ZIKIR, DOA, TAUBAT DAN ISTIGHFAR.
Perkara : 1. GALAKAN SUPAYA BERZIKIR KEPADA ALLAH S.W.T.
Bilangan : 1/1
Hadis : 1537 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.
2. NAMA-NAMA ALLAH S.W.T SERTA KELEBIHAN BAGI ORANG YANG MENGHITUNGNYA.
Bilangan : 1/1
Hadis : 1538 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang mampu menghafalnya, nescaya dia akan masuk Syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil (esa pada zat, sifat dan perbuatanNya serta tiada sekutu bagiNya) dan Dia menyukai pada yang ganjil.
3. HARAPAN SEMASA BERDOA DAN JANGANLAH BERKATA,"JIKA ENGKAU MAHU IAITU JIKA ENGKAU KEHENDAKI".
Bilangan : 1/2
Hadis : 1539 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, maka hendaklah kamu berazam serta benar-benar memohon kepada Allah s.w.t dan janganlah berkata: Ya Allah, jika Engkau kehendaki maka perkenankanlah kepada aku, kerana sesungguhnya Allah itu bukanlah kedekut.
3. HARAPAN SEMASA BERDOA DAN JANGANLAH BERKATA,"JIKA ENGKAU MAHU IAITU JIKA ENGKAU KEHENDAKI".
Bilangan : 2/2
Hadis : 1540 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
4. LARANGAN BERCITA-CITA SUPAYA CEPAT MATI KERANA DITIMPA SESUATU KESUSAHAN.
Bilangan : 1/3
Hadis : 1541 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati kerana ditimpa sesuatu kesulitan. Sekiranya dia berada dalam keadaan yang mengharuskan dia berbuat demikian, bolehlah dia berkata: Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku. Akan tetapi sekiranya mati itu lebih baik bagiku, matikanlah aku.
4. LARANGAN BERCITA-CITA SUPAYA CEPAT MATI KERANA DITIMPA SESUATU KESUSAHAN.
Bilangan : 2/3
Hadis : 1542 - Hadis Khabbab r.a: Diriwayatkan daripada Qais bin Abu Hazim r.a katanya: Aku menemui Khabbab dan aku melihat dia sedang membakar tujuh luka yang terdapat di perutnya dengan besi panas. Lalu dia berkata: Kalau bukan kerana Rasulullah s.a.w melarang aku berdoa supaya cepat mati, nescaya aku akan berdoa untuk itu.
4. LARANGAN BERCITA-CITA SUPAYA CEPAT MATI KERANA DITIMPA SESUATU KESUSAHAN.
Bilangan : 3/3
Hadis : 1543 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati dan janganlah kamu berdoa supaya mati sebelum kematian itu sendiri datang kepadamu. Sesungguhnya apabila kamu mati, akan terputuslah segala amalan kamu. Sebaliknya apabila dipanjangkan umur seorang mukmin bererti bertambahlah kebaikannya.
5. SESIAPA YANG SUKA BERTEMU ALLAH, NESCAYA ALLAH JUGA SUKA BERTEMU DENGANNYA. BEGITU JUGA SESIAPA YANG TIDAK SUKA BERTEMU DENGAN ALLAH, NESCAYA ALLAH JUGA TIDAK SUKA BERTEMU DENGANNYA.
Bilangan : 1/3
Hadis : 1544 - Diriwayatkan daripada Ubadah bin as-Samit r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya.
5. SESIAPA YANG SUKA BERTEMU ALLAH, NESCAYA ALLAH JUGA SUKA BERTEMU DENGANNYA. BEGITU JUGA SESIAPA YANG TIDAK SUKA BERTEMU DENGAN ALLAH, NESCAYA ALLAH JUGA TIDAK SUKA BERTEMU DENGANNYA.
Bilangan : 2/3
Hadis : 1545 - Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya. Aku bertanya: Wahai Nabi Allah! Apakah kita perlu membenci mati? Di mana kami semua membenci mati. Baginda bersabda: Bukan begitu. Seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah, keredaanNya dan SyurgaNya nescaya dia pasti suka untuk bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya siksa serta murka Allah, dia tidak akan suka bertemu Allah dan Allah juga tidak suka bertemu dengannya.
5. SESIAPA YANG SUKA BERTEMU ALLAH, NESCAYA ALLAH JUGA SUKA BERTEMU DENGANNYA. BEGITU JUGA SESIAPA YANG TIDAK SUKA BERTEMU DENGAN ALLAH, NESCAYA ALLAH JUGA TIDAK SUKA BERTEMU DENGANNYA.
Bilangan : 3/3
Hadis : 1546 - Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya.
6. MAKRUH BERDOA SUPAYA CEPAT MENDAPAT SIKSAAN DUNIA.
Bilangan : 1/1
Hadis : 1547 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w menziarahi seorang lelaki Islam yang sakit tenat, tak bermaya untuk bergerak seolah-olah seekor anak burung yang baru menetas. Rasulullah s.a.w bertanya lelaki tersebut: Apakah kamu pernah berdoa memohon supaya diberi sesuatu? Lelaki itu menjawab: Ya. Aku berdoa: Ya Allah, jika Engkau ingin menyiksaku di akhirat kelak, tolonglah laksanakannya terhadapku di dunia ini. Mendengar kata-kata tersebut Rasulullah s.a.w bersabda: Maha Suci Allah s.w.t, kamu tidak akan mampu atau tidak akan berkuasa memikulnya. Bukankah lebih baik kamu berkata: Ya Allah, (a) Yang bermaksud: Berikan kepadaku kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah aku dari siksa Neraka. Anas berkata: Lantas baginda berdoa kepada Allah s.w.t untuknya sehinggalah akhirnya dia sembuh dari penyakit tersebut.
7. KELEBIHAN MAJLIS-MAJLIS ZIKIR.
Bilangan : 1/1
Hadis : 1548 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit. Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakkan mereka dengan firmanNya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dariMu. Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dariMu. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat SyurgaKu? Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat SyurgaKu? Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripadaMu perlindungan. Allah berfirman: Mereka pohon perlindunganKu dari apa? Para Malaikat menjawab: Dari NerakaMu, wahai tuhan. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat NerakaKu. Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunanMu. Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan. Para Malaikat berkata lagi: Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hambaMu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.
:8. KELEBIHAN MEMBACA TAHLIL, MEMBACA TASBIH DAN BERDOA.
Bilangan : 1/3
Hadis : 1549 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca: (a) dalam sehari sebanyak seratus kali, nescaya dia mendapat pahala sebagaimana memerdekakan sepuluh orang hamba. Dia juga diampunkan seratus kejahatan, dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang. Tidak diganjarkan kepada orang lain lebih baik daripadanya kecuali orang tersebut melakukan amalan lebih banyak daripadanya. Manakala mereka yang berkata: (b) dalam sehari sebanyak seratus kali nescaya terhapuslah segala dosanya sekalipun dosanya itu banyak seperti buih di lautan.
8. KELEBIHAN MEMBACA TAHLIL, MEMBACA TASBIH DAN BERDOA.
Bilangan : 2/3
Hadis : 1550 - Diriwayatkan daripada Abu Ayyub al-Ansari r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca: (a) sebanyak sepuluh kali dalam sehari, nescaya dia mendapat ganjaran sebagaimana dia memerdekakan empat orang hamba dari putera Nabi Ismail.
8. KELEBIHAN MEMBACA TAHLIL, MEMBACA TASBIH DAN BERDOA.
Bilangan : 3/3
Hadis : 1551 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat ditimbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu
1552 - Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan, para Sahabat bertakbir dengan suara yang cukup kuat lalu baginda bersabda: Wahai umatku! Perlahankanlah suara kamu. Sesungguhnya kamu bukannya berdoa kepada mereka yang buta ataupun ghaib, akan tetapi kamu sedang berdoa kepada yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat dan Dia bersama kamu. Abdullah bin Qais berkata: Ketika itu aku berada di belakang baginda sambil menyebut (a) lantas baginda bersabda: Wahai Abdullah bin Qais! Inginkah kamu aku tunjukkan sebuah gedung Syurga? Aku menjawab: Tentu sekali, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Sebutlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan