Harakahdaily | |||||||||||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ia bermula dengan jemputan melalui telefon dari seorang wartawan akhbar The Star yang bersungguh benar meminta seorang wartawan kanan Harakah menyertai satu sidang media khas di Carcosa Sri Negara. Sejak itu, wartawan kanan Harakah itu tidak boleh lena tidur. "Bayangkan jam 4 pagi masih ada lagi penganjur ni call saya...tanya dah bagi tau Presiden PAS ke belum," cerita wartawan Harakah berkenaan kepada Harakahdaily. Menurutnya, wartawan wanita akhbar yang dimilki oleh MCA berkenaan beriya-iya benar meminta beliau hadir. Yang menarik juga, seorang wartawan kanan The Star yang lain juga amat berminat dengan cerita ini. Beberapa panggilan dibuat untuk mengetahui apa komen wartawan Harakah itu selepas menonton video itu. Dia juga sangat berminat untuk mengetahui apakah benar Datuk Seri Anwar menghubungi wartawan Harakah berkenaan. Setelah dinyatakan Harakahdaily telah bercakap dengan wartawan Harakah itu, wartawan The Star itu sekali lagi menghubungi dan bertanya apa yang dinyatakan oleh wartawan Harakah kepada Anwar. Anwar dalam sidang medianya semalam menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya. "Muka macam muka saya tetapi perut itu bukan saya," kata Anwar dalam sidang medianya yang berjalan dengan penuh ceria di pejabatnya itu. Turut serta adalah isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan lain-lain pimpinan PKR. "Memang, muka lelaki itu macam Anwar tetapi perut dia bukan Anwar. Sepanjang saya wawancara Anwar perut dia maintain je," beritahu Wartawan Kanan Harakah berkenaan kepada Harakahdaily selepas 'terperangkap' menonton video berkenaan. Fakta ini turut diakui oleh wartawan kanan akhbar The Star berkenaan apabila berkata bosnya juga berkata perkara yang sama.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 22 Mac 2011
SEJARAH AKAN DIBICARA DIAKHIRAT...SEJARAH MUNGKAR...ZALIM...DAN JAHAT...SEJARAH BAIK ..KERJA2 TAAT...SYURGA ATAU NERAKA HABUANNYA...FIKIRLAH..
Apa kaitan akhbar The Star dengan video?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan