Isnin, 21 Mac 2011

SEKARANG SAPE MALU....ATAU ADA YANG TAK TAHU MALU....DEMI TUJUAN NAK MAKSUD....MEREKA TAK FIKIR RASIKO...SELEPAS TAK DE KUASA SERTA SELEPAS MATI




Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?
Mac 21, 11 12:31pm


Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini. Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum. Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan. Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007. Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut. Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya. Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka. Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan. Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

Wartawan Malaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan. AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks. Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.

Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang. Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik." Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut. Datuk T mendakwa beliau memenui video tersebut selepas diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.

Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut di atas meja dan ketika mencarinya, dia terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu. Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.


Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks
Salhan K Ahmad
Mac 21, 11
6:00pm
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.

Dia menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi.

NONEPada masa itu video dikatakan dirakamka, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.

Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya.

"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.

Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Bercakap dalam sidang media petang ini, beliau menyifatkan dakwaan dakwaan tersebut sebagai "fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."



Video Seks: Pembangkang nafi penglibatan Anwar
Joseph Sipalan
Mac 21, 11
4:30pm


Para pemimpin pembangkang meluahkan kemarahan mereka melalui Twitter mengenai klip video yang dipertontonkan kepada media hari ini, yang menunjukkan individu yang didakwa mirip ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan aksi seks dengan seorang wanita yang tidak dikenali. Sambil menafikan ketua pembangkang itu adalah individu dalam klip video tersebut, mereka berkata, tindakan tersebut merupakan satu lagi percubaan gabungan BN untuk menghalang rancangan politik mereka. Video itu dipertontonkan hari ini di hotel Carcosa Seri Negara kepada editor dan wartawan media arus perdana dan media alternatif. pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chuaMalaysiakini tidak dapat menghubungi Anwar melalui telefon bimbit untuk mendapatkan reaksinya. Di Parlimen, naib presiden PKR yang juga ahli parlimen Batu, Tian Chua (kiri) memberitahu sidang akhbar bahawa perkembangan terbaru itu menunjukkan "BN begitu terdesak" untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu yang menjejaskan kerajaan. "Sekali lagi, mereka beralih daripada isu-isu utama - pilihan raya, dasar... mereka mahu kekal memerintah Sarawak. Jadi, mereka beralih kepada serangan peribadi," kata Tian. Beliau juga mempertikaikan ketulenan klip video selama 20 minit itu, kerana parti itu tidak diberi salinan asal.




Batalkan loji nuklear, kata KM Pulau Pinang
Mac 21, 11 3:57pm


Kerajaan persekutuan sepatutnya membatalkan hasratnya membina dua loji tenaga nuklear di negara ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Pada masa yang sama, Lim berkata jika ada sebarang perancangan bagi membina loji itu di tanah Pulau Pinang, ia akan terus ditolak. NONE“Kerajaan negeri ingin menyatakan pendirian bahawa kita tidak akan bersetuju dengan rancangan kerajaan persekutuan bagi membina loji teanaga nuklear di negara ini.” Dalam surat terbukanya kepada Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, setiuasha agung DAP itu juga melahirkan kebimbangannya mengenai tahap keselamatan rakyat Malaysia. "Mengambil kira Jepun - di sebalik kepakaran dan kecanggihan teknologinya - kini menghadapi krisis nuklear yang paling buruk sejak tragedi Chernobyl 25 tahun lalu. Justeru, rancangan Malaysia bagi membina loji sendiri mesti dibatalkan. "Kita mesti ambil kira juga bahawa kehebatan kita dalam bidang pelakuran nuklear masih terhad jika dibandingkan dengan Jepun. “Lebih-lebih lagi, negara yang lebih maju dari segi teknologi seperti Jerman dan China, negara ekonomi kedua terbesar di dunia telah membatalkan rancangan (membina loji nuklear) di negara masing-masing. "Keselamatan rakyat Malaysia mesti menjadi keutamaan dan kita tidak patut mengambil risiko memperjudikan nasib mereka,” katanya.



'Datuk T': Pasangan pembangkang mesti undur
Hazlan Zakaria
Mac 21, 11
5:05pm

Individu yang hanya dikenali sebagai 'Datuk T' dan menganjurkan tayangan video seks kepada media hari ini, menuntut pemimpin utama pembangkang dan isterinya berundur dari politik.

Rakaman video itu memaparkan pemimpin berkenaan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

NONEMenurut 'Datuk T', salinan rakaman itu akan dihantar kepada ahli politik tersebut dan isterinya seminggu dari hari ini, “bagi menentukan sama ada individu itu adalah ...(nama dirahsiakan)”.

“Jika ia benar.... (pasangan itu) mesti berundur dari politik,” katanya dalam kenyataan yang ditandatangani sebagai 'The Insider' yang kemudiannya diedarkan kepada wartawan setelah mereka menyaksikan rakaman itu.

“Jika (pasangan itu) tidak berundur dalam tempoh tujuh hari selepas menerima salinan rakaman [sic], saya akan minta beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO bagi menubuhkan panel penyiasat dan mendapatkan perkhidmatan pakar foensik bagi mengkaji ketulenan rakaman itu.

“Seluruh dunia akan tahu dan terpulang kepada mereka untuk mentukannya.”

Usaha Malaysiakini menghubungi dan menghantar SMS kepada pasangan itu dan juga peguam mereka tidak berbalas.

Menjelaskan bagaimana beliau memperolehi pita itu, 'Datuk T' berkata beliau diminta ahli politik berkenaan pada 21 Februari lalu ke sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mengambil jam Omega miliknya yang tertinggal di sebuah bilik.

'Datuk T' mendakwa hotel itu menawakan perkhidmatan seks dan kemudahan spa.

“Oleh kerana tidak menjumpai jam tangan pada meja, saya mencari di sekeliling dan terkejut melihat terdapat wajar di belakang meja solek.

“Apabila meninjau secara dekat, saya terjumpa empat kamera CCTV yang tersorok. Saya cuba membuka laci meja solek dan mendapati satu daripada dikunci. Saya membukanya dengan satu alat tajam dan terjumpa alat perakam CCTV.

“Saya mencabut wayar dan mengambil perakam itu keluar hotel. Perakam itu mempunyai rakaman [sic] (ahli politi itu) mengadakan hubungan seks. Tiada sesiapa yang mempunyai rakaman ini dan saya tidak akan menyerahkan salinan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan diedarkan,” kata 'Datuk T'.


Teknologi video dan kempen jatuhkan seteru
Wira Arjuna
Mac 21, 11
5:35pm

Sekali imbas, ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.

Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara?

Dan, apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut.

NONEItulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya dalam fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam percubaan terbaru untuk memusnahkan kredibiliti Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu, seorang yang bergelar “Datuk T” hari ini menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur.

Beliau berbuat demikian kononnya untuk membolehkan wartawan menonton video itu sebelum ia dihantar kepada Anwar dan isterinya.

“Datuk T” menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran.

Jika itu tujuannya, mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam?

Mengapa tidak terus “melepaskan” video itu untuk disebarkan kepada orang ramai supaya kesahihan video ini dapat dikenal pasti secepat mungkin?

Kenapa harus tunggu seminggu?

Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat?

Jelas tujuan untuk “menyembunyikan' video ini daripada khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti maksimum untuk memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh golongan profesional.

Bagi mereka yang mengenali selok belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan utama ialah sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata lain, apakah teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya.

Pada perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar.

Namun akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa “video” yang dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah.

Justeru, tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan.

Sejak itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu.

Kepada mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang ada.

Di tangan polis

Jika Datuk T “ikhlas” menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh memperakukan kesahihannya.

Sebaliknya tidak. Datuk T akan “menyimpan' video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau.

Jelas tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

azlanDengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.

Lawan politik Anwar juga amat mengharapkan “pendedahan” video seks itu akan memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA terhadap Anwar secara tidak sah.

Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.

“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” kata beliau.

Hanya Hishamuddin tahu kenapa beliau bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat.





Tiada ulasan: