Sabtu, 19 Mac 2011

SIFAT ORANG MUNAFIK DAN HUKUM MEREKA.

SIFAT ORANG MUNAFIK DAN HUKUM MEREKA.


PERKARA.

Bilangan : 1/7
Hadis : 1583 - Diriwayatkan daripada Zaid bin Arqam r.a katanya: Ketika kami musafir bersama Rasulullah s.a.w tiba-tiba orang ramai ditimpa kesulitan. Lalu Abdullah bin Ubai berkata kepada pengikutnya (a) : Yang bermaksud: Janganlah kamu membelanjakan harta benda kamu kepada orang-orang yang ada bersama Rasulullah s.a.w supaya mereka bersurai meninggalkannya di sekitar kawasan tersebut. Zuhair berkata: (b) adalah bentuk bacaan al-Quran bagi orang yang membacanya secara baris di bawah. Abdullah bin Ubai berkata lagi (c) : Yang bermaksud: Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah dari medan perang sudah tentu pihak kita sebagai orang-orang yang mulia lagi kuat akan mengusir orang-orang yang hina lagi lemah iaitu pihak Islam keluar dari Madinah. Zaid berkata: Aku terus berjumpa Nabi s.a.w memberitahu kata-kata tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w memanggil Abdullah bin Ubai bertanya tentang ucapannya. Tetapi Abdullah bersumpah tidak pernah berkata demikian. Malah dia menjawab bahawa: Zaid telah membohongi Rasulullah s.a.w. Zaid berkata: Aku menjadi resah mendengar jawapannya itu sehinggalah Allah menurunkan ayat menjelaskan kebenaranku (cd Yang bermaksud: Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu wahai Muhammad. Zaid berkata: Kemudian Nabi s.a.w memanggil Abdullah bin Ubai dan pengikutnya supaya meminta ampun. Zaid berkata: Mereka menggeleng kepala masing-masing (e) seolah-olah batang kayu yang tersandar. Zaid berkata: Sebenarnya rupa paras mereka amat baik.








2/7
Hadis : 1584 - Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya: Nabi s.a.w pergi ke kubur Abdullah bin Ubai lalu mengeluarkan jenazah Abdullah dari kuburnya. Baginda meletakkan jenazah Abdullah di atas dua lutut baginda lantas meludahnya, kemudian memakaikan baju baginda kepada jenazah tersebut. Allahlah yang mengetahui segala-galanya.


3/7
Hadis : 1585 - Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud r.a katanya: Tiga orang lelaki telah berkumpul berhampiran Baitullah, dua orang daripadanya Quraisy dan seorang lagi banyak pengetahuan agama atau dua orang yang banyak pengetahuan agama dan seorang Quraisy yang sedikit pengetahuan agamanya serta perutnya buncit. Salah seorang di antara mereka berkata: Pada pendapat kamu adakah Allah mendengar kata-kata kita? Lelaki kedua berkata: Dia mendengar percakapan yang kuat dan tidak mendengar percakapan yang perlahan. Lelaki ketiga berkata: Sekiranya Dia mendengar percakapan yang kuat nescaya Dia juga mendengar percakapan yang perlahan. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat (a) Yang bermaksud: (Dan semasa kamu berselindung ketika melakukan dosa di dunia dahulu bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan dosa itu).


4/7
Hadis : 1586 - Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w keluar ke peperangan Uhud, sebahagian daripada tentera yang mengikuti baginda membelot menyebabkan para Sahabat menjadi dua pasukan. Sebahagian daripada para Sahabat berkata: Kita akan membunuh mereka, manakala sebahagian lagi berkata: Kita tidak boleh membunuh mereka. Lalu Allah s.w.t menurunkan Ayat (a) Yang bermaksud: Maka apakah yang menyebabkan kamu berpecah menjadi dua golongan kerana kaum munafik itu.


5/7
Hadis : 1587 - Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Pada zaman Rasulullah s.a.w orang munafik selalu tidak menyertai peperangan, malah mereka bergembira dengan sikap mereka tidak bersama Rasulullah s.a.w. Apabila Nabi s.a.w kembali, mereka mengemukakan berbagai alasan kepada baginda sambil bersumpah dan mengharapkan pujian terhadap apa yang mereka tidak lakukan. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat (a) yang bermaksud: Jangan sekali-kali engkau menyangka wahai Muhammad bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang telah mereka lakukan itu dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, maka jangan kamu sangka mereka akan terselamat dari siksa.




6/7
Hadis : 1588 - Hadis Ibnu Abbas r.a: Diriwayatkan daripada Humaid bin Abdul Rahman bin Auf katanya: Bahawa Marwan berkata kepada penjaga pintunya: Wahai Rafi'! Pergilah kepada Ibnu Abbas dan katakanlah: Sekiranya setiap orang di antara kita disiksa kerana bergembira terhadap apa yang diperolehi dan suka dipuji terhadap apa yang tidak dilakukan, nescaya kita semua turut akan disiksa. Ibnu Abbas berkata: Kenapakah kamu ni? Ayat ini diturunkan kepada Ahli Kitab. Kemudian Ibnu Abbas membaca ayat (a) yang bermaksud: Dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjian setia daripada orang-orang yang telah diberikan kitab iaitu: Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya, ini satu ayat. Kemudian Ibnu Abbas membaca ayat (b) Yang bermaksud: Jangan sekali-kali engkau menyangka wahai Muhammad bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka lakukan itu dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, terselamat dari siksa. Seterusnya Ibnu Abbas berkata: Nabi s.a.w bertanya kepada mereka, tetapi mereka menyembunyikannya malah memberikan jawapan lain. Kemudian mereka keluar dengan perasaan telah memberitahu apa yang ditanyakan kepada mereka. Mereka berharap mendapat pujian terhadap jawapan tersebut serta bergembira dengan tipu helah mereka.




7/7
Hadis : 1589 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Di antara kami ada seorang lelaki dari Bani Najjar, dia telah membaca surah al-Baqarah dan surah Ali Imran serta selalu menulis untuk Rasulullah s.a.w, lalu dia melarikan diri untuk bersama-sama Ahli Kitab. Anas berkata: Ahli Kitab menyanjungnya. Mereka berkata: Lelaki ini telah menulis untuk Muhammad menyebabkan mereka mengkaguminya. Setelah beberapa ketika bersama-sama Ahli Kitab, lelaki tersebut meninggal dunia. Ahli Kitab menggali kubur dan mengkebumikannya. Bumi memuntahkannya ke permukaan. Mereka menggali lagi dan mengkebumikannya semula. Namun bumi tetap memuntahkan lelaki tersebut ke permukaan. Mereka menggali dan mengkebumikannya lagi. Bumi tetap memuntahkannya semula ke permukaan. Akhirnya mereka membiarkannya di permukaan bumi.

Tiada ulasan: