Rabu, 2 Mac 2011

MENGHASUT..MENGADU DOMBA...HAK RAKYAT MENILAI....ALLAH LAGI TEPAT NILAINYA...HUKUM MAKSIAT@BERDOSA BANYAK..CUMA MULUT TUTUP@BISU..SEMUA ORG JAHIL KOD.

Anwar tuju 'Tiru macam saya' kepada 'seseorang'
Mac 2, 11 10:19am

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang buat pertama kalinya turun ke DUN Merlimau sejak kempen pilihan raya kecil bermula Sabtu lalu menegaskan beliau tidak pernah bermusuhan dengan Umno, lapor TV Selangor.

NONESebaliknya, ketua pembangkang itu berkata beliau memusuhi pemimpin-pemimpin parti Melayu terbesar itu yang zalim kepada rakyat dan mengamalkan rasuah,.

"Saya diberitahu Merlimau ini adalah kubu kuat Umno, saya dah tahu... saya tak masuk untuk bermusuh dengan orang, saya ambil keputusan untuk bersama (dalam politik) untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

"Saya tak bermusuh dengan Umno, saya bermusuh dengan pemimpin yang zalim, yang tak selesaikan masalah rakyat dan mengamalkan rasuah," katanya ketika berceramah di Permatang Serai di Merlimau, Melaka, malam semalam.

Ini ceramah pertama Anwar sempena kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau yang menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, yang juga adalah ahli jawatankuasa Umno Jasin dengan calon PAS Yuhaizat Abdullah, timbalan ketua pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

ali rustam and umnoDalam ucapannya, Anwar menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan sesiapa termasuk dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Musuh peribadi

"Bukan saya yang serang peribadi Najib dan (Mohd) Ali Rustam, saya tiada musuh peribadi," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

Usaha Anwar itu dilihat sebagai meraih sokongan masyarakat Merlimau yang dikatakan sebagai kubu kubu kuat Umno-BN itu.

Jumlah hadirin yang pada mulanya hanya kira-kira 500 orang meningkat kepada lebih 1000 ketika Anwar mendendangkan lagu Saloma 'Tiru Macam Saya'.

rosmah mansor singingLagu itu ditujukan khas kepada 'seseorang' yang pada kempennya dilaporkan berkata:"Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?"

Harakahdaily pula melaporkan Anwar juga membuat kejutan dengan mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan rejim Israel yang didakwa ditandatangani pada 1991 yang merupakan bukti pertalian erat kedua-dua pihak.

Beliau turut membaca satu perenggan daripada perjanjian itu.

"Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.

"Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan 'People First', Najib pula 'Rakyat Didahulukan'. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

azlan"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan ribuan hadirin.

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.

RM88 bilion dibawa keluar negara

Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.

NONEAnwar juga pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.

Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.

Anwar juga kesal kerana Umno BN sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya.

Bangkit buat perubahaan

Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Siti Mariah Mahmud pula pada cermahnya menggesa supaya mengundi di DUN Merlimau agar bangkit untuk membuat perubahan terhadap sistem pentadbiran negara.

dr siti mariah interview 300408 01"Saya percaya kita boleh buat satu kejutan untuk mengubah landskap politik negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Negara kini mempunyai masalah yang lebih besar di bawah pemerintahan Umno-BN, mereka tidak menyelesaikan semua masalah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya membuat tempelan yang akhirnya ia menjadi satu barah yang teruk," katanya.

Ahli parlimen Kota Raja itu menambah, semua masalah yang timbul itu tidak akan dapat diselesaikan oleh Umno-BN disebabkan terlalu banyak penyelewengan.

"Ini yang terjadi pada Umno-BN, mereka sudah tidak mampu untuk mengawal kegagalan mereka selepas 53 tahun memerintah.

"Saya tak nampak Umno-BN berusaha untuk selesaikan masalah di peringkat akar umbi tapi hanya membuat tempelan untuk jangka masa pendek, kemudian masalah sama berulang semula," katanya.


Ahli PAC pertikai tuduhan 'ringan' bekas menteri
Regina Lee
Mac 2, 11
11:27am


Seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Account Committee (PAC) telah mempersoalkan 'tuduhan ringan' yang dikenakan kepada bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung kaitannya dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

kamaruddin jaafar kamaruddin jaffarAhli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang ahli jawatankuasa pusat PAS berkata apabila ahli politik BN yang berprofail tinggi didakwa, tuduhan yang lazim dikenakan adalah ringan.

"Saya ingin tahu mengapa sedemikian. Perkara yang sama berlaku dengan (bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo dan bekas setiauasha politik (bekas menteri kewangan) Nor Mohamed Yakcop," kata Kamaruddin ketika dihubungi.

"Hal ini seakan telah menjadi pola sekarang apabila membabitkan kes-kes berprofail tinggi. Ahli politik BN yang didakwa - jika mereka didakwa - akan dikenakan hukuman yang paling ringan.”

NONEChan pada Isnin lalu dikenakan tiga pertuduhan menipu, yang membawa hukuman maksimum lima tahun setiap satu atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, PAC selepas inkuirinya pernah mencadangkan Chan disiasat untuk tuduhan pecah amanah(CBT), yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan rotan dan denda bagi pegawai kerajaan.






Pengundi dinasihatkan waspada hasutan pembangkang

JASIN -- Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dinasihat supaya berwaspada dengan hasutan serta taktik kotor yang digunakan oleh pembangkang dalam meraih sokongan pada pilihan raya kecil kerusi DUN itu, Ahad ini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pembangkang dilihat memperalatkan agama, sehingga ditonjolkan begitu penting, untuk mereka memenangi pilihan raya itu.

Pembangkang tidak pernah memikirkan bahawa tindakan mereka itu boleh mengundang kepada unsur perpecahan dan pergaduhan di kalangan umat Islam, katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di DUN Merlimau di Pusat Kegiatan Kemas dekat sini, semalam.

"Jadi kita jangan semudah itu untuk gunakan landasan agama yang dekat dengan hati dan jiwa manusia ini dipersendakan untuk kepentingan ideologi politik kita.

"Kita harus lihat bukan hanya di peringkat dunia bahkan di akhirat ukurannya akan ada," kata Shafie yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Selain itu, Shafie berkata pembohongan pembangkang termasuk menawarkan penurunan harga minyak sekiranya mereka memerintah adalah sesuatu yang tidak relevan.

Beliau berkata perkara seperti itu tidak mungkin boleh berlaku memandangkan hasil kerajaan yang ada perlu diagihkan untuk kegunaan sektor-sektor lain bagi kebaikan rakyat.

"Kalau semua hasil yang kita peroleh daripada minyak ini, kita tampung untuk bagi harga minyak yang rendah ataupun kurangkan serendah-rendahnya.

"Maka ia memerlukan peruntukan kewangan lain yang perlu untuk kita belanja... bukan senang," katanya, dan menambah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim patut turunkan harga minyak ketika beliau menjadi Menteri Kewangan dulu sekiranya ia boleh dilakukan.

Beliau berkata dakwaan pembangkang bahawa sistem pemilihan wakil rakyat di negara kita tidak demokratik juga adalah tidak berasas.

"Kalau kita tak demokratik taklah mereka berupaya memerintah di beberapa tempat ataupun jadi wakil pun, contohnya di Permatang Pauh ataupun Kelantan ataupun di tempat-tempat lain,"katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau akan diadakan Ahad ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, 44, dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung. -- BERNAMA




Jangan guna hukum agama raih undi: Mufti

SHAH ALAM – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan pemimpin Pas, terutama Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, supaya tidak menggunakan hukum agama bagi meraih undi.

Harussani berkata, pemimpin beragama seperti beliau tidak seharusnya mengeluarkan fatwa seperti 'undi Pas masuk syurga' ketika berkempen dalam pilihan raya kerana bimbang boleh menyebabkan masyarakat Islam keliru.

“Agama Islam yang disampaikan kepada kita sudah cukup sempurna dan mulia. Kenapa perlu mencelarukannya dengan mengeluarkan fatwa sebegitu?

“Nik Aziz adalah pemimpin dan ulama yang disegani. Beliau dihormati, tetapi dengan berbuat demikian akidah masyarakat Islam akan terpesong,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: semalam.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan menggunakan cara ini untuk meraih undi orang Melayu.

Kata Harussani lagi, ketentuan syurga dan neraka bukanlah terletak di tangan manusia, tetapi ditentukan Allah.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin berkata, akidah umat Islam di negara ini, terutamanya penyokong Pas, boleh terpesong akibat kenyataan seperti itu.

Muhyiddin berkata, menjelangnya pilihan raya pemimpin Pas sering mengeluarkan pelbagai fatwa untuk meraih undi, tanpa memikirkan kemungkinan ia mengelirukan masyarakat.



INI APA HUKUMNYA...HUKUMNYA DIAM JE KOD




6 protege Mentor 5 diperkenal


PETALING JAYA: Bahang kehangatan Mentor 5 kian terasa apabila enam protege berentap diperkenalkan di One Utama, di sini, semalam. Malah, hadiah lumayan berupa wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze menjadi taruhan.

Persaingan yang bermula pada 13 Mac ini mengenengahkan mentor Afdlin Shauki dan protegenya, Ratnah Awal (Ratna), 26, Datuk Sharifah Aini dan Nurshiha Mohd Zikir (Shiha), 24, serta Rahim Maarof dan Aiman Hakin Ridza Abdoh (Aiman), 22.


Tidak ketinggalan turut bersaing pada Mentor 5 itu ialah Erra Fazira dan Salmah A Asis (Salma), 21, Noh Hujan dan Muhammad Faris Mohamed Razali (Ayaish) 21, serta Edry Abdul Halim dan Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor (Iqa), 25.

Selain juara, pemenang tempat kedua akan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan vespa LX150 tajaan Naza World. Sesi perkenalan protege lebih dulu berlangsung pada 6 Mac ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), jam 9 malam.


Dihoskan Ally Iskandar Mohd Mardzi, pengacara bersama malam konsert turut membabitkan Nas Ahmad. Malah, barisan penasihat Mentor 5 pula dibarisi komposer Ajai sebagai penasihat vokal, Adam (AF2) selaku penasihat persembahan dan Faizal Uzir (pengarah muzik).


Bahkan, buat pertama kalinya juga Mentor 5 turut memperkenalkan seorang juri tetap yang akan menilai persembahan dan memberi komen persembahan peserta setiap minggu iaitu Datuk Ramli MS. Ia sebagai kelainan bagi musim ini.




  • Al-Hafiz Abu Musa rahimahullah berkata:

    "Dikatakan bahawa taghbir adalah nyanyian, kerana ia boleh menjadikan orang-orang menari-nari sehingga tubuh mereka dipenuhi debu disebabkan hentakan kaki, kaisan kaki dan hamburan tanah." (Lihat: Al-Ansab (12/152). As-Sanani)

  • Berkata Al-Azhari (taghbir) ialah:

    "Mereka menamakan syair-syair yang mereka nyanyikan kemudian mereka senandungkan dengan istilah taghbir kerana apabila mereka bersyair diiringi dengan irama muzik, mereka menggoyang-goyangkan badan dan menari, oleh kerana itu mereka sebut taghbir." (Lihat: Lisanul Arab. Talbis Iblis hlm. 318)

  • Imam as-Syafie telah menegaskan:

    "Saya temui kaum zindik di Iraq membuat persembahan yang di sebut Taghbir (bersenandung dan menari dengan syair). Mereka mengada-adakan qasidah-qasidah yang dicipta oleh golongan orang-orang zindik untuk memalingkan manusia dari al-Quran" (Lihat: Syiar Alam an-Nubala hlm. 685 dan 318. Amr Maruf Nahi Mungkar, hlm. 151. Al-Khallal.)

  • Imam Ahmad rahimahullah ditanya tentang taghbir, beliau menjawab:

    "Taghbir (penyanyi dan nyanyiannya) itu adalah bidaah, jika engkau bertembung dengan salah seorang dari anggota taghbir maka ambillah jalan yang lain" (Lihat: Amar MaRuf Nahi Mungkar, hlm. 151, oleh Al-Khallal)

  • Imam Ahmad berkata:

    "Taghbir (nyanyian atau lagu) itu adalah perbuatan bidaah." (Lihat: Tarikh Bahdad (5/128))

  • Al-Khallal menukil dari Yazid bin Harun bahawa beliau berkata:

    "Hanya orang fasik sahaja yang mahu melakukan taghbir. Kerana sebenarnya taghbir itu baru muncul (bidaah)" (Lihat: Amar Maruf Nahi Mungkar hlm. 152, oleh Al-Khallal.)


Tiada ulasan: