Rabu, 30 Mac 2011

PERKARA BAIK YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN BARU DINAFIKAN...PENYAPU BARU LEBIH BAIK DARI PENYAPU LAMA

Selangor dapat pelaburan industri tertinggi
Harakahdaily

SHAH ALAM, 30 Mac: Selangor telah mencapai jumlah nilai pelaburan perindustrian yang tertinggi iaitu sebanyak RM29.3 billion bagi tempoh 2008 hingga 2010 berdasarkan data Malaysia Industrial Development Authority (Mida).

"Ini merupakan nilai pelaburan yang tertinggi di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri yang lain," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok Suh Sim.

Katanya, Selangor diikuti oleh Sarawak dengan jumlah nilai pelaburan perindustrian yang berjumlah RM27.6 billion dan Pulau Pinang dengan RM24.6 billion.

Beliau menambah, Selangor juga telah berjaya mencapai bilangan projek perindustrian tertinggi iaitu 905 projek dan bilangan peluang pekerjaan yang tertinggi dengan jumlah 80,000 berbanding dengan negeri-negeri lain bagi tempoh yang sama.

Menurutnya, empat negara pelabur asing yang utama di Selangor dalam tempoh tersebut ialah Amerika Syarikat dengan jumlah modal pelaburan RM4.7 billion, Jerman (RM3.5 billion), Japan (RM3.4 billion) dan Singapura (RM1.8 billion).

“Data Mida ini jelas menunjukkan bahawa tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak bahawa pelaburan di Selangor telah jatuh semenjak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor adalah tidak berasas,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Kesimpulannya, tegas beliau ekonomi Selangor masih lagi mantap di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan masih lagi merupakan destinasi pelaburan nombor satu bagi pelabur asing dan tempatan.

Jumlah modal pelaburan perindustrian yang diluluskan mengikut negeri bagi tempoh 2008 -2010

Negeri

2008

2009

2010

Jumlah

Selangor

11,870,910,013

6,759,590,951

10,641,835,401

29,272,336,365

Sarawak

15,168,880,681

8,450,751,719

3,945,046,973

27,564,679,373

Pulau Pinang

10,156,301,413

2,165,240,934

12,237,958,878

24,559,501,225

Johor

11,711,672,847

4,063,441,520

7,464,914,643

23,240,029,010

Sabah

964,375,892

5,664,295,498

1,325,610,877

7,954,282,267

Perak

3,130,017,250

893,872,874

3,039,706,315

7,063,596,439

Melaka

3,634,515,677

892,711,918

1,631,129,805

6,158,357,400

Kedah

2,567,345,854

1,496,062,950

1,960,636,097

6,024,044,901

Terengganu

992,259,227

505,834,968

2,327,931,930

3,826,026,125

Negeri Sembilan

1,115,791,287

857,598,018

1,292,607,042

3,265,996,347

Pahang

1,080,749,835

604,841,416

1,038,737,181

2,724,328,432

Kelantan

83,600,000

126,929,520

169,555,000

380,084,520

W. P. Kuala Lumpur

117,786,590

155,664,320

55,046,132

328,497,042

Perlis

170,250,000

0

31,440,000

201,690,000

W. P. Labuan

20,540,508

0

14,866,935

35,407,443

Jumlah

62,784,997,074

32,636,836,606

47,177,023,209

142,598,856,889

Data projek-projek pelaburan perindustrian yang diluluskan bagi negeri Selangor bagi tempoh 2008 - 2010

Tahun

Projek

Peluang Pekerjaan

Pelaburan Tempatan (RM)

Pelaburan Asing

(RM)

Jumlah Modal Pelaburan

(RM)

2008

302

30,980

2,866,163,788

9,004,746,225

11,870,910,013

2009

278

20,753

2,752,526,768

4,007,064,183

6,759,590,951

2010

325

27,865

5,494,986,553

5,146,848,848

10,641,835,401

Jumlah

905

79,598

11,113,677,109

18,158,659,256

29,272,336,365

Pelaburan asing yang melabur di Selangor bagi tempoh 2008 - 2010

Negara

Projek

Pekerjaan

Jumlah Modal Pelaburan (RM)

1. United State

21

15,320

4,709,718,393

2. Germany

19

2,462

3,510,271,205

3. Japan

56

4,039

3,385,845,663

4. Singapore

62

4,795

1,839,575,053

5. United Kingdom

27

2,143

802,077,346

6. Thailand

8

1,121

483,361,299

7. Others

76

8,589

477,532,941

8. Sweden

9

434

366,317,970

9.Netherlands

19

1,155

289,096,542

10. Switzerland

8

652

249,024,246

11. India

11

573

204,538,458

12. British Virgin Islands

6

473

190,915,611

13. United Arab Emirates

8

252

181,019,460

14. Hong Kong

6

1,226

175,636,364

15. Iran

3

168

163,838,933

16. Taiwan

20

1,474

125,882,298

17. Finland

1

12

123,795,000

18. China

24

1,295

122,871,206

19. Korea, Rep

9

459

112,428,428

20. Cyprus

3

225

104,308,500

21. Australia

16

505

101,577,031

22. Denmark

6

243

92,668,603

23. France

6

174

62,015,177

24. Austria

4

189

51,199,500

25. Cayman Islands

2

37

40,600,000

Khalid Samad: Rahsia kemantapan PAS
Khalid Samad

PAS dewasa ini menjadi satu-satunya wadah bagi golongan yang ingin memperjuangkan Islam melalui proses demokrasi di Malaysia. PAS dianggotai mereka yang faham tuntutan perjuangan Islam dari golongan yang berpendidikan agama secara formal dan golongan yang mempelajari agama tanpa melalui institusi pendidikan agama yang formal.

Dalam masa yang sama, PAS turut disertai oleh golongan berlatar-belakangkan gerakan Islam dan juga yang tidak pernah terlibat dengan gerakan Islam kecuali setelah mereka mengenali PAS. Maka, ada yang datang dari ABIM, IRC, JIM, Al-Arqam, Suara Al-Islam, Persatuan Mahasiswa Islam dan ada yang datang dari tarbiyyah PAS itu sendiri sejak muda. Malah ada juga dari golongan masyarakat awam yang disedarkan melalui kuliyyah dan tazkirah di Masjid dan Surau.

Oleh yang demikian, menangani golongan manusia yang beraneka latar-belakang dan tahap pendedahan bukan suatu yang mudah. Namun, rahsia kesatuan dan perpaduan semestinya terletak kepada rujukan yang satu iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW), Ijma’ dan Qiyas. Pada masa yang sama, tarbiyyah amaliyah yang dilakukan PAS terhadap anggotanya menghasilkan kefahaman dan kematangan yang mantap dan padu.

Secara amaliyah anggota PAS didedahkan kepada persoalan Siyasah Syariyyah, satu bidang ilmu politik Islam yang mencabar dan memerlukan kefahaman dan ilmu. Timbul darinya konsep ‘Tahaluf Siyaasi’ dan persoalan perubahan masyarakat secara ‘Tadarruj’ mengambil kira maslahah dan mafsadah.

‘Rahsia’ kesatuan PAS ini akan dapat dipertahankan sekiranya semua pihak walau apa sekalipun latar-belakang mereka berpegang teguh kepada konsep syura, ukhuwah Islamiyyah, Huznuz Zann dan rujukan yang sama seperti yang disebutkan tadi.

Zaman ini sememangnya satu zaman yang amat mencabar bagi gerakan Islam seluruh dunia, lebih-lebih lagi di Malaysia di mana PAS perlu menghadapi persoalan kefahaman ummat Islam yang beraneka corak di dalam PAS serta yang menyokong PAS itu sendiri. Dalam masa yang sama PAS juga perlu berhadapan dengan kefahaman ummat Islam yang menentangnya dan kefahaman masyarakat bukan Islam yang telah mula memahami kesyumulan perjuangannya.

Sekira PAS tidak mampu menzahirkan perpaduan di kalangan yang bersamanya, di atas alasan berlatar-belakang yang berbeza seperti ABIM, JIM dan sebagainya, bagaimana ianya akan mampu menyatu-padukan rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan ugama di Malaysia? Sifat keterbukaan dan inklusif Islam terhadap perbezaan pendapat serta khilaf amat sangat perlu difahami dan dihayati. Maka golongan yang sering berusaha untuk mengadu-domba sesama ahli perlu dipinggirkan dan tidak dilayan.

Perbezaan pendapat akan sentiasa wujud, tetapi melalui konsep syura, ukhuwah Islamiyyah, Huznuz Zann dan rujukan kepada sumber yang sama, cabaran ini akan dapat diatasi. Pengalaman akan merapatkan dan selarikan pandangan dan pengalaman ini akan membuktikan ketepatan dan kesilapan sesuatu tindakan.

Allah memberikan kesedaran dan keinsafan kepada manusia melalui berbagai cara. Tidak ada yang memonopolinya dan sekiranya, pada akhirnya mereka semua datang kepada PAS, melalui apa cara dan persatuan sekalipun seperti yang telah ditetapkan Allah, maka PAS berbesar-hati menerima mereka dan mendengar pandangan dan pendapat mereka, membincangnya, menerima yang baik dari mereka, sehingga tertubuhnya satu gerakan massa yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah Ar-Rasul seperti yang dicita-citakan semua.

Datangnya mereka sebagai ahli atau penyokong, secara peribadi atau berkumpulan seperti NGO, harus disambut baik dan diterima sebagai rakan kerana asas perjuangan, iaitu untuk menjadikan Al-Quran sebagai dustur hidup orang-orang yang beriman dan pembela seluruh ummat manusia, adalah sama.

‘Rahsia’ wawasan seperti inilah yang akan membangunkan PAS. Tanpanya ia akan menyebabkan PAS lemah dan tidak berkembang.

WaLlahu 'Alam
----------------------------------

Penulis adalah anggota Parlimen Shah Alam dan juga Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.


Menteri, Speaker tak dirujuk kontrak baik pulih Parlimen?
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau selaku menteri bertanggungjawab terhadap urusan parlimen dan Speaker, tidak dirujuk dalam isu pemberian kontrak pembaik pulih parlimen.

Katanya, Menteri Kerja Raya hanya memaklumkan kepada beliau berhubung penganugerahan kontrak itu kepada sebuah syarikat tanpa ada sebarang perundingan dengan beliau.

"Saya pun sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak tahu tentang pemberian contract award ini.

"Kita tidak dirujuk, tetapi hanya dimaklumkan apa yang hendak dibuat.

"Berapa jumlah kontraknya, kosnya dan siapa, itu tidak dirujuk kepada saya selaku menteri yang jaga urusan parlimen dan juga speaker," jelasnya.

Beliau menjelaskan demikian menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mempersoal beberapa isu dalam penganugerahan kontrak pembaikpulih bangunan parlimen oleh Kementerian Kerja Raya kepada syarikat TRC Corporation.

"Perbelanjaan itu bawah JKR atau Parlimen?

"Kalau bawah parlimen, kenapa menteri yang tidak bertanggungjawab di bawah parlimen tidak dirujuk, ini satu perkara yang malang dan perlu diperbetulkan," balas Mahfuz.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS sebelum itu mendakwa kontrak tersebut diberi secara runding terus tanpa penelitian kos kononnya di bawah Perbelanjaan Darurat–AP 55.

"Darurat apanya, taklimat JKR kepada Jemaah Menteri berhubung laporan kajian baikpulih dan naik taraf bangunan parlimen Malaysia pun dibuat 12 Mei 2010," katanya kemudian ketika ditemui Harakahdaily.

TRC Corporation tersebut juga didakwa adalah syarikat sama yang sebelum ini dianugerahkan kontrak membina 'istana' berharga RM11 juta milik bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terletak di Jalan Mahameru.

Kontraktor syarikat tersebut juga katanya yang terlibat dalam pembinaan pengkalan kapal selam di Sabah yang bernilai RM400 juta.

"Bukan syaraikat ini sahaja dapat anugerah, setiap tahun ada syarikat diberi anugerah.

"Paling tidak pun, panggil semua syarikat-syarikat yang dapat anugerah ni, buat selective tender," katanya.

November tahun lepas, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor mengumumkan bangunan Parlimen yang sudah berusia hampir lima dekad akan melalui pengubahsuaian struktural secara menyeluruh bagi menyelesaikan masalah kerosakan yang sering berlaku sebelum ini.

Oleh itu, dewan persidangan Parlimen dipindahkan buat sementara waktu ke dewan serbaguna berdekatan Parlimen.



Anwar seru buat perubahan politik secara aman

Harakahdaily

KUCHING, 30 Mac: Meskipun polis sedari dulu sentiasa memberi tekanan demi tekanan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR itu tegas menyatakan beliau mahu membawa perubahan politik secara aman dengan menggunakan saluran pilihan raya.

“Orang Arab nak tukar sistem, susah. Sehingga (mereka) terpaksa diadakan revolusi, (tapi) kita mahu perubahan secara aman. Kita tidak mahu masalah dengan polis. Anak-anak muda Sarawak perlu buat perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Kampung Tupong Batu yang terletak di pinggir Sungai Sarawak itu kerap disambut sorakan ‘reformasi’ di kalangan 300 penduduk setempat, lapor Keadilan Daily.

Pada ceramah di lokasi persendirian yang tidak memerlukan permit itu, polis hanya memberi masa 15 minit untuk Anwar berucap.

Malah, pihak berkuasa membuat banyak sekatan jalan raya di laluan yang menghala ke lokasi ceramah.

Ceramah Anwar di mana-mana jua termasuk di Sarawak sentiasa mendapat halangan polis.

Anwar berkata, pilihan raya Sarawak kali ini amat penting kerana ia adalah masa paling sesuai untuk membuat perubahan kerana golongan penindas rakyat semakin berani berbuat demikian secara terang-terangan.

“Sebab itu, pilihanraya Sarawak penting. Perubahan adalah perlu. Orang Sarawak perlu sedar.

“Orang yang baik, takut. Orang yang jahat, berani. Ini tidak betul. Perkara ini mesti diubah. Sarawak mesti berubah. Sekaranglah masanya,” katanya disambut tepukan gemuruh.

Dalam ceramah di Restoran Sim Poh Poh yang dihadiri ratusan penduduk pula, polis turut ‘mencipta’ halangan dengan tidak membenarkan pembesar suara di hala ke luar, sebaliknya mengarahkan ia dihala ke dalam premis itu.

Pada ceramah yang majoriti dihadiri masyarakat keturunan Tionghua titu, Anwar turut memetik falsafah cendekiawan purba Cina, Confucious.

“Kata Confucious: Lebih baik duduk di dalam kandang harimau daripada duduk di bawah kerajaan yang zalim.

Kehadiran Anwar memang dinanti-nantikan penduduk Sarawak yang dahagakan perubahan.

“Pembaziran berleluasa. Kronisme dan rasuah. Projek hanya untuk anak-anak, isteri dan kroni. Yang kaya hanya ketua menteri. Rasuah di bawah dan di atas meja.

“Benarlah seperti kata penyair besar di Jawa, Ronggo Warsito: Zaman ini zaman edan (gila),” katanya yang meminta rakyat Sarawak mengambil iktibar dari pesanan kedua-dua ahli falsafah itu.

Beliau mengingatkan rakyat Sarawak, pimpinan Barisan Nasional (BN) di Negeri Bumi Kenyalang itu juga membawa wang rakyat ‘lari’ hingga menyebabkan masyarakat dihimpit kemiskinan berpanjangan.

“Bukan sahaja di Mesir, Tunisia sahaja orang bawa duit. Di sini (Sarawak) pun sama bawa duit lari. Berapa yang dibawa lari Mubarak? 40 hingga 70 bilion USD. Rakyat miskin kerana pemimpin curi wang rakyat,” katanya.


80,000 rakyat Selangor dapat geran tanah

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 30 Mac: Seramai 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor mendapat manfaat besar apabila kerajaan negeri memberikan geran sah milik kepada mereka setelah berpuluh tahun mendiaminya.

Proses ini dilakukan secara berkelompok kerana sebelum ini dibuat secara terpilih di mana didapati dalam 200 keluarga di sesuatu tempat itu, tidak sampai sepuluh peratus mendapat geran itupun mengikut kepentingan politik pihak tertentu.

Namun dasar tanah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat adalah untuk menyelesaikan keseluruhan tanpa mengambil kira fahaman politik mereka kerana sebagai rakyat Selangor mereka berhak mendapat geran tersebut.

Dewan Negeri Selangor diberitahu oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) ketika menjawab soalan dalam sesi dewan kali ini.

Menurutnya, kelulusan geran tanah diberikan kepada peneroka yang telah nenggusahakan tanah berkenaan sejak 10 hinga 15 tahun lalu.

"Mereka akan diberikan geran tanah sah milik ini dengan syarat mereka sendiri usaha dan membina kediaman di atasnya dan bukan untuk perniagaan," tegasnya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab Adun Sekinchan, Ng Swee Lim.

Dalam pada itu, Abdul Khalid juga memaklumkan pihak kerajaan negeri menolak permohonan peneroka profesional yang memohon untuk empat hingga lima kawasan tanah berasingan.

"Permohonan untuk tanah kosong yang masih belum diusahakan juga akan ditolak.

"Kerajaan juga tidak mengamalkan kelulusan terpilih di mana hanya sepuluh peratus sahaja diluluskan daripada jumlah 200 permohonan seperti amalan.

"Tiada unsur politik mempengaruhi semua pihak dalam melulus atau menolak permohonan ini kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengamalkan sikap telus.

"Semua yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak dengan tidak menafikan hak rakyat yang lain," tegasnya.

Tiada ulasan: