Rabu, 23 Mac 2011

JANGAN OTAK..FIKIRAN...CARA BERFIKIR DAN TINDAKAN KITA MACAM SUNDAL UDAH LAH...NAMPAK SANGAT KITA BERMUTU RENDAH...DAH LAH UNDANG2 ALLAH DINAFIKAN

Harussani sedia jumpa Nik Aziz
Harakahdaily

IPOH, 23 Mac: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sedia berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagaimana yang diusahakan Dewan Pemuda PAS negeri.

Beliau mengambil pendekatan meraikan hasrtat mana-mana pihak untuk bertemu dan berbincang berkenaan apa-apa isu apatah lagi yang mempunyai kepentingan terhadap umat Islam.

Harussani menyatakan jabatannya sering mengamalkan pintu terbuka terhadap kunjungan mana-mana pihak.

“Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan kedatangan beliau dan bersama-sama mencari penyelesaian tgerhadap apa-apa isu yang diketengahkan,” ujarnya di dalam surat kepada Pemuda PAS negeri.

Surat itu sebagai jawapan balas kepada surat daripada Pemuda PAS negeri bertarikh 7 Mac lalu yang berhasrat mengatur pertemuan Harussani dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.


Eskay akui beliau dalam video seks
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah iaiu lelaki misteri yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T mengaku bahawa beliau didalam rakaman video seks yang didedahkan kelmarin.

"Saya dalam video itu," katanya seperti lapor Malaysiakini.

Beliau membuat pengakuan itu pada satu sidang media hari ini selepas ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Pengakuan Eskay itu sekaligus menjawab tuduhan yang mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu dalam rakaman tersebut.

Turut tampil pada sidang media itu adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Rahim pada sidang media sama juga turut memaklumkan Eskey adalah lelaki misteri yang digelar “Datuk T”.

Beliau juga mengaku bertanggungjawab bersama Eskey mendedahkan rakaman video tersebut.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA



Pemimpin Umno BN keterlaluan
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Tindakan para pemimpin Umno BN itu, menurut beliau, amat keterlaluan kerana untuk mengekalkan kuasa mereka sanggup melakukan apa sahaja terasuk penipuan dan mengabaikan kepentingan rakyat di tanah air sediri.

"Terbaru, mereka juga sanggup membuat dan menayangkan video lucah kepada golongan tertentu yang mengaitkannya pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak sedarkah mereka dengan bahaya fitnah yang dibuat oleh mereka itu. Pada hal dalam Islam fitnah itu ditegah oleh Allah dan bahayanya amat besar," kata Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib.

Antara bahaya fitnah, katanya, ia akan menyebabkan seseorang itu terkena dosa khazah, merrosakkan diri sendiri, masyarakat dan negara.

"Orang yang membuat dan menyebarkan fitnah juga perlu sedar, jika hari ini dia membuat fitnah kepada seseorang, suatu hari nanti fitnah yang dibuatnya itu akan turut menimpa dirinya sendiri pula," tegasnya.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar berfikir lebih jauh dengan permainan politik kotor para pemimpin Umno BN dan tidak lagi memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah negara dalam PRU Ke-13 akan datang.

Selain itu, katanya Umno atau BN difahamkan telah meluluskan kemasukan 90,000 pekerja asing ke negara ini yang akan berperanan sebagai pengundi bagi pihak parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Selain PRU, mereka juga didakwa akan turut dipergunakan oleh Umno BN dalam siri pilihan raya kecil dari semasa ke semasa untuk menghadapi Pakatan Rakyat bagii membolehkan mereka menempa kejayaan.

Ketika mendedahkan perkara itu berkata, daripada angka itu, 45,000 orang didatangkan dari India manakala selebihnya dari negara-negara lain termasuk Myanmar.

Menurut beliau, pekerja dari Myanmar kini kebanyakannya tinggal di Langkawi dan bekerja sebagai nelayan sehingga menyebabkan nelayan-nelayan tempatan di Langkawi mengalami kerumitan untuk menangkap ikan akibat persaingan daripada mereka.

Kata, keadan itu terjadi kerana mereka sendiri yang lebih berkuasa dalam aktiviti menangkap ikan berbanding nerlayan tempatan kerana dibantu dan disokong sepenuhnya oleh para pemimpin Umno.

"Peliknya pula mereka juga sanggup membawa masuk pekerja dari India sedangkan orang-orang India yang dah ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada kerja.

"Selain itu, mereka sanggup membantu pekerja-pekerja India dari India dalam segala segi sedangkan orang-orang India yang ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada rumah," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.


Video: Johari dakwa Rahim pujuk tinggalkan PKR
Harakahdaily
PETALING JAYA, 23 Mac: Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mendakwa Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik memujuknya supaya meninggalkan parti selepas menyaksikan tayangan video seks.

Sepanjang penayangan video tersebut, katanya, Rahim yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga ahli parlimen Sungai Petani menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Berikut adalah kenyataan beliau.

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting.

Pada hari Isnin, 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain.

Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite.

Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara.

Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar.

Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerap kali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan.

Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti.

Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011.

Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini di luar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Kembalikan wang saman ekor

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menuntut kerajaan mengembalikan wang rakyat yang telah membayar saman ekor akibat tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan mengambil wang mangsa saman ekor 'secara paksa' dan menyusahkan mereka yang terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran.

Namun katanya, selepas itu mesyuarat kebinet pada Jumaat lalu memutuskan untuk menagguhkan senarai hitam pemilik kenderaan sehingga kerajaan boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak berhak menyenarai hitam dan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan.

"Keputusan kabinet pada Jumaat untuk menangguhkan senarai hitam bermaksud pemilik kenderaan boleh perbaharui cukai jalan. Jadi bagaimana dengan mereka (mangsa saman ekor) yang dah bayar?

"Kase menuntut kerajaan mengembalikan wang mereka sebab daripada awal lagi kami tegaskan kerajaan tak ada hak untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan sebelum mahkamah membuktikan mereka bersalah," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempersoal keputusan kerajaan yang menangguh senarai hitam itu sehingga mereka boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dalam kes ini sedangkan katanya, tempoh untuk kerajaan membuat rayuan telah tamat.

"Tempoh untuk kerajaan merayu dah tamat. Jadi tak tahu kerajaan akan salah gunakan undang-undang mana lagi untuk bolehkan mereka membuat rayuan," tegasnya.

Sementara itu, seorang mangsa saman ekor, Nashita Mohd Nor kesal apabila beliau tetap tidak boleh memperbaharui cukai jalan di JPJ Wangsa Maju pagi tadi.

"Saya pergi JPJ Wangsa Maju pagi tadi untuk perbaharui cukai jalan tapi tetap tida boleh. Sedangkan kementerian kata dah tangguh senari hitam," katanya.

Saman kerajaan

Sementara itu, Kase katanya dalam proses mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pengangkutan khususnya JPJ jika mereka tida menarik balik senarai hitam pemilik kenderaan.

Tindakan mahkamah ini bagi menuntut gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan kerana dihalang JPJ tanpa alasan yang sah.

"Kase sudah bermesyuarat semalam dengan panel undang-undang dan bersetuju untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap JPJ.

"Sebagai permulaan, kami akan kumpulkan sepuluh mangsa dari setiap negeri dan akan kumpul maklumat mereka," katanya.

Sehubungan itu. Kase meminta pemilik kenderaan yang ingin berbuat demikian memberikan maklumat lengkap mereka kepada jawatankuasa.

"Segala maklumat boleh disalurkan melalui email kami iaitu kempenantisamanekor@gmail.com atau ke laman facebook Kase untuk mendapat maklumat lanjut," katanya.

Turut bersama beliau ahli Parlimen Jerai Firdaus Jaafar yang juga pengerusi Kase negeri Kedah dan peguam Zulhazmi Shariff.

Senarai hitam syarikat terlibat rasuah

Harakahdaily

PUTRAJAYA, 23 Mac: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil segala tindakan ke atas semua bentuk jenayah rasuah di negara ini.

SPRM dalam satu kenyataan menyatakan tindakannya merangkumi siasatan ke atas maklumat jenayah rasuah, menjalankan pemeriksaan dan perundingan ke atas sistem dan prosedur sesuatu agensi bagi menutup segala ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah serta menasihati ketua badan awam tentang perubahan dalam amalan, sistem dan tatacara yang sesuai untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah sebagaimana peruntukan Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

SPRM secara amnya telah membuat cadangan kepada Kerajaan Malaysia agar menyenarai-hitam, menggantung atau mengambil sebarang tindakan yang wajar ke atas mana-mana syarikat tempatan atau syarikat antarabangsa yang diketahui atau didapati melakukan perbuatan jenayah rasuah dalam memperoleh kontrak perkhidmatan, pembekalan atau pembangunan sama ada daripada agensi Kerajaan mahupun syarikat-syarikat milik kerajaan.

Pihak kerajaan pada dasarnya telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh SPRM.

SPRM secara khususnya juga telah membuat cadangan kepada pihak TM supaya syarikat antarabangsa ALCATEL-LUCENT SA termasuk anak syarikatnya ALCATEL-LUCENT Malaysia Sdn Bhd diambil sebarang tindakan yang sewajarnya kerana pengakuan yang telah dibuat oleh pihak ALCATEL di Amerika Syarikat mengenai pembayaran kepada konsultan di negara ini bagi mendapatkan marketing report and studies dan strategic intelligence report on Celcom’s positioning in the cellular industry in relation to its competitor yang mana dikatakan pihak konsultan berkenaan tidak mengemukakan kedua-dua laporan tersebut.

Cadangan penyenaraian-hitam, penggantungan atau sebarang tindakan ke atas syarikat tempatan mahupun syarikat antarabangsa adalah sebagai salah satu langkah pencegahan (deterrent) terhadap mana-mana syarikat yang terlibat dalam perbuatan jenayah rasuah bagi mendapatkan sebarang kontrak perkhidmatan, pembekalan atau pembangunan.

Cadangan yang dibuat kepada pihak kerajaan dan pihak berkaitan ini tidak sekali-kali menghalang atau menghadkan tindakan siasatan SPRM terhadap sesuatu kesalahan jenayah rasuah yang telah dilakukan.



Sundal jadi modal politik murahan Umno BN
Fakhri Ali
PERMATANG PAUH, 23 Mac: Umno dan Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak menjadikan persundalan sebagai modal politik murahan mereka, semata-mata untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat (PR) khususnya menjelang pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Amir Md Ghazali mendesak pihak polis supaya menjalankan siasatan secara telus dengan mengheret mereka yang terlibat dalam isu video seks yang didakwa oleh Datuk 'T' ke muka pengadilan.

"Jika pihak polis boleh membuat serbuan terhadap premis yang menyimpan atau menayangkan video lucah, kenapa pula dalam isu ini, Datuk 'T' diizinkan untuk menayangkan video lucah, menyimpan dan menjemput media untuk menyaksikannya.

"Apakah undang-undang dalam negara ini tidak sama kedudukannya kepada golongan yang berbeza. Jika untuk kepentingan politik BN maka ia diharuskan. Jika melibatkan PR maka ia akan dikekang sejak awal lagi," ujarnya dalam kenyataan media yang diedarkan pagi tadi.

Amir yang juga merupakan Ketua AMK Cabang Permatang Pauh, turut mendesak pihak polis supaya membuktikan keadilan yang diwar-warkan selama ini dalam melaksanakan tugas dan profesion mereka dengan membawa Datuk 'T' ke muka pengadilan kerana menyimpan dan menayangkan kepada umum video lucah yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.

Manakala Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man, ketika ditemui malam tadi, turut mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan drastik yang segera bagi mengelakkan imej polis tercemar.

"Buktikan kepada masyarakat bahawa polis tidak amalkan 'double standand'. Tidak kira sama ada pelakunya adalah di kalangan orang BN atau PR. Undang-undang negara mesti dihormati.

"Jika tindakan dan serbuan kerap dilakukan ke atas mereka yang memiliki video lucah, kenapa orang yang mendakw dirinya sebagai Datuk 'T' ini dibiarkan menentang undang-undang yang begitu ketara kesalahannya," katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, turut mendesak pihak polis supaya mengambil tindakan segera setelah menerima aduan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai video lucah tersebut.

Tambahnya lagi, rakyat sedar ini merupakan salah satu lagi konspirasi yang cuba memburukkan imej kepimpinan PR menjelang pilihan raya negeri Sarawak. Namun begitu, cara ini adalah paling jahat dan melampau.

"Sepatutnya pemimpin negara yang ada seperti BN jangan terlalu melampaui batas. Apakah pemimpin negara ini tidak pernah merasa malu kerana isu yang dibawa sejak sekian lama untuk menjatuhkan musuh politik hanyalah dengan isu persundalan sahaja," ujarnya lagi.


Tiada ulasan: