di sisi Abdullah yang berbaring di antara kami. Tiba-tiba datang seorang lelaki menemui beliau lalu berkata: Wahai Abu Abdul Rahman! Ada seorang pembawa cerita bohong di hadapan pintu Kindah (pintu Kufah) mencerita dan mendakwa bahawa tanda kepulan asap yang akan datang dan melemaskan orang-orang kafir. Manakala orang-orang mukmin seperti terkena selsema. Abdullah bangkit dan duduk dengan marah lalu berkata: Wahai kaum manusia, bertaqwalah kepada Allah! Sesiapa di kalangan kamu yang mengetahui sesuatu, hendaklah dia bercakap mengikut apa yang dia ketahui dan sesiapa yang tidak mengetahui, hendaklah dia berkata: Allah yang lebih mengetahui. Sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman (a) kepada Nabi-Nya s.a.w: (Katakanlah wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran al-Quran ini dan aku bukanlah daripada orang-orang yang (mengada-ngadakan. Ketika Rasulullah s.a.w melihat orang ramai membelot, baginda berdoa: Wahai Allah! Timpakanlah kesulitan sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Nabi Yusuf a.s. Masruq berkata: Tidak berapa lama berlakulah musim kemarau menyebabkan semua makanan habis, sehinggakan mereka terpaksa memakan kulit-kulit kayu dan bangkai kerana kelaparan. Lalu salah seorang daripada mereka mendongak ke langit lantas terlihat kepulan asap. Kemudian Abu Sufian pergi berjumpa Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya engkau dibangkitkan untuk memerintah manusia supaya taat kepada Allah dan menghubungkan tali silaturrahim. Sekarang kaummu telah ditimpa malapetaka. Oleh itu berdoalah kepada Allah. Allah s.w.t berfirman (b) sehingga ayat (c) Yang bermaksud: Oleh itu tunggulah wahai Muhammad masa langit membawa asap kemarau yang jelas lagi nyata menyebabkan kebuluran yang dahsyat, menimpa seluruh keadaan manusia yang kafir itu sehingga mereka berkata: Ini adalah satu azab yang sungguh menyakitkan hinggalah firmanNya yang bermaksud: Sudah tentu kamu akan kembali ingkar. Abdullah berkata: Adakah akan diperlihatkan azab Hari Akhirat? Firman Allah s.w.t (d) Yang bermaksud: Ingatlah! Sekiranya kamu mengulangi keingkaran kamu, kamu akan binasa semasa kami timpakan kamu dengan paluan yang kuat dari pihak lawan kamu sesungguhnya kami tetap akan menyiksa dengan azab yang sebenar-benarnya. Paluan yang kuat itu berlaku ketika peperangan Badar. Ayat-ayat Dukhan kepulan) (asap, Batsyah (pukulan), lizam kepastian) siksa orang-orang (kafir dan ayat-ayat Rom semuanya telah berlalu.








7. BULAN TERBELAH.

Bilangan : 1/3
Hadis : 1599 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Bulan telah terbelah kepada dua bahagian pada zaman Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda: Saksikanlah!.



Bilangan : 2/3
Hadis : 1600 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Penduduk Mekah telah meminta kepada Rasulullah s.a.w supaya menunjukkan kepada mereka satu bukti. Lalu Rasulullah s.a.w memperlihatkan kepada mereka mukjizat pembelahan bulan sebanyak dua kali.

3/3
Hadis : 1601 - Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sesungguhnya bulan telah terbelah pada zaman Rasulullah s.a.w.



8. TIADA SEORANG PUN YANG DAPAT BERSABAR MENGHADAPI DUGAAN KESAKITAN DARIPADA ALLAH S.W.T.

Bilangan : 1/2
Hadis : 1602 - Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tiada seorang pun yang dapat bersabar menghadapi dugaan kesakitan sebagaimana yang baginda dengar daripada Allah s.w.t. Bahkan mereka menyekutukan Allah serta beranggapan Dia mempunyai anak. Namun begitu Allah s.w.t tetap
melindungi dan mengurniakan rezeki kepada mereka .


2/2
Hadis : 1603 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Qais r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tiada seorang pun yang dapat bersabar menghadapi dugaan kesakitan sebagaimana yang baginda dengar daripada Allah s.w.t. Mereka menyekutukanNya serta beranggapan Dia mempunyai anak. Namun begitu, Allah s.w.t tetap memberi rezeki, melindungi mereka dan memperkenankan permintaan mereka .


9. ORANG KAFIR MEMOHON UNTUK MENEBUS DIRI MEREKA DENGAN EMAS SEBESAR BUMI.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1604 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Nabi s.a.w pernah bersabda: Allah s.w.t telah berfirman kepada penghuni Neraka yang paling ringan siksaannya: Seandainya kamu mempunyai dunia yang penuh dengan kelengkapannya, mahukah kamu menebus dirimu dengan semuanya itu? Orang itu menjawab: Ya! Allah s.w.t berfirman lagi: Aku telah meminta daripadamu sesuatu yang lebih ringan berbanding dengan perkara ini ketika engkau berada di tulang sulbi Nabi Adam, iaitu agar engkau tidak menyekutukan Aku. Aku menyangka engkau melaksanakan permintaan tersebut. Allah s.w.t berfirman: Aku juga tidak akan memasukkan kamu ke dalam Neraka, tetapi kamu ingkar dan tetap menyekutukan aku .

10. ORANG KAFIR DIBANGKITKAN DENGAN KEADAAN BERJALAN DENGAN MUKANYA.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1605 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah orang kafir dibangkitkan di atas muka mereka pada Hari Kiamat? Rasulullah s.a.w menjawab: Bukankah Allah yang menjadikannya berjalan dengan menggunakan dua kakinya semasa di dunia. Jadi, sudah tentu Dia mampu menjadikan mereka berjalan dengan menggunakan muka pada Hari Kiamat .


11. PERUMPAMAAN ORANG MUKMIN SEPERTI TANAMAN DAN PERUMPAMAAN ORANG KAFIR SEPERTI SEPOHON POKOK YANG BESAR.

Bilangan : 1/2
Hadis : 1606 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman. Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang .


2/2
Hadis : 1607 - Diriwayatkan daripada Kaab r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin itu seperti tanaman yang kecil. Apabila ditiup angin dia merebah kemudian tegak kembali sehingga kelihatan bergoyang-goyang. Manakala perumpamaan orang kafir adalah seperti sepohon pokok yang kuat di atas tunjangnya, tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia tumbang .


12. ORANG MUKMIN UMPAMA POKOK TAMAR.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1608 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya dari semua jenis pokok terdapat satu jenis pokok yang susah gugur daunnya. Ia adalah umpama seorang muslim. Cuba jelaskan bagaimanakah pokok tersebut? Orang ramai berpendapat bahawa ianya adalah sejenis pokok yang terdapat di sebuah wadi. Abdullah berkata: Pada pendapatku ia adalah pokok tamar, tetapi aku malu untuk menyatakannya. Kemudian orang ramai berkata: Jelaskanlah kepada kami pokok tersebut wahai Rasulullah! Abdullah berkata: Baginda bersabda: Ia adalah pokok tamar. Kata Abdullah: Aku nyatakan perkara tersebut kepada Umar. Beliau berkata: Sekiranya engkau mengatakan bahawa pokok tersebut adalah pokok tamar nescaya itu lebih aku sukai dari perkara lain .

13. TIADA SEORANG PUN YANG AKAN MEMASUKI SYURGA KERANA AMALANNYA TETAPI ADALAH KERANA RAHMAT ALLAH S.W.T.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1609 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: Daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Amalan seseorang tidak akan dapat menyelamatkan diri masing-masing. Seseorang bertanya: Walaupun engkau wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Ya! Walaupun aku tetapi Allah telah meliputi rahmatNya kepadaku. Tetapi kamu berusahalah sungguh-sungguh! .


14. MEMPERBANYAKKAN AMALAN DAN TEKUN DALAM BERIBADAT.

Bilangan : 1/2
Hadis : 1610 - Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syukbah r.a: Bahawa Nabi s.a.w telah mengerjakan sembahyang hingga pecah-pecah telapak kaki baginda. Maka baginda ditanya: Mengapa engkau menyusahkan diri dengan ini semua? Sedangkan Allah telah mengampuni segala kesalahanmu samada yang telah lalu ataupun yang akan datang, baginda menjawab: Tidak bolehkah aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur! .

15. SEDERHANA DALAM MEMBERI NASIHAT.

Bilangan : 2/2
Hadis : 1611 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Apabila Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang baginda berdiri hingga pecah-pecah telapak kakinya. Aisyah r.a berkata: Wahai Rasulullah! Mengapa engkau lakukan ini semua? Sedangkan Allah telah mengampunkan segala kesalahanmu samada yang telah lalu ataupun yang akan datang, baginda menjawab: Wahai Aisyah Tidak bolehkah aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur!.

1/1
Hadis : 1612 - Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Syaqiq bin Salamah r.a katanya: Ketika kami duduk menunggu di hadapan pintu Abdullah tiba-tiba Yazid bin Muawiyah Nakhaie melintas di hadapan kami. Kami berkata: Beritahulah kepada Abdullah bahawa kami berada di sini. Yazid masuk menemui Abdullah. Tidak berapa lama kemudian, Abdullah keluar menemui kami. Beliau berkata: Aku diberitahu bahawa kamu semua berada di sini. Sebenarnya tidak ada yang menghalangku untuk keluar menemui kamu, hanya aku bimbang kamu semua jemu kepadaku. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dulu memerhatikan kami ketika memberi nasihat, kerana baginda bimbang kebosanan menguasai diri kami.


1. PERKARA.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1613 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: Daripada Nabi s.a.w: Allah s.w.t berfirman: Aku telah sediakan untuk hambaKu yang soleh, sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata atau didengari oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia. Bukti kebenaran perkara itu terkandung di dalam al-Quran ayat (a) : Yang bermaksud: Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu pelbagai nikmat yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka lakukan.



2. DI DALAM SYURGA TERDAPAT SEBATANG POKOK YANG AKAN DILALUI OLEH ORANG YANG BEKENDERAAN DI BAWAH TEDUHANNYA SELAMA SERATUS TAHUN TANPA MELEPASINYA.

Bilangan : 1/3
Hadis : 1614 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: Daripada Rasulullah s.a.w sabdanya: Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebatang pokok yang akan dilalui oleh orang yang berkenderaan di bawah teduhannya selama seratus tahun.

2/3
Hadis : 1615 - Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a: Daripada Rasulullah s.a.w sabdanya: Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebatang pokok yang akan dilalui oleh orang yang berkenderaan di bawah teduhannya selama seratus tahun tanpa melepasinya.


3/3
Hadis : 1616 - Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a: Daripada Nabi s.a.w sabdanya: Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebatang pokok yang akan dilalui oleh penunggang kuda yang pantas selama seratus tahun tanpa melepasinya.




3. KEREDHAAN ALLAH KEPADA PENGHUNI SYURGA DAN DIA TIDAK AKAN MURKA KEPADA MEREKA SELAMA-LAMANYA.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1617 - Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada penghuni Syurga: Wahai penghuni Syurga! Mereka menjawab: Ya Tuhan kami! Segala kebahagiaan dan kebaikan ada di tangan Mu. Dia berfirman: Adakah kamu semua telah reda? Mereka menjawab: Mengapa kami tidak reda wahai Tuhan, sedangkan Engkau telah berikan kepada kami sesuatu yang Engkau tidak berikan kepada seorang pun daripada makhlukMu. Allah berfirman lagi: Mahukah kamu, Aku berikan sesuatu yang lebih baik dari itu? Mereka berkata: Wahai Tuhan! Apakah yang lebih baik daripada itu? Allah berfirman: Aku haruskan kepada kamu keredaan Ku dan Aku tidak akan murka lagi kepada kamu untuk selama-lamanya .


4. PENGHUNI SYURGA BERUSAHA MELIHAT KEPADA AHLI GHURAF (KEDUDUKAN YANG TINGGI DI DALAM SYURGA) SEBAGAIMANA BINTANG DI LANGIT YANG SERING MENJADI PERHATIAN.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1618 - Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya penghuni Syurga berusaha melihat ahli Ghuraf sebagaimana mereka berusaha melihat bintang-bintang di langit.


5. KUMPULAN PERTAMA YANG AKAN MEMASUKI SYURGA UMPAMA BULAN PURNAMA RUPA PARAS DAN PASANGAN MEREKA.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1619 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Abu al-Qasim s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya kumpulan pertama yang akan memasuki Syurga adalah umpama bulan purnama dan kumpulan berikutnya bagaikan cahaya bintang yang bergemerlapan di langit. Masing-masing mempunyai dua orang pasangan yang tulang sumsum betisnya jelas kelihatan. Di dalam Syurga tiada seorang pun yang bersendirian tanpa pasangan.

6. RUPA BENTUK ISTANA DI DALAM SYURGA DAN PERSIAPAN YANG DISEDIAKAN UNTUK ORANG MUKMIM DI DALAMNYA DARIPADA KELUARGA.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1620 - Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a katanya: Nabi s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya istana orang mukmin di dalam Syurga dibina dari sebutir mutiara yang berongga. Panjangnya enam puluh batu dan di dalamnya ada keluarga orang mukmin tadi. Dia mengelilingi mereka tetapi masing-masing tidak dapat melihat sebahagian yang lain.


7. BEBERAPA KAUM YANG AKAN MEMASUKI SYURGA YANG HATI MEREKA SEPERTI HATI BURUNG.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1621 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: (a) Mereka menjawab: (b) Mereka menambahkan (c) Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurangan hingga sekarang.





8. KEPANASAN DAN DALAMNYA API NERAKA JAHANAM SERTA BAHAGIAN TUBUH YANG AKAN DIBAKAR OLEHNYA.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1622 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w pernah bersabda: Api (ini) yang dinyalakan oleh anak Adam adalah sepertujuh puluh dari kepanasan api Neraka Jahanam. Para sahabat berkata: Demi Allah, dengan kepanasan inipun sudah memadai wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Sesungguhnya kepanasan api Neraka Jahanam melebihi kepanasan api ini sebanyak enam puluh sembilan bahagian (kali ganda). Setiap satu bahagian, kepanasannya sama dengan api ini.

9. NERAKA AKAN DIMASUKI OLEH ORANG-ORANG YANG ZALIM MANAKALA SYURGA AKAN DIMASUKI OLEH ORANG0ORANG YANG LEMAH.

Bilangan : 1/9
Hadis : 1623 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Neraka berdebat dengan Syurga, Neraka berkata: Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takabur (sombong). Syurga pula berkata: Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin. Maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada Neraka: Kamu adalah siksaan Ku. Aku akan menyiksa siapa saja yang Aku kehendaki melaluimu. Allah berfirman: Aku gunakan kamu untuk menimpakan bencana terhadap siapa saja yang Aku kehendaki. Allah berfirman pula kepada Syurga: Kamu adalah rahmat Ku. Aku akan berikan rahmat Ku melalui kamu kepada siapa saja yang Aku kehendaki. Kedua-dua dari kamu Aku akan isi hingga penuh.


2/9
Hadis : 1624 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w pernah bersabda: Neraka Jahanam selalu berkata: Masih adakah lagi? Sehinggalah Allah Yang Maha Tinggi meletakkan telapak kaki Nya, maka Neraka Jahanam berkata: Cukup! Cukup! Demi Keagungan Mu!. Masing-masing dihimpunkan menjadi satu bahagian.


3/9
Hadis : 1625 - Diriwayatkan daripada Abu Said r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Pada Hari Kiamat kelak maut didatangkan seperti kibas belang (Abu Kuraib menambah di dalam riwayatnya: Lalu dihentikan antara Syurga dan Neraka. Mereka sepakat pada baki Hadis). Kemudian diseru: Wahai penghuni Syurga! Adakah kamu kenal siapa ini? Mereka mendongak dan memandang lalu berkata: Ya! Ini adalah maut. Kemudian diseru pula: Wahai ahli Neraka! Adakah kamu kenal siapa ini? Mereka mendongak dan memandang lalu menjawab: Ya! Itu adalah maut. Kemudian diperintahkan supaya maut disembelih dan menyeru: Wahai ahli Syurga! Kamu tetap kekal dan tidak akan mati. Wahai ahli Neraka! Kamu juga tetap kekal dan tidak akan mati. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca ayat (a) Yang bermaksud: Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, iaitu ketika segala perkara telah diputus dan mereka dalam kelalaian serta tidak beriman. Kemudian baginda menunjuk ke arah dunia dengan tangan.




4/9
Hadis : 1626 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah memasukkan ahli Syurga ke dalam Syurga dan ahli Neraka ke dalam Neraka, kemudian seorang penyeru yang berdiri di antara mereka akan berkata: Wahai ahli Syurga! Kamu tidak akan mati. Wahai ahli Neraka! Kamu juga tidak akan mati, masing-masing kekal di tempat mereka.


5/9
Hadis : 1627 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Gigi geraham atau taring orang kafir adalah seperti Bukit Uhud dan ketebalan kulitnya adalah seperti perjalanan sejauh tiga hari.


6/9
Hadis : 1628 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Jarak antara dua bahu seorang kafir di dalam Neraka adalah seperti perjalanan selama tiga hari dengan kenderaan yang laju.


7/9
Hadis : 1629 - Diriwayatkan daripada Harithah bin Wahab r.a katanya: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: Inginkah kamu aku beritahu tentang ahli Syurga? Para Sahabat menjawab: Ya! Rasulullah s.a.w bersabda: Mereka semua adalah orang yang lemah dan merendah diri, seandainya mereka bersumpah kerana Allah nescaya Allah akan memperkenankannya. Kemudian baginda bersabda lagi: Inginkah kamu aku beritahu tentang ahli Neraka? Mereka menjawab: Ya! Baginda bersabda: Mereka semua adalah orang yang selalu diagung-agungkan dan bermegah-megah serta sombong.

8/9
Hadis : 1630 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zam'ah r.a katanya: Rasulullah s.a.w menyebut di dalam khutbah baginda tentang unta dan penyembelih unta tersebut serta membaca ayat (a) Yang bermaksud: Ketika orang yang paling jahat di kalangan mereka menerima perintah supaya membunuh unta mukjizat. Diutuskan bersamanya seorang lelaki mulia, kuat dan gagah perkasa dalam kelompoknya seperti Abu Zam'ah. Kemudian baginda bersabda tentang wanita dan memberi nasihat mengenai mereka kemudian bersabda: Mengapa ada di kalangan kamu yang memukul isteri masing-masing.


9/9
Hadis : 1631 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku melihat Amru bin Luhaiy bin Qam'ah bin Khindif iaitu bapa Bani Ka'ab bergerak dengan dadanya di dalam Neraka.


10. KEHANCURAN DUNIA DAN KETERANGAN TENTANG KEBANGKITAN MANUSIA PADA HARI KIAMAT.

Bilangan : 1/3
Hadis : 1632 - Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat manusia akan dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan belum berkhatan. Aku Bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah kaum lelaki dan wanita akan melihat di antara satu sama lain?. Baginda bersabda: Wahai Aisyah! Urusan ketika itu lebih penting dari memandang kepada orang lain.


10. KEHANCURAN DUNIA DAN KETERANGAN TENTANG KEBANGKITAN MANUSIA PADA HARI KIAMAT.

Bilangan : 2/3
Hadis : 1633 - Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Dia mendengar Nabi s.a.w bersabda dalam khutbahnya: Sesungguhnya kamu akan menemui Allah dalam keadaan berjalan kaki, telanjang dan belum berkhatan.

3/3
Hadis : 1634 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Manusia akan dibangkitkan dalam tiga keadaan; takut, berharap dan dua, tiga, empat serta sepuluh orang di atas seekor unta. Selebihnya akan dikumpulkan di dalam Neraka pada setiap ketika di mana sahaja mereka berada samada pada waktu malam, pagi, tengah hari atau petang.


11. KEADAAN HARI KIAMAT. SEMOGA ALLAH MENYELAMATKAN KITA DARI BENCANA HARI TERSEBUT.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1635 - Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda mengenai firman Allah (a) Yang bermaksud: Hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan Semesta Alam. Baginda bersabda: Seorang daripada mereka tenggelam dalam peluhnya sehingga paras telinga.


2/2
Hadis : 1636 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat keringat akan mengalir di atas tanah sepanjang tujuh puluh depa dan akan mencecah paras mulut atau paras telinga mereka. Saur (perawi Hadis) tidak pasti yang manakah telah disabdakan oleh Nabi, paras mulut atau telinga.


12. SIMATI AKAN DIPERLIHATKAN TEMPATNYA DI SYURGA ATAU NERAKA, TETAP ADA SIKSA KUBUR DAN PERMOHONAN BERLINDUNG DARINYA.

Bilangan : 1/4
Hadis : 1637 - Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang itu mati, akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. Sekiranya dia di kalangan ahli Syurga, akan diperlihatkan kepadanya Syurga. Sekiranya dia dari kalangan ahli Neraka, akan diperlihatkan kepadanya Neraka. Diberitahu kepadanya: Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh Allah pada Hari Kiamat.

2/4
Hadis : 1638 - Diriwayatkan daripada Abu Ayyub r.a katanya: Rasulullah s.a.w keluar setelah matahari terbenam lalu terdengar suara, kemudian baginda bersabda: Orang Yahudi sedang disiksa di dalam kuburnya.

3/4
Hadis : 1639 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Apabila seseorang hamba dikebumikan di dalam kuburnya kemudian ditinggalkan oleh kawan-kawannya nescaya dia akan mendengar bunyi hentakan tapak kasut mereka. Seterusnya dia akan didatangi oleh dua malaikat lalu mendudukkannya dan bertanya: Apa pendapatmu tentang lelaki ini iaitu Nabi Muhammad s.a.w?. Baginda bersabda lagi: Sekiranya dia seorang mukmin, nescaya dia akan menjawab: Aku bersaksi bahawa dia hamba Allah dan pesuruhNya. Lalu diberitahu kepadanya: Lihatlah tempatmu di Neraka, sesungguhnya Allah telah menggantikannya dengan Syurga. Nabi s.a.w bersabda: Dia dapat melihat kedua-duanya iaitu Syurga dan Neraka.

4/4
Hadis : 1640 - Diriwayatkan daripada al-Bara' bin Azib r.a katanya: Nabi s.a.w membaca firman Allah: (a) yang bermaksud: Allah menetapkan pendirian orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh. Lalu baginda bersabda: Ayat ini diturunkan mengenai siksa kubur. Orang Mukmin ditanya: Siapakah tuhan kamu?. Dia mejawab: Allah Tuhanku dan Muhammad s.a.w Nabiku. Itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah (b) Yang bermaksud: Allah menetapkan pendirian orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat.






13. TETAP ADANYA PERHITUNGAN AMALAN.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1641 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang dihitung pada Hari Kiamat nescaya dia akan disiksa. Aku bertanya: Bukankah Allah s.w.t telah berfirman (a) Yang bermaksud: Maka dia akan dihisab dengan mudah dan ringan?. Baginda bersabda: Itu bukannya perhitungan, itu hanyalah pembentangan kepada orang-orang yang dihitung pada Hari Kiamat dan dia akan diazab.


14. PERINTAH SUPAYA BAIM SANGKA KEPADA ALLAH S.W.T KETIKA HAMPIR MATI.

Bilangan : 1/1
Hadis : 1642 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Allah ingin menyiksa sesuatu kaum nescaya azabNya akan menimpa sesiapa sahaja yang berada di kalangan mereka. Kemudian mereka akan dibangkitkan mengikut amalan yang telah mereka lakukan.

Tiada ulasan: